Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Perkahwinan Personaliti Media Prima!
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Artis
nadya
Selamat Pengantin Baru! smile.gif

~ Nazrudin & Sheahnee Lee




9 Mac 2008
Pelakon dan pengacara, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz, 30, dan pembaca berita 7 Edition di ntv7, Sheahnee Iman Lee, 29, mengakhiri persahabatan itu dengan ikatan pertunangan pada 9 Mac lalu. Pada majlis itu, Sheahnee yang juga penerbit program Captains musim kedua, memeluk agama Islam dengan me milih nama Iman.

26 Jun 2008
Naz dan Sheahnee telah diijabkabulkan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Klang, dengan sekali lafaz sambil disaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak. Sebagai saudara baru, Sheahnee berwalikan hakim.

Naz juga menyarungkan cincin berlian ke jari Sheahnee ketika acara membatalkan air sembahyang. Majllis akad nikah diakhiri dengan makan tengah hari diikuti majlis doa selamat di rumah keluarga Naz pada sebelah malamnya.

6 Julai 2008
Majlis berinai kecil diadakan di rumah keluarga Naz. Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sebelas dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan, wang hantaran RM8,888 sebagai simbolik kaum Cina yang meng anggap nombor lapan membawa tuah dalam kehidupan.

Pihak lelaki juga menyerahkan satu set barang kemas serba satu seperti subang, loket dan cincin emas putih kepada Sheahnee. Menyusul selepas itu, majlis minum teh mengikut adat tradisional masyarakat Cina di kediaman keluarga Sheahnee, Robert Lee dan Lesley di Bukit Raja, Klang.

Berkonsepkan kekeluargaan dengan kombinasi perkahwinan campuran, majlis resepsi yang meraikan pasangan mempelai berlangsung dalam suasana meriah dihadiri lebih 1,000 tetamu membabitkan kaum keluarga dan rakan di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda. Naz dan Sheahnee mengenakan kostum tradisional kombinasi merah hati dan krim rekaan Wan Huzairil serta solekan sentuhan Nurul Shukor.

“Sepatutnya majlis pernikahan berlangsung pada 6 Julai, tetapi terpaksa dibuat lebih awal (26 Jun) kerana ada masalah. Memandangkan Sheahnee saudara baru yang bermastautin di Selangor, majlis pernikahan diadakan di Jais dengan berwa likan hakim. Bayangkan kad jemputan sudah diedarkan dan kami perlu mengubah tarikh pernikahan pada saat akhir. Apapun, semuanya berjaya diatasi akhirnya. Saya dan Sheahnee masing-masing berdarah campuran. Saya campuran Melayu-Cina-India manakala Sheahnee Ci na-Australia. Lebih bermakna, majlis resepsi ini tidak ditaja mana-mana pihak. Kata ibu, bila buat semua persiapan sendiri dengan bantuan kaum keluarga, majlis itu lebih diberkati Tuhan. Justeru tidak hairanlah dari pelamin, hiasan dewan, lilin, semuanya dibuat sendiri ibu dan juga ibu saudara yang datang dari jauh dan dekat seperti Singapura, Kemboja dan Aus tralia,” katanya.

Majlis resepsi Naz dan Sheahnee turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Ning Baizura dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar), Harith Iskandar, Daphne Iking, Cheryl Samad, Zizan Nin, Elaine Daly, Tony Eusoff, Yasmin Yusof dan ramai lagi.

“Saya sudah bersedia untuk susah dan senang bersamanya dalam melayari kehidupan berumahtangga. Apa yang pen ting, saya ingin menjadi suami yang baik dan membimbing Sheahnee untuk terus mendalami ajaran agama Islam. Kami tetap berpegang teguh pada ajaran Islam sekalipun ia perkahwinan campuran yang membabitkan pertembungan pelbagai budaya. Saya juga berdoa semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Pasangan ini berbulan madu di Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor selama lima hari bermula 14 Julai sebelum kembali bertugas seperti biasa pada 22 Julai.
Amirah
slmt pengantin br..muka diaorg ni ada iras la...tang idung ngan senyumn diaorg...
nadya
Azura & Shaffique smile.gif



Azura sukar bendung air mata pada hari pernikahannya dengan Shaffique

LINANGAN air mata penyampai radio popular Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood yang mengiringi majlis pernikahannya bersama Eksekutif Penjenamaan TV3, Shaffique Ahmad Zehnun menyimpan seribu satu makna.

Saat bergelar isteri kepada jejaka idaman pasti menjadi detik paling menggembirakan buat seorang wanita, namun berbeza bagi Azura yang kelihatan sayu sedari awal rombongan keluarganya melangkah ke lokasi pernikahan di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Walaupun sesekali terukir senyuman di bibirnya yang setia ditemani ibu, Ramlah Seman, 48, namun gejolak di hati bekas ratu pecut negara itu hanya dia yang tahu. Jawapan kepada situasi dirinya yang kelihatan sugul ketika menempuh detik mendebarkan bergelar seorang isteri itu akhirnya terungkai ketika ditanya media apakah puncanya.

Berpisah dengan keluarga dan hidup berdikari sejak berusia 13 tahun menjadi jawapan mengapa pengacara rancangan hiburan popular Pop! itu sukar membendung titisan air matanya pada hari pernikahannya bersama pasangan tercinta. Dinikahkan sendiri oleh bapanya, Nik Mahmood Nik Kar, 54, dengan dua kali lafaz, tepat jam 12 tengah hari Sabtu lalu dia sah menjadi isteri kepada Shaffique.

"Saya berjauhan dengan keluarga sejak usia 13 tahun kerana belajar di sekolah sukan berasrama di Kajang, Selangor. Sejak itu saya sibuk berlatih sebagai atlet dan sering ke luar negara mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan sukan. Selepas tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan karier sebagai atlet semakin perlahan.

"Namun, rezeki saya murah kerana menerima tawaran bekerja ketika masih belajar. Bermula di stesen Red 104 sehinggalah sekarang di Hot FM, peluang untuk bercuti panjang terhad menyebabkan masa saya bersama keluarga di rumah amat terbatas dan terhad.

"Saya sudah lama berjauhan dengan keluarga dan sekarang akhirnya saya sudah bergelar isteri pula. Pastinya keluarga saya jatuh nombor dua kerana sebagai isteri, saya perlu mengutamakan suami. Walaupun masih boleh berhubung dan pulang ke kampung bertemu mereka selepas ini, tetapi perasaan itu sudah lain, itu yang buatkan saya sedih dan sayu hingga tak dapat menahan tangis.

"Seminggu sebelum tarikh bernikah pun saya melepaskan rindu dengan tidur bersama emak setiap hari. Masa itu saat paling menggembirakan dan memilukan bagi saya. Tetapi saya bersyukur kerana pernikahan dan perkahwinan kami mendapat restu orang tua dan mereka sangat gembira terutama ibu bapa saya," katanya sambil mengesat air mata di pipi.

Kesedihan Azura yang beberapa kali senyap menahan sebak ketika ditemubual turut dirasai suaminya yang antara sedar dan tidak menitiskan air mata melihat keadaan dilalui isteri tercinta. Bukan mudah hendak melihat seorang lelaki menangis pada hari perkahwinan mereka, tetapi mungkin jiwa Shaffique sebagai anak bongsu yang manja tidak mampu mengawalnya.

"Saya pun sedih dan faham apa yang Zura sedang lalui. Apatah lagi kami dinikahkan sendiri oleh bapanya kerana Zura anak perempuan terakhir yang berkahwin berbanding adik dan kakaknya yang lebih dulu bertemu jodoh dan dinikahkan oleh imam masjid. Sebagai suami, saya memikul tanggungjawab berat yang diamanahkan keluarga Zura untuk menjaganya dengan baik," kata Shaffique sambil menjeling manja isteri kesayangannya.

Pada majlis pernikahan serba ringkas di Masjid Terapung itu yang dihadiri saudara terdekat dan kenalan rapat pengantin, Azura dan Shaffique kelihatan sungguh ayu dan segak dalam persalinan indah berwarna putih sedondon ilham pereka dari Indonesia, Yamin. Tubuh langsing Azura menyerlahkan lagi kemanisannya yang mengenakan kurung moden lengkap dengan tudung.

Paling menarik, gubahan tujuh dulang hantaran bertemakan serba biru berisi sirih junjung, wangian, sejadah, telekung, barangan kemas, telefon bimbit, kasut, tas tangan dan manisan untuk pengantin perempuan adalah hasil kerja tangan ibu Shaffique sendiri, Nik Zainun Nik Mustafa, 55.

Balasan sembilan dulang hantaran oleh Azura kepada suaminya pula digubah oleh Khalid Ahmad yang juga bertanggungjawab mengendalikan majlis pernikahan dan persandingan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu.

Bagi pasangan merpati dua sejoli ini, perkahwinan membuka lembaran hidup baru buat mereka dan pastinya harapan menggunung tinggi untuk melihat ikatan dibina kekal dan cinta dipupuk mekar sehingga ke akhir hayat seperti mana kebahagiaan dinikmati kedua ibu bapa mereka kini.

Jelas Azura yang berasal dari Manir, Terengganu, kariernya yang sedang berkembang di Hot FM kini jatuh nombor dua dan tanggungjawab serta tumpuan kepada suami mesti diberi keutamaan.

"Zura bersyukur dipertemukan dengan Shaffique. Dia seorang yang penyabar, penyayang, periang, kelakar dan manja. Kalau nak tanya bersedia atau tidak jadi isteri, pada Zura memang tak akan ada penamatnya, tetapi inilah adanya (bergelar isteri).

"Zura harap kami sama-sama bekerjasama membina rumah tangga bahagia seperti ibu bapa kami yang masih romantis walaupun sudah berpuluh tahun berkahwin.

"Mengenai cahaya mata pula, kami ingin berbulan madu dan menghabiskan masa berdua sepuas-puasnya dulu. Destinasi bulan madu pun belum tahu sebab Zura sibuk dengan tugas dan tidak boleh bercuti lagi. Mungkin Ogos ini baru boleh bercuti. Zura juga bersyukur kerana Shaffique amat memahami kerjaya Zura malah sentiasa memberi sokongan," katanya bersulam senyuman manis.

Bagi Shaffique pula, pembabitannya dalam bidang kerja yang sama dengan isteri tidak mendatangkan masalah untuk beliau memahami kesibukan Zura sebagai personaliti.

"Kami bekerja dalam bidang yang sama dan saya faham kesibukannya. Bezanya cuma Zura di depan tabir dan saya pula di belakang tabir. Malah, lebih mudah kerana kami bekerja di bawah bumbung syarikat yang sama, oleh itu tidak ada masalah untuk saya. Kami masih boleh selalu berjumpa di pejabat.

"Selepas ini pun kami akan tinggal di rumah ibu bapa saya di Gombak. Rumah itu pun sunyi dan saya pun kasihan pada mereka. Setidak-tidaknya kehadiran kami dapatlah meriuhkan sedikit suasana. Ibu saya berasal dari Ketereh, Kelantan. Jadi memang ngam sangat dengan Zura. Kalau makan, mesti menu Pantai Timur seperti budu, nasi kerabu dan nasi dagang tak tinggal," katanya ketawa.

INFO: Pernikahan Azura, Shaffique

Pada sebelah malamnya pula, kedua-dua mempelai ini disandingkan di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu yang dihadiri lebih 500 jemputan terdiri daripada saudara mara dan kenalan rapat.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzwan; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Said; ibu bapa Zura dan Shaffique serta penyampai Hot FM antaranya Farah Fauzana, AG, Faizal Ismail, Anne dan Sharifah Aleya menyaksikan majlis persandingan itu.

Pasangan pengantin itu manis mengenakan persalinan songket rekaan Izaat Artistic Team dan Wan Manang berwarna hijau muda. Ketibaan pengantin pada jam 8.45 disambut dengan dendangan berzanji dan marhaban oleh kumpulan Nurul Munirah dari Taman Desa Putra, Kuala Terengganu dan persembahan kebudayaan daripada penari Muzium Negeri.

Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan makan, upacara berinai dan menepung tawar, persembahan nyanyian oleh Anis Suraya dan memotong kek oleh kedua-dua mempelai sebelum berakhir dengan sesi bergambar dan tetamu bersalaman dengan pengantin.
nadya
nadya
reserved
zara1201
wah..
seronoknye tgk org kawen..
semoga mereka semua berbahagia ke akhir hayat..
insyaAllah..
sophea
bertuah nyer diorang...selamat pengantin baru
nadya
QUOTE(Amirah @ Jul 14 2008, 09:42 PM) *
slmt pengantin br..muka diaorg ni ada iras la...tang idung ngan senyumn diaorg...


ye la amirah. baru prasan.
bagai pinang dibelah dua. rolleyes.gif
noliJB
tahniah pd dua2 pasangan pengantin baru ni... give_rose.gif
JEJARIHALUS
waaa.... tahniah2!

kije satu kompeni.. jodoh bawah satu bumbung!
topgunZ
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 17 2008, 12:29 PM) *
waaa.... tahniah2!

kije satu kompeni.. jodoh bawah satu bumbung!


selalu berlaku nie..mcm aku dulu nyaris nyaris nak kawin ngan siti,tapi tak jadik
JEJARIHALUS
QUOTE(topgunZ @ Jul 17 2008, 07:21 PM) *
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 17 2008, 12:29 PM) *
waaa.... tahniah2!

kije satu kompeni.. jodoh bawah satu bumbung!


selalu berlaku nie..mcm aku dulu nyaris nyaris nak kawin ngan siti,tapi tak jadik

Ya rabbi........ sabooo jer lah aku..
nadya
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 17 2008, 08:14 PM) *
QUOTE(topgunZ @ Jul 17 2008, 07:21 PM) *
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 17 2008, 12:29 PM) *
waaa.... tahniah2!

kije satu kompeni.. jodoh bawah satu bumbung!


selalu berlaku nie..mcm aku dulu nyaris nyaris nak kawin ngan siti,tapi tak jadik

Ya rabbi........ sabooo jer lah aku..


dgn siti mana top? sitikus ke? laugh.gif
nadya
Azura & Shaffique



Belum rancang bulan madu

Detik diijabkabulkan bersama Eksekutif Penjenamaan TV3 jadi saat paling bersejarah dalam hidup penyampai radio merangkap Pembantu Pengarah Muzik Hot FM, Nik Nor Azura

PASTINYA kehidupan yang dilalui pasangan pengantin baru, Nik Nor Azura Nik Mahmood, 27, dan Shaffique Ahmad Zehnun, 30, lebih bermakna selepas diijabkabulkan sejak dua minggu lalu.

Detik diijabkabulkan bersama Eksekutif Penjenamaan TV3 itu menjadi saat paling bersejarah dalam hidup penyampai radio merangkap Pembantu Pengarah Muzik Hot FM itu. Kini dirinya sah bergelar isteri selepas empat tahun menyulam cinta bersama buah hatinya itu.

Azura, Shaffique memilih untuk diijab kabul di Masjid Tengah Tengku Zaharah, Kuala Terengganu pada 12 Julai lalu. Diikuti majlis resepsi pihak perempuan di Terengganu Aquestrian Resort pada hari yang sama. Ahad lalu, pihak keluarga lelaki pula mengadakan majlis menyambut menantu di Hotel Sheraton & Towers, Subang Jaya, Selangor yang dihadiri sanak saudara, sahabat dan rakan sekerja.



Nampak ayu mengenakan gaun pengantin putih polos rekaan Izzat Artistics, Azura akui dia terlalu gembira apabila dikelilingi anggota keluarga, sahabat dan rakan sekerja. Paling penting, majlis persandingannya berlangsung dengan baik.

“Perasaan saya bercampur baur, gembira, terharu dan bersyukur majlis pernikahan dan persandingan berlangsung dengan sederhana dan meriah. Sukar juga saya nyatakan naluri saya sebagai wanita. Sejurus selepas sah bergelar isteri tentunya saya mengharapkan perkahwinan saya akan berkekalan sehingga nafas yang terakhir.

"Saya mengharapkan kehidupan kami seperti keluarga lain. Saya akan sentiasa ingat pesanan keluarga, bajailah rumah tangga dengan penuh rasa kasih sayang untuk mendapat kebahagiaan, keberkatan dan berkekalan,” katanya.

Azura akui kesibukannya bekerja belum mengizinkannya untuk berbulan madu. Dia juga belum berpeluang menyediakan juadah kegemaran suaminya, gulai lemak ikan masin dan asam pedas ikan tongkol.

“Kadang kala rasa juga bersalah pada Shaffique kerana saya tidak dapat meluangkan masa bersamanya seperti pasangan pengantin lain yang bercuti lama. Saya hanya bercuti pada hari pernikahan dan majlis kenduri di Kuala Terengganu. Untuk majlis persandingan di sebelah lelaki, saya tidak bercuti. Malah keesokannya pun saya dah bekerja seperti biasa.

“Bagaimanapun, saya akan cuba balik secepat mungkin. Kalau dulu, saya banyak habiskan masa di pejabat sebaliknya sekarang saya sudah resah apabila jam 5.30 petang. Saya akan cuba habiskan kerja secepat mungkin untuk pulang menemani Shaffique. Dulu, saya tak perlu fikir apa-apa, sekarang hidup saya sudah berubah. Apa pun yang dilakukan saya kena fikirkan makan minum Shaffique di rumah,” kata Azura yang memilih untuk tinggal sebumbung dengan keluarga mentuanya di Gombak.



Roti dan Milo untuk sarapan

Janji Shaffique, dia mahu menjaga Azura sebaik mungkin dan bersedia dengan cabaran apabila beristerikan seorang selebriti. Tanpa berselindung, Shaffique akui: “Bersedia atau sebaliknya, saya kena hadapi apa juga cabaran yang datang apabila beristerikan seorang selebriti. Rasanya tiada masalah kerana saya kenal siapa diri Azura.

“Sebagai suami, saya sedar pastinya ada masalah yang datang tidak diduga, tetapi saya perlu sentiasa tenang menghadapinya. Saya juga tidak menghalang Azura meneruskan kerjayanya. Itu bakat dan kebolehannya,” katanya.

Shaffique akui kehidupannya juga lebih terancang apabila bergelar suami. Walaupun belum sempat meluangkan masa sepenuhnya bersama Azura, sekurang-kurangnya makan minumnya lebih terjaga.

“Dulu, saya jarang bersarapan tetapi kini Azura akan sediakan roti bakar dan minuman Milo walaupun selepas itu, dia terpaksa bergegas ke tempat kerja. Saya bersyukur walaupun Azura sentiasa sibuk tetapi dalam kesibukannya itu, dia tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri.

"Azura juga baru berpindah ke rumah keluarga saya di Gombak. Sementara masih bercuti, saya membantunya mengemas apa yang patut. Keluarga 'bising' juga kerana kami berdua belum sempat bertandang ke rumah sanak saudara. Bukan tidak mahu pergi tetapi Azura tiada cuti," katanya.

Antara yang hadir pada persandingan mereka pada 20 Julai lalu, termasuk Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail dan isteri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.

credit: Berita Harian online
putri_nian
amboii naz dah kawin yer..cantik gak wife dia.. oops.gif
joaquinshah
sheahne lee nih mmg cun...
Jax
QUOTE(Amirah @ Jul 14 2008, 09:42 PM) *
slmt pengantin br..muka diaorg ni ada iras la...tang idung ngan senyumn diaorg...


sekali pandang.. mcm adik beradik la plak..
ctmunirah
i hate that lady marrying naz.. i never liked her... theres just something about her conducting tv shows that really turn me off... cant believe she marrying naz.. met naz.. he is a really really nice guy.. huhuhuhuhu
Didiharaiss
QUOTE(ctmunirah @ Jul 30 2008, 11:03 PM) *
i hate that lady marrying naz.. i never liked her... theres just something about her conducting tv shows that really turn me off... cant believe she marrying naz.. met naz.. he is a really really nice guy.. huhuhuhuhu


perempuan biasala ada sifat cemburu..kekekekek
nadya
Nona TV3

27-7-08 ~ Naz & Sheahnee

10-08-08 ~ Azura & Shaffique
nadya
Perkahwinan 08-08-08

Azzura Azizul Azman (WHI) & Zain Azrai

Pengacara Wanita Hari Ini (TV3), Nor Azzura Azizul Azman atau Azzura, 24, dan pasangannya, Zain Azrai Dr Zaaba, 27, dinikahkan di Madrasah Islamiah Cheras Baru selepas solat Asar oleh Ustaz Husnul Yaqin.

Azzura pula berkata, perkenalannya dengan suami menerusi rakan kira-kira enam tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di universiti.

Ketika itu, dia mengikuti kursus Diploma Seni Persembahan (Perfileman) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam manakala suami dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pada majlis pernikahan itu, Azzura menerima wang hantaran RM12,000 bersama 13 hantaran berbalas 15.

Katanya, mengikut kepercayaan Cina, tarikh 8.8.08 dianggap membawa tuah kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga.

***********************************************************************

Nurhaizi Rani & Fazlan

Nurhaizi Rani atau Haizi, 29, mengakhiri zaman bujang dengan ahli perniagaan, Ahmad Fazlan Abd Aziz, 42, di kediamannya di Bukit Antarabangsa.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Haizi, Mohd Rani Ab Ilah, 55.

Haizi bersyukur kerana majlis bersejarahnya direstui kedua-dua keluarga dan berlangsung dalam majlis ringkas tetapi meriah.

Dia menerima wang hantaran RM20,000 berserta mas kahwin RM1,000 dan hantaran tujuh berbalas 12 dulang.

Mengikut perancangan, pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di Dewan Tun Rahah pada 17 Ogos ini.


Nona ~ 31 Ogos 08
nadya
Nor Azlina pilih tokoh korporat


KUALA LUMPUR: “Kami sudah kenal lama dan hubungan kami juga bermula sebagai kawan sebelum serius untuk mendirikan rumah tangga,” kata personaliti TV3, Nor Azlina Redzuan, 37.

Pembaca berita TV3 itu memilih tokoh korporat dalam industri telekomunikasi, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob, 43, sebagai calon suami selepas lapan tahun berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

Kata Azlina, soal perkahwinan tidak mengira usia kerana apabila sudah sampai jodoh, ia tidak mengira tua atau muda.

“Saya memilih Yusof sebagai suami kerana dia seorang yang matang dan ada keserasian bersama. Sepanjang berkawan, dia sangat memahami dan menghormati saya.

“Setiap orang ada keistimewaan tersendiri dan begitu juga Yusof. Pada masa sama, saya juga mengharapkan perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Majlis pernikahan Nor Azlina dengan Yusof yang berstatus duda tanpa anak itu akan berlangsung di kediaman keluarga pihak perempuan selepas solat Maghrib di Kangar, Perlis, pada 22 Ogos ini dengan dihadiri keluarga terdekat.

Majlis persandingan diadakan keesokan hari di Dewan Warisan, Kangar, disusuli majlis persandingan sebelah pihak lelaki pada 29 Ogos di Kuala Lumpur.

Nor Azlina akan mengenakan busana rekaan pereka terkenal Radzuan Radziwil pada majlis pernikahan dan rekaan Cosry pada majlis persandingannya nanti.

credit to myMetro


nadya
Tini ikut jejak Leya, Azura

INI cerita yang Cik Normah baru dapat ala panas baru keluar ketuhar. Kalau buah biskut raya confirm rentunglah. Mungkin lepas Leya dan Azura, penyampai radio Hot FM yang bernama Tini ini pula bakal mengambil giliran untuk menamatkan zaman bujang.

Ada angin manja sepoi-sepoi 'tak berbahasa', cakap Tini dijangka berkahwin awal tahun depan dengan jejaka yang ada kaitan juga dengan stesen radio ‘panas’ tu. Tapi Cik Normah tak nak cakap siapa lelaki itu biarpun Cik Normah saja tahu siapa jejaka itu setakat ini. Biarlah, nanti tak suprise pula.

Boleh tahan kacak juga jejaka itu sesuailah dengan Tini yang comel. Besar kemungkinan Tini tak akan bertunang, nikah terus. Baguslah kalau benda yang baik, dipercepatkan lagi bagus. Jangan lupa jemput Cik Normah kalau jadi kahwin nanti, boleh Cik Normah tempah baju lebih menjelang raya nanti.

credit : Berita Harian Online
zara1201
alin pembaca berita tv3 tu pon dh kawen ek..
nadya
QUOTE(zara1201 @ Aug 24 2008, 09:04 PM) *
alin pembaca berita tv3 tu pon dh kawen ek..


aah semalam. tahniah buat alin!
iznanaziz
QUOTE(nadya @ Aug 24 2008, 09:18 PM) *
QUOTE(zara1201 @ Aug 24 2008, 09:04 PM) *
alin pembaca berita tv3 tu pon dh kawen ek..


aah semalam. tahniah buat alin!

HA AH DENGAN DUDA ANAK SATU BERGELAR DATUK
Didiharaiss
QUOTE(iznanaziz @ Aug 27 2008, 06:05 PM) *
QUOTE(nadya @ Aug 24 2008, 09:18 PM) *
QUOTE(zara1201 @ Aug 24 2008, 09:04 PM) *
alin pembaca berita tv3 tu pon dh kawen ek..


aah semalam. tahniah buat alin!

HA AH DENGAN DUDA ANAK SATU BERGELAR DATUK


suami Alin duda tanpa anak
nadya
Nor Azlina terima mahar RM30,000


KANGAR: Dengan hanya sekali lafaz akad nikah, personaliti terkenal TV3, Nor Azlina Redzuan, 37 kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan pasangannya, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob, 43, kira-kira jam 9.35 malam tadi.

Upacara akad nikah itu dilakukan sendiri bapa pengantin perempuan, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad di hadapan imam Masjid Al-Arifin Padang Katong, Ku Muhamad Ku Hamid di rumah mereka di Bintong, dekat sini.

Yusof Annuar yang juga duda tanpa anak sejak 14 tahun lalu kelihatan gugup pada mulanya ketika melafaz akad nikah.

Majlis pernikahan itu disaksikan bapa saudara Nor Azlina, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan ibunya, Datin Maznah Ahmad serta ibu pengantin lelaki, Rokiah Abdul Rahman, 69.

Beberapa pengacara TV3, antaranya Kamarudin Mape, Azizah Arifin dan Maria Tengku Sabri antara kira-kira 200 tetamu hadir pada majlis itu.

Nor Azlina menerima mas kahwin RM30,000 dan sebentuk cincin berlian bernilai RM85,000 tanpa wang hantaran serta sembilan dulang barang hantaran didahului dengan sireh junjung.

Pihak perempuan pula membalas 11 dulang hantaran.

Pada majlis penuh bersejarah bagi kedua-dua mempelai itu, Nor Azlina dan Yusof Anuar mengenakan busana putih rekaan pereka terkenal Radzuan Radziwil.

Personaliti kecil molek itu anak sulung daripada tiga beradik, mula berkenalan dengan Yusof Annuar sejak tujuh tahun lalu menerusi seorang kenalannya ketika Nor Azlina masih menjadi hos rancangan Majalah Tiga.

Kedua-dua pasangan itu enggan ditemu bual selepas majlis akad nikah itu, sebaliknya meminta semua yang hadir meraikan mereka pada majlis persandingan yang akan dilangsungkan di Dewan Wasasan, hari ini.

Bagaimanapun, Yusof Annuar yang kelihatan ceria ketika ditemui pada sebelah petang berkata, semua majlis perkahwinan itu diatur sendiri Nor Azlina mengikut kehendaknya.

Katanya, hanya ibu yang hadir di majlis akad nikah manakala bapanya Yaacob Abdul Rahman, 70, tidak hadir dan berada di kampung di Batu Pahat, Johor kerana tidak sihat.

credit to myMetro
nadya




credit to Berita Harian Online
berry
pic ni masa dia bersanding kat belah perempuan di perlis....
mgu ni (jumaat mlm) dia akan bersanding belah lelaki plak di salah sebuah hotel terkemuka di kl ni...

Semua persiapan "wedding planner" dia uruskan oleh salah satu company yg dikenali ramai...
very the GRAND ar sume persiapan dia tau!!!!!
then pelamin pun ditempah khas untuk mereka!!!

tapi yg bukan itu jer yg Berry nak kongsi tau...
berry dgar,sbnrnya Azlina ni tak setuju nak dikahwinkan...
tapi atas desakan keluarga,pilihan keluarga,faktor umur yg dah meningkat....
kawan berry adalah salah sorang planner tuk majlis ni,dia ckp Azlina ni dtg n nangis2 story kat dorang...
dia bukan tak suka aper...katanya dia masih belum bersedia nak mendirikan rumah tangga jer...
tapi biasalah,parents maner yg tak risau kan anak perempuan dorang tak kawin2 wlupn umur dah meningkat kan....

ermmmm...tah lah...kesian dia...
kiter doakan moga dia akan Happy ble lepas kawen nanti kan....
Didiharaiss
dah dapat hantaran banyak pun nak sedih ke?

cam tak caya jer
lengkuas_manis
alin nie kan wanita bekerjaya..so dia rs dgn karier dia skrg, blum masanye utk dia mendirikan rumahtangga..yelahh, dia pn komited terhadap karier dia kann..kalo da kawen nnt terpaksa membahagikan antara suami dan kerier..huhu..dia da x dpt bg 100% on career lg..mebi sbb tue dia sedih kottt..
dan mungkin juga hantaran byk2 tue dbb nk memjuk hati dia kott..
papepn LM doakan agar alin dan suami bahagia hgga ke akhir hayat..slmt pengantin baru!
wanisa2716
tul ke umur die 37?cam xcaye jer..nmpk muda la..
zara1201
hmm...
tahniah wt alin..

nad,takde citer psl nurhaizi rani ke?
dia dulu bintang sinaran kalo tak silap,
skang ni baca berita kt tv3..
td ade kuar kt nona,
tp xdpt tgk..
hehehehee....
nadya
QUOTE(zara1201 @ Aug 31 2008, 10:07 PM) *
hmm...
tahniah wt alin..

nad,takde citer psl nurhaizi rani ke?
dia dulu bintang sinaran kalo tak silap,
skang ni baca berita kt tv3..
td ade kuar kt nona,
tp xdpt tgk..
hehehehee....


ni mesti tak baca posting sblom2 ni.
cite pasal haizi ada kat atas skali. clapping.gif pardon.gif
zara1201
o yeke?
tak pasan la...
main terjah kt tgh2 jer..
ekekekekeke..
apepon,thanks ek nad..
wink.gif
JiJaHpOtPeT
waaaaa ramainya org kawen.....alin tu elok la kawen dato'....kalo kawen ngan norman KRU cam x padan lak
IrdinaB
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Sep 3 2008, 08:43 AM) *
waaaaa ramainya org kawen.....alin tu elok la kawen dato'....kalo kawen ngan norman KRU cam x padan lak


ooo betulla dia ni yg gosip dgn norman tu ek...norman tu bila lagi..huhuhu
nadya
QUOTE(zara1201 @ Sep 3 2008, 12:38 AM) *
o yeke?
tak pasan la...
main terjah kt tgh2 jer..
ekekekekeke..
apepon,thanks ek nad..
wink.gif


takde hal la tu zara. wink.gif
esjeizekri
dulu penah baca kat majalah ker paper.. lama dah dulu..
alin nih ckp dia takut nak kawin sbb riso tgk perkahwinan kwn2 dia byk yg gagal (bercerai)..
jblack
finally kawen jugak alin ni.
mase aku mude2 dulu(10 tahun dulu la), minat gile kat alin ni. mmg kalau dia bace berita, aku melekat je la depan tv tu.
cute sgt bagi aku mase tu. tapi skrg pon cute lagi ape..

kawan2 jgn lupe, register aje terus dpt duit raye,
http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=jeff14
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.