Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Resepi Nasi Ayam Lalap
Mesra.net Forum > Request & Discussion Ringtones & Recipes (No Registration Required) > Mesra.net Recipes - Request
jefpg
A'kum & selamat sejahtera.......

ada sesapa tahu resepi nasi ayam lalap yg famous kat Sabah tu?
bini aku ngandung teringin nak makan nasi tu, cari satu penang ...hampeh tak jumpa...so terpaksa masak sendiri...
harap2 ada ppl kat luar sana yg tahu resepi nasi lalap ni.....

TQ.
Set In Mind
sik tau sik ada resepinya huh.gif
sembonia
lalap tu ape unsure.gif
Ida_KL
nasi ayam lalap ternyata memang sedap... ida penah makan tapi tak tahulah resepinya
EncikBeliau
suami yang baik le ko nih...

sebabkan bini ko mengidam dan ko yang nak masak sendiri, nanti aku cuba dapatkan resipi dia yek...
cik jawa
QUOTE(jefpg @ Nov 17 2005, 08:36 AM) *
A'kum & selamat sejahtera.......

ada sesapa tahu resepi nasi ayam lalap yg famous kat Sabah tu?
bini aku ngandung teringin nak makan nasi tu, cari satu penang ...hampeh tak jumpa...so terpaksa masak sendiri...
harap2 ada ppl kat luar sana yg tahu resepi nasi lalap ni.....

TQ.




waalaikumsalam jef... walaupun dah terlambat, but i still reply gak.. jika terasa ingin makan nasi lalap at anytime u can make it by yourself kei...

bahan A (ayam);
1. ayam drumstick-2 ketul agak2 untuk 4 org makan...(potong2-mengikut suka)
2. serbuk kari (1/2 sudu teh)
3. serbuk kunyit (1/2 sudu teh)
4. garam (1/4 sudu teh)
5. ajinomoto (secubit)
6. telur (1 biji)
7. tepung jagung (2 sudu besar)
8. tepung kentucky (3-4 sudu besar)

bahan B (sambal);
1. daun kemangi sedikit
2. tomato kampung @ kecil2 (5-6 biji) d goreng terlebih dulu
3. buah pala (1/2 biji)
4. belacan (1/2 sudu teh)
5. bawang putih (1 biji)
6. bawang merah (1 biji)
7. bawang besar (1/2 biji)
8. air asam jawa
9. garam, ajinomoto, gula (secukup rasa)
10. lada (10-12biji)

cara II;

Bahan A

gaulkan semua bahan bersama...panaskan minyak dan gorengkan

Bahan B

tumbuk lada bersama garam ajinomoto, gula, buah pala serta belacan... gorengkan bawang2 bersama tomato, tos dah tumbuk... panaskan minyak... masukkan bawang & tomato td... kemudian masukkan bahan lada... dan tumiskan.... akhir sekali masukkan air asam jawa... letakkan d mangkuk dan masukkan daun kemangi baru la d gaulkan...

selamat mencuba... smile.gif
Woshi
So interesting. I'm kinda interested... maybe I'll re-read twilight.



Diablo 3 GoldDiablo 3 NewsCheap Diablo 3 Gold
ella01
Hi,

Nasi ayam lalap tu berbeza ke dengan nasi ayam yang ada kat semanjung ni?? ada sesiapa tahu tak?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.