Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Novelis Lumpuh Digigit Kucing
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ida_KL
KUALA TERENGGANU 14 Mei - Seorang novelis tempatan, Ariffin Ngah, 66, lumpuh sebelah kakinya setelah digigit kucing peliharaan yang dipijaknya secara tidak sengaja ketika hendak mengambil wuduk.

Berikutan kejadian tersebut, bekas guru yang merupakan pemenang Anugerah Sastera Darul Iman (ASDI) itu kini tidak lagi boleh menulis novel dengan begitu aktif sebagaimana lazim.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal di sini, beliau berkata, bisa apabila bahagian ketingnya digigit kucing peliharaan bernama `Si Putih' tidak dapat digambar dengan kata-kata.

``Kesannya pada hari ini, kaki saya sudah lumpuh dan tidak lagi boleh berkarya.

``Malah karya terakhir saya ialah menyiapkan sayembara novel, kira-kira dua minggu sebelum digigit kucing April tahun lalu,'' katanya.

Menceritakan kejadian itu, beliau berkata, sebaik sahaja digigit, darah banyak keluar tetapi beliau cuma membalut dengan sehelai kain kerana mahu cepat menunaikan solat Subuh.

Selepas itu, kata beliau, isterinya menyapu bahagian gigitan itu dengan minyak gamat tetapi seminggu kemudian, beliau berasa kebas dan kaki mula bengkak.

``Isteri membawa saya ke klinik. Di sana saya diberitahu, kecederaan kaki saya serius dan ujian oleh pakar di Kuantan Medical Centre (KMC) di Kuantan, menunjukkan saraf kaki saya putus,'' katanya.

Menurut beliau, kaki kanannya kemudian lumpuh dan sejak itu pergerakannya terbatas termasuk untuk makan minum dan kebersihan diri.

Sementara itu, pakar perubatan KMC, Datuk Dr. Ooi Hooi Yong ketika dihubungi hari ini berkata, gigitan kucing mampu mengundang sejenis jangkitan yang dikenali sebagai tosoplasma yang boleh membawa kepada lumpuh.

Beliau berkata, air liur mamalia berkenaan mengandungi sejenis bakteria yang mengaktifkan jangkitan tosoplasma yang juga dikenali sebagai cat disease.

``Memang gigitan kucing berbahaya kepada mangsa tidak kira manusia atau haiwan apatah lagi jika gigitan itu berlaku pada kadar yang kuat dan banyak,'' katanya.

Beliau berkata, kaki kanan Ariffin mungkin dapat diselamatkan jika beliau segera mendapat rawatan dan tidak membiarkan luka gigitan terbiar tanpa rawatan di hospital.

``Mungkin mangsa tidak sangka gigitan kucing tidak berbahaya dan mangsa juga mungkin ada penyakit lain seperti kencing manis yang memburukkan keadaan.

``Setiap orang mempunyai kadar ketahanan tubuh berbeza. Apapun, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati dan jangan ambil mudah jika digigit kucing,'' katanya.

Pada Sayembara Novel ASDI IV, novel karya Ariffin iaitu Tangisan Bangsaku memenangi hadiah penghargaan bersama Kabut dan Bulan Sabit di Demak karya penulis Indonesia, Nunung Prajarto.

Novel-novel lain yang pernah ditulisnya adalah Bila Siulan Berbunyi, Anak Pondok, Panglima Datu, Sewat dan Gadis Vokasiona.



ayaqmineral
erk!aku ada bela kucing nih... huh.gif
naomi
hmm bahaya gak kucing nih
ada news tak lama dulu abt org kena cakar ngan kucing liar
tak lama lepas tu kaki dia mula membengkak besar dan bernanah
besar cam kaki gajah.. dan tak boleh diubati..
Ida_KL
kucing nie pun bahaya gak sebab dier gigit tikus..
naomi
kucing gigit tikus ke makan tikus?
Ajax
QUOTE(naomi @ May 15 2006, 10:07 AM)
hmm bahaya gak kucing nih
ada news tak lama dulu abt org kena cakar ngan kucing liar
tak lama lepas tu kaki dia mula membengkak besar dan bernanah
besar cam kaki gajah.. dan tak boleh diubati..

tu baru kene cakar kucing...
belum lagi kene cakar harimau..( Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ) biggrin.gif
Ida_KL
QUOTE(naomi @ May 15 2006, 11:13 AM)
kucing gigit tikus ke makan tikus?

gigit tikus dan makan tikus gak laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.