Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Masalah Tentang Harta Hak Milik Sama
Mesra.net Forum > Social & Societies > Motivasi & Permasalahan
ridwanrc
mungkin ada dikalangan forumist di sini yang berkeje sebagai peguam atau berkeje di bank.
masalah ini berkaitan dengan harta hak milik bersama dan saya mencari jalan penyelesaiannya......

ceritanya begini:

sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah atas nama bersama selepas mereka kahwin, tetapi rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh si suami, isteri tidak pernah mengeluarkan satu sen pun untuk membayar rumah tersebut. 2 tahun selepas itu, pasangan suami isteri bercerai dan perceraian ini adalah berpunca dari ketidaktaatan si isteri terhadap suaminya dan bukan berpunca dari si suami.

Ekoran itu, si suami ingin menjual rumah tersebut kerana tidak lagi tinggal di situ, tetapi si isteri tidak setuju kerana si isteri masih menetap di situ, dalam masa yang sama, si isteri tidak mampu untuk memiliki rumah itu sepenuhnya kerana tidak mampu menanggung bayaran bulanan. Untuk pengetahuan juga, pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak.

Soalannya:

Si suami tak kisah sekiranya rumah tersebut ditukarkan kepada hak milik sepenuhnya si isteri asalkan dia dapat melucutkan namanya dari menjadi pemilik dan peminjan kepada rumah tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh si suami?

Sekiranya ada apa-apa cadangan sila kemukakan demi orang yang sedang dilanda kebuntuan.

Sekian,

Wassalam

KernelStackDump
Jap... tunggu loyer aku sampai jap... jap gih aku tanya dia.... tu pun kalau dia tak huha ngan aku.... devil.gif
Hana_Amirra
aku rasa..penyelesaian paling baik..ialah jual umah tu.
hasil jualan kena bahagi dgn jumlah yg dipersetujui oleh isteri. (kena documented nie dgn depan lawyer)

aku cuma tau..common general law spt dibawah ajer :
ape2 aset spt tanah or umah akan dikategorikan sebagai "harta sepencarian" kalau dibeli selepas berkawen. wp isteri tidak penah membayar satu sen pun.
begitu jugak suami. kalau isteri membeli apa2 aset selepas berkawen. suami yg "biawak" boleh menuntut keuntungan jualan or merebut aset2 tersebut atas nama "harta sepencarian"

ini pendapat aku ajek.
susah nak pindah nama. byk proses. sbb terlibat dgn bank . byk hal remeh temeh. maybe perlukan penjamin ke. loan umah kena kurangkan lagi ke (meaning kena byr byk lagi) mcm2 la.
kalau gaji isteri tu setanding dgn gaji suami takper. sebaik ajer bank approve..proses pindah nama senang ajek.
mama_elin
entah la..mama more to jual gak..cam hana..yg lenlain x ambik port..kalau dah isteri x nak jual..then suruh dia tukau nama ke nama dia..xder bincang ke..kasi kata dua..awak nak, tukau nama..saya x nak rumah ni..awak mampu atau tak..tu saya x ambik tahu..yg saya tahu..saya x nak dibebani ngan masalah hutang ni..lagipun nak simpan duit nak tackle makwe lain kan..mana tau ada naik pelamin lagi ke..kihkihkih..

yg de wife..uffff mama also x berani nak ambik risiko..who knows membujang sampai ke tua..ngan duit anak2 lagi..ufffff

berapa lagi belen nak habis tuh..jika lagi sikit..worth it la teruskan..tapi errrr lepas tu buntu lagi eh..karang berebut lak 2-2..

kalau x nak jual..ehem..mama no idea ah

rumah sekarang ni, totally atas nama hubby tapi insurans nama kami berdua..who knows permintaan kami x termakbul..pergi dulu salah seorg dulu..at least pasnagan lagi satu x la susah sangat, anak2 pun x la risau hidup merempat/menumpang sebab pasangan lagi satu x mampu nak bayar full sum.

ufffff
cendawancun
Tak ada idea nak di kongsi. Coz aku ni memang tak reti bab bab ni. Tunggu org lain /
mana2 lawyer yang komen. aku pun nak tahu gak macam mana procedure nye...
ridwanrc
QUOTE(Hana_Amirra @ Apr 6 2007, 09:32 AM) *
aku rasa..penyelesaian paling baik..ialah jual umah tu.
hasil jualan kena bahagi dgn jumlah yg dipersetujui oleh isteri. (kena documented nie dgn depan lawyer)

aku cuma tau..common general law spt dibawah ajer :
ape2 aset spt tanah or umah akan dikategorikan sebagai "harta sepencarian" kalau dibeli selepas berkawen. wp isteri tidak penah membayar satu sen pun.
begitu jugak suami. kalau isteri membeli apa2 aset selepas berkawen. suami yg "biawak" boleh menuntut keuntungan jualan or merebut aset2 tersebut atas nama "harta sepencarian"

ini pendapat aku ajek.
susah nak pindah nama. byk proses. sbb terlibat dgn bank . byk hal remeh temeh. maybe perlukan penjamin ke. loan umah kena kurangkan lagi ke (meaning kena byr byk lagi) mcm2 la.
kalau gaji isteri tu setanding dgn gaji suami takper. sebaik ajer bank approve..proses pindah nama senang ajek.

masalah paling besar skrg ialah si isteri tak setuju untuk jual rumah tue. disebabkan rumah tue nama bersama, tanpa salah satu tanda tangan, rumah tue mesti tak boleh jual kan. mcm mana ek???
ridwanrc
QUOTE(mama_elin @ Apr 6 2007, 12:27 PM) *
entah la..mama more to jual gak..cam hana..yg lenlain x ambik port..kalau dah isteri x nak jual..then suruh dia tukau nama ke nama dia..xder bincang ke..kasi kata dua..awak nak, tukau nama..saya x nak rumah ni..awak mampu atau tak..tu saya x ambik tahu..yg saya tahu..saya x nak dibebani ngan masalah hutang ni..lagipun nak simpan duit nak tackle makwe lain kan..mana tau ada naik pelamin lagi ke..kihkihkih..

yg de wife..uffff mama also x berani nak ambik risiko..who knows membujang sampai ke tua..ngan duit anak2 lagi..ufffff

berapa lagi belen nak habis tuh..jika lagi sikit..worth it la teruskan..tapi errrr lepas tu buntu lagi eh..karang berebut lak 2-2..

kalau x nak jual..ehem..mama no idea ah

rumah sekarang ni, totally atas nama hubby tapi insurans nama kami berdua..who knows permintaan kami x termakbul..pergi dulu salah seorg dulu..at least pasnagan lagi satu x la susah sangat, anak2 pun x la risau hidup merempat/menumpang sebab pasangan lagi satu x mampu nak bayar full sum.

ufffff

kalau ada procedure yang senang untuk tukar jer rumah tu kenapa nama si isteri seorang saja, itu akan dpt menyelesaikan masalah si suami. si suami tak kisah kalau tak dapat sesen pun dari rumah itu, yg paling penting dia tak terikat lagi dengan hutang rumah itu. please advise.....
Hana_Amirra
QUOTE(ridwanrc @ Apr 6 2007, 04:28 PM) *
QUOTE(Hana_Amirra @ Apr 6 2007, 09:32 AM) *
aku rasa..penyelesaian paling baik..ialah jual umah tu.
hasil jualan kena bahagi dgn jumlah yg dipersetujui oleh isteri. (kena documented nie dgn depan lawyer)

aku cuma tau..common general law spt dibawah ajer :
ape2 aset spt tanah or umah akan dikategorikan sebagai "harta sepencarian" kalau dibeli selepas berkawen. wp isteri tidak penah membayar satu sen pun.
begitu jugak suami. kalau isteri membeli apa2 aset selepas berkawen. suami yg "biawak" boleh menuntut keuntungan jualan or merebut aset2 tersebut atas nama "harta sepencarian"

ini pendapat aku ajek.
susah nak pindah nama. byk proses. sbb terlibat dgn bank . byk hal remeh temeh. maybe perlukan penjamin ke. loan umah kena kurangkan lagi ke (meaning kena byr byk lagi) mcm2 la.
kalau gaji isteri tu setanding dgn gaji suami takper. sebaik ajer bank approve..proses pindah nama senang ajek.

masalah paling besar skrg ialah si isteri tak setuju untuk jual rumah tue. disebabkan rumah tue nama bersama, tanpa salah satu tanda tangan, rumah tue mesti tak boleh jual kan. mcm mana ek???

yea.. mmg tak boleh jual.

wah. umah atas nama bersama wp isteri tak byr satu sen..
baiknyee suami nie.. kenal kan kat aku leh tak?? sbb aku pun berangan gak nak ada suami mcm tue. aku pikir..kalau jadi apa2..aku tak pedulik..aku nak tuntut gak umah tu wp aku tak byr satu sen. (berdasarkan common general law aku tau..opps..patutlah aku tak kawen2 lagi..hehehehe)

kena pikir lah cara2 supaya si isteri tu setuju utk jual.

skrg nie.otak aku tgh biol. so, cadangan biol aku..
kasi ubat batuk kat si isteri tu. pastu kasi tdo lena.
readykan stamp pad. bila dia dah deep in sleep.. ambik chop jari dia tu..
sbb chop jari pun boleh ganti tanda tangan.

aku tau..sbb arwah nenek aku guna chop jari. tapi, depan lawyer.

dan..lagi satu.jgn lupaa...lawyer tu..kena di rasuah lah kaw2..
Hana_Amirra
kt forum IG..ada online lawyer. boleh tanya pasal tu.
gi ler forum IG tu.

kak ziana
QUOTE(ridwanrc @ Apr 5 2007, 07:57 PM) *
mungkin ada dikalangan forumist di sini yang berkeje sebagai peguam atau berkeje di bank.
masalah ini berkaitan dengan harta hak milik bersama dan saya mencari jalan penyelesaiannya......

ceritanya begini:

sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah atas nama bersama selepas mereka kahwin, tetapi rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh si suami, isteri tidak pernah mengeluarkan satu sen pun untuk membayar rumah tersebut. 2 tahun selepas itu, pasangan suami isteri bercerai dan perceraian ini adalah berpunca dari ketidaktaatan si isteri terhadap suaminya dan bukan berpunca dari si suami.

Ekoran itu, si suami ingin menjual rumah tersebut kerana tidak lagi tinggal di situ, tetapi si isteri tidak setuju kerana si isteri masih menetap di situ, dalam masa yang sama, si isteri tidak mampu untuk memiliki rumah itu sepenuhnya kerana tidak mampu menanggung bayaran bulanan. Untuk pengetahuan juga, pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak.

Soalannya:

Si suami tak kisah sekiranya rumah tersebut ditukarkan kepada hak milik sepenuhnya si isteri asalkan dia dapat melucutkan namanya dari menjadi pemilik dan peminjan kepada rumah tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh si suami?

Sekiranya ada apa-apa cadangan sila kemukakan demi orang yang sedang dilanda kebuntuan.

Sekian,

Wassalam

kalau bagi advice as a lawyer ni kene bayar legal fees ni..hehe..
cmni la..apa2 yg akak boleh bagi jalan,akak cuba k..

kalau ikut procedure mahkamah, selepas prosedur penceraian dibuat, bekas suami isteri tu boleh proceed dgn prosedur tuntutan harta sepencarian..
ini termasuklah wang KWSP, duit simpanan bersama, syer dlm syarikat bersama, tanah yg dibeli dlm tempoh perkahwinan, dan juga matrimonial home (rumah yg diduduki bersama dlm tempoh perkahwinan)..

sebelum tu kite kene tau dulu apa itu yg dimaksudkan dgn harta sepencarian.
harta sepencarian bermaksud "harta yg diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat2 yg ditentukan Hukum Syarak.."

mahkamah akan arahkan harta tersebut dijual dan hasil jualan itu akan dibahagi antara bekas suami isteri itu..
sekiranya pihak isteri dpt buktikan bahawa dia ada menyumbang kpd penjagaan atau penambahbaikan kpd rumah/harta tersebut, maka pihak mahkamah akan memerintahkan supaya hasil jualan aset itu dibahagi sama rata..
TETAPI, sekiranya pihak isteri gagal membuktikan yg demikian maka pihak mahkamah akan mengarahkan hasil jualan aset tersebut dibahagi 1/3 kpd isteri dan 2/3 kpd suami..

pembahagian hasil jualan harta sepencarian bergantung kepada pihak mahkamah krn pihak mahkamah akan memberi keputusan berdasarkan bukti2 yg dikemukakan oleh pihak suami atau isteri..

Mengikut Akta Undang2 Keluarga Islam (WP), Seksyen 58 (1):
"mahkamah mempunyai kuasa utk memerintahkan supaya aset2 yg diperolehi dlm masa masa perkahwinan dijual dan hasil jualan tersebut dibahagi antara pihak suami dan isteri.."

Seksyen 58(2) akta yg sama:
Mahkamah akan mengambil kira ttg-
a) takat sumbangan2 yg tlh dibuat oleh pihak suami dan isteri dlm bentuk wang, harta atau kerja dlm tuntutan aset2 tersebut.

dan Seksyen 58(3) akta yg sama:
"mahkamah mmpunyai kuasa utk perintahkan supaya aset yg diperolehi dlm masa perkhwinan dgn hasil tunggal satu pihak saje dijual dan dibahagi antara 2 pihak tersebut"

ini bermakna wpun rumah tersebut hny pihak suami yg bayar tetiap bulan, ttp sekiranya aset tersebut dibeli bersama suami dan isteri dlm masa perkahwinan ianya ttp akan dikira harta sepencarian..
cuma bahagian sahaja yg berbeza mengikut sumbangan masing2 (suami atau isteri)

jadi dlm kes spt diatas walaupun isteri taknak rumah tersebut dijual ttp pihak mahkamah mempunyai kuasa utk perintahkan rumah tersebut dijual..
sebenarnya slps penceraian isteri tkde hak utk tinggal dirumah tersebut..
isteri tu hny ada hak utk tinngal di rumah tersebut dlm tempoh iddah shj atau ada anak2 yg perlu dijaga..
hak tersebut gugur sekiranya perempuan tsebut berkahwin semula atau berkelakuan buruk..
(rujuk seksyen 71 akta yg sama)

tuntutan boleh dibuat sbnrnya..
cuma bergantung pd mahkamah utk decide berdasarkan bukti2..
kalau isteri masih ingin memiliki rumh tsbut dia boleh membelinya semula slps prosedur jualan dibuat..

suka akak ingatkan kat sini pd para isteri..
sekiranya kita membeli rumah atau apa aset2 slps berkahwin, eloklah diletak nama bersama suami dan isteri..
ini akan lebih memudahkan utk membuktikan bahawa aset tersebut dibeli bersama dlm masa perkahwinan..

harap2 penerangan diatas dpt membantu skit sbyk..
kalau tak faham tnyla k..

ridwanrc
QUOTE(kak ziana @ Apr 7 2007, 09:32 AM) *
QUOTE(ridwanrc @ Apr 5 2007, 07:57 PM) *

harap2 penerangan diatas dpt membantu skit sbyk..
kalau tak faham tnyla k..

[b]Thanks Kak Ziana for the advice.
cuma satu lagi soalan, harap akak bole tolong.
apa yang akak terang itu sekiranya kita melibatkan mahkamah dalam harta sepencarian.
apa pula sekiranya si suami ingin menukarkan nama rumah tersebut kepada si isteri seorang sahaja tanpa melibatkan soal pembahagian harta sepencarian???

bagaimana pula dengan loan sekiranya loan pun melibatkan nama bersama???

please.....

please.....[/b]
[/quote]

ok..apa yg akak terangkan kat atas tu ttg harta sepencarian yg diputuskan oleh mahkamah..
sekiranya suami isteri tu boleh bahagikan harta tersebut dgn persetujuan bersama,
maka prosesnya lebih mudah..
krn ianya tdk perlu mengikut prosedur mahkamah..

sekiranya suami ingin menukarkan pemilikan rumah tersebut kpd isteri, suami boleh berbuat demikian dgn terus berjumpa dgn mana2 peguam yg menguruskan ttg penukaran pemilikan harta..
atau utk lebih mudah suami bjumpa terus dgn peguam yg uruskan urusan pembelian rumah tersebut..(mksud akak lawyer yg uruskan perjanjian jual beli rumah tersebut)
lawyer tsbut akn uruskan utk penukaran milik di pejabat tanah dan beberapa dokumen yg perlu dipindahmilik..

ttg loan yg melibatkan nama bersama, pihak suami dan isteri perlu berjumpa dgn pihak bank yg memberi pinjaman tersebut..
pihak bank akan uruskan pembiayaan semula atau refinancing..
pihak bank akan gugurkan nama suami dan sekiranya gaji isteri layak utk teruskan pembiayaan, pihak bank akan proceed dgn pembiyaian semula..
lebih mudah kalau suami dan isteri pergi bersama utk berbincang dgn pihak bank..

ok, kalau tak faham lg tanyala k..
mana yg akak boleh bantu, akak akan bantu..
nur_balqis
sygnya dia kat isteri dia dlu...
JeD[i]-BoNGsU
ooo.. mcm tu..
Hana_Amirra
QUOTE
sekiranya kita membeli rumah atau apa aset2 slps berkahwin, eloklah diletak nama bersama suami dan isteri..
ini akan lebih memudahkan utk membuktikan bahawa aset tersebut dibeli bersama dlm masa perkahwinan..

eeeeeuuu..
kalau bayar sorang2..tak kan nak letak nama suami kott..

JeD[i]-BoNGsU
QUOTE(Hana_Amirra @ Apr 9 2007, 06:34 PM) *
QUOTE
sekiranya kita membeli rumah atau apa aset2 slps berkahwin, eloklah diletak nama bersama suami dan isteri..
ini akan lebih memudahkan utk membuktikan bahawa aset tersebut dibeli bersama dlm masa perkahwinan..

eeeeeuuu..
kalau bayar sorang2..tak kan nak letak nama suami kott..

ini cuma kes kalau bayar sesama la hana..
sbb tu dia kata 'dibeli bersama dlm masa perkahwinan',
so maknanya ni yg suami isteri working together-gether lah.. eheh.

lgpun, ini utk mengelak problem klu˛ dua˛ bayar sesama,
tp end up klu ditakdirkan cerai, xdpt buktikan yg dedua dh
bayar sesama (sepencarian)..

ceh.. mcm betul aje aku nih..

hmm..pandai pun..
betul la tu..
Hana_Amirra
kak ziana..
hana nak tanya kalau kes mcm ..
dah kawen..pastu isteri tu beli umah atas nama dia dan bayar sorang2 atas nama dia..
itu..later dah bercerai kelak..suami boleh berebut tak harta tu..atas alasan "harta sepencarian" dgn hujah2 mengatakan dia yg tanggung isteri & rumahtangga menyebabkan isteri itu ada duit lebih utk membeli aset.
jadi..dia nak tuntut nilai aset tersebut.

itu mcm mana?
ridwanrc
QUOTE(nur_balqis @ Apr 8 2007, 09:25 PM) *
sygnya dia kat isteri dia dlu...

itu dulu, sekrang dia dah sayang dekat orang lain......
kak ziana
QUOTE(Hana_Amirra @ Apr 11 2007, 09:49 AM) *
kak ziana..
hana nak tanya kalau kes mcm ..
dah kawen..pastu isteri tu beli umah atas nama dia dan bayar sorang2 atas nama dia..
itu..later dah bercerai kelak..suami boleh berebut tak harta tu..atas alasan "harta sepencarian" dgn hujah2 mengatakan dia yg tanggung isteri & rumahtangga menyebabkan isteri itu ada duit lebih utk membeli aset.
jadi..dia nak tuntut nilai aset tersebut.

itu mcm mana?

Hana,
kalau seorg isteri beli rumah atas nama dia n bayar sorang2,
suami takde hak ke atas harta tu..
WALAUPUN, harta tu dibeli DALAM masa perkahwinan..

suami tak boleh nak kata harta tu milik bersama
sebab harta tu dibeli atas usaha isteri seorg..
maka, harta tu menjadi milik isteri seorg shja..

mmg suami boleh challenge mengatakan bahawa harta tu milik bersama
yg dibeli bersama dlm masa perkahwinan..
tapi kalau isteri dpt buktikan (resit down payment, sale n purchase agreement etc) semuanya dibayar menggunakan duit isteri sepenuhnya tanpa melibatkan wang suami (bayar guna gaji isteri sendiri), maka harta itu milik isteri sepenuhnya walaupun dibeli dalam masa perkahwinan..

ianya berlainan dgn harta sepencarian..
sbb harta sepencarian didefinisikan sbg harta yg dibeli "sama2" sewaktu perkahwinan..
harta tu telah diusahakan bersama2 dan dijaga bersama2..
sbb tu seorg isteri boleh dapat hak harta sepencarian "rumah" yg diduduki bersama..
walaupun isteri tersebut tk bayar sewa rumah..
tapi, isteri tersebut yg "maintain" rumah tu supaya bersih dan selesa diduduki..

alasan bahawa suami yg tanggung isteri tak timbul
sbb mmg dh tgjawab suami utk tanggung isteri..
mmg suami WAJIB tanggung nafkah anak isteri dan segala keperluan rumah..
jadi kalau isteri ada duit lebih pun dp gaji isteri,
isteri boleh gunakan wangnya sendiri utk beli rumah atau aset atas namanya sendiri..
MELAINKAN wang lebih tersebut adalah dp gaji suami yg suami bg tetiap bulan..
kalau dp gaji suami,suami ada asas utk challenge di mahkamah
mengatakan bahawa dia ada hak ke ats harta tersebut krn harta tersebut dibeli menggunakan wangnya..

kalau gaji isteri, isteri ada hak nak buat apa shj n beli apa saja atas namanya seorg..
tp, kalau gaji suami, ianya agak terbatas krn suami akan ada asas utk challenge di mahkamah..

ianya sama mcm kes wang gaji isteri..
suami tak berhak ke atas wang gaji isteri..
terpulang kpd isteri utk bagi atau tak pada suami..
tp suami tak boleh menggunakan wang gaji isteri tanpa kerelaan atau "redha" dp isteri..

rasa2nya hana faham tak?
kalau tak,hana tanyala k..
Hana_Amirra
sgt sgt paham.thank you...
nur_balqis
QUOTE(ridwanrc @ Apr 12 2007, 07:45 PM) *
QUOTE(nur_balqis @ Apr 8 2007, 09:25 PM) *
sygnya dia kat isteri dia dlu...

itu dulu, sekrang dia dah sayang dekat orang lain......

apa citer skrg ni...?dah settle ke masalah tuan umah...?
nak tau gak outcome nya...
blum.gif
lyssa
dear ridwanrc....

hope u can settle ur problems amicably...
i pray for ur happiness.... smile.gif

nora165
asm kak ziana ... saya jumpe thread nie dan ingin tanya berkaitan tuntutan selepas perceraian ...

1) jika bekas suami kata kerana dia benarkan isteri bekerja, maka dia berhak untuk menuntut di mahkamah syariah apa-apa wang simpanan isteri ... benarkah ? ... dengan alasan dia telah habiskan semua duit gajinya menyara isteri dan keluarga (emak & adik2nya) ... anak tiada ...

2) isteri telah banyak meminjamkan bekas suami wang untuk pendahuluan kereta, motorsikal etc., adakah isteri boleh menuntut hutang 'peribadi' itu atau dikira hangus? masalahnya tiada perjanjian bertulis (cuma buku akaun yg tunjukkan jumlah & tarikh pengeluaran dari akaun isteri) dan bekas suami dulunya selalu kata nak bayar tapi tak pernah buat pun ...

3) bagaimana isteri boleh tuntut nafkah zahir semasa perkahwinan? sepanjang perkahwinan, isteri habiskan 90% duit gaji untuk bantu sara hidup rumahtangga sendiri dan bayar rumah/kete dll. untuk 'cover' bekas suami yang menanggung keluarganya ...

4) bagaimana tuntutan harta sepencarian bagi dua rumah yang keduanya dibeli atas 2 nama
- satu rumah dibayar bersama tetapi isteri lebih krn tolak gaji setiap bulan, buat renovation pula kedua suami isteri ambik loan dan spend duit ... => bolehkah isteri tuntut ini rumahnya (rumah hendak dijual)?
- rumah satu lagi 99% dibayar oleh bekas suami, masih belum boleh diduduki => jika bekas suami menuntut hasil jualan rumah pertama, apakah yg boleh isteri tuntut drpd rumah kedua ?

Terima kasih bebanyak kak ziana ...

- dari bekas isteri yg insaf taknak lagi terlibat riba' yg tidak darurah -

marsyanda
mana kak ziana..? calling2 kak ziana..

cian nora..dah lama kawin dgn bekas suami..?
zayed
QUOTE(kak ziana @ Apr 7 2007, 01:32 AM) *
QUOTE(ridwanrc @ Apr 5 2007, 07:57 PM) *
mungkin ada dikalangan forumist di sini yang berkeje sebagai peguam atau berkeje di bank.
masalah ini berkaitan dengan harta hak milik bersama dan saya mencari jalan penyelesaiannya......

ceritanya begini:

sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah atas nama bersama selepas mereka kahwin, tetapi rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh si suami, isteri tidak pernah mengeluarkan satu sen pun untuk membayar rumah tersebut. 2 tahun selepas itu, pasangan suami isteri bercerai dan perceraian ini adalah berpunca dari ketidaktaatan si isteri terhadap suaminya dan bukan berpunca dari si suami.

Ekoran itu, si suami ingin menjual rumah tersebut kerana tidak lagi tinggal di situ, tetapi si isteri tidak setuju kerana si isteri masih menetap di situ, dalam masa yang sama, si isteri tidak mampu untuk memiliki rumah itu sepenuhnya kerana tidak mampu menanggung bayaran bulanan. Untuk pengetahuan juga, pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak.

Soalannya:

Si suami tak kisah sekiranya rumah tersebut ditukarkan kepada hak milik sepenuhnya si isteri asalkan dia dapat melucutkan namanya dari menjadi pemilik dan peminjan kepada rumah tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh si suami?

Sekiranya ada apa-apa cadangan sila kemukakan demi orang yang sedang dilanda kebuntuan.

Sekian,

Wassalam

kalau bagi advice as a lawyer ni kene bayar legal fees ni..hehe..
cmni la..apa2 yg akak boleh bagi jalan,akak cuba k..

kalau ikut procedure mahkamah, selepas prosedur penceraian dibuat, bekas suami isteri tu boleh proceed dgn prosedur tuntutan harta sepencarian..
ini termasuklah wang KWSP, duit simpanan bersama, syer dlm syarikat bersama, tanah yg dibeli dlm tempoh perkahwinan, dan juga matrimonial home (rumah yg diduduki bersama dlm tempoh perkahwinan)..

sebelum tu kite kene tau dulu apa itu yg dimaksudkan dgn harta sepencarian.
harta sepencarian bermaksud "harta yg diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat2 yg ditentukan Hukum Syarak.."

mahkamah akan arahkan harta tersebut dijual dan hasil jualan itu akan dibahagi antara bekas suami isteri itu..
sekiranya pihak isteri dpt buktikan bahawa dia ada menyumbang kpd penjagaan atau penambahbaikan kpd rumah/harta tersebut, maka pihak mahkamah akan memerintahkan supaya hasil jualan aset itu dibahagi sama rata..
TETAPI, sekiranya pihak isteri gagal membuktikan yg demikian maka pihak mahkamah akan mengarahkan hasil jualan aset tersebut dibahagi 1/3 kpd isteri dan 2/3 kpd suami..

pembahagian hasil jualan harta sepencarian bergantung kepada pihak mahkamah krn pihak mahkamah akan memberi keputusan berdasarkan bukti2 yg dikemukakan oleh pihak suami atau isteri..

Mengikut Akta Undang2 Keluarga Islam (WP), Seksyen 58 (1):
"mahkamah mempunyai kuasa utk memerintahkan supaya aset2 yg diperolehi dlm masa masa perkahwinan dijual dan hasil jualan tersebut dibahagi antara pihak suami dan isteri.."

Seksyen 58(2) akta yg sama:
Mahkamah akan mengambil kira ttg-
a) takat sumbangan2 yg tlh dibuat oleh pihak suami dan isteri dlm bentuk wang, harta atau kerja dlm tuntutan aset2 tersebut.

dan Seksyen 58(3) akta yg sama:
"mahkamah mmpunyai kuasa utk perintahkan supaya aset yg diperolehi dlm masa perkhwinan dgn hasil tunggal satu pihak saje dijual dan dibahagi antara 2 pihak tersebut"

ini bermakna wpun rumah tersebut hny pihak suami yg bayar tetiap bulan, ttp sekiranya aset tersebut dibeli bersama suami dan isteri dlm masa perkahwinan ianya ttp akan dikira harta sepencarian..
cuma bahagian sahaja yg berbeza mengikut sumbangan masing2 (suami atau isteri)

jadi dlm kes spt diatas walaupun isteri taknak rumah tersebut dijual ttp pihak mahkamah mempunyai kuasa utk perintahkan rumah tersebut dijual..
sebenarnya slps penceraian isteri tkde hak utk tinggal dirumah tersebut..
isteri tu hny ada hak utk tinngal di rumah tersebut dlm tempoh iddah shj atau ada anak2 yg perlu dijaga..
hak tersebut gugur sekiranya perempuan tsebut berkahwin semula atau berkelakuan buruk..
(rujuk seksyen 71 akta yg sama)

tuntutan boleh dibuat sbnrnya..
cuma bergantung pd mahkamah utk decide berdasarkan bukti2..
kalau isteri masih ingin memiliki rumh tsbut dia boleh membelinya semula slps prosedur jualan dibuat..

suka akak ingatkan kat sini pd para isteri..
sekiranya kita membeli rumah atau apa aset2 slps berkahwin, eloklah diletak nama bersama suami dan isteri..
ini akan lebih memudahkan utk membuktikan bahawa aset tersebut dibeli bersama dlm masa perkahwinan..

harap2 penerangan diatas dpt membantu skit sbyk..
kalau tak faham tnyla k..

wang KWSP tak leh dituntut sebagai harta sepencarian. kes ini pernah dibicarakan...mahkamah putuskan duit kWSP tak leh dituntut sebagai harta sepencarian.
zayed
Caruman KWSP - Bukan harta sepencarian
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

MUNGKIN kita pernah terdengar keluhan golongan isteri bahawa walau sesukar mana menjaga suami yang sakit, apabila berlaku kematian mereka hanya layak mendapat `kepala mayat'.

Ini membawa maksud bahawa balu hanya layak ke atas satu perlapan daripada harta yang ditinggalkan suami apabila ia dibahagi-bahagikan mengikut hukum faraid.

Bagaimanapun, dengan perkembangan undang-undang serta kesedaran wanita tentang hak-hak yang ada, tuntutan harta sepencarian mula meluas bukan sahaja apabila berlaku penceraian tetapi juga kematian.

Malah, mahkamah syariah diberi kuasa yang jelas untuk mendengar dan membicarakan tuntutan tersebut dari mana-mana pasangan Islam yang telah bercerai sebagaimana yang diperuntukan di dalam Enakmen Keluarga Islam yang digubal di negeri-negeri.

Jika harta-harta seperti rumah dan kereta jelas boleh dituntut dengan mengambil kira sumbangan secara langsung atau tidak, namun status wang caruman di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menimbulkan persoalan.

Walaupun ada sesetengah pihak bertegas bahawa ia adalah harta sepencarian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung, namun sehingga kini ia masih tergantung.

Pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Suwaid Tapah berkata, caruman wang KWSP bukan dianggap sebagai harta sepencarian melalui sumbangan secara tidak langsung jika dirujuk kepada konsep asalnya.

Sebaliknya, ia merupakan harta milik peribadi penama dan hanya mereka yang mempunyai hak mutlak ke atasnya wang tersebut.

``Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah syariah, tidak begitu jelas sama ada caruman KWSP sudah diiktiraf sebagai harta sepencarian atau sebaliknya.

``Malah sehingga kini, belum ada fatwa yang jelas mengenainya walau ramai berpendapat ia adalah harta sepencarian,'' katanya semasa menyampaikan ceramah pada Siri Penerangan Undang-undang Islam: Harta Sepencarian dan Wang Simpanan KWSP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Dr. Suwaid, berdasarkan mekanisme dan peraturan Seksyen 51 dan 54 Akta KWSP, tuntutan harta sepencarian berasaskan sumbangan secara tidak langsung tidak berbangkit.

Sehingga kini, hanya satu kes yang diputuskan membabitkan tuntutan tersebut daripada simpanan suami di dalam KWSP.

Katanya, dalam kes Mariam dan Mohamed, Mahkamah Rendah Terengganu telah memerintahkan kepada defendan supaya menyerahkan RM18,000 daripada carumannya kepada plaintif.

Bagaimanapun, perintah tersebut dikeluarkan berasaskan persetujuan kedua-dua belah pihak yang mana penama dengan rela memberikan jumlah tersebut kepada bekas isteri.

``Sehingga kini, memang tidak ada akta sama ada dalam enakmen keluarga Islam mahupun KWSP yang membolehkan pihak ketiga mengeluarkan wang tersebut tanpa kebenaran penama termasuklah mahkamah.

``Cuma jika suami tidak menjelaskan mutaah, hutang, nafkah dan sebagainya dan tiada harta yang lain, maka isteri boleh menuntutnya daripada wang KWSP melalui perintah mahkamah apabila tiba tempoh matang,'' jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, di mahkamah sivil, tuntutan caruman dalam KWSP dan gratuiti ketika persaraan telah diputuskan sebagai harta perkahwinan.

Pasangan yang berkenaan boleh memohon injunksi bagi menghalang majikan atau agen daripada mengeluarkan sehingga permohonan diselesaikan.

Sementara itu, Timbalan pengurus Bahagian Perancangan Korporat KWSP, Shahril Juraimi pula berkata, pandangan bahawa KWSP adalah harta sepencarian adalah tidak tepat.

Menurutnya maklum balas secara lisan yang diterima daripada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, simpanan KWSP suami sebagai harta sepencarian tidak boleh dipakai secara menyeluruh, sebaliknya hanya berdasarkan kes-kes tertentu sahaja.

Fatwa yang ada hanya berkaitan ahli meninggal dunia sebagai harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut faraid dan penama KWSP hanya sebagai pentadbir.

Bagaimanapun KWSP tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan keatas penama yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai wasi atau pentadbir tersebut di bawah Akta KWSP.

``Simpanan ahli KWSP yang masih hidup adalah hak mutlak ahli berkenaan dan tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.

``Sama ada orang ketiga atau pihak mahkamah yang memerintahkan, KWSP tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkannya kecuali dengan persetujuan ahli,'' jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, jika caruman yang dibuat oleh salah satu pasangan dijadikan sebagai harta yang dipertikaikan dan menjadi kes mahkamah sama ada di mahkamah sivil atau syariah, pihak kwsp mempunyai budi bicara menasihati ahli supaya menyempurnakan perintah tersebut sebaik-baik sahaja caruman layak dikeluarkan.

Dengan perkataan lain, perintah mahkamah berkenaan adalah bagi memudahkan pihak KWSP mentagkan caruman kepada penama yang disebut oleh mahkamah berkenaan.

Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Mohd Rizduan Awang pula berkata, KWSP hanya boleh diiktiraf sebagai harta sepencarian jika ada pindaan yang berkaitan pada Akta KWSp mahu pun Enakmen Keluarga Islam.

Katanya, sehingga kini, akta dan undang-undang KWSP atau pencen yang sedia ada bertentangan dengan tuntutan tersebut.

``Mungkin KWSP boleh diiktiraf sebagai harta sepencarian jika ada fatwa yang berkaitan serta akta KWSP dan Enakmen keluarga Islam dipinda.

``Jika sudah diiktiraf, jangan lupa, suami juga mempunyai hak yang sama ke atas caruman KWSP isteri, bukan hanya isteri ke atas suami jika berlaku penceraian,'' katanya.

Bagaimanapun, secara peribadi, beliau bersetuju dengan pendapat Dr. Suwaid dan Shahril bahawa caruman KWSP bukan harta sepencarian.

Katanya, selain bertentangan dengan akta dan undang-undang yang sedia ada, ia adalah hak seorang pekerja untuk persediaan di hari tua.

``Ia juga bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebab ia dianggap sebagai wasit dan dibahagikan mengikut faraid apabila berlaku kematian

``Malah tidak pernah berlaku di mahkamah syariah yang memutuskan kwsp sebagai harta sepencarian kerana tidak ada dalam enakmen undang-undang syariah,'' jelasnya.

Selain itu, katanya, tujuan asal setiap pekerja diwajibkan mencarumkan wang ke dalam KWSP juga tidak akan tercapai jika ia dianggap sebagai harta sepencarian.

Malah, pelbagai masalah dari segi perlaksanaan akan timbul kerana ia melibatkan perkiraan yang rumit terutama bagi mereka yang berpoligami, caruman terkumpul sebelum berkahwin serta jenis akaun yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

KernelStackDump
QUOTE(ridwanrc @ Apr 5 2007, 07:57 PM) *
mungkin ada dikalangan forumist di sini yang berkeje sebagai peguam atau berkeje di bank.
masalah ini berkaitan dengan harta hak milik bersama dan saya mencari jalan penyelesaiannya......

ceritanya begini:

sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah atas nama bersama selepas mereka kahwin, tetapi rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh si suami, isteri tidak pernah mengeluarkan satu sen pun untuk membayar rumah tersebut. 2 tahun selepas itu, [b]pasangan suami isteri bercerai dan perceraian ini adalah berpunca dari ketidaktaatan si isteri terhadap suaminya dan bukan berpunca dari si suami.

Ekoran itu, si suami ingin menjual rumah tersebut kerana tidak lagi tinggal di situ, tetapi si isteri tidak setuju kerana si isteri masih menetap di situ, dalam masa yang sama, si isteri tidak mampu untuk memiliki rumah itu sepenuhnya kerana tidak mampu menanggung bayaran bulanan. Untuk pengetahuan juga, pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak.

Soalannya:

Si suami tak kisah sekiranya rumah tersebut ditukarkan kepada hak milik sepenuhnya si isteri asalkan dia dapat melucutkan namanya dari menjadi pemilik dan peminjan kepada rumah tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh si suami?

Sekiranya ada apa-apa cadangan sila kemukakan demi orang yang sedang dilanda kebuntuan.

Sekian,

Wassalam
[/b]

Berdasarkan kes ni... Jika isteri diisytiharkan nusyuz oleh mahkamah syariah... maka suami berhak untuk melucutkan hak milik rumah itu di mahkamah dengan membuktikan semua pembayaran dilakukan olehnya... Dalam istilah lainnya... kalau nusyuz... keluarlah sehelai sepinggang...

Dalam kes ni... pompuan tu tak sedor diri lak... sapa nak tanggung dia lepas bercerai tu??? banyak cantik???

Klu dalam kes ni ialah - perceraian disebabkan isteri tidak taat dan klu kedua ialah tiada anak... maka... jika diisytiharkan isteri itu nusyuz atau diisyitiharkan oleh mahkamah... isteri tidak layak terhadap harta sepencarian... maka suami berhak ke atas rumah itu sepenuhnya setelah membuktikan bahawa penamaan atas rumah itu adalah atas ehsan semasa perkahwinan.

Selain itu jugak.... suami jugak boleh melakukan proses tukar nama yang lebih mudah dengan mengunakan kaedah "jual rumah tu pada bekas isteri" dan bank hanya akan menukarkan strata pemilikan rumah dan liabiliti ke pada bekas isteri sepenuhnya jika dia berkemampuan.....
artakusz
Macam Kes Janji Diana tuh camana...isteri dia nusyuz....tapi kena gak bagi harta kalau cerai??
KernelStackDump
Tu filem beb.... nusyuz ni kener diisytiharkan oleh mahkamah, bukan suka-suka laki jer nak isytiharkan bini dia nusyuz...

Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 menyebutkan: “Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”.

Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan: “Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Dalilnya ialah: “Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

Menurut kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 4 karangan Abdul Rahman Al-Jazini menerangkan : “Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung”.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan: “Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa eddah maka ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu terluput”, berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 ; “Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu dan isteri (yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya”. Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat di atas.

seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) mendefinasikan Curang atau nusyuz ini yang mana pensabitan isteri yang nusyuz boleh berlaku sekiranya dia cuba menjauhkan diri daripada suaminya, meninggalkan rumah tanpa izin dan membuat perkara yang bertentangan dengan kemahuan suami atau enggan berpindah mengikut suami tanpa alasan munasabah dan boleh diterima syarak.

Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59 Akta 303, isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami.

Bagaimanapun, mengikut peruntukan undang-undang, proses untuk mensabitkan dan mengesahkan seorang isteri itu nusyuz serta mengenakan tindakan selanjutnya adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan plaintif perlu mendapatkan pengesahan ini terlebih dulu. Ini bermakna pihak plaintif tidak boleh menuduh isteri nusyuz sehinggalah satu pengisytiharan dibuat di mahkamah.
zayed
QUOTE(nora165 @ Aug 8 2007, 04:32 PM) *
asm kak ziana ... saya jumpe thread nie dan ingin tanya berkaitan tuntutan selepas perceraian ...

1) jika bekas suami kata kerana dia benarkan isteri bekerja, maka dia berhak untuk menuntut di mahkamah syariah apa-apa wang simpanan isteri ... benarkah ? ... dengan alasan dia telah habiskan semua duit gajinya menyara isteri dan keluarga (emak & adik2nya) ... anak tiada ...

2) isteri telah banyak meminjamkan bekas suami wang untuk pendahuluan kereta, motorsikal etc., adakah isteri boleh menuntut hutang 'peribadi' itu atau dikira hangus? masalahnya tiada perjanjian bertulis (cuma buku akaun yg tunjukkan jumlah & tarikh pengeluaran dari akaun isteri) dan bekas suami dulunya selalu kata nak bayar tapi tak pernah buat pun ...

3) bagaimana isteri boleh tuntut nafkah zahir semasa perkahwinan? sepanjang perkahwinan, isteri habiskan 90% duit gaji untuk bantu sara hidup rumahtangga sendiri dan bayar rumah/kete dll. untuk 'cover' bekas suami yang menanggung keluarganya ...

4) bagaimana tuntutan harta sepencarian bagi dua rumah yang keduanya dibeli atas 2 nama
- satu rumah dibayar bersama tetapi isteri lebih krn tolak gaji setiap bulan, buat renovation pula kedua suami isteri ambik loan dan spend duit ... => bolehkah isteri tuntut ini rumahnya (rumah hendak dijual)?
- rumah satu lagi 99% dibayar oleh bekas suami, masih belum boleh diduduki => jika bekas suami menuntut hasil jualan rumah pertama, apakah yg boleh isteri tuntut drpd rumah kedua ?

Terima kasih bebanyak kak ziana ...

- dari bekas isteri yg insaf taknak lagi terlibat riba' yg tidak darurah -

boleh ajukan kat ruangan ni sbb "pakar" dari mahkamah syariah akan menjawab soalan anda dgn tepat dan ringkas.

http://www.odisi.net/phpBB3/viewforum.php?f=84
zayed
QUOTE(KernelStackDump @ Oct 1 2007, 02:28 AM) *
QUOTE(ridwanrc @ Apr 5 2007, 07:57 PM) *
mungkin ada dikalangan forumist di sini yang berkeje sebagai peguam atau berkeje di bank.
masalah ini berkaitan dengan harta hak milik bersama dan saya mencari jalan penyelesaiannya......

ceritanya begini:

sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah atas nama bersama selepas mereka kahwin, tetapi rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh si suami, isteri tidak pernah mengeluarkan satu sen pun untuk membayar rumah tersebut. 2 tahun selepas itu, [b]pasangan suami isteri bercerai dan perceraian ini adalah berpunca dari ketidaktaatan si isteri terhadap suaminya dan bukan berpunca dari si suami.

Ekoran itu, si suami ingin menjual rumah tersebut kerana tidak lagi tinggal di situ, tetapi si isteri tidak setuju kerana si isteri masih menetap di situ, dalam masa yang sama, si isteri tidak mampu untuk memiliki rumah itu sepenuhnya kerana tidak mampu menanggung bayaran bulanan. Untuk pengetahuan juga, pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak.

Soalannya:

Si suami tak kisah sekiranya rumah tersebut ditukarkan kepada hak milik sepenuhnya si isteri asalkan dia dapat melucutkan namanya dari menjadi pemilik dan peminjan kepada rumah tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh si suami?

Sekiranya ada apa-apa cadangan sila kemukakan demi orang yang sedang dilanda kebuntuan.

Sekian,

Wassalam
[/b]

Berdasarkan kes ni... Jika isteri diisytiharkan nusyuz oleh mahkamah syariah... maka suami berhak untuk melucutkan hak milik rumah itu di mahkamah dengan membuktikan semua pembayaran dilakukan olehnya... Dalam istilah lainnya... kalau nusyuz... keluarlah sehelai sepinggang...

Dalam kes ni... pompuan tu tak sedor diri lak... sapa nak tanggung dia lepas bercerai tu??? banyak cantik???

Klu dalam kes ni ialah - perceraian disebabkan isteri tidak taat dan klu kedua ialah tiada anak... maka... jika diisytiharkan isteri itu nusyuz atau diisyitiharkan oleh mahkamah... isteri tidak layak terhadap harta sepencarian... maka suami berhak ke atas rumah itu sepenuhnya setelah membuktikan bahawa penamaan atas rumah itu adalah atas [b]ehsan semasa perkahwinan.[/b]

Selain itu jugak.... suami jugak boleh melakukan proses tukar nama yang lebih mudah dengan mengunakan kaedah "jual rumah tu pada bekas isteri" dan bank hanya akan menukarkan strata pemilikan rumah dan liabiliti ke pada bekas isteri sepenuhnya jika dia berkemampuan.....

Isteri nusyuz berhak terhadap harta sepencarian (HSP) ,sebab yg berkaitan hanya dari segi nafkah je,HSP ni usaha memasing atau saham memasing dalam harta bercampur. Begitu juga mutaah, pernah bagi penghakiman sekali isteri sabit nusuz dek mahkamah tapi tuntutan mutaah dibenarkan,kes ni dirayu,
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.