Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Koleksi Doa..
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
Pages: 1, 2, 3
Ewan_sn
Himpunan Koleksi Doa

Amin Fadzlan
Salam Jumaat Penuh Berkat.

Berikut ini, adalah merupakan salah satu Ayat Doa Jampi yang mana ianya adalah amalan Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, yang mana baginda SAW ada mengajarkannya kepada salah seorang dari Sahabat r.a.

Ini Ayatnya.



BISMILLAAH...3x. A-"UUDZU BI-"IZZATIL LAAHI WAQUDROTIHII MIN SHARRIMAA AJIDU WA-UHAADZIR.7x

Ertinya: "Aku berlindung kepada Kemuliaan dan Kekuasaan ALLAH daripada bahaya sakit@penyakit yang aku rasakan dan yang aku khuatirkan."

*Petua:

1. Letakkan tangan di tempat yang dirasakan sakit itu.
2. Baca "BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM" 3x. (Sebelum baca Bismillah itu, lebih afdal didahului dengan bacaan Ta"awuz (A-"UUDZUBILLAAHIMINASY-SYAITHOONIRROJIIM 1x).
3. Baca Ayat Doa tersebut sebanyak 7x.

Keterangan: Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat r.a. bernama Abu Abdillah (Usman) Abil 'Ash, mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritainya dan hampir-hampir sahaja membinasakannya. Lalu Rasulullah SAW mengajarkan Ayat Doa Jampi ini beserta cara-caranya kepada Abu Abdillah, untuk diamalkan oleh beliau. Tidak lama selepas itu, Abu Abdillah ini datang kembali berjumpa Rasulullah SAW, menyatakan bahawa penyakit yang dideritainya sebelum ini telah pulih & sembuh sepenuhnya, berkat dari beliau beramal dengan Doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, dengan izin ALLAH SWT. (Mafhum Hadis Riwayat Muslim.)

Sekian, Selamat Beramal dengan Petua di atas.

Wallahu'alam...

P/S: Bersama-samalah kita berkongsi Info Pengetahuan Doa-Doa yang kita ketahuan di thread ini & bersama-sama kita aktifkan thread ini. Semoga Menjelang Akhir 10 Ramadhan 1430 ini menemukan kita dengan Malam Lailatul-Qadar, Insya'ALLAH (amiiinn).

Salam Selamat Kaya Manfaat.
Ewan_sn
Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian



Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.
Ewan_sn
Doa menghilangkan was-was dalam solat atau ketika membaca Al-Quran



"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam".
Ewan_sn
Doa supaya dapat membayar hutang





Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.



Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Ewan_sn
Doa ketika dukacita dan sedih




Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
Ewan_sn
Doa ringkas selepas solat




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Ewan_sn
Doa Menghadapi Kecelakaan

ouyangfeng
DOA MASUK DAN KELUAR TANDAS :

doa masuk tandas :



Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jin-jin jantan dan betina. Aku berlindung kepadaMu daripada kekotoran najis yang keji dan yang mengejikan, iaitu syaitan yang terkutuk.

------------------------------------------------

doa keluar tandas :



Ertinya : Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan mengekalkan apa yang bermanfaat buatku.
Fafaz

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…


sleep.gif



Amin Fadzlan
Salam Sabtu.

Petua Amalan Doa Mujarab, Ikhlas Dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.



Salam Bersatu.
qunut
Koleksi doa dan zikir
khoi
QUOTE(Edirossa @ Sep 21 2009, 07:34 AM) *
Doa ringkas selepas solat




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


jazakallahukhairan
anie0409
Click to view attachment
Amin Fadzlan
Salam Ahad.

WAHAI SeKalian Warga Forum Mesra.Net Yang Prihatin Lagi BudiMan-BudiWati.

ALHAMDULILLAAH. Barangkali, tentu ada ramai Manusia kini yang sedang tercari-cari Amalan-Amalan Keilmuan Batin Yang HAQ Lagi Bermanfaat Juga Hebat.

Amalan-Amalan Hizib, Pengijazahan Keilmuan-Keilmuan Hizib Secara IKHLAS, Oleh Master Mohamed Rashidinz Shariff.

Salam Sepanjang Abad.
yongn35
terima kasih saudaraku semua atas kiriman doa kalian..semoga lebih banyak lagi koleksi doa yang di post kan di sini sebagai amalan harian kita
jingjing
Bersama-samalah kita berkongsi Info Pengetahuan Doa-Doa yang kita ketahuan di thread ini & bersama-sama kita aktifkan thread ini. Semoga Menjelang Akhir 10 Ramadhan 1430 ini menemukan kita dengan Malam Lailatul-Qadar, Insya'ALLAH (amiiinn).

Salam Selamat Kaya Manfaat.??


__________________
t;line-height:100%">pandora pandora style beads
anie0409
Click to view attachment
matsom
Surah Al Baqarah(2): Doa nabi Ibrahim & Ismail, ayat 201, 2 ayat akhir
Surah Ali Imran(3): Doa Ulul Albab (awal dan hujung surah), doa hawariyyin, doa rabbaniyyin
Surah Yusuf(12): Doa nabi Ya'qub dan Yusuf
Surah Furqan(25): Doa 'IbadurRahman (hujung surah)
Surah Hasyr(59): Doa orang-orang selepas generasi pertama (Muhajirin dan Ansar)

n.b
-Pilihan sahaja, yang teringat/terlintas dalam kepala
-Tak ingat bilangan/nombor ayat yang tepat, tapi rasanya tak susah sangat cari, orang Islam kena terer belek Quran wink.gif
aa aziz
Alhamdulillah...sampaikan dan sebarkan lah walau sepotong ayat
nur afiqah
jgn biarkan kalimah Allah hilang di bibir...zaman sekarang memang harus diingatkan tentang ini..
cobex.boutique
DOA UNTUK KUATKAN RAHIM
(Especially pd wanita mengandung..amalan sebelum & semasa mengandung)


Surah Al.Mukminun
Ayat 12-14


Ini adalah maknanya..

Ayat 12..

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah"

Ayat 13..
"Kemudian Kami jadikan dari saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim)"

Ayat 14..
"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan di makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta yang paling baik"
xiaotuanzi
Great sharing
DAF
alhamdulillah....bagusnye.. smile.gif
xiaoshanzi
terima kasih saudaraku semua atas kiriman doa kalian..semoga lebih banyak lagi koleksi doa yang di post kan di sini sebagai amalan harian kita
fila_nasah
tbaik ar.........................
Ewan_sn
Doa samoga ada jodoh kita

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

Memanjatkan doa..

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
Ewan_sn


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
Ewan_sn
Doa Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Hafiizh..,jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Mujiibu..! Jika aku jatuh hati, izinkan
-lah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA SEMU

Ya Baarii…,jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….

Ya Jaami’u…, jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui
syahid di jalanMu…

Ya Khobiiru…, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…

Ya Wahhaabu…,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Aziizu…, jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke
pada Mu….

Ya Haadiy…, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas, sehingga melupakan aku pada cinta-
hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Ya ‘Aliimu…, Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjum
-pa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu,
yang tidak pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Ewan_sn


16 waktu doa dikabulkan

* MALAM JUMAAT ATAU

* MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI

* MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

* MALAM 10 MUHAMRRAM

* MALAM NISFU SYA’ABAN

* MALAM ‘LAILATUL QADAR’

* MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

* KETIKA HENDAK BERBUKA

* ANTARA AZAN DAN IQAMAH

* PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

* SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

* ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

* SELEPAS KHATAM AL-QURAN

* KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

* SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

* SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN



16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

* KETIKA MELIHAT KAA’BAH

* DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF

* DISISI MULTAZAM

* DIBAWAH PANCURAN EMAS

* DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI

* DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM

* DIATAS BUKIT SOLAT

* DIATAS BUKIT MARWAH

* DITEMPAT SA’I

* DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK

* DI MUZDALIFAH

* DI MINA

* DISISI JAMRAH AL-ULA

* DISISI JAMRAH AL-WUSTO

* DISISI JAMRAH AL-’AQABAH

* DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)
shalizam
Doa Nabi Zakaria memohon zuriat.

maksudnya: Disanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa"

Surah Al-Imran : ayat 38

anie0409
Doa/Ayat Penggerak
Click to view attachment
endus




Ewan_sn



"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

(Surah Anbiyak)


Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan...

DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.

INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.

runaldy
Doa Pembuka 12 Pintu:
Doa ni ada dikongsikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah dalam CD motivasi, "Langkah Bijak Usahawan Terbilang" good.gif

Ewan_sn


DOA MURAH REZEKI

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Ewan_sn
Ewan_sn

Doa Ketika Sakit

Mohammad Azhari
Sangat menarik ruangan ini ! good.gif Semoga hidup kita sentiasa diberkati... smile.gif
yaya3003
Alhamdulillah...
yaya amalkan YA-AZIZ, YA-JABBAR, YA-MUTAKKABRIR.. tiupkan pada ubun2 anak@ suami sewaktu mereka tidur,
dan tiupkan juga pada setiap makanan & minuman yg kita buat untuk melembutkan hati mereka agar mereka mudah menerima teguran dan tunjuk ajar dr kita..
Insyallah.. anak2kita x nakal, degil @ buas...
Ewan_sn




"Jangan jadi orang yang bakhil untuk selawat pada Rasullullah"

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.
MusangPutih
Terima kasih... jarang dapat tengok koleksi doa banyak sebegini di Internet.. smile.gif
nurul syakinah
Doa harian dan Pengertian doa

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
nurul syakinah
Doa ketika bangun dari tidur


Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
nurul syakinah
DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.
nurul syakinah
DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
nurul syakinah
DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).
nurul syakinah
DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
nurul syakinah
DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.
nurul syakinah
DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.