Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Surat Testimonial
Mesra.net Forum > Announcement & Discussion > Kaji Selidik & Pandangan
mama_elin
U all ada x contoh atau draft surat testimonial dlm bahasa melayu?

yg ada pada mama sekarang adalah in English, mmg perlukan sangat..

just normal surat shj dah cukup..

tolong pastekan disini..yg mana elok kena ngan ahli mama ni oklah..mama ambik copynya..

thank you.

yg mama dpt ketika darjah enam dulu and form 5 dulu ketika last sekolahla..tapi nie melibatkan aktiviti kemasyarakatan..dia nak pi interview monday ni..nak minta surat testimonial tersebut..masalahnya..dia nak pi interview di putrajaya, one of the govern sector..so kalau boleh nak in Malayla,help me pls...

tocheiiii
April
tak der la.. dlm english gakk..
Iereen
nak testimoni cemana???
penah la wat masa nak pi intebiu ari tu..

jap nak carik... ph34r.gif
an2
blink.gif
cv ke?
mama_elin
TESTIMONIAL


Cik ________ adalah seorang ahli yang aktif, bertenaga, berkaliber dan penuh berwawasan.. Sepanjang penglibatan beliau terhadap aktiviti PUTERI di Bahagian Shah Alam, beliau telah memberikan sepenuh perhatian serta sokongan padu terhadap aktiviti yang telah diadakan.


Lantikan yang telah dilantik oleh Ketua PUTERI Cawangan _________ Shah Alam sememangnya membuahkan hasil kerana beliau telah menjalankan tugasan dengan penuh cekap seperti menyediakan laporan ulasan mesyuarat (minute meeting), membuat kertas kerja sebut harga (quotation), mencatatkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang malah merekodkan aktiviti yang telah berjaya dijalankan. Di permulaan beliau tidak begitu menonjol kerana tidak mempunyai pengalaman yang luas namun berkat usahanya yang gigih serta tidak malu bertanya membuahkan hasil dan telah memberikan satu impak yang kuat kepada diri beliau serta kepada parti PUTERI ini.


Penglibatan beliau di dalam aktiviti yang telah dijalankan adalah sangat memuaskan (‘outstanding’). Begitu juga dengan kehadiran beliau di dalam setiap mesyuarat yang dijalankan juga sangat memuaskan. Di dalam setiap mesyuarat beliau banyak menyumbangkan idea-idea yang bernas malah tidak segan silu untuk menawarkan diri membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dibincang bersama.


Saya berharap pihak tuan/puan tidak mensia-siakan keistimewaan yang terdapat di dalam diri beliau terutamanya di arena kemayarakatan dan kesukanan.

___________________________

weiiii tolong mama..so far ini yg dpt mama siapkan..dlm kepala la about her...so anything yg perlu diperbetulkan atau yg nak kena tambah...

tocheiii
Iereen
emm...rasa cam pjg..

buat pendek je tapi padat..
dlm 1 page lebih dh ok kut..

kut la..
Hana_Amirra
oklah tu mama..
outstanding tu - cemerlang.
word memuaskan tu ..tak berapa kena..

surat nie..kena guna letter head.. nak guna letter head mana tu??
buat dlm 1 page dah ok dah..takperlu panjang2..nnt org yg membaca pengsan lakk.. tongue.gif

surat testimonial..surat puji pujian diri sendiri..ekekekekeke..


hana buat dlm BI gak..nak apply MIA..
itu pun tiru kawan..ekekekeke.. mana ada reka sendiri? itu work hard namanye...
kalau tiru..baru lah work smart...
laugh.gif

QUOTE
Penglibatan beliau di dalam aktiviti yang telah dijalankan adalah sangat memuaskan (‘outstanding’). Begitu juga dengan kehadiran beliau di dalam setiap mesyuarat yang dijalankan juga sangat memuaskan. Di dalam setiap mesyuarat beliau banyak menyumbangkan idea-idea yang bernas malah tidak segan silu untuk menawarkan diri membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dibincang bersama.


Versi hana..ubah sket ajer.. kalau nak ler.. just a idea only..
Penglibatan beliau di dalam aktiviti yang telah dijalankan adalah sangat cemerlang. Beliau sentiasa menghadirkan diri di dalam setiap mesyuarat yang diadakan. Beliau juga sering menyumbangkan idea idea yang bernas serta aktif menawarkan diri dalam setiap aktiviti.
silverbullet
ADA KESILAPAN EJAAN LAH MAMA ...
mama_elin
ni bukan untuk mama la tapi setiausha mama..dia nak kena pi interview isnin ni. nak pulak dia mention jabatan tersebut banyak melibatkan kemasyarakatan...tu yg penin tuh..

ok gud..nanti mama amendkan lagi.

letter head puteri caw mama la..dah mmg ada..
signature mama ngan siganture ketua cawanga (disahkan oleh) pun dah siap letak..
tinggal nak amendkan dan tambah jer..

ok tocheii

mana lagi yg perlu diubah...cemerlang yerk..bagus..
mama_elin
nak tanya..

which one is better...



Yang benar,

..........................
Pn Polan binti Polan


ATAU


Yang benar,

...................
Polan binti Polan
Iereen
testimoni yg paling simple..

adalah dimaklumkan beliau adalah pekerja yg berdedikasi dan bertanggungjawab..beliau juga mempunyai cita-cita yg tinggi dan berdaya saing..

semoga mendapat perhatian dari pihak tuan..

hahahaha...
biasanya testimoni ni buat seniri je..pastu suwuh bos betulkan then dia sign jer..
edisi memuji diri sendiri..
an2
aku rasa... tak perlu pn, encik, dan lain lain tu...

cuma taruk POST dia kat bawah tu...
Iereen
QUOTE(an2 @ Sep 1 2006, 03:46 PM)
aku rasa... tak perlu pn, encik, dan lain lain tu...

cuma taruk POST dia kat bawah tu...

btul.

mmg gomen taruk cam tu jer..
mama_elin
masalhnya mama x pernah buat..like mention earlier dpt pun testimonial ni masa darjah 6 ngan form 5..kerja mmg banyak comp dah berhijrah..selalunya x pulak nak minta buat camni..
sebab dah kasi contact no boss kita yg bekerja dulu..anything nak tahu call lah dia.

tapi ni sebab rasanya setiausaha mama ni career dia baru nak menapak..nampak la bright future jika dia dpt..gud for her..tu yg kow2 la dok create tapi kene la selari ngan perwatakan dia and perkembangan dia..
karang create kemain, tapi performances out..x sedap gak kan..

anyway dah almost finish...

tu yg tanya pasal PN tu nak letak ke tak..


apa yg salah eja tu cik abangggg oiiiiii!!!
Iereen
emm..dah ok tu mama..
kengkadang derang baca sepintas lalu jer..
sekadar la kan..surat perakuan katanya.. wink.gif
mama_elin
leh x mama buat sampai diorang nangis baca testimonial dia..hahahahah

adehhhh lawak jerla

oklah nak balik dah..selamat hari bercuti buat semua...

esok nak pi shopping langsir utk raya nie...kena jahit sendiri lah...daaaaaaa
Iereen
buleh gak ma..smpai derang amik s/u mama tuh..

emm..pandai jahit langsir..buleh la tempah nanti... wink.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.