Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Gambar & Kisah Terkini Celebrities
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Artis
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Ewan_sn


ABPBH: Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran

PELAKON filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), Maya Karin (gambar) mengakui berasa terkilan apabila tidak disenaraikan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2006) yang bakal berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands.

Bagaimanapun Maya yang ‘tersingkir’ dalam anugerah berprestij itu bagi kategori itu berikutan tayangan filem PHSM 2 tamat dua minggu menjelang tahun baru (2006), tetap dicalonkan bagi Kategori Pengacara Wanita Popular.

Katanya, timbul rasa sedih dan ‘cemburu’ apabila tahun ini dia tidak tersenarai seperti tahun lalu. Tahun lalu menyaksikan aktres jelita itu dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Popular menewaskan saingan terdekat, Erra Fazira
Ewan_sn






Siti Sarah bercinta dengan juara motocross Asia Pasifik?

BARU-BARU ini tersebar di Internet beberapa keping gambar yang menggambarkan kemesraan penyanyi Siti Sarah Raisuddin dengan seorang jejaka `mat saleh’.

Malah khabarnya sudah banyak mata yang melihat kemesraan penyanyi genit itu bersama lelaki yang dikenali sebagai James Henry Robinson itu. Ada yang mendakwa, jejaka kacak itu yang kini menetap di negara ini adalah teman istimewa Siti Sarah.

Untuk baca kisah selanjutnta, sila KLIK KAT SINI
changjin
ensem gak... tapi tak minat ler...

camna siti sarah leh minat....
Ewan_sn




Tom & Katie: When’s the wedding?

Ikuti ceritanya DI SINI
Ewan_sn
Siapa yang Misha peluk?



MISHA OMAR.


SEORANG kenalan lama Kak Tim menelefon bercerita tentang gelagat penyanyi manis yang sedang mencipta nama, Misha Omar kala membuat persembahan pada satu majlis sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2006, baru-baru ini.

Kata kawan Kak Tim itu, dia terkejut apabila Misha mengajak orang kuat sebuah syarikat produk antarabangsa yang terkenal, naik ke pentas dan kemudian berdansa dengannya selama kira-kira lima minit dengan disaksikan hampir 300 tetamu yang hadir. Begitu romantis sekali aksi mereka.

...untuk kisah selanjutnya, sila KLIK KAT SINI
Ewan_sn

BOB dan bakal isteri meneliti gambar-gambar contoh pelamin sewaktu berkunjung ke Cleo Studio di Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Bob Azrai bawa bakal isteri pilih baju pengantin

Bob Azrai (38) dan Siti (18)telah pun selamat diijabkabulkan semalam. Ikuti kisah perkahwinan mereka DI SINI
Khayty
Bob berkawen dulu kejap jer kan?

dah rezeki dan jodoh,dapat pengganti 10 tahun jauh lebih muda dari yg dulu
Ewan_sn
QUOTE(khaytykhir @ Nov 19 2006, 10:31 AM)
Bob berkawen dulu kejap jer kan?

dah rezeki dan jodoh,dapat pengganti 10 tahun jauh lebih muda dari yg dulu

20 tahun la..
Khayty
QUOTE(edirossa @ Nov 19 2006, 09:57 AM)
Siapa yang Misha peluk?



MISHA OMAR.


SEORANG kenalan lama Kak Tim menelefon bercerita tentang gelagat penyanyi manis yang sedang mencipta nama, Misha Omar kala membuat persembahan pada satu majlis sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2006, baru-baru ini.

Kata kawan Kak Tim itu, dia terkejut apabila Misha mengajak orang kuat sebuah syarikat produk antarabangsa yang terkenal, naik ke pentas dan kemudian berdansa dengannya selama kira-kira lima minit dengan disaksikan hampir 300 tetamu yang hadir. Begitu romantis sekali aksi mereka.

...untuk kisah selanjutnya, sila KLIK KAT SINI

ya ker?

bukan ker mat salleh memang sedia romantik dengan sapa pun....walau tak kenal?
suka memuja memuji bila bercakap...
Khayty
QUOTE(edirossa @ Nov 19 2006, 10:32 AM)
QUOTE(khaytykhir @ Nov 19 2006, 10:31 AM)
Bob berkawen dulu kejap jer kan?

dah rezeki dan jodoh,dapat pengganti 10 tahun jauh lebih muda dari yg dulu

20 tahun la..

20 tahun lebih muda dari ex wife dia?

saya tadi bukan kata bakal wife umo 10 tahun...

kalau 20 tahun lebih muda...lagik caya... tongue.gif

dah rezeki dan jodoh....
Khayty
QUOTE(edirossa @ Nov 18 2006, 11:34 PM)




Tom & Katie: When’s the wedding?

Ikuti ceritanya DI SINI

ikut Saikologi nama...

T dan K adalah pasangan yang serasi...

lebih serasi jika K itu adalah lelaki(control situasion)

dan lebih serasi jika perempuan itu adalah T(lembut dan amat perasa)
Ewan_sn


Debaran Kat & Siti Nuhaliza kian membara

PROGRAM Mentor terbitan TV3 kini hampir berada di penghujungnya. Pertandingan peringkat pertama semi final yang dimulakan pada minggu lalu ternyata menguji kemampuan Kat dan juga Ayu. Untuk kisah selanjut, sila KLIK KAT SINI
Ewan_sn

BARISAN pelakon yang membintangi Astana Idaman 3. (Duduk dari kiri) Leez AF4 dan Jamaludin Kadir, manakala berdiri dari kiri adalah Tasha AF4, Zach Ubu dan Maria Farida.

KLIK KAT SINI untuk kisah selanjutnya.
Ewan_sn

Maria Farida

Maria Farida lapan tahun hidup bersendirian

Mengharungi liku-liku kehidupan bergelar janda selepas hampir lapan tahun, tidak sedikit pun melemahkan semangat Maria Farida. Malah pelakon cantik ini tidak mahu lagi memandang ke belakang atau memikirkan kejadian silam dalam hidupnya.

Biarpun kadang-kala pelbagai cerita kurang enak didengarnya, namun Maria tidak mudah melatah kerana dia lebih suka bersikap ‘memekakkan telinga’ terhadap tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya.

“Saya sedar hidup sebagai janda. Macam-macam yang saya lalui. Tapi bagi saya itu bukan satu masalah besar.

“Tambah lagi hidup saya cukup terisi dengan anak saya (Mizan Ashley, 9 tahun). Lainlah kalau saya tak ada anak,” katanya.

Jujur mengakui tidak lagi memikirkan mengenai jodohnya, Maria tidak menolak seandainya masih ada cinta dalam kehidupannya.

“Kalau ditakdirkan bertemu jodoh, saya tak menolak. Tapi kalau nak mencari, buat masa ini tak mungkin rasanya. Sebab saya sangat sibuk.

“Lagipun orang luar sering membuat tanggapan artis ini murah dan senang kahwin dan cerai. Padahal bukan senang golongan seperti saya nak cari calon yang betul-betul baik untuk menerima saya dan anak saya,” kata Maria.

Astana Idaman

Pasti ramai mengakui lakonan Maria lebih terserlah dalam drama bersiri Astana Idaman yang kini disiarkan di saluran Astro Ria pukul 8.30 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Biarpun sudah 15 tahun berlakon, namun tidak dapat dinafikan agak sukar melihat Maria membawa watak yang benar-benar menguji kemampuannya.

“Saya pun tak tahu kenapa menerusi lakonan saya dalam drama Astana Idaman, lebih meninggalkan kesan pada orang ramai.

“Mungkin kerana drama itu terlalu lama disiarkan atau watak yang saya bawa itu membuatkan orang ramai membenci saya,” kata Maria yang kini sibuk dengan rakaman drama bersiri 13 episod, Satu Hati Dua Jiwa arahan Wan Hussien.

Ewan_sn


NAFAS Cahaya menghangatkan kembali nama Misha Omar setelah hampir dua tahun tanpa album baru.

JIKA ditanya apakah antara lagu yang popular masa kini, sudah pasti jawapan yang terpacul dari mulut peminat hiburan tanah air adalah lagu Nafas Cahaya dendangan Misha Omar.

Ini kerana keunikan lagu tersebut yang mempunyai unsur-unsur world music dan disuntik dengan elemen muzik reggae menjadikannya begitu sedap pada pendengaran halwa telinga pendengar.

Tapi tidak ramai yang tahu bahawa Misha perlu menunggu hampir tiga bulan untuk lagu tersebut yang dicipta oleh komposer terkenal iaitu M.Nasir, manakala liriknya pula ditulis oleh Loloq. Lagu itu diperindahkan lagi dengan susunan muzik oleh maestro muzik terkenal, Ramli MS.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, M.Nasir merupakan seorang komposer yang begitu teliti dan cerewet. Setiap penyanyi yang meminta lagunya perlu diteliti dan difahami karakternya terlebih dahulu. Alhamdulillah, selepas melakukan perbincangan dengannya, akhirnya dia bersetuju memberikan lagu kepada saya dan itulah wujud Nafas Cahaya,” jelas Misha ketika ditemui pada Rumah Terbuka Melodi di Hotel Sheraton, Subang baru-baru ini.

Utk cerita selanjutnya, sila KLIK KAT SINI
Ewan_sn

Ramlah Ram.

SUATU ketika dulu namanya berada di puncak, namun kini nama Ramlah Ram semakin menyepi. Malah ramai yang membuat andaian dia sudah bersara dari dunia nyanyian.

Tidak pernah terlintas di hatinya untuk menyepi dari bidang seni yang sudah 18 tahun diceburinya.

Ketika ditemui di Studio Utusan baru-baru ini dalam nada kesal Ramlah Ram berkata: “Saya pun tak faham macam mana cerita ini boleh tersebar. Saya sendiri dengar orang cakap lepas kahwin saya dah bersara. Semua itu tidak benar sama sekali. Saya masih aktif dan bersyukur kerana masih menerima undangan menyanyi.”

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Ramlah bersyukur dengan tawaran merakamkan sebuah lagu baru berjudul Maharaja yang dimuatkan dalam album Pujaan Asli Pop terbitan FMC.

“Setelah hampir 10 tahun tanpa album baru, dapat merakamkan sebuah lagu baru dah cukup baik bagi saya untuk mengubati rindu peminat.

“Sebab bila keluar dan bertemu peminat ramai yang bertanya bila nak keluar album baru dan lagu baru,” kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu.

Untuk cerita selanjutnya, KLIK KAT SINI
Ewan_sn

Anne & Anita

Ikuti cerita tentang mereka KAT SINI
Ewan_sn




`Jodoh saya’

PORT DICKSON: “Biarlah apa orang nak kata. Mereka tak tahu perkara sebenar dan saya tidak kisah apa yang mereka hendak cakap,” kata Rozana Misbun, isteri vokalis utama kumpulan Wings, Awie atau Ahmad Azhar Othman berhubung tohmahan dia merampas suami orang.

Menurut Rozana, 27, dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan keluarga suami, malah keluarganya merestui perkahwinan itu.

“Ibu bapa kami faham (apa yang berlaku). Saya terima perkahwinan ini sebagai jodoh saya,” katanya.

KLIK KAT SINI untuk membaca kisah selanjutnya tentang perkahwinan mereka.
Ewan_sn


Sazzy & Nash Telah Selamat Dinikahkan
8 NOVEMBER 2006

Sazzy Falak, 25 telah selamat diijabkabulkan dengan Nazril Idrus, 32 (Nash) di rumah bapa Sazzy di Damansara malam 8 Nov. 2006 lalu.

Sazzy menjadi tunangan Nazril sejak 25 Mei lalu. Dengan satu lafaz dengan maskahwin bernilai RM100.00 yang dikendalikan oleh jurunikah Kamaldin Damin dari JAWI, pengacara Beat TV itu sah menjadi isteri kepada Nazril, yang juga merupakan seorang pengacara dan model. Pada majlis akad nikah tersebut, Sazzy menerima wang hantaran sebanyak RM8,585.85, beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan. Sembilan dulang dari Sazzy termasuk dompet, jam tangan, cincin Saphire serta kemeja.

Pihak lelaki membalas sebanyak tujuh dulang termasuk set penjagaan muka Dermatology, minyak wangi dan beg tangan jenama Coach dan cincin rekaan KM Oli Mohamad. Pengantin baru ini akan mengadakan majlis persandingan gilang-gemilang di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 11 November (Sabtu) ini dan di Hotel Sheraton, Subang pada keesokan harinya. Sazzy mendapatkan khidmat Rizalman, Calvin Thoo dan Jovian (pelajar Kolej Universiti Lim Kok Wing). dan butik Cosry untuk majlisnya. Selamat Berkahwin Sazzy dan Nazril
Ewan_sn
Selamat tinggal dunia sepi - Sherie Merlis



SHERIE MERLIS.
--------------------------------------------------------------------------------

LAMA, terlalu lama untuk menjejaki wanita yang satu ini. Terasa sudah setengah dekad juga dia tidak pernah muncul di dada mana-mana media. Kalau ada pun hanya sesekali dan kita seperti terlupa akan dirinya begitu saja.

Sedangkan saya tahu dia seorang pelakon berbakat hebat suatu ketika dulu. Tetapi kerana satu peristiwa malang yang menimpa, Sherie tersisih. Tersisih atau sengaja menyisihkan diri?

Kedua-duanya. Seorang teman menawarkan peluang kepada saya untuk menemui Sherie yang katanya kini sudah bersedia untuk melupakan dunia sedihnya.

Sherie mahu menjadi Sherie Merlis yang baru, yang tidak segan, tidak silu untuk bertemu media.

Biarpun bukan untuk bercerita tentang hal-hal yang terlalu peribadi, sekurang-kurangnya dia tidak lagi terkurung dalam dunia sepinya.

“Sherie masih cantik, macam model!,“. Ya, itu yang lahir dari bibir jurugambar senior kami, Zakaria kala membelek wajah Sherie melalui lensa kameranya.

Untuk cerita selanjutnya, sila KLIK
KAT SINI
Ewan_sn
Konsert hebat buat warga Kelantan



DARI kanan: Hazama, Zahid dan Mawi mengambil peluang mengusik penonton yang hadir.
--------------------------------------------------------------------------------

DUA konsert berbeza tapi satu matlamatnya. Begitulah yang boleh dikatakan apabila sekumpulan artis diberi peluang ‘menjejakkan kaki’ ke Kelantan untuk membuat persembahan sempena ulang tahun pertama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pada 18 dan 19 November lalu.

Untuk memastikan rakyat negeri itu mendapat hiburan sepenuhnya, satu konsert tertutup telah diadakan khas untuk kaum wanita di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selain konsert terbuka melibatkan artis lelaki di Stadium Sultan Muhamad ke IV.

Apa yang menarik, persembahan artis wanita buat pertama kalinya diadakan di negeri itu tetapi secara tertutup hanya untuk kaum wanita sahaja.

Ikuti kisah selanjutnya tentang dua konsert ini di Kelantan, sila KLIK
KAT SINI
Ewan_sn
`Jangan bandingkan saya dengan Mawi’
25 November 2006



“MAWI adalah Mawi, saya adalah saya. Aura Mawi ternyata dia memiliki satu tarikan yang kuat. Tapi, sambutan peminat terhadap saya setakat ini alhamdulillah. Rezeki tu alhamdulillah, tapi tak adalah sampai show tu setiap hari. Walaupun tak kerap cerita saya tersiar di dada akhbar, namun jadual seni saya tetap padat.

Tak perlulah terus membandingkan antara saya dan Mawi kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri. Setakat ini saya dah cukup selesa dalam mencapai cita-cita. Pada masa sama, saya cuba mengelak dari tempias kontroversi, tapi jika ditakdirkan ia berlaku juga, itu saya tak dapat mengelak.

Kalau boleh dalam saya mengejar cita-cita, saya tak mahu kecewakan harapan orang tua dan peminat yang sudah melahirkan saya sebagai seorang juara. Harapan mereka tinggi menggunung. Pastinya mereka mengharapkan saya memberikan yang terbaik.

Untuk mengikuti kisah seterusnya luahan hati Faizal, sila KLIK
KAT SINI
Ewan_sn
Petua Nora dapat bertahan



“Secara peribadi, saya sukakan gaya yang ringkas. Kalau ingin penampilan berbeza, saya akan pakai rambut palsu.

"Saya rimas berambut panjang. Apa yang penting dalam usia 33 tahun, saya mahu menjadi diri sendiri, gembira dan bersyukur dengan apa yang dimiliki,” katanya dalam satu wawancara, tidak lama dulu.

Kerjaya seni Nora bermula selepas menjuarai Bintang HMI pada 1992, seterusnya muncul dengan album pertama, Sandiwara terbitan suaminya, Johan Nawawi. Hingga kini, Nora antara penyanyi wanita yang mampu mempertahankan populariti selepas berkahwin dan bergelar ibu.

Ikuti kisah cerita Nora selanjutnya, KAT SINI
Ewan_sn

Rich menganggotai kumpulan Estranged yang bakal menggegarkan pesada muzik tempatan
26 November 2006


Jika ramai pelajar-pelajar Akademi Fantasia merupakan golongan baru kepada dunia hiburan, lain pula untuk Richael Gimbang atau lebih popular dipanggil Rich AF4.

"Saya sudah berkecimpung dalam industri ini sejak 2001. Pada waktu itu, saya menganggotai sebuah rock band iaitu, Estranged," ujar anak kelahiran negeri di bawah bayu itu mengenai bibit permulaan pembabitannya menerusi dunia muzik tempatan.

Sewaktu Rich menuntut di IKOM, dia bersama beberapa sahabatnya menubuhkan kumpulan Estranged.

"Kami mengalami beberapa proses penukaran ahli sebelum mengedar album pertama kami," kata Rich yang memegang peranan sebagai vokalis utama kumpulan tersebut.


Adakah Estranged memerlukan populariti Rich AF4 untuk meraih sokongan serta bantuan maestro untuk membuat repackage album?

Estranged dianggotai Din (pemain gitar), Ken (pemain bass) , Hanafi (pemain gitar) dan Andy (pemain drum) yang turut merupakan pengacara untuk Hitz. TV di saluran 15, Astro.

Pada tahun 2005, Estranged melahirkan album pertama mereka yang berjudul 'In Hating Memory'.

"Album tersebut dihasilkan dengan wang kami sendiri dan diterbitkan oleh syarikat rakaman kami EAD Records," ujar Rich.

Dengan populariti Rich sebagai anak didik Akademi Fantasia, Maestro kini bakal menerbit semula dan mengedar album tersebut sebagai repackage.

"Walaupun ramai mengatakan bahawa ini merupakan berkat daripada kemasukkan saya menerusi AF, tetapi kami menerimanya.

"Kami harus mengambil apa-apa jua peluang untuk mengembangkan kerjaya Estranged di pesada muzik tempatan," jelas Rich mengenai album yang bakal diedarkan pada penghujung tahun nanti.

Album tersebut memuatkan 11 buah lagu berbahasa Inggeris termasuk lagu yang kini berputar di stesen-stesen radio Inggeris, Chocolate Syrup.

Album 'In Hating Memory' turut menampilkan sebuah lagu berbahasa Melayu.

"Lagu itu berjudul 'Itu Kamu'. Lagunya berkonsepkan ala rock Indonesia. Kami mahu menembusi pasaran mereka dan salah satu cara untuk berbuat demikian adalah untuk mengadaptasi lagu mereka ke dalam muzik kami.

"Memandangkan mereka 10 tahun lebih maju dalam bidang muzik mereka, Estranged pun harus 10 tahun maju searus dengan mereka," jelas Rich.

Satu kategori dengan Pop Shuvit dan J.Lo

Setelah mengalahkan nama-nama popular seperti Pop Shuvit dan Jaclyn Victor di Anugerah Era 2006 menerusi kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan, Estranged kini sekali lagi mendapat nominasi bersama-sama 'otai' industri aliran bahasa Inggeris seperti Pop Pshuvit, Love Me Butch serta Jason Lo menerusi Motorola MET 10 Awards.

"Kami rasa gembira serta gementar kerana terdapat banyak lagi artis yang lebih berpengalaman terutamanya Pop Shuvit," ujar Rich mengenai nominasi Estranged dalam kategori Best Rock.

Walaupun mereka kini mengecapi populariti secara mendadak, Estranged tidak mahu mengharapkan kemenangan dan hanya berserah kepada peminat-peminat untuk mengundi mereka untuk anugerah tersebut
Ewan_sn


Aziz Sattar berkahwin selepas menduda 25 tahun

PELAKON veteran, Aziz Sattar masih mampu melakonkan pelbagai watak sama ada dalam drama ataupun filem meskipun usianya kini sudah mencecah mega_shok.gif tahun.

Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta mengabdikan bakat lakonannya dalam bidang yang amat diminatinya itu sejak tahun 1950-an sehinggalah ke saat ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang bergelar anak seni.

Pelakon yang juga pengarah filem ini misalnya, pernah gagal dalam dua perkahwinan dan telah hidup menduda selama 25 tahun selepas perkahwinan keduanya berakhir dengan perceraian.

Namun, mulai 16 Disember ini, Pak Aziz tidak lagi keseorangan apabila beliau sekali lagi akan bergelar suami buat kali ketiga.

Pada tarikh tersebut, pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu akan mendirikan rumah tangga dengan seorang janda, Hashimah, 48.

Menurut pelakon filem legenda klasik, Seniman Bujang Lapok ini, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh selepas sekian lama menduda.

Untuk kisah selanjutnya, sila KLIK KAT SINI
Ewan_sn
Kes bapa saman Nasha Aziz ditetapkan Mac
28-11-2006 06:34:07 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes saman terhadap model dan pelakon Nasha Aziz yang dikemukakan oleh bapanya, Abdul Aziz Mohamad Ali.



Hakim Datuk Tee Ah Sing menetapkan tarikh itu dalam kamar apabila kes itu disebut di hadapannya.

Abdul Aziz, 58, memfailkan saman terhadap anaknya Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz [foto kanan], 36, berhubung satu rencana dalam sebuah akhbar yang mendakwa beliau bukan bapa kandung pelakon itu.

Beliau menamakan Nasha, Utusan Melayu (M) Berhad, pencetak dan pemilik akhbar itu dan wartawan Tengku Khalidah Tengku Bidin sebagai responden dalam saman itu.

Abdul Aziz, seorang guru silat, dalam pernyataan tuntutannya berkata rencana dalam Mingguan Malaysia itu membawa maksud atau boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.

Abdul Aziz berkata beliau ialah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan yang digunakan dalam rencana itu bertajuk "Jangan tanya hal peribadi" diterbitkan pada 24 Nov 2005, menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.

KLIK KAT SINI untuk cerita selanjutnya.
Ewan_sn
‘‘Kalau tak bagi syarikat Manja dalam masa seminggu, akan jatuh talak.’’
Uncle Seekers sah cerai talak satu


MARDZIYATON Darus bersama Syed Abdullah Syed Hussein di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Uncle Seekers hari ini sah bercerai dengan bekas isterinya dengan talak satu.

Hakim Mohamed Fairuz Ismail membuat keputusan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini selepas meneliti segala keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen berkaitan.

Menurut permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan pada 27 Julai lalu oleh Mardziyaton Darus, 34, Uncle atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein, 40, telah melafazkan cerai dalam bulan Julai 2003 di rumah ibunya.

Mardziyaton sewaktu memberi keterangan memberitahu bahawa bekas suaminya itu telah melafazkan kata-kata: ‘‘Kalau tak bagi syarikat Manja dalam masa seminggu, akan jatuh talak.’’

Manja merupakan produk minuman kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikat Women Aspiration Sdn. Bhd.

Kedua-dua mereka tidak diwakili peguam syarie.

Tambah Mardziyaton yang juga pengarah urusan syarikat itu, lafaz diucapkan dengan bersaksikan ibu, Tengku Marzi Tengku Ismail; ayah tirinya, Ahmad Adnan Muhamad; bekas ayah mertuanya, Syed Hussein dan adik ipar, Tengku Fuad.

Ketika lafaz diucapkan, Mardziyaton memberitahu, dia tiada di rumah dan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ibunya selepas pulang ke rumah.

Pasangan itu berkahwin pada 30 April 1994 dan dikurniakan seorang anak, Syed Muhammad Syed Abdullah, 10.

Uncle sewaktu ditanya oleh Hakim Mohamed Fairuz bersetuju dengan keterangan yang diberikan oleh bekas isterinya itu.

Dia juga mengaku bahawa lafaz diucapkan dalam keadaan sedar tetapi pengasas kumpulan paranormal ‘Seekers’ gagal mengingati tarikh yang tepat bila lafaz itu diucapkan.

Tamat prosiding, kedua-dua mereka dilihat keluar dari mahkamah secara beriringan.

Uncle semasa ditemui memberitahu bahawa bekas isterinya adalah seorang yang baik, pandai menjaga makan minum serta menghormati ibu bapanya.

‘‘Namun, saya ada prinsip dan dia telah melanggar prinsip itu,’’ kata Uncle sambil menoleh ke arah bekas isterinya.

Mardziyaton pula enggan memberikan komen tentang perceraian itu dan hanya mengatakan ingin memulakan hidup baru dengan anak tunggalnya.

Difahamkan, tiada tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak sementara anak pasangan tersebut diletakkan di bawah penjagaan Mardziyaton.
Ewan_sn


Tak Mahu Kaitkan Dengan Adiknya Yg berkahwin Dgn Awie

Sejak berlakunya spekulasi perkahwinan di antara penyanyi rock tersohor, Awie dengan isteri keduanya Rozana Misbun di negara jiran beberapa bulan yang lalu, pelakon Haliza Misbun mengambil sikap berdiam diri.

Ketika Haliza yang juga kakak kepda Rozana, diaju soalan mengenai perkahwinan tersebut, dia masih enggan membuat sebarang ulasan. Jangkaan yang Haliza akan memberi komen apatah lagi pasangan tersebut sudahpun melangsungkan upacara persandingan mereka baru-baru ini, jauh meleset.

"Saya dah boleh agak kamu akan tanya soalan ini. Semua wartawan akhbar bahasa Melayu dah serik nak tanya kerana mereka tahu jawapannya," ujar pelakon yang berusia 33 tahun itu apabila isu perkahwinan adiknya dibangkitkan.

"Saya tidak akan komen apa-apa kerana it's none of my business," tegas wanita yang sudah menceburi industri hiburan selama 14 tahun itu lagi.

Walaupun enggan memberi sebarang komen, namun Haliza mengakui bahawa dirinya menerima jemputan ke majlis persandingan yang bertempat di Port Dickson itu.

"Saya tidak pergi..," jawabnya dengan ringkas dan enggan mengulas dengan lebih lanjut lagi.

Pelakon bersuara lantang itu juga tegas tidak mahu dikaitkan dengan isu itu lagi.
Ewan_sn




“Saya minta maaf’’ – Deja Moss

Sungguh, saya serba salah untuk bercakap soal ini dengan Deja. Tetapi atas dasar profesional saya beranikan juga diri untuk menghubunginya, bertanya dan mendengar sendiri suara hati seorang “Deja Moss’’ pada saat-saat namanya teruk dihentam di Internet.

Sekeping gambar dengan aksi nyanyian dan pakaian yang menjolok mata membuatkan banyak yang tersinggung. Sekarang gambar “maut’’ itu terpampang di dalam banyak laman web, di Internet. Sebagai wanita Timur dan Melayu, semua ini mencemarkan nama baik Deja.

Banyak yang marah-marah. Banyak yang melahirkan rasa kesal sehinggakan Deja sendiri tidak mahu melayan panggilan daripada rakan media untuk memintakan mengulas isu berkenaan.

KLIK KAT SINI Untuk membaca komen dari kengkawan Mesra tentang Hajjah Deja Mos ini
Ewan_sn
Kami profesional ...'



SEBELUM Zubir memulakan coretan minggu ini, Zubir mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua artis dan personaliti popular yang sudi melapangkan masa menghadiri majlis Rumah Terbuka Deeparaya NSTP anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) pada 16 November lalu di Renaissance Kuala Lumpur.

Mungkin sudah rezeki Zubir apabila undangan yang dikirimkan kepada Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi AF3 mendapat maklum balas positif. Tiba-tiba saja dia menjelma!

IKIN (kiri) bertemu Mawi
pada Rumah Terbuka
Deeparaya NSTP.

Pada masa sama, Zubir turut melayangkan jemputan kepada pasangan kembar popular, Ikin dan Ain Rahmat. Kebetulan mereka datang. Menyedari hakikat itu, Zubir dapat idea untuk menggandingkan mereka kerana satu Malaya dah tahu, Mawi dan Ikin berkawan.

KLIK KAT SINI untuk kisah selanjutnya.
lis_cute
[b]Rahsia air mata[/B]


SAYU: Linda di samping Syed Aiman sebaik saja
mereka sah bergelar suami isteri.


Linda Rafar tersentuh lihat dua anak gembira pada hari perkahwinannya dengan Syed Kamarulzaman

SEJURUS selepas dirinya sah bergelar isteri kepada pelakon Syed Kamarulzaman Syed Mahmood, kelopak mata Linda Rafar kelihatan bergenang. Lalu pelbagai persoalan berlegar dalam fikiran, apakah agaknya yang membuatkan penyanyi yang juga bintang siri Dua Hati itu berasa sayu pada hari bersejarah buatnya?


Sebaik saja upacara akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi Sabtu lalu selesai, wakil media yang membuat liputan mencari jawapan pasti daripada artis jelita ini.

“Saya menangis sebenarnya kerana berasa cukup tersentuh melihat dua anak saya, Rezaril, 7, dan Rezaimen, 4, amat gembira pada hari perkahwinan saya. Mereka juga menerima suami saya dengan sebaiknya,” ujar Linda yang kini kembali berstatus isteri selepas lebih dua tahun berpisah dengan Kefli Othman.

Perkahwinan ini adalah yang kedua bagi Linda dan Syed Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai Syed Aiman dalam dunia lakonan. Justeru, Linda dan Syed mengharapkan kebahagiaan mereka berkekalan ke akhir hayat. Hasil perkahwinan pertamanya ketika berusia 24 tahun, Syed dikurniakan seorang anak perempuan berusia 6 tahun.

“Selepas dikurniakan dua anak lelaki, Linda teringin sekali mempunyai anak perempuan,” katanya apabila ditanya mengenai perancangan masa depan. Begitupun, kedua-duanya memberitahu, buat waktu ini mereka tidak terburu-buru untuk menambah anggota keluarga. Sebaliknya, kekukuhan ekonomi keluarga serta kekukuhan karier terlebih dulu perlu dijaga, kata mereka.

Kedua-duanya juga tidak memilih untuk berhenti daripada pembabitan dalam seni, malah masing-masing mahu mengatur langkah lebih panjang mencipta kejayaan. Linda sendiri kini dalam proses penerbitan album kedua bersama adiknya, Diana, yang dijangka menemui peminat pada tahun depan.

SERI PENGANTIN: Lindadan Syed Aiman bergambar selepas diijab kabul.

Soal bulan madu pula, kata Syed, juga akan ditentukan awal tahun depan. Sebelum itu, mereka hanya terbang ke Bandung, Indonesia selama empat hari, dua hari selepas diijabkabulkan untuk merehatkan seketika penat badan.

Apabila ditanya mengenai dugaan percintaan mereka berdua, Syed menegaskan, perhubungan mereka tidak banyak cabaran. Bagaimanapun, mereka berazam untuk menjalani kehidupan yang terbaik sebagai suami isteri pada hari mendatang.

“Biarlah kami bercinta selepas berkahwin kerana pernikahan ini datang kira-kira setahun lebih saja selepas kami berkenalan,” kata Linda pula, yang kelihatan berseri-seri pada acara akad nikah berkenaan dengan kurung moden putih rekaan Shahrul Nurdin dari Rucci Design.

Berkenaan populariti, Syed menjelaskan, dia berkeyakinan peminat hari ini lebih bijak menilai artis berpandukan bakat dan keupayaan. Dia sendiri mengaku, tidak perlu kekal bujang selama-lamanya semata-mata untuk mengejar glamor. Apatah lagi apabila lakonan bukanlah karier utamanya.

“Selain berlakon, saya sebenarnya mempunyai perniagaan, seperti pengurusan majlis dan sebagainya, menerusi syarikat PMS Design. Kini ia bekerjasama bersama syarikat milik Linda, Video Bang Advertising untuk mempertingkatkan lagi perniagaan,” kata Syed Aiman.

Beberapa jam selepas dinikahkan, pasangan pengantin bersanding di rumah keluarga Linda di Seksyen 9, Shah Alam. Warna hijau dan putih dipilih sebagai tema keraian, manakala ratusan sanak saudara dan rakan taulan hadir meraikan mempelai.

Turut kelihatan ialah dua ibu saudara pengantin perempuan, Suhaina Yahya dan Ochee, bekas anggota Elite seperti, Azza, Watie, Aein dan kembarnya, Ekin, Nadia Mustafar, Kasmadiana dan ramai lagi.

Pada acara merenjis, selain keluarga terdekat dan kenalan rapat, turut menepung tawar pengantin ialah Kefli, yang turut mengenakan sepasang baju Melayu hijau.

INFO: Hantaran Linda, Syed Aiman


PIHAK pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan yang terdiri daripada sebentuk cincin dan rantai LR dari Habib, beg tangan dan kasut Versace, set alat solek MAC, minyak wangi Dior, jam tangan Claude Bernard, manisan dan sirih junjung. Linda turut menerima wang hantaran berjumlah RM11,111.11 dan mas kahwin RM111.


PENGANTIN perempuan menyerahkan sembilan dulang untuk pengantin lelaki, terdiri daripada sebuah al-Quran, kemeja lengan panjang Versace, jam tangan Cerutti, set minyak wangi Armani Black Code, kamera digital Olympus, kasut Renoma, tepak sirih, bunga rampai dan biskut.
lis_cute
Fiq juara Mentor musim kedua


SHAH ALAM 3 Dis. – Kemantapan vokal dan persembahan bertenaga Fiq berjaya menambat hati para juri dan penonton, sekali gus melayakkannya muncul juara Mentor musim kedua (Mentor 2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini malam ini.

Dia yang merupakan calon pilihan musim ini mempersembahkan lagu berkonsepkan rock dengan baik selain mempunyai pengaruh yang ramai, berjaya mengetepikan saingan terdekatnya Nieyl dan Kat menerusi pemilihan tiga juri profesional dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton.

Protege Amy Search itu yang memilih lagu-lagu Tiada Lagi dan Bujang Senang yang disampaikan secara solo dan berduet dengan Amy untuk lagu Isi dan Kulit dan Fantasia Bulan Madu dengan Deja Moss berjaya memperoleh 119.3 peratus undi manakala Nieyl yang bermentorkan Nurul dan Kat (Datuk Siti Nurhaliza) masing-masing hanya memperoleh 98.2 dan 74.5 peratus undian.

Sebanyak 50 peratus pemilihan juara Mentor itu dibuat oleh tiga juri iaitu Roslan Aziz, Zainal Abidin dan Liza Hanim, manakala selebihnya menerusi undian SMS para penonton di rumah.

Dengan kemenangan itu, Fiq atau nama sebenarnya Mohd. Firdauz Abdul Halim, 24, berjaya menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, tawaran menjadi artis rakaman EMI Music Sdn. Bhd., dan trofi.

Dia juga bakal meneruskan cabaran untuk bergelar ‘juara antara juara’ apabila bersaing dengan pemenang ‘bintang cari bintang’ dari Indonesia iaitu Ima yang bermentorkan penyanyi dangdut terkenal dari republik itu, Inul Daratista pada satu pertandingan yang akan diadakan pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Nieyl atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani yang berpengalaman menyanyi di kelab-kelab malam pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM20,000 dan sebuah trofi.

Dia memilih lagu-lagu Sway dan Elergi Sepi secara solo dan memilih lagu Objection untuk berduet dengan Nurul dan Seiring Sejalan, berduet dengan Ajai.

Kat atau Siti Khatijah Hassan yang disebut-sebut mampu bergelar juara serta mendapat undian tertinggi pada persaingan separuh akhir Mentor 2 terpaksa akur dan berpuas hati di tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dan trofi.

Dia menyampaikan lagu-lagu Legenda dan Nuri secara solo, dan memilih lagu-lagu Big Spender untuk berduet dengan mentornya serta lagu Kita Insan Biasa bersama Hattan.

Amy yang menjadi mentor Fiq sepanjang 13 episod pertandingan nyanyian itu diadakan turut menerima imbuhan berupa wang tunai berjumlah RM20,000.

Mentor Nieyl, iaitu Nurul pula menerima wang tunai sebanyak RM10,000 manakala mentor Kat iaitu Siti Nurhaliza menerima wang tunai sebanyak RM3,000.
Ewan_sn


Impian untuk menyatukan pelakon Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dengan penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya tidak kesampaian.

Ikuti komen siti tentang duetnya dgn Shah Rhuk Khan, kisahnya di tahun 2006 dan kisah rancangan Mencari Bintang Pantene KAT SINI
Ewan_sn
Nash sediakan padang untuk raikan peminat
05-12-2006 10:30:12 AM


Sama cantik, sama padan... Nash bersama isterinya Sosilawati Lawiya

Ketentuan jodoh penyanyi rock lagenda Nash dengan jutawan kosmetik Nouvelle Visage Sosilawati Lawiya begitu kuat sekali sehingga masing-masing tidak dapat menolak segala rencana yang menanti mereka.

Duda yang hidup keseorangan selama 11 tahun dengan empat orang anaknya akhirnya bertemu jodoh dengan ibu tunggal yang hidup bersendirian selama 10 tahun bersama enam orang anaknya pada 16 November 2006.

Majlis pernikahan yang dihadiri kedua keluarga dan sahabat terdekat itu telah diadakan secara diam-diam, jauh dari pengetahuan para media di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Sri Medan, Sri Menanti, Batu Pahat, Johor.

KLIK KAT SINI untuk membaca kisah selanjutnya tentang mereka berdua.
Ewan_sn
Pelancaran Produk Kecantikan Ella
05-12-2006 10:57:52 AM



Ella bersama produk kecantikan dan kesihatannya 'ELLA'
pula menyusul dengan produk kecantikan dan kesihatan berjenama ELLA.

Walaupun sudah menjadi trend selebriti tempatan mengeluarkan produk sendiri, tetapi nampaknya idea yang sama untuk menghasilkan produk kecantikan oleh kedua-dua selebriti ini membuatkan ada yang beranggapan mereka ini sedang bersaing antara satu sama lain.

"Mana ada saya nak bersaing dengan Erra. Kebetulan pula dia baru melancarkan produknya juga baru-baru ini.


"Sebenarnya sudah lama produk ELLA ini dibuat, cuma kita tidak membuat promosi.

"Jadi, kali ini kita sudah aturkan pelbagai perancangan untuk memperkenalkan produk ini kepada umum," ujar Ella ketika ditemui pada majlis pelancaran produknya itu di Planet Hollywood baru-baru ini.

KLIK KAT SINI untuk mengikuti kisah selanjutnya tentang Ella
Ewan_sn
'Selamba Serius' papar karektor sebenar Amani - Aleya
05-12-2006 10:55:06 AM



Nani dan Aleya ketika menemubual Hans Isaac dan Harith Iskandar untuk salah satu episod program itu

Bagi yang pernah menonton program bual bicara terbaru masa kini, Selamba Serius yang sedang disiarkan di saluran NTV7, pasti tertarik bukan saja pada isu yang dikupaskan, malah juga terhadap keletah dua beradik, Sharifah Aleya dan Amani, yang bertindak sebagai hos program tersebut.

Bukan pertama kali Aleya dan Amani dipertemukan sebagai hos bersama, tetapi menurut penerbit program ini, Mohd Jafni Abu Bakar, Selamba Serius memang mempunyai keunikan tersendiri kerana tajuk program itu sememangnya mencerminkan karektor sebenar kedua-dua beradik itu.

"Bila pihak SilkyGirl mencadangkan dua nama ini sebagai hos, kami tidak risau sangat kerana Aleya dan Amani sebelum ini juga pernah digandingkan bersama untuk program Latido di TV9. Lagipun, mereka adalah duta produk tersebut.

"Setelah perbincangan dilakukan bersama mereka berdua untuk tentukan konsep program ini, saya terus namakan program tersebut 'Selamba Serius', bersempena juga dengan karektor dua beradik ini.

Untuk kisah selanjutnya, sila KLIK KAT SINI
i_love_put3
Model, pengacara nikah Mei, kini bercerai

ZUBIR sudah mendengar khabar angin mengenai seorang model dan pengacara jelita yang baru mendirikan rumah tangga dengan seorang anak VIP, awal Mei lalu, kini sudah pun berpisah dengan suaminya, kira-kira sebulan lalu. Tapi, Zubir tak mahu lagi menggembar-gemburkannya kerana masih mengumpul maklumat tambahan.

Sehinggalah petang Selasa lalu, Zubir dihubungi seseorang yang mendakwa dirinya agak rapat dengan pasangan yang baru saja bercerai itu dan dia tahu cerita sebenar dari A hingga Z!

"Zubir, model dan pengacara tu kahwin dengan anak seorang VIP awal Mei lalu, tapi pada awal Ramadan, baru-baru ini, mereka dah bercerai. Sebabnya terlalu peribadi sehingga timbul masalah besar dalam rumah tangga mereka.

"Perceraian mereka mendapat campur tangan keluarga kedua-dua belah pihak yang mahu pasangan berkenaan rujuk semula kerana bekas isteri baru tersedar kesilapannya. Pun begitu, apabila si suami dah lembut hati nak balik semula ke pangkuan isteri, tiba-tiba pula model glamor ni ubah fikiran, tak mahu!

"Selidik punya selidik, si suami dapat tahu bekas isterinya sudah ada orang lain iaitu kenalannya sendiri, kawan! Ketika mereka masih suami isteri, dia yang memberikan nombor telefon isterinya kepada kenalannya itu untuk satu tujuan murni, alih-alih dah jadi lain!

"Dipendekkan cerita, ketika umat Islam masih meraikan Aidilfitri baru-baru ini, satu peristiwa hitam berlaku apabila bekas suaminya bersama ibu pengacara berkenaan, berjaya mencekup bekas isteri yang sedang berdua-duaan dengan teman lelaki barunya di sebuah bilik hotel mewah di Kuala Lumpur.

"Ketika itu juga bekas suami pengacara berkenaan memberi nasihat kepada kenalannya itu (teman lelaki bekas isteri) supaya mengambil bekas isterinya secara sah apabila tamat tempoh edah. Tapi Zubir, ketika tempoh edah, pengacara berkenaan, tanpa segan silu, keluar bersama teman lelakinya itu di tempat awam!

"Sekarang Zubir, kau fikirlah sendiri siapa yang bersalah dalam hal ini, si suami atau pengacara cantik tu?" kata sumber berkenaan panjang lebar.

Zubir dengar cerita, kes perceraian pengacara berkenaan dengan bekas suaminya itu akan diperdengarkan di mahkamah syariah, awal Disember ini. Hari ini sudah 3 Disember, entah-entah esok!

Kita sama-sama tunggu pengumuman rasminya.
Ewan_sn
Gelaran Ratu 'Tiara' kini milik Siti
06-12-2006 03:09:57 PM


Siti tetap anggun dan berseri walaupun sudah bergelar isteri


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mencipta namanya sebagai duta kepada Elegance Tiara Collection

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah apabila dia dilantik sebagai duta kepada koleksi terhad, 'Elegance Tiara Collection' bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini .

Koleksi tersebut adalah hasil rekaan Tracy Ong iaitu pengasas kepada Elegance Club Sdn Bhd dan merupakan tiara eksklusif yang pertama di Malaysia.


Ketika memberi ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, Siti tidak putus-putus menyuarakan kekaguman dan memuji kecantikan serta keanggunan koleksi tiara dari Elegance Club tersebut.

"Siti amat bersetuju dengan moto Tracy Ong iaitu 'A Thing of Beauty is a Joy Forever' (Sesuatu kecantikan itu merupakan sebuah kegembiraan yang kekal untuk selamanya) dan kagum dengan rekaan koleksi terbaru serta terhad Elegance Club.

KLIK KAT SINI untuk mengikuti kisah selanjutnya.
Ewan_sn
Peminat tak keruan kerana artis Bollywood
08-12-2006 07:03:10 PM


Salman bersama-sama beberapa pegawai keselamatan ketika samapi di TGV KLCC semalam
(Foto Reuters)


Para pelakon Rohit Roy dan saudara kepada Salman Khan, Arbaaz Khan turut hadir pada tayangan perdana Baabul
(Foto AP)


Salman memberi tandatangannya sempena tayangan perdana Baabul
(Foto Reuters)

Sebagai pembuka tirai kepada acara Anugerah Filem India Sedunia (GIFA 2006), filem arahan BR Films and Ravi Chopra, Baabul telah dipertontonkan buat pertama kalinya di Tanjung Golden Village, KLCC pada malam Khamis yang lalu.

Walaupun tercatit tayangan akan dimulakan pada jam 7 malam pada kad jemputan, tayangan sebenarnya hanya dapat dibuat pada jam 10 malam.

Ini disebabkan kelewatan bintang-bintang Bollywood yang sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang suka membuat orang menunggu tanpa rasa bersalah.

Sikap orang kita yang begitu mendewa-dewakan bintang-bintang ini pula bagai memberi restu untuk idola Bollywood ini berterusan bersikap demikian.

Bayangkan penantian yang menyiksakan selama beberapa jam sebelum tayangan perdana itu dapat dilakukan.

Kehadiran Menteri, ahli politik, orang kenamaan, kerabat DiRaja dan artis tempatan tidak sedikitpun membuat artis Bollywood ini rasa terpanggil untuk menepati janji. Ramai yang berkata mereka angkuh dan tidak acuh dengan semua persediaan yang pihak kita lakukan kerana sedar kedudukan mereka yang begitu hebat di mata peminat mereka di seluruh dunia.

KLIK KAT SINI untuk mengikuti kisah2 selanjtnya tentang mereka di Kuala Lumpur
Ewan_sn

Sesuatu yang tak disangka... Keifli Othman hadir merenjiskan air mawar di tangan bekas isterinya – Linda pada majlis persandingan pelakon itu dengan Syed Aiman minggu lalu.

Kejutan Linda dan Syed Aiman
Bekas Suami Renjis Air Mawar Bekas Isterinya

KLIK KAT SINI utk kisah selanjutnya.
Ewan_sn
Leez gagal tapi bertuah


Leez.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu? Memang betul tiada siapa yang tahu melainkan tuan punya badan.

Tiada siapa juga yang menyangka penyingkiran Leez semasa konsert ‘prelude’ program Akademi Fantasia (AF) yang lalu seakan-akan membuka rezeki yang luas terhadapnya.

Walaupun tidak layak menyertai program berkenaan pada peringkat berikutnya tetapi Leez mempunyai nasib yang baik berbanding rakan-rakannya yang lain.

Bukan nak mengata tetapi cuba fikirkan betul-betul, selain Faizal, kesemua pelajar AF musim keempat lalu seakan-akan tenggelam begitu saja.

KLIK KAT SINI untk baca kisah selanjutnya.
Ewan_sn
Shah Rukh Khan 'diserang' kanak-kanak istimewa
09-12-2006 06:00:25 PM


Shah Rukh Khan dan Mawi pada majlis beramah mesra bersama kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim sempena Hari Kanak-Kanak BAKTI, siang tadi
Walaupun dikawal ketat, Shah Rukh Khan masih sempat melayan tetamu yang ingin bergambar bersamanya

PUTRAJAYA: Bagi kira-kira 200 kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim dari pelbagai persatuan kebajikan ini, hari ini bukan saja penuh bermakna buat mereka kerana diraikan pada Hari Kanak-Kanak BAKTI, tetapi lebih menggembirakan golongan ini ialah apabila mereka berpeluang beramah-mesra dengan bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan.

Kehadiran aktor tersebut yang sememangnya tidak dijangka oleh hadirin ternyata mengejutkan mereka, terutamanya kanak-kanak tersebut apabila pengacara majlis, Mahadzir Lokman mengumumkan kedatangan pelakon itu.

KLIK KAT SINI utk kisah selanjutnya.
Ewan_sn
Perkahwinan Nash-Watie direstui anak-anak



MANJA... Nash menyuapkan nasi kepada isteri barunya.
--------------------------------------------------------------------------------

“ITULAH benih yang ditaburkan Ishtar, dewi cinta dari satu tempat yang tinggi. Mata mereka menaburkan benih di dalam ladang hati, perasaan memeliharanya dan jiwa membawanya kepada buah-buahan.

Pandangan pertama kekasih adalah seperti roh yang bergerak di permukaan air mengalir menuju syurga dan bumi. Pandangan pertama dari sahabat kehidupan menggemakan kata-kata Tuhan, “Jadilah, maka terjadilah ia.”

Itulah antara bait puisi Pandangan Pertama karya pemuisi agung, Kahlil Gibran. Ia bagaikan turut menggambarkan luahan kisah cinta antara penyanyi utama kumpulan Lefthanded, Nashrudin Elyas atau lebih dikenali sebagai Nash, 47, dengan Sosilawati Lawiyah, 43, seorang jutawan kosmetik dan pengasas produk kecantikan Noveless Visage (NV).

Bak kata Nash, cintanya terhadap isterinya itu tidak diundang dan bagi dirinya, sudah tertulis dia akan bertemu dengan seorang wanita yang padanya cukup lengkap dan sempurna sebagai seorang isteri.

KLIK KAT SINI utk membaca kisah selanjut.
Ewan_sn
Gambar persandingan di Shah Alam
14-12-2006 10:54:21 AM


Selang beberapa hari selepas majlis persandingannya dengan jutawan kosmetik Sosilawati yang berlangsung secara besar-besaran di Padang Kompleks Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lepas, Nash mengadu kurang sihat dan meminta diri ke klinik untuk mengambil ubat.

Nash yang diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Sosilawati Lawiya, pada 16 November lalu, hanya mampu tersenyum apabila diusik rakan-rakannya semasa pelancaran Kelab Sahabat Karyawan baru-baru ini.

"Tak adalah...sakit biasa saja. Kurang rehat mungkin," jelasnya ringkas apabila ditanya punca sakitnya.

KLIK KAT SINI utk kisah selanjutnya.
esjeizekri
ada dpt gambo2 serina anak chef wan bersanding..
eh.. dia dah kawin ker?

pensel
QUOTE(esjeizekri @ Dec 14 2006, 04:47 PM)
ada dpt gambo2 serina anak chef wan bersanding..
eh.. dia dah kawin ker?


tue gimik je la..
tue kan izham impian illyana.....
esjeizekri
ooo.. ye ker?
tak baper cam mamat tuh...
pensel
QUOTE(esjeizekri @ Dec 14 2006, 04:51 PM)
ooo.. ye ker?
tak baper cam mamat tuh...

ye.......
ari tue dah kuar kat paper pasal gambo ni.....
nadya
QUOTE(pensel @ Dec 14 2006, 04:49 PM)
QUOTE(esjeizekri @ Dec 14 2006, 04:47 PM)
ada dpt gambo2 serina anak chef wan bersanding..
eh.. dia dah kawin ker?


tue gimik je la..
tue kan izham impian illyana.....

a'ah la... cite ape tu ek...?
ayasofya
cantik nampaknye serina tu
tp mmg dia dah ada buah ati lepas arwah hani meninggal..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.