Help - Search - Members - Calendar
Full Version: 61 Murid, 10 Guru Keracunan Makanan
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ida_KL
KEPALA BATAS 9 Mac - Sebanyak 61 murid dan 10 guru Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Permatang Buloh dekat sini, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kepala Batas selepas mengadu sakit perut dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Murid tahun empat hingga enam serta guru-guru sesi pagi persekolahan itu dimasukkan ke klinik tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Mereka mengadu sakit perut selepas sarapan pagi di kantin sekolah tersebut yang antara menu disediakan ialah mi kari, nasi kerabu dan kuih.

Pemangku Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Abdul Rahman Yob berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu terutama untuk mencari punca keracunan makanan tersebut.

``Kita akan lihat laporan daripada pihak sekolah dan klinik kesihatan berkenaan sebelum tindakan diambil.

``Sekiranya pengusaha kantin itu didapati lalai, tindakan sewajarnya akan diambil sama ada diberi amaran, penutupan sementara atau ditamatkan kontrak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak selagi belum meneliti laporan lengkap.

``Kita tunggu laporan itu siap sebelum menentukan bentuk tindakan. Setakat ini pengusaha kantin telah diarah menutup operasinya untuk tempoh dua hari bagi membantu siasatan serta mengelakkan kes tersebut berulang,'' katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan kesemua mangsa bersarapan pagi di kantin tersebut dan telah mengambil sampel makanan dari kantin berkenaan.

Jurucakap sekolah itu pula berkata, mangsa terbabit dihantar ke klinik menggunakan kenderaan guru dan ambulans untuk mendapatkan rawatan sebaik sahaja menerima aduan sakit perut, muntah-muntah dan pening kepala.



iznanaziz
70 murid SK Othman Shawal keracunan selepas minum susu sekolah

MELAKA 7 Sept. - Seramai 70 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Othman Shawal, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di sini mengalami keracunan makanan selepas meminum susu kotak yang dibekalkan pihak sekolah pagi ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim berkata, sebanyak 23 pelajar perempuan dan 47 pelajar lelaki mengalami sakit perut dan muntah pada pukul 10.30 pagi.

"Semua pelajar yang terlibat telah dirawat sebagai pesakit luar dan semua mereka telah dibenarkan pulang.

"Terdapat tanda-tanda awal keracunan pada susu itu apabila ia didapati berasa masam dan kita telah menghentikan pemberian susu itu serta-merta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 681 lagi kotak susu telah disita dan pemantauan lanjut sedang dilakukan.

Pada Jun lalu, keracunan sama berlaku melibatkan 97 murid di tiga sekolah rendah di Melaka yang mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas tiga jam meminum susu kotak berperisa coklat berjenama Dutch Lady yang diproses pada suhu tinggi (UHT) itu.

Tiga sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Selandar, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka As-Syakirin, Selandar dan SK Lendu di Alor Gajah
Carl86
Sian pula rasanya... Murid nak belajar kena pula keracunan makanan... Huhu
Mrs Anne Salvatore
susu sekolah yg KPM bekalkan tu ke?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.