Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Lelaki Terkejut Lauk Kepala Ikan Tongkol Rm45
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2
Ida_KL
KUALA TERENGGANU 27 Mac - RM45 bagi seketul kepala ikan tongkol lauk nasi dagang.

Itulah harga yang dibayar oleh Hasbullah Ishak di sebuah kedai di Chendering dekat sini pagi tadi.

Hasbullah, 46, yang berasal dari Kampung Panji, Wakaf Mempelam dekat sini dan kini menetap di Putrajaya, berkata, harga yang begitu tinggi adalah melampau dan tidak munasabah.

Hasbullah, yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta, memberitahu Bernama semasa beliau singgah makan di kedai berkenaan, isterinya yang ketika itu berada di Putrajaya, memintanya membeli kepala ikan tongkol itu untuk dibawa pulang.

``Selepas makan di kedai berkenaan, saya minta seorang mak cik membungkuskan kepala ikan tongkol itu dan bertanyakan harganya sekali.

``Saya amat terkejut apabila mak cik itu menyatakan harga kepala ikan itu RM45 seketul. Bagi memastikan saya tidak salah mendengarnya, saya berikan wang RM100 dan mak cik itu memulangkan bakinya RM55,'' katanya.

Hasbullah berkata, apabila beliau bertanya kenapa kepala ikan itu mahal sangat, wanita itu menjawab, harga itu adalah untuk ikan bersama nasi.

``Mahu tak mahu, saya ambil juga kepala ikan itu kerana ketika itu ramai pelanggan lain sedang menunggu,'' katanya.

Hasbullah berkata, ini bukan pertama kali beliau makan nasi dagang di kedai berkenaan, kerana setiap kali pulang ke Terengganu, beliau akan singgah di situ. ``Malah mak cik itu kenal saya,'' katanya.

Beliau telah melaporkan perkara itu kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu petang ini.





*alias_cobain*
bapak mahal! blink.gif
kpala ikan beso kpala bapak gajah ke ape?!
huh.gif
mama_elin
haaa baru tahu penangan org timur..tu baru kepala ikan tongkol... rolleyes.gif
ana_ct
harga mahal..berbalio ke dgn kesedapan die...?
gelas_plastik
gila .. ikan tongkol kan antara ikan yg murah .. apsal sampai RM 45.00 ...
mungkin ikan tu dier tangkap kat bawah pelantar minyak kut, sbb tu naik harga ...
ask-what
tak berbaloi beli nyer....
baik makan McD!!!
hahahah
anggerik_rimba
giler tul laa peniaga tu... angry.gif sesuka ati jer letak harga...kalu camtu...dia leh gi wat haji balik hari laa..sbb dh kaya sangat...
arinpsycho
isk....dahla sedap makan nasik dagang nih.......kalo kerajaan tak buat apa2 nampak gayanyer tak makanla aku balik kampung nanti.....makan sardin jerla...tuhpun kalo tak naik hargala...
ke'ai
gilo apo makcik tu?

masak gulai pakai petrol ron 97 ke?
joaquinshah
dia masak pakai gas petronas kot. tu pasal kene cas tinggi
April
tak munasabah tull... takkan x der xplanation lainn..?? dia beli 10 bungkus kerr??

dgn 45 hinggit tu bleh dpt 10 eko ikan tongkol lagi...
mama_elin
org minyak yg tolong tangkapkan utk dia..mana x mahal berhantu
Ida_KL
nak aje aku laukkan kepala makcik tue laugh.gif
April
laugh.gif ikan tongkol import kottt....
mama_elin
ke makcik tu conpius dia pi kira semua org yg makan kat kedai dia..salah dengar kot..saya belanja semua..mana la tau..
rajamaya1
Mcm tu kut? laugh.gif
topgunZ
hotek dier lah...apa dier ingat orang lain cop duit jer ker??..cis..niaga nak cekik darah pergi blah lah...
kalau aku kena..agaknya habis aku sumpah makcik tuh tak pasal pasal...

//gaji gua dah lah kecik...isk..isk..isk..
gelas_plastik
QUOTE(topgunZ @ Mar 28 2006, 04:41 PM)
hotek dier lah...apa dier ingat orang lain cop duit jer ker??..cis..niaga nak cekik darah pergi blah lah...
kalau aku kena..agaknya habis aku sumpah makcik tuh tak pasal pasal...

//gaji gua dah lah kecik...isk..isk..isk..

ko ok la setakat maki je .. kalau aku mau aku sumbat ikan tongkol tu ngan duit RM 50 dalam mulut dier .. gile ..
mirza
QUOTE(mama_elin @ Mar 28 2006, 01:29 PM)
ke makcik tu conpius dia pi kira semua org yg makan kat kedai dia..salah dengar kot..saya belanja semua..mana la tau..

tak kan la, kot? abg tu musti tanya berbelas kali sebelum bayo!

kalu aku...sure takmo bayar....melampau tu....tak kan le ikan tongkol rhega 'berhantu' cam tu....

p/s: cam rhega pizza hut pulak..kan mama, kan??? smile.gif
topgunZ
sapa tahu kedai dier kat mana?
intan_k
hahahah dia makan pala bapak bapak tongkol kot....
gelas_plastik
kepala lembu pun aku rasa tak semahal tu ..
intan_k
ye la...pala org bgi free jek....
aienmaria
ha...harga dia rm4.50 jerr...mak cik tuh tak gheti sebut kot yg dia tau sebut rm45 pas tuh tak geti nak kira...tau pulangkan rm55..hahahaha...alasan tak logik... laugh.gif
The Corrector
peniaga macam nilah yang memburukkan nama terengganu yang cantik di mata dunia
rostamno1
patut nama kedai & nama makcik tu publish dalam paper ... biar semua org tau .. kan bagus
malynn
jom gi ramai2 kedai tu..... kite makang freee jerk.... hehhehehe padan muke dia...

nakalnyer aku....... biggrin.gif blum.gif
yushida03
apa daa.. wpun nasi goreng kampung + telur mata x sesedap nasi dagang lauk ikan tongkol (ikan aya la ni dok?)..

tapi harga dia baru 3+0.5+1(air) =rm4.50

kalu rm45 dah boleh makan 10 pinggan..!! kenyang tu beb..

tp kan.. nasi dgang t'ganu yg kaler putih ni x best sgt la.. so en hasbullah ni mmg rugi ni.. dah kena bedil dgn makcik tu ni..
aienmaria
QUOTE(The Corrector @ Mar 28 2006, 10:28 PM)
peniaga macam nilah yang memburukkan nama terengganu yang cantik di mata dunia

rolleyes.gif ...sian org terengganu.... blum.gif
gelas_plastik
ade kemungkinan gak hasbul ni muka cam indon ataupun bangla, so makcik tu silap sangka ingatkan pelancong .. tu yg dier caj mahal2 tuh ..
Affad
aku rasa ikan tu bergigi emas kot..baik ko cek balik...
jebatatilia
takut kau hahhhhh .. kna serbu je tgk trus tutup kedai ..... sok luse bukak balik ... tu nnt g la serbu skali lg ... melampau nye la nk kaya cepat .. isk .... <_< angry.gif
gelas_plastik
makcik tu tutup kedai ke hari ni?
arinpsycho
QUOTE(gelas_plastik @ Mar 29 2006, 08:30 AM)
ade kemungkinan gak hasbul ni muka cam indon ataupun bangla, so makcik tu silap sangka ingatkan pelancong .. tu yg dier caj mahal2 tuh ..

takla.....sbb hasbul cakap yg dia biasa makan kat kedai tuh.....makcik tu pon kenal dia
Affad
pepatah melayu ada nerkata..tak sedar dek untung.....
jebatatilia
QUOTE(gelas_plastik @ Mar 29 2006, 08:56 AM)
makcik tu tutup kedai ke hari ni?

smlm dorg g serbu ... kdai tutup .. arini pun tutup gak ..... nape ko nk g mkn kt sne ke ...
alah x lama tutup nye tu .. sok luse bukak la smule
mirza
mirz rasa makcik tu letak ghega gilo2 psl nak cover kerugian pd hari sebelum kot..... blum.gif
ke'ai
pandai betul makcik tu...tu la..melayu kalu nak terlebih maju....
x pandai nak cover langsung....
su'
mahalnye...sedap sgtke kepala ikan...?
mirza
QUOTE(arinpsycho @ Mar 29 2006, 09:18 AM)
QUOTE(gelas_plastik @ Mar 29 2006, 08:30 AM)
ade kemungkinan gak hasbul ni muka cam indon ataupun bangla, so makcik tu silap sangka ingatkan pelancong .. tu yg dier caj mahal2 tuh ..

takla.....sbb hasbul cakap yg dia biasa makan kat kedai tuh.....makcik tu pon kenal dia

kemungkinan gak, abg tu ada utang makan kat kedai makcik tu sebelum nih. tu yg makcik tu kira smpi 45 hengget tu.... biggrin.gif
azroy
tu baru je mak cik tu jual kepala ikan je..klu dia jual skali ngan badan smp ekor..mahu terguling pembeli tu
loNeLytoOnEs
QUOTE(gelas_plastik @ Mar 28 2006, 04:56 AM)
gila .. ikan tongkol kan antara ikan yg murah .. apsal sampai RM 45.00 ...
mungkin ikan tu dier tangkap kat bawah pelantar minyak kut, sbb tu naik harga ...

ikan tongkol antara ikan yg mahal jugak la... <_< kalo yg besar tu mahal la..tp kalo stakat kepala ikan tongkol sebesar ikan kembung sampai rm45 hinggit aku tak tau la apa nk jadi dengan malaysia negarakuuuuuu..........

p/s: tp kalo org makan kari kepala ikan puluh2 hinggit takde org bising pon rolleyes.gif
jebatatilia
td dlm paper ank mak cik tu pertahan kan tindakan mak dia .. dia kata ade isi sikit ade telur ikan skit .... memula mak cik tu x nk jual lauk je .. dia jual dgn nasi ..... tp dh pelanggan tu nk gak lauk sbb bni dia tgh ngidam n dia sgup byr brape je .. tu yg mak cik tu letak harge rm45 ...

tp mlampau la .... harga mahal cm tuh ... x baik tul aniaya org .. x berkat dol duit tuh
nur iman insyirah
QUOTE(mama_elin @ Mar 28 2006, 11:45 AM)
haaa baru tahu penangan org timur..tu baru kepala ikan tongkol... rolleyes.gif

selalu tak macam tu..maknan kat timur murah..mungkin makcik tu nak perbodohkan org tu..padahal org tu ..tak lah sebodoh yg disangka..mengalahkan makan kat hotel.. biggrin.gif
Ida_KL
KUALA TERENGGANU 29 Mac - Peniaga yang menjual kuah nasi dagang dengan seketul kepala ikan tongkol pada harga RM45 kepada seorang pelanggan, hari ini mempertahankan tindakannya.

Anak pemilik restoran itu, Zainun Ngah, 42, berkata, pelanggan yang membeli gulai lemak ikan itu juga mendapat telur ikan tongkol dan beberapa ketul isi ikan itu.

Harganya, jelas beliau, memang munasabah.

``Kami bukan sesuka hati meletak harga RM45,'' katanya.

Gara-gara isu kepala ikan tongkol itu, pemilik restoran nasi dagang terkenal di Chendering itu, Sapiah Mohamad, 70, kini tertekan.

Lebih malang lagi, Sapiah akan dikompaun tidak lebih RM1,000 dan mungkin diseret ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga 1946.

Kata Zainun, pada mulanya, ibunya tidak mahu menjual kepala ikan itu tanpa nasi, namun pelanggan itu beria-ia mahu membeli juga bagi memenuhi hasrat isterinya dan sanggup membayar berapa saja.

``Kerana ibu mengenali pelanggan itu, dia setuju menjual kepala ikan itu dan soal harga RM45 itu sepatutnya tidak timbul,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Restoran yang pernah disiarkan dalam program `Jalan-Jalan Cari Makan' itu diserbu pegawai Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu (KPDNHEP) pagi ini.

Kedai makan itu diserbu kira-kira pukul 9.30 pagi ini ekoran aduan seorang pelanggan kelmarin, yang mendakwa tertipu setelah dikenakan harga RM45 untuk kuah nasi dagang kepala ikan tongkol.

Seorang lagi anak Sapiah, Zulkifli, 48, pula memberitahu, sebelum ini ibunya tidak pernah menjual lauk tanpa nasi tetapi berbuat demikian setelah didesak oleh pelanggan itu yang sanggup menawarkan harga lebih.

Katanya, sejak isu harga RM45 untuk kepala ikan tongkol itu tersebar luas melalui media, ibunya mengalami tekanan perasaan dan sedih kerana berita itu boleh mencemarkan nama baiknya.

``Kedai makan kami ditutup semalam bukan kerana takut diserbu pihak berkuasa tetapi kerana kami mahu menguruskan urusan tanah pusaka,'' ujarnya.

Serbuan lima pegawai bahagian penguat kuasa agensi itu pagi ini diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Zulfahmi Mat Udi.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Terengganu, Ahmad Dahuri Mahmud berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah mengambil keterangan pemilik kedai itu dan merampas kuah nasi dagang kepala ikan tongkol untuk siasatan.

Selain itu, kata beliau, kompaun akan dikeluarkan ke atas pemilik kedai makan tersebut atas kesalahan tidak meletakkan tanda harga ke atas kepala ikan tersebut walaupun ada tanda harga diletakkan pada nasi dagang.



sembonia
kepala ikan merah kt tempat aku pun x smpai 30 hengget
kodok
QUOTE(loNeLytoOnEs @ Mar 29 2006, 12:07 PM)
QUOTE(gelas_plastik @ Mar 28 2006, 04:56 AM)
gila .. ikan tongkol kan antara ikan yg murah .. apsal sampai RM 45.00 ...
mungkin ikan tu dier tangkap kat bawah pelantar minyak kut, sbb tu naik harga ...

ikan tongkol antara ikan yg mahal jugak la... dry.gif kalo yg besar tu mahal la..tp kalo stakat kepala ikan tongkol sebesar ikan kembung sampai rm45 hinggit aku tak tau la apa nk jadi dengan malaysia negarakuuuuuu..........

p/s: tp kalo org makan kari kepala ikan puluh2 hinggit takde org bising pon rolleyes.gif

ikan tongkol bukan jenis ikan mahal..kalo nak ikutkan sedara dia, ikan tenggiri lg mahal..kat pasar ikan tongkol ko leh dpt dlm rm5 sekilo..kalo tenggiri mau dlm rm9-11 sekilo..sekor ikan tongkol beratnya dlm 800gram-2kilo..so kalo ikut logik,mamat ni mungkin amik kepala ikan tongkol yg besar..tp kalo nak caj smp rm45 tu melampau sgt..paling max. pun rm20 je lps campo dgn isi2 ikan tuh..kan senang kalo ckp yg mak dia dah tua,ade nyanyuk skit..abih cite biggrin.gif
Ajax
tak paham betul aku...
isu RM45 hinggit pun nak bising..sampai masuk surat khabar..
cuba bawak berbincang nge makcik tu dulu...
aku ingat skit lagi lingkup la business makcik tuh..
business melayu gak lingkup...
ade yang makan kat hotel sapai ratus2 tak bising pun..
kenyangnye pun sama gak...
makcik tu pun satu...agak2 ler...
JiJaHpOtPeT
QUOTE(Ajax @ Mar 30 2006, 09:07 AM)
tak paham betul aku...
isu RM45 hinggit pun nak bising..sampai masuk surat khabar..
cuba bawak berbincang nge makcik tu dulu...
aku ingat skit lagi lingkup la business makcik tuh..
business melayu gak lingkup...
ade yang makan kat hotel sapai ratus2 tak bising pun..
kenyangnye pun sama gak...
makcik tu pun satu...agak2 ler...


biasalah org meLAYU kan nak kaya cepat...
biar masuk paper..baru ada kesedaran diri...
kalau hasbullah tuh xbuat aduan mungkin nnt ko plak yg terkena..

p/s bukan nak mengutuk dah banyak kali aku pegi kelantan/ganu
org2 melayu di sana suka 'cekik' org2 luar..
tambahan pulak kalau kita pakai bergaya sket...
nasik goreng kampung sepinggan rm3.50 dan air laici rm 2.00
boleh jadik rm 5.50 sepinggan dan 3.00 segelas..

gadengmoon
KESIAN KAT CUSTOMER NI
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.