Seringkali kita dibelenggu dengan masalah lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris(BI) dalam kehidupan seharian kita. Kita mungkin tidak terasa kelemahan dalam penguassan bahasa inggeris kita bila kita berada di rumah tapi kita akan amat terasa kelemahan kita apabila ditempat kerja terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak BI dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan. Kelemahan dalam BI juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai lemah dalam komunikasi.

Dari pengalaman saya dalam mempelajari Bahasa Inggeris ada 3 bahagian yang penting dalam mempelajari BI iaitu:-

i) Vocabulary – Kosa Kata
ii) Grammar – Struktur ayat
iii) Written English– Penulisan bahasa inggeris

i) Vocabulary – Vocabulary atapun kosa kata adalah pada pandangan saya yang paling penting dalam menguasai BI. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam BI jika vocabulary kita lemah. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikannya. Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan vocabulary kita dalam BI. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar BI setiap hari? Berapa banyak kah daripada kita yang ada membeli kamus BI yang komprehensif sebagai rujukan kita?

Tanpa vocabulary yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan menimbulkan salah faham di mata pendengar/pembaca. Dalam BI amat banyak perkataan yang hampir2 serupa maknannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi2 yang tertentu sahaja.

Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara jenis kamus yang boleh didapati ialah :-

i) Kamus BI – Bahasa Malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BI dalam Bahasa Malaysia. Jenis kamus ini sesuai jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai BI dan masih lemah dalam vocabulary BI anda.

ii) Kamus BM-BI . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BM dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu maksud perkataan dalam BM tapi tiada lansung idea apakah maksudnya dalam BI.

iii) Kamus BI-BM – BM-BI. Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam BI mahupun dalam BM.

iv) Kamus BI-BI. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BI dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat intermediate dan advance. Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan vocabulary BI mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran vocabulary anda.

v) Kamus bahasa inggeris – bahasa inggeris – bahasa malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan bahasa inggeris dalam bahasa inggeris. Di samping itu kamus ini juga turut memberi makna dalam bahasa malaysia.Kamus jenis ini sesuai untuk semua jenis peringkat baik yang baru mula belajar mahupun yang dusah mahir dalam bahasa inggeris.

Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus?

1. Introduction

Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif.

2. Spelling

Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesuatu perkataan yang anda cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :-

i) Ejaan penuh – Dimana perkataan dieja sepenuh nya
ii) Akronim – Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration.
iii) Singkatan – Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada market (pasar/pasaran)

3. Meaning

Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal.


4. Grammar

Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendefinisikan samaada perkataan itu adalah :-

i) Verb – Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh verb ialah run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing. Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan.

ii) Noun –Kata Nama.Contoh Noun ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain.


iii) Adverb – Adverb digunakan untuk menerangkan verb. Jika verb nya ialah run maka adverb digunakan untuk menerangkan perkataan ‘run’ tersebut.

Cth:-

Ali ran slowly to the car.

Dalam contoh diatas ‘slowly’ digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. run) itu berlaku.

iv) Adjective – Adjective pula digunakan untuk menerangkan sesuatu noun.Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan digunakan untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu.

Cth:-

The house is big.

The house is colourful.

Jadi dalam contoh diatas adjective yang digunakan ialah big dan colourful dimana ianya digunakan untuk menerangkan tentang sifat/keadaan ‘house’ yang merupakan satu noun.





5. Pronounciation

Didalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut (pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam BI kebiasaanya pronounciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronounciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis.




Antara contoh2 perkataan ini ialah:-

Grand Prix
Buffet
Par Avion
Rendezvous
resume
fiance


Pada yang nak contact saya sila email ke cikgutuition@yahoo.com