Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Anak Luar Nikah...
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
skyline_se7en
sy nak bertanya....
semalam kawan sy call sy dan bercerita ttg masalah nya ini....
disebabkan itu, sy ingin minta pendapat dan nasihat dari u'll sume...
berkenaan kawan sy ramlee (bukan nama sebenar)....
cerita nya camni....

ramlee dah lama kenal awek dia, Fatimah (Bukan nama sebenar)...
sehingga kan kenal keluarga Fatimah dan keluarga Fatimah juga mengenali kawan sy ni agak rapat....nak jadikan menantu la ni...
setelah lama berkawan dan dah declare sebagai couple....
sekarang baru dia tau yg Fatimah dia ni adalah anak luar nikah kepada ibubapa nya sekarang...itu pun Fatimah yg bercerita dgn ramlee tanpa pengetahuan keluarga Fatimah...
yg menjadi kemuskilan ramlee skrg adalah :

1) adakah keluarga ramlee akan menerima Fatimah seadanya jika keluarga ramlee tau keadaan sebenar?
2) bagaimana keluarga ramlee untuk menghindarkan perasaan malu terhadap jiran2 sekitar kerana menantukan anak luar
nikah?
2) apakah hubungan Fatimah dgn bapanya serta adik beradik nya?
3) Jika ramlee ingin mengahwini Fatimah, apakah prosuder2 yg akan dijalankan oleh Fatimah....disebabkan bapanya skrg
tidak bolek mewalikan nya....
4) adakah disebabkan Fatimah anak luar nikah, ramlee akan memutuskan hubungan dia dgn Fatimah?
5) apakah yang perlu dilakukan oleh ramlee untuk menangani masalah beliau ini?

HambaAllah
Salam.

Sebenarnya soalan dari 1,2 dan 4 tu adalah jawapan yang harus difikirkan sendiri oleh ramlee itu sendiri. Tapi selalunya jika ada kesulitan, buat la solat sunat Istikarah dan mintaklah petunjuk dariNya, itu untuk soalan no.5. Kalau soalan 2 (bawah) itu pula, fatimah dan keluarganya tetaplah hubungan adik beradik dan bapanya tetaplah bapanya serta ibunya tetaplah ibunya. cuma nanti nak berkahwin tu kenalah berwalikan wali hakim...bapanya tak boleh nak jadi wali. suarakanlah masalah ini ke pejabat agama dan mereka akan uruskan yang selainnya. tak susah pun kalau buat benda baik....segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah....cuma banyak la bersabar dan banyaklah bersolat.
dieylla sayang
Anak luar nikah tidak bersalah, mak dan ayahnya yang bersalah....Wallahu a'lam
komau^girl
hurm..anak tu x salah..
deanna_a
sepatutnya seorg wanita yang mengandung tak boleh berkahwin. itu yang saya tau. tak tau apa status perkahwinan kalau wanita berkahwin masa mengandung. adakah dikira sah atau tidak. tapi yang jelas, anak luar nikah tak bersalah. ibu bapa dia tanggung dosa itu sampai mati kecuali rahmat Allah yang mampu menghapuskan dosa itu.
.:|eLLe|:.
fatimah nikahnya kena melalui wali hakim. mungkin boleh buat majlis pernikahan tertutup? apekehei nak cerita segala bijik butir kat jiran dan sedara, diorang tahu serba sedikit pasal fatimah tu bukan cukup ke? nak kena tahu ke segala-mala nombor i/c, nama nenek, binatang peliharaan, minuman kegemaran semua?
barbiturat_mania
nikah masa ngandung anak luar nikah,pernikahan tu sah,cuma anak tu tetap dikira anak luar nikah...
anak seterusnya bukan anak luar nikah...

dlm citer ni,fatimah tu mmg takde salah apa2...(sian fatimah)...
mcm elle bgtau le,nikah kena pakai wali hakim...
pasal jiran2 tu,kalo takde org bercerita,takde le kisah nye...
deanna_a
QUOTE(barbiturat_mania @ Aug 11 2008, 09:16 AM) *
nikah masa ngandung anak luar nikah,pernikahan tu sah,cuma anak tu tetap dikira anak luar nikah...
anak seterusnya bukan anak luar nikah...

dlm citer ni,fatimah tu mmg takde salah apa2...(sian fatimah)...
mcm elle bgtau le,nikah kena pakai wali hakim...
pasal jiran2 tu,kalo takde org bercerita,takde le kisah nye...



yer ker. masalahnya saya ada terbaca dlm satu artikel kata perempuan mengandung tak boleh kawin. dia cuma boleh kawin selepas dia melahirkan anak tersebut. dia lebih kurang sama mcm pompuan yang mengandung tidak boleh bercerai. Hanya boleh bercerai selepas anak tersebut dilahirkan. saya rasa saya ada simpan artikel tersebut.

Boleh ker tunjukkan hadis sahih tentang semua ini kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan lebih dlm bidang perkahwinan dan zuriat.
barbiturat_mania
pompuan yg mengandung kalau kena cerai,jatuh le talak,cuma edah jadi panjang....
(kawan baik kena cerai masa ngandung,talak jatuh,edah jadi panjang)

pompuan yg mengandung(anak kandungan luar nikah) sah,cuma anak tu tetap anak luar nikah...
(saudara terdekat alami perkara ni,dah tanya imam kampung,semua ckp nikah tu sah,cuma anak tu tetap anak luar nikah...)
deanna_a
QUOTE(barbiturat_mania @ Aug 11 2008, 05:50 PM) *
pompuan yg mengandung kalau kena cerai,jatuh le talak,cuma edah jadi panjang....
(kawan baik kena cerai masa ngandung,talak jatuh,edah jadi panjang)

pompuan yg mengandung(anak kandungan luar nikah) sah,cuma anak tu tetap anak luar nikah...
(saudara terdekat alami perkara ni,dah tanya imam kampung,semua ckp nikah tu sah,cuma anak tu tetap anak luar nikah...)


esok saya letakkan artikel tu kat sini. sebelum ni pun saya tak tau pasal benda ni. saya jugak anggap perkahwin itu sah dan tidak pernah terfikir pasal kesahihannya. lagipun benda tu memang dah diamalkan dikalangan melayu islam bagi menyembunyikan keaiban wanita yang mengandung tersebut. cuma bila ada member bagi artikel tersebut yang buat saya terfikir semula amalan yang diamalkan oleh masyarakat kita. sebab tulah kalau ada yang pakar dalam hal bab kawin nih, tolonglah ulas benda ni. kalau betullah perkahwinan wanita mengandung tidak sah, takut pula ia mencemarkan institusi kekeluargaan umat islam di malaysia.
barbiturat_mania
saya mmg tak de simpan artikel atau apa2 risalah pasal ni...
cuma 2 kes yang jadi tu,mmg rujuk ngan jabatan agama...
dalam kes kawan saya.mmg saya ada tgk semua dokumen perceraian & masalah kwn saya ni yg rujuk ngan jabatan agama...

pasal nikah masa ngandung pun mmg rujuk kat jabatan agama kat kg,tanya imam kampung...
mmg tak de sembunyi pasal hal si perempuan ni ngandung...
bab nikah kawen ni bukan leh buat main...

tapi,kalau cik nak kesahihan,bleh le tanya org lain sama...
kalau saya ada silap,bleh belajar jugak sama2... smile.gif
deanna_a
itulah bar, saya bila dengar perkara mcm ni saya jadi takut. sedangkan para org kuat agama sendiri pun bertelagah tentang hukum2 syarak mcm nih. tgk jerlah pasal kes sumpah anwar & saiful, kes pinjaman untuk pegi haji, dan byk lagi. apa lagi org2 mcm kita nih, yang langsung tidak bertauliah. esok jerlah saya tampal kat sini.
barbiturat_mania
bleh panggil ana... biggrin.gif
ermm..elok gak,tampal,bleh sama2 tanya org lain dlm nie...
rasanya ramai bleh tolong jawab lagi...
awek comel
ade sstgh plak ckp klu sekiranya ibu dan bapa si ank tu bkahwin sewktu kandungan ank tu kurang dr 2bln..ank tu boleh ber"bin" kn bapa dia..btul ke ye??

ape yg pasti..ank luar nikah mmg xde slh ape2..kasihan mereka..
putrishah
saye rase saye tau n masih simpan lagi artikel yg deanna maksudkan tuh...

ni saye tepekkan...klo betul la artikel ni yg dimaksudkan..


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak iru mengandung luaar nikah, cepat cepat kahwinkan.Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...Persoalan ini telah diajukan, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf
deanna_a
terima kasih putrishah. Tapi yang saya dapat dari kawan lain sikit. Bukan soal jawab. Dia siap ada hadis lagi. Saya tak jumpa dalam email saya. Saya dah delete agaknye. Anyway, apa yang ditulis dalam artikel tu lebih kurang sama lah dengan apa yang saya dapat dari kawan.
HambaAllah
baca dalam suratkhabar berita harian hari ahad 10hb ogos 2008. ada rencana mengenai hal ini. perempuan yang hamil TIDAK BOLEH dinikahi. boleh gak baca dalam web ustaz zaharudin dan juga web darul.
barbiturat_mania
Thanx utk info tu smile.gif
aWeKz^MaNj@
anak luar nikah ngan bapanye boleh kawin..
tp ade jugak dengar... klu mak bapak derang kawin waktu kandungan baru 2 bulan..
anak tu boleh berbin/bintikan bapaknye..
aWeKz^MaNj@
QUOTE(deanna_a @ Aug 11 2008, 03:49 PM) *
QUOTE(barbiturat_mania @ Aug 11 2008, 09:16 AM) *
nikah masa ngandung anak luar nikah,pernikahan tu sah,cuma anak tu tetap dikira anak luar nikah...
anak seterusnya bukan anak luar nikah...

dlm citer ni,fatimah tu mmg takde salah apa2...(sian fatimah)...
mcm elle bgtau le,nikah kena pakai wali hakim...
pasal jiran2 tu,kalo takde org bercerita,takde le kisah nye...



yer ker. masalahnya saya ada terbaca dlm satu artikel kata perempuan mengandung tak boleh kawin. dia cuma boleh kawin selepas dia melahirkan anak tersebut. dia lebih kurang sama mcm pompuan yang mengandung tidak boleh bercerai. Hanya boleh bercerai selepas anak tersebut dilahirkan. saya rasa saya ada simpan artikel tersebut.

Boleh ker tunjukkan hadis sahih tentang semua ini kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan lebih dlm bidang perkahwinan dan zuriat.

kalau bercerai time dia mengandung.. talak tetap jatuh.. cume edah jd panjang... tu pasal dia takleh kawin...

tp untuk yg mengandung bukan dr perkahwinan yg sah tu boleh kawin ke idak tak tauler...
aWeKz^MaNj@
tp klu cam kes khalwat biase dinikahkan terus jekan...
awek comel
QUOTE(aWeKz^MaNj@ @ Aug 13 2008, 01:43 PM) *
anak luar nikah ngan bapanye boleh kawin..
tp ade jugak dengar... klu mak bapak derang kawin waktu kandungan baru 2 bulan..
anak tu boleh berbin/bintikan bapaknye..



boleh kn2..nta ek..xsure..
ade sape2 yg pakar x nk jelaskn statement nie..
deanna_a
QUOTE(aWeKz^MaNj@ @ Aug 13 2008, 01:47 PM) *
tp klu cam kes khalwat biase dinikahkan terus jekan...


kes khalwat tak sama ngan kes mengandung. khalwat dia kena cekup dan tak mengandung. ikut islam kena sebat kalau sah besalah, itupun ada syarat nak tuduh org berkhalwat ni. bukan suka ati jer cekup. berdosa tuduh org berzina. tappi itulah, zaman kita ni main duit jerk. baar denda lepas tu boleh kawin. senangnya hukum2 zina dan khalwat sekarang. smile.gif
hi-syam
QUOTE(barbiturat_mania @ Aug 12 2008, 09:39 AM) *
bleh panggil ana... biggrin.gif
ermm..elok gak,tampal,bleh sama2 tanya org lain dlm nie...
rasanya ramai bleh tolong jawab lagi...



Saya ada jawapan bagi masalah yang dibincangkan nih.

Kesimpulan dari artikel tu:-

"Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin"
thalia81
Alah kalau kawan ko tu si ramli tu ikhlas nak berkahwin dengan si fatimah tu dia akan terima apa jua keadaan fatimah tu. Si fatimah tu x berdosa. Pegi je kat jabatan agama islam, diorang boleh uruskan.
X yahlah nak heboh2kan aib org tu. Perkara ni pernah terjadi dlm kalangan saudara terdekat saya. Saya tgk x de masalah apa pun. Yang penting mak bapak si ramli tu kena berfikiran terbuka dan jgn nak pandang rendah pada si fatimah ataupun mak bapak dia. Semua org melakukan kesalahan. Kesian kat si fatimah mesti dia rasa rendah diri dan malu. Mcm sedara saya tu terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa dia. Lagi teruk dia x tau sehingga dia nak kawin baru dia tau. lagi sedih ...

Tapi finally bila dah jumpa dengan tunang dia, tunang dia cakap nak buat mcm mana. Dia pun dah sayang kat saudara saya tu, x kan nak lepaskan disebabkan ini. Saya salute kat tunang n mak bapak dia yang sangat memahami walaupun bapak dia ni dah berpangkat haji dan kerja dia ialah tok siak dan memandikan jenazah. Skrg ni saya tgk diorang bahagia je dah ada 2 anak pun. Mil n fil dia pun layan dia dengan baik je.

Semua manusia ni sama je disisi alllah. Yang membezakan ialah iman masing2. Perkara lama tu x payahlah nak dipanjangkan. Kalau serius nak kahwin cepat2 kanlah dan pesan kat si ramli tu jagalah perasaan si fatimah tu. Sapa yang nak bila dilahirkan dicop sebagai ANAK LUAR NIKAH!
~SaTRiaBiRU~
Kedudukan Anak Luar Nikah
Soalan:
Saya ada masalah yang menjadi pemikiran saya, begini ada pendapat yang mengatakan bahwa bila kita memegang anak haram maka kita berdosa. Apalagi bila memakan hasil masakannya ataupun bila ia lelaki kita tidak bisa menjadi makmun daripadanya. Apakah pendapat yang saya dengar itu benar? Bagaimana batas yang dimaksud anak haram, karena biasa terjadi seseorang yang misalnya telah hamil 2-3 bulan baru menikah apakah anak yang dilahirkannya kelak menjadi anak haram? Lalu katanya ia harus menikah untuk kedua kalinya dengan suaminya kembali agar anak selanjutnya bila ia melahirkan lagi tidak haram, karena nikah pertama adalah nikah untuk anak yang dihamilkan dan nikah kedua untuk anak-anak selanjutnyanya. Bila ia tidak nikah kedua kalinya maka ia berbuat zinah terus menerus. Apakah memang demikian ataukah sebaliknya? Anak pertama baik ia nikah pertama atau kedua kalinya tetap ia anak haram. mohon jawaban.
Barlian, Universitas Hasanuddin


Jawapan:
Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorangpun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.
Kikislah jauh-jauh anggapan yang keliru yang selama ini menjadi anggapan umum tentang kedudukan anak luar nikah ini. Tidak berdosa memegang anak luar nikah, bahkan mendapat pahala jika kita menyantuni anak-anak tidak kira anak luar nikah atau anak yang diperolehi melalui pernikahan yang sah. Begitu juga memakan hasil masakannya tidak salah bahkan sama kedudukannya kita memakan makanan yang dimasak oleh orang lain. Jika bacaan al Qurannya baik, maka adalah lebih baik kita mengikutinya dan melantiknya sebagai imam.

Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah, yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid. Jika orang yang berzina tersebut menikah setelah kehamilan, dan setelah berlalu enam bulan isterinya melahirkan anaknya tadi maka anak terseut boleh di bin kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan menurut mazhab Imam Syafei anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya di bin kan dengan kepada ibunya.

Jadi jika pasangan ini telah menikah ketika masa hamil hasil daripada perzinaan tadi maka tidak perlulah menikah kembali setelah kelahiran anak. Dan anak yang lahir tetap anak manusia yang suci bersih dan bukan anak haram yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan tadi. Jika seseorang menghina orang lain dengan sebutan anak haram, maka orang yang menghinalah yang berdosa sedangkan anak tersebut tetap sebagai anak yang suci bersih di sisi Allah SWT.

Kembalilah kepada konsep ajaran Islam yang sebenarnya dan tinggallah perkara yang bersifat khurafat dan bid'ah serta hargai insan lain tidak kira apakah mereka anak yang lahir hasil perzinaan ataupun lahir melalui pernikahan yang sah. Sesungguhnya tidak ada perbezaan antara keduanya di sisi Allah melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wallahu A'lam.

hentahlah
rolleyes.gif
1) adakah keluarga ramlee akan menerima Fatimah seadanya jika keluarga ramlee tau keadaan sebenar?
toksah beritau kalu rsa2 keluarge tkle terime..


2) bagaimana keluarga ramlee untuk menghindarkan perasaan malu terhadap jiran2 sekitar kerana menantukan anak luar
nikah?
jgnla sebarkn bendeni kt derang, yg salah ibu bapa gadis ni bukannye gadis tu..


2) apakah hubungan Fatimah dgn bapanya serta adik beradik nya?
tetap anak dan adik bradik

3) Jika ramlee ingin mengahwini Fatimah, apakah prosuder2 yg akan dijalankan oleh Fatimah....disebabkan bapanya skrg
tidak bolek mewalikan nya....
-kene rujuk jab. agama, pejabat kadi.. insya-Allah leh selesai.


4) adakah disebabkan Fatimah anak luar nikah, ramlee akan memutuskan hubungan dia dgn Fatimah?
fatimah tk bersalah.. yang aku nmpk sekuat mana pemikiran ramlee dpt tangkis perkara2 -ve ni.. kalu tk kuat, baik putus je, dan ramli bukan org yg terbaik utk fatimah, sbb ramle tk bole bpure2 dlm perkawinan kalu betul2 syangkn dia.

5) apakah yang perlu dilakukan oleh ramlee untuk menangani masalah beliau ini?
apa yg dia sbnrnya mahu?, hidup bahagia bersama ngn fatimah or hidup memikirkan perkara silam bersama ibu bapa fatimah yg buat dosa tu?

hentahlah
QUOTE(awek comel @ Aug 13 2008, 03:04 PM) *
QUOTE(aWeKz^MaNj@ @ Aug 13 2008, 01:43 PM) *
anak luar nikah ngan bapanye boleh kawin..
tp ade jugak dengar... klu mak bapak derang kawin waktu kandungan baru 2 bulan..
anak tu boleh berbin/bintikan bapaknye..



boleh kn2..nta ek..xsure..
ade sape2 yg pakar x nk jelaskn statement nie..


ish.. tkdela cmtu..
anak luar nikah ngn bapanya boleh kawin.. - mksudnye anak bole kawin bapa ke?, ke aku salah pham..
klu mak bapak derang kawin waktu kandungan baru 2 bulan..
anak tu boleh berbin/bintikan bapaknye
- salah ni, dah sah berzina, kalu berzina ngndung nikah time tu, mmg jatuh dh status anak luar nikah... tak kire kandungan tu 1 minit, 2hari, 2 bulan ke ape..

hentahlah
QUOTE(deanna_a @ Aug 11 2008, 03:16 AM) *
sepatutnya seorg wanita yang mengandung tak boleh berkahwin. itu yang saya tau. tak tau apa status perkahwinan kalau wanita berkahwin masa mengandung. adakah dikira sah atau tidak. tapi yang jelas, anak luar nikah tak bersalah. ibu bapa dia tanggung dosa itu sampai mati kecuali rahmat Allah yang mampu menghapuskan dosa itu.


betul tu deanna..
kene lepas abis lahir, then kene tunggu abis edah..
baru leh kawin.

hentahlah
QUOTE(deanna_a @ Aug 11 2008, 03:16 AM) *
sepatutnya seorg wanita yang mengandung tak boleh berkahwin. itu yang saya tau. tak tau apa status perkahwinan kalau wanita berkahwin masa mengandung. adakah dikira sah atau tidak. tapi yang jelas, anak luar nikah tak bersalah. ibu bapa dia tanggung dosa itu sampai mati kecuali rahmat Allah yang mampu menghapuskan dosa itu.


betul tu deanna..
kene lepas abis lahir, then kene tunggu abis edah..
baru leh kawin.

aietx
soalan 1
kalo x bagitau keluarga ramle...satu ari nanti,,jika keluarganya tau
seolah2 ramle menbelangkangkan keluarganya untuk kawen
boleh menyebabkan keluarga ramle kecik ati...
astaro
Kenapa dengan orang kita, bila sebut anak luar nikah, macam diarang hina sangat, tuhan tak pandang darjat dan harta,Ibadahnya yang penting
escadagurl21
aku lagi kesian dgn anak luar nikah..
pasal dia dilahirkan mcm tu .....

tapi alhamdulillah skrg kawan aku dh kawin dh beranak pinak dahh...
hentahlah
QUOTE(aietx @ Aug 27 2008, 08:53 PM) *
soalan 1
kalo x bagitau keluarga ramle...satu ari nanti,,jika keluarganya tau
seolah2 ramle menbelangkangkan keluarganya untuk kawen
boleh menyebabkan keluarga ramle kecik ati...


kalu rase2 keluarga bole terima n keluarganya ade pegangan agama yg kukuh.
plus yakin bole britau.. so, britau je

tapi kalu rase2 family tk bole terima + yakin family bole accept.. so tk yah britau..
aietx
dalam kes ramlee nak kawin dgn fatimah
jika ramlee kawin dgn fatimah adakah
a) anak-anak ramlee akan dikira keturunan zina??
aietx
adakah anak-anak ramlee dgn fatimah yang akan lahir mempunyai masalah
contohnya dari segi kepintaran???kecergasan??fizikal???emosi??
supirsonik_zoom
QUOTE(aietx @ Dec 19 2008, 05:16 PM) *
dalam kes ramlee nak kawin dgn fatimah
jika ramlee kawin dgn fatimah adakah
a) anak-anak ramlee akan dikira keturunan zina??


rasanya kat pg 1 da jwb.. xder istilah keturunan zina kecuali mmg ramle ngan fatimah tu pon berzina pehtu lahir anak (itu perumpaanla )
anak yg lahir hasil hasil dr pernikahan yg sah ..xle dikira keturunan zina ..


adakah anak-anak ramlee dgn fatimah yang akan lahir mempunyai masalah
contohnya dari segi kepintaran???kecergasan??fizikal???emosi??

manala boleh jangka dr skang anak tu lahir normal ke cacat ker..salah ker berkahwen ngn anak luar nikah..andai kata fatimah tu tak bgtau pd ramli mesti isu ni tak timbul
kalu kawin ngan pepempuan yg mmg sah bukan anak luar nikah, ketrunannnya bijak, sihat..x mjamin anak yg lahir akan mewarisi semer yg ada pd ibu bapanya
lagu nasyid pon ada..iman tak dapat diwarisi..
pls la.. kalu btol2 sygkan fatimah tak yah nak ungkit mende2 kecik mcm ni..
Natanella
humm..berat gak masalah ramlee ni.tp as a human,takkan sebab perkara tuh nak putuskan hubungan lak kan...
Khayty
komen saya...
penerimaan baik anak luar nikah secara tidak langsung adalah memaparkan bentuk galakan,dorongan,semangat dan ruang untuk perlakuan bersekedudukan...rasa tidak bersalah..rasa tidak berdosa...
kelahiran anak ini akan dicemuh masyarakat..sebagai hukuman secara indirect...
yg lakukan adalah ibubapa..kenapa anak yg tak berdosa itu terima akibatnya dengan rasa malu dan kecewa???
hasil dosa=anak luar nikah
pada yg pertikaikan hukum karma dan dosa yg terpikul kepada org lain...ininlah salah satu buktinya...
dosa mak bapak itu karmanya ditangung oleh sianak yg lahir...
pada yg bersekedudukan tapi tak der anak,syukurlah..sebab org tak tahu....

cadangan saya...bimbingan dari ibu bapa dan datuk nenek maupun saudara terdekat adalah penting dalam pembentukan akhlak dan pencegahan...iman itu boleh dipupuk..ditambah..dengan ilmu...
aietx
1.ada orang cakap...adakah hasil tangan anak luar nikah adalah haram dimakan?
2.Jika anak luar nikah berkawin..adakah ade anak cucunya nanti yg akan melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah seolah=olah ianya telah berjangkit kpd anak cucunya?
fsyukri
QUOTE(aietx @ Jan 10 2009, 12:40 AM) *
1.ada orang cakap...adakah hasil tangan anak luar nikah adalah haram dimakan?
2.Jika anak luar nikah berkawin..adakah ade anak cucunya nanti yg akan melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah seolah=olah ianya telah berjangkit kpd anak cucunya?


dalam konteks anak luar nihak ni, die sendiri boleh berkahwin dan beranak pinak seperi biasa...
cume masalahnye yang berlaku apabila anak luar nikah itu (kalau perempuan), apabila bernikah diwalikan oleh ayahnye yang sebenornye xlayak dipanggil ayah. itulah menyebabkan perkahwinan si anak luar nikah ni xsah dan menyebabkan keseluruhan keturunannye jadik camtu.. walaubagaimanapun, Allah Maha Pengampun. sekiranye si anak xtau menahu pasal ni, smoga Allah mengampunkannya.
zie-zi
QUOTE(deanna_a @ Aug 11 2008, 03:49 PM) *
QUOTE(barbiturat_mania @ Aug 11 2008, 09:16 AM) *
nikah masa ngandung anak luar nikah,pernikahan tu sah,cuma anak tu tetap dikira anak luar nikah...
anak seterusnya bukan anak luar nikah...

dlm citer ni,fatimah tu mmg takde salah apa2...(sian fatimah)...
mcm elle bgtau le,nikah kena pakai wali hakim...
pasal jiran2 tu,kalo takde org bercerita,takde le kisah nye...



yer ker. masalahnya saya ada terbaca dlm satu artikel kata perempuan mengandung tak boleh kawin. dia cuma boleh kawin selepas dia melahirkan anak tersebut. dia lebih kurang sama mcm pompuan yang mengandung tidak boleh bercerai. Hanya boleh bercerai selepas anak tersebut dilahirkan. saya rasa saya ada simpan artikel tersebut.

Boleh ker tunjukkan hadis sahih tentang semua ini kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan lebih dlm bidang perkahwinan dan zuriat.

eh...sy rasa pompuan mengandung boleh bercerai.Tapi edahnye sampai anak itu dilahirkan.kalau pompuan x ngandung,edahnya 3 kali suci...
aietx
agak2....adakah masyarakat ari ni menerima anak luar nikah spt anak2 lain...@ memandang serong pada anak luar nikah?
aietx
"pomp yg baik adalah untuk lelaki yg baik"
adakah anak luar nikah boleh digolongkan dalam pomp yg baik?
aietx
islam menyuruh umatnya memilih pasangan yg mempunyai keturunan yg baik
adakah anak luar nikah adalah keturunan yg tidak baik?
adib83
http://www.darulnuman.com

Dalam sebuah hadis riwayat muslim menjelaskan larangan melakukan khalwat antara seorang teruna dengan seorang dara, kerana ia merupakan jalan mudah ke arah perzinaan. Dalam Al-Qur'an pula jelas melarang perzinaan kerana zina itu mendatangkan dosa besar dan boleh menghuru-harakan masyarakat dan negara.
Jika seorang dara melakukan perzinaan dengan seorang teruna bererti ia telah melakukan dosa besar. Dalam Islam ia perlu dikenakan hukuman dirotan sebanyak 100 rotan seterusnya bertaubat kepada Allah. Ini sekiranya ia menyerah diri kepada pihak yang berkuasa.

Jika ia tidak menyerah diri kepada pihak yang berkuasa, maka tidak wajib kepada pihak berkuasa mencarinya kerana perzinaan itu hanya menjadi rahsia antara dia dengan pasangannya sahaja dan ia akan menerima balasan Allah pada hari kiamat kelak, kerana dosanya tidak akan gugur selagi mana belum dilaksanakan hukum hudud tersebut ke atas dirinya.

Persoalannya setelah melakukan perzinaan, si dara mengandung kemudian selepas dua bulan berlalu barulah pasangan terlibat berkahwin, dari segi berdosa ia tetap dikira berdosa tetapi dari segi sabit keturunannya anak itu layak dibinkan kepada pihak yang menzinai perempuan tersebut yang berkahwin dengannya. kerana ulamak madhhab Syafii mensyaratkan sekurang-kurang untuk menyabitkan keturunan seseorang anak itu mestilah lahir selepas enam bulan dua saat dari tarikh ibubapanya berkahwin


http://soaljawab.wordpress.com



Ulama’ bersepakat bahawa perempuan yang diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suami maka perempuan itu haram berkahwin selagi beada didalam tempoh iddah.Tetapi mereka berbeza pandangan berkenaan perempuan yang berzina , adakah diwajibkan untuk menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin ataupun dibenarkan berkahwin terus tanpa menunggu tamat tempoh iddah.

Pandangan ulama’ didalam bab ini .

1Abu Hanifah, Muhammad Bin hasan dan Abu Yusuf berpandangan bahawa perempuan yang mengandung disebabkan zina dibenarkan berkahwin tetapi tidak dibenarkan bersetubuh melainkan selepas perempuan itu melahirkan anak.(al-muhalla)

2)Imam asy-Syafie berpandangan perempuan yang berzina dibenarkan untuk berkahwin dan terus bersetubuh dengan suaminya kerana hubungan zina tidak menyebabkan pertalian keturunan.(majmu’ al-fatawa)

3)Imam malik dan Ahmad berpendapat diharamkan bagi perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin kecuali setelah melahirkan anak(al-muhalla & majmu’ al-fatawa)

4)sebahagian Pendapat dari Ahmad dan Malik melarang perempuan yang berzina untuk berkahwin melainkan setelah menunggu sekali haid (istibra’) bagi memastikannya tidak mengandung(Majmu al-Fatawa)

5)Imam Zufar , al-Qadi Abu Ya’la dan sebahagian riwayat dari Ahmad dan Malik mewajibkan perempuan yang berzina menunggu sehingga tiga kali haid sebelum dibenarkan berkahwin(al-Muhalla & Majmu’ al-Fatawa)

Ulama’ yang mengharamkan perempuan yang mengandung anak luar nikah daripada berkahwin berpegang dengan ayat al-Quran

“Dan perempuan yang mengandung maka tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan anak”(At-Thalaq : 4)

Maka perempuan yang mengandung tidak dibenarkan berkahwin melainkan setelah melahirkan anak.

Bagi Ulama’ yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin pula menyatakan bahawa ayat ini berkenaan dengan perempuan mengandung yang diceraikan oleh suaminya bukannya perempuan yang mengandung disebabkan zina.Disebabkan itu Allah menyebutkan didalam ayat 6 Surah yang sama

“……Berikanlah mereka rumah kediaman sebagaimana yang kamu diami mengikut kemampuan kamu”

Terdapat khabar dari Umar yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin.

Daripada Abu Yazid “sesungguhnya Siba’ bin Harith dengan anak perempuan Mauhib Binti Rabah sedangkan dia mempunyai anak perempuan dengan suami yang terdahulu.Begitu juga Siba’ mempunyai anak lelaki dengan isterinya yang terdahulu.Maka kedua-dua anak mereka berzina sehangga mengandung.Mereka dibawa kepada Umar Al-Khattab untuk diputuskan hukuman , maka Omar menjalankan hukuman hudud dan mengarahkan mereka untuk berkahwin tetapi lelaki itu enggan berkahwin.(Al-Muhalla).

Bagi mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mengandungkan anak luar nikah , sedangkan dia bukan merupakan bapa kepada anak yang dikandungkan perempuan itu , tidak dibenarkan bersetubuh dengan perempuan itu melainkan setelah perempuan itu melahirkan anak.Sebaliknya juka perempuan itu tidak mengandung , dibenarkan untuk berkahwin dengannya dan bersetubuh dengannya setelah kedatangan haid sekali (setelah dipastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung).Ini merupakan sebagaimana disebutkan didalam hadith

Daripada Ruwaifi’ Bin Tsabit , Rasulullah bersabda “Tidak dihalalkan kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyiramkan airnya dikebun orang lain (bersetubuh dengan perempuan yang mengandungkan anak orang lain) , bersetubuh dengan perempuan tawanan perang melainkan setelah dipastikan perempuan itu tidak mengandungkan anak orang lain dan menjual harta rampasan perang melainkan setelah dibahagikan(kepada sesama tentera)”

(Riwayat Abu daud , Ahmad , al-Baihaqi , Ibn A’tsir [Jami' al-usul]).

Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa tujuan utama dawajibkan perempuan yang bercerai menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin dengan orang lain adalah untuk memastikan rahimnya suci dari mengandungkan anak orang lain kerana beberapa alasan.

1)tempoh sekali haid(istibra’) sudah memadai untuk memastikan bahawa perempuan itu telah cusi dari mengandungkan anak orang lain

2)Tempoh iddah yang berbeza-beza bagi perempuan yang diceraikan (3 quru’) dan kematian suaminya (4 bulan 10 hari) menunjukkan bahawa iddah dijalankan kerana mengikut perintah Allah bukannya kerana tujan utama lain.

3)Ibn Abbas , Uthman dan Ibn Umar berpandangan bahawa setelah khulu’(perempuan membayar sejumlah pampasan dan meminta supaya suaminya menceraikannya )perempuan itu hanya perlu menunggu tempoh istibra’ sahaja sebelum berkahwin dengan orang lain(majmu’ al-fatawa)(Hadith Abu Daud dan At-Tirmidzi)

[b]Maka iddah ini hannya diwajibkan untuk perempuan yang bercerai setelah berkahwin sahaja.Bukannya untuk perempuan yang berzina dan tawanan perang.


2)

Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA:

ضرب رجلاً وامرأة في الزنى، وحرص على أن يجمع بينهما

Maksudnya: “(‘Umar) Telah menyebat lelaki dan wanita yang berzina, dan dia menggalakkan untuk disatukan antara mereka berdua.” (1)
Ulama yang mensyaratkan taubat adalah ulama dari mazhab al-Hambali berdasarkan firman Allah taala:

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)

Adapun persoalan iddah, apakah wajib ke atas wanita yang berzina itu terlebih dahulu melepasi iddah ataupun tidak? Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh.

Yang kami pilih ialah pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy yang berpendapat: “Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina. Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

الولد للفراش، وللعاهر الحجر

Maksudnya: “Anak itu bagi sisuami (pasangan wanita) dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.” (al-Bukhari dan Muslim)

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan penthabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil daripada zina bukan dengannya, sah pernikahan itu disisi Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad (Hasan al-Syaibani). Akan tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalinkan anak tersebut, berdasarkan hadith:

‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki yang beriman kepada allah dan hari akhirat, memasukkan benihnya ke ladang orang lain. (yakni wanita yang hamil bukan dari benihnya” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Ini berbeza jika wanita itu hamil dari benihnya sendiri, maka pernikahan mereka harus dengan kesepakatan ulama-ulama mazhab Hanafi, apabila harus pernikahan mereka maka harus juga persetubuhan mereka di sisi ulama-ulama mazhan Hanafi kesemuanya, kerana benih yang ada dalam kandungan wanita itu adalah benihnya dan kehamilan itu daripadanya.

# semoga maklumat diatas berguna utk anda suma#
Wassalam....
adib83
QUOTE(aietx @ Jan 25 2009, 06:58 PM) *
"pomp yg baik adalah untuk lelaki yg baik"
adakah anak luar nikah boleh digolongkan dalam pomp yg baik?



from: ustzh sakinah

Anak zina tidak dikaitkan dengan dosa dan perbuatan terkutuk yang telah dilakukan oleh kedua-dua ibu bapanya. Ini kerana, apa yang menimpa dirinya itu bukan atas usahanya. Sebaliknya dosa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Firman ALLAH S.W.T:

"Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)." – Surah al-Israk: 15.

Kedudukan anak luar nikah berbeza dengan kedudukan orang lain. Membawa tuah atau tidak bergantung kepada didikan dan pilihannya sendiri setelah baligh kelak. Jika dia mentaati ALLAH, melakukan amal soleh dan mati dalam keadaan Islam, tentulah dia dimasukkan ke syurga. Sebaliknya, jika dia termasuk ahli maksiat dan mati pula dalam keadaan kafir, nerakalah lebih layak baginya.

Namun, jika amal solehnya dan kemaksiatannya sama banyak tetapi masih mati dalam keadaan Islam, hal itu kita serahkan kepada ALLAH. Jika ingin diampunkan pasti DIA akan ampunkan dan jika sebaliknya pasti diberi azab. Yang pasti, akhirnya dia akan dimasukkanke syurga.

Mengenai hadis yang menyebut bahawa anak zina tidak akan masuk syurga, ia termasuk hadis palsu. Hal itu dinyatakan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitabnya al-Mauduu'aat.

Wallahu a’lam. friends.gif
Rocky Mountain
Terima kasih adib83....that long post was really needed...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.