pendaftaran adalah percuma. jika tidak tahu daftar, maka pergi ke pejabat mereka utk berdaftar secara manual.
saya telah bertanyakan bagaimana hendak iklankan pencarian pekerja, dan mereka telah memberi saya buku maklumat pencari kerja. tak lama saya selak buku tu, lebih kurang 200-250 nama dan saya terjumpa 2 orang yang berpotensi dan mereka juga berminat dan berkelayakan sesuai dgn keperluan saya.
ini satu cara kerajaan meminimakan kadar pengganguran dalam negara, cuma malangnya saya perhatikan ianya 100% adalah nama bumiputera. tiada bangsa lain (mungkin mereka tidak tahu). sedangkan pemohon ada yang memiliki diploma, dan ada pula dgn ijazah.
mari kita sama-sama manfaatkan kemudahan ini, selain dari terus bersama mesra.net!!