Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Pisang Goreng Rangup
Mesra.net Forum > Request & Discussion Ringtones & Recipes (No Registration Required) > Mesra.net Recipes - Request
putritelagatujuh
Assalamualaikum... I've juz join this forum...... seems interesting juga...

Juz nak tanya if anyone ada resepi nak buat pisang goreng (or goreng pisang... BM pon tak pas.. sori eks) yang rangup mcm yang jual kat gerai2 tepi jalan tuh? My daughter love it but bila tgk minyak yg diorg gunakan... entah2 sejak mula buka gerai top up jerr kut.. dah hitam legam dah, tak selera plak.

Harap ada yg sudi kongsi2 petua n resepi TQ
Esquento
nak rangup senang je..
ada org gunakan tepung beras+telur+kapur mkn skit..

cara mudah lg tepung gandum 3/4 + tepung beras 1/4 +kapur mkn skit..

nak kuningkn just ini kunyit serbuk skit..

slamat mencuba smile.gif
loNeLytoOnEs
nak tambah yg esquento punye resipi sket.letak kelapa parut sket..
putritelagatujuh
Tengkiyu very much... will try it this weekend.
Esquento
oo taruk kelapa parut eh.. erm sedp gak kan wink.gif

hehe tp jangan bubuh biskut lemak dah la.. tu utk buat ayam goreng rangup bleh aa biggrin.gif
Esquento
QUOTE(Esquento @ Jun 14 2006, 04:47 PM)
nak rangup senang je..
ada org gunakan tepung beras+telur+kapur mkn skit..

cara mudah lg tepung gandum 3/4 + tepung beras 1/4 +kapur mkn skit..

nak kuningkn just ini kunyit serbuk skit..

slamat mencuba smile.gif

hehe sukatkn dia 2/3+1/3 daa... tersilp tulis tu..
erm tp lebh2 kurg try je ler.. kalo kurang rangup tambh kn sukatn pada
tepung beras.. sbb tpg beras tu mengeraskn dan tepung gandum lak melembutkn..
loNeLytoOnEs
QUOTE(Esquento @ Jun 15 2006, 10:17 AM)
QUOTE(Esquento @ Jun 14 2006, 04:47 PM)
nak rangup senang je..
ada org gunakan tepung beras+telur+kapur mkn skit..

cara mudah lg tepung gandum 3/4 + tepung beras 1/4 +kapur mkn skit..

nak kuningkn just ini kunyit serbuk skit..

slamat mencuba smile.gif

hehe sukatkn dia 2/3+1/3 daa... tersilp tulis tu..
erm tp lebh2 kurg try je ler.. kalo kurang rangup tambh kn sukatn pada
tepung beras.. sbb tpg beras tu mengeraskn dan tepung gandum lak melembutkn..

oo x pasan hari tu.kalo saya, mmg x guna tpg gandum langsung.guna tepung beras jek. pastu pastikan adunan tu x cair sbb kalo cair dia x melekat kt pisang.bg pekat sket.
hmm kalo nak lg senang, beli je tepung goreng pisang Adabi ke.kalo kt sini saya guna Nago.heheh lg senang. biggrin.gif
Esquento
hehe bli yg ready made ye... senang keje blum.gif
cahaya_nurani
QUOTE(Esquento @ Jun 16 2006, 10:05 AM)
hehe bli yg ready made ye... senang keje blum.gif

bang! pisang goreng singgit yer.... wink.gif
putritelagatujuh
tepung goreng pisang adabi tu bau kuat sgt lerr... satu aprtment bau goreng pisang.

Ada pernah trbaca petua masukan sedikit minyak dlm bancuhan tepung tuuu.. but tak pernah cuba sbb dh double minyak tuuu... isi minyak then goreng plak dlm minyak.... kolestrollllllllllll ph34r.gif
Ida_KL
kalu ade gg...bestlah makan rangup2 nie... laugh.gif laugh.gif
Esquento
kalo takde hehe paham2 je la ye biggrin.gif
moslak
Pasal nak buat pisang goreng rangup ni I ada satu cara (belajar dari mak mertua).
Caranya guna tepung gandum shj campur garam secukupnya, serbuk kunyit. Adunan ni perlu di campur dengan sedikit minyak panas terlebih dahulu macam nak buat doh karipap then baru bancuh dengan air. Jangan terlalu cair dan guna untuk menggoreng...cubalah..
Esquento
iyap care tu pun bleh..
sama cam nak buat jemput2 utk rangup..
sbb minyk pans yg dicampurkn kedalam adunan
bleh mmpercepatkan proses penggaringan di bahagian dlm bila menggoreng wink.gif
muzzy_gals
emm.. pisang goreng rangup. sedap tuh. dulu kalo duduk kat kuantan slalu dpt rasa pisang goreng rangup cam tuh.. siap jual ngan kerak2 skali. tapi la ni kalo nak cari kat KL haram tak jumpa. yg dok jual sume nya yg separuh lunyai.. tah pisang bila diorg guna gak nyer... tapi yg pasti paling best pisang abu ler.. sedap..

kalo ikut cara yg org kuantan dok jual tuh diorg cuma guna;

tepung beras + air kapur + kunyit & garam (bancuhan tak terlalu cair/pekat - sedang2 ajer)

pasal mak saya ada kawan tukang jual pisang goreng panas.. so dia dah cilok skit resepi tuh... baru minggu lepas saya dok try.. ternyata kenangan lama masa dok kuantan kembali menjelma.. lama tak rasa pisang goreng rangup.. uhh...sedappp...
einamie
kalau einamie simple je,

tepung gandum + tepung beras+ sedikit serbuk kunyit+ garam secukup rasa

kalau dh sejuk pon masih rangup lagi

kalau pakai telur nanti bila sejuk dia jadik cam lembik la....
maz1402
Hi, i ada dengar berita hangat pasal goreng pisang rangup nie..jaga-jagalah jangan selalu beli goreng pisang. Hati-hati sikit masa nak beli goreng pisang. Kerana orang zaman sekarang berniaga tidak ikhlas.. diorang goreng pisang masuk plastic macam botol mineral atau straw pun boleh, janji ada unsur plastic..Hati-hati sikit...jangan sebarang beli..nanti terkena..diorang masuk plastic dalam minyak yang hendak digoreng itu. Dah panas dan dah cair mana nak nampak kan? untuk bagi goreng pisang jadi rangup tahan lama walaupun dan sejuk..so..kalau rangupnya lama tu dah sejuk pun masih rangup hati-hatilah..ye..banyaklah bahan kimia dalam badan kita..kalau macam tu asyik gila nak makan goreng pisang rangup..tak kita apa yang membabitkan goreng jika ia tahan lama rangupnya itu hati-hatilah..ye..semoga kita dilindungi dari manusia-2 yang kejam ini...
airul85
nak ranggup...bleh letak sedikit baking powder... tahu dari org keja hotel
satu lagi letak marjerin yg dicairkan...tahu dari peniaga goreng pisang....
Andy Azmie
QUOTE(maz1402 @ Jul 4 2009, 03:18 AM) *
Hi, i ada dengar berita hangat pasal goreng pisang rangup nie..jaga-jagalah jangan selalu beli goreng pisang. Hati-hati sikit masa nak beli goreng pisang. Kerana orang zaman sekarang berniaga tidak ikhlas.. diorang goreng pisang masuk plastic macam botol mineral atau straw pun boleh, janji ada unsur plastic..Hati-hati sikit...jangan sebarang beli..nanti terkena..diorang masuk plastic dalam minyak yang hendak digoreng itu. Dah panas dan dah cair mana nak nampak kan? untuk bagi goreng pisang jadi rangup tahan lama walaupun dan sejuk..so..kalau rangupnya lama tu dah sejuk pun masih rangup hati-hatilah..ye..banyaklah bahan kimia dalam badan kita..kalau macam tu asyik gila nak makan goreng pisang rangup..tak kita apa yang membabitkan goreng jika ia tahan lama rangupnya itu hati-hatilah..ye..semoga kita dilindungi dari manusia-2 yang kejam ini...

Salam semua,
kepada saudara "maz1402" cerita sal bahan plastik yg d masukan ke dlm minyak pisang goreng tu bukan lah tujuan utk meragupkan pisang goreng tu..tapi makcik2 yg jual pisang goreng kat tepi jalan tu xda thermometer yg boleh membaca suhu minyak tersebut. Dlm culinary cara meragupkan sesuatu yg d goreng tu bergantung pada suhu minyak & bahan2 tambahan seperti tepung beras, kapur makanan, baking powder & jenis cecair ataupun air yg digunakan utk membuat adunan tepung (batter) tersebut. So klu kat hotel, segala2nya serba lengkap, we have deep fryer machine yg ada pembaca suhu sekali, and segala2 bahan yg di perlukan..berbanding dgn makcik2 yg kat tepi jalan tu..yg cuma ada recipe turun-temurun je. so saudara "maz1402" 7 sekutunya jgn la kita membuat andaian ataupun menyebarkan seseatu tanpa kaji selidik..sekiranya 100X "kebenaran" pun makcik2 tu mengunakan bahan plastik yg mengandungi bahan kimia..kta terima je lah..coz badan kita yg hidup d zaman moden ni pun mmg dah terdedah dgn bahan kimia pun..bermula dgn bangun pagi kita berus gigi mgunakan ubat gigi yg sememangnya mangandungi pun..TQ
Adinda
good.gif Andy Azmie..

itulah kelemahan orang kita..
suka assume things...
usul periksa lah dulu.. hoho biggrin.gif

jangan kerana terlihat sesuatu, terus tuduh dan bawa mulut..
ramai dah menyebarkan cerita tidak benar ini.. wink.gif
Andy Azmie
QUOTE(Adinda @ Feb 27 2010, 12:00 AM) *
good.gif Andy Azmie..

itulah kelemahan orang kita..
suka assume things...
usul periksa lah dulu.. hoho biggrin.gif

jangan kerana terlihat sesuatu, terus tuduh dan bawa mulut..
ramai dah menyebarkan cerita tidak benar ini.. wink.gif


Thank & u r rite Adinda.
sama2 lah kita memupuk masyarakat kita ni menjadi masyrakat yg berfikiran terbuka, berfikiran luas & berpenggatahuan tinggi...tq
royalina
oo taruk kelapa parut eh.. erm sedp gak kan wink.
Adinda
Banyak resipi pisang goreng rangup di sini

Terima kasih kepada mereka yang berkongsi resepi di dunia internet... smile.gif
iznanaziz
QUOTE(Esquento @ Jun 14 2006, 04:47 PM) *
nak rangup senang je..
ada org gunakan tepung beras+telur+kapur mkn skit..

cara mudah lg tepung gandum 3/4 + tepung beras 1/4 +kapur mkn skit..

nak kuningkn just ini kunyit serbuk skit..

slamat mencuba smile.gif

air kapur tu ke atau kapurnya tu?
rasanya tak lain ke?
iznanaziz
Durian ais goreng jadi tarikan

Antara gerai tarikan pengunjung di ekspo ini ialah ‘Durian Ais Goreng’ yang pertama seumpamanya di Malaysia seperti dijelaskan pegawai pemasaran D‘King, Simon Chin.

“Ia seperti aiskrim goreng. Rangup di luar dan sejuk di luar. Cara menggorengnya juga mudah. Hanya keluarkan dari peti sejuk beku, dicelup dengan tepung khas dan terus goreng dalam tempoh kurang 10 saat.


“Ini bagi memastikan durian beku tidak cair. Pada masa sama, saya perlu memastikan minyak yang digunakan betul-betul panas dan ia perlu dimakan segera bagi mengelakkannya cair,” katanya ketika ditemui.

Penganjuran Halfest adalah bukti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) terus komited memperkembangkan ekonomi industri halal tempatan dan kini lebih memfokuskan kepada usahawan kecil yang berpotensi untuk menembusi pasaran luar negara.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.