Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kat Johor Ada Bigfoot..
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
`Bigfoot' dipercayai wujud di hutan Johor


GAMBARAN lukisan `Bigfoot'.


JOHOR Bahru 23 Dis. - Ia dipanggil dengan pelbagai nama, antaranya ``Bigfoot'', ``Orang Mawas'' atau ``King Kong'' dan kewujudannya sering dianggap sebagai mitos tetapi bagi mereka yang pernah terserempak dengan makhluk tersebut, ia bukan lagi suatu bahan khayalan.

Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor Vincent Chow berkata, beliau yakin dengan kewujudan ``Bigfoot'' di hutan Johor dan ia dibuktikan dengan beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu.

``Ia (Bigfoot) memang wujud. Kami menerima banyak maklumat tentang insiden manusia terserempak dengan makhluk itu seperti di kawasan hutan di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau Rompin dan Kota Tinggi.

``Ia (insiden terserempak) bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah saya menganggapnya (Bigfoot) sebagai suatu perkara unik dan khazanah fauna hutan Johor. Kita perlu mengambil langkah untuk melindunginya,'' katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Chow, dalam insiden terbaru bulan lepas di Kampung Mawai, Kota Tinggi, tiga orang pekerja yang sedang membina kolam ikan di kampung tersebut mendakwa terserempak dengan satu keluarga makhluk itu.

Pekerja tersebut katanya mendakwa, keluarga ``Bigfoot'' yang mereka lihat itu terdiri daripada dua dewasa dan satu anak dan membuktikan teori bahawa makhluk ini tidak mempunyai suatu komuniti tetapi bergerak di dalam satu keluarga.

Selepas insiden itu, para pekerja kolam ikan tersebut kembali semula ke tempat kejadian di mana mereka telah menemui kesan tapak kaki makhluk bersaiz kecil dan besar, sepanjang 45cm, menurutnya.

``Kewujudan kesan tapak kaki pelbagai saiz itu membuktikan kemungkinan apa yang mereka (pekerja) lihat itu sememangnya satu keluarga `Bigfoot'. Dakwaan mereka tentang penemuan itu adalah berwibawa,'' kata Chow.

Beliau menganggarkan bahawa makhluk tersebut mempunyai ketinggian di antara lapan hingga 10 kaki berdasarkan kepada ketinggian bahagian ranting pokok yang patah di tempat makhluk itu ditemui dan memiliki bulu berwarna keperangan berdasarkan penemuan bulu dipercayai milik haiwan itu.

``Bulu yang ditemui itu juga memiliki bau seakan-akan bau ketiak manusia,'' katanya.

Penasihat MNS Johor itu juga berkata, beberapa insiden penemuan Orang Asli Empan a/p Melai, 5, yang hilang selama enam hari di Hutan Simpan Lenggor awal bulan ini ketika bersama-sama keluarga mencari rotan di hutan itu.

``Adik saya nampak `King Kong', tinggi dan lengannya besar, sebesar batang pokok dan berbulu hitam. Dia lari apabila nampak (King Kong) itu,'' kata abangnya Awin a/l Sentok, 25, kepada pemberita di Balai Polis Daerah Kluang selepas adik serta dua sepupunya berumur empat tahun itu ditemui oleh pasukan penyelamat.

Chow berkata, pihak MNS Johor bersedia untuk menjalankan kajian saintifik mengenai kewujudan ``Bigfoot'' di hutan negeri itu bagi memperoleh lebih banyak data terperinci tentang haiwan itu.

Data yang lebih terperinci tentang makhluk itu katanya, akan membolehkan usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan ``Bigfoot'' yang turut dikenali sebagai ``Hantu Jarang Gigi'' oleh masyarakat Orang Asli di situ.

Beliau juga berharap, Jabatan Antropologi universiti-universiti tempatan dan kerajaan negeri Johor turut serta dalam kajian saintifik itu.

``Ia (Bigfoot) boleh menjadi tarikan besar pelancong ke negeri Johor,'' kata Chow sambil menambah, isu sama ada makhluk itu benar-benar wujud atau tidak merupakan ``suatu yang amat besar'' di Eropah dan Amerika Syarikat. - Bernama


P/s : Tumpang bangga kalau Bigfoot tu jadi warga Johor.. biggrin.gif
hastapronto

dari hasta skolah dulu dok dengar pasal Big Foot wujud kat Malaysia nih..
honeybear
err...tuan khemah..
nak tanya nie...
bigfoot tu kan...
aper yg big?..
foot ajer ker?.. huh.gif
zidane_ziege
errr..big foot tu bukan keta tayar besar tu ker?.. blink.gif
MalaysianFatBoyz
besh nie...
buleh buat adik angkat....
sure orang tak berani kacau MFB..hahahhaha blum.gif
awek_montel
QUOTE(zidane_ziege @ Dec 25 2005, 02:41 AM)
errr..big foot tu bukan keta tayar besar tu ker?.. blink.gif

tu kira adik b'adik la...
biggrin.gif biggrin.gif biggrin.gif
VARGTYRADAM666
KRONI MAWAS SATOOOOO+BURAGAS rolleyes.gif
VARGTYRADAM666
MAU NYERH BOOT TAKDA SIZE WEIH.... laugh.gif
VARGTYRADAM666
NAK KATAKAN....

KAT PAHANG PON ADA CERITA NYA NIH...

KAT N9 PUN PNAH...

BANYAK JUGA TEMPAT DI SERATA BENUA PASAL NIHHH....

ITU MAHLUK YG SUKAR DIJUMPAI/ DITEMUI DI HUTAN BELANTARA...

INIKAN PULA DI LAUT.....

TAK TERCAPAI BEB....... rolleyes.gif
Ewan_sn
QUOTE(MalaysianFatBoyz @ Dec 25 2005, 02:44 AM)
besh nie...
buleh buat adik angkat....
sure orang tak berani kacau MFB..hahahhaha tongue.gif

ada ker org nak kacau.. tongue.gif biggrin.gif
Ewan_sn
tak pernah pun nampak gambar sebenar BogFoot nie..apa sal ekk..dalam national geograpic pun takder lg..

cuma yg eddie tahu..BigFoot ni adalah makhluk yg sgt2 pemalu...(manusia jer yg tak tau malu... wink.gif )
rajamaya1
mgknkah makhluk tu cuma makhluk jelmaan? Tulang dinasour yg beribu juta pun org jumpa tapi tulang bigfoot, xpernah org jumpa. Knp ya?

Walhal seluruh pelusuk dunia pernah jumpa. Pelik kan? blink.gif
MisTerMark
QUOTE(rajamaya1 @ Dec 25 2005, 03:42 PM)
mgknkah makhluk tu cuma makhluk jelmaan? Tulang dinasour yg beribu juta pun org jumpa tapi tulang bigfoot, xpernah org jumpa. Knp ya?

Walhal seluruh pelusuk dunia pernah jumpa. Pelik kan? blink.gif

mungkin makhluk ni ada caranya kebumi mayat (mayat ker? tongue.gif ) member dia..

senang Mesra buat camping kat kawasan Big Foot tur, leh tangkap gambar, berkenalan , mesra dengan big foot.... ekekekee... laugh.gif
MisTerMark
ni gambor, video big foot..

http://www.bigfootencounters.com/images.htm
MisTerMark
J o e
J o e
MisTerMark
ph34r.gif
VARGTYRADAM666
AHAKS...

ITU "RAHSIA ALAM" YANG ZAHIR....

AHAKS....
adlertag
Bigfoot a.k.a mawas
Ewan_sn
QUOTE(adlertag @ Dec 26 2005, 09:50 AM)
Bigfoot a.k.a mawas

yup..mawas..
Ewan_sn
Saya pernah lihat Bigfoot - Pegawai polis

BENTONG 25 Dis. - ``Gorila besar yang tingginya hampir paras bangunan empat tingkat itu tegap berdiri dari jarak kira-kira 10 meter sambil merenung ke arah kami.

``Keadaan ketika itu agak berkabus tapi kami nampak dengan jelas Bigfoot sedang bercekak pinggang dan memerhati kami.

``Selepas 10 minit dia mula menjerit dengan kuat sambil kedua-dua tangannya menepuk dada,'' kata Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan (DSP) Mohd. Fakri Che Sulaiman.

Walaupun peristiwa menakutkan bertemu Bigfoot di kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu berlaku 26 tahun lalu, beliau masih dapat mengingati detik-detik cemas berhadapan dengan makhluk luar biasa itu.

Katanya, ia berlaku pada 1979 ketika beliau menjadi Ketua Komander Platun 15 Kompeni D, Batalion 11 Pasukan Polis Hutan (PPH) - kini Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketika itu, beliau ditugaskan menjalankan kerja-kerja mengukur di kawasan Hutan Belum di Kelantan dan Perak, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

``Kami semua mulai panik, bayangkan betapa kuatnya jeritan Bigfoot itu sehingga menggegarkan peralatan yang kami bawa termasuk mesingan,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Fakri menceritakan, kira-kira pukul 8.30 malam pada malam ketiga operasi, beliau bersama kira-kira 10 anggota Platun 15 sedang berehat dan secara tiba-tiba terdengar deruan kuat dan bunyi langkah berjalan yang menggegarkan sedang menuju ke arah mereka.

Katanya, pada masa itu, beliau serta anggotanya sudah bersiap sedia untuk melepaskan tembakan, tetapi dinasihatkan agar tidak berbuat demikian kerana bimbang makhluk aneh itu akan bertindak lebih ganas.

Menurut Mohd. Fakri, tidak lama kemudian Bigfoot itu berpusing sambil menjerit menepuk dada sebelum beredar dari situ dan terus hilang.

Kira-kira pukul 8 pagi keesokannya, beliau serta semua anggota platun mula menjejaki kesan Bigfoot itu dan menemui dua bekas tapak kaki kiri dengan saiz setiap satu berukuran kira-kira 0.9 meter atau 3 kaki panjang.

``Selain kesan tapak kaki, kami juga dapati banyak pokok patah dan tumbang akibat rempuhan Bigfoot ketika melarikan diri ke dalam hutan,'' katanya sambil mengakui pengalaman aneh dan menakutkan itu masih segar dalam ingatannya.

Mohd. Fakri berkata, beliau terpanggil untuk berkongsi pengalamannya melihat sendiri Bigfoot berikutan penemuan makhluk seumpama itu di hutan Johor yang sedang heboh diperkatakan sekarang.

``Mungkin bagi sesetengah orang sukar percaya adanya Bigfoot tapi pada saya, makhluk ini memang wujud di hutan negara kita. Buktinya, bukan saya seorang saja nampak Bigfoot sewaktu bertugas dekat sempadan negara tapi ramai anggota nampak dengan jelas,'' tambahnya.

Beliau berkata, pengalaman terserempak dengan Bigfoot yang saiznya hampir menyamai ketinggian bangunan empat tingkat itu turut disaksikan oleh Penjaga Komander D, ASP Anuar Adam (kini sudah bersara) serta anggota platun lain.
buzen5


Abg Kong dah Datang ni.... biggrin.gif laugh.gif

ala king kong tu mcm gorilla jugak kot...
ntah-ntah dia duk bawah bumi dalam tanah....
tapi susah nak menyangkal kewujudannya, tapi kalau ia benar-benar wujud mana buktinya...
bukan nak kata tubuh, lubang idung pun tak kelihatan.... <_<
Ewan_sn
tulah...susah nak percaya dari percaya..

Bigfoot tu pun bukannya kecik orang. Lainlah dia kecik macam tikus ker, mmg lah susah nak cari atau dikesan tapi BigFoot tu dr apa yg derang cerita tinggi dia setinggi pokok. Takkanlah besar gedabak camtu pun tak leh nak kesan.. unsure.gif biggrin.gif
MisTerMark
abis arr kalau big foot bwk geng..... laugh.gif
Ewan_sn
QUOTE(MisTerMark @ Dec 26 2005, 08:08 PM)
abis arr kalau big foot bwk geng..... laugh.gif

tulah...derang mesti ada anak bini sedara mara mcm kita gak.. biggrin.gif
CuTiEy_SuKi^_^
unsure.gif leh caya ker?..tambah2 citer kingkong
tgh hangat skang ni...
changjin
kat hutan kat johor???..... hutan yang mana satu nih?????
dahle kat tempat changjin tuh skang nih dah ada 2 taman negara....
menakutkan jek citer nih....
tak pasal2... kalau balik kg... changjin tak kuar umah....
eheh....... laugh.gif
takut punya pasal...... blink.gif
mizzshaynashinoda
wink.gif .............
adlertag
Setelah membuat kajian aku telah mengenal pasti nama bigfoot di jhr tu. nama dia Yan. hehehehehe tongue.gif
VARGTYRADAM666
QUOTE(adlertag @ Dec 26 2005, 05:50 AM)
Bigfoot a.k.a mawas

AHAKS...

KAN GUA DAH INFO TUUH... AHAKS... UPGRADE KAN LAGIH KASIK BURAGAS.... wink.gif biggrin.gif
komau^girl
beso mane la agaknye yek..
Ewan_sn
Orang Asli mungkin benar


JOHOR BAHRU 2 Jan. - Dakwaan dua pemuda Orang Asli yang ditemui baru-baru ini bahawa mereka pernah terserempak dengan mawas atau Bigfoot berkemungkinan benar kerana sikap menipu dan mereka-reka cerita bukanlah budaya masyarakat tersebut.

Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hashim Yusoff berkata, walau bagaimanapun dakwaan tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti fizikal yang nyata dan saintifik bagi memastikan haiwan gergasi itu benar-benar wujud di negeri ini.

``Dakwaan dua Orang Asli itu ada kebenarannya kerana berdasarkan pengalaman saya masyarakat tersebut berpegang kepada prinsip sentiasa bercakap benar, jujur dan berterus-terang.

``PTNJ sudah mewujudkan pangkalan data mengenai Bigfoot yang dikemas kini dari masa ke masa sebagai usaha menjejaki dan memastikan kesahihan kewujudan haiwan gergasi itu,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ekspedisi pertama menjejaki Bigfoot yang diadakan di Hutan Simpan Sungai Madik, Kahang Jumaat lalu dan akan diadakan buat kali kedua pada penghujung bulan ini.

Ekspedisi yang diadakan minggu lalu tidak menemui sebarang kesan haiwan tersebut tetapi dua Orang Asli yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan binatang itu di dua kawasan yang berlainan.

Jelas beliau, semalam pihaknya turut menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung di Mawai, Kota Tinggi yang mendakwa pernah terlihat dengan binatang itu dalam masa setahun yang lalu.

``Semua maklumat yang diperoleh akan disimpan di dalam pangkalan data kami dan akan dijadikan panduan untuk mengesan serta mengenal pasti keluasan lokasi yang dipercayai habitat Bigfoot,'' tambahnya.

Mengulas mengenai kenyataan Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow semalam bahawa gerakan menjejaki Bigfoot tidak boleh dilakukan dalam masa sehari, Hashim menambah kenyataan itu boleh diterima.

``Ekspedisi kedua yang akan dijalankan pada penghujung bulan ini akan dijalankan selama seminggu di mana saya sendiri akan menyertai ahli ekspedisi untuk tinggal di dalam kawasan yang dikenal pasti sepanjang waktu tersebut.

``Ekspedisi kedua diharap dapat menemui bukti-bukti fizikal yang jelas seperti tapak kaki dan sebagainya bagi mengukuhkan dakwaan kewujudan Bigfoot,'' jelasnya.
MisTerMark
ajak sekali crew tv3, misteri nusantara..

'jangan biarkan idup anda diselubungi misteri..' wink.gif
kodok
aku rasa seminggu pun lom tentu cukup lg..kurang2 mau sebulan kena duk dlm hutan tu..biar bigfoot tu familiar dgn bau-bau manusia..bila dah familiar dorang x takut nak kuar..jgn lupa bwk handycam baru leh tgk live kat t.v rolleyes.gif
Ewan_sn
QUOTE(MisTerMark @ Jan 3 2006, 11:06 AM)
ajak sekali crew tv3, misteri nusantara..

'jangan biarkan idup anda diselubungi misteri..' wink.gif

dah lupa ajak karam singh walia sekali...

"Hendak seribu daya..tak hendak seribu dali...dimana ada tangga disitu ada jalan" biggrin.gif laugh.gif
Ewan_sn
QUOTE(PakCikMuda @ Jan 3 2006, 12:04 PM)

Dakwaan orang asli tentang kelibat manusia bercampur mawas yang dipanggil bigfoot di hutan kota tinggi,Johor telah menimbulkan banyak misteri dan persoalan tentang kewujudannya.
Bagi orang asli mereka memanggilnya sebagai Hantu Jarang Gigi.Makhluk itu didakwa tidak memakan manusia tetapi menghirup darah manusia hingga kering itu sebab jika ada orang asli yang ternampak makhluk itu akan lari.Ia amat gemar pada ikan sebelum memakannya ia akan kepit ikan itu di ketiaknya sebagai tanda dimasak sebab celah ketiak tu hangat dan berpeluh seolah-olah peluh tu minyak masak-eee....jijiknya.
Di Amerika Utara makhluk itu dipercayai mendiami di sepanjang hutan pergunungan Rocky di Amerika Syarikat dan di hutan Saskatchewan di Kanada.

waa...nampak mcm real jerk.. biggrin.gif
Ewan_sn
Bigfoot Mungkin Saki Baki Monyet Pra-sejarah



MONYET GERGASI… "Gigantopithecus Blacki" atau "Bigfoot' yang direka semula berdasarkan tulang rahang dan gigi haiwan tersebut yang ditemui oleh penyelidik Universiti Iowa Russel L.Ciochon dengan kerjasama pereka Bill Munns (dalam gambar) yang disiarkan di dalam laman web Bigfoot Field Research Organisation (BFRO). Foto : Zid Omar

JOHOR BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Mungkinkah Bigfoot, haiwan gergasi menyerupai monyet yang didakwa dilihat di kawasan hutan di Johor baru-baru ini, sebenarnya sejenis haiwan pra-sejarah yang telah pupus sejak ratusan ribu tahun dahulu?.

Berdasarkan kepada satu teori dikenali Bigfoot-Giganto, para penyelidik berpendapat makhluk yang turut dipanggil Sasquatch, Yeti atau Orang Mawas itu berkemungkinan sejenis monyet gergasi pra-sejarah yang diketahui hidup ketika zaman Pertengahan Pleistocene.

Monyet gergasi itu dipercayai hidup di beberapa kawasan Asia termasuk China dan Asia Tenggara serta Amerika Utara ketika sejak zaman purba sebelum pupus dari muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dahulu.

Persoalan sama ada Bigfoot itu merupakan sejenis haiwan pra-sejarah sebenarnya telah lama dibincangkan oleh penyelidik di seluruh dunia tetapi sehingga kini tidak ada sebarang keputusan muktamad dicapai mengenainya.

Ini menimbulkan persoalan sama ada Bigfoot, yang didakwa dilihat oleh beberapa individu termasuk pegawai polis dan Orang Asli di Taman Negara Endau-Rompin, berkemungkinan adalah saki baki spesies Gigantopithecus Blacki (giant ape) bermaksud monyet gergasi yang dikatakan pupus sebelum ini.

Ini ditambah lagi dengan bentuk fizikal yang hampir sama antara Gigantopithecus dan Bigfoot sebagaimana yang didakwa dilihat oleh Orang Asli tersebut di beberapa hutan di Johor iaitu setinggi 10 kaki dan berbulu lebat keperang-perangan.

Sebelum ini terdapat juga beberapa spesies haiwan yang didakwa telah pupus tetapi kemudiannya didapati masih wujud, seperti ikan Coelacanth, yang diketahui wujud kira-kira 360 juta tahun dahulu sebelum didakwa pupus, telah ditangkap oleh nelayan pada 1938.

Menurut sebuah organisasi penyelidikan dikenali Bigfoot Field Research Organisation (BFRO) yang berpejabat di Amerika Syarikat, para penyelidik makhluk itu secara amnya menerima teori Bigfoot-Giganto itu.

Menerusi laman webnya, BFRO, berkata, isu tentang Gigantopithecus telah menarik minat ramai ahli-ahli antrapologi dan primatologi.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Hashim Yusof ketika ditanya oleh Bernama tentang kaitan antara Bigfoot dan Gigantopithecus itu berkata, kemungkinan itu memang ada, dengan mengambil kira keluasan dan usia Taman Negara.

Taman Negara Endau-Rompin itu adalah seluas 48,906 hektar atau 800km persegi dan berusia 248 juta tahun.

"Kita hanya mempunyai maklumat separuh daripada flora dan fauna yang terdapat di dalamnya," kata Hashim.

Baru-baru ini PTNJ menganjurkan ekspedisi sehari ke Taman Negara Endau-Rompin untuk mencari Bigfoot tetapi gagal menemui sebarang kesan makhluk itu seperti tapak kakinya.

Perbadanan itu akan menganjurkan satu lagi ekspedisi mengesan Bigfoot di Taman Negara Endau Rompin akan diadakan pada bulan depan, dan menurut Hashim, mereka akan tinggal selama seminggu di dalam taman negara itu.

Pencinta alam Johor, Vincent Chow berkata, teori Bigfoot-Giganto yang mengatakan bahawa Bigfoot itu adalah saki baki spesies Gigantopithecus Blacki "mungkin paling tepat" untuk menjelaskan tentang kewujudan Bigfoot.

Katanya teori itu berasas kerana ia dikemukakan oleh mereka yang pakar seperti di dalam bidang-bidang antropologi dan lain-lain.

Chow, penasihat sebuah persatuan alam sekitar di Johor, juga berkata usia Taman Negara Endau-Rompin iaitu 248 juta tahun adalah selari dengan zaman ketika monyet gergasi Gigantopithecus wujud di muka bumi.

Ini ditambah lagi dengan keadaan persekitaran hutan di taman negara itu yang tidak pernah diusik oleh manusia, yang membolehkan haiwan gergasi itu menjadikan kawasan itu habitatnya.

"Bigfoot perlu dilindungi dan dijadikan sebagai satu khazanah fauna negeri ini," katanya.

-- BERNAMA
Nur_Syakirah
tentu seronok tgk binatang ni kan
Ewan_sn
Jangan sangka hanya Melayu saja yg sibuk pasal nie...Ia merupakan bahan perbincangan di seluruh dunia..
MisTerMark
hmmm...... femes malaysia ni kalu dapat tangkap video big foot,

so lain kali kalau korang nak camping , bawakx2 gi area endau-rompin, bwk camera, handycam tur.. kot2 dpt peluang jumpe big foot.
wink.gif
Ewan_sn
QUOTE(MisTerMark @ Jan 4 2006, 11:02 PM)
hmmm...... femes malaysia ni kalu dapat tangkap video big foot,

so lain kali kalau korang nak camping , bawakx2 gi area endau-rompin, bwk camera, handycam tur.. kot2 dpt peluang jumpe big foot.
wink.gif

moga selamat pergi dan selamat kembali.. biggrin.gif laugh.gif
Ewan_sn
Media antarabangsa jejak Bigfoot


JOHOR BAHRU: Beberapa agensi media antarabangsa termasuk Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan Reuters, berminat membuat liputan dan menjejaki ‘Bigfoot' yang didakwa pernah dilihat oleh beberapa Orang Asli di hutan simpan negeri ini.


MACAM INI: Cungka melakar
Bigfoot berdasarkan gambaran
rakannya yang mendakwa
melihat makhluk itu
di hutan simpan Johor.

Selain itu, sebuah pertubuhan antarabangsa berpangkalan di Singapura yang mengkhusus dalam kajian fenomena luar biasa dan beberapa penyiasat persendirian Britain turut berminat membuat penyelidikan mengenai makhluk itu.

Mereka kini mengumpul maklumat dan berhubung dengan pejabat Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) bagi mendapatkan kebenaran memasuki hutan simpan di negeri ini untuk memulakan kajian.


Minat itu timbul berikutan laporan media mengenai beberapa Orang Asli di hutan simpan Johor yang mendakwa pernah terserempak makhluk gergasi berbulu itu pada Ogos dan November lalu.

Pengarah PTNJ, Hashim Yusof, berkata BBC dan Reuters ada menghubunginya melalui telefon untuk mendapatkan maklum balas dan mengumpul pelbagai maklumat serta gambaran mengenai makhluk itu.

Katanya, mereka juga menyatakan hasrat untuk membuat kajian dan penyelidikan mengenai makhluk yang dipercayai Bigfoot itu termasuk menemuramah Orang Asli yang mendakwa pernah terserempak dengannya.

“Ketika menghubungi saya, mereka meminta pelbagai maklumat mengenai lokasi, rupa bentuk serta pendapat dan pandangan saya mengenai kewujudan Bigfoot, selain meminta kebenaran masuk ke hutan dan melakukan penyelidikan.

“Bagaimanapun, saya memberitahu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hashim berkata, PTNJ hanya boleh bertindak sebagai penyelaras kepada pihak yang berminat membuat penyelidikan, itupun selepas mendapat arahan daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata, hasrat pihak luar negara membuat kajian mengenai Bigfoot itu ialah untuk memastikan sama ada makhluk itu benar-benar wujud di sini.

“Malah ada antara mereka bertanya sama ada berita kewujudan Bigfoot itu hanyalah gimik perbadanan bagi menarik kedatangan pelancong asing ke kawasan eko-pelancongan di Johor.

“Saya menjelaskan bahawa kita hanya percaya kepada kebenaran dan sama ada makhluk itu wujud atau tidak, ia perlu dibuktikan menerusi kajian saintifik serta penemuan bukti fizikal sahih,” katanya.

Hashim berkata, PTNJ akan memaklumkan kepada Abdul Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Freddie Long, mengenai minat media asing untuk membuat liputan mengenai Bigfoot itu minggu depan.


BIGFOOT yang didakwa
dilihat di California
Utara pada 1967.

Sementara itu, pemuda Orang Asli yang dikenali sebagai Cungka berkata, kawannya, seorang pemandu pelancong yang dikenali sebagai Azhar dari Gelang Patah, mendakwa pernah terserempak Bigfoot, ketika membawa sekumpulan pelajar menyertai perkhemahan hutan di Kota Tinggi pada Oktober lalu.

Azhar yang sering membawa masuk pelancong untuk kegiatan merentas hutan memberitahu Cungka, dia dan anak saudaranya ketika perkhemahan itu melihat sekumpulan monyet bersama Bigfoot itu.


FAKTA:

- Masyarakat Orang Asli di Johor memanggil Bigfoot sebagai `Orang Mawas’, `Orang Utan’, `Hantu Jarang Gigi’ dan `Siamang’.

- Mereka yang mendakwa pernah melihatnya menggambarkan makhluk itu bertubuh tegap dan besar; gigi besar; mata warna merah; bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman yang panjang meliputi seluruh tubuh dan ketinggiannya antara 3 meter hingga 3.6 meter.

- Makhluk berkenaan tidak menyerang atau mengganggu manusia sebaliknya malu jika terserempak dengan manusia.

- Ia hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosok badannya di kulit pokok kayu, terutama pokok merbau bagi menghilangkan kegatalan pada tubuh.

- Biasanya ia hidup dalam kumpulan satu keluarga termasuk ibu bapa dan anak serta berpindah randah.

- Masyarakat Orang Asli menganggap diri mereka bertuah jika dapat bertemu dengan makhluk itu kerana bukan semua Orang Asli boleh terserempak dengan makhluk itu.


Antara lokasi Bigfoot ditemui di hutan simpan di Johor

- Sungai Kangkar, anak Sungai Mersing pada 1996.

- Sungai Kinchin, anak Sungai Endau, Mersing pada 2001.

- Sungai Sedili, Kampung Mawai, Kota Tinggi pada November 2005.

- Sungai Madek, Kahang, Kluang pada Ogos dan Disember 2005.
QUEEN_ROSE
besau nyer
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.