Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Iran - Satu2nya Negara Islam Yg Digeruni Israel/us
Mesra.net Forum > Current Issues > Antarabangsa
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6
ctcilok
Malaysia punya org2 kenamaan & menteri xmau dilayan mcm tu. kena 1st class. Tapi Tn. Guru Nik Aziz lain kan....
Mmg berbeza dgn depa tu.
berg
memang president iran nie betul2 merendah diri... bagus gile... bersederhana dalam semua perkara... semoga Allah merahmati orang2 mcm nie... 1 dalam sejuta nak jumpa orang camnie...

Ewan_sn
Eropah, AS bertembung isu sekatan Iran
Tue | Jul 24, 07 | 11:59:33 AM


Rusia dan China, dua ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga kini tidak sehaluan dan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam cara menangani Iran, menghalang sekatan lebih komprehensif terhadap Tehran.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Moscow dan Beijing masih menjadi penghalang utama kepada Washington dalam usahanya mengenakan sekatan lebih menyeluruh ke atas Iran.

Kini, AS terpaksa berdepan cabaran baru dalam kempennya meningkatkan tekanan ke atas Iran. Di Eropah, beberapa institusi kewangan dan bank semakin tertekan dengan desakan AS supaya mengurangkan atau menamatkan aktiviti di Iran.

AS telahpun mempunyai undang-undang yang membolehkan tindakan dikenakan ke atas syarikat asing yang melabur melebihi AS$40 juta dalam pembangunan sumber petroleum di Iran. Kini, kongres AS sedang berusaha meningkatkan lagi tekanan ke atas syarikat yang berurusan di Iran.

Majlis Keselamatan PBB telah mengenakan sekatan ekonomi dan perjalanan ke atas Iran yang agak terhad. Sekatan yang lebih menyeluruh sehingga kini tidak dapat dikenanakan kerana tidak dipersetujui Rusia dan China.

Melalui undang-undang baru yang sedang dicadangkan, Iran boleh menghadapi tekanan teruk walaupun tanpa sekatan PBB. Tom Lantos, pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Dewan Perwakilan AS dilapor berkata, "Matlamat kita ialah pelaburan asing sifar (di Iran.)"

Cadangan baru itu menimbulkan kemarahan institusi kewangan dan bank Britain dan Eropah yang telah menjadi mangsa tekanan Washington itu. isu ini mungkin boleh berlanjutan sehingga mendorong Eropah bertindak balas.

Tindakan keras ini mampu menjejaskan hubungan AS dengan sekutunya di Eropah, terutama Britain yang marah kerana aktiviti banknya di Iran diambil alih oleh syarikat Eropah lain yang tidak tunduk kepada tekanan AS. Eropah kini sedang melobi menentang rang undang-undang itu daripada diluluskan. Kempen mendesak bank asing berurusan di Iran ini juga dilakukan secara senyap-senyap oleh Washington, untuk cuba tidak menjejaskan hubungan dengan Eropah.

Tekanan Washington telah terbukti mampu mendatangkan kesan yang dikehandaki, lebih daripada apa yang mampu dihasilkan daripada sekatan PBB. Beberapa institusi kewangan dan bank Eropah telah mengurangkan atau menamatkan aktiviti mereka di Iran. Tetapi Washington mahu tekanan lebih kuat dikenakan.

Kebanyakan bank terbabit turut mempunyai cawangan di AS, yang tertakluk kepada tindakan yang boleh menjejaskan mereka.

Mei tahun lalu, semasa kempen ini baru dimulakan, empat bank terbesar Eropah, UBS, Credit Suisse, ABN Amro dan HSBC mula mengurangkan aktiviti di Iran, dan mendedahkan aktiviti mereka di negara itu. Bank-bank tersebut berdepan risiko dikaitkan dengan perlanggaran undang-undang antiterorisme dan perbankan. Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, institusi kewangan terbabit boleh dikaitkan dengan bekerjasama dengan rejim yang menyokong terorisme.

UBS dari Switzerland dan ABN Amro dari Belanda pernah didenda masing-masing AS$100 juta dan AS$80 juta kerana berurusan dengan Iran dan Libya, melanggar sekatan ke atas negara tersebut.

Sejak itu, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Negara AS meneruskan dan meningkatkan kempen menghalang institusi kewangan dan bank Eropah daripada berurusniaga di Iran, walaupun dilaporkan Jabatan Negara tidak bersetuju dengan langkah terbaru meningkatkan tekanan terhadap Eropah.

Sekarang, lebih 40 institusi kewangan dan bank dari seluruh dunia termasuk bank besar Eropah seperti Standard Chartered dari Britain dan Commerzbank dari Jerman telah menghentikan atau mengurangkan operasi di Iran, dan mendatangkan kesan yang dikehendaki AS.

Menurut laporan media, ada pemerhati berpendapat disebabkan harga minyak tinggi yang merupakan sumber pendapatan kerajaan Iran, kesan halangan itu tidak seberapa. Tetapi, kemudian dilaporkan tindakan itu telah menyukarkan import dan menghalang kemasukan pelabur ke Iran.

Pentadbiran George W Bush juga pernah mengeluarkan amaran kepada syarikat yang melabur dalam sektor minyak dan gas di Iran. Peminggiran Iran dari sistem perdagangan global melalui cara ini mampu mendatangkan kesan, antaranya kerana melibatkan banyak pihak.

Bagaimanapun, Iran tidak berdiam diri menghadapi tekanan AS ini. Satu tindakan Tehran ialah mengurangkan peranan dolar AS sebagai matawang perdagangan minyak. Terbaru, sebuah syarikat Jepun telah bersetuju untuk berurusniaga dengan Iran menggunakan matawang yen, mengurangkan pegangan dolarnya. Iran sebagai salah sebuah negara pengeksport minyak utama dunia mampu mengajak negara yang membeli sumber minyaknya untuk tidak menggunakan dolar.

Walaupun berdepan tekanan, Rusia, China dan beberapa negara lain seperti Perancis terus mahu terlibat dalam sektor tenaga Iran, atas alasan keselamatan bekalan tenaga yang perlu diutamakan untuk kepentingan negara. Walaupun dikenakan sekatan, banyak pihak mahu melabur di Iran kerana sumber minyaknya yang banyak.

Hal ini memperlihatkan cabaran kepada AS yang sering mengaitkan perdagangan dengan politik, dan negara-negara sekutunya yang mahu bekerjasama dengan AS tetapi tidak mahu mengorbankan terus peluang pelaburan di Iran.

AS telah berjaya mencapai beberapa matlamat melalui kempen ini, tetapi turut disertai tentangan yang semakin kuat dari sekutunya di Eropah. Masa akan menentukan setakat mana tentangan Eropah ini. - mks.



Ewan_sn
Pembangunan ketenteraan Iran: Kesilapan dasar luar Amerika?
Mon | Jul 30, 07 | 11:25:00 AM


Usaha berdikari Iran di bidang ketenteraan mula menampakkan kejayaan dengan menghasilkan kelengkapan untuk hampir kesemua cabang perkhidmatan angkatan bersenjatanya.


Usaha yang sudah dirintis hampir dua dekad itu memberi gambaran baik terhadap pengukuhan republik itu dari segi menyediakan terknologi sesuai dan pelbagai kelengkapan yang dapat memenuhi keperluan tentera udara, darat dan laut.

Sehingga kini kelengkapan yang dikeluarkan termasuklah peluru berpandu darat ke udara Shahab Thageb, pelancar roket berganda FAJR-3, sistem komunikasi, kereta kebal dan perisai, artileri, peluru meriam, senjata anti-kereta kebal, mortar serta kapal perang dan bot.

Dalam konteks pembuatan pesawat, industrinya sudah dimulakan hampir lapan dekad setengah lalu menerusi Iran Aircraft Manufacturing Industries Company (Hesa) yang lokasinya 28 kilometer dari Bandar Isfahan.

Menerusi kerjasama dengan syarikat asing dari Ukraine, pesawat penumpang 52 tempat duduk dikenali Iran-140 berjaya dikeluarkan. Sejak pertengahan 90-an, kajian terus dilakukan bagi menghasilkan pesawat untuk pertahanan termasuk kegunaan maritim bagi tujuan rondaan laut.

Pada 2004 prototaip Iran 140 M berjaya dihasilkan dan masih diuji untuk memenuhi piawaian eskport.

Untuk jenis pertahanan dan menyerang, pesawat Shagheb dibangunkan. Sekalipun bentuknya tidak aerodinamik sebagaimana pesawat pejuang genarasi keempat Barat seperti Raptor, Rafale dan Eurofighter, tetapi kemampuannya mampu mencabar keupayaan taktikal sesetengah pesawat.

Teheran mendakwa, Sagheh mampu mencabar pesawat F-16, generasi keempat buatan Amerika.

Sagheh boleh melancarkan roket serta menggugurkan bom seberat 900 kilogram kawalan jauh yang mengguna teknologi laser. Selain itu pesawat turut dilengkapi radar terkini. Sukar dipastikan sama ada pesawat ini dimodifikasi atau versi import yang dilakukan perubahan.

senjata antipesawat

Kebelakangan ini beberapa perkembangan muncul apabila Iran mempamerkan perolehan baru senjata antipesawat dan antikereta kebal yang mempunyai sistem pandu arah lebih tepat serta keupayaan jarak berkesan memusnah sasaran. Selain itu terdapat pesawat unik yang dapat melakukan manuver beberapa meter dari paras laut dikenali pesawat hidra (hydra plane). Pada 2004 Kementerian Pertahanan pernah mengumumkan kejayaan menghasilkan sejenis peluru berpandu yang boleh mengelak dikesan oleh radar pengesan elektronik.

Peluru berpandu tersebut dinamakan Kausar yang mampu mencari sasaran menggunakan sistem imej terutama kapal serta pesawat yang sedang bergerak. Peluru berpandu tersebut tergolong jenis jarak dekat yang direka khas untuk dilancar dari bot laju dan helikopter. Sementara itu jenis peluru berpandu yang terdapat dalam inventori ialah Hab-3 yang boleh mengenai sasaran sejauh 1300 km. Jarak sejauh ini menimbulkan kebimbangan tercetus konflik kerana boleh sampai sasaran di Israel.

Kebimbangan Tel Aviv kian meningkat apabila Teheran mengumumkan untuk membangunkan program pengkayaan uranium sehingga perang psikologi dilancarkan oleh media massa bagi membina 'ketakutan' tentang ancaman yang boleh ditimbulkan bahawa Iran sedang bersiap-sedia membangunkan senjata nuklear.

Menerusi serangan psikologi awal ini Israel berusaha membina landasan kukuh menarik fokus Amerika seterusnya dapat mempengaruhi pendirian sekutu utamanya di Eropah tentang bahaya dan ancaman sebenar yang mampu dilakukan Iran.

Israel mahu Iran diserang

Israel mahukan tapak loji di Busher dan Natanz diserang selain infrastruktur berkaitan yang dapat membantu pembangunan senjata nuklear turut dimusnahkan.

Ditinjau aspek kemajuan, apakah faktor yang mendorong penghasilan kelengkapan ketenteraan?

Pada dekad 8 0-an kedudukan Iran adalah kritikal selepas Iraq melancar perang. Inventori bekalan senjata hampir habis apabila negara Barat yang diketuai Amerika menyokong kempen perang Iraq dan mengenakan pelbagai sekatan mandatori. Harapan Washington, menerusi dasar pemencilan Teheran akan lemah kerana kekurangan rakan diplomatik dan pemencilan di kalangan negara-negara serantau, sedangkan kedudukannya adalah strategik di pintu masuk Selat Hormuz di Teluk Parsi-tempat laluan lebih 60 peratus bekalan minyak dunia. Semasa tempoh sukar tersebut langkah diambil memulakan rancangan berdikari.

Teheran terpaksa menukar strategi pada pertengahan 8 0-an dengan menggunakan "ombak tentera" iaitu mengerah bilangan yang ramai dalam satu-satu misi. Kelemahan Iran juga ketara apabila Iraq melancarkan perang antara kota kerana ia memiliki bekalan peluru berpandu terlalu sedikit untuk membalas serangan Iraq yang dilakukan terhadap bandar-bandar. Dalam tempoh tujuh minggu pada 1988 daripada 1,500 peluru berpandu yang dilancarkan, 70 peratus adalah oleh Iraq.

Semasa kesukaran ini Teheran mengambil peluang menjalinkan kerjasama dengan Rusia. Sepanjang 1988-1991 perbelanjaan mendapatkan senjata Rusia berjumlah AS$4,8 00 juta selain AS$4,500 juta dari China.

China terbabit melatih juruteknik untuk mengeluar peluru berpandu Scud B dan Frog (free round over ground) menggunakan lesennya. Teheran menjadi pelanggan asing China pertama, seterusnya membolehkannya mengeluarkan peluru berpandu Oghab (40 km), Nazeat dan Shahin-2 berkeupayaan 100-130 kilometer.

Sejak 2004, Iran mendakwa mempunyai peluru berpandu yang boleh dilancarkan ke sasaran mencecah 2000 kilometer sekali gus menambahkan kekuatan ketenteraannya. Jarak sejauh itu boleh ditujukan terhadap Israel dan kawasan tenggara Eropah. Teheran menegaskan, peluru berpandu tersebut hanya untuk pertahanan dan akan digunakan untuk membalas serangan terhadap kemudahan nuklearnya.

Peluru berpandu Shahab 3 (tahi bintang dalam bahasa Parsi) dengan kemampuan jarak 1300 kilometer membolehkan mengenai mana-mana kawasan Israel. Jarak ini juga turut mengancam pangkalan tentera Amerika yang bertaburan di Asia Barat.

program tenaga nuklear

Shahab 3 diumumkan untuk pertama kali ketika kemelut perang mulut Iran-Israel semasa berdepan tekanan antarabangsa memuncak berhubung program tenaga nuklearnya. Peluru berpandu tersebut sudah diuji sejak 1999 dan boleh dilancar dari tapak kawasan pedalaman menerusi pelancar mudah alih. Pelancar mudah alih memberi kelebihan kerana mobilitinya dapat diubah-ubah walaupun mampu dikesan melalui debu atau asap ditempat pelancarannya.

Pada 2006 satu lagi peluru berpandu berjaya diuji dengan kebolehan mengelak radar dan mengenai beberapa sasaran serentak menggunakan kepala peledak berganda. Peluru berpandu Fajr-3 atau "Kemenangan" boleh sampai ke Israel dan pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah.

Apa-apa pun kemajuan yang dicapai, kecenderungan masih mengarah kepada sokongan yang diberikan oleh China dan Korea Utara sebagaimana sering didakwa Barat. Misalnya enjin Shahab 3 dibeli dari Korea Utara melepasi ujian, tetapi ujian membabitkan enjin buatan Iran menggunakan teknologi Pyongyang gagal.

Shahab 3 dikaitkan versi peluru berpandu Nodong-1 Korea Utara tetapi diperbaiki menggunakan teknologi Rusia. Negara tersebut menyediakan kemudahan terowong angin yang menjadi komponen penting untuk pengilangan peluru berpandu.

Terdapat juga ura-ura Korea Utara akan mengeksport peluru berpandu jarak jauh Taepongdong 2 (6,000 kilometer) kepada Iran dan bekerjasama membangunkan kepala peledak (warhead) peluru berpandu dengan Pyongyang. Komponen kelengkapan Taepongdong 2 yang dieksport dipasang di kilang berdekatan Teheran.

Sehingga ini Iran dikaitkan dengan bantuan Rusia untuk menghasilkan peluru berpandu Shahab 4 yang berupaya ke sasaran 2,000 km.

Bagi versi jarak dekat Fateh A-110 dikatakan dibangunkan bersama China. Peluru berpandu ini menggunakan roket yang dijana oleh minyak sepenuhnya berkeupayaan ke sasaran 110 kilometer berasaskan model peluru berpandu DF-11A China yang memiliki kemampuan sehingga 400 kilometer. Sejenis lagi yang turut digerakkan oleh bahan api petroleum ialah Zelzal-2 yang jaraknya mencapai 200 kilometer.

peluru berpandu

Terdapat penilaian tersendiri yang diberikan tentang usaha membangunkan peluru berpandu. Permulaannya, peluru berpandu dibeli dari Rusia dan mengkajinya sehingga menghasilkannya sendiri senjata yang dikenali Shahab 1. Dengan ketinggian 10 meter peluru berpandu ini boleh menghantar kepala peledak satu tan sejauh 320 km. Kajian lanjutan dibuat untuk membolehkannya mencapai jarak sehingga 400 km menerusi ujian sepanjang 1994, 1999 dan 2001.

Bukan sekadar itu, usaha digandakan untuk menghasilkan keluarga peluru berpandu baru dan lebih berkuasa yang dipanggil Shahab 3 berasaskan model Korea Utara. Wujud pandangan lain, usaha bersungguh-sungguh menghasilkan peluru berpandu yang cukup berkuasa bertujuan melancar satelit ke angkasa atau kepala peledak antara benua. Sama ada membina angkatan roket, membeli atau membina satelit, negara tersebut menerima bantuan teknikal bukan sahaja dari China dan Rusia bahkan India, Itali dan Korea Utara. Sehingga kini hanya Israel sahaja di Asia Barat yang mampu melancar satelit ke orbit.

Untuk mengesahkan kemampuan sebenar, fokus diberikan kepada latihan tentera dengan meneliti dan menganalisa formasi, koordinasi, strategi dan senjata yang digunakan. Lebih khusus perhatian ditumpukan terhadap peluru berpandu yang digunakan sebagaimana latihan pada Januari lalu untuk penelitian lebih rapat kemajuan yang dicapai industri senjata Iran.

Dalam beberapa latihan tentera Pengawal Revolusi memberi penekanan kepada atur gerak serangan peluru berpandu untuk menguji keberkesanannya menerusi siri latihan sejak kebelakangan ini. Amerika percaya Teheran melancarkan perang psikologi dengan melebih-lebihkan kemampuan sebenar peluru berpandu jarak dekat seperti Zelzal, Fajr-3 dan Fajr-5 yang dikatakan mempunyai kemampuan mengelak radar dan kepala peledak berbilang.

Sehubungan itu latihan dan ujian peluru berpandu Iran, data berterusan dikumpul menerusi perkhidmatan pelantar perisikan kapal terbang, UAV dan satelit. Israel pula memperkemas kemampuan dengan menguji sistem penangkis peluru berpandu Arrow yang dibiayai lebih 90 peratus perbendaharaan Amerika.

Sekiranya sistem mencapai tahap dikehendaki bererti Israel menjadi satu-satunya negara yang menggabungkan dua sistem peluru berpandu penangkis: Patriot dan Arrow dalam doktrin pertahanan siap sedia! Sejak pentadbiran Bill Clinton lagi sudah dijanjikan perkongsian maklumat yang diperoleh oleh satelit, bahkan dalam isu yang dianggap 'remeh' ketika itu untuk menyediakan perisai perlindungan daripada serangan roket Hizbullah.

Dalam kaitan keseluruhan terdapat pandangan berlawanan dengan dakwaan Menteri Pertahanan Iran, Ali Samkhani yang disiarkan pada 2002 pernah menyatakan 'Iran mampu membangunkan apa-apa saja dan tidak memerlukan bantuan sumber asing seperti China dan Rusia'.

China telah beberapa kali diminta Amerika menghentikan kerjasama dengan negara yang disenaraikan Jabatan Negara "negara jahat" kerana kebimbangan perolehan teknologi dan kelengkapan yang akan mengancam mereka.

Menerusi gambaran secara umum, persediaan dilakukan Teheran adalah melengkapkan sistem pertahanan demi menjaga keselamatan yang pastinya sukar sekiranya terus bergantung kepada pihak lain.

Akses keselamatan adalah maruah dan sekalipun masih banyak kekurangan, usaha terus digandakan untuk mempertingkat perolehan dan keupayaan. Peningkatan usaha ini merisaukan bukan sahaja Amerika bahkan Israel yang melancarkan pelbagai lobi memburuk-burukkan Iran.
revolt
iran ni mmg kuat..
sbb mereka adalah bangsa parsi..
bangsa ni begitu patriotik dan sanggup berkorban..
Ewan_sn
Iran keluarkan jet pejuang pertama

TEHERAN, Iran 6 Ogos - Iran telah memulakan pengeluaran pertama pada skala industri jet pejuang buatan sendiri Azarakhsh, dalam usahanya menjadi sebuah negara yang kendiri dalam mengeluarkan peralatan ketenteraan.

“Pesawat Azarakhsh dibuat oleh pakar-pakar Iran dan ia telah mencapai tahap pengeluaran skala industri,” lapor televisyen kerajaan yang memetik Menteri Pertahanan Iran, Mostafa Mohammad sebagai berkata.

Berdasarkan kepada laporan sebelum ini, Azarakhsh atau “Kilat” yang telah diuji pada tahun lepas, direka untuk sokongan udara jarak dekat.

Selepas berdekad lamanya bergantung kepada senjata buatan asing, Iran menyatakan bahawa negara itu telah berjaya meningkatkan kemampuan pengeluaran senjata sendiri dan mendakwa eksport tahunan peralatan ketenteraannya kepada lebih 50 buah negara bernilai lebih RM346.5 juta (AS$100 juta).

Mostafa turut mengumumkan bahawa Iran merancang mengeluarkan lebih banyak pesawat yang lebih maju.

– AP
Ewan_sn
Azarakhsh (Lightning)


Iran was not known to have possessed advanced technology to build fighter planes or tanks. However, In April 1997 Iranian Brigadier General Arasteh, a deputy head of the General Staff of the Armed Forces (serving under Major General Ali Shahbazi, the joint chief of staff) claimed that Iran had successfully designed, constructed, and tested its first fighter aircraft, the Azarakhsh(Lightning). According to one theory, Iran cobbled together an aircraft by reverse-engineered elements from a number of other aircraft. Evidently a modified F-5, this Iranian design evolved from an examination of the wide variety of fighter aircraft in Iran's inventory [which include both the F-4 and F-5], along with training and experimentation.

A scaled-up version of the US Northrop Grumman F-5f Tiger, Azarakhsh features shoulder mounted air intakes. It is said to be a 10- to 15- percent larger than the F-5. It incorporates an Iranian-designed radar, but with some of the avionics modules actually of Russian design.

Brigadier General Arasteh stated in April 1997 that the "production line of this aircraft will begin work in the near future." And Iranian officials announced in September 1997 that Iran had started mass producing its first locally-designed fighter-bomber. In February 1999 commander of the Air Force Brigadier-General Habibollah Baqaei offered a report on the achievements of the air force. He said the Air Force had made great progress since the victory of the Islamic Revolution in the operational, technical, educational and research fields and in manufacturing fighter planes of Azarakhsh and training plane of Tondar as well as radar receivers and is strong enough to defend the air-space of the Islamic Republic of Iran. In June 1999 it was reported that Iran had begun series production of the Azarakhsh. As of 2000 only four examples of the Azarakhsh were thought to be in existence, and series production was expected to start in 2001. As of 2001 there were six in inventory, with a production schedule established for 30 aircraft over the following three years.
Ewan_sn


IAMI Azaraksh (Lightning)
Ewan_sn
Kenapa Iran lebih maju dari Malaysia?
rostamno1
QUOTE(Edirossa @ Aug 14 2007, 11:04 PM) *


IAMI Azaraksh (Lightning)


nampak macam F 18 & F 5 US.... kalau Iran boleh tiru ... dah kira bagus sgt ...

Drizzt
ari ni kuar paper the star US nak mark Iran Guard as terrorist ...

takde keje betul barua tuh ..
HangPC2
QUOTE(Drizzt @ Aug 16 2007, 08:32 AM) *
ari ni kuar paper the star US nak mark Iran Guard as terrorist ...

takde keje betul barua tuh ..



Giler aper US nih Habis tuh Pengawal Kebangsaan kat US tuh maknanya Penganas lah yer....
HangPC2
Iran to Start Production of Intelligent Bombs in Days


TEHRAN (Fars News Agency)- The production line for manufacturing an Iran-made intelligent bomb called 'Ghased' will launch operation next week.


The Iranian defense ministry said that it will start production lines for manufacturing other military tools and arsenals next week on the occasion of the Week of Government.

The 2000-pound bomb, equipped with an intelligent guiding system, is produced by few countries due to the advanced technical know-how required for its production and Iran is the last in the chain of countries which have succeeded in developing the technology.

Ghased has been successfully test fired by such fighter jets as F4 and F5.











HangPC2
QUOTE(Edirossa @ Aug 14 2007, 11:04 PM) *


IAMI Azaraksh (Lightning)



IAMI Azaraksh (Lightning)





Ewan_sn
Russia hantar bahan api nuklear ke Iran


TEHERAN: Bahan api diperkayakan uranium sudah sedia diangkut dari Russia ke loji kuasa nuklear pertama Iran, lapor televisyen semalam yang memetik Menteri Luar Iran sebagai berkata.

Pengumuman itu dibuat selepas rundingan di Moscow antara menteri berkenaan, Manouchehr Mottaki dan ketua nuklear Russia, Sergei Kiriyenko, bagi menunjukkan kelewatan dalam menyempurnakan Bushehr, loji kuasa bersama Iran dan Russia.

“Bahan api nuklear untuk loji kuasa ini diperiksa dan diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sudah sedia. Kita melihat aliran kerjasama antara Iran dan Russia semakin menuju ke loji kuasa Bushehr,” badan penyiaran memetik Mottaki sebagai berkata kelmarin.

Projek berkenaan, loji kuasa nuklear pertama Iran, dilanda siri kelewatan disebabkan masalah pembayaran pada pihak Iran, menurut Russia.

Teheran, bagaimanapun menegaskan ia disebabkan Moscow terjebak dalam tekanan Barat supaya menghentikan projek itu.

Amerika Syarikat menegaskan bahawa program nuklear Iran adalah bagi melindungi usaha negara itu menghasilkan senjata dan menggesa sekatan dikenakan, tetapi Teheran menyangkal dakwaan itu dan menegaskan ia cuma mahu menguasai teknologi bagi memenuhi keperluan kuasa pada masa depan.

Ketika Russia terus membantah desakan Amerika mengenakan sekatan lebih keras terhadap Teheran, pegawai Russia menunjukkan rasa tidak senang dengan keengganan Iran membekukan usaha memperkayakan uranium sendiri.

Seorang diplomat Russia bulan lalu berkata, bahawa Moscow memberi amaran kepada Teheran ia tidak akan membekalkan bahan api ke loji itu kecuali Iran mendedahkan rahsia mengenai aktiviti atom yang disyaki sebelum ini.

Sejak itu, IAEA melaporkan kerjasama dari Iran berhubung programnya. Pegawai Russia berkata, loji itu tidak akan dibuka sehingga enam bulan selepas bahan api itu diserahkan. – AP


Ewan_sn
Iran pamer senjata baru - Lancar peluru berpandu jangkau sasaran 1,mega_shok.gif0 kilometer


TRAK tentera membawa peluru berpandu jarak jauh terbaru Iran, Ghadr atau `Kuasa’ yang boleh mencapai jarak 1,8 00 kilometer sewaktu perarakan tahunan sempena memperingati perang Iran-Iraq di Teheran, semalam. – AFP.
--------------------------------------------------------------------------------

TEHERAN 22 Sept. – Iran hari ini mempamerkan peluru berpandu jarak jauh terbaru pada satu perarakan tentera sempena ulang tahun perang Iran-Iraq.

Peluru berpandu yang dinamakan Ghadr atau ‘Kuasa’ itu dikatakan mampu mengenai sasaran pada jarak sehingga 1,mega_shok.gif0 kilometer.

Ia dihasilkan untuk mengganti peluru berpandu sebelum ini, Shahab-3 yang dikatakan mampu mencapai jarak sehingga 1,300 kilometer.

Iran kini berdepan dengan tekanan antarabangsa berhubung pembangunan program nuklear yang didakwa oleh Barat sebagai usaha republik Islam ini untuk membangunkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, Teheran menafikan terdapat rancangan untuk melancarkan serangan ke atas negara lain tetapi “akan bertindak sekiranya negara ini diserang”.

“Iran adalah sebuah negara yang berpengaruh di rantau ini dan dunia harus mengetahui bahawa kekuatan yang dimiliki adalah untuk menegakkan keamanan, kestabilan, menguatkan semangat Islam serta keadilan,” kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad sewaktu berucap pada perarakan itu.

Trak tentera yang melalui kawasan perarakan berhampiran makam pemimpin revolusi, Ayatollah Khomeini itu, turut membawa slogan anti-Amerika dan Israel.

Ia turut membawa sepanduk yang menyentuh mengenai penghapusan negara Israel dari peta dunia.

Sementara itu, komander tentera udara Iran berkata, terdapat rancangan untuk menyerang Israel dengan jet pejuang sekiranya negara Yahudi itu melancarkan serangan terlebih dahulu ke atas Iran berhubung isu nuklear.

Menurut beliau, pelan ini dibuat setelah Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner sebelum ini menegaskan bahawa perang perlu dilancarkan terhadap Iran jika ia terus mengabaikan tekanan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera elit Iran turut memberikan amaran kepada Washington bahawa jika berlaku serangan, pangkalan AS di Afghanistan dan Iraq akan dijadikan sasaran kerana ia terletak dalam jarak yang boleh dicapai oleh peluru berpandu negara ini.

– AFP
arwenia
dinyatakan kedatangan dajal itu akan disambut oleh 70,000 tentera Yahudi..
adakah benar Amerika tentera Yahudi itu akan dapat menawan Iran.. yang dilokasikan tempat kewujudan Dajal?
jusuh77


clapping.gif

Boikot Dolar jika Iran Di serang guna Dinar Emas Islam sebagai matawang perdagangan dunia
HangPC2
Iran shows off new fighter planes

Two fighter planes from the Azarakhsh (Thunder) fighter generation were successfully tested in Tehran at the presence of Defense Minister Brigadier General Mostafa Mohammad-Najjar Thursday morning (20/9/2007).


IAMI Azaraksh (Lightning)





IAMI Saeqeh (Thunderbolt)




HangPC2
IAMI Shafagh


Coming Soon - I.R Iran ''New'' 5th Generation Jet Fighter






kasuke
Malaysia pun kena banyak belajar dari IRAN...
HangPC2
dari artikel akhbar turki

Malaysialized in 10 years, whereas Malaysia will become a new Iran in the same period of time. If we are to trust this claim, it’s incumbent upon us to conclude that Turkey, which hasn’t Iranized in the last 30 years, will indeed Iranize in 20 years time via Malaysialization


Ewan_sn
Faktor Iran kian lantang
Oleh MOHD. IZANI MOHD. ZAIN
Pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


APABILA Iran bersuara, pasti mesej yang disampaikan mendapat perhatian istimewa sama ada pihak Barat mahupun Islam sendiri. Apa yang pasti, kadangkala, vokal Iran mengatasi suara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Dalam menangani isu-isu membabitkan kepentingan umat Islam yang selalunya lebih cermat menyuarakan pandangan mereka.

Maka, tidak hairanlah, kedatangan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke Amerika Syarikat baru-baru ini mendapat bantahan daripada masyarakat di sana.

Hakikatnya, kemunculan suara dan kekuatan Iran dalam polemik hubungan antarabangsa bukanlah perkara yang baru ia tidak bermula dengan isu nuklear yang memuncak mutakhir ini. Sebaliknya, Iran telah sekian lama menjadi tumpuan dunia sama ada melihatnya sebagai sahabat dan tidak kurang musuh yang amat berbahaya.

Iran merupakan sebuah negara yang dekat di hati umat Islam meskipun secara fizikalnya, ia agak berjauhan terutama bagi negara yang terletak di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Namun, kemampuan Iran menjadi nukleus atau tumpuan terhadap perkembangan kebangkitan Islam tidak boleh dinafikan sama sekali. Contoh yang paling jelas ialah bagaimana Revolusi Iran pada tahun 1979 telah berjaya mengeksport idea-idea politik Islam ke negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia.

Kebangkitan

Revolusi tersebut ternyata telah mempercepatkan fasa kedua gelombang kebangkitan Islam yang bermula sejak tahun 1970-an lagi. Jika pada awalnya, umat Islam mengisi tuntutan kebangkitan Islam dengan menumpukan ibadah-ibadah khusus sahaja seperti sembahyang, puasa, zakat dan menunaikan fardu haji, Revolusi Iran telah meluaskan skop kebangkitan Islam kepada soal yang lebih besar seperti kuasa politik dan kepimpinan negara.

Bagaimanapun, kebangkitan Islam yang dipelopori oleh Iran dilihat secara ragu dan berhati-hati oleh rata-rata negara Islam kerana tunjang kejayaan Revolusi Iran 1979 adalah kebangkitan rakyat dan paling utama, ia tidak mengambil pendekatan demokrasi seperti pilihan raya. Kepimpinan ulama yang ditawarkan selepas Revolusi Iran juga menimbulkan kontroversi dan kekhuatiran; kemungkinan corak kepimpinan tersebut akan mengongkong kebebasan dan bersifat ekstrem. Justeru, Revolusi Iran lebih ditanggapi secara negatif berbanding positif.

Keampuhan Revolusi Iran ternyata merumitkan agenda Islam seluruh dunia. Buktinya, negara-negara Islam selepas itu yang cenderung ke arah kebangkitan Islam dikaitkan dengan agenda revolusi. Algeria pada sekitar tahun 1992 misalnya, turut dilabelkan sebagai “The little Iran” hanya semata-mata apabila parti Islam FIS (Front Islamique Salvation) memenangi pilihan raya. Label tersebut memang berjaya melumpuhkan kebangkitan politik Islam apabila kemenangan FIS dibatalkan dan pemerintahan negara diambil alih oleh golongan tentera.

Pengaruh Revolusi Iran di Malaysia turut dirasai. Seperti negara-negara Islam yang lain, revolusi itu turut dilihat secara ragu. Ada yang menolak revolusi dan tidak kurang yang menerimanya. Bagi yang menerima, mereka berpendapat idea revolusi itu boleh diadaptasi dalam isu kebangkitan Islam di Malaysia, cuma pendekatannya tidak boleh ditiru mentah-mentah kerana negara masih lagi sesuai melaksanakan pendekatan demokrasi dan bukannya konfrontasi.

Kemenangan Muhamad Khatami untuk jawatan Presiden pada tahun 1997 telah membuka lembaran baru bagi Iran. Barat melihat kemenangan Khatami itu sebagai satu anjakan paradigma baru bagi Iran untuk keluar dari kepompong atau bayang-bayang Revolusi Iran. Malah, media Barat menyifatkan Khatami sebagai ‘tokoh demokrasi Islam’ yang mampu memperkenalkan nilai-nilai demokrasi seperti kebebasan di Iran.

Apa yang pasti, Khatami mempunyai imej yang berbeza dari ulama-ulama tradisi di Iran. Beliau yang dianggap tokoh berfikiran sederhana mendapat sokongan padu rakyat terutama daripada golongan muda yang rata-rata mahukan kebebasan dari kongkongan revolusi.

Khatami turut mengambil langkah berani dengan membuka jalan diplomatik dengan Amerika Syarikat apabila beliau berkunjung ke negara itu.

Kunjungan tersebut telah mengakhiri permusuhan Iran dan Amerika Syarikat selama 19 tahun. Malahan, ia turut memberi maksud yang mendalam bagaimana Iran di bawah pimpinan Khatami tidak mahu lagi mengambil sikap tutup pintu, sebaliknya hubungan Iran dengan negara-negara luar harus dipertingkatkan. Dialog antara Iran dan Barat cuba diperkenalkan secara serius semasa pemerintahan Khatami.

Pendekatan liberal Khatami tidak tertumpu dalam soal politik dan kuasa semata-mata, malah turut berlaku dalam soal hiburan dan sosial. Buktinya, filem-filem Hollywood yang dulunya menjadi bahan larangan, kini (versi DVD dan VCD) dibawa masuk ke Iran untuk ditonton oleh masyarakat di sana. Ini termasuk filem muzikal terkenal Evita, lakonan Madonna dan Antonio Banderas. Selain filem, buku dan majalah terbitan Barat yang dulunya diharamkan, telah mula mengisi toko-toko buku.

Banyak pihak mengalu-alukan pendekatan liberal Khatami ini. Malah pembaharuan yang dilakukan oleh beliau yang mendapat sokongan golongan muda ini disifatkan sebagai gelombang baru sejak Revolusi Iran 1979. Gelombang kedua (baru) revolusi ini dianggap menjanjikan lebih kebebasan dalam banyak bidang seperti politik dan bersuara.

Radikal

Bagaimanapun, seperti mana pandangan majalah The Economist keluaran 21-27 Julai 2007, usaha Khatami gagal diteruskan kerana beliau mendapat tentangan daripada golongan ulama radikal dan konservatif yang mendapat kedudukan tinggi dan istimewa di Iran selain menguasai parlimen di sana. Doktrin ‘velayat-e-faqih’ yang meletakkan golongan ulama pada kedudukan ampuh sering kali menjadi halangan kepada Khatami untuk membuat sebarang pembaharuan terutama yang melibatkan pindaan perlembagaan.

Perjuangan Khatami untuk mendukung nilai-nilai demokrasi di Iran ternyata satu jalan yang sukar dan berliku-liku. Tekanan yang diberikan daripada golongan ulama konservatif cukup kuat sehingga kemuncaknya, menyebabkan golongan moderat atau sederhana termasuk Khatami memboikot pilihan raya Presiden tahun 2005.

Pemboikotan itu telah memberi jalan yang mudah kepada golongan konservatif dan akhirnya Ahmadinejad berjaya memegang jawatan Presiden tanpa sebarang masalah.

Kemunculan Ahmadinejad dalam kancah politik Iran telah mewarnai gelombang politik dunia dengan retorik beliau yang amat berani tanpa berselindung. Beliau yang dianggap pemimpin Islam paling lantang masa kini pernah mengkritik isu Holocaust yang digembar-gemburkan oleh Barat sebagai propaganda semata-mata yang mahu menghalalkan darah atau perang ke atas umat Islam.

Bukan itu sahaja, Ahamadinejad baru-baru ini dikatakan cukup berani untuk tidak teragak-agak menyerang Israel jika negaranya terlebih dahulu diserang. Retorik beliau yang berapi ini pastinya membuka mata Barat terutama Amerika Syarikat dan Israel bahawa masih terdapat suara dunia Islam yang berani dan lantang sekali gus mampu mencabar hegemoni mereka. Malah, Iran mengakui tekanan antarabangsa termasuk sekatan ekonomi tidak mampu menggugatnya, kerana negara itu boleh ‘hidup’ tanpa bantuan Barat dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat harus berfikir berkali-kali jika mahu menyerang Iran. Selepas kegagalan misi di Iraq serta berperang dengan jumlah hutang yang banyak, negara polis dunia itu wajar menilai kesilapan diri sendiri. Namun, melihat dari segi sejarah, Amerika Syarikat sanggup melakukan apa sahaja untuk survivalnya. Jika tidak boleh bertindak sendiri, mereka akan menggunakan segala proksi yang ada demi menghalalkan tindakannya itu.

Apa yang pasti, Iran tidak akan berbuat apa-apa melainkan negara itu diserang terlebih dahulu. Langkah ini amat bertepatan konsep peperangan dalam Islam bahawa umat Islam dilarang bertindak (menyerang) melainkan mereka diserang. Dan begitulah janji Ahmadinejad kepada dunia dan kita semua.
Ewan_sn
Rusia tentang tindakan ketenteraan terhadap Iran



MAHMOUD Ahmadinejad (kiri) dan Vladimir Putin melambai ke arah wartawan sebelum mereka menghadiri Sidang Kemuncak Lima Negara Laut Kaspia di Teheran, semalam. – Reuters.
--------------------------------------------------------------------------------

TEHERAN 16 Okt. – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini membuat kenyataan yang ditujukan khas kepada Washington bahawa Moscow tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan ketenteraan ke atas negara ini terutama sekali serangan yang mungkin dilancarkan dari negara-negara Laut Kaspia.

Putin berkata, sebarang tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara ini tidak seharusnya difikirkan.

“Kita seharusnya bersetuju bahawa penggunaan salah satu negara-negara Laut Kaspia untuk tujuan kekerasan terhadap pihak lain adalah mustahil,” tegasnya.

Iran terlibat dalam konflik nuklear dengan negara barat apabila Teheran dituduh cuba menghasilkan senjata nuklear namun negara itu menafikan tuduhan tersebut.

Kenyataan Putin tentang wilayah juga ditujukan kepada Azerbajian di mana tentera AS telah membuat pemeriksaan di lapangan-lapangan terbang negara itu.

Media Rusia baru-baru ini melaporkan bahawa AS sedang berunding dengan kerajaan Azerbajian untuk menggunakan kemudahan tenteranya namun disangkal oleh Baku.

Rusia berpendapat bahawa tindakan barat itu adalah salah satu usaha untuk menghapuskan pengaruhnya di negara bekas jajahan Soviet itu.

Dalam deklarasi terakhir, Baku telah menyokong saranan Putin itu dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan wilayah mereka digunakan oleh negara luar untuk melancarkan serangan ke atas negara lain.

Tujuan

Manakala Presiden Mahmoud Ahmadinejad, yang membuatkan kenyataan akan meneruskan program nuklear mereka kerana ia untuk tujuan keamanan, menyambut baik deklarasi daripada negara-negara Laut Kaspia itut.

Lawatan Putin ke negara ini, yang pertama dibuat oleh pemimpin Kremlin sejak lawatan Josef Stalin pada 1943 mendapat perhatian luas daripada negara-negara kuasa dunia yang lain kerana keupayaan Rusia untuk berkuasa di Iran melalui perdagangan nuklear.

Putin tiba di negara ini walaupun terdapat komplot tentang cubaan membunuhnya namun Iran menyangkal dakwaan itu.

– Reuters


Ewan_sn
Lima negara Laut Kaspia ikrar bersatu hadapi ancaman


TEHERAN 16 Okt. – Negara-negara Laut Kaspia bersetuju untuk tidak membenarkan negara mereka digunakan sebagai lokasi pelancaran serangan terhadap sesama negara anggota dalam satu perisytiharan di Iran, hari ini.

Langkah ini diambil berikutan timbul spekulasi tentang Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kekerasan berikutan ketegangan yang berlaku terhadap keupayaan nuklear Iran.

Lima negara berkenaan iaitu Rusia, Iran, Azerbaijan, Kazakhstan dan Turkmenistan menegaskan, tidak kira di dalam apa keadaan sekalipun, mereka tidak akan membenarkan wilayah mereka digunakan oleh negara lain untuk melancarkan serangan terhadap negara anggota.

Mereka juga akan bersatu dalam menghadapi ancaman luar selain mengakui hak negara anggota Perjanjian Kawalan Senjata (NPT) untuk membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga.

Presiden Iran, Mahmour Ahmadinejad menganggap perisytiharan itu sebagai ‘sesuatu yang kuat’.

“Persidangan ini mengiktiraf NPT yang menjadi tunjang kestabilan dan keselamatan di peringkat antarabangsa serta hak negara anggota untuk membangun dan mengkaji bagi menghasilkan tenaga nuklear untuk keamanan,” tegas perisytiharan yang ditandatangani oleh kelima-lima Presiden negara terbabit.

– Reuters


Ewan_sn
QUOTE(iory @ Jul 23 2007, 11:06 AM) *
Aku terfikir sejenak apabila melihat gambar ini.
Mereka (Iran) yang begitu gah dan maju dalam teknologi berbanding negara kita, pemimpin mereka masih merasa rendah dirinya kepada Allah dan juga hukum Allah (w/pun utk berjabat tangan dengan berlainan jantina)....
Mampukah pemimpin kita dalam kepimpinan Islam Hadhari (konon nya) melakukan sebegini?

Fikir-fikirkan lah...
ph34r.gif









satu dalam beribu untuk kita pemimpin yg macam ni...

kalau kat Malaysia kita boleh jadikan kehidupan Nik Aziz sebagai contoh yg hidup serba sederhana didalam sebuah kampung..
Ewan_sn
Iran terus cabar Barat
Hasilkan bahan bakar nuklear daripada uranium teroksida jana reaktor


TEHERAN 25 Nov. – Iran buat pertama kalinya berjaya menghasilkan butiran bahan bakar nuklear daripada uranium teroksida bagi menjana reaktor air berat yang kini masih dalam pembinaan, tegas Timbalan Presiden, Gholam Reza Aghazadeh semalam.

Pengumuman berkenaan menunjukkan kemajuan besar yang dicapai dalam bidang teknologi nuklear apabila Iran berjaya mencipta uranium menjadi butiran bahan bakar yang akan dimasukkan ke dalam kelongsong bahan bakar untuk menjana reaktor.

“Butiran bahan bakar yang akan digunakan di Pusat Kajian Nuklear Arak berkuasa 40 megawatt telah berjaya dihasilkan,” kata Gholam Reza yang mengetuai Pertubuhan Tenaga Atom Iran.

Reaktor Arak yang dibina pada 2004 telah menjadi kebimbangan Barat kerana bahan bakar dari reaktor air berat boleh digunakan bagi menghasilkan plutonium yang boleh ditukar menjadi senjata nuklear.

Kali terakhir penyiasat dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat reaktor berkenaan ialah pada Julai lalu namun begitu Teheran berharap reaktor tersebut boleh digunakan pada 2009.

Pembinaan reaktor tersebut adalah bagi menyamai program reaktor air ringan yang menggunakan uranium yang diperkaya sebagai bahan bakar yang juga boleh menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, Iran tetap bertegas bahawa projek ini akan digunakan bagi tujuan keamanan termasuk menjana tenaga elektrik walaupun Amerika Syarikat (AS) menuduh Iran akan menggunakan kemudahan ini bagi membina senjata nuklear secara rahsia.

AS dan sekutunya telah berusaha menggagalkan usaha Iran ini kerana bimbang ia akan dibangunkan dengan lebih pesat lagi.

Majlis Keselamatan PBB telah mengarahkan Iran menghentikan pembinaan reaktor Arak namun Teheran enggan mematuhi arahan tersebut.

Bagaimanapun pemerhati nuklear PBB Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) enggan mengulas mengenai perkara itu semalam.

– AP


Ewan_sn
Iran hasil peluru berpandu jarak jauh terbaru


TEHRAN 27 Nov. – Menteri Pertahanan Iran, Mostafa Mohammad Najjar hari ini mengumumkan negara ini telah menghasilkan peluru berpandu balistik baru dengan jarak sasaran yang lebih jauh.

Menurut agensi berita Fars, peluru berpandu yang dinamakan Ashura itu mempunyai jarak sasaran sehingga 2,000 kilometer dan mampu menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah dan musuh ketat negara ini, Israel.

Nama Ashura itu dipilih bersempena hari perkabungan sempena memperingati kematian Saidina Hussin bagi puak Syiah.

Iran sering menayangkan kemampuan longgokan peluru berpandu miliknya walaupun di ketika hubungannya dengan Barat semakin tegang berikutan program nuklear negara ini.

Republik Islam ini bagaimanapun menekankan tidak akan memulakan sebarang bentuk serangan terhadap musuhnya tetapi akan bertindak balas sepenuhnya jika AS menyerang negara ini.

Pegawai tentera Iran sebelum ini juga membuat ugutan secara terbuka untuk menyerang pangkalan tentera AS di Iraq, Afghanistan dan Semenanjung Arab jika diserang Washington.

– AFP


Ewan_sn
Ahmadinejad desak Amerika mohon maaf


TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam menggesa Amerika Syarikat dan sekutunya memohon maaf dan membayar pampasan kerana menuduh negara Teluk itu membangunkan senjata nuklear.

"Cara terbaik bagi mereka (Amerika dan sekutunya) melunaskan kesilapan adalah dengan memohon maaf dan membayar pampasan," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

"Jika negara itu meneruskan hasrat mengenakan sekatan, kita tidak teragak-agak mengambil langkah sewajarnya yang sudah dirangka," katanya tanpa mengulas lanjut.



Ahmadinejad turut menyampaikan perutusan tahniah kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sambil menyifatkan laporan terbaru Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menolak dakwaan Teheran membangunkan senjata nuklear sebagai kemenangan penting negara berkenaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada anda dan kita semua di atas kemenangan bersejarah ini... kejayaan terbesar dalam konfrontasi politik dengan kuasa penakluk Barat."

Peringatan terbaru Ahmadinejad tu dibuat sehari selepas agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), IAEA mengeluarkan laporan terbarunya berhubung program nuklear Iran.

Laporan terbaru IAEA menyangkal semua tuduhan mengaitkan Iran dengan usaha penghasilan senjata nuklear.

Dalam laporan itu, IAEA menyatakan banyak persoalan lalu mengenai program nuklear Iran sudah dileraikan, tetapi tetap menyelar keengganan Teheran menghentikan proses penguraian uranium.

Lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan Jerman sudah bersetuju di atas deraf ketetapan berhubung pusingan ketiga sekatan terhadap Iran kerana keengganannya menggantung proses penguraian uranium berkenaan– langkah bagi menghasilkan bahan api untuk reaktor atau bagi pembuatan senjata nuklear.

Dua hari lalu, Setiausaha Negara Amerika Condoleezza Rice mendakwa laporan IAEA itu mengukuhkan lagi desakan bagi sekatan tambahan kerana Teheran masih gagal bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasat.

Kenyataannya itu dibuat biarpun laporan IAEA menyifatkan maklumat agensi perisikan Barat menuduh Iran mahu membuat senjata nuklear sebagai tidak berasas.

Usaha Amerika memastikan sekatan lebih keras terhadap Iran bertambah sukar akhir tahun lalu selepas agensi perisikannya sendiri mengeluarkan laporan yang Teheran sudah menggantung program senjata nuklear pada 2003.

Namun pegawai pentadbiran Amerika terus melontarkan tuduhan yang Iran meneruskan kegiatan berkenaan yang menjadi satu ancaman dan kemungkinan ia boleh memulakan semula pembangunan senjata nuklear dalam masa terdekat.

Sementara itu, sekumpulan pelajar berkumpul di tengah-tengah Teheran bagi meraikan apa disifatkan sebagai 'kejayaan Iran' dengan mengagihkan gula-gula kepada orang ramai di jalan raya
Ewan_sn
Sekatan baru terhadap Iran - Majlis Keselamatan PBB adakan undian hari ini


NEW YORK 29 Feb. – Britain dan Perancis semalam menyatakan keyakinan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan pengundian esok dan meluluskan sekatan baru ke atas Iran.

Kedua-dua negara itu menjadi penaja bersama satu resolusi untuk mengenakan sekatan pusingan ketiga ke atas Iran.

Dua sekatan sebelum ini diluluskan secara sebulat suara tetapi sekatan terbaru itu menghadapi bantahan daripada empat anggota bukan tetap yang telah membangkitkan pelbagai persoalan.

Keempat-empat negara itu ialah Libya, Indonesia, Afrika Selatan dan Vietnam.

Duta Britain ke PBB, John Sawers berkata, resolusi tersebut perlu diluluskan jika hendak dibentangkan dalam pengundian esok.

Ia disokong oleh lima anggota tetap pemegang kuasa veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain serta Perancis dan dijamin mendapat lebih daripada sembilan undi “sokongan” yang diperlukan dalam Majlis 15 anggota itu sekiranya mahu resolusi tersebut diluluskan.

“Hasrat kami untuk mengadakan pengundian secepat mungkin, dijangka esok, sebaik sahaja resolusi itu disiapkan dalam bentuk akhirnya,” kata Sawers semalam.

Bagaimanapun Duta Libya ke PBB, Giadalla Ettalhi memberitahu wartawan, beliau akan mengundi menentang draf resolusi itu.

Duta Indonesia, Marty Natalegawa juga mengulangi bantahan negaranya semalam.

“Sehingga hari ini, kami merasakan terdapat lebih banyak soalan daripada jawapan.

“Kita berada dalam kitaran sekatan, keingkaran, lebih banyak sekatan, lebih banyak keingkaran, dan di mana kesudahannya bagi Majlis Keselamatan?” soal beliau.

Laporan yang disiarkan pada Jumaat lalu itu menyatakan, kesangsian mengenai kegiatan nuklear Iran pada masa lalu telah diredakan atau dihapuskan.

Perkara itu ditekankan oleh Duta-Duta Libya dan Indonesia.


adlertag
Ok....Iran memang kuat. Dari sudut ketenteraan memang digeruni. Bukan aku nak memperlekehkan kekuatan tentera iran tapi banyak kelengkapan tentera iran adalah berasaskan teknologi lama. Kita nampak jet pejuang baru iran yg ada twin tail tu....sekali nampak memang canggih tapi ia hanyalah sebuah Nothrop F-5 Tiger yg diupgradekan.

Apa yg aku banggakan ialah semangat melawan yg ada pada iran. Senjata x canggih mana tapi lawan tetap lawan. Satu lagi yg bole dibanggakan ialah kepintaran iran memanipulasi teknologi. Taknologi seperti guided bomb memang dah wujud lama dah.....cuma Iran mampu meniru sistem yang sedia ada.

Dalam kes pesawat F-14 Tomcat pon sama. Memang masih ada yg terbang tapi itu hanyalah separuh dari kekuatan yg asal. Separuh lagi disimpan untuk dijadikan sparepart. Tapi yg bestnye bila Iran kehabisan bekalan peluru berpandu udara ke udara Phoenix untuk F-14, mereka dengan bijak menggantikannya dengan sistem peluru berpandu darat ke udara HAWK yg mereka ubah suai. Genius kan?

Amerika sendiri terkejut bila nampak F-14 Iran masih terbang, padahal U.S punyer stok F-14 pon dah diberhentikan perkhidmatan
HangPC2
IAMI Shafagh, Shafaq









nakjadisolehah
ape2 pun ingatlah
iran tu bukan negara islam sebenar
diorang tu syiah...
syiah tu bukan islam...
HangPC2
D.I.O M-16




Based Chinese Norinco CQ rifle (aka M311)




HangPC2
Iran sambut baik kerjasama strategik dengan Syria




TEHRAN 26 Mei - Menteri Pertahanan Iran menyambut baik kerjasama strategik dengan Syria, sehari selepas Israel mendesak Damsyik menjarakkan hubungannya dengan Iran.

Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammad Najjar menggambarkan Syria sebagai sekutu strategik sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Hassan Turkmani.

"Kerjasama antara Iran dan Syria merupakan sesuatu yang strategik berasaskan kepentingan kedua-dua negara serta negara-negara Islam," katanya dalam satu laporan yang dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA semalam.

Israel dan Syria pada Rabu lepas mengumumkan mereka kini dalam usaha mengadakan perbincangan tidak langsung bagi mencapai perdamaian antara kedua-dua negara.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, bagaimanapun sebelum ini telah mendesak Syria supaya menjarakkan diri daripada mengadakan hubungan dengan Iran serta menghentikan sokongannya kepada pejuang Hamas di Palestin dan Hizbullah di Lebanon.

- Reuters / Utusan Malaysia -


shaz_smach
QUOTE(nakjadisolehah @ May 11 2008, 01:29 AM) *
ape2 pun ingatlah
iran tu bukan negara islam sebenar
diorang tu syiah...
syiah tu bukan islam...


Harap sejata2 nii takkkan digunakan terhadap negara2 Islam lain. Orang Arab nii asyik bergaduh sesama sendiri jee. Yg batu api ialah Amerika
HangPC2
Fifth Generation Fighter Aircraft (FGFA)


Ewan_sn
QUOTE(shaz_smach @ Jun 12 2008, 08:15 PM) *
QUOTE(nakjadisolehah @ May 11 2008, 01:29 AM) *
ape2 pun ingatlah
iran tu bukan negara islam sebenar
diorang tu syiah...
syiah tu bukan islam...


Harap sejata2 nii takkkan digunakan terhadap negara2 Islam lain. Orang Arab nii asyik bergaduh sesama sendiri jee. Yg batu api ialah Amerika


Sejarah Iran tak kacau/serang negara Islam lain...rasa takut terhadap Iran oleh negara2 arab/barua US lain adalah disebabkan oleh sentimen yg dimainkan oleh US
Ewan_sn
Iran mampu berdepan AS



BERSEDIA: Misil Shahab-3 dilancar dari lokasi tidak didedahkan di Iran, kelmarin. - Foto AP



Ujian peluru bukti kemampuan negara Islam tangkis serangan musuh

TEHERAN: Iran melancarkan sekurang-kurangnya dua lagi misil jarak jauhnya dalam ujian hari kedua berturut-turut semalam yang bertujuan membuktikan kemampuannya berdepan sebarang serangan terbaru Amerika Syarikat (AS) mahu pun sekutu utamanya, Israel.

Stesen penyiaran rasmi negara itu melaporkan, misil dilancarkan lewat kelmarin mempunyai kemampuan khas, termasuk yang dilancarkan dari kapal perang di Teluk Parsi serta misil dilepaskan dari darat. Laporan itu bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.



Satu klip video ringkas menunjukkan dua misil dilancarkan serentak dalam kegelapan malam.

Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice memberi amaran kepada Iran yang Washington tidak akan berdiam diri berikutan ancaman yang ditujukan kepada Israel.

"Kami mahu memberitahu Iran kami tetap pertahankan kepentingan AS dan sekutu rapat kami," tegas Rice di Georgia, semalam.

Awal kelmarin, Iran menguji sembilan misil jarak jauh dan sederhana, termasuk yang mampu mencapai sasaran di Israel dan pangkalan tentera Amerika di rantau Asia Barat. Ini termasuk Shahab-3 yang mempunyai jarak kemampuan sejauh 2,000 kilometer dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di sebuah gurun negara Teluk berkenaan.

Ujian misil itu dikendalikan Pasukan Pengawal Revolusi Iran di tengah-tengah ketegangan antara Iran dengan AS dan Israel berhubung program nuklear Teheran yang didakwa Barat bagi menghasilkan bom atom tetapi disangkal negara Islam itu.

Iran yang juga negara pengeksport minyak ke empat terbesar dunia, sebaliknya sudah berulang kali menegaskan program nuklearnya bagi kepentingan awam, termasuk menjana tenaga. - AP



Ewan_sn
Kekuatan Peluru Berpandu Iran
Saturday, 12 July 2008


Iran telah menguji tembakan peluru berpandu jarak jauhnya sebagai latihan untuk menunjukkan negara tersebut berupaya menangkis sebarang serangan dari Amerika atau Israel.

Senjata pemusnah tersebut mempunyai pelbagai keupayaan termasuk berupaya dilancarkan dari kapal dilautan, torpedo dan dari daratan.

Ujian senjata tersebut ekoran kenyataan Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika yang memberi amaran bahawa Amerika tidak akan berdiam diri keatas sebarang ancaman kepada Israel.

Antara peluru berpandu yang diuji adalah Versi baru Shahab 3 yang boleh melepasi jarak sehingga 1,250 batu, mencakupi Israel, Semenanjung Arab, Turki, Afghanistan dan Pakistan

Selain itu Iran telah pun mempunyai peluru berpandu antara benua Shahab 5 dan 6 yang boleh dilancarkan sehingga jarak sejauh 10,000 km




Ewan_sn




jebatmoden
aku rasa bangga dengan keupayaan iran membangunkan teknologi senjata.. Harap2 satu hari nanti malaysia pun boleh jd macam iran..
jusuh77
Syria sudah memberi jaminan membantu Iran jika diserang..

Apakah sumbangan Malaysia apabila Iran diserang?
jambubatu
tengot duluuuu bila hancur baru buat kenyataan "kita mengutuk serangan...bla bla bla"
adlertag
QUOTE(jusuh77 @ Jul 21 2008, 01:02 AM) *
Syria sudah memberi jaminan membantu Iran jika diserang..

Apakah sumbangan Malaysia apabila Iran diserang?


Malaysia x mampu nak sumbang banyak2. Paling kuat pon bantuan kemanusiaan. Bantuan ketenteraan, sori. Covert Ops mungkin bole. Tapi kalau nak anto 20,000 askar biasa ke Iran, mungkin lebih baik kita awasi jiran kita di selatan tu......
belantan
Malaysia amat mengutuk kerasss serangan secara memb^abi-buta..b^abi juga yg kena...
HangPC2
Iran launches satellite carrier into orbit



Sun, 17 Aug 2008 14:05:09 GMT











Iran successfully launches its first homemade satellite carrier, Safir 1, opening a new chapter in the country's scientific achievements.

The launch of the new rocket from Iranian soil will pave the way for the country to send a lightweight telecommunications satellite, Omid (meaning 'hope' in Persian), into orbit in the near future.

The domestically manufactured Omid satellite will pass over the country six times a day for research purposes.

The launch of Safir 1 was aimed at improving the country's space industries. Safir 1 tested remote sensing, Satellite telemetry, and geographic information system (GIS) technology as well as remote and ground station data processing.


- Press TV -


HangPC2
Iran's AWACS named after mythical bird



Tue, 19 Aug 2008 22:18:37 GMT







ran's Airborne Warning and Control System (AWACS) aircraft, displayed earlier this year, is named after a mythical Iranian bird, Simorgh.

The AWACS was put on show on April 17 this year for the first time to mark the Islamic Republic of Iran's Military Day.

All electronic, radar and engine parts of the aircraft are 'prepared and operated' by Iranian experts, Fars news agency reported on Tuesday.

Iran's AWACS -- along with other modern reconnaissance equipment including ra** with a range of more than 1,000 kilometers -- can track down any military moves around the Iranian borders, the report said.

Iran's defense industry has made great technological advances since the Islamic Revolution that ended Iran's reliance on Western powers in obtaining defense equipment.

Last month, Iran's Air Force chief said the Islamic Republic has also launched the production line of radar-evading 'stealth' fighter jets.

Brigadier General Ahmad Miqani said that the new jets will significantly enhance Iran's defense capabilities.

MGH/PA



HangPC2
Iran Builds Unmanned Sub, Radar Evading Boat







TEHRAN (FNA)- Iranian Defense Minister Mostafa Mohammad Najjar announced Tuesday that Iran has built a new unmanned intelligent submarine along with a boat which evades radar detection.



Najjar told reporters that the intelligent submarine and the boat would enhance the Iranian Navy's defense capabilities.

The announcement came a week after the defense minister announced the weapons were test fired.

Last month, Iran's Islamic Revolution Guards Corps (IRGC) successfully test fired a home-made missile which can evade radar.

"Iran successfully test fired a home-made Fajr-3 missile," Hossein Salami, a senior commander, said.

The missile was tested as part of a week of naval war games in the Persian Gulf and Sea of Oman.

IRGC also said earlier this month that it had successfully test-fired a naval weapon which could destroy any vessel within a range of 300 kilometers (190 miles).

"The Islamic Revolutionary Guards Corps has recently tested a naval weapon with a 300 km range in which no vessel would be safe and would be sent to the depths," IRGC Commander-in-Chief Major General Mohammad Ali Jafari said on August 4.

He said that the home-made weapon system is "unique in the world" and introduces a state-of-the-art technology never used before.

"The design and production technology used in this weapon is completely indigenous to Iran and has never been employed by any other country," Jafari said but did not give details.

The new weapon's range indicated it may be some type of torpedo or a missile.

Jafari's comment came after Iran test-fired various types of long and short ranges missiles during a military exercise in the Persian Gulf aimed at increasing readiness of the country's military forces against possible threats.

Iran concluded its Great Prophet III war games last month, which featured Tehran's new long- and medium-range missiles capable of hitting targets inside Israel.

To show their readiness to defend the country, the IRGC troops test-fired missiles and torpedoes in the Persian Gulf, including a new Shahab 3 missile with a range of 2,012 kilometers.

The Iranian war games and missile tests are viewed as a strong response to intensified threats by the Zionist regime and the United States.

Iran and the West are locked in a standoff over the country's nuclear program, which the US and its allies allege to be aimed at making nuclear weapons, while they don't have any corroborative evidence to substantiate their allegations.

Iran denies the charge and says the program is only for producing electricity.

Both the US and Israel have stressed that military action is a main option to deter Iran's nuclear progress.

Speculation that Israel could bomb Iran has mounted since a big Israeli air drill last month. In the first week of June, 100 Israeli F-16 and F-15 fighters reportedly took part in an exercise over the eastern Mediterranean and Greece, which was interpreted as a dress rehearsal for a possible attack on Iran's nuclear installations.

Tehran has vowed to strike back at Israel as well as US interests and military bases and shipping if it came under attack.

US forces are stationed in several countries around the Persian Gulf, including Bahrain where the US Navy Fifth Fleet is based. Iran says US forces are in range of its weapons.

Around 40 percent of globally traded oil leaves the region through the Strait of Hormuz, a choke point at the southern end of the Persian Gulf, flanked by the coastlines of Iran and Oman.


- Fars News -


hajjah
deep down in my heart....
m proud of iran's achievement...
masya allah.....
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.