Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kelab Basikal
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kelab Kenderaan
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
JoYaHsPoRt
QUOTE(J o e @ Feb 27 2007, 08:12 AM) *
QUOTE(JoYaHsPoRt @ Feb 22 2007, 11:13 AM) *
QUOTE(J o e @ Feb 21 2007, 10:40 AM) *
QUOTE(JoYaHsPoRt @ Jan 15 2007, 08:05 AM) *
joe kasi la tepek gambo beskal hang sini..ensem ke x lg? biggrin.gif blum.gif

BESKAL AKU TIP TOP CONDITION LAGI...CUMA DAH LAMA SNGAT TAK BAWAK BESKAL...BULAN DEPAN NAK START BALIK NAIK BESKAL TIAP2 PETANG... yahoo.gif

b'beskal pon ada cuti2 malaysia gak ke.. biggrin.gif

joe kasi la tampal gambo beskal hang kat sini..mau tgk laa..

KO DAH BELI BESKAL BLOM ?

insya'allah..coming soon..

ahahh..nanye2 ni nak wat gath beskal ke? biggrin.gif

JoYaHsPoRt

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007
JoYaHsPoRt
Sukan Extreme-Basikal

Murin - Idam kejuaraan dunia
Oleh HAMDEN RAMLI

Jika dilihat saiz badannya, Lans Koperal Murin Majana, 28, ternyata tidak layak untuk diberikan gelaran sebagai `orang besi' 10 Briged Para. Dengan ketinggian 158 sentimeter dan berat 45 kilogram, sudah pasti gelaran tersebut tidak sesuai bagi anggota Batalion Artileri Diraja Para itu.

Namun jika melihat kepada kejayaan-kejayaannya dalam sukan triatlon dan sukan cabaran lasak, gelaran tersebut memang wajar diberikan kepada anak jati Kampung Bambang, Tambunan yang terletak kira-kira mega_shok.gif kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah.

Apatah lagi kejayaan yang diraih dalam acara-acara tersebut bukan berlaku sekali tetapi berterusan dan konsisten.

Namun kejayaan yang paling signifikan sehingga membawa kepada penganugerahan gelaran itu sudah semestinya kejayaan beliau menewaskan peserta pada kejohanan triatlon 10 Briged Para dengan hanya menggunakan basikal BMX.

Sedangkan kebanyakan peserta lain dibekalkan dengan basikal lumba.

Kejayaan menakjubkan itu bukan sahaja melayakkan Murin dinobatkan sebagai `orang besi' 10 Briged Para, tetapi telah menarik perhatian pegawai atasan untuk menganugerahkan pangkat Lans Koperal kepadanya.

Menurut anak kedua daripada sembilan adik beradik itu, minatnya pada sukan lasak bermula sejak di bangku sekolah.

Selain sukan merentas desa, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kepayan, Tambunan, Sabah itu turut menyertai pertandingan berlari mendaki puncak Gunung Kinabalu.

Sehingga kini beliau telah menyertai sebanyak tiga kali pertandingan tersebut.

Minatnya diteruskan setelah menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada Mei 1996.

``Selain kejohanan dalaman, saya turut menyertai pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan sekitar Semenanjung,'' katanya yang juga merupakan Rekrut Jasmani Terbaik ketika latihan rekrut.

Antaranya ialah kejohanan Desaru International Long Distance and Sprint Triathlon 2001, A'Famosa International Triathlon 2003 dan beberapa pertandingan sukan cabaran lasak seperti Splash Eco-Xtreme Selangor dan National Geographic Asia Challenge 2002.

Selain itu, beliau juga pernah mewakili ATM dalam cabaran sukan lasak Exercise Airborne Africa di Botswana, Afrika pada tahun lalu.

Meskipun mencatat kejayaan demi kejayaan, Murin tidak terlepas daripada melalui detik-detik mengecewakan.

``Kebanyakannya kerana peralatan yang digunakan tidak menepati keperluan sebenar sebuah kejohanan.

Disiplin

``Basikal yang berat dan besi-besi penyangkut yang digunakan bukan untuk sukan lasak tetapi untuk kegunaan tentera,'' katanya.

Dan situasi itu berlaku dalam kejohanan sukan extreme National Geographic Asia Challenge 2002 di Bukit Merah, Taiping tahun lalu.

``Kami tewas ketika peringkat basikal setelah meninggalkan jauh peserta luar negara pada dua disiplin pertama. Basikal kami terlalu berat,'' katanya yang hanya menduduki tempat kelima.

Pada kejohanan itu Murin berpasangan dengan rakannya, Leftenan Muda Rodzi (ATM) dan Renjer Freddy.

Mengenai Exercise Airborne Africa di Botswana, beliau menyifatkan penyertaan tersebut sebagai peluang berharga menambah pengalaman dalam acara sukan lasak.

Apa yang menarik katanya, pertandingan tersebut berbeza dengan acara sukan lasak biasa kerana ia memberi penekanan kepada aktiviti berbentuk ketenteraan.

Selain perlu melakukan penerjunan menggunakan payung terjun, peserta juga perlu melalui disiplin lain seperti jalan lasak di Gurun Kalahari, memikul pengusung dan menembak.

Pada pertandingan itu, Murin bersama rakan sepasukan, Kapten Anbu Alagam juga Ketua Pasukan dari 10 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, Lans Koperal Hamzah (8 Rejimen R&D), Prebet Budin (17 RAMD) dan Sarjan Faizal (9 RAMD) mendapat tempat ke-18 daripada 28 pasukan dari seluruh dunia.

Bercerita mengenai rahsia kekuatannya, Murin berkata, semuanya kerana keadaan persekitaran kampung yang berbukit bukau.

``Saya keluar dari rumah, sudah nampak bukit. Pergi sekolah, kena naik bukit. Pergi pekan pun kena naik dan turun bukit. Semuanya bukit,'' katanya sambil menambah beliau tidak mengambil apa-apa makanan tambahan mahu pun makanan tradisional.

Murin percaya beliau mampu untuk bergerak lebih jauh dalam sukan cabaran lasak ini. Beliau kini memasang impian untuk menawan kejohanan berprestij dunia seperti cabaran Discovery Eco-Challenge.

``Saya harap ada pihak yang akan membantu,'' katanya penuh harapan.

Utusan Malaysia

Redhaa
Redhaa
Redhaa
JoYaHsPoRt

BAGAIKAN pesta! Begitulah yang dapat digambarkan bila melihat gelagat sekumpulan peminat sukan mountain bike atau basikal bukit beraksi di hutan rekreasi di Taman Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Petaling Jaya.

Johar Othman, 42, seorang peguam, sudah lebih tiga tahun bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal downhill selepas beralih daripada basikal jenis cross country sejak diperkenalkan oleh rakannya.

Di sebalik kesukaran mereka mengayuh basikal menuruni bukit dan laluan tidak, menyusuri trek sempit dan pelbagai rintangan denai tidak terduga, ternyata hanya satu jawapan yang mampu disimpulkan - kepuasan!

Sebenarnya, senario sebegitu sudah lazim bagi peminat sukan berbasikal itu kala hujung minggu sekali gus menjadikan trek tanah merah di dalam hutan sebagai medan mempamer bakat mengendalikan basikal lasak.

Ketika membuat liputan hujung minggu lalu, tidak kurang daripada 70 pemilik basikal bukit dari dalam dan luar negara menguji keupayaan merentasi trek sukar di dalam hutan.

Basikal daripada jenis downhill dan cross country menjadi pilihan peminat sukan berbasikal itu, ditambahkan lagi dengan suasana iklim hutan hujan di negara ini yang benar-benar menguji keupayaan penunggang.

Johar Othman, 42, seorang peguam, sudah lebih tiga tahun bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal downhill selepas beralih daripada basikal jenis cross country sejak diperkenalkan oleh rakannya.

Apa beza kedua jenis basikal ini?

“Basikal downhill atau turun bukit lebih laju dan mampu melakukan pelbagai aksi ekstrim termasuk melompat, hentakan pada batu kasar dan memberi keseimbangan serta daya keselamatan ketika ditunggang.

“Manakala jenis cross country masih boleh menyusuri bukit tetapi tidak lasak sebagaimana downhill. Basikal ini tidak boleh untuk melakukan lompatan dan aktiviti ekstrim lain,” katanya Johar yang memiliki basikal downhill berharga RM14,000.

Bagaimana pula dengan kepuasan?

“Kepuasan bila kita menuruni bukit khususnya di trek yang mencabar benar-benar mencabar keupayaan penunggang.

“Lebih-lebih lagi ketika menunggang basikal jenis downhill yang boleh melakukan pelbagai aksi ekstrim kala kita menuruni bukit,” kata Johar.

Kata Johar, lokasi di Taman Lembah Kiara adalah antara lokasi terbaik di ibu kota, bukan saja kerana kedudukannya malah treknya yang mencabar.

“Keadaan trek di sini yang berbukit dan berliku menjadikannya antara lokasi pilihan peminat sukan ini, khususnya pemilik basikal jenis downhill. Bukan saja untuk mempamer kehebatan malah medan ini kami gunakan untuk meningkatkan kemahiran.

“Bukan saja peminat tempatan, lokasi ini juga sering menerima kunjungan daripada rakyat Indonesia dan Singapura, yang tidak mempunyai trek sebegini,” katanya sambil menambah basikal downhill boleh berharga antara RM5,000 dan RM15,000 sebuah bergantung pada jenama.

Antara jenama yang sering digunakan peminat sukan basikal bukit adalah buatan Eropah seperti Element, Kona, Specialize, Merida, Scot, Giant, Santacruz, Turnor, Trek dan Intense.

Tambah Johar, hubungan antara peminat sukan basikal bukit juga ibarat sebuah keluarga kerana masing-masing berkongsi maklumat mengenai basikal.

Kebiasaannya kata Johar, beliau dan peminat sukan basikal bukit mula `berkampung’ di Taman Lembah Kiara kawasan itu seawal jam 8 pagi hingga sekitar jam 2 petang pada hujung minggu.

Melihat sendiri suasana di Taman Lembah Kiara, tempoh hari, nyata benar apa yang dikatakan Johar. Semua penunggang umpama satu keluarga besar dan saling sapa-menyapa bila berselisih sekalipun tidak pernah bersua sebelum ini.

Bagi mereka yang berpengalaman, bertindak seperti `cikgu’, membantu yang kurang berpengalaman mengenai cara tunggangan dan pengendalian basikal yang betul.

Latihan berterusan perlu bagi memastikan penunggang basikal mendalami pelbagai rutin seperti aksi dirt jump, kayuhan bebas dan menuruni bukit.

Kebiasaannya, jarak yang diambil bagi setiap aktiviti yang dijalankan antara 20 kilometer hingga 60 kilometer bergantung kepada laluan trek dengan purata kelajuan 40 kilometer sejam ketika menuruni bukit.

Faktor keselamatan juga perlu diambil kira. Penunggang basikal sentiasa disarankan memakai topi keledar, sarung tangan serta pelapik lutut dan siku.

Bagi yang berminat untuk menguji kemahiran berbasikal, apa kata mengunjungi Taman Lembah Kiara, pada hujung minggu. Selain kawasan itu, banyak lokasi lain yang turut menawarkan `kemudahan’ untuk peminat sukan basikal bukit ini.

Bak kata Johar, warga Malaysia, terutama peminat sukan basikal bukit beruntung kerana negara ini memiliki banyak lokasi yang baik untuk bergiat aktif dalam sukan itu selain selain cuaca panas dan hujan sepanjang tahun, yang pasti memberi lebih keseronokan juga cabaran.

PERBEZAAN BASIKAL BUKIT

DOWNHILL (menuruni bukit)

Harga sekitar RM7,000 hingga melebihi RM30,000.

Kerangka badan basikal seakan motorcross dan paling sesuai untuk tujuan pertandingan.

Ringan dan paling lasak dalam kelas basikal bukit.

Sistem suspensi paling panjang iaitu 15.5 sentimeter (sm) (7 inci) di bahagian depan, yang bersedia menghadapi apa saja hentakan dan gegaran ketika menyusuri bukit.

Berkemampuan untuk melakukan pelbagai aksi lompatan, menyusuri bukit, laluan berlopak hingga di laluan sukar di dalam hutan.

Mempunyai sistem brek leper menggunakan sistem minyak.

Kos penyelenggaraan lebih tinggi berbanding basikal cross country.

CROSS COUNTRY (rentas desa)

Harga basikal bermula daripada RM1,500.

Kerangka badan seperti juga downhill tetapi aktivitinya terhad berbanding jenis basikal bukit lain yang lebih ekstrim.

Sistem suspensi pendek iaitu antara mega_shok.gif milimeter (mm) hingga 110 mm. Tetapi ada juga basikal yang tidak dilengkapi dengan sistem ini.

Paling sesuai untuk aktiviti menyusuri bukit dan laluan denai di dalam hutan.

Ringan.

Tayar lebih kecil berbanding basikal downhill.

Kos penyelenggaraan berpatutan.

ENDURO (basikal bukit serba guna)

Basikal jenis ini kebiasaannya lebih berat daripada basikal merentas desa (cross country).

Berat basikal antara 14 kilogram (kg) dan 16 kg.

Sistem suspensi basikal agak panjang (150 mm) di bahagian depan untuk membolehkan penggunaan di pelbagai lokasi dan halangan.

FREERIDE (bebas)

Ciri reka bentuk basikal ini sama juga seperti basikal enduro tetapi mempunyai sistem suspensi lebih baik selain berat yang lebih ringan iaitu antara 14 kg dan 18 kg.

Sistem suspensi lebih panjang iaitu kira-kira 15.5 sm (7 inci) yang membolehkan ia digunakan hampir di semua halangan laluan di trek sukar.

Basikal jenis ini direka lebih versatil berbanding basikal bukit yang lain dan sesuai untuk melakukan pelbagai aksi ekstrim, lompatan dan laluan berliku.

TRIALS (ujian)

Basikal jenis trials (basikal ujian) memang dicipta bagi pelumba.

Reka bentuk basikal ini terlalu ringkas hingga tidak mempunyai sistem suspensi.

Bagi basikal perlumbaan, mereka mempunyai sistem gear berganda.

Kebiasaannya basikal moden jenis ini tidak mempunyai tempat duduk kerana penunggang lebih menumpukan untuk daya pecutan.

DIRT JUMPING, URBAN DAN STREET

Basikal ini adalah inspirasi gabungan basikal ujian, BMX, dan basikal serba guna.

Kerangka basikal sangat kukuh dan mempunyai sistem suspensi sepanjang 10 sm (4 inci) di bahagian depan.

Mencapai sehingga sembilan laras sistem gear.

Putaran tayar lebih pantas kerana saiz basikal yang lebih kecil.

SINGLE_SPEED

Basikal jenis ini mempunyai satu set nisbah gear.

Namun, kelajuan basikal ini bergantung juga kepada teknik pemanduan, selain kemahiran penunggang sendiri.

Saiz tayar juga banyak bergantung kepada kelajuan basikal.

Tayar bersaiz 65 sm (26 inci) dan 72.5 sm (29 inci) yang digunakan pada single-speed memberi impak berbeza ketika pecutan.

MOUNTAIN CROSS ATAU 4X RACING

Basikal ini adalah lembaran baru dalam sukan basikal bukit.

Perlumbaan menampilkan empat basikal bukit yang mempunyai sistem suspensi sepanjang tiga hingga empat inci.

Reka bentuk basikal disesuaikan dengan kelasakannya untuk melakukan selekoh dan kelajuan.

Penunggang yang paling awal tiba di bawah bukit dikira sebagai pemenang.

APA KATA PESERTA

Khairul Azman Lokman, 27, kerani

“Walaupun basikal ini agak mahal berbanding basikal mountainbike biasa, kepuasan bila beraksi bersamanya tidak tergambar dengan kata-kata.

“Bagi yang berminat saya sarankan supaya membeli dulu keperluan asas basikal bukit terutama jenis cross country.”

Mohd Fadli Khoo Abdul Khalid, 18, juruteknik komputer

“Aktiviti basikal bukit sangat sesuai buat remaja khususnya dalam membentuk sahsiah diri.

“Suasana hutan yang menyenangkan juga antara faktor yang memberi persekitaran cukup baik untuk membina jati diri.

“Setakat ini saya hanya mampu memiliki basikal jenis cross country yang berharga RM3,000 dan saya berazam untuk memiliki basikal jenis downhill suatu masa nanti.”

Ridzuan Ahmad, 33, pereka grafik

“Walaupun kita sudah maju dari segi pembangunan, pendedahan mengenai aktiviti sukan basikal bukit masih tidak dikomersialkan sepenuhnya.

“Saya sendiri pernah ke Bandung, Indonesia dan sangat teruja dengan sambutan dan sokongan kerajaan di sana dalam mempromosi pelbagai aktiviti sukan ekstrim.

“Diharapkan kerajaan dapat berbuat sesuatu dalam meningkatkan lagi komuniti peminat sukan basikal bukit, seterusnya menganjurkan lebih banyak pertandingan basikal bukit sebagaimana sukan lumba basikal yang lain.”

Khairul Azmi Lokman, 27, juruteknik penghawa dingin

“Saya sendiri pernah mengalami kecederaan teruk di kepala pada 2001 tetapi kalau sudah minat ternyata ia bukan halangan.

“Pelaburan kira-kira RM12,000 cukup memberi makna buat saya untuk melakukan pelbagai gaya dan lompatan menyusuri trek dalam hutan.

“Harapan saya cuma satu, diharapkan lebih banyak pendedahan diberikan dalam sukan ini yang menarik untuk dikongsi bersama.”

JoYaHsPoRt
QUOTE(Redhaa @ Mar 3 2007, 08:43 PM) *

ii redha..pkb? rolleyes.gif

jom join.. wink.gif good.gif

JoYaHsPoRt

Street luge tawan cerun curam

Oleh Diyanah Anuar

ADAKAH anda memiliki keberanian untuk mencuba sukan graviti ekstrim yang memerlukan anda berbaring dan meluncur di atas jalan raya yang berlereng curam?

Jika jawapannya ya, anda harus mula mengenal lebih dekat akan aktiviti yang dinamakan street luge.

Biarpun kedengaran agak asing di arena sukan ekstrim tempatan, sukan ini sebenarnya sudah mula bertapak di bahagian selatan California, Amerika Syarikat (AS) pada awal 70-an, yang mana sukan ekstrim seperti papan luncur waktu itu begitu mendapat perhatian.

Cara ia dimainkan hampir menyamai sukan ice luge (luncur salji), bezanya cuma ia dimainkan di atas jalan raya dan menggunakan roda papan luncur. Ada juga yang mengumpamakannya dengan sukan lumba motosikal cuma ia tidak membabitkan motosikal dan hanya bergantung kepada tarikan graviti.

Objektif dalam sukan ini adalah untuk menuruni lereng bukit yang curam dalam waktu yang paling pantas.

Luncur street luge muncul selepas sesetengah pemain papan luncur cuba melakukan aksi menuruni bukit secara berbaring. Dengan cara berbaring, peluncur dikatakan dapat menuruni bukit dengan lebih pantas dan selamat.

Street luge kemudiannya semakin mendapat perhatian sehingga papan luncur khusus untuk aktiviti ini direka oleh peluncur. Papan luncurnya dihasilkan lebih panjang dan diubahsuai bagi mewujudkan kestabilan yang diperlukan ketika melakukan aktiviti ini.

Dari semasa ke semasa, rekaannya diperbaharui hinggalah ke bentuk yang lebih estetik dan aerodinamik yang ada kini.

Terdapat dua jenis street luge iaitu street luge dan luge klasik yang lebih dikenali sebagai buttboard. Panjang sesebuah luge yang badannya diperbuat daripada besi dan aliuminium kebiasaannya sekitar 2.4 meter (lapan kaki) serta mempunyai empat atau enam tayar.

Rekaan dan buatan buttboard pula lebih ringkas iaitu sekeping papan yang lebarnya tidak boleh melebihi 30 sentiemer (sm) (12 inci) dan panjangnya tidak melebihi 120 sm (48 inci) selain mempunyai dua gandar dan empat roda berdiameter 70 milimeter (mm) setiap satu.

Tahun 1975 menyaksikan perlumbaan profesional street luge pertama diadakan di Signal Hill, California AS yang dianjurkan Persatuan Papan Luncur AS.

Perlumbaan ini bagaimanapun dihentikan mulai tahun 1978 selepas banyak kecederaan membabitkan peserta dan penonton berlaku.

Namun, semangat di kalangan penggemar street luge tidak pernah padam. Beberapa perlumbaan masih dianjurkan di selatan California dan mulai sekitar tahun mega_shok.gif-an dan sehingga awal 90-an, pihak penganjur semakin menitikberatkan aspek keselamatan, kelengkapan dan peraturan perlumbaan.

Pertengahan 90-an pula, street luge dipertandingkan dalam kejohanan X Games ESPN, namun tidak lama selepas itu `lenyap’ apabila penganjur lebih memberi fokus kepada sukan ekstrim dalam stadium atas dasar tanggungan promosi dan pemasaran.

Tanpa kemunculan di kejohanan besar sekalipun, street luge masih mampu berkembang di banyak negara di samping pelbagai pertandingannya turut dianjurkan dan mendapat sambutan lebih 2,000 penggemarnya di serata dunia.

IKON-Informasi Kontemporari

VARGTYRADAM666
AKU DOLU-DOLU ADA BESKAL HARO MASTER..HUHUU....

KALAH BESKAL PEREWEL MATI HANDLE SELADANG AKU TITIK..HUUAHUHAUH.....
stareeyu
aku ade gak beskal...
tapi da jual...7 taun dulu... down.gif
stareeyu
ade ke yg nak jual...?
tp byr bln2 arr... wink.gif
VARGTYRADAM666
QUOTE(stareeyu @ Mar 30 2007, 03:03 AM) *
ade ke yg nak jual...?
tp byr bln2 arr... wink.gif

ADA...PUNYA....

NAK BAYOR BULAN-BULAN TENGOK LAH BESKAL APO.....

KAT KODAI BESKAL YANG CHEMPION ADA RASANYA NAK BAYAR BULAN-BULAN.

KAU TAU JALAN AMPANG??? NAK AKU TUNJUKKAN KODAI NYO?
stareeyu
QUOTE(VARGTYRADAM666 @ Apr 4 2007, 02:38 AM) *

kedai joo ngan ke?
VARGTYRADAM666
QUOTE(stareeyu @ Apr 12 2007, 02:12 AM) *

AGAKNYA KOT NAMA DIA JOO NGAN... AKU TAK TAU NAMA KEDAI LAK... LOKASI DAN KOORDINAT LOT AKU TAU AHHH...
stareeyu
QUOTE(VARGTYRADAM666 @ Apr 17 2007, 02:05 AM) *

kalo kedai tu...aku tau ley...
papavogue
aku pon ader basikal...
1. robinhood....tahun 69 peninggalan atuk aku.....masih baik
2. chopper medium 79...gear kat tengah...nak kena repair...cable gear nak kene modified
3. raleigh 89..ini aku beli kat kedai besi buruk....untuk anak aku....klasik beb...
nanti aku kasi picnya...
VARGTYRADAM666
QUOTE(papavogue @ Apr 18 2007, 11:29 AM) *
aku pon ader basikal...
1. robinhood....tahun 69 peninggalan atuk aku.....masih baik
2. chopper medium 79...gear kat tengah...nak kena repair...cable gear nak kene modified
3. raleigh 89..ini aku beli kat kedai besi buruk....untuk anak aku....klasik beb...
nanti aku kasi picnya...

FFERGHH YANG NO 2 TU MENARIK TU "RARE" BEB~!
syima
i sangat suka naik beskal
if i naik beskal mesti pakai macam pelumba.
dari setapak ke klcc pun pernah.. paling jauh 40km.
baharcam
Assalamualikum ..

saya ade satu soalan ..saya sebagai member baru ingin menceburi dalam dunia basikal. untuk waktu petang n mase yg
boleh saya beriadah . Da tak yg boleh membantu saya dalm pemilihan basikal . saya ada tegok basikal JENIS POLYGON MODEL ZERO 26 ]
Bagi pendapat anda ..ok tak basikal tu ...
Abang MTB
QUOTE(baharcam @ Apr 23 2007, 02:18 PM) *
Assalamualikum ..

saya ade satu soalan ..saya sebagai member baru ingin menceburi dalam dunia basikal. untuk waktu petang n mase yg
boleh saya beriadah . Da tak yg boleh membantu saya dalm pemilihan basikal . saya ada tegok basikal JENIS POLYGON MODEL ZERO 26 ]
Bagi pendapat anda ..ok tak basikal tu ...

Walaikumusalam...
Pemilihan basikal adalah penting dengan mengikut saiz dan ketinggian kita. Keupayaan basikal juga penting dalam aspek membantu kayuhan kita. POLYGON MODEL ZERO ( soft tail ) ni cuma sesuai jika di guna pada jalan jalan lasak ( off road) dan kalau di gunakan pada jalan jalan yang rata ( tar ) ia sedikit boping dan akan menyebabkan kita lenguh pinggang jika berkayuh secara jarak jauh......
stareeyu
abg mtb ni da lame ke men beskal..?

so ade kenal mane2 adik2 mtb..?
arerace
QUOTE(stareeyu @ Apr 25 2007, 01:24 PM) *
abg mtb ni da lame ke men beskal..?

so ade kenal mane2 adik2 mtb..?

Semalam nampak basikal ni (yg bukan ori kot) kat hyper market. Dah memang nak sambar pun.... citer2 ngan sales person tu, alih2 dia kate basikal tu NOT FOR SALE. Ish frust giler.. Ada sapa2 tau tak kat mana ada jual basikal ni locally? Thanks

Abang MTB
QUOTE(stareeyu @ Apr 25 2007, 01:24 PM) *
abg mtb ni da lame ke men beskal..?

so ade kenal mane2 adik2 mtb..?

Lama tu tak le lama... ada lah dalam 3 - 4 tahun....
Adik mtb yang macam mana di maksud kan???
Abang MTB
QUOTE(arerace @ Apr 26 2007, 07:03 PM) *

Selalu nya basikal mountain bike yang bertaraf high-end jarang sekali di jual di hypermarket mau pun gedung gedung membeli belah. basikal jenis ini ada stop station nya sendiri. Kaki kaki basikal normally tau kat mana nak dapatkan alat alat ganti ataupun basikal jenis ini. So.. saudara arerace dah ada basikal sendiri ???
arerace
QUOTE(Abang MTB @ Apr 26 2007, 09:55 PM) *

Saya nak kene pegi balik ke hyper market tu, nak tengok balik basikal tu dan nak buat follow up samada basikal tu memang just for display only atau pun dia org nak buat promotion. Actually, basikal ni bukan mountain bike, ia sebuah folding bicycle dan pada mulanya dicipta sbg salah satu exercise equipments (kalau tak silap).

Lepas aje saya tengok basikal tu, terus balik rumah dan surf internet. Memang berkenan betul. Basikal tu di cipta oleh Sir Sinclair dan di beri nama A-Bike. harga ...mak ooi dlm Pound Sterling 199. Memang ler tak mampu nak beli, tapi ada china made punya di beri nama Cityidea, lebih kurang RM350.00. kalau harga tu... boleh ler gagah sikit. Tp yg kat hyper market tu lagi murah...

Jadi, kalau ada sesiapa yg ada info pasal basikal ni, kongsi kongsikan ler.

Abang MTB
QUOTE(arerace @ Apr 26 2007, 10:36 PM) *

Cuba survey tengok kedai kedai basikal yang ada jual jenama Le Run @ POLYGON. Rasa basikal jenis lipat ni ada dan harga nya
kalau tak silap abang tak sampai RM300.00 ( cuma agak saja )...
Abang MTB
QUOTE(Abang MTB @ Apr 27 2007, 08:04 AM) *

Maaf.. silap info .. basikal lipat POLYSON sekitar RM 480.00 single speed dan yang ada gear dalam RM 600.00.
Tadi masa ronda ronda kat kedai basikal baru nampak... Yang basikal lipat RM300 to basikal lipat dari China...
stareeyu
QUOTE(Abang MTB @ Apr 26 2007, 09:52 PM) *
QUOTE(stareeyu @ Apr 25 2007, 01:24 PM) *
abg mtb ni da lame ke men beskal..?

so ade kenal mane2 adik2 mtb..?

Lama tu tak le lama... ada lah dalam 3 - 4 tahun....
Adik mtb yang macam mana di maksud kan???

3-4 taun...
mmm...masa tu saya pun da xde..
tp sy bkn mtb..more on racing..

x ade join mane2 game ke?
JoYaHsPoRt
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

ii joe..abg mtb? apekaba? apecite? rolleyes.gif
lame x singgah sini..windus laks.. biggrin.gif
okis c u.. smile.gif

JoYaHsPoRt
assalamualaikum..

testingg.. biggrin.gif
JoYaHsPoRt

IKLAN DAN PERADUAN PETRONAS MERDEKA 50

Abang MTB
QUOTE(JoYaHsPoRt @ Jun 28 2007, 02:18 PM) *
assalamualaikum..

testingg.. biggrin.gif

Walaikummusalam....
Apa khabar... lama tak dengar citer??
JoYaHsPoRt
QUOTE(Abang MTB @ Jun 28 2007, 02:48 PM) *
QUOTE(JoYaHsPoRt @ Jun 28 2007, 02:18 PM) *
assalamualaikum..

testingg.. biggrin.gif

Walaikummusalam....
Apa khabar... lama tak dengar citer??

ii abg mtb..pkb?
sy baik alhamdulillah..
mcm biasa keje..keje..keje..smpai laa pencen.. biggrin.gif
abg mtb amacam ada wat ape2 aktiviti ke kat sana?
lame x nmpk..bz ke?
pe2 pun thnks ingat sy lg..c u.. smile.gif

dressar
assalammualaikum...teman nak tanya nie...sape2 ade nak jual road bike second hand..boleh le bagitau teman..tengah mencari nie (shimano 105)..skrg dok main off road je..nak cube lak road bike..hehehehe..member2 dah ramai yg tuko main road bike lak..
dressar
mana korang nie..berrkayuhh ke
nusantara
Testing...
nusantara
salam..
hello sumer peminat basikal.... cool.gif
nusantara
salam..
hello sumer peminat basikal.... cool.gif
nusantara
salam..
hello sumer peminat basikal.... cool.gif
nusantara
QUOTE(Abang MTB @ Oct 6 2006, 06:55 PM) *
QUOTE(JoYaHsPoRt @ Oct 6 2006, 06:52 PM)
erm..asal KL-D'sara area..tp keje area S'gor.. biggrin.gif. Abg MTB?

Utara... Seberang Perai...
kalau nak beli mountain bike leh la tengok kat BIKE PRO - Petaling Jaya atau KSH kat TTDI.
kat kedai ni banyak basikal mountain bike tapi mak oii harga nyaaa..... !!!

abg mtb, tumpg tny sket...
boleh x mintk alamt kedai2 tu??
ingat nak try ushar2 mtn bike kat situ,
mau survey nak cari beskal baru...
smile.gif
modelan
dah lama tak naik basikal...nostalgia main polis-polis masa darjah 6 rolleyes.gif
selambeyaya
Assalamualaikum.

saya org baru nih...baru nampak ade forum utk basikal....boleh join x nih? bab2 basikal mmg saye minat pardon.gif
selambeyaya
QUOTE(J o e @ Jul 19 2006, 05:00 PM) *
SAPA2 YG ADA BESKAL MEH AR JOINT laugh.gif

Saya user baru...memang minat basikal nih... blh join x? clapping.gif
Rish dan basikal murah!
Salam perkenalan semua. Selamat berpuasa dan selamat hari raya... wink.gif

Saya baru je registered. Baru beli basikal, tapi yg cap/brand yg tak terkenal pun. Bukan LeRun... Tapi tak pe la, asal ada. At least sy bleh ronda2 kawan rumah kat Putrajaya. Kepada kawan2 yang nak ronda2 sekali, PM la saya...

Sy dah lama tak berbasikal. Sejak masuk universiti, skrg baru nak mula balik. Dulu sy ada basikal BMX yg harga dalam RM200 je... tapi masa tu sy masih budak2... Dapat basikal baru, happy sangat sampai tak bleh tido malam. Kalau bleh nak peluk basikal time tido. Hahahaa.... Tapi, basikal tu dah lama tak de. TTapi skrg dah ada yg baru. Alhamdulillah... Walau pun tak mahal mana, alhamdulillah la.

Rish8338
nlizak
ishhh2 ...kelab basikal... sibbaik laki aku x nampak thread nie.. mang dia tu coach pasukan basikal.. ya ampunnnnnn
x duk diamm.... ada ke bulan2 posa nie... dia suh anak2 buahnye training dari kul 10 mlm sampai ke 4 subuh...terus soq ..
siang2 membuta...tidoqqq smile.gif
EidaBird
aku dah x de basikal lagi dah

masa sekolah rendah dulo2 ada la

pastu kena rembat
dry.gif
marbella
QUOTE(EidaBird @ Sep 27 2008, 12:23 PM) *
aku dah x de basikal lagi dah

masa sekolah rendah dulo2 ada la

pastu kena rembat
dry.gif

kalu aku tau tu beskal ko aku tak rembat la EidaBird.......... ekekekeke
Selalu aku lalu jln ampang ada yang pi kerja naik beskal..office mate aku pon ada yg datang kerja naik beskal..sampai opis dia lap badan..tukar baju..seluar pakai sepatu...kerja... nasib bek bukan mamat bangla..kalu tak dah tentu ada bau satu opis..ekeke
RUSAPAYAU
Click to view attachment

Sila Klik- http://www.dunguncyclingteam.blogspot.com
RUSAPAYAU
QUOTE(nlizak @ Sep 18 2008, 09:10 PM) *
ishhh2 ...kelab basikal... sibbaik laki aku x nampak thread nie.. mang dia tu coach pasukan basikal.. ya ampunnnnnn
x duk diamm.... ada ke bulan2 posa nie... dia suh anak2 buahnye training dari kul 10 mlm sampai ke 4 subuh...terus soq ..
siang2 membuta...tidoqqq smile.gif

He.he.he biasak lahtu....!!!! Coach team mana tu nlizak, mungkin kenal kot...!
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.