Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Pembongkaran Sejarah Sebenar - Mengenai Melayu
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
Pembongkaran Sejarah Sebenar - Sedikit mengenai MELAYU
Sunday, September 18, 2005

SEJARAH HILANG ANGKARA BRITISH

Berikut ialah penyelidikan dari Indonesia yang saya rasa kita perlu baca untuk mengenali serba sedikit tentang bangsa Melayu Islam yang benar-benar hebat dan pencapaian yang mengkagumkan.. Baca dan pastikan anda faham kerana ia bukanlah sekadar bacaan, ia adalah juga untuk memastikan kita bahawa Melayu sedah berada di Malaysia dari awal lagi dan bukan seperti yang dipelajari melalui buku-buku sejarah Malaysia ciptaan British lakhnat. Siapa yang terus merahsiakan kehebatan Melayu? Fikir dan jawab sendiri.

SEJARAH MELAYU

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.

Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya.

Dikatakan bahawa Nabi Ibrahuim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristen dan Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul seetengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk- habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik. Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun sebenamya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan budaya Hindu, Buddha, Islam dan budaya Arab, Israel, Rom dan Khurasan. Jalinan ini kelihatannya lebih menekankan cara jima' Islam, sedangkan praktik lain seperti ubat-ubatan dan sebagainya mempunyai pengaruh dari agama Hindu serta Buddha...............

Pada zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka belum memiliki kemahiran menulis. Semua perhubungan dilakukan dengan cara lisan. Pada waktu itu juga mereka masih menganuti fahaman animisme. Oleh kerana mereka percaya bahawa hantu, jin, jembalang, atau penunggu; maka sesuatu benda yang besar seperti pokok besar, bukit besar, atau apa sahaja benda yang mengagumkan akan mereka sembah. Pada masa inilah kedudukan pawang sangat dihormati.

Pawang, yang pada mulanya mendapat ilmu pengetahuan secara semula jadi itu menjadi tempat bertanya bagi menyelesaikan semua kemusykilan dan meminta ubat bagi orang yang sakit. Bagi keperluan ini, Pawang menggunakan mantera, jampi, atau kata-kata hikmat yang lain dengan bahasa yang teratur, indah, dan berkesan.

Pawang ini kemudian menurunkan ilmunya kepada orang yang paling dipercayainya. Penurunan ilmu ini adalah dengan cara hafaz dan amalan. Biasanya tidak semua ilmu yang dimiliki oleh pawang itu akan diturunkannya kepada muridnya dan ada pula murid yang mahu belajar secara khusus sahaja sehingga timbullah datu (orang yang pandai mengubati orang sakit), dukun (orang yang pandai membuat orang sihat menjadi sakit), dalang (orang yang pandai bercerita), dan kemahiran lainnya.

Di antara kemahiran yang disebutkan di atas, dalang atau pencerita menjadi orang yang terkenal. Ia bebas mengembara ke mana-mana menyebarkan ceritanya. Masyarakat waktu itu memberi layanan yang istimewa kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang kampung akan berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia kemudian dikenali sebagai pelipur lara.

Pelipur lara yang terkenal bijak ini bukan sahaja menyampaikan ceritanya apabila sampai di sesuatu tempat. Sekali-sekala ia cuba juga menduga kepintaran orang di situ melalui teka-teki. "Satu di antara jenis hasil sastera Melayu yang terawal dan dipercayai terbitnya pada zaman orang Melayu belum memiliki kemahiran menulis, ialah teka-teki. Salah satu teka-teki yang terkenal ialah:

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senanglah hati

Di antara cerita yang paling disukai oleh masyarakat pada masa itu ialah cerita tentang haiwan. Hal ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat yang suka berburu. Para pencerita pula akhirnya memanfaatkan cerita haiwan ini sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran. Dengan kehalusan budi dan bahasanya si pencerita mengisahkan kehidupan haiwan untuk menceritakan hidup dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Cara ini sangat berkesan. Orang yang kena sindir tidak marah dan orang lain mendapat teladan. Salah satu cerita yang paling digemari ialah cerita Sang Kancil.

Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu semakin bertambah. Para cerdik pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan bahasa mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh yang demikian, mereka mulai menulis dengan meniru cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan terbentuklah tulisan yang kemudian dinamai sebagai Tulisan Rencong.

Orang Melayu ketika itu menuliskan tulisannya pada kulit kayu, kulit binatang, batang buluh, atau daun lontar. Oleh yang demikian, ia tidak dapat bertahan lama kerana lama-kelamaan bendanya reput, hancur, atau tulisannya hilang. Bagaimanapun, huruf asli Melayu ini diperkirakan lebih awal daripada huruf Kawi dan huruf Wenggi yang ditemui di Nusantara ini terutama di Pulau Jawa.

Orang Melayu yang sejak awal memang sebagai pelaut ulung, telah sampai ke mana-mana. Begitu juga dengan Si Pelipur Lara. Ia telah mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar kepercayaan Hindu ke Nusantara ini. Ia pun melengkapkan ceritanya dengan cerita Hindu ini dengan mengubahsuaikan cerita asalnya menjadi corak tempatan. Dengan demikian, semakin berkembanglah kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.

3.2 KESUSASTERAAN HINDU

Kedatangan saudagar dan mubaligh Hindu ke Nusantara ini terutama bertapak di Pulau Jawa. Para mubaligh tersebut memperkenalkan karya Mahabrata dan Ramayana kepada masyarakat tempatan. Karya Vyasa dan Valmiki pujangga India yang terkenal ini menarik perhatian pujangga istana di Jawa dan mereka menyalin bahagian yang mereka sukai.

Semasa Kerajaan Mataram di Jawa Tengah sedang jayanya, pujangga istana memang memiliki kedudukan yang istimewa. Mereka berpendapat bahawa peranan pujangga sama pentingnya dengan peranan mubaligh malahan mereka dapati melalui susastera penyebaran ilmu agama itu lebih berkesan dan mudah diterima oleh masyarakat. Sekitar tahun 925 M, iaitu semasa kejayaan Kerajaan Mataram, pujangga Yogiswara telah menyalin Ramayana ke dalam bahasa Jawa Kuno (tulisan Kawi). Semasa pemerintahan Raja Dharmawangsa (985-1006 M) pula, dilakukan penyalinan Mahabrata dan pada abad ke-11 disalin lagi dan diberi tajuk baru, iaitu Astadasaparwa.

3.3 KESUSASTERAAN JAWA

Perkenalan pujangga istana dengan sastera Hindu ini telah melahirkan minat pujangga lain untuk menulis sendiri karya sasteranya. Semasa pemerintahan Airlangga, seorang pujangga bernama Mpu Kanwa mengarang syair (kekawin) yang diberinya nama Arjuna Wiwaha (sekitar tahun 1030 M). Mpu Sedah dan Mpu Panuluh pula menulis Bharatayudha sekitar tahun 1157 M. Dalam abad ke-12, lahirlah buku Smaradhana karya Mpu Dharmajaya dan buku Arjuna Wijaya karya Mpu Tantular.

Apabila Kerajaan Majapahit memperluas kekuasaannya hampir di seluruh Kepulauan Melayu termasuk Thailand, mereka cuba mempengaruhi masyarakat dengan memperkenalkan Cerita Panji, iaitu kisah keagungan Raja Majapahit. Cerita ini tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama di luar Pulau Jawa kerana ia menggunakan bahasa Jawa Kuno. Para dalang yang mempersembahkan cerita ini melalui Wayang Gedok (wayang orang yang menggunakan topeng) mencari jalan lain. Sebelum mereka mempersembahkan Cerita Panji terlebih dahulu mereka belajar bahasa Melayu. Persembahan Wayang Gedok terutama di Sumatera kemudiannya menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Jawa. Secara langsung para dalang ini telah mengangkat bahasa Melayu dan lama-kelamaan beberapa perkataan bahasa Jawa yang sesuai diserap ke dalam bahasa Melayu. Cerita Panji telah mempengaruhi kesusasteraan dan bahasa Melayu sekitar tahun 1240 M.

Di antara Cerita Panji yang terkenal ialah: Hikayat Raja Kahuripan, Hikayat Mesa Taman Panji Wila Kesuma, Hikayat Mesa Kumitar, Hikayat Carang Kolina, Hikayat Rangga Rari, Hikayat Cekel Weneng Pati, Hikayat Prabu Jaya, Hikayat Kuda Semirang, dan Hikayat Panji Semirang. Di samping hikayat, kesusasteraan Jawa yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di antara lain, ialah Syair Ken Tambuhan, Syair Lelakon Mesa Kumitar, Syair Undakan Agung Udaya, dan Syair Panji Semirang.

Sebagai gambaran, perhatikan contoh Cerita Panji yang dipetik daripada Hikayat Cekel Weneng Pati yang berikut ini:

Bahawa ini cerita orang dahulu kala dari pada bahasa Melayu dan Jawa, diceritakan oleh dalang dan bujangga yang parama kawi di tanah Jawa, dipindahkan dengan bahasa Melayu, maka akan jadi penghibur rasa yang dendam dilelakonkan. Dalam itupun masygul di mana 'kan hilang? Dendam pun tiada berbilang! Akan perinya juga pendalang katakan akan pemadam hati yang berahi; maka dalang panjangkan lelakon ini supaya menjadi tembang lanjut dan kidung dan kekawin segala yang arif bijaksana dari pada menyatakan 'asyikan dalam kalbu: hendak pun dikeluarkannya yang ada dalam hatinya itu tiada 'kan datang kebajikan kepadanya; oleh karena itulah maka dikarang hikayat ini bernama Cekel Weneng Pati ...."

Bahasa yang terlihat dalam kutipan di atas tidak dapat digunakan sebagai pedoman bahasa yang digunakan pada zaman mula-mula Cerita Panji diciptakan kerana para dalang mengubahsuaikan bahasanya sesuai dengan perkembangan bahasa yang diketahuinya. Menurut Baharuddin Zainal, naskhah Cerita Panji baru ditemui pada abad ke-15. Walau bagaimanapun, pernyataan yang mengatakan ia "berasal daripada bahasa Jawa dan ditukar ke dalam bahasa Melayu" penting untuk diketahui. Lagi pula, kutipan ini jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana perkataan bahasa Jawa itu diserap menjadi bahasa Melayu.

3.4 KESUSASTERAAN ARAB

Seiringan dengan penyebaran kesusasteraan Hindu dan Jawa, kesusasteraan Arab juga turut berkembang di alam Melayu. Ini tidaklah menghairankan kerana orang Arab sudah sejak awal sampai di Kepulauan Melayu. Sejarah China mencatatkan bahawa pada tahun 977 M, seorang utusan yang beragama Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) telah mengunjungi negeri China yang datang dari Poni, iaitu sebuah negeri di alam Melayu.

Pada mulanya, cerita Hindu yang sudah sedia ada dalam pengetahuan masyarakat Melayu dimasukkan unsur Islam. Dengan demikian, para pendengar mudah menerima pengetahuan Islam tersebut. Lama-kelamaan lahir pula cerita nabi, para sahabat, dan pahlawan Islam lainnya. Semuanya disampaikan secara lisan semasa menyebarkan agama. Naskhah bertulis berkenaan dengan kesusasteraan Islam baru ditemui pada abad ke-15 walaupun kesusasteraan Islam telah masuk ke alam Melayu jauh sebelum itu. Bahkan, istilah hikayat yang digunakan dalam kesusasteraan Hindu dan Jawa diambil daripada istilah bahasa Arab.

Pengaruh bahasa Arab lebih jelas lagi dapat dilihat pada Batu Nisan Malik al-Saleh. Batu Nisan ini dipercayai dibawa dari negeri Kembayat (Kambodia). Tulisan yang terdapat pada batu nisan tersebut keseluruhannya menggunakan bahasa Arab. Isinya di antara lain menyatakan tarikh wafat Sultan Malik al-Saleh (Raja Pasai yang pertama memeluk agama Islam), iaitu bersamaan dengan tahun 1297 M. Ini bukanlah bermakna bahawa Batu Nisan Malik al-Saleh merupakan bukti pertama orang Nusantara ini memeluk Islam kerana di Leran, Gresik, Pulau Jawa terdapat batu nisan seorang wanita Islam bernama Fatimah bt. Maimun bertarikh 1082 M.

Jika di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa ditemui batu nisan orang Islam, di Tanah Semenanjung atau tepatnya di Sungai Teresat, Kuala Berang di negeri Terengganu ditemui pula batu bersurat yang dinamai Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 M. Batu bersurat ini ditulis dengan huruf Jawi. Tulisan Jawi ini mengambil huruf Arab dan menambah beberapa huruf lain sebagai melengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. Batu Bersurat Kuala Berang di atas ditulis pada empat bahagian. Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu tersebut (setelah ditransliterasikan):

RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).

Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam. Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya. Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallam raja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi pebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala. Baginda RasuluLlah telah lalu tujuh ratus dua.

Daripada kutipan di atas terlihat perkataan Dewata Mulia Raya masih digunakan walaupun yang dimaksud ialah Allah SWT. Beberapa perkataan lain, seperti: mandalika (ketua wilayah), berbajikan (kebajikan = kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa perintah agama) memperlihatkan perkataan Sanskrit sudah semakin berkurang. Berkenaan dengan aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut, aksara Persia telah menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p, ch, zh, dan g. Aksara Jawi mengambil huruf ch Persia menjadi c dan mengubahsuai g Persia dengan mengguna-kan titik di atas. Bunyi atau huruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan bangsa Melayu sendiri. Aksara Jawi ini kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau huruf v sejak 1987. Bandingkan aksara Arab, Persia, dan Jawi seperti yang diperlihatkan pada lampiran 3. Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan transkripsinya seperti yang berikut ini:

hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha

Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat, tujuh ratus delapan puluh satu tahun, bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda) dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai, menarok di laut dan darat semesta (semua) Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta, masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.

3.5 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa:

(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.

(cool.gif Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu.

Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.

(d) Tulisan Jawi telah mengambil alih tugas tulisan Rencong.

Penciptaan tulisan Jawi tentulah sudah bermula sebelum abad ke-13 kerana penggunaan tulisan Jawi di dalam Hikayat Raja Pasai telah menunjukkan bahawa ia telah dapat mendeskripsikan pemikiran orang Melayu yang tinggi dan berseni.

Nota:
Banyak rujukan sejarah dan peristiwa di buat di Indonesia berbanding di Malaysia, kerana cara Merdeka kita berbeza. Indonesia merdeka setelah tentang belanda habis-habisan, Malaysia merdeka terima habuan British, habis-habisan. Fikirkan lah. Pada masa hadapan saya minta agar artikel tentang bangsa Melayu dan Islam dapat disiarkan oleh Mereka yang mencintai Sejarah Bangsa dan Agama Islam di Malaysia. .
aienmaria
Alamak.....sejarah yang menarik tapi panjang tul la..aku susah nak paham.... laugh.gif
usino
Malaysia merdeka terima habuan British, habis-habisan.

kalau bekas pejuang kemerdekaan baca bende ni apa perasan mereka? <_<
AZRIN
50-50

Merdeka tu bagus. Tapi dalam tak sedar kita telah memberi kerakyatan secara mudah kepada orang Cina.
reformist101
Edie, aku tak percaya yang bangsa Melayu ini berasal dari Nabi Ibrahim a.s. Aku tak pulak pernah dengar Nabi Ibrahim a.s ada isteri yang bernama Qatura yang kononya menghasilkan zuriat yang akhirnya berbangsa Melayu. Quite nonsense! Aku percaya pada teori yang mengatakan selepas bahtera Nabi Nuh a.s mendarat di Gunung Judi, anak2nya bertebaran ke seluruh dunia. Antaranya Sam bin Nuh yang telah ke pergi ke Mesopotamia. Aku tak ingat nama anak Nabi Nuh a.s yang pergi ke Polynesia (dikatakan keturunan ini yang melahirkan bangsa Melayu.

Perkara-perkara lain dalam artikel tu aku setuju. No doubt 'bout it.
Ewan_sn
QUOTE(reformist101 @ Sep 19 2005, 08:22 AM)

Ntah...setakat ni eddie tak ada kemampuan untuk mengiayakan ataupun menafikan kenyataan tu.. unsure.gif
April
april mmg suka bab sejarah melayu..thanks edi.. separuh dr artikel tu ada dlm simpanan april...mengenai nasab keturunan dr Nabi Ibrahim tu mmg susah nak dibuktikan, kalau betul alhamdulillah.... mengenai awal ras bangsa kebanyakkan bersetuju dgn teori Yunnan tp teori mengenai gunung himalaya tu mmg menarik..sbb pernah juga terpk kenapa gunung tu ada nama 'malaya'...
Azimar Amril
a'kum..

Eddie...boleh aku tanya....dari mana kau dpt petikan ni ???

w'salam
Didiharaiss
campuran biggrin.gif
Ajax
QUOTE(reformist101 @ Sep 19 2005, 08:22 AM)
Edie, aku tak percaya yang bangsa Melayu ini berasal dari Nabi Ibrahim a.s. Aku tak pulak pernah dengar Nabi Ibrahim a.s ada isteri yang bernama Qatura yang kononya menghasilkan zuriat yang akhirnya berbangsa Melayu. Quite nonsense! Aku percaya pada teori yang mengatakan selepas bahtera Nabi Nuh a.s mendarat di Gunung Judi, anak2nya bertebaran ke seluruh dunia. Antaranya Sam bin Nuh yang telah ke pergi ke Mesopotamia. Aku tak ingat nama anak Nabi Nuh a.s yang pergi ke Polynesia (dikatakan keturunan ini yang melahirkan bangsa Melayu.

Perkara-perkara lain dalam artikel tu aku setuju. No doubt 'bout it.

ape mau susah pk pasal keturunan...
yang penting kite ni ade keturunan darah nabi yang 25 tuh...
ini compen... biggrin.gif

tul tak edi...
April
QUOTE(Ajax @ Sep 19 2005, 11:10 AM)

dulu april pun mcm nie.. betul kita berbangsa melayu di Tanah Melayu, mak bapak, nenek moyang bangsa melayu, berketurunan dr Adam & Hawa... sape nak pertikaikan asal usul bangsa kita... tp sejak sipolan nie tanya kat april asal usul melayu.. ternganga japs..sbb selama ini tak pernah terpk ada org yg mempersoalkan ttg asal usul bangsa melayu dan pertanyaan tersbt dtgnya dr bangsa lain yg meragui hak2 melayu... rupanya april terlalu ambil mudah selama nie.. sampai org lain boleh pertikaikan sejarah bangsa sendiri... sad.gif
reformist101
QUOTE(April @ Sep 19 2005, 11:39 AM)

April, I nak tanya u... siapa yang create hak melayu ni? I ada jawapan sendiri but I want to know your answer.
Ajax
QUOTE(reformist101 @ Sep 19 2005, 12:13 PM)

aku pun... biggrin.gif

bangsa ape yang berhak idup kat dunia ni...
bangsa ape yang berhak tinggal dlm negara itu..
bangsa ape yang berhak tinggal dlm dlm suatu kg itu..
bangsa ape yang berhak tinggal di tanah itu..
April
april bukanlah pakar sejarah tp sekadar mengikut pengetahuan yg ada.. jika terkurang dan ada yg lebih arif harap dpt kongsi bersama...

isu keistimewaan melayu ini ditimbulkan oleh Dato' Onn Jaafar semasa menubuhkan umno pd 1946 dan juga sbg bantahan kpd rancangan penubuhan malayan union. ini kerana malayan union ditubuhkan utk melindungi kepentingan british di tanah melayu dgn memberikan taraf kerakyatan pd warga pendatang. melayu yg merasa dipinggirkan dan dikecilkan peranan dlm ekonomi dan politik bersatu dan bersemangat membantah rancangan tersbt dlm parti umno ini.

En Ajax, april tak menidakkan hak org lain di bumi Allah ini.. yg terlintas di hati ini bahawa rugi jika kita tidak mengambil tahu ttg sejarah bangsa kita..membiarkan org lain melakar sejarah bangsa dgn kehendak mereka (dgn atas tujuan kepentingan mereka). Semua manusia dr asal yg sama...dr Adam dan Hawa..tp adakah mereka di Yunnan, Taiwan, Filipina sana sanggup memberi sedikit hak mereka pd bangsa melayu kita..sdgkan mereka adalah rumpun melayu juga.. tentu tidak bukan... oleh itu bila april ditanya soalan tersbt... rupanya masih byk yg perlu april tahu ttg bangsa melayu.
AZRIN
Aku pun keturunan nabi gak. Nabi Adam. blum.gif

Adakah keturunan nabi Ibrahim ini lebih dipandang mulia di sisi Allah?

Orang Cina bukan keturunan nabi pun boleh maju.

You can shine no matter what you are made of.

April
Org yg mulia disisi Allah org yg beriman dan ikhlas terhadap agama dan tidak pilih melalui maju atau mundur bangsa.Iman pula bukan diwarisi melalui keturunan.

QUOTE
Orang Cina bukan keturunan nabi pun boleh maju.

Diaorang pun keturunan Nabi Adam.. smile.gif
AZRIN
Betul. Pasal tu kita mesti mundur sampai kiamat.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.