Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Datang Haid
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
hatihancur
Biasa tak kaum ibu, pernah tak gini, ok haid dtg, tapi lepas 4 jam terus putus, haid berhenti, tak keluar lagi. baru 1st day, tapi petang haid tiba tiba stop, tak keluar lagi. biasa tak gini? betul ke mesti minium byk air panas, milo to keluarkan haid tu. haid terstop rasa kurang selesa, perut rasa kembong, kepala sakit, moody, stress, sakit badan, mabuk, pening and marah saja.
tkus_tgolek
QUOTE(hatihancur @ Jul 26 2007, 07:23 PM) *
Biasa tak kaum ibu, pernah tak gini, ok haid dtg, tapi lepas 4 jam terus putus, haid berhenti, tak keluar lagi. baru 1st day, tapi petang haid tiba tiba stop, tak keluar lagi. biasa tak gini? betul ke mesti minium byk air panas, milo to keluarkan haid tu. haid terstop rasa kurang selesa, perut rasa kembong, kepala sakit, moody, stress, sakit badan, mabuk, pening and marah saja.


ni dh dikira x normal dan perlu jumpa doktor utk rawatan lanjut. blh tau hatihancur dr mana?
tkus_tgolek
bagi ibu2, amat2 penting utk mkn supplement atau makanan tambahan tp ingt ini bkn ubat tp hanya supplement. supplement ni tujuan dia adalah utk meningkatkan proses pemulihan atau langkah pencegahan.
kat sini saya syorkan ibu atau mana pompuan yg telah dtg haid amik evening primrose oil utk seimbangkan hormon.
kepoh jer
bukan monopouse ker nie ?
eeta
QUOTE(hatihancur @ Jul 26 2007, 07:23 PM) *
Biasa tak kaum ibu, pernah tak gini, ok haid dtg, tapi lepas 4 jam terus putus[/b[b]], haid berhenti, tak keluar lagi. baru 1st day, tapi petang haid tiba tiba stop, tak keluar lagi. biasa tak gini? betul ke mesti minium byk air panas, milo to keluarkan haid tu. haid terstop rasa kurang selesa, perut rasa kembong, kepala sakit, moody, stress, sakit badan, mabuk, pening and marah saja.



4 jam dkira haid ka?? bkn 1 ari 1 mlm ka?
corect me if im wrong....
mama_elin
4 jam pun bukan, 1 hari 1 malam pun bukan..

7 hari berturut2 ada yg less than 7 days ada gak yg lebih..agak2la 1 week..tapi sampai sebulan..itu dah dlm kategori penyakit.

HH..u minda masih tak teratur, emosi masi up n down, fizikally penat, u ada penyakit2 tertentu yg mama pun x taw dan x ingat..
ia akan effect ini semua kitaran hormon u..u dlm ketegangan, bukan dlm diri u, u nder pressure..semua ini berkaitan..

ask for doc advise..its better..1 day its not normal..banyak pun not normal..yg sedang2 saja..kekekee

go on..dptkan personal doc..yg merangkap sekali advisor u.
hatihancur
unsure.gif takutlah kalau fibroid ke, kecut hati, my problem dg suami sudah ok not too bad, last fight minggu lepas pasal invitation tu lepas tu ok, so far dia ok, i pun ok, now dtg pulak perkara gini. hai nasib. nak pergi chek nanti bencilah kena scan lah, i memang ada fibroid, tapi tak lah sakit, having this fibroid dg cyst about 3tahun, tak sakit, kadang kadang saja, so ingkt ok, 1st time jadi gini.
Pakcik_Kordi
better check dengan doktor
khairul75
QUOTE(Pakcik_Kordi @ Jul 27 2007, 08:29 PM) *
better check dengan doktor

betul tu gi jumpa doktor
lynnaim
QUOTE(tkus_tgolek @ Jul 26 2007, 11:59 PM) *
QUOTE(hatihancur @ Jul 26 2007, 07:23 PM) *
Biasa tak kaum ibu, pernah tak gini, ok haid dtg, tapi lepas 4 jam terus putus, haid berhenti, tak keluar lagi. baru 1st day, tapi petang haid tiba tiba stop, tak keluar lagi. biasa tak gini? betul ke mesti minium byk air panas, milo to keluarkan haid tu. haid terstop rasa kurang selesa, perut rasa kembong, kepala sakit, moody, stress, sakit badan, mabuk, pening and marah saja.


ni dh dikira x normal dan perlu jumpa doktor utk rawatan lanjut. blh tau hatihancur dr mana?




Saya benar nak kongsi kesihatan, hal2 sakit puan, saya yakin air ecpi sgt mujurab. sebagai stokis dah ramai pelanggan saya bermasalah senggugut, haid tidak teratur dan lain masalah sakit puan sembuh. sila email utk penerangan lanjut.
[font="Georgia"][/font]
hatihancur
sudah jumpa doktor, hairan dulu 3tahun lalu scan dia bilang ada fibroid lah ada cyst lah. tapi hairan now, dia bilang tak ada fibroid pun. i imagine mesti fibroid i big or what, tapi gynae bilang no fiborid, then apa. oklah now selepas 3 hari later, my haid keluar so much, yg hairan sudah nak masuk 6hari still alot of bleeding macam clots pun ada, entah apa ye? nak diam kan dulu lah, sudah 2 kali buat D&C last one in 2005. tak fikir nak buat lagi, tak suka. and also bleeding bleeding clot lah. i ingat after this i nak amalkan makan jamu, dok bilang my >>>>>>>>ada thickening, mungkin bekas haid tak keluar betul so stuck situ. takut lah. nak buat pap smear later.
lieza82
err...kalau sy camner yek? yg blom kawin tp byk masalah haid nih! sy dr 1st time kene sampai skang stp bulan sy sakit senggugut!!! hanya panadol jer sy duk mkn stp bln! ada sesaper tau cara tradisional utk hilang atau kurangkn senggugut nih?!!! tolonggg!!! down.gif
supirsonik_zoom
QUOTE(lieza82 @ Aug 4 2007, 11:35 AM) *
err...kalau sy camner yek? yg blom kawin tp byk masalah haid nih! sy dr 1st time kene sampai skang stp bulan sy sakit senggugut!!! hanya panadol jer sy duk mkn stp bln! ada sesaper tau cara tradisional utk hilang atau kurangkn senggugut nih?!!! tolonggg!!! down.gif


better gi jumper dokt gak..jgn sesal kemudian ari
kwn kiter siap dah tunang lagi.. nak tunggu ari kawennya ajer..
mmg peyot dier x btol sket.. kengkdg datang... 4-5 baru dtg balik...
tup2 ade ketumbuhan besar bola tenis.. dokt buang rahim utk selamatkn dier..
dier mmg penakut sket bab jumper dokt

dier buat keputusan.. putuskn tunang.. sbb tau x mungkin dpt bg anak pd suami
alia90
sy slalu gak senggugut...
tp slalunye bile sy kena senggugut...
sy baring atas tilam...
mmg syok...
dlm 5 minit ilang la...
x tau la asl cm2...
cheetan78
sy dah 3 thn x dtg period..x penah rasa sakit tang mana2 pun..ini yg hairan..plz help me...
hatihancur
now haid datang byk pulak berketul ketul keluar kata mereka keluar byk bagus, semua kotoron dlm keluar, ye ke? byk clots pun keluar kali ini, minggu lepas pergi scan doc bilang thickening womb lining (i selalu gini), haid dtg tak betul mungkin byk haid tertinggal di dlm tu. now sudah 8 hari haid dtg, byk pulak macam ketul small small keluar. betul keluar tu bagus?
uglykidaddie
Masalah Yang Melanda Wanita Ketika Haid:Kitaran Haid dan Fungsi
Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup
Pusat Racun Negara


Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.
Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

uglykidaddie
Abnormal semasa haid dan cara mengatasi

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

1. Dismenorea
Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

Payu dara - ketegangan, bengkak

Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

Kurang kencing

Kulit berjerawat



uglykidaddie
Kenalpasti Sindrom

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi).
Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara.
uglykidaddie
Kaedah rawatan

Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:

Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.

Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.

Kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.

Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti di atas.



Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:

Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit

NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol

Hormon

Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia.

Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh, medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel, digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal.

Analog GnRH (suntikan agen hormon)
Mengurangkan paras hormon estrogen

Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.


hatihancur
sekarang pulak haid dtg tak henti pulak, berketul macam jelly keluar, keping keping kecil, ada org bilang bagus kalau haid keluar gitu sebab semua kotoran dalaman keluar, betul ke? dulu perut i buncit, bloated, macam gemuk, tapi selepas ni haid darah keluar tak henti tiba tiba badan kempes, perut jadi leper sikit, tak buncit sangat, bagus ke, atau hormone punya hal, mungkin i rasa hormone imbalance sebabkan badan jadi gemuk, buncit, kalau lah i ni doktor kan bagus, tahu pasal semua ini, u all ada tips ke pasal ni. i tengah cari sendiri, how to not ada hormone imablance, i try to baca and know more abt this, hairan last week i gemuk, muka macam kueh pau, gemuk, now terus jadi leper sikit. perut tak menonjol sangat, how nice, kalau i boleh find way to treat my hormone problem, maybe i look better and slimmer.

doktor bilang womb lining i ni thick sgt, agak nya itu sebab now semua keluar ketul ketul. mungkin it is best to let it out naturally.

kadang kadang haid itu berlanjutan kesian husband I . i betul rasa macam nak tension balik, dulu i feel good, selepas haid i keluar badan minda i semua felt better. now nak mula stress pulak sebab sudah 12 hari haid penuh. hai nasib , ada tak u all pernah suffer macam me? thanks.
zerozone
Kalau haid u melebihi 15 hari better ambik pil utk berhentikan haid saperti norethisterone. Bila haid dah berhenti cuba scan semula utk pastikan ada fibroid ke tak. Jika takde fibroid better proceed buat DD&C..utk detect masalah lain dinding rahim.
hatihancur
D&C sudah buat 3 kali, last time in 2005 (August), tak suka buat D&C. tapi scan bilang uterus clear, ada admenyosis(thickening lining), entah apalah. selalu gitu, hormone imbalance.
dodiana
ayat sama cam orang lain,

"pergi jumpa doktor. "

bagi doktor check dulu.
sakit2 bukan nasihat jer, kena ada orang check,
pergilah jumpa doktor.
elak benda tak elok jadi besar.
pergilah jumpa doktor.
kacangputih
adeih... sesungut... wacko.gif
lieza82
QUOTE(dodiana @ Aug 11 2007, 02:47 PM) *
ayat sama cam orang lain,

"pergi jumpa doktor. "

bagi doktor check dulu.
sakit2 bukan nasihat jer, kena ada orang check,
pergilah jumpa doktor.
elak benda tak elok jadi besar.
pergilah jumpa doktor.



aduiii...leceh lah doktor nih!!! doktor ntah apa ntah...dah ler aku sakit dia leh plak tanya...sakit apa? kt mana? pastuh raba raba lain dr yg lain kt badan aku nih?! susah arrr nk dapat doktor pompuan!!! lelaki smua nk amik kesempatan kt aku!!! sy sakit jer sy mls nk pi jumpa doktor...baik sendri jer!!! eeeeeeeeee...bonggok lah doktor gatal!!!
mad.gif
dodiana
QUOTE(lieza82 @ Aug 11 2007, 05:46 PM) *
QUOTE(dodiana @ Aug 11 2007, 02:47 PM) *
ayat sama cam orang lain,

"pergi jumpa doktor. "

bagi doktor check dulu.
sakit2 bukan nasihat jer, kena ada orang check,
pergilah jumpa doktor.
elak benda tak elok jadi besar.
pergilah jumpa doktor.



aduiii...leceh lah doktor nih!!! doktor ntah apa ntah...dah ler aku sakit dia leh plak tanya...sakit apa? kt mana? pastuh raba raba lain dr yg lain kt badan aku nih?! susah arrr nk dapat doktor pompuan!!! lelaki smua nk amik kesempatan kt aku!!! sy sakit jer sy mls nk pi jumpa doktor...baik sendri jer!!! eeeeeeeeee...bonggok lah doktor gatal!!!
mad.gif

heheh!
kan ada gyne pompuan...
bukan apa, ni dods ckp dr personal experience,
sebab malas nak jumpa doktorlah banyak problem,
benda buleh elak, kita cuba elak...
janagan memain, kita om pompuan banyak songeh sikit body ni..
so kena take proper precaution...

ala.. biasaklah doktor tanya tu..
kang dia buat diagnose benda lain,
lain plak jadiknya..
heheh..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.