Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Toyota Wish
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
rahimyes
Aku cadang nak beli kereta ni..
tapi sebelum tu nak jugak tanya pandangan orang yang dah pakai..
tolong lah beri pandangan...

terima kasih..

kodok
aku x penah pakai..naik pun x penah..tp dari komen pemilik yg aku dgr..wish better dari stream..3rd row seat lebih luas..aku pun lg ske design wish ni dari stream..nampak garang & sporty
zan
wish dan stream - kedua2nya sama elok, sama besar luar dan dalam, sama dari segi teknologi, sama dari segi kelengkapan.

sebabnya? wish dan stream di jualan untuk pasaran dalam kategori yang sama.

kedua2nya menggunakan enjin berteknologi terkini iaitu VVTI 16 valve untuk toyota dan I-VTEC untuk Honda.

aku dah rasa naik wish dan toyota - sama2 sedap dan selesa.

pilihan akhir terletak pada tangan kau sendiri sebab berbeza pada paras rupa.

tips 1 - elakkan wish 1.8 dan stream 1.7 sebab agak kekurangan power. go for 2.0 specs.

tips 2 - elak beli Wald Wish WW180 atau WW200. sebaiknya beli jenama Toyota sendiri. tapi memandangkan UMW Toyota belum membawa masuk Wish secara official, besar kemungkinan spare part susah nak dapat. enjin adalah sama dengan Camry 2.0 tunggu 2nd half 2006 rumours cakap Wish akan dibawa masuk dari Thailand. on the other hand STream sudah dijual samada oleh grey importers mahupun franchise dealer dalam bentuk CBU.

tips 3 - untuk barang yang serupa tetapi hampir separuh kosnya ialah Naza Citra.
enjin 2.0 dgn VVTI, 7 tempat duduk, sunroof, 2DIN radio tetapi pada harga lbh kurang mega_shok.gifk aje. kelemahannya - Logo Kia. itu sahaja.
rahimyes
QUOTE(zan @ Mar 25 2006, 01:09 PM)
tips 3 - untuk barang yang serupa tetapi hampir separuh kosnya ialah Naza Citra.
enjin 2.0 dgn VVTI, 7 tempat duduk, sunroof, 2DIN radio tetapi pada harga lbh kurang mega_shok.gifk aje. kelemahannya - Logo Kia. itu sahaja.

Dengar cite citra ni kuat telan minyak..
zan
kalau kau banding citra dgn keta biasa, mmg kuat makan minyak.

tapi kalau kau banding citra dgn unser, atau citra dgn wish, atau citra dgn nissan serena penggunaan minyak lebih kurang sama saja.

jika kau pandu waja (auto) pada 100km/j ko lihat tachometer cuma sekitar 2,800rpm.

bila kau pandu citra atau unser pada 100kmj, tachometer akan beri bacaan sekitar 4,000rpm. camner minyak tak kuat??

kamon man...ko banding keta yg bawak 5 orang dgn MPV yg bawak 7/8 orang. dan enjin dengan saiz berbeza. dan berat berbeza.

tidak kah adil begitu??
kodok
say no to kia!..very problematic car..x caya try tanya owner naza citra ni
MaS_BoNgSu
eng. kt tempat aku ada pakai wish....

aku mmg jatuh cinta la ngan wish..tp mampu tgk je la....

tp citra ngan caren....kwn aku kata citra lg powerfull....may b cc tak sama kot....tah la...tatau sgt..
zan
kia carens terdapat dalam dua model. model pertama penghujung 90an guna enjin 1.8

model kedua masih juga guna enjin 1.8. tetapi, biler naza tukar badge keta itu dan menjadikannya bertaraf nasional, ia turut menukar enjin jadi 2.0 itu sebabnya lbh power.

ramai orang kata jangan beli kia. di UK ramai org kata jgn beli proton - apa reaksi kita? kita tidak boleh sesuka hati meracuni pemikiran org begitu kerana itu akan menunjukkan kita berfikiran sempit dan negatif.

cuba tunjuk saya bukti apa kerosakan atau kelemahan kereta2 kia. adakah ianya berlaku pada 50% dari model kia tersebut yg dijual di malaysia? jika tidak ianya bukanlah common problem.

dalam pengalaman bekerja di Proton, Alfa Romeo, Toyota dan Naza Kia masing2 punya kelemahan tetapi itu sebabnya pengeluar berani memberi waranti terhadap produk masing2.

cuba kita lepak kat pusat servis BMW atau mercedez benz untuk beberapa jam - pastinya kita akan mendengar banyak keluhan an aduan kerosakan kereta model baru yg kununnya hebat itu. tidak kira samada model merc W211, W220 atau W203 atau bee em E60 dan E90.

saya percaya ramai yg membli naza citra bukan sebab tidak mahu membeli wish atau stream tetapi rasional pada penjimatan dari segi perbelanjaan.

naza citra = mega_shok.gifK

wish dan stream = 150-160K

rasional atau tidak?
rahimyes
WOW BANYAK AKU DAPAT INFO ARI NI.. OH CITRA
kodok
QUOTE(zan @ Mar 27 2006, 06:16 AM)

there is no perfect car zan..tp kalo tgk percentage kerosakan antara proton,kia,toyota,honda sure ade perbezaan..mungkin dlm 1000unit keta yg dikuarkan toyota dlm 3-4 buah keta yg problematic..kalo kia lak nisbahnya lg tinggi dlm 10-20keta..kualiti keta jepun dgn korea ade bezanya..kalo tgk material yg diguna pun org dah tau leh thn lama ke x keta tu..kalo aku mampu better sambar toyota/honda dari sambar kia..risiko ko dpt problematic car lebih rendah..x yah nak pening2 gi servis centre..mau tau cite pasal naza citra?..try open forum kat melayu.com..kat sana ramai yg komplen pasal citra ni..problem paling common bateri cepat kong w'pun baru tukar..nak tau nape kia leh jual keta murah??sbb material yg digunakan lebih murah dan kurang kualitinya..dorang kejar volume kualiti jatuh no.2..kia/hyundai skg target nak jd antara 5 pengeluar keta utama dunia..nak capai target tu kena jual keta byk2 dgn rega murah
gelas_plastik
aku ari tu ade gak minat kat citra nih .. dah test drive dah pun .. mmg best gaklah .. tp lepas tanya sedara aku, and member aku kat opis .. dua2 cakap jgn ambik .. byk problem, and problem pulak kat engine .. tu yg aku riso, takut kete rosak tgh jalan ..

at least proton, walaupun ade byk problem kat finishing, enjin still ok lagi ..

tapi itu, naza citra yg mula2 dulu lah .. skang ni dgr diaorang dah kuar spec baru, tak taulah samaada diaorang dah settle atau lum problem2 yg dulu tuh ..
MaS_BoNgSu
tp kalo Caren ngan Citra dok sebelah2 mmg mcm kembar la... biggrin.gif
zan
kodok, katakan aku mampu, jangan kan Wish, baik aku beli Toyota Alphard!! biggrin.gif

pengalaman aku dalam bidang teknikal automotif dan frontline service centre selama 6 tahun banyak mengajar aku bahawa tidak ada kereta yang perfect. pasal tu aku tidak menyebelahi mana2 pihak ataupun mengatakan kereta ini lebih baik dari yg satu lagi.

1stly, it is a very subjective topic.
2ndly, byk org cuma bercerita tentang pengetahuan mereka yg cetek tentang kereta dan pengalaman mereka yang terhad terhadap sesebuah kereta.

now aku cuma fokus pada bidang claim untuk insurance keta motor. dan skop aku lebih meluas kerana semua jenis keta aku survey. walaupun tidak bergerak. ha ha ha kita semua tidak dapat apa yg diinginkan betul?

tapi cakap terus teranglah kodok...kalau aku mampu, aku tak beli keta - aku beli helikopter!! ha ha ha biler sejuk tutup kipas ohmy.gif
rahimyes
Zan...ipsum pun aku minat gak...
bagi pandangan sket zan...
ko memang banyak ilmu..

laugh.gif laugh.gif laugh.gif
zan
toyota ada banyak MPV beb

selain dari estima @ previa, ada picnic, nadia, ipsum, spacio, alphard, liteace noah, wish, bb, sienta, isis, ist dan byk lagi

semuanya sedap..he he duit pun sedap. tapi katner nak carik spare part? katakan eksiden, bengkel pun pening kepala nak cari spare part - in the end diorang guna half cut saja atau used part.

kalau betul nak drive toyota - cari yg common macam estima. antara sebab lain ialah mudah nak jual. anda beli keta yg pelik2, sukar nak jual semula.

camner pun, toyota akan bawa masuk wish (thai built) dalam Q2 2006. tak lama lagi. mungkin serentak dgn model Yaris untuk bersaing dgn Honda Jazz dan Suzuki Swift.

cuba2 laa korek harga dari salesman Toyota.

oh ye, bab enjin kebanyakan model guna ejin yg sama..samada 1.8 atau 2.0 D-4D. enjin tu cukup senyap. leh start dua kali tanpa sedar...
MęTwist
Parent aku baru cadang nak bli tapi tak jadik pasal duit kureng tongue.gif
zan
oi oi mctwist, jangan beli cash laa.. utang sket la. sesaper pun mana cukup duit beli cash.
MęTwist
Oitt sape kate aku nak bli cash haa macam tetau jerk.
Actually parent aku ni sayang kat keter sebijik ni banyak nostalgia so tak jadi jual. biggrin.gif
zan
actually, my first car pun nostalgia. in fact, aku suspect anak pertama aku pun nostalgia dalam keta tu jugak...heh heh

tapi jual jugak....
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.