Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Ruam Lampin Jangan Ambil Mudah
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Info Keibubapaan dan penjagaan anak
BlackBerry
Salam semua...berry rasa atikal kesihatanni sesuai dikongsi bersama..manerlah tau ada bakal2 ibu yg tak ada masa nak baca news....so sekurang2nya boeh baca kat sinikan.....

BAYI mengalami ruam lampin? Itu masalah biasa bagi kebanyakan bayi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukan satu penyakit bahaya dan lama kelamaan akan hilang jika disapu krim lampin yang disyorkan. Itulah tanggapan sesetengah para ibu mengenai masalah ruam lampin atau anda sendiri sebagai ibu mungkin pernah berperasaan sama seperti mereka.

Bagaimanapun, Pakar Kanak-Kanak dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fadzilah Ghazali, tidak menolak kemungkinan ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.

Menurutnya, terdapat dua jenis ruam lampin yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak iaitu contact irritant dermatitis dan contact allergic dermatitis.

Komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ruam lampin beliau berkata, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Ia merupakan keadaan di mana kulit bayi yang sememangnya sensitif, menjadi merah dan mengalami keradangan, terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha.

“Ruam lampin lazimnya terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin. Sekiranya ada jangkitan kandida akan terdapatlah satellite lesion. Keadaan ini menjadikan bayi tidak selesa dan meragam,’’ ujarnya.

Beliau berkata, antara gejala-gejala ruam lampin termasuklah tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha. Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

Menjelaskan punca-punca terjadinya ruam lampin, Fadzillah berkata ia berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan najis.

Katanya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang dihasilkan oleh air kencing secara tidak langsung memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan. Turut dikaitkan alahan pada bahan cucian atau kandungan pada lampin pakai buang.

Beliau berkata, masalah ini boleh dielakan dengan mempraktikkan penjagaan kebersihan yang betul oleh ibu bapa.

“Sebaiknya, tukar lampin bayi dengan lebih kerap dan punggung bayi perlu dibersihkan untuk menghilangkan sisa air kencing. Berikan rawatan yang bersesuaian contohnya, krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berulang-ulang,’’ ujarnya sambil menegaskan ruam lampin tidak harus dipandang ringan.

Nasihat beliau, jika ruam berterusan dan tidak sembuh berjumpalah doktor dengan segera.

Rutin penukaran lampin

- Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.

- Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.

- Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.

- Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta.

- Jika menggunakan lampin kain, jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.

- Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya.

rakan
RUAM LAMPIN


PENGENALAN

Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bahagian punggung, kemaluan dan sekelilingnya, di celah-celah paha dengan tanda kemerah-merahan dan menjadi bintil-bintil merah jika dibiarkan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan lampin tidak kerap ditukar di mana ammonia yang terdapat pada air kencing, bakteria daripada najis, atau kesan-kesan sabun yang terdapat pada lampin yang tidak dibilas dengan betul akan menjadikan kulit bayi radang dan merah.

Baca artike penuh - KLIK DISINI





.
Ramona
Basically lambat aje tukar diaper....kenala diaper's rash dan komplikasi yg lain.
Kalau nak budget...siang guna jenama murah..petpet,pureen,dll. murah!!!
Malam guna yg elok...Mami Poko, Drypers,dll...mahal sikit tapi elok tak bocor dan baby kering.
Seeloknya beli yg jenis "clothlike & breathable". Jenis plastic tak elok.
Diaper's rash ni common, almost every baby mesti experienced.
Kalau kena rash...sapula cream Drapolene, natural cornstarch baby powder or calamine lotion.
Jangan pakai bedak baby yg ada "talc"....bahaya!! Tengok thread produk cegah kanser.
shinmen
bagusnye info nih...nnti kalau aku ade bini aku suh die baca post nih...
mod..jgn delete post nih sampai aku kawen ok!
lavender_8182
QUOTE(Ramona @ Jun 11 2008, 11:40 PM) *
Basically lambat aje tukar diaper....kenala diaper's rash dan komplikasi yg lain.
Kalau nak budget...siang guna jenama murah..petpet,pureen,dll. murah!!!
Malam guna yg elok...Mami Poko, Drypers,dll...mahal sikit tapi elok tak bocor dan baby kering.
Seeloknya beli yg jenis "clothlike & breathable". Jenis plastic tak elok.
Diaper's rash ni common, almost every baby mesti experienced.
Kalau kena rash...sapula cream Drapolene, natural cornstarch baby powder or calamine lotion.
Jangan pakai bedak baby yg ada "talc"....bahaya!! Tengok thread produk cegah kanser.



nak tanya nih..
sy gune bedak agnesia yg botol kaler merah tuh...
just pakai kt tempat lampin n bawah leher jer..
bedak tuh bagus x utk baby? sebelum nih dah try byk jenis gak..
pureen, johnson etc.. tp still merah2 gak..
sekarang sejak pakai bedak tuh ok lak..
x der dah naik ruam lampin..
untuk diapers mmg dr baby dah pakai huggies biasa tuh..
utk mlm pakai huggies ultra..
oklah serasi ngan dia..
sape2 blh bg pendapat?

honeyydeww
my baby kena nappy rash ni teruk sampai melecet-lecet
thenbawak gklinik pakar kulit, beli ubat nappy rash dia....murah...rm10 je
sapu dua malam terus licin
drapolene ngan hydrocortesone habis 2 tiub x jalan...
nini
ruam lampin ni merah2 kan
ada x ruam ni merebak2 ke bah badan yg lain mcm belakang badan ke
leher ke...
bidadari sayang
nini..baby bid 6 bulan,naik ruam kat belakang lher, bawah leher dan merebak kat tepi lengan dan belakang badan..
bawak gi klinik, doktor kata sebab peluh, kena sentiasa pastikan bahagian leher kering dan tak berpeluh..
doktor bagi krim..1 bulan pakai, ruam tu kejap hilang,kejap ader..bila baby garu, ruam naik kat kepala atas skit dari leher..last tak tahan tgk baby dok garu dan ruam tu kejap ader kejap ilang, terus bawak gi klnik pakar kulit ..
kena rm150..doktor tu bagi utk mandi, krim siang,krim malam dan ubat minum.
doktor kata yis..rasanye kulat la kan..em..doktor suh make sure kawasan yang ruam tu sentiasa kering..
time tido doktor suh buh bantal kat leher baby supaya ader udara kuar masuk...
alhamdulillah..1-2 hari pakai dah nampak perubahan..
untuk punggung, guna drapoline. ruam kat bawah ketiak, blkg bdn tu dulu pernah guna agnesia..
mak bid buh bedak sejuk kat blkg baby..memang hilang, tapi peh tu naik balik ruam tu...
dulu pernah guna drypers, tapi tak ok..tukar guna huggies dry waktu siang dan hugies ultra waktu malam,
alhamdulilllah, punggung baby dah ok..dan baby tido lena...umi pun tido lena gak le..
hikhikhik..
nafisa81
kite pakai tepung ubi/tepung sagu kat kelengkang dgn bawah leher...kat badan & muka pakai bedak pureen...kakai ipar aku sapu hazelin snow kat kelengkang dgn bawah leher...tp aku tak brani sbb bende tu tak dirumus utk baby....anak dia pompuan, anak aku lelaki..kang aku sapu bende2 ngarut kat skrotum & testis dia kang,...takut effect lak....
mshalim
mcmana plk klu merah2 sbb kene gigit nyamuk..
sian die
aks
Drapolene bagus sangat. Memang dari dulu pakai drapolene. Pampers pulak selalu pakai drypers, jarang sangat la jadi ruam bile pakai drypers. Kalau tukar je mesti terus kene ruam.
akmal_tawau
salam...saya nak kongsi jg sket nih psl ruam lampin.

sblm2 ni mcm2 dah guna produk, komersil brand, farmasi, hospital...kebanyakannya x jln. termasuk jg x bg pakai pampers supaya ruam baby cepat kering.

cuma yg terbaru nih...baby sy yg ke3 & 4 ada ruam lampin...kebetulan my wife & sy usahakan pampers boleh cuci..alhamdulillah selepas bbrp hari ruam makin surut...skg nih dah ok dua2 baby sy tuh

yelah ruam lampin ni tgk sensitiviti kulit baby jg, ada yg x sensitif sgt..tahan lasak.

apapun pampers kena tukar kerap terutamanya bila poo...so sy sgt syorkan pampers boleh cuci spt yg sy guna....
kalau nak cuba jgn malu2 pm/ym/sms saya&my wife...
harap membantu
BigBand
IbuBapa yang dihormati,

Sudikah anda berkongsi pandangan anda terhadap lampin bayi??
Borang soal selidik ini akan mengambil masa anda lebih kurang 4 minit sahaja.
https://www.surveymonkey.com/s/FPF3SV7

Terima kasih.
Temi1512
Drapolene tu bukan dah jadi rash baru nak sapu cream.. Krim tu utk MENCEGAH nappy rash.
kalu dah jadi rashes tu,.. kena letak krim lain ler jawap dia.. sebab tu org selalu letakkan dulu sebelum terkena..

Info yang terbaikkkkk...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.