Help - Search - Members - Calendar
Full Version: [ Program Realiti Tv9 ] ~ Gadis Melayu ~
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Melayu/Tempatan - Filem, Muzik & Drama Melayu/Tempatan
Pages: 1, 2
daFfodiL
Program Realiti Gadis Melayu TV9

Pada 8 Oktober lalu, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 yang diberi nama GADIS MELAYU telah diadakan di Shah Alam.

Hampir tiga bulan ujibakat Gadis Melayu dijalankan di seluruh pelusuk Malaysia seperti Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Daripada keseluruhan 1000 peserta yang hadir, hanya 10 calon sahaja yang terpilih untuk menyertai sebuah lagi rancangan realiti terbaru terbitan TV9 ini. Menariknya, peserta yang hadir mendapat sokongan serta dorongan daripada ahli keluarga mereka.

Bagi memperkenalkan 10 gadis bertuah ini, satu sidang media diadakan di Villamay sebelum mereka mengorak langkah lebih jauh dalam meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon gadis melayu ini. Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008.

Sidang media yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima dan Encik Bukhari Che Muda selaku Ketua Pegawai Operasi TV9 ini turut memperkenalkan pengacara program dan tiga juri tetap bagi rancangan Gadis Melayu ini.

Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadis melayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan. Ini dapat dibuktikan apabila kemodenan tidak sedikit pun menghakis nilai-nilai indah warisan melayu daripada mereka yang semakin dilupakan generasi muda kini.

Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan. Berikut adalah senarai peserta yang berjaya melayakkan diri dalam rancangan Gadis melayu:

1. Zehra Zambri (Selangor)
2. Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan)
3. Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)
4. Noor Afzan Bt Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah)
5. Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah)
6. Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)
7. Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu)
8. Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka)
9. Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor)
10. Nur Aishah Zainal (Melaka)

Rancangan realiti selama satu jam ini akan menyaksikan pelbagai cabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiap peserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya. Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakal pemenang benar-benar layak setelah menyertai latihan serta menjalankan tugasan mingguan.

Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap dalam setiap tugasan yang diberikan. Juri-juri tersebut adalah Yang Mulia To’ Puan Seri Diraja Noor Aini Dato Abdullah, Dato Paduka Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim seorang pakar bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Ustazah Siti NorBayah Mahmood yang merupakan penceramah agama serta motivasi.

Peserta yang memperolei markah terendah akan disingkirkan dari rancangan ini. Justeru, mereka harus mengambil peluang yang ada sepenuhnya serta memberi perhatian terhadap apa yang dipelajari sepanjang berada dalam cabaran yang disediakan.

Gadis Melayu akan dikendalikan oleh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang juga pernah mengacara program 3 Hari 2 Malam yang disiarkan di TV9. Pemilihan Fahrin sebagai hos rancangan ini dikira amat bersesuaian memandangkan beliau menepati kriteria sebagai jejaka melayu sejati yang mempunyai perwatakan tersendiri.

Program terbaru Gadis Melayu terbitan TV9 ini akan ditaja oleh:
Unza (Malaysia) Sdn Bhd sebagai penaja utama yang akan mengetengahkan rangkaian produk Safi Balqis
D’navechee Beauty (Malaysia) Sdn Bhd merupakan penaja bersama yang mengetengahkan produk D’N~Hans.
Manakala rakan-rakan penaja lain adalah Keep Slim, Nestle, Triumph (Amo) dan Habib Jewels Sdn Bhd

Rancangan realiti Gadis Melayu adalah rancangan terbaru terbitan TV9 yang diterbitkan oleh Nurirjuana Mohd Ishar dengan Penerbit Eksekutifnya, Nuraeshah Malik dan Ezzah Aziz Fawzy. Turut dibantu oleh wartawan Ashrudy Borhan, Amirul Aswendy, Nor Ashikin Mohd Supian, Noor Linda Mohd Said, Ahmad Mahyudi, Pembantu Penerbitan Fazhidah Che Din serta Visual Editor Norhaleina Abdul Hamid.

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti Gadis Melayu terbaru ini sambil santai bersama keluarga setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008, hanya di saluran Dekat Di Hati, TV9.

credit : http://www.budiey.com
daFfodiL
Finalis Gadis Melayu

Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)

KHUSNA
Umur: 20 tahun
Asal: Kuantan, Pahang
Minat: Memasak, menjaga kanak-kanak & menguruskan rumah
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Seorang yang peramah, berani, berkeyakinan diri dan pandai menyesuaikan diri.”

Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka) --> OUT

FARIZA
Umur: 23 tahun
Asal: Kuantan, Pahang
Minat: Melancong
Kerjaya: Guru
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Mudah mesra dan dapat menyampaikan ilmu dengan cara yang mudah difahami.”

Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan) --> OUT

FIZA
Umur: 22 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Minat: Peragaan & melayari internet
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Pandai berdikari dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.”

credit : http://www.budiey.com & www.tv9.com.my
daFfodiL
QUOTE(daFfodiL @ Oct 31 2008, 03:50 PM) *
Finalis Gadis Melayu

credit : http://www.budiey.com & www.tv9.com.my

Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah)

SHIKIN
Umur: 22 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Minat: Peragaan & melayari internet
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Pandai berdikari dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.”

Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu) ---> OUT

AYU
Umur: 23 tahun
Asal: Johor Bahru, Johor
Minat: Peragaan, berniaga & melancong
Kerjaya: Usahawan
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Peramah, suka berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat.”

Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor) ---> OUT

EFI
Umur: 20 tahun
Asal: Cheras, Selangor
Minat: Membaca, melayari internet & membeli belah
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Senang bergaul dengan semua orang dan memiliki keunikan tersendiri serta mempunyai jati diri yang tinggi.”
daFfodiL
QUOTE(daFfodiL @ Oct 31 2008, 03:50 PM) *
Finalis Gadis Melayu

credit : http://www.budiey.com & www.tv9.com.my

Nur Aishah Zainal (Melaka)

AISHAH
Umur: 23 tahun
Asal: Alor Gajah, Melaka
Minat: Berlakon & menari
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Berkomunikasi dengan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.”

Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)

AIDA
Umur: 23 tahun
Asal: Kuantan, Pahang
Minat: Bidang pengacaraan
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Seorang yang penyayang dan berani mengharungi apa jua cabaran yang diberi.”
daFfodiL
QUOTE(daFfodiL @ Oct 31 2008, 03:50 PM) *
Finalis Gadis Melayu

credit : http://www.budiey.com & www.tv9.com.my

Zehra Zambri (Selangor) ---> OUT

ZEHRA
Umur: 23 tahun
Asal: Kuantan, Pahang
Minat: Bidang pengacaraan
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Seorang yang penyayang dan berani mengharungi apa jua cabaran yang diberi.”

Noor Afzan Bt Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah)

AFZAN
Umur: 27 tahun
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Minat: Aktiviti-aktiviti lasak
Kerjaya: Penolong Perpustakaan
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Pandai mengandam dan berani menghadapi apa jua cabaran.”
daFfodiL
episode smlm dah setle part pinang meminang terpilih sbg calon finalis gadis melayu...pasni finalis akan mula ikut task yg disediakan... rolleyes.gif
scoter
tak brape ske la tgk rancang ni...
tak melekat di jiwa..
alya07
layan gak.....
tp zehra zaamri tu artis kan.....cam pernah dgr je namenyer...penyanyi kot
daFfodiL
^a'ahh...artis irama m'sia...

tgk pomo utk task pertama drg mlm ni, drg mcm kena bantu masak kat majlis kenduri...pastu de makcik sorg tu duk mbebel komen itu ini kat drg... rolleyes.gif
luvhana
QUOTE(daFfodiL @ Nov 6 2008, 02:05 PM) *
^a'ahh...artis irama m'sia...

tgk pomo utk task pertama drg mlm ni, drg mcm kena bantu masak kat majlis kenduri...pastu de makcik sorg tu duk mbebel komen itu ini kat drg... rolleyes.gif

ha ah kan makcik tu garang betoi!!!!
JiJaHpOtPeT
cantikkkkk la pulak aku tengok..yang pakai tudung kuning tu cumeiii laa
zara1201
cantik2 belaka...
yg pic 1st yg pakai tudung biru tu,
muka dia iras2 pensyarah/ustazah yg slalu gak kuar tv..
sapa ek nama org tu..
aiseh..lupa la plak..
hmm..
wafa8212
aku nk vote ezzah aziz fawzy jadi juara gadis melayulah...
suka aku tgk dia...mmg dia sesuai sgt dia jadi gadis melayu...
zara1201
QUOTE(wafa8212 @ Nov 6 2008, 10:32 PM) *

ezzah aziz fawzy?
mcm nama pengacara nona yg dulu2 tu je..
ade ek peserta nama tu?

*** tak tgk,sbb tu tatau..
huhuhuh..
alya07
layan gk tadi...tgk program die camner
ooooo......x de penyingkiran erk....everyweek akan ade peserta dp markah tertinggi n hadiah

yg pakai tudung ade 3 org.....
awal lg x leh nk pk sape yg layak

tp x puas ati zehra zamri tu leh masuk....
ade gk dr tu jd tenaga pengajar....siap bini pun ikut sekali....garang gak erk dr nih
wafa8212
QUOTE(zara1201 @ Nov 6 2008, 11:55 PM) *
QUOTE(wafa8212 @ Nov 6 2008, 10:32 PM) *
aku nk vote ezzah aziz fawzy jadi juara gadis melayulah...
suka aku tgk dia...mmg dia sesuai sgt dia jadi gadis melayu...

ezzah aziz fawzy?
mcm nama pengacara nona yg dulu2 tu je..
ade ek peserta nama tu?

*** tak tgk,sbb tu tatau..
huhuhuh..

yg pengacara nona tulah....kan dia jd producer utk rancangan gadis melayu tu...tak silap akulah..
dia bkn one of peserta lah...
zara1201
QUOTE(wafa8212 @ Nov 7 2008, 02:22 PM) *
yg pengacara nona tulah....kan dia jd producer utk rancangan gadis melayu tu...tak silap akulah..
dia bkn one of peserta lah...

o yeke..
btol la ezzah yg pengacara nona tu..
hehehe...
gue ngak nonton sih..
makanya gue ngak tau...
huhuh...
daFfodiL

utk first task derang aritu daff suke Husna...yg menang dlm part perjurian tu... rolleyes.gif

daFfodiL

kwn2...ni dia Ezzah Aziz Fawzy...dia antara org kuat dlm Pencarian Gadis Melayu ni...penerbit eksekutif...kat last2 setiap episod (part judgement) dia de interframe...jd perantara... rolleyes.gif
singgahjer
QUOTE(scoter @ Nov 4 2008, 02:00 PM) *
tak brape ske la tgk rancang ni...
tak melekat di jiwa..

sama le aku pub tak berapa berkenan gak rancangan ni
tengok sekali je masa part meminang tu...
nyampah aku ...
iriy_cute
Boleh bitau tak nama2 derang? Tak kenal la
Kalo yg pakai tudung tu boleh la recognize lagi
Yg free hair tu.. Just kenal Zehra ja
nis
QUOTE(daFfodiL @ Nov 9 2008, 01:19 PM) *

utk first task derang aritu daff suke Husna...yg menang dlm part perjurian tu... rolleyes.gif

nis pun suka husna nih...sweet jer...nampak takder la control ayu... cam baik n sopan jer gitu....yang lain cam kurenggg skit...tambah2 zehra n efi tuh...tak minat la..

iriy_cute
Ishh.. tak berkenan lgsg tgk cite ni..
Tgk iklan pun tak sudi.. Meluat.. Hishh

Hukhuk.. Nak2 yg iklan dia tu
Sape ntah control ayu makan pakai sudu & garpu
Sighh.. Macam fes time makan guna tuu ja.. Aku pun reti

Yg si Zehra tu plak bajet ayu plak.. geli usus aku tgk
Hukhukhuk.. Ayat dia "Ya Allah, buat salah lagi" Sambil sengih2 sleep.gif
awek_destiniey
QUOTE(nis @ Nov 18 2008, 12:08 PM) *
QUOTE(daFfodiL @ Nov 9 2008, 01:19 PM) *

utk first task derang aritu daff suke Husna...yg menang dlm part perjurian tu... rolleyes.gif

nis pun suka husna nih...sweet jer...nampak takder la control ayu... cam baik n sopan jer gitu....yang lain cam kurenggg skit...tambah2 zehra n efi tuh...tak minat la..

pun suka husna....
scoter
muke cam pembaca berita tv 9 je....
daFfodiL
QUOTE(nis @ Nov 18 2008, 12:08 PM) *
nis pun suka husna nih...sweet jer...nampak takder la control ayu... cam baik n sopan jer gitu....yang lain cam kurenggg skit...tambah2 zehra n efi tuh...tak minat la..

QUOTE(awek_destiniey @ Nov 20 2008, 03:30 PM) *
pun suka husna....

dia ni nmpk matang dr yg len...kira ok laa...kalo yg free hair daff suke Ayunaliza...yg menang episod lps...happy.gif

& yg plg x suke tgk si Efi tu laa...hehehe...
awek_destiniey
kalo free hail des suka yg sabah tu...apa ek nama dier....tak ingatla...
daFfodiL
QUOTE(iriy_cute @ Nov 18 2008, 06:12 AM) *
Boleh bitau tak nama2 derang? Tak kenal la
Kalo yg pakai tudung tu boleh la recognize lagi
Yg free hair tu.. Just kenal Zehra ja

dah...edited kat front page...

QUOTE(awek_destiniey @ Nov 21 2008, 11:45 AM) *
kalo free hail des suka yg sabah tu...apa ek nama dier....tak ingatla...

Afzan...suke dgr slang dia ckp... rolleyes.gif
daFfodiL
nway, utk episod last week daff plg x suke ngn Zehra tu...esp time Dr Fazly p kat meja makan dia...bleh dia wat selamba jer...pulun makan...tolong laa...nea.gif
nis
QUOTE(daFfodiL @ Nov 25 2008, 09:02 AM) *
nway, utk episod last week daff plg x suke ngn Zehra tu...esp time Dr Fazly p kat meja makan dia...bleh dia wat selamba jer...pulun makan...tolong laa...nea.gif

hahaha... betul tuh...bikin malu jer... dah la hang tu sebelum ni selebriti.... lepas salam, leh lagi continue mkn tu...tu yang tak tahan tuh...
citty girl
cray.gif aku terharu tgk gadis melayu td......sedih dgr citer diaorg.kena plak dgn zikir2 yg menginsafkan.pastu ustazh bahyah main peranan sebagai seorang ibu,perrrrgggggggghhhh......lagi la,sampai menitis air mataku ini...... cray.gif
alya07
arini task pasai muslimah n muhasabah diri
sume pakai tudung lawak je afzan pakai tudung.....x biase kan
zehra pun same......
tp ustazah tu pun nangis same....tp ade plak peserta yg terober..nk cari markah tinggi kot
nis
QUOTE(alya07 @ Nov 28 2008, 01:06 AM) *
arini task pasai muslimah n muhasabah diri
sume pakai tudung lawak je afzan pakai tudung.....x biase kan
zehra pun same......
tp ustazah tu pun nangis same....tp ade plak peserta yg terober..nk cari markah tinggi kot

terlepas la episod semlam... ttdo.. tgk dah nak last dah....

sapa yang terover tuh?? apsal 2 org tu tak mai kelas?
wafa8212
effi dgn fieza yg tak hadir task kali nie...

dan diorg jgklah yg tersingkir dari program gadis melayu....
NaTasHa_aRieNa
erkkk....dah ada yg kene singkir ker???
daFfodiL
a'ahh tasha...start episod mggu lepas de penyingkiran...

suke bila Efi kena keluar...heheh...
daFfodiL

si Aishah ni dh mula pakai tudung skrg...makin sweet nengok... rolleyes.gif
pinkygurl
ni 2nd time tgk rncgn ni...
suke kat husna...
dia nmpk natural...
xde over2,xde control2...
ni baru gadis melayu...
alya07
x dpt layan mlm ninyer
tgk ronaroni makaroni pastu trek cel

sape erk terkeluar....

aishah dh pakai tudung?
wahhhhhhh nk cr publisiti ker....
pinkygurl
xbaikla pulak ckp mcmtu...
ikhlas ke x,ALLAH je tau...
yg penting dia dah laksanakan
perintah ALLAH dgn tutup aurat...
nadya
sejak mggu lps tak dpt tgk.
clash dgn rona roni la plak.
iriy_cute
Alhamdulillah kan.. mana ada dia nak cari publisiti
baik cari publisiti tu kat tempat lain

lagipun hari tu kat whi dia cakap
dia dah jinak2 pakai tudung since ramadhan lepas
tambah plak waktu dia grad, dia bertudung
iriy_cute
owh, so skrg sape yg tinggal.. err tinggal 8 orang je la erk
efi dan fieza dah keluar.. hohh, fieza tu orang kelantan erk
ingatkan orang2 sana pakai tudung semuanya

thx lar, saya optical illusion sket.. owhh, ku sangka efi tu pakai tudung O.o
daFfodiL
last week Ayu kuar...

now dh tinggal 7 org...
nak sgt si Zehra tu kuar... dirol.gif
MENTARI
si Zehra dh terkeluar....
aku pun tak minat sgt dgn dia..
aku suka husna... biggrin.gif
alya07
zehra dh kuar....akhirnyerrr

suke husna gk....asyik lupe je nk tgk...lg tgk ronaroni....
daFfodiL
ku suke Zehra kuar...heheh...dia nmpk 'syok sendiri' sket...biggrin.gif

voted out :

Zehra Zambri

tarik diri (dpt offer kerja) :

Wan Fariza Binti Mustafa

credit : www.tv9.com.my
MENTARI
si Wan Fariza Binti Mustafani dapat keja gomen bhgian kaji cuaca....
kira ok dia pilih keja gomen... sbb dia blum tentu dapat jadi gadis melayu.....
iznanaziz
QUOTE(MENTARI @ Dec 22 2008, 03:50 PM) *
si Wan Fariza Binti Mustafani dapat keja gomen bhgian kaji cuaca....
kira ok dia pilih keja gomen... sbb dia blum tentu dapat jadi gadis melayu.....

betul. aku suka gak si zehra zambry tu kuar sbnya dia tu kan artis...artis tak yah masuk la...
iznanaziz
QUOTE(daFfodiL @ Oct 31 2008, 03:47 PM) *
Program Realiti Gadis Melayu TV9

Pada 8 Oktober lalu, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 yang diberi nama GADIS MELAYU telah diadakan di Shah Alam.

Hampir tiga bulan ujibakat Gadis Melayu dijalankan di seluruh pelusuk Malaysia seperti Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Daripada keseluruhan 1000 peserta yang hadir, hanya 10 calon sahaja yang terpilih untuk menyertai sebuah lagi rancangan realiti terbaru terbitan TV9 ini. Menariknya, peserta yang hadir mendapat sokongan serta dorongan daripada ahli keluarga mereka.

Bagi memperkenalkan 10 gadis bertuah ini, satu sidang media diadakan di Villamay sebelum mereka mengorak langkah lebih jauh dalam meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon gadis melayu ini. Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008.

Sidang media yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima dan Encik Bukhari Che Muda selaku Ketua Pegawai Operasi TV9 ini turut memperkenalkan pengacara program dan tiga juri tetap bagi rancangan Gadis Melayu ini.

Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadis melayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan. Ini dapat dibuktikan apabila kemodenan tidak sedikit pun menghakis nilai-nilai indah warisan melayu daripada mereka yang semakin dilupakan generasi muda kini.

Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan. Berikut adalah senarai peserta yang berjaya melayakkan diri dalam rancangan Gadis melayu:

1. Zehra Zambri (Selangor)
2. Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan)
3. Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)
4. Noor Afzan Bt Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah)
5. Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah)
6. Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)
7. Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu)
8. Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka)
9. Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor)
10. Nur Aishah Zainal (Melaka)

Rancangan realiti selama satu jam ini akan menyaksikan pelbagai cabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiap peserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya. Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakal pemenang benar-benar layak setelah menyertai latihan serta menjalankan tugasan mingguan.

Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap dalam setiap tugasan yang diberikan. Juri-juri tersebut adalah Yang Mulia To’ Puan Seri Diraja Noor Aini Dato Abdullah, Dato Paduka Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim seorang pakar bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Ustazah Siti NorBayah Mahmood yang merupakan penceramah agama serta motivasi.

Peserta yang memperolei markah terendah akan disingkirkan dari rancangan ini. Justeru, mereka harus mengambil peluang yang ada sepenuhnya serta memberi perhatian terhadap apa yang dipelajari sepanjang berada dalam cabaran yang disediakan.

Gadis Melayu akan dikendalikan oleh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang juga pernah mengacara program 3 Hari 2 Malam yang disiarkan di TV9. Pemilihan Fahrin sebagai hos rancangan ini dikira amat bersesuaian memandangkan beliau menepati kriteria sebagai jejaka melayu sejati yang mempunyai perwatakan tersendiri.

Program terbaru Gadis Melayu terbitan TV9 ini akan ditaja oleh:
Unza (Malaysia) Sdn Bhd sebagai penaja utama yang akan mengetengahkan rangkaian produk Safi Balqis
D’navechee Beauty (Malaysia) Sdn Bhd merupakan penaja bersama yang mengetengahkan produk D’N~Hans.
Manakala rakan-rakan penaja lain adalah Keep Slim, Nestle, Triumph (Amo) dan Habib Jewels Sdn Bhd

Rancangan realiti Gadis Melayu adalah rancangan terbaru terbitan TV9 yang diterbitkan oleh Nurirjuana Mohd Ishar dengan Penerbit Eksekutifnya, Nuraeshah Malik dan Ezzah Aziz Fawzy. Turut dibantu oleh wartawan Ashrudy Borhan, Amirul Aswendy, Nor Ashikin Mohd Supian, Noor Linda Mohd Said, Ahmad Mahyudi, Pembantu Penerbitan Fazhidah Che Din serta Visual Editor Norhaleina Abdul Hamid.

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti Gadis Melayu terbaru ini sambil santai bersama keluarga setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008, hanya di saluran Dekat Di Hati, TV9.

credit : http://www.budiey.com

dlm ramai2 ni sapakah yg paling sesuai jadi calon si Fahrin? heheeheh
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.