Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Cukai Pendapatan
Mesra.net Forum > UMUM > Sembang-Sembang Tentang Kerjaya
isitnofret
Camner nak taw number cukai pendapatan kiter?
Kat surat, hanya ada nombor majikan ajer.
Taurusz
kat pay slip takde ke..
isitnofret
kenapa saya cari dalam pay slip xder yer?
freely
dah check ngan lhdn?
JeD[i]-BoNGsU
dalam EA form ada..
sblm tu.. gaji dh jejak RM2k tak?
dh register dgn LHDN tak?

dlm payslip pun sepatutnya ada..
no. cukai (klu x silap) : SGxxxxxxxxxxxx
selambergirl
pagi tadi kat tempat keje ni ada org LHDN dtg.. pegi jap, kononnya nk daftar utk buka fail..

lau nk tau nombor cukai pendapatan tu, kena buka fail dulu.. dapatkan no. pin kat lhdn.. lau jumlah cukai pendapatan setahun 25 ribu ke atas, kena la bayar cukai.. lau bawah 25 ribu tu, x dikenakan bayaran.. itu la info yg dpt td, tp selamber x leh lg sbb lum sampai 25 ribu ke atas.. lau nk tau info seterusnyer, sila buka web ni https://e.hasil.org.my/
selambergirl
Pembayar cukai baru (yang layak dikenakan cukai pendapatan) perlu mendaftar nombor rujukan cukai pendapatan untuk memperolehi NOMBOR PIN. Pedaftaran rujukan Cukai Pendapatan boleh dibuat di cawangan LHDNM yang berdekatan. NOMBOR PIN akan dikeluarkan selepas Fail Cukai Pendapatan didaftar.
ceres
umm, adakah nombor cukai pendapatan sama dengan nombor rujukan cukai pendapatan?
masmot
QUOTE(ceres @ Jul 13 2008, 03:03 PM) *
umm, adakah nombor cukai pendapatan sama dengan nombor rujukan cukai pendapatan?

yer ceres..no cukai pendapatan dgn no.rujukan cukai adalah sama

SG jika makan gaji (Salary Group)
OG jika ada business sendiri (Other Group)

sekarang nak dapat nombor boleh call je mana2 cawangan LHDN dan tanyakan kerana polisi LHDN sekarang adalah 'no wrong door'.
utk daftar fail, sebenarnya kita boleh je nak daftar fail tak kira pendapatan lebih atau kurang 25k setahun.cuma LHDN tak galakkan yg pendapatan kurang 25k daftar kerana biasanya bawah 25k tak dikenakan cukai. bila tak kena cukai,orang nanti makin lama makin malas nak isi dan kembalikan borang B/BE. bila tak kembalikan adalah satu kesalahan dalam LHDN dan boleh disaman.itula sebabnya LHDN tak galakkan mereka yang bergaji bawah 25k utk buat pendaftaran fail cukai pendapatan

sekian..

Ex-LHDN off
ceres
Banyak terima kasih ya! Saya kena tanya kerana nak isi borang PTPTN.

Tetapi adakah jumlah nombor semestinya 12 nombor? eg : SG XXXXXXXXXXXX ? Atau tidak semestinya?
zan
wah, baguslah ada encik masmot di sini, sebab beliau ex-LHDN. harap dapat selalu bersama kita. TQ.
masmot
QUOTE(ceres @ Jul 14 2008, 11:22 PM) *
Banyak terima kasih ya! Saya kena tanya kerana nak isi borang PTPTN.

Tetapi adakah jumlah nombor semestinya 12 nombor? eg : SG XXXXXXXXXXXX ? Atau tidak semestinya?

No fail biasanya SG 602XXXX-XX atau SG 1034XXXX-XX . tapi bila isi apa2 borang yang takde '-', lebih baik isi nombor dari kanan ke kiri. yang belen kotak kat depan tu letak kosong je.

maratussolehah
off topic sket...

hb selalu bayar zakat dahulu..lebih dr sepatutnya...sbb dia kata lebih baik bayar zakat yg wajib & tak payah bayar tax (exempted) smile.gif
Taurusz
QUOTE(maratussolehah @ Jul 17 2008, 07:01 PM) *
off topic sket...

hb selalu bayar zakat dahulu..lebih dr sepatutnya...sbb dia kata lebih baik bayar zakat yg wajib & tak payah bayar tax (exempted) smile.gif

zakat tu termasuk dlm rebat cukai..

Jumlah Cukai Pendapatan tolak rebat cukai:
i)rebat cukai individu(pendapatan bercukai less than 35k) = 350
ii)zakat/fitrah
iii)komputer peribadi(3k every 3yrs-YA2007)

bila ada rebat..cukai yg kena dibayar akan kurang..
itu yg bagusss..
good.gif
JeD[i]-BoNGsU
kalau aku bg elaun parents + bayar yuran pengajian adik,
apsal x leh tolak rebet cukai aaa..
Taurusz
QUOTE(JeD[i]-BoNGsU @ Jul 18 2008, 08:08 AM) *

kalau aku bg elaun parents + bayar yuran pengajian adik,
apsal x leh tolak rebet cukai aaa..

apsal ekk..
tp kalo elaun parents..tu termasuk dlm perbelanjaan yg dibenarkan ditolak utk kira zakat..
so pendapatan bersih yg layak di zakat dah kurang..
pasal yuran adik ko tu..ko sponsor laaa duit buku..so max. 1k pelepasan..
kalo ko ada insurans perubatan..dah ada 3k
kwsp & insurans max 6k..
tp kalo ko kena gak cukai pendapatan..aku assume gaji ko banyakkk... biggrin.gif
masmot
QUOTE(JeD[i]-BoNGsU @ Jul 18 2008, 08:08 AM) *

kalau aku bg elaun parents + bayar yuran pengajian adik,
apsal x leh tolak rebet cukai aaa..

perbelanjaan perubatan ibu/bapa boleh diambil kira. utk adik, aku setuju dg taurusz, duit buku ko simpan le resit nya.dpt jugak ko tulis beli buku.

kenapa ek..?secara logik nye.takkan sume ahli keluarga kita tanggung kena tuntut. adik ko kalo masih belajar,ayah ko tuntut. dahtu, kot kita bela anak buah, anak angkat, sumer tu takkan nak kena kira kot..? dia ada dalam akta, pengertian anak, ibu/bapa semua. kalo tak termasuk dalam maksud akta tu, taklehle tuntut.

beli le insuran, byk leh tolong kurangkan,lagi pun terutama orang melayu kita kurang sgt yg belik insurans nyawa/perubatan.bgtu gak dgn buku/majalah, simpan resit2 tu.kekadang leh lebih rm1000 kita beli, tapi tak perasan.thn depan beli raket pun boleh claim perbelanjaan.

sapa ada masalah nak bayar cukai, bgtau.leh tlg explain.LHDN idakle kejam sgt.cam aku ni, kutip duit, baik je.. rolleyes.gif
Taurusz
masmot,

kalo kita attached resit..x cukup amount eg.. 1k..tp cuma ada 900, balance tu tah mana2 tah..
bleh tak aku claim 1k..pastu resit tu dah fade arr..lama sgt simpan.
masmot
QUOTE(Taurusz @ Jul 25 2008, 10:37 PM) *
masmot,

kalo kita attached resit..x cukup amount eg.. 1k..tp cuma ada 900, balance tu tah mana2 tah..
bleh tak aku claim 1k..pastu resit tu dah fade arr..lama sgt simpan.

ethically & technically tak leh kalo apa yg ko claim tak dibacked up by receipt. but again, takleh nak paksa psl sebenarnya mmg kita belanja 1k atau lebih. so pendek kata, terpulang pada kita nak claim camana. tp,berdasarkan past experience, itule nasihat yg diberikan.

tp personally, kalo ko claim 900, kena tak cukai? kalo tak kenai cukai, just claim ikut resit.kalo kena cukai, tulisla max amount, dan berdoa dorang tak buat audit. and next time, terpaksala kena buat sistem rekod yg lg bagus e.g:fotostat resit dan tampal atas kertas A4. but honestly? sapa yg ada masa nak buat? betul tak?
isabella8303
sebenarnyer..income tax ni bergantung kpd gaji bulanan ker
atau gaji tahunan..??

erm..pastu, camana nak dapatkan rebat cukai pendapatan kalau kita beli buku??

betul ker ader org kater..kalau gaji tak sampai rm2K pun tp takder tanggungan
kena jugak bayar cukai pendapatan..??

aku confused laa..
ader saper2 leh tolong jawab..??
tq..

//tuan umah..sorry..tumpang tanya kat cni k..
tq..
JeD[i]-BoNGsU
QUOTE(masmot @ Jul 24 2008, 12:19 PM) *

bapak aku pencen RM700 sebulan takde kena cukai.
masih mencari² takaful medical utk claim cukai.
ada buat contribution WWF utk exempt cukai.
dh bayar zakat 2.5% gross.

tp still kena bayar cukai..

tu yg tanya tu.. bg elaun parents bulan²,
mana ada resit.. bukan bayar ubat.. ubat parents
free gomen.. (pesara kerajaan).

bayar yuran adik (aku sorang bayar sbb aku je bujang,
yg lain dh kawin n ada tanggungan sendiri) dh masuk
2 semester thn ni.. tp knp x leh exempt cukai..

duit buku RM1K.. tgh kumpul resit ni..
aku pun kumpul resit tampal kt kertas A4 buat
filing mcm masmot cadangkan tu..
masmot
QUOTE(isabella8303 @ Jul 28 2008, 11:59 AM) *
sebenarnyer..income tax ni bergantung kpd gaji bulanan ker
atau gaji tahunan..??

erm..pastu, camana nak dapatkan rebat cukai pendapatan kalau kita beli buku??

betul ker ader org kater..kalau gaji tak sampai rm2K pun tp takder tanggungan
kena jugak bayar cukai pendapatan..??

aku confused laa..
ader saper2 leh tolong jawab..??
tq..

//tuan umah..sorry..tumpang tanya kat cni k..
tq..

Tax dikira berdasarkan jumlah keseluruhan pendapatan tahunan.

Beli buku tak dapat rebat. tapi perbelanjaan beli buku boleh diambil kira utk ditolak dari keseluruhan pendapatan. Jumlah tuntutan max bagi perbelanjaan buku adalah RM1000. Semua buku yang dibeli boleh ditolak perbelanjaan kecuali suratkhabar & majalah porno. tapi mesti ada resit

Dari pengalaman, kalo gaji RM2k, walalupun bujang, tak kena cukai kerana ada tolak perbelanjaan individu dan KWSP. dan juga ada rebat RM350 jika pendapatan tahunan < RM35k. jadi biasanya tak kena cukai.kalo kena pun, tak sampai RM5 (ini konpem KWSP pun takde ni).tapi utk staf kerajaan, gaji dalam slip gaji bukan gaji bersih. utk cukai kena tolak lagi elaun khidmat awam (EKA) & elaun perumahan (ITP),baru dapat gaji bersih utk dimasukkan dalam column pendapatan/penggajian.

isabella,

rasanya yg ko konpius tang gaji bulanan tu kalo ko kena buat potongan cukai berjadual (PCB) kot. utk melayakkan kita kena PCB, gaji asas bulanan mesti lebih dari RM2500. dan utk PCB ,perlu dirujuk jadual PCB kerana ada kategori dia. kalo bujang, lain, kalo berkahwin, lain jadualnya. tapi tetap bila kita kira cukai, berdasarkan keseluruhan jumlah pendapatan (gaji+sewa+dividen+ lain2), tolak perbelanjaan = cukai perlu dibayar. jika ada cukai perlu dibayar, ada lagi rebat lain (jika layak seperti rebat tahunan RM350, komputer, zakat dll). dan selepas rebat nila, baru betul2 apakah jumlah cukai yang perlu dibayar.

sekian kelas percukaian kita pada kali ini.
masmot
QUOTE(JeD[i]-BoNGsU @ Jul 28 2008, 12:07 PM) *

bapak aku pencen RM700 sebulan takde kena cukai.
masih mencari² takaful medical utk claim cukai.
ada buat contribution WWF utk exempt cukai.
dh bayar zakat 2.5% gross.

tp still kena bayar cukai..

tu yg tanya tu.. bg elaun parents bulan²,
mana ada resit.. bukan bayar ubat.. ubat parents
free gomen.. (pesara kerajaan).

bayar yuran adik (aku sorang bayar sbb aku je bujang,
yg lain dh kawin n ada tanggungan sendiri) dh masuk
2 semester thn ni.. tp knp x leh exempt cukai..

duit buku RM1K.. tgh kumpul resit ni..
aku pun kumpul resit tampal kt kertas A4 buat
filing mcm masmot cadangkan tu..

erm..dari ko ckp ni, mesti annual income ko dalam RM38k and above kot. ko makan gaji sahaja ke atau ada bisnes? kalo ada bisnes, baik buat akaun betul2. kadang2 tak perasan banyak belanja dari bisnes is actually tax exempt and claimable.

tang adik tu maaple, mmg takde dlm act definition for younger or elder brothers. so in other way, kalo nak kurangkan cukai, kalo ko kerja makan gaji, kena mintak majikan potong PCB, jadi takle rasa teruk nak byr cukai sejelepuk.

2.
insurance, aku bukan agen insurans, tapi aku sarankan ING utk medical dan great eastern utk life.psl aku guna ni. tapi utk insurance, dia akan ada term RIDERS (bukan rider motor tau). amik premium yg takde clause riders ini, (agen mesti kata bagus, tapi takde apa sgt term riders ni). Ini kerana dalam percukaian, term premium yg kena dibayar utk riders ni tak leh claim. Kerana ia sebenarnya bukan coverage, lebih kepada mcm admin fee utk insurance co. takaful aku tak berapa nak check, tapi kalo PA personal accident )insurance takleh claim dalam tax. insurance yg leh claim cuma life, medical & education je.

3.
ko kena derma lebih lagi le.mungkin leh derma kat MAKNA atau sekolah2. kalo akunye MAXFamily dah daftar kang, mungkin ko leh derma kat situ lak. blum.gif

4.
kalo ada beli komputer, dapat rebat RM500 setahun dan boleh dituntut rebat utk max 3-5 tahun (aku tak ingat la berapa tahun)

5.
kalo kena cukai, ko bayar je sikit dulu sebelum 30/4. ada grace period (no interest) 30hari. lepas 30 hari naik 10%, lepas 60hari naik lagi 5%. tapi percayale ckp aku, takde de efisien sgt dorang terus naikkan interest dalam masa 60 hari (tapi sistem akan naikkan sekarang). jadi ko ada lebih kurang 60-90hari masa utk byr kesemua cukai ko.branch aku yg antara branch terefisien dalam collection pun idak le kejam beno.biasa call dulu.senang cite, kalo dah isi borang tu, terus hantar surat mintak buat ansuran, bagi post dated cek 3 bulan terus. takdenye dorang tolak.janji bayar.
Taurusz
QUOTE(masmot @ Jul 28 2008, 09:40 AM) *
QUOTE(Taurusz @ Jul 25 2008, 10:37 PM) *
masmot,

kalo kita attached resit..x cukup amount eg.. 1k..tp cuma ada 900, balance tu tah mana2 tah..
bleh tak aku claim 1k..pastu resit tu dah fade arr..lama sgt simpan.

ethically & technically tak leh kalo apa yg ko claim tak dibacked up by receipt. but again, takleh nak paksa psl sebenarnya mmg kita belanja 1k atau lebih. so pendek kata, terpulang pada kita nak claim camana. tp,berdasarkan past experience, itule nasihat yg diberikan.

tp personally, kalo ko claim 900, kena tak cukai? kalo tak kenai cukai, just claim ikut resit.kalo kena cukai, tulisla max amount, dan berdoa dorang tak buat audit. and next time, terpaksala kena buat sistem rekod yg lg bagus e.g:fotostat resit dan tampal atas kertas A4. but honestly? sapa yg ada masa nak buat? betul tak?

masmot,
tax audit..sapa yg selalu kena ekk..sekali seumur hidup ke?
masmot
QUOTE(Taurusz @ Jul 28 2008, 11:15 PM) *
masmot,
tax audit..sapa yg selalu kena ekk..sekali seumur hidup ke?

dorang buat audit kalo ada keraguan dalam declaration tax payer tu (contohnya: sekarang kan taksir sendiri, taxpayer declare. kekadang selama ni taxpayer tak pernah lak mintak claim anak OKU, tetiba tahun ni claim lak. jadi LHDN akan call mintak bukti yg dia ada anak OKU).tak semesti sekali seumur hidup.kekadang lebih.tp kalo utk fail SG/penggajian, biasa dorang tak buat audit ke rumah, dorang cuma akan call dan mintak sertakan bukti sahaja.
Taurusz
QUOTE(masmot @ Jul 29 2008, 12:11 PM) *

dan..
boleh tak kita soh majikan jgn tolak PCB kita..
e.g skang ni aku x confirm lagik, pas confirm baru tolak..
sbb co. lama aku during probation period mmg tak tolak w/pun layak kena tax..
utk thn ni..overpaid laa..
masmot
QUOTE(Taurusz @ Jul 31 2008, 11:40 PM) *

erm..bolehla mintak refund kat branch tu nanti. ko branch mana?
Taurusz
QUOTE(masmot @ Aug 1 2008, 01:24 PM) *
QUOTE(Taurusz @ Jul 31 2008, 11:40 PM) *
dan..
boleh tak kita soh majikan jgn tolak PCB kita..
e.g skang ni aku x confirm lagik, pas confirm baru tolak..
sbb co. lama aku during probation period mmg tak tolak w/pun layak kena tax..
utk thn ni..overpaid laa..

erm..bolehla mintak refund kat branch tu nanti. ko branch mana?

seblom ni aku tak pernah register pun..
so ref. no pun tatau..
apa yg perlu aku buat ek..

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.