Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Perkahwinan Termahal Bertahan Setahun
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2
mira
kahwin tu mesti sekufu...kata mufti perlis. kawan aku 43 tahun kahwin ngan gadis 19 tahun. setahun etengah je boleh tahan..lepas tu jalan... katanya wife dia malu dan tak romantik.
Hariz_KooL
QUOTE(mira @ Oct 10 2007, 05:08 PM) *
kahwin tu mesti sekufu...kata mufti perlis. kawan aku 43 tahun kahwin ngan gadis 19 tahun. setahun setengah je boleh tahan..lepas tu jalan... katanya wife dia malu dan tak romantik.


Pada saya sekufu pun luas maknanya...boleh jadi keserasian dpd segi fizikal, hati budi & pemikiran.

Kadang2 bile tgk fizikal tak sekufu...tapi mereka boleh sekufu dr segi perasaan & pemikiran. Cth, Dato' CT & Dato' K. Beza umur dorang mcm bapa & anak...tapi mcmana boleh kekal bahagia smpai sekarang?

Kenapa bile sy tgk dlm satu pasangan salah sorang mmg cantik & salah sorang kurang menarik, tentu ade "something" yg boleh kekalkan hubungan dorang
arwenia
100k tu pun dh bleh pecah rekod hantaran termahal..
cikputeh82
QUOTE(artakusz @ Oct 10 2007, 04:06 PM) *
alhamdulillah la dah bertudung dia skrg....ok apa..badan boleh buat bagi elok balik....

jgn pakai tudung sbb pi mahkamah dah la..
skrg ni kan dah jd trend pakai tudung bila pi mahkamah syariah...

kalu betul2 dah pakai tudung... Alhamdulillah...
tirmidzi
QUOTE(t-ReX @ Oct 8 2007, 08:36 AM) *
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Oct 8 2007, 08:16 AM) *
kawen setahun...ada anak 4 bulan??

mengandung 9 bulan + anak 4 bulan..

=13 bulan....ermmm....


mebi anak dia lahir tak cukup bulan kot.

*bersangka baik laa jijah oittt biggrin.gif


cuba fikir dari sudut lain lak...

mengandung 7 bulan (tak cukup bulan) + anak 4 bulan..

=11 bulan....ermmm.... biggrin.gif
Didiharaiss
cerai juga akhirnya, jodoh tak panjang masih ada chan lagi kahwin lain
tirmidzi
biggrin.gif .. emmmm.. mcm mane ekk...
artakusz
murah rezeki kut...sbb tuh cepat dpt anak... biggrin.gif
cinnamon
Penipu besar
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad dan Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Tahun lalu dia pernah menggemparkan negara apabila menerima hantaran perkahwinan bernilai hampir setengah juta ringgit, tetapi kini menjadi peniaga kecil-kecilan.

Begitulah nasib yang menimpanya selepas suaminya, seorang ahli perniagaan, dikenakan perintah tahanan buang daerah selama dua tahun di Pendang, Kedah, kerana terbabit dengan kes penipuan di beberapa negeri.

Difahamkan, ahli perniagaan bergelar Datuk itu disiasat dalam beberapa kes penipuan, termasuk memperdaya mangsa dalam kontrak pembinaan di Melaka; pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin; Lebuhraya Pantai Timur di Terengganu dan sebuah kolej antarabangsa di Serendah, Selangor.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang dihubungi malam tadi mengesahkan penangkapan dan tindakan yang dikenakan ke atas ahli perniagaan berusia 50-an itu.

Menurut sumber pula, Datuk terbabit ditahan di Sungei Way, Selangor pada 26 September lalu mengikut Akta Kediaman Terhad 1933.


Dia dikatakan mengemukakan dokumen palsu bagi memperdayakan mangsanya.

“Datuk terbabit dikenakan perintah reman lapan hari di Penjara Sungai Buloh, Selangor sebelum dikenakan perintah tahanan buang daerah dua tahun di Pendang, Kedah.

“Siasatan kes terbabit masih diteruskan dan ahli perniagaan berkenaan kini berada di Pendang bagi menjalani hukuman buang daerah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wanita itu yang memfailkan tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, 4 Oktober lalu, berkata dia terpaksa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan.

“Kini, kerja saya hanya menjual makanan secara kecil-kecilan selain menerima tempahan membuat kuih bangkit,” katanya.

Malah, dia mendakwa terpaksa kembali menyewa di sebuah pangsapuri yang pernah didiaminya sebelum ini.

Katanya, melalui perkahwinannya itu, dia kini memperoleh seorang cahaya mata lelaki berusia empat bulan.

Mahkamah menetapkan pada 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes tuntutan cerai fasakh itu.

Ini bagi memberi peluang suaminya memfailkan pembelaan selepas menerima saman berkenaan.

Perkahwinan wanita itu dengan Datuk berkenaan menjadi sebutan ramai disebabkan nilai hantaran yang unik.

Sebelum ini, perkahwinan beberapa artis sering dikaitkan hantaran tinggi, antaranya, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang menerima wang hantaran RM30,000 dan mas kahwin RM22,222 daripada Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Penyanyi Juliana Banos yang berkahwin dengan Pengarah Urusan Mutiara Motor Sdn Bhd, Mokhtar Ahmad pada 16 Disember tahun lalu, dinobat sebagai artis yang menerima wang hantaran tertinggi di Malaysia, iaitu RM77,888.77.
minamimya
kata ank sedara sultan pahang ... x kan la x de harta langsung kot .........
hastapronto
QUOTE(cikputeh82 @ Oct 11 2007, 10:42 AM) *
jgn pakai tudung sbb pi mahkamah dah la..
skrg ni kan dah jd trend pakai tudung bila pi mahkamah syariah...

masuk mahkamah syariah pakai tudung ni bukan trend..
tapi mmg syarat dia gitu.. nak masuk kawasan mahkamah syariah perlu menutup aurat..

tu pasal kita nampak.. camner seksi pun artis tuh, bila gi mahkamah syariah..manis berbaju kurung & bertudung..
kalau tak tutup aurat, mmg tak lepas nak masuk kawasan tu..
hastapronto
kesian dia.. kawen ngan penipu..
dari hidup dok kena maki hamun (efek dari perbuatan suami dia).. better lah cerai..
mula lah balik hidup baru..
tirmidzi

kawin kerana harta mcm tuu lahh jadik nye... nabi kawin dgn khatijah pun.. bukan sebab hartanya.. tapi

QUOTE
sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia. Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi. Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain. Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah. Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy. Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.
copy & paste

begitu lah sebalik nye... jgn lee kawin semata2 pangkat dia tuu datuk.. ha ha ha ha
just renungan pada diri sendiri..
cinnamon
Pasangan hantaran termahal RM444,444.44 bercerai
Oleh Shamsiah Zulkafli

Puteri Shahanaz dan Roslan Hashim.
--------------------------------------------------------------------------------

KUANTAN 29 Nov. – Pasangan Datuk Roslan Hashim dengan Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang melangsungkan perkahwinan tahun lalu dengan wang hantaran berjumlah RM444,444.44, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di sini hari ini.

Lafaz cerai itu disahkan oleh Roslan, 50, yang juga kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort setelah persetujuan bersama antara kedua-dua pihak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunos.

Puteri Shahanaz, 25, yang juga bekas model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang melalui peguamnya, Dzulkarnain Mohamad memfailkan permohonan cerai pada 4 Oktober lalu.

Sebelum melafazkan cerai, Abdul Rahman memberi kebenaran kepada pasangan tersebut untuk bersalam, namun Puteri Shahanaz dilihat menggelengkan kepala tanda tidak mahu berbuat demikian.

Roslan yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, bersetuju menceraikan Puteri Shahanaz dengan bayaran mutaah RM100,000 termasuk nafkah idah RM5,000 sebulan.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 8 September tahun lalu dengan mas kahwin RM22.50 dengan tambahan RM22,222.22 sementara wang hantaran pula berjumlah RM444,444.44.

Utusan Malaysia difahamkan, keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran termasuk sebuah kereta BMW 320i bernilai RM250,000, barang-barang kemas bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.

Kos keseluruhan perkahwinan itu dianggarkan sebanyak RM3.5 juta.

anum03
QUOTE(hastapronto @ Oct 18 2007, 07:56 PM) *
QUOTE(cikputeh82 @ Oct 11 2007, 10:42 AM) *
jgn pakai tudung sbb pi mahkamah dah la..
skrg ni kan dah jd trend pakai tudung bila pi mahkamah syariah...

masuk mahkamah syariah pakai tudung ni bukan trend..
tapi mmg syarat dia gitu.. nak masuk kawasan mahkamah syariah perlu menutup aurat..

tu pasal kita nampak.. camner seksi pun artis tuh, bila gi mahkamah syariah..manis berbaju kurung & bertudung..
kalau tak tutup aurat, mmg tak lepas nak masuk kawasan tu..



betul tu.

3.5 juta? banyak tu.. kalau aku kerja seumur hidup pun, tak tentu simpanan boleh capai banyak macam tu.
miLky_twiLight
alangkah best kalau duit yg lebih cket tu bgi kat twilight wat mjlis kawin ..huhu....mmbzir betul....mklumlah org da lawa...rega pun tinggilah....org pun kagum....
mama_elin
depa x tau ka no. 4 ni bad luck!

hehehehhee
Jusoh
penipu pun buleh dapat datuk..datuk pahang memang tak guna sesen ponn,hampeh !
anak^doraemon
dah xde jodoh..tp shahnaz tu dah tembam giler...
fyda_miri
QUOTE(anak^doraemon @ Nov 30 2007, 09:20 AM) *
dah xde jodoh..tp shahnaz tu dah tembam giler...



rupa si shaznaz nu macam mana? xpenah dengar pun model tu?tepek ler gambar dier kalau ader.
diorang cerai sb bad luck kot... tak feng shui... hantaran pakai nombor 444444... mana ader ong...nombor empat kan petanda mati... choiiii... yaaaa....
WQJ LC
kalu dh kawin bkn nak ikut sunnah,cmtu la jdnyer...
niat pula bkn tuk tawadhu' pd tuhan,tp nak mnnjuk2..
skrg Allah dh tunjukkn... dry.gif
komau^girl
bende tu sume x menjamin kebahgiaan pun sbenanye..bkn kat malaysia je, kat hollywood pon jd mcm tu ..perkahwinan termahal bernilai 3.5juta dolar bertahan setahun aje..membazir kan kawan syaitan..sederhana dahla..
laziaf81
hmmm...pasai pa la depa leh cerai tuh kan...
tp.......org tua tuh mmg kaya giler....
hmm....jodoh maut d tangan tuhan.............. mellow.gif mellow.gif mellow.gif
berg
nie bukanperkahwinan termahal malaysia..

WORST EVER WEDDING IN MALAYSIA..
all this are nonsense..
berg
QUOTE(mama_elin @ Nov 30 2007, 08:31 AM) *
depa x tau ka no. 4 ni bad luck!

hehehehhee


even all among me are totally chinese collagues..
adalah SYIRIK hukumnya mempercayai benda2 sebegini.. so watch out babe drinks.gif
laziaf81
ntah2...nih kawen kontrak ja kot.... rofl.gif laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.