Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kayu Koka Dari Mesir
Mesra.net Forum > Business & Economies > Iklan Perniagaan (Tangible)
sygmirza

masih ingat kisah nabi nuh as? bahtera baginda diperbuat drpd kayu kokka..kayu kokka nih mmg dibawa dari mesir..tinggal 4 nih jer....
sygmirza
dier punyer dimension

no.1 (dr kiri)

panjang 26 mm, lebar 18 mm, tinggi 10 mm

no.2

panjang 24 mm, lebar 18 mm, tinggi 12 mm

no.3

panjang 25 mm, lebar 18 mm, tinggi 9 mm

no.4

panjang 25 mm, lebar 19 mm, tinggi 10 mm
sygmirza
harga 1 rm200, kalo nak ambik sumer i blh bagi special price..

anything blh pm.......
sygmirza
unsure.gif
Khayty
apa kegunaan kayu tu?
sygmirza
buat loket boleh...

buat cincin utk lelaki (sbb size bsr) ikat ngan perak or suasa
sygmirza
jom....... hadiahkan buat yang tersayang....... biggrin.gif
sygmirza
harga rm200 sebijik termasuk pos....
Ewan_sn
QUOTE(khaytykhir @ Dec 4 2006, 03:57 AM)
apa kegunaan kayu tu?

dan kenapa harga kayu tu mahal sampai RM200?

besar mana?

apa istimewanya kayu tu? kalau setakat leh buat cincin..kayu apapun leh dibuat cincin?
unsure.gif
adinina
husband kiter ader kayu kokka nih, dlm bentuk tasbih, wangi, kata ustaz yg bagi tu, kalu sakit perut bley cium bau dier n insyaAllah perut tuh x pa per..
Ewan_sn
QUOTE(adinina @ Dec 15 2006, 03:12 AM)

khurafat..
muhammad_ikram01
edirossa seetaan

jangaan suke fiitnah oraang
kayu kokka memang di muliakan
dengan kekuasaan Allah
siapa kau tuk menghukum orang sedangkan hukum niat dan balasan hanya disisi Allah

aku betul2 sukelah soouund oran g macam kau
Verbatim
QUOTE(Edirossa @ Dec 15 2006, 03:18 AM)
QUOTE(adinina @ Dec 15 2006, 03:12 AM)
husband kiter ader kayu kokka nih, dlm bentuk tasbih, wangi, kata ustaz yg bagi tu, kalu sakit perut bley cium bau dier n insyaAllah perut tuh x pa per..

khurafat..

biggrin.gif Maaf mencelah..

Saya ingin memperbetulkan apa yang saudara Edi katakan. Apa yg dikatakan saudari pembuka topik itu bukanlah khurafat tetapi ianya adalah satu bentuk usaha untuk melakukan sesuatu dan bukannya percaya yang benda itu yang boleh menyembuhkan tanpa pertolongan dari Allah.

smile.gif lupa kah saudara mengenai kisah Bahtera Nabi Nuh a.s? ingat-ingatlah kembali mengenainya k...
sygmirza
chuuuuuuup!!.. excl.gif

maaf,tujuan sayer advertise kayu kokka ni cuma nak kongsi aper yg ader, sayer bknnyer penjual ubat kat kaki 5 yg akan kater kayu kokka nih super power yg blh buat ubat sakit tu sakit ni..dat y sayer tak dpt nak explain naper rega dier rm200 sedangkan ia cuma secebis kayu..TAPI sayer dah bagitau aper yg kiter kena tau iaitu kayu kokka adalah kayu yg digunakan oleh nabi nuh as utk membuat bahtera (i thod dat everybody tau kisah nih)...

so,sayer kira advertisement nih lbh tertumpu kpd penggemar2 brgan/yg punyer hobi bercitarasa tinggi n tau menghargai..hanya jauhari yg mengenal manikam
sygmirza
QUOTE(adinina @ Dec 15 2006, 03:12 AM)
husband kiter ader kayu kokka nih, dlm bentuk tasbih, wangi, kata ustaz yg bagi tu, kalu sakit perut bley cium bau dier n insyaAllah perut tuh x pa per..

thanks adinina coz sudi share info, tak pasal2 kena kutuk khurafat, sabo ajer la yer........ rock.gif
Ewan_sn
QUOTE(sygmirza @ Dec 16 2006, 12:58 AM)
QUOTE(adinina @ Dec 15 2006, 03:12 AM)
husband kiter ader kayu kokka nih, dlm bentuk tasbih, wangi, kata ustaz yg bagi tu, kalu sakit perut bley cium bau dier n insyaAllah perut tuh x pa per..

thanks adinina coz sudi share info, tak pasal2 kena kutuk khurafat, sabo ajer la yer........ rock.gif

kepercayaan spt itu mmg satu kepercayaan khurafat...ini bukan tuduhan atau pendapat peribadi tapi mmg byk dijelaskan dlm byk kitab dan Nas...Lainlah kalau ada jelas tersebut dalam al-quran spt khasiat madu lebah..

Ustaz? kalau betul yg u kata Ustaz tu cakap dgn cium kayu tu boleh hilangkan sakit perut....apa rujukan dia? Atau malu nak tanya..tlg bg no hp ustaz tu dan nama dia...
Ewan_sn
QUOTE(muhammad_ikram01 @ Dec 15 2006, 04:39 AM)
edirossa seetaan

jangaan suke fiitnah oraang
kayu kokka memang di muliakan
dengan kekuasaan Allah
siapa kau tuk menghukum orang sedangkan hukum niat dan balasan hanya disisi Allah

aku betul2 sukelah soouund oran g macam kau

Buat saudara Muhammad..amboiii..sedapnya bahasa tak sayang mulut awak tu !! Saya bercakap ada asas rujukannya tapi awak bercakap atas nama Allah dan agama, tapi dimana kewajaran saudara memanggil saya sebagai syaitan?

Apa yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal agama. Maka untuk berbincang soal agama mestilah berpandukan Nas, Hadith yg sahih, Ijmak dan Qias. Jika tidak amalan hanya akan menjadi sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja. Tapi disini anda bercakap kosong tanpa sebarang rujukan yg anda kemukakan. Apa rujukan anda untuk mengatakan kayu kokka mmg dimuliakan?

Mengenai bahtera Nabi Noh, kita mmg wajib percaya bahawa nabi Nuh membina bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah bahan rujuk yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui bahawa ianya daripada Kokka?

Cerita-cerita berkenaan kayu kokka hanyalah khabar dan bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam kisah ajaib kayu Kokka.

Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib . Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)]

Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab) sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita kokka?!

QUOTE(Verbatim @ Dec 15 2006, 07:52 AM)
QUOTE(Edirossa @ Dec 15 2006, 03:18 AM)
QUOTE(adinina @ Dec 15 2006, 03:12 AM)
husband kiter ader kayu kokka nih, dlm bentuk tasbih, wangi, kata ustaz yg bagi tu, kalu sakit perut bley cium bau dier n insyaAllah perut tuh x pa per..

khurafat..

biggrin.gif Maaf mencelah..

Saya ingin memperbetulkan apa yang saudara Edi katakan. Apa yg dikatakan saudari pembuka topik itu bukanlah khurafat tetapi ianya adalah satu bentuk usaha untuk melakukan sesuatu dan bukannya percaya yang benda itu yang boleh menyembuhkan tanpa pertolongan dari Allah.

smile.gif lupa kah saudara mengenai kisah Bahtera Nabi Nuh a.s? ingat-ingatlah kembali mengenainya k...

Bukan sahaja perbuatan Khurafat, tapi juga Syirik!!

Usaha utk melakukan brg perniagaam dgn mengatakan mencium kayu kokka boleh menyembuhkan penyakit? Harap saudara berhati-hati dalam membuat kenyataan yg berkait dgn hukum kerana ianya boleh membawa kpd kerosakan akqidah. Apa rujukan utk nak kata apa yg saya katakan sebagai khurafat tu salah?

Saya tak nak sentuh pasal pembuka topik nak berniaga ke nak apa..apa yg saya nak sentuh ialah bila dia kata dgn mencium kayu tu boleh sembuhkan sakit perut..

Tindakan menjual Kayu Kokka yang didakwa dari jenis tongkat Nabi Musa dan mempunyai pelbagai khasiat adalah perbuatan yang menyeleweng dari Islam.

Tiada dalil sahih yang mengatakan tongkat Nabi Musa atau bahtera Nabi Nuh atau mana-mana nabi diperbuat dari kayu jenis itu. Jika kayu dari jenis ini (Kayu Kokka), mukjizat yang terjadi bukan disebabkan faktor jenis kayu tetapi kerana mereka ditabalkan menjadi Rasul. Mengaitkan Kayu Kokka dengan mukjizat nabi lebih kepada motif perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan akidah.

Dakwaan seperti itu juga boleh membawa kepada syirik dan pendustaan kepada Allah s w t. Allah tidak pernah berjanji dalam al-Quran atau sunnah Rasul bahawa Allah akan memberikan khasiat kepada sesiapa yang memakai kayu berkenaan. Malah ada beberapa hadith yg digunakan dalam risalah mengenai kayu kokka itu adalah hadith palsu.

Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara tersebut mempunyai keupayaan tertentu) telah melakukan syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara’ dan sunnah Rasulullah SAW.

"Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan syirik".. Musnad Imam Ahmad (4/154)

Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan pemakai terhadap benda-benda ini.

Kepercayaan terhadap dakwaan yang dibuat peniaga ini boleh membawa kepada syirik, penyelewengan, khurafat dan karut disamping memalukan umat Islam pada zaman serba maju ini.

Notes : Buat yg berkenaan, sekiranya anda ingin menolak hujah Eddie....tolaklah berdasarkan rujukan yg kuat dari Nas, Hadith, Ijmak dan Qias..dan bukannya bersumberkan pada pendapat sendiri dan logik akal. Sekiranya anda tak pasti, diam itu adalah lebih baik utk anda atau anda dapatkan kepastian terlebih dahulu dr mereka yg berkelayakan di tempat anda sebelum anda menyampaikan hujah anda...

Buat pembuka topik, Ed mintak maaf terlebih dahulu atas gangguan ini. Ed tak akan sentuh kalau hanya melibatkan soal perniagaan tp bila berkait dgn hukum dan akidah..maaf, menjadi tanggungjawab saya sebagai Admin dan sebagai org Islam utk menegurnya..

Wasalam....
mohdnoorad
Awasi unsur syirik jika guna kayu koka..

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka
( Ulasan saya di bawah sekali )

z
Oleh Dato'DrHaronDin

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.

Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Inilah Tasbih Kokka yang berharga RM 400 !!!Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia , disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang p ali ng layak memakai atau menggunakan kayu koka.

Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.

Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.

Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.

Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.

Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.

Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangk ali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.

Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.

Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."

Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

KOMEN SAYA :

Saya telah lama menyatakan berkenaan kekarutan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan bapa kayu kokka Malaysia di Jordan. Dia mengakui tiada sebarang hujjah berkenaan kesohihan dakwaan berkenaan kayu ini.

Malah saya juga telah cari apa jua hadith dalam beratus buah kitab hadith berkenaan kayu ini, juga tiada.

Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya pada tahun 2004. Beliau menyatakan, orang yang percaya kayu ini adalah orang-orang yang jahil sahaja. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah.

Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd M ali k As-Sa'di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain yang berikitikad dengan kehebatan ghaib kayu serta boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan adalah termasuk dalam kategori tangkal yang syirik hukumnya.

Saya juga pernah berbincang personally dengan Dato' Dr Haron Din pada hujung tahun 2004, maka cukuplah saya copykan jawapan beliau di atas.

Dari sudut hukum jual beli

Ringkasnya, penjual kayu ini kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, jualan begini adalah haram tanpa syak lagi.

Penjual kayu ini juga melakukan penipuan apabila menyebut ia kayu tongkat Nabi Musa a.s dan Bahtera Nabi Nuh a.s demi untuk meyakinkan si pembeli, ini adalah satu pembohong di dalam jualan. nabi SAW bersabda :-

إن التجار هم الفجار قالوا يا رسول الله أليس قد أحل الله البيع قال بلى ولكنهم يحلفون فيأثمون ويحدثون فيكذبون

Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : wahai Rasulullah , bukankah Allah telah menghalalkan jual beli , Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong. ( Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Bukhari & Muslim ; Al-Baihaqi)

Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini apabila ia berkempen kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s dan boleh menghadang Jin dan Syaitan. semuanya adalah berupa penipuan semata-mata. Bagi saya, kayu ini boleh membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya.

Mereka juga menaikkan harga kayu murah dari Jordan, Mesir dan Syria ini dengan harga yang mahal kerana kehabatan ghaib kayu ini. Hal ini menyebabkan timbul masalah Shariah dari sudut aqad jual beli pula.

Kayu itu sendiri atau orang yang percaya bermasalah?

Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya.

Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah tentulah neutral, sebagaimana kubur yang disembah, kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah si pemuja.

Justeru, saya tidak menafikan harus hukumnya membeli dan memakai kayu ini dengan TUJUAN HIASAN SEMATA , tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya. Bagaimanapun, sayugialah ia dijauhi juga, kerana apabial sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun anda memakainya hanya untuk kecantikan, ia seperti bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika anda memakainya.

LIhat bagaimana Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

Kempen

Berikut adalah antara bentuk kempen kehebatan kayu kokka ini. Terlalu banyak dakwaan palsu, karut dan boleh membawa syirik di dalamnya :-

ANTARA DAKWAAN PENJUAL BERKENAAN KHASIAT MINYAK KOKKA

1. Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.

2. Sekiranya tidak lena tidur, sapu pada kedua-dua belah kening. Insya-Allah tidur akan lena. (Boleh di jadikan benteng dengan menyapu pada sendi-sendi tubuh badan sebelum tidur setiap malam).

3. Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.

4. Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).

5. Andai terkena santau atau terminum racun, hendaklah diminum dengan air suam. Insya-Allah santau dan racun tersebut akan keluar.

6. Dapat melegakan sakit gigi, sakit kepala, sakit dada, berak berdarah atau angin dalam badan dengan meminum satu sudu teh pagi dan malam.

7. Dapat menawarkan bisa akibat gigitan binatang berbisa (lipan, kala jengking dan lain-lain).

8. Jika sakit sendi atau badan, sapu dan gosok di tempat yang sakit.

9. Jika melecur kerana terkena air atau minyak panas sapukan segera di tempat yang melecur itu.

10. Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.

11. Binatang-binatang berbisa akan menjauhi kita jika kita memakainya.

12. Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.

Sumber : http://www.freewebs.com/adeqanuar/kayukokka.htm

Telah saya sebut dalam artikel lepas berkenaan kepercayaan karut yang merbahayakan aqidah umat Islam. Antaranya adalah :-

Tamimah ( Tan gkal Azimat ) : Tamimah atau tangkal berasal dari perkataan ( أَتَمَّ - يُتِمُّ - تَمِيْمَةً ) : menyempurnakan. Menurut bahasa Tamimah akan menyempurnakan apa yang dimaksudkan. Tamimah (tangkal) telah digunakan oleh orang Arab di zaman jahiliyah untuk tujuan agar terhindar dari sihir atau niat jahat orang lain.

Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.

Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :

مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

Sek ali lagi malang, kerana kebanyakkan penjual kayu ini adalah ustaz-ustaz lepasan Jordan, Syria dan Mesir. Sudahlah ustaz juga yang ramai menjadi kiblat dalam pelaburan haram cepat kaya internet, MLM piramid yang dipenuhi syubhat, k ali ini kumpulan harapan ini sek ali lagi yang menjadi 'imam' dalam penjualan kayu ini. Saya benar-benar sedih dengan fenomena sebegini. Jika para ustaz bermasalah, sudah tentu akan diturunkan masalah itu melalui pengaruhnya kepada anak muridnya. Maka merebaklah gejala tidak sihat di kalangan ummat. La hawla wala quwwata Illa billah.

Moga Al l ah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat
mohamad syamir
QUOTE(mohdnoorad @ Sep 1 2007, 05:20 AM) *

saya bukannya nak mencelah tapi kita memang x harus percaya tentang keistimewaan yang ghaib. hanya mengganggap nya sebagai ubat. macam kita sumer pakai ubat ngan doktor sama lah kokka untuk sakiit perut, gigi, dan sebagainya.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.