Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Amalan Di Bulan Muharram
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
dieylla sayang
Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah

(Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)



Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah

(Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)



1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.



16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram



1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.



2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)

Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.



3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.



4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.



5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.



6. Menziarahi rumah orang alim.



7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam



8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.



9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata



10. Menziarahi kaum keluarga



11. Mengerat kuku



12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.



13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)

(Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)

Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.



14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.



15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.



16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

[font="Arial Black"][/font]
ezzah
good.gif
VARGTYRADAM666
HARI NI BERAPA HARIBULAN MUHARRAM??

10 MUHARRAM KAN???

IAITU HARI ASYURA....

APA RAHSIA DAN FADHILAT HARI ASYURA NI??

AHAAAA
Nur As'Syura
QUOTE(VARGTYRADAM666 @ Jan 19 2008, 06:23 PM) *
HARI NI BERAPA HARIBULAN MUHARRAM??

10 MUHARRAM KAN???

IAITU HARI ASYURA....

APA RAHSIA DAN FADHILAT HARI ASYURA NI??

AHAAAA


alaaaa..... aku terlewat masuk...
dah 29 muharram....
hmmm....hari terakhir dibulan muharram....
x per jap aku paste kan pasal hari as'syura nie....
aku pun x taw banyak...
hari as'syura ni untuk apa?... untuk ahli bermesyuarat jer ker?...
kenape mesti buat bubur as'syura masa nie jer...
masa2 lain x boleh ker nak buat bubur as'syura nie...
mmmm... lepas tue... ada satu lagu dari kump. far east bertajuk A'syura....
tapi x de plak berkisar pasal mesyuarat... aku pelik..pelikkk...
korang pahami lirik lgu ni ekkk....


FAR-EAST - A'SYURA

'Asyura
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com



Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan

Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah

Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan

Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih

Lagu: Suhaimie
Lirik: Suhaimie
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD

lagu ni best....korang cuba la dengar...

Nur As'Syura
Fadhilat Hari Asyuraa'

Disaring dari kitab Fadhilat Hari Asyuraa' Antara Adat dan Istiadat karangan Abu Muhammad An Naqsyabandiy

Maal Hijrah tiba lagi, menandakan bermulanya tahun baru 1429H yang pastinya menjanjikan perbagai dugaan dan cabaran sepanjang mengharungi setahun yang mendatang ini.Muharram sebenarnya suatu bulan yang cukup penting dalam Islam. Selain sebagai bulan pertama dalam Islam, Padanya juga ada suatu hari yang dikenali sebagai Hari Asyura' yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Hari Asyura' berasal daripada perkataan 'Asyara' yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari Tasua' (kesembilan).

Pada awal Islam, Hari Asyura' adalah merupakan hari yang cukup dimuliakan dan diwajibkan bagi orang-orang Islam untuk perpuasa padanya hinggalah turunnya perntah berpuasa fardhu pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari Asyura' bertukar kepada Sunat Muaakad. Namun, sebahagian sahabat masih kekal melaksanakan puasa pada hari tersebut mengenangkan kelebihan dan keistimewaan hari tersebut berdasarkan banyak nas-nas daripada Hadith Rasulullah SAW.


Nas-Nas Berhubung dengan Hari Asyura

1. Daripada Abdullah Ibni Abbas berkata: Rasulullah S.A.W. telah menyuruh supaya berpuasa pada Hari Asyura' pada hari kesepuluh pada bulan Muharram.
2. Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:Berpuasalah pada hari Asyuraa' bahawasanya aku berharap diatas Allah S.W.T bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala dosa pada tahun yang lalu.
3. Biasanya Bangsa Quraish berpuasa pada Hari Asyuraa' sejak zaman jahiliyyah, juga Rasulullah S.A.W biasa berpuasa di Makkah dan kemudian selepas berhijrah ke Madinah, dan telah turun perintah wajib berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi S.A.W bersabda: Saya dahulu telah menyuruh kamu sebagai perintah wajib berpuasa Asyuraa' dan kini terserah siapa suka berpuasa dan yang tidak suka boleh meninggalkannya.

Dan banyak lagi nas-nas yang menunjukkan kelebihan untuk berpuasa pada Hari Asyura ini.


Cara untuk berpuasa pada Hari Asyuraa'

Puasa Asyuraa' pada awalnya dilakukan oleh Rasulullah sendirian dan tidak diperintahkan kepada sahabat-sahabat untuk melakukannya ketika baginda masih berada di Mekah, namun selepas penghijrahan baginda ke Madinah baginda telah meneruskan puasa tersebut dan turut memerintahkan para sahabat untuk mengerjakannya sehinggalah turunnya perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari Asyuraa' dimansuhkan.

Hari Asyuraa' sebenarnya bukan sahaja disambut oleh orang Islam namun dalam masa yang sama golongan Kristian dan Yahudi turut mengagungkan hari tersebut kerana terdapatnya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadith: "Daripada Ibn Abbas R.A. berkata: ketikamana sampai Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawwarah maka bagida dapati golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyuraa' maka bersabda Rasulullah S.A.W.kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa?

Maka mereka berkata (yahudi): Hari ini adalah hari yang besar bagi kami, dimana Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Musa A.S. dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama kaumnya ke dasar lautan, maka berpuasalah Musa kerana bersyukur maka kami pun berpuasa.

Maka bersabda Rasulullah S.A.W: Sekiranya begitu kamilah yang lebih berpuasa daripada kamu maka berpuasalah Rasulullah S.A.W dan menyuruh sahabat-sahabatnya untuk berpuasa. [4]

Rasulullah S.A.W telah mengajar umatnya untuk berpuasa pada hari yang sepuluh pada bulan Muharram dengan tidak melakukannya sendirian namun turut berpuasa juga pada hari yang kesembilan atau hari yang kesebelas atau ketiga-tiga hari tersebut bagi mengelakkan meniru puasa orang yahudi yang berpuasa hanya pada 10 Muharram.

Sebenarnya berlaku khilaf dikalangan ulama dalam menentukan tarikh sebenar Hari Asyuraa' samada hari kesembilan atau hari kesepuluh.Namun mengambil sikap cermat dalam melakukan ibadah dengan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut adalah terlebih baik agar kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan yang ada pada hari Asyuraa' tersebut. Selain berpuasa kita juga dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang lain sepanjang Hari Asyuraa' tersebut, antaranya:

1. Solat Sunat selain solat Fardhu
2. Menghubungkan Silaturrahim
3. Banyakkan bersedekah
4. Bersihkan diri dari sebarang kekotoran
5. Bercelak Mata
6. Mengziarahi Ulama
7. Mengziarahi Orang sakit
8. Mengusap Kepala Anak Yatim
9. Meluaskan untuk keluarga
10. Memotong kuku
11. dan Membaca Surah Al Ikhlas seribu kali
Moga panduan yang diberi memberikan kita kesempatan untuk bersedia menyambut suatu hari yang besar di dalam Islam ini. Selamat menyambut Hari Asyuraa'.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.