Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Xpdc - Koleksi Lirik Lagu
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Mesra.net - Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu
Pages: 1, 2
gryphoon81


Titian Perjalanan

Tragedy adalah nama asal kumpulan XPDC.Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila kumpulan ini dilanda perpecahan.Penarikkan diri Yazid dan Man tobey telah mengundang Lee dan Zua sebagai penggantinya.Dengan penukaran ahli ini dan dengan nasihat penerbitnya J.S.Kevin nama XPDC telah dipilih sebagai nama barunya.

XPDC lahir tanpa mendapat publisiti yang hebat.Mereka lahir ketika era rock di zaman kemuncaknya.Oleh itu terlalu banyak persaingan yang perlu mereka tempuhi terutama dari kumpulan yang telah mencipta nama.Kelahirannya tidak dirasai oleh peminat rock ketika itu.Namun dari barisan artis ternama XPDC dapat mencelah nama mereka.Ianya berpunca kerana lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.Lagu mengeja ini tidak pernah ujud sebelumnya.Dengan populiriti lagu ini XPDC setapak demi setapak mengorak langkahnya.Konsep muzik mereka ketika itu banyak kepada irama Trash dan Heavy ######l.Motto XPDC ketika itu mereka tidak boleh menjadi seperti kumpulan Search,Rusty Blade atau WINGS kerana masing-masing ada 'tred mark' tersendiri.Oleh itu XPDC seharusnya mencari kelainan dari apa yang telah ada.Maka itu lahir XPDC dengan imej mereka tersendiri.Tidak dinafikan popularitinya mula mereka raih selepas kelahiran album Brutal. Mereka boleh diibaratkan seperti pepatah ' susah dahulu, senang kemudiannya".

Kumpulan Yang Unik

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy.Seperti telah menjadi badinya mereka sering menerima badi perpecahan anggotanya.Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan Handy Black.Namun pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang konterversi yang paling hebat.Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan Kumpulan ini akan berkubur.Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular.Lebih uniknya album Brutal ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.Pengunduran Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya telah digganti sementara oleh Lola.Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri.Terbaru pemain gitar bassnya ZUAR mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri.Sehingga kini XPDC telah mengalami proses penukaran ahlinya sebanyak 4 kali.Namun nama mereka masih tetap menjadi sanjungan peminatnya

Dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara,industri muzik juga menerima tempiasnya.Ramai artis mengeluh dengan jualan album dan undangan pertunjukkan yang makin berkurangan.Namun XPDC seolah-olah menafikannya apabila album-album mereka tetap mendapat sambutan hangat.Mereka juga sering diundang mengadakan pertunjukkan pentas.XPDC dikatakan sebuah kumpulan yang langsung tidak menerima impaknya dari kemerosotan ekonomi.

Rahsia XPDC

XPDC diujudkan dengan sifat jujur kepada muzik.Kebanyakkan artis bermodalkan populariti dan glomour sebagai aset.Tetapi XPDC menggunakan kualiti album dan persembahan sebagai aset utamanya.XPDC tidak pernah terburu-buru melahirkan album terbarunya.Setiap kelahiran album terbarunya XPDC memerlukan dua atau 3 tahun untuk disiapkan.Pemilihan lagu yang sesuai dan terbaik sering dijadikan keutamaanya.

Pembabitan awalnya XPDC jarang diberi publisiti murahan dan sering mengelak diri dari terbabit dalam konterversi.Kerana itu XPDC seolah-olahnya kurang mendapat publisitinya.Ianya dilakukan sebagai rangka perancangan jangka panjang.Pihak syarikat rakaman menjangkakan artis yang diberi publisiti keterlaluan akan memendekkan jangka hajatnya.Tambahan pula tidak mahu setiap anggota XPDC terlena dengan populariti yang keterlaluan.Ternyata disebalik kurang menonjolnya XPDC terutamanya dimedia cetak dan massa telah melahirkan sifat kerinduan yang mendalam peminatnya.Maka kerana itu seringkali kemunculan XPDC baik untuk album-album terbarunya dan setiap pertunjukkan pentasnya sering di tunggu-tunggu."Diam besi berkarat, diam ubi berisi".Tapi kini XPDC menjadi buruan pihak mediaa massa untuk mendapat bahan terbaru sebagai tatapan peminatnya.

Anggota Terbaru

Umum telah mengetahui Zuar tidak lagi bersama XPDC. Pemain gitar bass ini mengangotai XPDC sejak album sulung mereka lagi (XPDC-DARJAH SATU 1990). Pengunduran Zuar kerana ingin membawa haluannya sendiri. Zuar kini menggangotai kumpulan barunya CAPERO dan bertindak sebagai penyanyi utama. Pengundurannya diganti oleh Yan bekas anggota kumpulan Lefthanded. Yan bukanlah orang baru dengan XPDC. Beliau telah bekerja dibalik tabir pembikinan album XPDC sejak album Kita Pen-Yu lagi (Album ketiga 1994).Kehadiran Yan dinggap paling sesuai kerana selain dari pengalaman yang ada padanya juga lebih memantapkan pemainan XPDC terutamanya ketika mengadakan pertunjukkan pentas. Tidak dinafikan antara kedua mereka tetap ada kelebihannya.

Imej Penampilan

Rambut panjang

Pepatah orang tua jangan berambut panjang jika takut mati.Seperti kumpulan rock seangkatan dan sebelumnya XPDC sejak penampilan awalnya telah berambut panjang.Apabila rambut panjang menjadi isu XPDC turut akur dengannya terutamanya ketika album keduanya baru dilancarkan.Namun kerana berambut pendek peminatnya seolah mulai tawar untuk meminati mereka.Album keduanya kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan sambutan hangat untuk album sulung mereka. Lantaran itu XPDC tidak pernah lagi menoleh untuk terus berambut panjang.

Akibatnya lagu-lagu mereka menajdi sasaran disenarai hitamkan oleh RTM.Walaupun lagu mereka tidak berkumandang dicorong radio tetapi disebaliknya mereka mula menambahkan pengikut setianya.Bagi XPDC imej dan peribadi tidak boleh dinilai melalui luaran semata tetapi dari sifat dalaman. Ada artis yang mencari publisiti murahan melalui gossip atau konterversi tetapi XPDC cuba mengelakkannya.Kerana itu walaupun ketika isu rambut panjang menjadi hangat XPDC lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Akhirnya kini lagu-lagu XPDC mendapat tempatnya untuk siaran radio di RTM. Apa yang lebih membanggakan XPDC kini menjadi " artis kesanyangan RTM" apabila mula sering dijemput untuk mengadakan rakam programme untuk siaran Radio dan TV di RTM.

Konsert

XPDC adalah kumpulan yang paling aktif mengadakan pertunjukkan keserata pelusuk tanahair.Tidak kira konsert besar atau yang berbentuk mini konsert. Pertunjukkan mereka sentiasa menjanjikan kehadiran peminat yang teramai. Beberapa siri konsert besar dan mini konsert telah diatur untuk XPDC. Terutamanya dalam mempromosikan album terbaru mereka ini. Siri pertunjukkan pentas ini akan dimulai dengan pertunjukakn di Brunei D.S. dan akan diikuti dibeberapa tempat di Sabah dan Sarawak.
gryphoon81


Album sulung XPDC ini telah diterbitkan oleh J.S.Kevin. Ianya dipasarkan pada 3 September 1990. XPDC lahir ketika industri muzik mengalami demam rock. Ketika itu untuk bertapak dalam industri muzik perlukan persaingan yang tinggi.

XPDC dapat mencuri ruang dan bertapak bukan sekadar kerana populariti lagu hitnya C.I.N.T.A tetapi juga kerna konsep muzik yang ditampilkan dalam album ini. XPDC yang berimejkan hitam dan rugged menampilkan konsep gabungan grend muzik Trash, Heavy ######l dan Rock.Majoriti ciptaan lagu-lagunya adalah ciptaan J.S.Kevin dan Mael XPDC. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini adalahC.I.N.T.A, Bukan Milik Aku, Tragedy dan Raja Kertas. Album ini telah terjual melebihi seratus limapuluh ribu unit.

Lagu C.I.N.T.A yang menjadi siulan ketika itu turut mengungguli carta lagu popular radio tempatan dan juga juara carta lagu-lagu popular muzik-muzik untuk bulan December.




V6 adalah volume 6 atau album keenam XPDC. Yan yang juga bekas pemain gitar Bass kumpulan Search dan Lefthanded diambil menggantikan tempat Zuar yang mengambil keputusan meninggalkan XPDC untuk membawa haluannya sendiri.

Yan sebelum ini banyak membantu XPDC dalam kerjaya-kerja rakaman album. V6 juga dianggap sebagai album terakhir J.S.Kevin kerana sebelum bebarapa minggu selepas album ini dipasarkan beliau telah kembali ketrahmahtullah.

Walaupun begitu Allahyarham yang terbabit dan yang bertanggungjawab memperkenalkan XPDC dalam Industri muzik bukan sekadar sempat menciptakan karyanya untuk album ini tetapi juga beberapa lagu simpanan untuk album-album XPDC yang akan datang. Lagu KACA , Selamat dan Hilang Satu Skrew dan lirik lagu Anti perang adalah ciptaan J.S.Kevin untuk album ini. Album ini lahir ketika industri muzik mengalami zaman gerhana namun begitu masih tetap mencuri ruang untuk jualannya.




Album UN'######l bukan album unplugged teapi sebuah album yang menampilkan gabungan XPDC bersama muzik Okestra.Kel;ahiran album ini bersamaan dengan album ######licca (okestra tajuk ? )Enam lagunya telah diselitkan dengan iringan muzik okestra.

Walupun kebamyakkan lagu-lagu dalam album ini bukannya lagu ciptaan terbaru tetapi dengan sebuah lagu barunya yang menjadi hit (Langsung tak faham ) kebanyakkan artis lain mula menyelitkan sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam album mereka dengan menyelitkan muzik okestra.

gryphoon81


ANTI PERANG

Perang di Iraq sudah lama berakhir. Namun penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat masih tetap tidak berkesudahan. Sememangnya rakyat negara kita cukup prihatin dan simpati dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Iraq diatas kemusnahan negara mereka. Sekadar piket dan kutukkan kepada penceroboh untuk melahirkan tanda simpati sahaha tidak mencukupi. Mungkin untuk memikul senjata bukannya prinsip rakyat negara ini yang sukakan keamanan sejagat. Atas sikap priatinnya rakyat negara ini pelbagai tabung telah dilancarkan bagi membantu pembangunan semula rakyat Iraq dan yang popular adalah melalui tabung keamanan negara.

XPDC seperti rakyat negara ini turut simpati dengan penderitaan dan kehancuran Iraq dan tidak mahu melepaskan peluang untuk turut membantu mereka. Sebagai artis mereka mengunakan konsep berhibur sambil menderma. Atas tujuan tersebut sebuah album kompalasi terbaru XPDC - Anti Perang telah dilancarkan dengan RM1 dari kutipan setiap unit jualan album akan disalurkan kepada tabung kemamanan negara bagi diagihkan kepada rakyat Iraq. Memang benar jumlah RM 1 tidak mampu untuk menampung pembangunan semula Iraq tetapi sekurang-kurangnya dengan sumbangan sedikit ini dapat mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh mereka. Mungkin XPDC dikenali sebagai pemuzik rock tetapi sebagai insan biasa mereka juga mempunyai sikap prihatin kepada mereka yang memerlukan pertolongan. XPDC turut mengajak peminat mereka untuk turut sama menderma bagi merealisasikan tujuan penerbitan album ini.

Album XPDC - Anti perang telah diedarkan sejak 21 hb April 2003.Ianya menampilkan sepuluh lagu-lagu terbaik XPDC yang liriknya kebanyakkannya bertemakan keamanan dan kecintaan kepada ciptaan ILLAHI. Sebagai bonus kepada peminatnya dua buah lagu terbaru yang turut dimuatkan dalam album terbaru mereka XPDC V6 turut dimuatkan dalam album ini. Dua buah lagu tersebut adalah Anti Perang dan Hujan airmata. Lagu hujan airmata yang dicipta oleh Izo XPDC dan liriknya oleh Loloq sememangnya ditujukan khas kepada mangsa perang terutamanya kepada rakyat Iraq dan bumi Palestin.Peminat hanya perlu mendapatkan album ini sambil menikmati lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini dan secara tak langsung setiap RM1 yang dibelanjakan akan disalurkan kepada Tabung Keamanan Antarabangsa Malaysia. Mungkin secara kasarnya RM 1 yang didermakan ini bukannya dari XPDC sendiri tetapi dari poket peminat mereka, namun hakikat sebenarnya XPDC dan Life Rekod yang menyumbangkan derma tersebut. Ini kerana peminat tidak perlu membayar lebih untuk memiliki album ini kerana ianya tetap dijual dengan harga yang murah. RM1 adalah dari keuntungan kasar jualan dan secara tidak langsung XPDC juga akan menerima kurang royalti yang diterimanya. Peranan peminat tetap besar kerana makin banyak album ini terjual makin banyaklah dana yang akan dikumpulkan. Ianya juga bermakna RM 1 itu datangnya dari tiga pihak iaitu Life Rekod, XPDC dan pembeli album ini.

Pelancaran jualan album ini yang berkonsepkan berhibur sambil menderma ini tidak mempunyai had tempo tamatnya. Sumbanga RM 1 tetap akan disalurkan sampai bila-bila selagi album ini masih mendapat sambutannya. Cuma yang mungkin akan membezakannya adalah dana yang terkumpul akan disalurkan kepada tujuan lain seperti bantuan kepada rakyat Palestin atau kepada mangsa perang yang lain.

Penerbitan album ini yang bertujuan untuk memberi sumbangan derma bukan bertujuan meneguk diair keroh. Dengan publisiti meluas diatas pencerobohan tentera bersekutu terhadap Iraq mungkin ada sesetengah pihak berpendapatan pelancaran album ini adalah untuk mencuri kesempatan diatas sikap prihatin rakyat negara ini. Namun hakikat sebenarnya tujuannya ikhlas bagi melahirkan sikap prihatin dan sensitif XPDC sendiri terutamanya. Tambahan pula XPDC yang berteraskan muzik rock dengan penampilan yang dianggap Brutal sering disalahertikan setiap penampilan mereka. Apa yang perlu masyarakat tahu XPDC dan peminat mereka tetap seperti masyarakat lain yang mengimpikan kemanan dengan membenci kemusnahan. Bagi XPDC sendiri biar apa juga anggapan masyarakat yang lain tetapi mereka tetap yakin sumbangan dan pengorbanan mereka ini ikhlas dan jujur.
gryphoon81


Selepas dibuat beberapa kali suntingan dan tidak jemu memohon kelulusan, akhirnya konsert XPDC VCD yang pertama telah mendapat kelulusan untuk diedarkan .

VCD 'XPDC- LIVE IN KONCERT' telah dirakamkan dihadapan lebih 13,000 peminat pada bulan April 1998.

Tujuh tahun yang lepas VCD konsert ini dikenali sebagai 'Konsert XPDC- Brutal' tapi ianya diubah kepada judul sekarang atas nasihat Lembaga Penapisan Filem.Ianya kerana perkataan 'Brutal' kononnya boleh mendatangkan pengaruh negatif kepada peminat. Sebab yang lain adalah kerana isu rambut panjang dan keadaan penonton yang menyaksikannya konsert itu ada yang beraksi agak liar.

Selepas beberapa suntingan dibuat, VCD ini tetap tidak mendapat kelulusan kerana XPDC yang sering beraksi dengan gaya rambut HEADBANGING menjadi penghalangnya terbesarnya. 'Konsert XPDC- Brutal' bagaimanapun masih tetap diedarkan untuk pasaran di Sabah, Sarawak dan Singapura kerana ketiga-tiga negeri ini tidak menghalang pengedarannya. Ekoran sambutan yang hangat dari peminat kumpulan rock ini, VCD telah dibawa masuk ke Semenanjung dan telah disalin semula dan dijual sebagai barangan cetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa yang dikesali ketika itu VCD cetak rompak ini terus bermaharajalela sedangkan yang asli tetap dihalang untuk diedarkan. Atas sebab itu Life Records telah menghentikan pengedaran VCD untuk ketiga-tiga negeri ini untuk tidak terus berputih mata sedangkan cetak rompak meraih keuntungan yang besar.

Kini selepas enam tahun ianya dirakamkan dan selepas isu rambut panjang mulai reda, Life Records telah mengambil inisiatif untuk memohon semula kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem. Akhirnya berkat usaha yang tidak pernah kenal penat dan jemu, VCD ini mendapat kelulusan pengedarannya. Disebabkan perkataan 'Brutal' tidak mendapat kelulusan, VCD ini kini dikenali sebagai 'XPDC- LIVE IN KONCERT'.

Dalam kandungan VCD versi baru ini, XPDC lebih bersopan aksi di pentas. Aksi headbangging mereka telah dipotong hampir seratus peratus dan kelakuan beberapa penonton yang agak liar juga telah dipotong. Manakala sistem audionya yang pada asalnya kurang jelas telah dibaiki semula. Sebagai bonus, dua klip video XPDC yang dirakamkan di Indonesia ketika mereka berkunjung ke sana juga diselitkan di penghujung konsert ini .

Dua klip video ini masing-masing adalah lagu 'Hentian Ini' dan 'Alah Emak Kahwinkan Aku' telah dirakamkan di Anyer dan Bandung, Indonesia dan ianya tidak pernah dipertontonkan kepada peminat di Malaysia tetapi hanya khusus untuk tayangan di TV indonesia.

XPDC sendiri bersyukur dengan berita gembira ini. Kelulusan VCD ini bermakna Lembaga Penapisan Filem masih bersikap terbuka dan tetap ikhlas membantu dalam kemajuan industri muzik tanahair dengan syarat kita mematuhi 'guideline' yang telah diberikan.

Walaupun ianya telah enam tahun dirakamkan dan baru kini akan diedarkan namun tiada istilah barangan basi. XPDC seperti yang diketahui masih tetap aktif mengadakan pertunjukkan pentas sehingga kini. Lagu-lagu yang diperdendangkan enam tahun yang lepas masih tetap mendapat sambutannya kini. Mungkin kekurangannya tiada lagu-lagu dari album 'Samurai' dan 'V6'.

VCD 'XPDC- LIVE IN KONCERT' akan berada di pasaran mulai 30hb Jun 2003.
gryphoon81


Album O'TAI ROCK yang menampilkan gabungan lagu-lagu yang pernah popular dari tahun 50'an ke tahun mega_shok.gif'an telah mula melalui proses rakamannya sejak bulan puasa lagi.

Sehingga kini telah 90% proses rakamannya telah disiapkan. Konsep ini adalah tuturan dari album ######L 60'AN dan album ######L 50'60'AN yang pernah dirakamkan pada tahun 1996. Walaupun begitu, pemilihan lagu-lagunya dan konsep muziknya tetap ada kelainannya dari dua buah album popular tadi. Namun jika ditanya, IZO tetap merahsiakan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini sebagai strategi pemasarannya. Dengan pengalaman terdahulu terutamanya dalam penghasilan album-album XPDC dan ######L 60'AN yang sering menjadi ikutan menyebabkan IZO sendiri sedikit gusar akan ada album lain mendahului pemasaran album O'TAI ini. Namun jika ianya tetap berlaku, IZO tetap yakin album ini masih mempunyai ruang jualannya yang besar.

IZO sendiri memang mempunyai resepinya yang tersendiri yang menjadi rahsia sehingga album ini dipasarkan kelak. Album O'TAI ROCK ini dijangka akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.




gryphoon81


Selepas mencapai kejayaan yang cukup membanggakan dengan penjualan album 'Un######l Vol.1' yang mencapai hampir 200 ribu unit juga album keenam mereka 'V.6', kini XPDC kembali lagi dengan susulan album akhir tahun - 'Un######l Vol.2' pula.

Bagi peminat-peminat mereka yang sudah memiliki album Un######l Vol.1', tentu sudah sedia maklum bahawa konsep UN'######L bukannya muzik 'unplugged', sudah tentu juga bukannya berkonsepkan 'heavy ######l'.

UN'######L adalah album muzik tak 'heavy ######l' dari XPDC. Tetapi elemen '######l' dan konsep 'brutal' mereka tetap ada seperti biasanya. Pelik tetapi itulah kenyataannya dan ianya terbukti mendapat perhatian peminat-peminat mereka.

Sebenarnya agak sukar untuk mentafsirkan konsep muzik album ini sepenuhnya tanpa memiliki albumnya. Yang pasti sajian akhir tahun dari XPDC ini tetap menjanjikan kepuasan kepada peminatnya.

Lagu-lagu di dalam 'Un######l Vol.2' adalah pilihan lagu-lagu terbaik XPDC dari album-album sebelum ini, melainkan 'BERAKIT KE LANGIT' yang merupakan lagu terbaru. Gubahan semula
gryphoon81
ABADIKAH TRAGEDI ::

TRAGEDI
HANYUT AKU DALAM SATU IMPIAN
TERBAKAR AKU DALAM KERAGUAN
DIMANA SEMBUNYI
KESUCIAN SATU TRAGEDI

BEGINI
DILAHIRKAN DARI TITIK YANG SUCI
KEHITAMAN HANYA MENYELUBUNGI
BIARKU MENCUCI LUKAKU SENDIRI
TRAGEDI…

C/O
BIAR HANGUS DAN AKU TERBAKAR
WALAU LEMAS AKU TENGGELAM
BIAR PAHIT AKU DALAM RASA
NAMUN KAU SEDIA

TRAGEDI WALAU KAU DATANG
WALAU KAU PERGI AKU TETAP BEGINI
TRAGEDI WALAU TERHUMBAN KELAUT NGERI
AKU PASTI KEMBALI


LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“DAJAH SATU”
gryphoon81
AKU DAN SESUATU ::

DI TELAN PAHIT
HENDAK KUBUANG TERASA SAYANG
ENGKAU BERMADU
HENDAK KU MINUM ENGKAU BERACUN

KAU BISA HINGGA PUNAH RANAH
DAN MATI AKAN DIRIKU
KAU KEBUMIKANLAH AKU
DISINI…

KAU SERANG HENDAP
CINTA YANG BERBUNGA DIHATIKU
BERIKAN RACUN PADA AKU
YANG SEDANG DAHAGA

CINTAMU MEMBAKAR AKU
HINGGA AKU JADI ABU
BERGUNAKAH AKU LAGI
UNTUK MU

C/O
DEWASALAH AKU
DALAM PERJALANAN HARI INI
BINASALAH AKU
ANDAI DIKUDAKAN TELUNJUK MU

LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“DARJAH SATU”
gryphoon81
Aku Masih Di Sini

Lenaku dibuai
Bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah dibingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan
Keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepada mu oh kekasih

( 1 )
Ingin ku buktikan
Keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki Sepenuhnya nirwanaku

Oh... pedihnya terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora rintihan asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas

Namun kerana tulusmu
Masih mampu aku berdiri
Demi naluri yang sama
Kita masih di sini

Demi naluri aku masih di sini
gryphoon81
AKU TAKKAN BISING ::

MALAM BUTA SUNYI SEPI ADA BAYI MENANGIS
TERFIKIR AKU FIKIR LALU KU MEMIKIR
KENAPA APA MAUNYA LAPARKAH ATAU DAHAGA (2x)

LALU ANJING LALU MENYALAK MACAM ADA HANTU
SERAM SEJUK MEREMANGAKAN BULU ROMA KU
KENAPA APA MAKSUD NYA KITA SAMA-SAMA TAHU SUDAH (2x)

DISINI ADA ORANG SUKA MEMBEBEL
SIANG MALAM PAGI PETANG TAK HENTI-HENTI
KENAPA APA SEBABNYA ENTAH APA APA APA ENTAH (2x)

DINI HARI AKU MASIH LAGI MENYANYI
KATA ORANG AKU SENDIRI YANG TAK SEDAR DIRI
MAAFKAN AKU KAWAN MAAFKAN AKU WAHAI MAKHLUK TUHAN
MAAFKAN AKU KAWAN MAAFKAN AKU WAHAI MAKHLUK TUHAN

OK LAH AKU TAKKAN BISING …(3x)
OK LAH OK LAH AKU TAKKAN BISING

LAGU: MAEL XPDC
LIRIK: MAEL XPDC
“BRUTAL”
gryphoon81
Apa Nak Di Kata - XPDC

Satu hari aku berjumpa
Cik mek molek jual bunga
Senyuman manis menarik hati
Gugur bagaikan jantung ini
Siapa hati tak tertawan
Manis umpama bulan

( 1 )
Lain hari aku kembali
Ingin beli bunga lagi
Namun kini hanya yang ada
Tinggal dua nisan saja
Lesu aku menggeletar
Rakus jiwa ku terbenam

( 2 )
Engkaulah emas engkau permata
Aku cuma macam ni saja
Aku mahu bertemankan hidup
Dengan hati ikhlas mulia
Jangan melihatkan gaya
Nanti kita 'kan berdamai

( korus )
Ukuran baju badan sendiri
Kita tepuk dada ini
Jika dah nasib kita jodoh
Gunung tak lari ke mana
Apa nak kisah mahu hidup
Asal hati baik mulia
Kalau dah memang jadi mungkin
Apa lagi nak dikata

Di kata... aaa... aaa...

( ulang 1, 2, korus, korus )
gryphoon81
Bagaikan Samurai

Di dalam kepala ini ada macam-macam
Beratnya kepala ini bukan main-main

Berikanlah
Cara
Gaya
Petua
Ikhtiar
Usaha

Di dalam kepala ini
Banyak sampah sarap
Beratnya kepala ini macam kena serap

Berikanlah
Cara
Gaya
Mentera
Melayan
Menahan
Melawan

Biarkan ku damai
Bagaikan Samurai
gryphoon81
Bahalol

Bingkai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan tolehg kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera
Tutup mata pekak telinga
gryphoon81
Berakit Ke Langit

From the album "Un######l"

kalau kau asal bohong,
kau mungkin jadi gadis tercantik,
kembang baru berputik,
andainya kau batuk tak bernyawa,
nafas dari ronggaku,
separuh untukmu,

kalau kau bertelanjang,
kau kan kupakaikan,
cindai dari kayangan,
andainya kau masih tak berseri,
jari kau kubesarkan,
dengan cincin sakti,

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam karya sepi,
lagu kita,
wayang kulit (back up)
berakit-rakit ke langit (x2)
berakit ke langit (back up)

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam karya sepi,
lagu kita,
wayang kulit, (back up)
berakit-rakit ke langit, (x2)

[tiada adam tiada hawa,
tiada tamar tiada syurga,] (x3)
tiada syurga,

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam karya sepi,
lagu kita,
wayang kulit, (back up)
berakit-rakit ke langit, (x2)
berakit ke langit, (back up)

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam karya sepi,
lagu kita,
wayang kulit, (back up)
berakit-rakit ke langit, (x2)

[tiada adam tiada hawa,
tiada tamar tiada syurga,] (x4)

Ooohh.
gryphoon81
BERDESUP CAHAYA

Kalau betul ada
Engkau ada benda
Benda engkau nyata
Belum habis kata

Berdesup cahaya
Wasilah tercipta

Kalau betul ada
Engkau ada jiwa
Jiwa engkau besar
Belum habis kata

Berdesup cahaya
Wasilah tercipta

Kalau betul ada
Engkau ada cinta
Cinta engkau benar
Belum habis kata

Berdesup cahaya
Wasilah tercipta

Bersama kita kibar
Bendera lama
Bendera naga
Dan Burung Garuda

Kalau betul ada
Engkau ada cinta
Cinta engkau benar
Belum habis kata

Berdesup cahaya
Wasilah tercipta
gryphoon81
BUKAN MILIK AKU ::

AKU BERHAMPIRAN
SUASANA HAMPIR GELAP
AKU DISINI
BERLUMURAN PAHIT MANIS
DIDALAM TITIAN MENUJU
HUJUNG DUNIA

AKU LAGI HIDUP
HANYA MAMPU MELUKISKAN
NAMUN KENYATAAN
SUDAH PASTI PENENTUAN
DIDALAM AKU MENGEJAR
SATU IMPIAN DAN HARAPAN

C/O
WALAU SEHARI KUKECAP SEMUA INI
PENUH PENGALAMAN MENGISI HARI
NASIB MENANTI KUSERAH PADA YANG SATU..
BUKAN MILIK AKU TANPA RESTUMU

KAU BUKAN MILIK 2x MILIK AKU
BUKANLAH MILIK 2x MILIK AKU
BUKANLAH MILIK 2x MILIK AKU
BUKAN MILIKKU
KAU BUKAN MILIK KU…

LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“DARJAH SATU”
gryphoon81
C.I.N.T.A

C.I.N.T.A, satu rasa,
C.I.N.T.A B.U.T.A, tak bermata lahirnya,
C.I.N.T.A B.I.L.A, pada harta,
M.A.N.A C.I.N.T.A, yang sebenar benarnya,

C.I.N.T.A K.I.T.A sampai bila,
Manakah satu arah kita,
Sebenarnya Oh dunia...,

Kita berasmara di dalam cinta ,
Yang tak bermaya,
Kita berupaya selagi padu janji setia,

Kita selami cinta ini kian lama,
Dengan arus tangis ketawa,
Sama rasa buktinya.....,

Walaupun tahu cinta itu tak bermata,
Namun masih banyak yang ada,
Yang menawan di dalamnya.
gryphoon81
CEKAL ::

HAYATI INI AKU BENTANG KAN SATU CERITA
KISAH MANUSIA INSAN SEJAGAD PUNYA ALKISAH
PELBAGAI RAGAM KERANA HIDUP PURA-PURA
BAGAIKAN TIADA KETULUSAN KEJARKAN KEMAJUAN

SIAPALAH ANTARA KITA SANGGUP MEMBELA
PERBALAHAN PENIPUAN ATAS KEBENARAN
MEMOHON SIMPATI TAGIH JANJI BUKA KAN MATA HATI
PADA WAJAH-WAJAH SEIRINGAN HALUAN PERJALANAN INI

OH…OH…SUKARNYA AKU MENGERTI
HIDUP PENUH RANJAU DURI
PILU RASA DIHATI

OH…OH…BILAKAH DATANG MENJELMA
PENAWAR KEDAMAIAN INI
PASTI IA MUNCUL KEMBALI

USAH DISANGSI JALAN YANG BAKAL ENGKAU LALUI
MUNGKIN ADA BENARNYA DI SEBALIK KESILAPAN

WALAU ADA SAKI BAKI YANG KURANG SENANG HATI
HARUS DITERUSKAN DENGAN SEMANGAT CEKAL DIHATI
gryphoon81
CEMPEDAK JADI NANGKA ::

PASTI TIADA YANG PERCAYA MANALAH BOLEH
SANG CEMPEDAK NAK JADI NANGKA …NAK JADI NANGKA
DUNIA MAJU CANGGIH ADA BELUM LAGI TERCIPTA
SEJENIS OBAT – OBAT SAKIT JIWA

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
LEMBUT TUTUR GAYA BAHASA ITULAH TEMURUN BUDAYA KITA

BEGITULAH NASIB SANG LEMBU SUSU YANG DI PERAH
SAPI PUNYA NAMA …SAPI DAPAT NAMA
BUKANKAH ITU PERIBAHASA JADIKAN RENUNGAN UNTUK SEMUA
CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR

LUPAKAH PADAKU HAI TEMAN DULU KITA KAWAN
TAPI MENGAPA KINI KITA MAHU LAWAN
BUTA MATA PEKAK TELINGA WALAU BANYAK UMPAT WALAU BANYAK CELA
CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
LEMBUT TUTUR GAYA BAHASA ITULAH TEMURUN BUDAYA KITA

DUNIA MAJU CANGGIH ADA BELUM LAGI TERCIPTA
SEJENIS OBAT – OBAT SAKIT JIWA
MUNGKIN ESOK MUNGKIN LUSA MANALAH TAHU
BULAN JATUH KERIBA …BULAN JATUH KERIBA
TENTERAM HIDUP LAGI AMAN TIADA BANYAK UMPAT TIADA BANYAK DOSA

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
BUKANKAH ITU COGAN KATA JADIKAN PEDOMAN UNTUK SEMUA
CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
LEMBUT TUTUR GAYA BAHASA ITULAH TEMURUN BUDAYA KITA


LAGU: MAEL XPDC
LIRIK: MAEL XPDC
“BRUTAL”
gryphoon81
CERMIN DUNIA ::

INDAHNYA DIKAKI LANGIT
MENGGARISKAN TENANG
WARNAMU YANG INDAH
KAU PELANGI

KAN TETAP HADIR SETIA
DAN ALAM INI TETAP MENANTIKAN MU
SEDAMAINYA

C/O
MENGAPA KITA
PUNYAI JIWA DAN PUNYAI CINTA

MASIH CEMBURU DAN HALOBA
JELAS SENTIASA DENDAM DAN CURIGA
TAK SEPERTI

C/O
RUKUNNYA ALAM
TIADA BEZA DIANTARANYA
BERSYUKUR DIJADIKAN TNANG SEMUA

RASA, DENGAR
BISIKAN SEBENAR ADALAH BISIKAN
NYATA, LIHAT
PANDANGAN DIDEPANMU
JADI CERMIN DIHATI, HIMPUN
KEDUA-DUANYA MENJADI SATU
CAHAYA, HINGGA
LENYAP AMAN SEMADI

LAGU: BAD
LIRIK: WANZUL
“DARJAH SATU”
gryphoon81
Cinta Kenangan Silam

C... cintaku yang satu
I... impian kan nyata
N... nikmat yang berbeda
T... tanpa pengertian
A... antara kau dan aku

Cuba kau pejamkan matakan matamu yang ayu
Inginku nyatakan ke dalam hatimu
Noktah cinta kita sampainya disini
Takkan musnah impian yang ku harapkan
Aku mengerti siapa diri ini

Kekayaan tiada dalam diri
Entah mengapa jadi begini
Nasib demikian rupa
Angkara dunia
Namun langkahku takkan berhenti di sini
Gerhana itu mengubat hatiku
Aku tersentuh dalam janjimu dulu
Nyata kau membisu

Sehingga pudar telah ingatan ini
Lalu aku menyepi
Apakah ini semua sudah biasa
Mainan hidupmu

Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam
gryphoon81
Dunia 4 Segi

Destinasi mana tak perlu
Ditujukan ku
Aku sedia aku tahu hakikatnya
Segalanya masih dalam
Kesamaran
Ianya adalah satu keributan
Kasih dan sayang

Kesempurnaan yang meliputi
Segalanya
Kasih dan sayang ku satu masa
Nanti
Ianya akan hilang
Hilang gelap nanti akan
Timbullah terang
Tak perlu lagi hidup ini teraba
Raba
Asalkan pasti
Aku dan
Keyakinan ini
Itulah rahsia
Hidup jiwa
Yang aman

Apa lagi
Dinantikan
Semua dalam
Genggaman
Apa lagi dirisaukan
Jika nasi sudah menjadi
Bubur
Jika nasi sudah menjadi
Bubur

Borak-borak hanyalah
Membuang masa ini
Lagi baik lihat dalam diri
Sendiri
Dunia yang bulat
Sudah jadi empat
Segi
Akibatnya
Rosak jahanam diri
Sendiri

Apa lagi dinantikan
Semua dalam genggaman
Apa lagi dirisaukan
Jika nasi sudah menjadi bubur
( 2x )
gryphoon81
Gadis Melayu

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

(ulang)

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena
gryphoon81
GERAK 2000 ::

RIANG WAJAH MANUSIA
DAMAIKAH DI SEKELILINGNYA
GERAK MENUJU KEJAYAAN
BUKAN PASTI DI MILIKINYA

C/O
KEMUSNAHAN YANG MENANTI
TAK NAMPAK IA DISINI
MAKIN HARI MAKIN HEBAT
MELANDA DUNIA 2000…

BERBAGAI BENCANA TIBA
ANEKA KESENGSARAANNYA
KEBULURAN MANGSA-MANGSA
MERAGUT RIBU-RIBU NYAWA

C/O
SAMA-SAMA KITA HIDUP
SAMA-SAMA KITA MATI
KITA BUAT KITA TANGGUNG
JANGAN CUBA-CUBA TAK MENGAKU….


LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“DARJAH SATU”
gryphoon81
Hairan Bin Ajaib ::

Satu pejam satu celik
Depan manis belakang rasa pahit
Kata ibu buat baik
Biarpun rupamu tak menarik

Rupa yang sengkek
Bukannya pembelit
Wajah menarik
Belum pastinya baik

Jangan pandang pada zahir
Hang Tuah bukan maca mhang pembelit
Penat perit cari duit
Bukan malas tapi tak punya certificate

Bukan nak complain fikir dulu
Kan lebih baik
Kita yang letih
Dia yang pakai mobil

Yang ada awek jaga baik
Jangan jadi hamba duit
Biar pakai kain batik
Daripada dia pakai skirt pendek

Oh! Aku pelik
Dunia dah nak terbalik
Budak under-age dah pandai
Ke kelab joget
Kan lebih baik kita bawa dia
Ke masjid

Cuba renung dalam diri
apa yang kau cari
Yang hidup pasti mati
(sedarlah)

Kenal diri suci hati
Dengki khianat jauh sekali
Baru diri dihormati
Rezeki dari peluh sendiri
gryphoon81
:: HAMBA ABDI ::

AKHIR ZAMAN TIBA KINI
SEMUA INSAN PUNYA HAK AZASI
KAU DENGARKAN ENGKAU DENGARI
JERITAN KELUHAN HAMBA ABDI

HUMBAN KESANA CAMPAK KEMARI
SEKSA HIDUP LANGKAH HARI-HARI
NAK UBAH NASIB TIPIS SEKALI
LAKSANA KERBAU DI CUCUK TALI

LEPASKAN DARI BELENGGU INI
SIMPATI DARIKU TAK TERPERI
TENAGA DIPERAH TANPA BAYAR GAJI
BUKAN KULI ITU HAMBA ABDI

MAKI HAMUN SUDAH SEBATI
SEPAK TERAJANG ITU SUDAH LALI
PAKSA KERAH BUAT ITU INI
BAK ANJING KURAP BUAT MACAM BABI

SIANG MALAM BELENGGU RANTAI KAKI
LAGAK BANDUAN DALAM KANDANG BESI
NIKMAT DUNIA MASIH DALAM MIMPI
MOGAKAN NYATA REALITY PASTI

(DARI DIA HIDUP BIAR DIA MATI)
(AGAR HIDUP AMAN DISANA NANTI)


LAGU: MAEL XPDC
LIRIK: MAEL XPDC
“TIMUR BARAT”
gryphoon81
Hentian Ini

Di hentian ini
Tertinggal dalam kesunyian
Di hentian ini
Bersama bayang menjelma
Kau nyalakan cinta
Terbakar jiwa yang begini
Kau curahkan rasa
Hanyut dilautan api
Sedang aku berkelana
Pahit manis aku rindu
Hingga aku diasyikkan sejuta mimpi
Sebuah mahligai impian
Akan ku turuti
Walaupun aku tak tahu lagi kemana arahnya
Tak ingin aku hancur sendiri
dimakan waktu
Kau dimana jua
Terdamping didalam hatiku
Kau apa pun kita
Tetap di hentian ini
gryphoon81
Hidup Bersama

Di tepi pantai yang indah
Aku duduk seorang diri
Suasana... Sepi

Teringat engkau di waktu malam
Wajahmu selalu ku terbayang
Padamu... Wahai sayang

Aku meratap merayu
Pada dewi puspita hati ku

Aku tidak lupakan janjimu
Di waktu pertemuan kita dahulu
Hidup bersama
Disampingku
gryphoon81
Hijau Bumi Tuhan

sekali ku memandang
kehijauan
saujana mata yang memandang
semusim yang benderang
hati riang
nikmatnya tuhan
kita bela lah bersama-sama
harmoninya

semusim ia datang
keindahan
ciptaan tuhan
hijau yang terbentangan
makhluk tuhan yang bermesra-mesra
kita bela lah bersama-sama
kita jagalah harmoninya

korus

damai terperi
kicau menyanyi
burung berkicauan riang terbang
ombak menghempas
pantai menanti
indah biru laut ini pasti
salam diberi insan di bumi
itu nikmat hari-hari ini
tegur dan sapa
senyum ketawa
itu tanda kita riang-riang
abadikan keindahan ini....
gryphoon81
Hujan Airmata

Bayangkanlah Lamanmu Berhias Api
Sampai Bila Rumahmu Mampu Berdiri
Sebelum Dipunahkan
Bayangkanlah Lahirmu Ke Alam Ini
Sampai Akhir Hayat Mu Masih Merintih
Menagih Kedamaian
Dalam Hati Terlintas Satu Soalan
Mana Hilang Keinsanan
Bayangkanlah Lautmu Dilanda Taufan
Sampai Bila Layarmu Mampu Bertahan
Sebelum Kau Tenggelam
Bayangkanlah Jagamu Tak Pernah Aman
Sampai Malam Lenamu Rasa Terancam
Kau Dalam Ketakutan
Dalam Hati Terlintas Satu Soalan
Mana Hilang Keinsanan

Korus :

Mana Hilang Kasih Sayang
Diberikan Tuhan Pada Kita Insan
Hingga Kita Biar Saja Hujan Airmata
Yang Melimpah
gryphoon81
Ikatan

Hari-hari yang indah masih segar diingatan
Ikatan yang bersemi menjalinkan harapan
Satu impian kenyataan kita cinta

Antara engkau dan aku sentiasa merindu
Tak dapat dipisahkan walau apa rintangan
Hanya kau kasih yang kucinta selamanya
Buat selamanya......

*
Kesetiaanmu itu membuat aku terharu wo kasihku
Walau diri ini tiada harta dan rupa
Hanya cintaku sabar menanti
Kasih ...... kaulah kekasihku
Oh kasih.... kaulah cahayaku


(ulang *)

Kasih ...... kaulah kekasihku
Oh kasih.... kaulah cahayaku
gryphoon81
Impian Seroja

Engkau memberi aku merasa
Setakat ini
Manis senyuman memukau aku
Sampai kemari
Tenggelam dalam mimpiku
Bunga seroja
Di sana mekar
Di sini layu
Jadi guguran
Nafas yang singkat
Tercungap aku
Pantas berlari
Embun menitis ke bumi
Membasah intan
Nada yang kudendang
Berlagu rindu dalam hatiku
Cinta yang terpendam
Aku pasti datang sekejap lagi
Sendiri aku terus diransang
Ke langit sedang biru
Menanti aku dalam nantimu
Nanti aku datang lagi
gryphoon81
JANGAN TAK MANDI ::

PANAS TERIK AKU BERJALAN
MEMBAKAR TUBUH YANG KERING KAKU
AKU PENAT AKU BERHENTI
TERJUMPA AIR DAN MAHU MANDI

C/O
ELOK LAH AKU MANDI
BIAR BERSIH DIRI SENDIRI
YANG KOTOR SEMUA PERGI
DI SYAMPU DISABUN WANGI

HIDUP KITA SERUPA SAJA
MULA BERSIH TERSAPU KOTOR
BILA KOTOR HARUS DI CUCI
PASTIKAN TIADA KOTOR LAGI

C/O
SETELAH KITA MANDI
PANDAI-PANDAILAH JAGA DIRI
DARI KEKOTORAN KITA ALAMI
BUAT APA SEMUA TAK JADI

SUDAH PENAT AKU MENYANYI
MAHU PULANG MAHU TERUS MANDI
ESOK BOLEH MENYANYI LAGI
NYANYIKAN LAGU
JANGAN TAK MANDI

LAGU: MAEL
LIRIK: MAEL
“DARJAH SATU”
gryphoon81
JOHN JENIN ::

ANGAN MAT JENIN
PANJAT POHON KELAPA
NAK KAHWIN DENGAN PUTERI RAJA
PUTERI RAJA (2x)

KELAPA DIPETIK KELAPA MUDA
JATUH KEBAWAH BADAN TERPUTUS DUA
TERPUTUS DUA (2x)

KALAU BERLEKA BERANGAN-ANGAN SAJA
JADI MAT JENIN SAMPAI BILA-BILA
SAMPAI BILA-BILA (2x)

C/O
HEI…HEI KALAU MISKIN
HEI…HEI NAK JADI KAYA
HEI…HEI BAIKLAH BELI
HEI…HEI ROTI DAN KAYA

HEI…HEI KALAU YANG GONJENG
HEI…HEI SEMACAM RUPA
HEI…HEI BUAT APA FESYEN
HEI…HEI SERBATAK KENA

KALAU BELACAN DENGAN MENTEGA
MANALAH SAMA RASA
JANGANLAH BERANGAN-ANGAN KITA
SEKARANG ZAMAN KERJA

ANGAN-ANGAN JADI KAYA JADI KAYA-RAYA
TAPI SEKOLAH HANYA DARJAH DUA
DARJAH DUA (2x)

KALAU NAK JADI KAYA JADI KAYA-RAYA
PINANG ANAK PRESIDEN AMERIKA
PRESIDEN AMERIKA

HEI…HEI KALAU LAH GAYA
HEI…HEI BERANGAN SAJA
HEI…HEI JADI MAT JENIN
HEI…HEI SAMPAI BILA-BILA

HEI…HEI KALAU YANG MISKIN
HEI…HEI NAK JADI KAYA
HEI…HEI BAIKLAH BELI
HEI…HEI ROTI DAN KAYA

LAGU: IZO XPDC
LIRIK: J.S KEVIN
“KITA PENG-YU”
gryphoon81
KABUS SEMALAM ::

GEMILANG TERPAKSA AKU MENCARI
WALAUPUN TERBENTANG PAGI INI
SEMALAM BIARKAN IA PERGI
SEMAKIN KELAM NADA BERULANG KUNYANYI
TIADA APA ERTI BAGI INSAN YANG SEMBUNYI DIRI

KUPULANG DENGAN SEMANGAT LAGI
BIAR PUTIH TULANG INI
YANG HILANG KU LEPASKAN IA PERGI
BERSAMA KABUS SEMALAM BERKATA PADAKU
DUSTAKAH SEMUA INI BAGI INTAN YANG BERSERI-BERSERI

MARI BERSUARA KASIH
DATANGLAH DEKAT-DEKAT PADAKU
KEMANA KITA BERARAK DAN BERSATU
KETAWA KITA SAMA DAN JITU

APAKAH YANG DISESALI KEHAMPAAN
SEMEMANG NASIB HIDUP YANG TERBUKTI
SELAGI BADAN DIKANDUNG REZEKI


LAGU: J.S KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“KITA PENG-YU”
gryphoon81
KACA

Rantau yang luas ini
Mana cintanya berada
Di hujung lebuhraya yang ku cari
Gelabah di sini
Menjelang waktu ketika
Ketikanya..

Lebuh gelora samudera
Luas rindu yang jadi gelabah
Membakar rasa hanyutkan jiwa
Sendiri nanti binasa
Menjelang waktu ketika
Ketikanya..

Cinta sesekali menghalang
Cinta yang kaca menitis
Jiwa raga yang tak terbatas
Luka yang tiada terubat (meniti gelora yang hilang, datang gerimis..)

Kaca gerimis..
Kaca gerimis oohhh...kaca menghiris..
Kaca gerimis..kaca menghiris..
Kaca gerimis oohh..kaca menghiris..
Kaca gerimis gerimis gerimis..
Kaca menghiris..

Lagu : J.S Kevin
Lirik : J.S Kevin
gryphoon81
Kenapa Apakah

Apa yang kau pandang
Nampak macam semacam
Apa yang kau jeling
Mata kau yang juling
Kenapa apakah, apa yang ada
Apa yang kau jerit
Suara yang perit
Suka jadi lalang
Asyik kena goyang
Angin yang hilang
Tegak kau berdiri
Macam dah tak ada, maruah rupa

( korus )
Sesat kau berjalan
Balik kepangkal jalan
Orang tua masih ada
Jangan malu bertanya
Yang dulu dah terlepas
Yang datang jangan melepas
Dari dah tak ada
Asal tak kedana

Tak esok tidak lusa
Melayu tak ganti muda
Mati tua jadi kuda
Kepala jadi kuda
Yang tua berkarat
Yang muda melarat
Hidup pun merempat
Kenapa apakah
Apa yang ada
Kenapa apakah...
Yeahhhh!...
gryphoon81
King El Mondoque

Dah lama sangat
Dah naik karat
Nak nak kiamat
Masih merempat
Masih melarat masih keparat

Mana maruah
Mana merdeka
Mana sakinah
Bukti satumu
Buktikan jitumu
Bukti tahu mu

Huray! Huray! King El Mondoque
Huray! Huray! King El Mondoque

Tafsir Tuan kami ni siapa
Tikus parit tikus sawah
Tikus sampah
Tikus bukit tikus rimba tikus kota
Dilahirkan hanya untuk dinista

Uh... bukan ingkar
Uh... nak derhaka
gryphoon81
LAGU DARI AKU ::

MASIH AKU DENGAR BISIKAN SUARA ITU
MEMBISIK DALAM HATIKU
KITA DIBUAI MIMPI

KUNYATAKAN RINDU PADAMU
MUNGKIN BAGIMU TAK SELUAS
LAUTAN BIRU

KUNYANYIKAN LAGU UNTUK MU
MUNGKIN BAGIMU TAK SEINDAH
MELODI SYAHDU

MERAH, BIRU, HIJAU ,KUNING
ADALAH PENANTIAN
HITAM, PUTIH DAN KELABU
ADALAH KEHIDUPAN

SEDANG DALAM PERJALANAN
PASTIKAN DAPAT KUTURUTKAN
LANGKAH KU INI

KUNYANYIKAN LAGU UNTUK MU
MUNGKIN BAGIMU TAK SEINDAH
LANGIT YANG BIRU


LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“TIMUR BARAT
gryphoon81
Lagu Tiga Kupang

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam rumah
Makan roti gula hey...

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung
gryphoon81
Langsung Tak Faham

Kata hari ini
Kotakan janji
Usah ditangisi

Hidup yang sementara
Sekelip berubah
Sekelip Berubah

Penantian ini kehausan
kerana aku sedang
Di adang pasir

Perjalanan jauh
Tanpa tafsiran
itulah pedoman

Tidak kira waktunya tiba
Pasti geraknya bermula
Gerak bermula
Gerak bermula

Dan aku juga
Sama-sama
Mahu mengerti maksudnya yang nyata
Ianya terselindung
Oh.. di dalam bayangan

Perlukah
Kau pertahankan segala dosa
Kerana semua itu
Ada waktu
Ada waktunya
Dimana janji

Dan tiba
Dikala fajar pun mula menyinsing
Dan menutupi malam
Meratapi
Oh..susahnya
Dari mana hadirnya
Oh..

(roll)

Perlukah
Kau pertahankan segala dosa
Kerana semua itu
Ada waktu-waktunya

Dan kita
Dikala fajar pun mula menyinsing
Dan menutupi malam
Meratapi
Oh..susahnya
Dari mana hadirnya

Perlukah
Kau pertahankan segala dosa
kerana semua itu
Ada waktu-waktunya

Di mana janji
Ada wakktunya
Aku tempuhi
Dan aku tempuhi
gryphoon81
Monggol Dah Pulang

Di Luar Goyang Di Dalam Goncang
Bergema Gendang Monggol Dah Pulang
Ke Mana Hilang Perwira Kita
Penjaga Kota
Ke Mana Hilang Panglima Kita
Pembela Bangsa

Di Luar Goyang Di Dalam Goncang
Belum Berperang Monggol Dah Menang
Bagdad Tercinta Bagaikan Bunga
Pudar Serinya

Sinar Tamadun Bagaikan Api
Disiram Hujan Tinggalkah Bara Menanti Percik
Batu Dilaga
Tangan Siapa Tangan Bertuah Tangan Berjasa
Dalam Berjuta
la Berjaya

Hari Dah Siang Menteri Jelang Monggol Dah Pulang Monggol Dah Pulang
Hari Dah Siang Mentari Jelang Monggol Dah Pulang Monggol Dah Pulang

Namun Panji Ku Masih Setengah Tiang
Namun Mimpi Ku Masih Terus Terus Terhalang
Namun Manisku Masih Lagi Lagi Terkenang
Namun Langkahku Masih Belum Belum Terancang
Masih Terumbang


Di Luar Goyang Di Dalam Goncang
Bergema Gendang Monggol Dah Pulang
Ke Mana Hilang Perwira Kita
Penjaga Kota
Ke Mana Hilang Panglima Kita
Pembela Bangsa

Di Luar Goyang Di Dalam Goncang
Belum Berperang Monggol Dah Menang
Bagdad Tercinta Bagaikan Bunga
Pudar Serinya
Sinar Tamadun Bagaikan Api
Disiram Hujan Tinggalkah Bara Menanti Percik
Batu Dilaga

Tangan Siapa Tangan Bertuah Tangan Berjasa
Dalam Berjuta
la Berjaya

Hari Dah Siang Menteri Jelang Monggol Dah Pulang Monggol Dah Pulang
Hari Dah Siang Mentari Jelang Monggol Dah Pulang Monggol Dah Pulang
Di Luar Goyang Di Dalam Goncang Bergema Gendang Monggol Dah Pulang
Di Luar Goyang Di Dalam Goncang Belum Berperang Monggol Dah Menang

Namun Panji Ku Masih Setengah Tiang
Namun Mimpi Ku Masih Terus Terus Terhalang
Namun Manisku Masih Lagi Lagi Terkenang
Namun Langkahku Masih Belum Belum Terancang

Namun Panji Ku Masih Setengah Tiang
Namun Mimpi Ku Masih Terus Terus Terhalang
Masih Terumbang
gryphoon81
Nafisa

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

( korus )
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir
gryphoon81
XPDC - Ntahapahapantah

Tahun 2000
Ramai orang serbu
Cari kemajuan
Mencari ketenangan

Ramai yang pakai turut
Ikut dari belakang
Ramai yang sudah sangkut
Ikut terjun longkang

Rambut aku panjang
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar dia bell-bottom

Itu ku punya pasal
Sikit aku tak kesal
Ada bainya aku
Jaga kain sendiri
gryphoon81
O – KEY ::

JANGAN KAU PANDANG SEBELAH MATA
MACAM RUPA TAK ADA HARTA
AKU MACAM INI DAH KIRA OK
TAK KACAU ORANG TAK MASA’ALAH

KAU SENDIRIE LAH (SENDIRI) MAU INGAT
MUKA KAU MACAM MUSIBAT
PUNYALAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN
SELAMBA AJE MACAM SARDIN

MACAM TAK SALAH TAK DA APA-APA
KIRA DAH OK GUA TAK PIJAK LU
WAH BANYAK CANTIKNYA MUKA KAU
LUBANG HIDUNG BESAR MACAM GUA

C/O
TAK TAHU BELAJAR, TAK FAHAM BERTANYALAH DAHULU
NAK BERLAGAK, TAK PAYALAH DIHADAPAN AKU…BOLEHLAH
SENDIRIE YANG MAKAN PENGAT, SENDIRIE YANG MAU INGAT

OK…LAH…GUA BLAH, OK LAH…GUA CELAH

SORONG PAPAN TARIK PAPAN, BUAH KERANJI DALAM BAJU
TIME MAKAN ENGKAU TELAN, BILA BAYAR KAU BLAH…
KAU BLAH DAHULU…
LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA,NAK TAHU KENAPA
SEBAB LEMBU BODOH…COW BODOH

OK..LAH…GUA BLAH…OK LAH…GUA CELAH

LAGU: BRUTAL
LIRIK: NAJA
“SAMURAI”
gryphoon81
PELESIT MATA SEBELAH ::

BERPELESIT
HISAP DARAH MANUSIA
HINGGA KERING
TANPA BELAS KASIHAN (2x)

GEMUK PERUT
BUNCIT DENGAN RASUAH
DISANA SINI
ENGKAU MENUTUP MATA (2x)

C/O
AKU YANG KERING
BADANKU TINGGAL TULANG
TINGGAL SISA
DAGING KAU BAHAM SEMUA

AKU YANG PENING
LARI KESANA SINI
DAN BERPELUH
MEMERAH INSPIRASI


LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
“DARJAH SATU
gryphoon81
PENYAKIT GATAL ::

PENING-PENING ADU KEPALA PENING
TABAHKAN HATI FIKIRAN RUNSING
FIKIRKAN DERITA INI
PENYAKIT GATAL MELANDA LAGI

PERGI SINSEH KUNJUNGI FARMASI
PAWANG DAN BOMOH PUAS KUCARI
ASAL PULIH KEMBALI
TAPI MALANGNYA ADUH MAKIN MENJADI

OH TUHAN BERSERAH PADAMU
HABIS SUDAH IKHTIAR AKU
APAKAH DOSA DAH KULAKU
KU TAK SEDAR AMPUNI KAU


1 2 3 4 5
LEMBAR DEMI LEMBAR KELUAR
TAK KISAH BOLEH KUCARI
MOGA PULIH SEPERTI SEMULA JADI

HARUS DIINGAT SAMPAI BILA-BILA
PENYAKIT INI SUKAR SEMBUH NYA
KUTABAH MENGAHARUNGINYA
HANYA SEKEDAR DUGAAN DARI YANG ESA


LAGU: MAEL XPDC/HAIREE STRA T.G
LIRIK: MAEL XPDC/HAIREE STRA T.G
“TIMUR BARAT”
gryphoon81
Pontianak

pontianak dengarlah lagu
nyanyian ku hanyalah untukmu
ku pinta supaya kamu
gembira selalu

pontianak jangan meradang
dengarlah dendang tidurlah sayang
kupinta supaya kamu
gembira selalu

huuu......

(ulang)
gryphoon81
Raja Kertas

Di sana sini beri terima
Tangan ke tangan dan beralih tuan punya
Berubah-ubah nilai berbeza
Menjadi impian setiap
Raja kertas

Yang kaya raya senyum bibirnya
Yang tak berpunya terus menjadi merana
Tiada dia keringlah kita
banyak sangat pun menggigit pusing kepala
Raja kertas

Raja kertas di mana-mana
Nusantara memerlunya
Raja kertas yang berkuasa
Menakluki manusia
gryphoon81
Sakinah

Asalnya
Memang dulu
Aku tak percaya
Sehingga aku jumpa Sakinah

Cinta boleh mencair segala
Biar keras bagai teras buana
Katakan cantik mana aku tak tergoda
Sehingga aku jumpa Sakinah

Pintu hati yang tertutup
Terbuka
Datang azam nak mengolah
Rancak dunia
Berlagu tipu daya
Mustakim semula

Biarlah... orang-orang
Macam aku bahagia
Biarlah... orang-orang
Macam aku merdeka

Tutup mata
Buka mata Sakinah
Dalam lena
Dalam jaga Sakinah

Kenal diri siapa sebenar
Cairlah segalanya
Yang tinggal hanya benar
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.