Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Siapa Tuhan Orang Yahudi
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
Layla
Tuhan orang Islam Allah
Tuhan Kristian Jesus
Siapakah Tuhan mengikut kepercayaan orang yahudi?
Nur_Syakirah
semua Tuhan kita Allah. Yahudi tu amalkan amalan org kristian. So, tak jauh beda ngan org kristian. Cuma cara mereka lebih kuno dari org kristian
Ewan_sn
QUOTE(Layla @ Dec 16 2005, 08:18 PM)
Tuhan orang Islam Allah
Tuhan Kristian Jesus
Siapakah Tuhan mengikut kepercayaan orang yahudi?

Org yang Yahudi dan Kristian asalnya menyembah Allah melalui kitab2 yg Allah turunkan kpd mereka melalui utusanNya. Mereka adalah ahli kitab. Agama mereka juga asalnya adalah agama dari langit...iaitu agama Allah.

Sekarang ini pun, technically mereka masih menyembah Allah (mereka tidak menyembah patung) cuma mereka telah lari dari konsep yg sepatutnya. Mereka telah ingkar perintah Allah supaya beriman kpd Al-Quran sebagai penutup kpd semua kitab2 yg Allah turunkan sebelumnya. Selain ingkar arahan Allah itu, mereka juga telah mengubah suai kitab2 asal mengikut kehendak nafsu mereka sendiri. Kerana itu Allah telah menganggap mereka sebagai KAFIR kerana tidak beriman kpd Al-Quran.
Adinda
mereka mengaku tuhan mereka adalah Lord of Abraham.. (ie. Allah)..
tapi... datuk nenek moyang mereka jualah yg engkar pada ajaran yg dibawa oleh Ibrahim a.s
Didiharaiss
jehovah
rick_kk
Aslkm.

Kita dah akui 'tiada Tuhan selain Allah'. Mana boleh kita katakan Tuhan orang Kristian tu Jesus? Mana boleh kita katakan Tuhan orang Yahudi tu Yehovah. Ini bikin rosak akidah (akad) atau syahadah kita. Kalau kita dah bersyahadah 'Tiada Tuhan selain Allah', maka dengan pasti Tuhan siapapun ialah Allah. Ruj firman: 'Wahai manusia. Sembahlah Tuhan kamu yang menjadikan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu.....'. Tuhan orang Hindu tetap Allah. Tuhan orang Kristian tetap Allah. Tuhan orang Yahudi pun Allah. Malah Tuhan siapapun dan Tuhan apapun tetap Allah; kerana yang menjadikan orang Hindu, orang Kristian dan siapa saja, malah apa saja ialah Allah. (Hanya mereka saja yang tidak menagkuinya atau tidak mengetahuinya)

Saya pernah diberitahu bahawa Jesus ialah Tuhan. Saya kata: "Cuba buktikan kiranya manusia dan alam seluruhnya adalah ciptaan si Jesus itu; saya pasti akan menyembahnya.

Semasa saya masih di kolej. Guru Sabjek Kemanusiaan saya telah mengajukan satu jadual untuk diisi tentang maklumat pelbagai agama sebagai perbandingan. Nama agama; pembawa agama; tempat ibadat; hari perayaan dan Tuhan. Pada masa itu saya belum menyedari tentang hal ini. Tapi sekarang setelah saya berulit dengan al-Quran; saya amat jelas: TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Malah saya kecewa dengan terjemahan kepada syahadah sebagai: 'Sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah'. Terjemahan ini memberi implikasi bahawa masih ada Tuhan selain Allah (cuma tidak disembah).

Analoginya: Sesungguhnya tiada isteri yang sebenar-benarnya saya sayang melainkan Fatimah. Seakan menunjukkan di sana masih ada isteri-isteri selain Fatimah (cuma tak berapa sayang).
fsyukri
QUOTE(muhammed @ Dec 5 2008, 09:07 PM) *
QUOTE(Nur_Syakirah @ Dec 16 2005, 09:19 PM) *
semua Tuhan kita Allah. Yahudi tu amalkan amalan org kristian. So, tak jauh beda ngan org kristian. Cuma cara mereka lebih kuno dari org kristian


langsung tak betul, tuhan islam =allah tapi adekah umat islam tau siapa itu allah?.. bolehkah allah dilihat? adekah allah ade nyawa? adekah allah ade badan? so siapakah allah.. sampai sekarang umat islam tak tau?.. adekah kau tau?

LANGSUNG TIDAK!!


siapa tuhan ko?
pkut
QUOTE(rick_kk @ Sep 14 2008, 10:20 PM) *
Malah saya kecewa dengan terjemahan kepada syahadah sebagai: 'Sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah'. Terjemahan ini memberi implikasi bahawa masih ada Tuhan selain Allah (cuma tidak disembah).

Setuju sepenuhnya.

Dalam kalimah la ilaha ila allah tak ada pun disebut "yang berhak disembah" atau "yang sebenar2 disembah". Entah mengapa ramai sangat penterjemah yang suka menokok-tambah.
iriy_cute
QUOTE(fsyukri @ Dec 5 2008, 10:45 PM) *
QUOTE(muhammed @ Dec 5 2008, 09:07 PM) *
QUOTE(Nur_Syakirah @ Dec 16 2005, 09:19 PM) *
semua Tuhan kita Allah. Yahudi tu amalkan amalan org kristian. So, tak jauh beda ngan org kristian. Cuma cara mereka lebih kuno dari org kristian


langsung tak betul, tuhan islam =allah tapi adekah umat islam tau siapa itu allah?.. bolehkah allah dilihat? adekah allah ade nyawa? adekah allah ade badan? so siapakah allah.. sampai sekarang umat islam tak tau?.. adekah kau tau?

LANGSUNG TIDAK!!


siapa tuhan ko?


dah kena delete dah ekk

kalau aku lempang dia bagus agaknya
nak tanya yea encik muhammed.. ko rasa x sakit bila kena lempang?
lempang tu camne rupanya erk.. bujur? bulat? empat segi? piramid? ko tau ker? tak tau kan

sengal gile
rahim11
Pemahaman Yahudi tentang Tuhan sama seperti pemahaman umat Islam. Mereka juga percaya tiada tuhan melainkan Tuhan (Allah, dalam bahasa Arab, bermaksud Tuhan).

Golongan Nasrani berpecah belah. Ada yang percaya bahawa tuhan ialah satu dalam tiga (trinity) - Tuhan bapa, anak dan holy spirit. Ada yang percaya bahawa tuhan ialah satu dalam dua. Dan ada yang percaya bahawa tuhan ialah satu (macam umat Islam) dan Nabi Isa ialah pesuruh Tuhan. Golongan yang akhir ni dah sikit sangat.

Tak ada kesilapan dalam kepercayaan Yahudi tentang Tuhan. Mereka tak kafir kepada Tuhan. Yahudi dan golongan terakhir Nasrani diatas tidak kafir kepada Tuhan. Wanita dari golongan2 ini boleh dikahwini oleh lelaki Islam (tapi wanita Nasrani yang dari golongan triniti dan duality tak boleh dikahwini). Sembelihan oleh golongan2 ini boleh kita makan. Mereka adalah ahli-al-kitab.

Tapi Yahudi kafir kepada Injil (yang asal, dah tak ada sekarang) dan Quran. Dan semua golongan Nasrani kafir kepada Quran.
deanna_a
saya setuju dengan rickk. Allah adalah Tuhan semua makhluk. Bukan sahaja Tuhan kepada manusia, tapi Tuhan juga kepada tumbuhan, haiwan, jin malah Iblis laknatullah. Allah adalah Tuhan yang menciptakan alam ini. Tidak ada pembahagian Tuhan kepada mana2 makhluk. Allah adalah yang Maha Esa. Manusia itu sendiri yang menyekutukan dan menciptakan tuhan sendiri untuk mengikut telunjuk iblis yang jelas cemburukan manusia. Cuma manusia yang tidak sedar siapa musuh mereka yang sebenar. Iblis atau Orang Islam yang beriman.

Nasihat saya, bagi yang bukan beragama islam atau telah keluar dari Islam, belajarlah lebih mendalam tentang Islam sebelum bercakap sesuatu tentang Islam. begitu juga bagi Org Islam yang tidak mengetahui perihal agama anutan org lain, jgn bercakap sembarangan tentang anutan agama orang. Jgn juga mencemuh mcm-mcm kepada org bukan Islam kerana mencemuh bukanlah budaya org Islam. Org yang bukan Islam tu, terpulang kepada mereka nak cemuh kita mcm2 kerana mungkin dalam agama anutan mereka budaya mencemuh tidak berdosa dan mungkin dapat pahala(Manalah kita tahukan) selagi mereka tidak menyentuh fizikal kita dan mengganggu akidah Umat Islam. Paling baik, bacakan Surah Al Kafirun kat diaorang di mana dalam surah tersebut Allah telah memerintahkan Rasulallah menyatakan kepada kaum Kafir:

"Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

"katakanlah: Hai orang-orang kafir..
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah..
dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah...
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah..
dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah..
Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku"

"Benarlah kata-kata Allah"

Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah Allah. Amin
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.