Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Isu Lojing Di Kelantan
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
metrobas16
Kenapa Devamany MP Tapah Begitu Marah Isu Lojing?


--------------------------------------------------------------------------------


Kalau nak cerita tabiat Ahli Parlimen Umno marah-marah buat Fitnah pada Pas mungkin buang masa kerana dah jadi tradisi juak-juak ni jenis perangai macam tu . Sama je spesis mereka semua dalam Umno. Tapi dalam Isu Lojing kenapa Ahli Parlimen daripada MIC K Devamany begitu berang kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Jarang kita tengok Ahli Parlimen Tapah ini begitu marah. kalau nak ikutkan kata dia, projek Lojing sebabkan suhu di Cameron Highland turun. betul atau tidak? Dia Ahli Parlimen Tapah kenapa begitu sayangkan kawasan Cameron Highland. Ini ceritanya.

1. LOJING BAKAL JADI PENGELUAR SAYUR MELAYU TERBESAR DI MALAYSIA.
Siapapun tidak ambil peduli rancangan kerajaan Negeri Kelantan membangunkan Lojing suatu masa dahulu, namun kini bila projek sedang rancak berjalan pemimpin Umno sudah tidak senang duduk kerana revolusi pertanian sedang berlaku di Kelantan. Ia menunggu masa bakal menjadi pengeluar terbesar sayur mengatasi Cameron Highland. atas sifat dengki pemimpin Umno Kelantan mencari jalan agar projek itu dihentikan serta-merta lalu ia akan kelihatan gondol sebelum hasil sayur pertamanya nanti dapat dikeluarkan. Jadi dapatlah mereka esok modal dibuat pada pilihan raya .setelah gagal dalam isu Takaful kini beralih kepada isu Lojing.

kalau dilihat ketika liputan Lojing jelas kelihatan penutup dan Port untuk penanaman sayur sedang rancak didirikan. yang menjadi masalahnya apabila ada penerima lesen di zaman Umno dahulu mengambil kesempatan mengeluarkan hasil balak dan menjemput pengusaha alibaba sayur dari Cameron Highland yang rata-ratanya pengusaha berbangsa Cina mahupun India. Ini adalah kerana dengan rancaknya projek pembukaan tanah pertanian sayur di Lojing dan mempunyai kemudahan jalan raya yang sudah tersedia dari projek sayur kerajaan negeri Kelantan. Mereka mengambil kesempatan mengeluarkan hasil balak dan mengalibabakan tanah kepada pengusaha Cameron Highland, sedangkan Kerajaan Pas sekarang hanya mengeluarkan 6 lesen yang kini mereka sedang rancak bangunkan projek penanaman sayur di Lojing. Kesilapan projek yang ada hanya tidak ditanam segera rumput penutup bumi. Malah tidakpun ada bukti menunjukkan lori-lori berderet mengeluarkan balak seperti berlaku di Pahang. Yang ada cuma jentera meratakan tanah.

Namun Kerajaan Negeri Kelantan harus bertegas meneruskan projek ini sehingga hasil dapat dikeluarkan ataupun mereka akan menerima akibatnya Jika projek ini dihentikan serta merta, lalu menjadilah rancangan jahat pemimpin Umno menggambarkan kawasan ini hanya bertujuan mengeluarkan balak.

K DEVAMANY MEMEPERTAHANKAN TAUKE CINA DAN INDIA CAMERON HIGHLAND.

Sekarang pengusaha sayur Cameron Highland sudah terasa bahang saingan daripada pengusaha Melayu Lojing. dan tanah Lojing dikenalpasti sebagai kawasan penanaman sayur yang terbaik dijumpai berbanding Cameron Highland. Untuk pengetahuan, suhu di Cameron Highland tidak ada kena-mengenanya dengan Lojing seperti yang dikatakan Devamany . kalau nak ikutkan, penarahan bukit secara haram lebih berlambak berlaku di Cameron Highland. selain itu kebanyakan tanaman sayur dan bunga kini dilakukan tauke berbangsa India. Dan pekerja mereka juga kini diimport dari India sama ada halal mahupun haram. Kalau tak percaya, siapa-siapa boleh ke Cameron Highland dan saksikan sendiri. India dan Cina sama-sama hebat di sana. Banyak daripada sayur pengusaha India ini dihantar ke Pasar Besar Ipoh ataupun Sungai Siput kawasan Samy Vellu. Jadi suhu yang panas sekarang bukannya tanah Cameron Highland tapi suhu KDEVAMANY ataupun tauke-tauke yang dok support K Devamany dan Sungai Siput menjadi port pendatang haram India dibekalkan. Polis diminta siasat perkara ini.

PEMIMPIN UMNO PENGKHIANAT USAHA ORANG MELAYU!!

Jenis janggut macam Annuar Musa ni memang tak kira apa saja cara asalkan matlamat jahat tercapai!! kalau tidak takkan dia sanggup makan duit PPRT buat projek sayur dia yang tak menjadi dulu, dia sanggup memperkudakan Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk kepentingan politik dengan mereka-reka cerita Kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan 22 lesen berbanding fakta sebenar hanya 6 lesen. Yang selebihnya zaman Umno dulu. malah kalau nak ikutkan ahli jawatan kuasa projek Lojing di bawah kerajaan negeri bukankah ketua polis Kelantan sendiri..

Apakah kita masih ingat!! mereka akan guna cara paling kotor. Mereka sanggup lakukan sekali lagi setelah isu tanah mereka gunakan dalam PRU 2004.

Saya berharap kerajaan negeri Kelantan teruskan usaha bangunkan kawasan sayur.!! jangan mengalah!! jangan masuk perangkap mereka. Sekarang waktunya kita buktikan kita mampu bangunkan kawasan penanaman sayur terbesar milik Melayu di Malaysia!! pemimpin Umno lebih suka makan sayur baja tahi babi daripada makan hasil titik peluh orang Melayu!!

Mungkin darah daging sayur daripada taik babi ini sudah sebati dengan jasad pemimpin UMNO. itu sebab hati busuk. mengikut maklumat 1/3 daripada pengusaha di Cameron menggunakan hasil kumbahan kandang babi dalam pembajaan sayur mereka. Maklumat ini saya peroleh daripada pembawa lori sayur warga India sendiri. Apakah anda di luar sana masih mahu bergantung kepada sayuran keluaran orang Cina mahupun India seperti dimahukan pemimpin UMNO!!

tepuk dada tanya selera...

Reformis Muda - 02.4.2007
Ewan_sn
Tengoklah...tak kan kemana isu ini...derang tak cukup peluru nak serang Nik Aziz...bila agak2 peluru dah nak abis nanti derang akan buat kubu utk menahan dr serangan...yerlah..nak serang balik peluru dah takde..
azai
aku paling x minat ADUN parlimen jasin..beriya2 marah ..sebenarnye.. marah sebab dia x dapat kontrak..balak tu... kot.. dia kena import... dry.gif
sleeplessinsentul
Aku teringat kisah US serang Libya dulu.... US cakap Libya ada pengganas, rupanya US dengki yg Libya masa tu tengah buat project pengairan untuk kemakmuran rakyatnya.
Agaknya bab bab teknologi ni kalu boleh US nak manusia ni bergantung harap kat diorg.

Sekrg ni US dengki pulak kat Iran yg buat project uranium.

Toksah ler UMNO/BN nak ikut perangai US yg dok dengki jer. Lambat laun rakyat nampak jugak.

belacan
manusia nih mmg penuh hasad dengki..x yah cakap mana2 parti.. smua sama jek..lawan baling taik..pastu tutup idung memasing ngan tangan yg membaling. last2 skali muka sndr kena taik..
metrobas16
apa saje projek utk rakyat yg kurang memberi keuntungan kepada kerajaan BN itu la yg d tentang wpun projek tu byk bg manfaat ... mcm2 fitnah n tuduhan yg akan dorg lemparkan utk menggagal kan usaha ni .. termasuk mgunakan Raja2 n Sultan .. dry.gif
sleeplessinsentul
Betul ker gambar yg diambil oleh TV3 melalui helikopter tu kawasan Lojing?

Bukan ker sekarang ni ada software yg kita boleh cari kawasan melalui satelit macam Google Earth tu?

Ada sesaper yg arif pasal hal ni?
Ewan_sn
Arahan sudah dikeluar, JAS tidak bertindak - Husam
Thu | Mar 29, 07 | 05:37:02 PM

Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam isu Lojing. Ini memandangkan aktiviti pembalakan di kawasan itu sudah dihentikan pada 1 Mac 2006, sedangkan ada pihak pula mendakwa masih ada kawasan gondol.

Malah kerajaan negeri juga telah membangkitkan isu Lojing dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Tinggi Lojing lebih setahun lepas, sedangkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ketika itu memberi alasan mereka kekurangan kakitangan untuk melakukan pemantauan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, kerajaan negeri kemudian mencadangkan kerajaan Pusat menambah kakitangan JAS untuk membantu menjaga alam sekitar di negeri ini.

"Usaha menjaga alam sekitar menjadi keutamaan kerajaan negeri, tetapi kita tidak boleh jaga sendiri dan kena ada jabatan-jabatan lain yang membantu. Jadi sekiranya jabatan terbabit tidak bertindak secara efektif ia akan menjadi masalah.

"Mereka pula memberi alasan tidak dapat bertindak secara efektif kerana tidak cukup kakitangan. Sedangkan JAS kena kuatkuasa peraturan itu. Kalau sudah kuatkuasa peraturan dan saman, maka kita boleh sokong mereka.

"Kalau cakap sahaja dan tidak bertindak, maka mereka tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya. Lagi pun kita sudah arah JAS supaya bertindak kalau ada perlanggaran," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian manfaat pelan Takaful Kifaalah di Dewan Teratai hari ini.

Baru-baru ini Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Sazmi Miah dilaporkan mendakwa sebanyak 22 projek sedang rancak dijalankan di Lojing, namun lima sahaja yang mendapat kelulusan EIA.

Malah dakwanya, kemusnahan ekologi dan alam sekitar sedang berlaku di kawasan seluas 25,000 hektar di Lojing di mana bukit setinggi 1,200 meter gondol tanpa sebarang pokok.

Dan semalam ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk Dato’ Alwi Che Ahmad (BN – Ketereh) menyalahkan kerajaan negeri kerana berlaku pencemaran itu. Manakala ahli parlimen Cameron Highlands dan Kuala Lipis pula mendakwa cuaca panas di kawasan mereka berpunca dari pembangunan tanah di Lojing.

Husam berkata, apa guna ada jabatan-jabatan jika berlaku perlanggaran mereka serah balik kepada kerajaan negeri tanpa bertindak.

"Jadi tidak adil macam itu. Kita ada Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan JAS. Setiap jabatan kena bertindak mengikut bidang kuasa masing-masing.

"Jadi mereka tidak perlu menyalahkan orang lain. Kalau mereka saman dan orang itu tidak hiraukan, barulah kita boleh ambil tindakan lain," ujarnya. Sehubungan itu beliau turut melahirkan rasa kurang puas hati dengan peranan dilakukan JAS di Lojing.

Ditanya bila tarikh untuk memanggil Pengarah JAS Kelantan bagi menjelaskan kedudukan sebenar, katanya, Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Tanah Tinggi Lojing yang dipengerusi Setiausaha Kerajaan negeri akan tentukannya selepas perayaan hari keputeraan Sultan Kelantan.

Menurutnya juga, buat masa ini tidak perlu diadakan lawatan ke Lojing memandangkan sudah ada laporan-laporan yang diberi pihak berkaitan mengenainya. Bagaimanapun kata beliau kalau ada pihak yang mempelawa hendak meninjau dengan helikopter bersama kerajaan negeri, kita bersedia menerimanya.

Sekali lagi Husam menengaskan kerajaan negeri telah membuat arahan, mana-mana aktiviti yang melanggar alam sekitar perlu diambil tindakan.

"Jangan lindungi siapa pun. Kita tegaskan lesen pembalakan telah dibekukan sejak awal Mac 2006. Tidak ada aktiviti pembalakan kecuali satu lesen menanam pakis yang dibenarkan selepas mendapat laporan kesan alam sekitar (EIA).

"Tidak berbangkit orang tertentu yang dilindungi kerajaan negeri meneroka tanah tersebut. Kita pun tidak tahu di mana gambar yang ditunjukkan dalam televisyen yang nampak gondol itu dirakam," ujarnya.

Lagi pun tambah beliau semasa Setiausaha Parlimen terbabit dan JAS membuat pemantauan, mereka tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan.

Ditanya mengapa Sazmi Miah sering kali membangkitkan isu yang sama, Husam berkata, pemimpin itu orang politik iaitu anggota parlimen Machang.

Beliau difahamkan pengaruh Sazmi di Machang terjejas selepas ramai ahli Umno menyertai PAS kebelakangan ini. Ini termasuk pada 21 Mac lalu seramai 89 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Temangan menyertai PAS.

"Jadi bagi memulihkan semula kedudukannya maka dia carilah modal-modal politik bagi memburukkan kerajaan negeri," katanya.

Husam juga berkata, denda yang diperuntukan di bawah undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan perlanggaran alam sekitar dianggap masih rendah.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan menubuh satu jawatankuasa untuk mengkaji semula enakmen atau akta berkaitan kesalahan alam sekitar bagi dicadang kepada kerajaan Pusat.

"Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mengkaji semua perkara berhubung penjagaan alam sekitar,” katanya.

Ketika ditanya dakwaan ahli Parlimen Cameron Highlands kononnya suhu meningkat di kawasannya berpunca daripada pembangunan di Lojing, kata Husam itu sudah seperti pak pandir.

"Kita tidak layan komen-komen kebudakan macam ini. Mengikut kajian pemanasan di Cameron Highlands termasuk di Tanah Rata kerana penggunaan racun kimia serta penanaman bunga-bungaan, sayur-sayuran dan buah-buahan begitu pesat sekali sehingga mengabaikan alam sekitar.

"Sedangkan Lojing baru sekangkang kera dimajukan. Ini seperti buang najis baling kepada orang lain," katanya.


Ewan_sn
Isu Lojing digeger seperti tsunami
Sun | Apr 01, 07 | 09:07:29 PM


Aneh benar dengan isu dakwaan pencemaran alam sekitar di Lojing. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiba-tiba menubuh jawatankuasa khas menyiasat kegiatan pembalakan dan pemusnahan hutan di Kelantan.



Sehari selepas itu, Umno Kelantan pula mewujudkan jawatankuas bertindak Lojing yang dianggotai dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Ini memperlihatkan suasana di Lojing terlalu gawat, seumpama tsunami yang melanda Acheh pada Disember 2004 dan banjir membadai di Johor awal tahun ini.

Sedangkan dakwa penduduk Lojing seperti dilapor sebuah akhbar tempatan, situasi penarahan bukit bagi kerja-kerja penanaman sayur-sayuran merupakan fenomena biasa, serupa dengan Cameron Highlands.

Inilah seni 'spin' yang ada pada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa selepas kepemimpinannya semakin gerhana di Kelantan sekarang.

Apa yang diperkatakan menteri pula mahu menyiasat kegiatan pembalakan di Lojing, seolah-olah terikut-ikut rentak setiausaha parlimen kementerian itu, Dato' Sazmi Miah.

Lebih lucu lagi apabila Dato' Seri Azmi Khalid juga seakan 'diperangkap' Annuar dan Sazmi tanpa turun sendiri melihat situasi sebenar.

Kalau sebelum ini, menteri itu yang kelihatan begitu sensitif dengan alam sekitar, mengapa membiarkan Sazmi yang kelihatan ada agenda di dalam isu Lojing mengulang tayang isu serupa.

"Kalau seorang menteri enggan menerima penjelasan kerajaan negeri, kawasan itu sudah sifar aktiviti pembalakan sejak 1 Mac 2006 lagi kepada siapa lagi hendak diminta laporan.

"Kami khuatir mereka bertukar di antara aktiviti pembalakan dengan kerja-kerja penyediaan tapak bagi menanam sayur. Dan lebih menggelirukan lagi istilah hutan miskin di Lojing pula ditimbulkan," kata seorang penduduk.

Tidakkah kenyataan seumpama itu, seperti mempersendakan keseriusan kerajaan negeri mengekang pencemaran yang berlaku di tanah tinggi Lojing. Lojing adalah khazanah kepada Kelantan.

Namun, agak lebih menarik lagi apabila menteri cuba memperlihatkan rasionalnya, dengan mengeluarkan kenyataan bersedia mengambil tindakan terhadap pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), sekiranya didapati mereka tidak menunaikan tanggungjawab dengan jujur.

Inilah isu sebenarnya. Pendedahan jujur anggota Exco, Dato' Husam Musa sebelum ini, arahan sudah dikeluarkan, mengapa JAS tidak bertindak menjadi persoalan utama dalam isu ini. Bukan lagi aktiviti pembalakan sebagaimana didakwa Sazmi.

Kata Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Dato' Ibrahim Ali memanglah peranan kerajaan negeri melulus sesuatu pembangunan tanah, namun semuanya bersyarat iaitu pematuhan laporan penilaian alam sekitar (EIA).

"Sekiranya pemaju memulakan kerja tanpa kelulusan EIA, maka yang bertanggungjawab ialah JAS. Bukan lagi kerajaan negeri. JAS sepatutnya telah membuat pemantauan dan tindakan.

"Sepatutnya Sazmi Miah mempersoalkan pegawai JAS yang berada di bawah kementeriannya. Kenapa ia boleh berlaku, sebaliknya dalam isu ini kerajaan negeri cuba dijadikan mangsa," katanya di sini.

Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Drs Zainuddin Awang Hamat berhujah, samalah dalam isu, kes penyeludupan yang berlaku di Kelantan, kerajaan negeri pula disalah bukan lagi Kastam dan UPP.

Menurutnya, setiap agensi dibentuk adalah untuk melaksanakan tanggungjawab bagi pihak kerajaan. Inilah legitimasi yang digunapakai.

Ibrahim berhujah isu Lojing dibangkit bagi menenggelamkan isu besar pemimpin Umno dan kerajaan Pusat yang semakin tenat sekarang.

"Gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang laut pula kelihatan," ujarnya. Usah panjanglah lagi isu ini, kita tunggu laporan dua jawatankuasa yang dibentuk tadi, satu oleh Umno dan satu lagi kementerian biar pun orangnya mungkin sama.

Sekiranya aktiviti penaruhan bukit bagi tujuan penyediaan tapak untuk penanaman sayur dan bukannya aktiviti pembalakan siapa yang hendak 'tutup muka' dalam isu ini.

Seperti kata Husam, pembangunan di Lojing masih sekangkang kera, tidak seperti Cameron Highlands.


rostamno1
Lojing ni orang Kelantan dah tau ... kerajaan negeri nak buat projek ladang ... nak

keluarkan sumber makanan yg halal ... sekaligus boleh meningkatkan ekonomi orang melayu ... ini tidak kita

sendiri pun x tau sayuran tu halal ke tidak ... dah masuk paper dah penanam sayur guna taik babi buat

baja ..

betul cakap metrobas tu ...
Ewan_sn
Kada diberi 10 notis perlanggaran alam sekitar di Lojing
Fri | Apr 06, 07 | 03:34:41 PM


KOTA BHARU, 6 April – Mengapa isu Lojing benar-benar dipertahankan Umno Kelantan sehingga isu tersebut diheret lebih seminggu. Mungkinkah ada udang di sebalik batu.

Tanpa disedari kawasan dilaporkan gondol dan mencemarkan alam sekitar, rupa-rupanya difahamkan turut berada di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), di mana pengerusinya, Dato’ Seri Annuar Musa.

Menurut sumber sebanyak 10 notis perlanggaran terhadap alam sekitar telah dihantar pihak berkuasa kepada agensi tersebut, namun tiada tindakan diambil.

Malah katanya, lebih mengecewakan lagi apabila kertas pendakwaan ke atas Kada telah dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun ia juga sepi begitu sahaja.

“Pencemaran terhadap alam sekitar berlaku di tanah milik Kada di Lojing yang disewakan kepada petani-petani dari Cameron Highlands. Agensi itu terus membiarkan perkara itu berlaku biar pun berkali-kali notis sudah dihantar,” katanya di sini.

Mengulas perkembangan itu, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa hari ini secara terbuka meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan tersebut.

“Saya meminta pihak berkuasa terbabit turut mengambil tindakan dan mendakwa Kada yang turut dikatakan melanggar syarat alam sekitar di Tanah Tinggi Lojing,” katanya menjelaskan isu Lojing pada kuliah mingguan di Medan Ilmu.

Baru-baru ini Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi Miah dilaporkan mendakwa sebanyak 22 projek sedang rancak dijalankan di Lojing, namun lima sahaja yang mendapat kelulusan EIA.

Malah dakwanya, kemusnahan ekologi dan alam sekitar sedang berlaku di kawasan seluas 25,000 hektar di Lojing di mana bukit setinggi 1,200 meter gondol tanpa sebarang pokok.

Dan Isnin lalu, Annuar dan Sazmi bersama wakil-wakil rakyat Barisan Nasional dengan memakai t-shirt bertulis ‘Selamatkan Lojing – Sayangi Kelantan’ melawat Lojing sambil mendengar taklimat mengenai isu tersebut di pejabat Kada.

Sedangkan tidak jauh dari situ, petani yang menyewa tanah milik Kada dengan rakus mengondolkan tanah bagi aktiviti penanaman sayur-sayuran sehingga mengeruhkan anak sungai.

Husam turut meminta BPR menyiasat Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dikatakan masih gagal meneruskan pendakwaan terhadap Kada.

“Mungkinkah kerana Kada dipengerusikan pemimpin Umno maka kertas pendakwaan hanya sekadar disiapkan tanpa diambil tindakan lanjut,” katanya.

Penyelia Dun Galas, Chek Hashim Sulaima melahirkan rasa hairan bagaimana Sazmi mengeluarkan kenyataan JAS baru memulakan siasatan terhadap pencemaran di Lojing, sedangkan difahamkan pendakwaan terhadap sebuah agensi kerajaan pusat tidak dilakukan sehingga sekarang.

Katanya, isu Lojing ditimbulkan Sazmi yang dianggap menjadi ‘budak suruhan’ Annuar bagi menutup kes sebenar berlaku di sebalik kecaman yang dihala kepada kerajaan negeri.

Husam sekali lagi menafikan isu pembalakan yang cuba dikaitkan Umno di Lojing sehingga menyebabkan kawasan tanah tinggi itu gondol, sebaliknya ia adalah kerja-kerja tanah bagi aktiviti pertanian.

“Saya juga kecewa terhadap JAS yang tidak memainkan peranan dengan berkesan terutamanya menyuarakan pandangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Tinggi Lojing mengenai isu sebenar biar pun ada wakilnya hadir.

“Ketika ruang bercakap diberi, mengapa mereka tidak mengemukakan sebarang masalah sehingga dipergunakan pula pemimpin politik bagi mendedahkan perkara itu,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan komitmen kerajaan negeri untuk mengheret pihak-pihak tertentu yang membuat tuduhan liar ke muka pengadilan dalam masa terdekat ini.

Oleh itu diharap rakyat turut berdoa usaha untuk membawa pihak tersebut ke mahkamah dalam isu Lojing berjaya bagi membuktikan kedudukan sebenar. - /mj


Ewan_sn
apa bezanya kemusnahan hutan di Genting Higland untuk tujuan kompleks perjudian ketika mula dibuka berbanding hutan lojing untuk penanaman sayur-sayuran?
metrobas16
bezanye genting tokei nye cina .. pembesar kerajaan dacing dpt tumpang 5kaki untung nye ...

tp isu lojing ... tokei nye melayu ... dacing x dpt ape2 ...

tu yg dorg jd kan isu besar ... ble dh siasat ... tgk la malu sendiri.... maslaah dlm jabatan dia .. tp nk slh kan kerajaan negeri .... tu la ... meludah ke langit .. dh dh tepek semula kt muka sendiri
nini
patutla ..
aku pun pelik apsal isu lojing ni
tetiba2 je muncul
pastu fakta pun berubah2
mcm nak dakwa kerajaan negeri tup tup
sekarang JAS pulak yg kena

mmg ada sesuatu yg x kena..
Lang Kuik
ala..ni semua rcgn UMNO nak pancing undi...nak buruk burukan PAS..macamlah tak tahu bebenor sleep.gif
metrobas16
biasala ..... pilihanraya dh dekat sleep.gif
metrobas16
LAPORAN PEMBANGUNAN TANAH TINGGI LOJING


April 24th, 2007

1. TUJUAN
Laporan ini disediakan untuk memaklumkan tindakan dan langkahan kerajaan bagi memastikan pembangunan Tanah Tinggi Lojing dijalankan dengan lancar mengikut prosedur yang berkuatkuasa pada masa kini.


2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan Negeri Kelantan sememangnya mengambil berat ke atas pembangunan Tanah Tinggi Lojing. Sehingga kini pembangunan Tanah Tinggi Lojing yang diberi keluluasan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah sebagaimana berikut:

2.1.1 Kelulusan pada tahun 1980an
a ) YAKIN (Usahasama dengan Yakin Tea Sdn. Bhd.) - 23/01/1985
b ) YAKIN (Dimajukan oleh Multi System Sdn. Bhd.) - 16/06/1985
c ) Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kelantan Darulnaim (Usahasama dengan Lojing Highland Resort) - 05/01/1986
d ) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - 09/10/1989

2.1.2 Kelulusan pada tahun 1990an:
a ) Venue Vision Sdn. Bhd.
Lot 1446 - 04/04/1990
Lot 3716 - 02/05/1990
b ) Theme Industries Sdn. Bhd - 25/11/1992
c ) PKINK (Lot 1482) - 03/02/1993
d ) PKINK (Lot 1664, 1665 dan 1666) - 03/02/1993
e ) YAKIN (Usahasama dengan Layar Abadi Sdn Bhd) - 03/11/1996
f ) Pejabat Pertanian Negeri Kelantan - 10/03/1996


3.1.3 Kelulusan pad tahun 2000 dan ke atas:
a ) Majlis Sukan Negara Malaysia - 07/11/2001
b ) Majlis Daerah Gua Musang - 27/03/2002
c ) SIKADA Sdn Bhd - 06/01/2005
d ) All Green Agritech Sdn Bhd
PT 5160 - 02/02/5005
PT 5347 - 02/02/5005
PT 5353 - 22/09/2005
e ) YAKIN - 02/02/2005
f ) Liquid Gold Sdn Bhd - 06/07/2005
g ) YAKIN (Usahasama dengan KPA) - 05/02/2006
h ) Aspac Floritech Sdn Bhd - 13/09/2006
i ) CSN Enterprise - 13/09/2006
j ) Acomax Holding Sdn Bhd - 13/09/2006
k ) Agridex Sdn Bhd (Asalnya kelulusan di atas nama Arena Proaktif Sdn. Bhd) - 20/12/2006

2.1.4 Senarai Senarai Lengkap Syarikat-Syarikat dan Agensi Kerajaan yang diberi kelulusan projek pembangunan bermula tahun 1985 sehingga tahun 2006 berserta dengan butiran pemilikan tanah, kegunaan tanah, kelulusan EIA, Pelan Kawasan dan laporan kemajuan adalah sebagaimana di Lampiran 1 berkembar. (The full list was attached with this report so it was disclosed and not hidden as what the federal government claims).

3. PENUBUHAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

3.1 Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing

3.1.1 Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 20 Julai 2005 dalam persidangan MMK Kali Ke 14 Tahun 2005.

3.1.2 Jawatankuasa ini mengandungi keahlian sebagaimana berikut:


Penasihat: DYMM Raja Perempuan Kelantan

Pengerusi: YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan
Setiausaha: YABhg. Dato’ TSUK (Pemb.)/Pengarah UPEN.
Ahli Jawatankuasa: (Note that representatives of the federal ministries plus the police sit in the committee)
1 . YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa, Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri.
2 . YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.
3 . YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
4 . YB. Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia.
5 . YBhg. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan Malaysia
6 . YABhg. Dato’ Timbalan Setiausah Kerajaan (Pengurusan)
7 . YABhg. Dato’ Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan
8 . YABrs. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.
9 . YDH. Ketua Polis Negeri Kelantan
10 . YABrs. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan
11 . YABrs. Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
12 . YABrs. Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan
13 . YABrs. Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Kelantan
14 . YABrs. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
15 . YABrs. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
16 . YABrs. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Kelantan dan Terengganu.
17 . YABrs. Ketua Jajahan Gua Musang.
18 . YABrs. Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB)
19 . YABrs. Pengurus Besar Telekom (M) Kelantan
20 . YABrs. Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
21 . YBhg. Dato’ Hj. Wan Hassan B. Wan Zain J.P
22 . YM. Pen. Ketua Jajahan (Pembangunan I), Gua Musang
23 . YABrs. Timb. Pengarah (Ekonomi & Pelaburan) Urusetia UPEN
24 . YABrs. Pen. Pengarah (Pelaburan II) Urusetia UPEN


Senarai Agensi-Agensi Kerajaan dan Syarikat Syarikat Yang Dijembut Hadir Sama:

1 . YBhg. Datuk Ketua Pengarah MSN
2 . YABrs. Pengarah YAKIN
3 . YABrs. Ketua Eksekutif PKINK
4 . YABrs. Pengurus Besar KADA
5 . YBhg. Pengarah Urusan Liquid Gold Sdn. Bhd.
6 . YBhg. Pengarah Urusan All Green Agritech Sdn. Bhd.
7 . YBhg. Pengarah Urusan Arena Proaktif Sdn. Bhd. (Agridex Sdn. Bhd.)
8 . YABrs. Pengarah Urusan Sikada Sdn. Bhd.

3.1.3 Terma Rujukan Jawatankuasa
i ) Sebagai Jawatankuasa yagn menyelaras pembangunan pihak-pihak yang telah sedia ada bertapak di Tanah Tinggi Lojing seperti Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta syarikat-syarikat yang turut serta dalam pembangunan tersebut.
ii ) Merancang dan Menyelaras perancangan bagi cadangan pembangunan fizikal di kawasan tersebut termasuk bekalan utiliti.
iii ) Menjalankan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan tanah, hutan, perancangan dan alam sekitar.
iv ) Memastikan kawasan ini menjadi suatu destinasi tarikan pelancong domestic dan antarabangsa.

3.1.4 Kekerapan Mesyuarat
Jawatankuasa ini sejak penubuhannya telah mengadakan 5 kali mesyarat sebagaimana berikut:
a ) Bil.1/2005 – 22/08/2005
b ) Bil.2/2005 – 01/10/2005
c ) Bil.3/2005 – 22/12/2005
d ) Bil.1/2006 – 24/05/2006
e ) Bil.2/2006 – 12/09/2006

3.1.5 Butiran Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing adalah sebagaimana di Lampiran II.

3.1.6 Dalam menjalankan fungsi-fungsinya jawatankuasa ini sentiasa merujuk kepada Garis Panduan Pembangunan di kawasan Tanah Tinggi Lojing yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar, sebagaimana Lampiran II (A)

3.1.7 Jawatankuasa ini juga telah merangka Pelan Induk Pembangunan Tanah Tinggi Lojing 2006-2015 yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyarat Kerajaan pada sidang kali 1/2006 pada 18 Januari 2006, sebagaimana Lampiran II ©.

3.2 Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing

3.2.1 Jawatankuasa ini telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing yang ke 2/2005 yang bersidang pada 01 Oktober 2005.

3.2.2 Keahlian jawatankuasa ini adalah sebagaimana berikut:
Pengerusi: YABhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) /Pengarah UPEN
Setiausaha: YBrs. Penolong Pengarah (Pelaburan II) UPEN

Ahli-Ahli Jawatankuasa:
1. YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri
2. YABhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
3. YABhg. Dato’ Pengarah Tanah Dan Galian Negeri
4. YADH. Dato’ Ketua Polis Kelantan
5. YABrs. Pengarah Jabatan Pangairan Dan Saliran Negeri Kelantan
6. YABrs. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
7. YABrs. Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri
8. YABrs. Ketua Jajahan Gua Musang
9. YM. Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan 1) Gua Musang

3.2.3 Kekerapan Mesyuarat dan Lawatan Kerja

3.2.3.1 Jawatankuasa Kerja ini sejak penubuhannya telah mengadakan 7 kali mesyuarat sebagaimana berikut:
a ) Bil.1/2006 – 13/02/2006
b ) Bil.2/2006 – 11/06/2006
c ) Bil.3/2006 – 24/06/2006
d ) Bil.4/2006 – 24/08/2006
e ) Bil.5/2006 – 06/09/2006
f ) Bil.6/2006 –05/12/2006
g ) Bil.1/2007 – 03/02/2007

3.2.3.2 Manakala Mesyuarat Khas / Perjumpaan dengan Pemaju diadakan sebanyak 4 kali sebagaimana berikut:
a ) Mesyuarat Khas – 17/08/2006
b ) Mesyuarat Khas – 05/09/2006
c ) Mesyuarat Khas – 20/01/2007
d ) Mesyuarat Khas – 07/03/2007

3.2.3.3 Lawatan Kerja yang diadakan adalah sebanyak 3 kali seperti berikut:
a ) Lawatan Kerja – 13/04/2006
b ) Lawatan Kerja – 27/02/2007
c ) Lawatan Kerja – 14/03/2007

3.2.4 Bidang tugas utama Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing ini ialah mengurus dan memantau secara lebih terperinci setiap aspek dan peringkat pembangunan di Tanah Tinggi Lojing. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YABhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/ Pengarah UPEN.

3.2.5 Butiran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing sebagaimana di Lampiran III

CATITAN MESYUARAT

Fail Rujukan: AS(cool.gifD 50/011/300/003

Mesyuarat: Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing (Bilangan 1/2007)
Tarikh: 03 Februari 2007 (Sabtu)
Tempat: Bilik Mesyuarat, Hotel Equatorial, Cameron Highland
Pengerusi: YABhg. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Wakil JAS Kel.: Rohimi Bin Harun (Pegawai Kawalan Alam Sekitar)
Perkara-Perkara Berbangkit: (Untuk Makluman/Perhatian/Tindakan JAS)
Catitan: Mesyuarat telah membincangkan agenda seperti berikut;
Pegawai Pelapur: Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Catitan: Agenda utama mesyuarat ialah untuk melaporkan projek-projek yang telah dilulukan oleh kerajaan negeri seperti YAKIN, KADA, MSN dan pihak swasta seperti All Green, Yakin Tea, Liquid Gold dan Multisystem supaya mereka ini mematuhi semua syarat-syarat yang telah titetapkan.
Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa sepatutnya semua syarikat tersebut telah mendapat kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum memulan projek, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Saya melaporkan bahawa syarikat All Green telah mendapat kelulusan EIA tetapi belum mengemukakan laporan EMP.


CATITAN MESYUARAT

Fail Rujukan: AS(cool.gifD 50/011/300/003
Mesyuarat: Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing (Bilangan 1/2007)
Tarikh: 02 Februari 2007 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat, Hotel Equatorial, Cameron Highland
Pengerusi: YABhg. Dato’ Haji Mohd Jamil Bin Muhamed, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan.
Wakil JAS Kel.: Rohimi Bin Harun (Pegawai Kawalan Alam Sekitar)

Perkara-Perkara Berbangkit: (Untuk Makluman/Perhatian/Tindakan JAS)

Catitan: Mesyuarat telah membincangkan agenda seperti berikut:
Pegawai Pelapur: Pegawai Kawalan Alam Sekitar

Catitan: Agenda utama mesyuarat ialah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengerak projek yang mana projek merka telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan kedua untuk mengambil tindakan ke atas pekebun-pekebun sayur yang telah menceroboh tanah kerajaan secara haram.
Tuan Pengerusi telah membentangkan laporan khas pencerobohan tanah kerajaan dan tanah milik. Tindakan bersepadu akan diambil pada 12 Februari 2007 ini ke atas pencerobohan tersebut dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan iaitu pejabat tanah, majlis daerah dan pasukan polis.
Bagi pemaju yang telah diberi kelulusan tetapi masih belum mengemukakan EIA, pihak JAS diminta untuk bertindak. Tetapi bagi tetuan YAKIN Tea dan Multisystem tindakan sebenar hanya akan boleh diambil setelah keputusan mahkamah dikeluarkan pada bulan Mei 2007 nanti.
Penasihat Undang-Undang negeri mencadangkan JAS membuat semakan dan kajian ke atas penggunaan seksyen 25 AKAS bagi tindakan ke atas pekebun-pekebun sayur yang melaksanakan aktiviti mereka di dalam tanah milik dengan keluasan yang tidak tertakluk di bawah EIA kerana aktiviti mereka ini amat mencemarkan air sungai.
Saya selaku wakil jabatan melaporkan bahawa syarikat Liquid Gold belum menghantar laporan EIA tetapi telah melantik perunding IZ Enviroment untuk menyediakan laporan tersebut dan status sehingga kni dalam peringkat penyediaan akhir. Walaubagaimana pun syarikat tersebut telah pun menjalankan aktiviti kerja tanah di tapak projek.
Syarikat Multisystem juga belum mengemukakan laporan EIA dan telah menjalankan aktiviti kerja tanah di tapak projek dan lebih mendukacitakan janji pemaju untuk memberhentikan kerja-kerja baru dan membuat langkah kawalan kepada pencemaran kelodakan hanya tinggal janji sahaja. Ini hasil lawatan penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh pihak kita pada 30 Januari yang lalu.
Syarikat YAKIN Tea juga sama seperti Multisystem dan dari pemantauan, di dapati telah ada sebanyak lebih kurang 60 pekebun sayur yang telah menjalankan aktiviti di kawasan tersebut, tampa ada sebarang langkah-langkah kawalan.
Syarikat All Green telah diluluskan laporan EIA dan pihak JAS sedang menunggu laporan EMP yang perlu disediakan oleh pemaju.
Tuan Pengerusi tealh menunjukkan sebuah gambar yang memperlihatkan aktiviti pembinaan jalan oleh syarikat Acomax Holding, Syarikat ASpac Floritech dan Syarikat CSN Enterprise yang mana semua pembinaan cerun dibuat terdedah dan tanah dari aktiviti tersebut langsung terus masuk ke dalam sungai yang ada di bahagian bawah tama ada sebarang langkah kawalan. Beliau seterusnya bertanya apakan tindakan yang boleh ambil bagi memperbaiki keadaan (gambar dilampirkan).

CATITAN MESYUARAT

Fail Rujukan: AS(cool.gifD 50/011/300/003

Mesyuarat: Taklimat Khas Kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Berkenaan Dengan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing Dan Isu-isu Alam Sekitar Yang Berkaitan.
Tarikh: 12 Mac 2007 (Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Setiausaha Parlimen
Pengerusi: YABhg. Dato’ Sazmi Bin Miah
Wakil JAS Kel:
Pengarah Bahagian Sungai Ibu Pejabat JAS
Pengarah JAS Kelantan
Rohimi Bin Harun (Pegawai Kawalan Alam Sekitar)

Perkara-Perkara Berbangkit: (Untuk Makluman/Perhatian/Tindakan JAS)
Catitan: Mesyuarat telah membincangkan agenda seperti berikut:
Pegawai Pelapur: Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Catitan: Arahan yang telah dibuat oleh Dato’ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.
1. Jabatan Alam Sekitar Kelantan diminta untuk mengumpul semua Garis Panduan agensi kerajaan yang terlibat dengan pembangunan Tanah Tinggi Lojing.
2. Jabatan Alam Sekitar diminta untuk membekukan semua permohonan yang melibatkan pembangunan di Tanah Tinggi Lojing yang berkuat kuasa serta merta.
3. Jabatan Alam Sekitar Kelantan diminta untuk menumpukan penguatkuasa ke atas pemaju yang telah mendapat kelulusan EIA tetapi tidak membuat langkah-langkah kawalan.
4. Pasukan khas akan ditubuhkan diperingkat Kementerian bagi menangani isu-isu pencemaran di Tanah Tinggi Lojing.
5. Jabatan Alam Sekitar Kelantan diminta untuk mengumpulkan semua maklumat pekebun-pekebun sayur yang telah membuka tanah di kawasan Tanah Tinggi Lojing.
6. Jabatan Alam Sekitar diarahkan mengambil tindakan terhadap pemaju yang tidak mengemukakan Laporan EIA tetapi telah menjalankan aktiviti kerja tanah di tapak dib away seksyen 34A. Seksyen 25, Seksyen 31 dan Seksyen 37 boleh dikenakan kepada pemaju yang didapati mencemarkan alam sekitar khasnya kepada pemaju yang telah menyewakan tanah-tanah mereka kepada pekebun-pekebun sayur.[/color]



// Sumber : Malaysia Today
iu_me
QUOTE(nini @ Apr 9 2007, 02:08 PM) *
patutla ..
aku pun pelik apsal isu lojing ni
tetiba2 je muncul
pastu fakta pun berubah2
mcm nak dakwa kerajaan negeri tup tup
sekarang JAS pulak yg kena

mmg ada sesuatu yg x kena..


Aku pun pelik.. ngape pulak tetiba kerajaan & media bersungguh sangat papar tentang isu Lojing.. aku naik flight balik kampung banyak jek tanah kat Selangor nih botak.. lagi teruk dari Lojing buat dek la pulak.. nea.gif Rupa-rupanya ada udang busuk di sebalik mee sedap..huh.. dasar wekkk..
chalok76
BN mane ade isu lg dah kt kelantan ni. kebetulan pulak projek kerajaan negeri tgh jalan, terus hi-lite jd isu. padahal balak2 tu sumer orang umno yang kebas. tapi teori untuk menjahanamkan usahawan tani melayu tu aku sokong. tau saje laa kan... masing2 ader share.
metrobas16
yg tapah tu bising sbb mggugat org2 dia .. tp org UMNO amik kesempatan atau pun mnagguk d air keroh utk tarik undi utk pilihanraya x lama lagi ni ... biasala politik kotor malaysia
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.