Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Meh Kita Letak Resipi Kuih/ Biskut :
Mesra.net Forum > Request & Discussion Ringtones & Recipes (No Registration Required) > Mesra.net Recipes - Discussion
amie2005
Meh la kita sama2 menyumbangkan resipi2 faberet yg boleh dikongsi bersama utk dijadikan hidangan di hari raya nanti... sekurang-kurangnya boleh la cuba dulu sblm dijadikan hidangan raya nie... wink.gif

BISKUT SARANG SEMUT


Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.
amie2005
SEMPERIT

1 tin (340g) butter cap GOLDEN CHURN (Australian butter - tin kaler kuning).
1 tin tepung jagung cap RAMA-RAMA.
1/2 tin tepung gandum (sukat pakai tin tepung jagung td).
1/2 tin susu pekat.
1 cwn gula halus.
1 st esen vanila.
1 st baking powder.
1 bj kuning telur.

Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, gula dan baking powder.
2. Masukkan kuning telur. Gaul lg.
3. Masukkan susu. Gaul lg.
4. Masukkan butter. Gaul rata dan uli hingga doh lembut dan boleh dimasukkan ke dlm acuan "tekan" semperit.
5. Bakar hingga masak.
amie2005

Best Big,Fat,Chocolate Chip Cookies


bahan2nya:
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang
pembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,
pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.
amie2005

KACANG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya


1 kg kacang (kacang tanah atau jagus)
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
5 sudu makan gula
4 ulasi bawang merah (di cuci kemudian dikeringkan)
4 ulas bawang putih (di cuci kemudian dikeringkan)
1/2 gelas tepung gandum
1 gelas tepung beras
3 biji telur
1 sudu makan serbuk lada kering
garam, daun kari dan pewarna kuning secukupnya
Minyak secukupnya (hendaklah menggunakan minyak yang banyak)

Cara membuatnya

1. Satukan kacang, garam, gula dan tepung didalam satu mangkuk dan gaul rata.

2. bawang, telur, lada, jintan manis, jintan putih dan warna kuning dikisar hingga hancur.

3. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Setelah minyak panas, masukkan adunan telur tadi kedalam adunan kacang, gaul hingga rata dan terus goreng hingga masak. setelah hampir masak jika suka masukkan daun kari.


Peringatan:

Pastikan minyak betul-betul panas baru lah digaul kedua adunan tadi dan terus goreng.
amie2005
[I]TAT GULUNG [/I]


Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
amie2005

BISKUT MAMA CARRIES

Bahan – bahan
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aisng
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang .
2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .

Aising :
2 biji putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung
Coklat paste
beberapa batang tooth-stick

Untuk membuat aising:
1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan .
2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste.
3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan.
4. Celupkan tooth-stick kedalam aising coklat dan
lorekkan atas permukaan ising putih tadi.
5. Bakar dalam suhu 180 C selama 15 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
amie2005
<_< hmmm... tak de ke sesaper yg sudi share resepi kat sini...
azirawati
semua resepi kat atas tu..aku suka...

selalu gak aku buat...

tapi apasal la tak jadi cam gambar2 tu...

tat jem aku suka sekali tapi tak penah jadi...

ada petua tak buat tak jem tu...
(cara gaul ke, adunannya keras ke lembut...)

aku nak buat pulak tat jem tahun ni...tolong ye...
amie2005
QUOTE(azirawati @ Sep 18 2005, 03:03 PM)
semua resepi kat atas tu..aku suka...

selalu gak aku buat...

tapi apasal la tak jadi cam gambar2 tu...

tat jem aku suka sekali tapi tak penah jadi...

ada petua tak buat tak jem tu...
(cara gaul ke, adunannya keras ke lembut...)

aku nak buat pulak tat jem tahun ni...tolong ye...

hai azira,

cuba lah try resepi yg kat atas tu, kat sini amie letak satu lagi resepi utk wat inti jem nenas. azira boleh cuba wat 1/2 adunan dulu utk pilih yg mana yg paling sedap. resepi nie amie dpt dr forum sblh, ramai yg dah test, dan so far, f/back yg diterima positif semuanya. selamat mencuba...
wink.gif
inti jem:

2 biji nanas }parut nanas &
400 gm gula pasir (ikut manis korang nak le) }masak sume sekali sampai kering
1/2 cwn oren sunquick }
mizs
amieee..........

mizs nak tanya laaaa..........pasal biskut sarang semut tuu.....kalau kita wat cam adunan tu ....biskut tu jadik ke??.ialahh.........biskut tu kan cam relai2 kittt......camner nak buat ekk?? blum.gif
amie2005
QUOTE(mizs @ Sep 19 2005, 09:12 AM)
amieee..........

mizs nak tanya laaaa..........pasal biskut sarang semut tuu.....kalau kita wat cam adunan tu ....biskut tu jadik ke??.ialahh.........biskut tu kan cam relai2 kittt......camner nak buat ekk?? blum.gif

misz...

cuba la try resepi kat atas tu... insyaallah menjadi dan sedap rasanya... wink.gif

kalau ditekan memang keluar berjurai2 macam bihun tu so, just tekan ke dlm mangkuk dan scoopkan ngan sudu plastik ke dlm paper cup.. boleh juga di simpan adunan ke dlm peti ais dlm 3-5 min, lps tu terus parut masa adunan keras skit ke dlm mangkuk lps tu cara nya sama jer ngan kat atas tu... kena cpt skit takut nanti adunan tu melekat susah nak scoop.
taburkan manik warna warni dan coklat rice as semut..
so jadilah biskut sarang semut..

selamat mencuba...
anyway, tak der ker yg nak kongsi resepi yg lain-lain...

beginilah rupa adunan tu lepas di parut...
amie2005

Biskut Tembikai
Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
putih telur(sebagai gam)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. masukkan tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.


*Masukkan tepung sikit˛ dulu....
mizs
amiee.....

sebelum kita parut tu.........kita letak dalam peti sejuk dulu kerr??
amie2005
mizs...

"boleh juga di simpan adunan ke dlm peti ais dlm 3-5 min, lps tu terus parut masa adunan keras skit ke dlm mangkuk lps tu cara nya sama jer ngan kat atas tu... kena cpt skit takut nanti adunan tu melekat susah nak scoop."

kalau tak letak dlm peti ais pun boleh jugak. kalau tak nak parut, just tekan/ tenyeh jer tepung tu kat pemarut/senduk yg berlubang-lubang... ikut suka nak wat cara yg mana satu ph34r.gif
einamie
KUIH ROS

bahan:
600GM TEPUNG BERAS
4 CWN SANTAN
1 BIJI TELUR
MINYAK UTK MENGGORENG

CARA:

1. BANCUH KESEMUA BAHAN HINGGA SEBATI TETAPI JGN TERLALU CAIR.
2. PANASKAN MINYAK UTK MENGGORENG DAN CELUP ACUAN ROS KE DLM MINYAK. BIARKAN HINGGA 2-3 MINIT.
3. ANGKAT DAN CELUPKAN ACUAN KE DLM BANCUHAN TADI CEPAT2 MASUKKAN KE DLM MINYAK.
4. SAMBIL MENGGORENG, TOLAK2 KUIH DRP ACUAN MENGGUNAKAN LIDI. GORENG HINGGA KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN.

Mudah kan? slmt mencuba.. laugh.gif
amie2005
wah, resepi yg dinanti-nantikan ni. boleh la try lepas ni... biggrin.gif
einamie
BANGKIT SAGU RAPUH

BAHAN:
1KG TEPUNG UBI
1/2 TIN TEPUNG JAGUNG
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 1/2 CAWAN GULA HALUS
2 BIJI KUNING TELUR
2 BIJI KELAPA- AMBIL TIGA CAWAN SANTAN PEKAT
2 SUDU TEH SERBUK PENAIK

CARA:
1. SANGAI KETIGA-TIGA TEPUNG ATAS API SEDERHANA DAN SIMPAN SATU MLM
2. CAMPURKAN GULA BERSAMA SANTAN DAN MASAK ATAS API KECIL. SEJUKKAN.
3. SETELAH ITU CAMPURKAN SANTAN BERSAMA TEPUNG-TEPUNG TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT. JANGAN BIARKAN ADUNAN TERLALU LEMBUT.
4. CANAI DAN TERAP DENGAN ACUAN KESUKAAN ANDA, KEMUDIA BAKAR HINGGA KEKUNINGAN.

"SELAMAT MENCUBA!" wink.gif
Khayty
QUOTE(amie2005 @ Sep 14 2005, 04:03 PM)
dry.gif hmmm... tak de ke sesaper yg sudi share resepi kat sini...

tak rajin nak taip.... laugh.gif
kalau nak....datang rumah bawak buku...
eh...kor bawak laptop lagik senang...taip terus save.... biggrin.gif
amie2005
QUOTE(einamie @ Oct 5 2005, 08:45 PM)
BANGKIT SAGU RAPUH

BAHAN:
1KG TEPUNG UBI
1/2 TIN TEPUNG JAGUNG(berapa gram?)
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 1/2 CAWAN GULA HALUS
2 BIJI KUNING TELUR
2 BIJI KELAPA- AMBIL TIGA CAWAN SANTAN PEKAT
2 SUDU TEH SERBUK PENAIK

CARA:
1. SANGAI KETIGA-TIGA TEPUNG ATAS API SEDERHANA DAN SIMPAN SATU MLM
2. CAMPURKAN GULA BERSAMA SANTAN DAN MASAK ATAS API KECIL. SEJUKKAN.
3. SETELAH ITU CAMPURKAN SANTAN BERSAMA TEPUNG-TEPUNG TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT. JANGAN BIARKAN ADUNAN TERLALU LEMBUT.
4. CANAI DAN TERAP DENGAN ACUAN KESUKAAN ANDA, KEMUDIA BAKAR HINGGA KEKUNINGAN.

"SELAMAT MENCUBA!" wink.gif

hai einamie,
wah thanx sbb sudi share lg satu resepi biskut. bertambah lg satu biskut dlm list yg bakal dijadikan juadah hari raya nanti...
kalau ader sesaper lg yg ada resepi yg boleh dikongsi, sudi-sudikanlah tempek kat sini. tp, please make sure yg resepi tu dah tested & hasilnya menjadi... cool.gif kalau tak nanti kesian kat yg mencuba nanti, sbb ada sesetengah resepi even dr buku resepi pun tak mendapatkan hasil seperti yg digambarkan...

"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa"
einamie
amie,

einamie nak tanya, kat mana einamie boleh beli inti jem nenas? einamie dah carik kat pasaraya ngan kedai kek tapi takdelah.....
bagi einamie satu kedai yg dekat area kl leh tak? blum.gif ...
J o e
J o e
amie2005
QUOTE(einamie @ Oct 13 2005, 10:57 PM)
amie,

einamie nak tanya, kat mana einamie boleh beli inti jem nenas? einamie dah carik kat pasaraya ngan kedai kek tapi takdelah.....
bagi einamie satu kedai yg dekat area kl leh tak? tongue.gif ... 

einamie,
sorry la sbb lambat baru blh jawab. dah try post banyak kali dr last week. tp, tak leh. hmmm <_< tak tau naper. ok, jem tu sepatutnya kat pasaraya ada dijual, bukan yg dlm botol tu tau, yg tu utk makan ngan roti... tak pun cuba cari kat kedai yg jual brg utk wat kuih & kek. kat area chow kit, kat lrg hj taib 2(kalau x silap). nama kedai tu bake with yen. tak pun sederet ngan mydin jln TAR pun ada gak... cuba la cari kat situ.
Khayty
London Almond

Bahan-bahannya(anggaran 130 pcs satu adunan)

250gm mentega
1/2 cawan gula caster
1 tsp esen vanilla
2 biji telur `A`(buang 1 putih telur)
1/2 cawan badan serbuk
1/2 cawan cornflake --di mesin halus dahulu
350 gm tepung gandum

lain-lain bahan

secukup badam biji--1 Kg boleh dapat dalam anggaran 700 biji kacang.Hendaklah dibakar dahulu(berasingan)sebelum disalut dengan doh.

cooking coklat--jika hendak coklat yang di salut cantik berkilat ,apabila mencairkan cooking coklat(double boil)masukkan kedalam coklat itu anggaran sebesar 1 kiub gula subtitude cocoa butter(jika guna cocoa butter tidak perlu guna butter atau lain-lain bahan untuk mengilatkan coklat itu)

paper cup

badam cincang--untuk hiasan

Cara-caranya.
mentega dan gula di pukul hingga sebati(jangan terlampau kembang seperti buat kek)

masukkan esen vanilla dan telur.

masukkan badam serbuk,cornflake mesin dan tepung gandum.

ambil sedikit tepung,letakkan badam biji dan bulat-bulatkan.

bakar selama 40 minit dengan suhu 180C

apabila telah sejuk,masukkan dalam cooking coklat yang telah dicairkan,masuk dalam paper cup dan hias dengan badam cincang.

Resepi ini saya dapat sewaktu pergi kelas untuk membuat biskut.
saya sudah cuba dan beberapa tahun dahulu pernah menjual.

InsyaAllah menjadi.Buat biskut kena sabar dan berlemah lembut(bukan macam buat roti).

Jika ada sebarang kemusykilan dalam pembuatan biskut saya sedia membantu.Saya akan cuba bantu setakat yang tahu melalui pembelajaran dan pengalaman
Khayty
Tart Gulung(anggaran 1 adunan mega_shok.gif pcs)

Bahan-bahannya

250gm mentega
40 gm gula icing
40 gm tepung jagung
1 tsp esen vanilla
300 gm tepung gandum
1 biji telur `A`
pewarna kuning telur

Hiasan
kuning telur

Cara-caranya
pukul mentega dan gula hingga sebati.

masukkan telur,pewarna kuning telur,esen vanilla,tepung jagung dan tepung gandum.

uli sebati,ambil sedikit adunan,masukkan ke dalam acuan dan pamkan,anggaran 1 1/2 inci panjang,masukkan inti dan gulung.

hias kuning telur dan bakar dalam suhu 180C selama 30 minit.

*setelah doh diuli masukan dalam mangkuk plastik dan tutup dengan plastik supaya doh tidak kering,keras,pecah..

Resepi ini juga saya sudah cuba .

Jika hendak biskut yang kita buat sendiri tahan lama dalam anggaran 1 tahun atau mahu ia lembut(seperti roll tart) atau mahu ia garing,rangup(seperti london almond) atau apa sahaja biskut supaya ia ringan,hendaklah tepung gandum disangai dahulu dalam kuali atau dijemur ditempat panas atau masukkan dalam oven suhu 150C selama 10 minit dan apabila sejuk hendaklah di ayak dahulu.


Jem Nenas

2 mangkuk nenas parut
1 mangkuk gula pasir
1 helai pandan
1 batang kulit kayu manis

1/4 cawan sunquick oren(sebagai bahan untuk mengawet kan jem yang kita buat)
Khayty
QUOTE(amie2005 @ Oct 21 2005, 01:38 PM)
QUOTE(einamie @ Oct 13 2005, 10:57 PM)
amie,

einamie nak tanya, kat mana einamie boleh beli inti jem nenas? einamie dah carik kat pasaraya ngan kedai kek tapi takdelah.....
bagi einamie satu kedai yg dekat area kl leh tak? blum.gif ... 

einamie,
sorry la sbb lambat baru blh jawab. dah try post banyak kali dr last week. tp, tak leh. hmmm dry.gif tak tau naper. ok, jem tu sepatutnya kat pasaraya ada dijual, bukan yg dlm botol tu tau, yg tu utk makan ngan roti... tak pun cuba cari kat kedai yg jual brg utk wat kuih & kek. kat area chow kit, kat lrg hj taib 2(kalau x silap). nama kedai tu bake with yen. tak pun sederet ngan mydin jln TAR pun ada gak... cuba la cari kat situ.

....kalau tak larat nak buat atau rasa susah,beli jer yg dah siap.Di kedai menjual bahan-bahan untuk buat kek dan biskut ada jual jem nenas untuk buat tart nenas dalam tin 2Kg,dua tahun lepas harganya lebih kurang dalam RM27.Bila tak habis boleh simpan dalam peti ais
Khayty
Nescafe Delight Cookies(anggaran 60 pcs)

125gm mentega
70gm brown sugar
1tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
1/4tsp baking powder
1 tsp Nescafe
70gm tepung jagung
20gm tepung beras
50gm kismis hitam--di potong@gunting kecil
atau(boleh digantikan dengan coklat rice 50gm)
140gm tepung gandum

Hiasan
kuning telur
badam cincang atau hirisan badam

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula hingga kembang(sebati sahaja,jangan terlampau kembang seprti buat kek).
Masukkan telur,esen vanilla,dan akhir sekali bahan-bahan kering yang lain.
Canai dan terap acuan.
Hias dengan kuning telur dan tabur badam cincang atau letak sehiris badam.
Bakar dengan suhu 180C selama 35 minit.

Ini salah satu biskut kegemaran saya sebab rupanya seakan-akan biskut coklat tetapi ada aroma Nescafe.
amie2005


hai khaytykhir,
thanx sbb sudi tepek resepi kat sini.. wink.gif
Khayty
Crispy Sesame(anggaran 55 pcs)

125gm mentega
80gm gula caster
1tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
100gm tepung ubi
30gm serbuk badam
30gm bijan(dibakar dahulu dalam oven atau disangai dalam kuali,iaitu digoreng tanpa minyak,supaya biskut rangup)
90gm tepung gandum(anggaran)

Hiasan
kuning telur
Bijan

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan telur.
Masukan bahan-bahan kering yang lain.
Setiap kali membuat adunan biskut,tepung gandum hendaklah dimasukkan akhir sekali,masukan sedikit demi sedikit.
Canai dan terap dengan acuan.
Hias dengan kuning telur dan tabur dengan bijan .
Bakar dengan suhu 180C selama 35 minit.

Saya suka biskut ini sebab rasanya lemak(campuran serbuk badam dan bijan)dan ia juga rasa rangup kerana bijan tersebut telah dibakar@sangai terlebih dahulu
Khayty
QUOTE(amie2005 @ Oct 21 2005, 02:55 PM)


hai khaytykhir,
thanx sbb sudi tepek resepi kat sini.. wink.gif

Resepi-resepi ini saya pelajari di beberapa kelas kursus masakan(sebab dulu tak reti masak laugh.gif ),saya sudah cuba dan pernah juga menjual,cuma tahun ni tak buat jual,buat untuk sendiri jer.
Selamat mencuba... wink.gif
Khayty
Chocolate Melody(anggaran 50 pcs)


Bahan-bahan

120gm mentega
70gm gula icing atau gula caster
1tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
1 tbsp susu tepung
20gm serbuk badam
30gm cornflake --di mesin halus dahulu
160gm tepung gandum

Hiasan
kuning telur
cooking chocolate
manik hundred thousand

Cara-caranya
mentega dan gula pukul hingga sebati.
masukan esen vanilla dan telur.
masukkan bahan-bahan kering seperti susu tepung,serbuk badam,cornflake,tepung gandum akhir sekali,dimasukkan sedikit demi sedikit.
Canai dan terap,jika ikut resepi ini guna acuan terap berbentuk hati(jika tiada, sebarang bentuk pun boleh).
Hias dengan kuning telur.
Bakar dengan suhu 180C selama 35minit.
Setelah sejuk,separuh bahagian biskut itu di celup kedalam cooking coklat yang telah dicairkan dan tabur @hias dengan manik hundred thousand(manik gula warna-warni).


Cadangan lain--selain guna acuan berbentuk hati,cantik juga guna acuan berbentuk aiskrim.Kanak-kanak amat suka dengan biskut ini kerana ia ada coklat,berwarna-warni dengan manik gula hundred thousand dan isi kandungan dalam biskut tersebut yang mengandungi cornflake ,serbuk badam dan susu tepung
Khayty
Twin Heart Cookies

Bahan-bahan
150gm mentega
75gm gula caster
1/2tsp strawberry emulco@paste(boleh juga sebarang perasa lain)
1 biji kuning telur
50gm tepung jagung
50gm cocoa crunh--dimesin dahulu
160gm tepung gandum
75gm coklat chip

Hiasan
kuning telur
coklat rice
hirisan badam

Cara-caranya
pukul mentega dan gula hingga sebati.
masukkan strawberry emulco dan telur.
masukkan tepung jagung,cocoa crunch,tepung gandum.
akhir sekali baru masukkan coklat chip.
setelah siap,dicanai dan terap dengan acuan berbentuk dua hati(atau sebarang bentuk di sukai)
hias kuning telur,tabur coklat rice,dan letakkan satu hirisan badam di tengah-tengah biskut,bila siap rupanya seolah-olah seperti rama-rama jika guna acuan berbentuk dua hati.
Boleh sahaja guna sebarang acuan biskut yang lain.
Bakar dengan suhu 180C selama 35minit

Akhir kata dari saya...selamat mencuba.
amie2005
Tempeyek
Bahan – bahan

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya
1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .
amie2005
Kuih Tiram

-gambar dipinjam-

Bahan2
Kulit Popia
1 biji telur - dipukul
Gula aising
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara2
Kulit popia digulung sampai habis, kemudian sapukan dgn telur supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis.
Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit.
Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.
Mudahkan...boleh dimakan bila2 masa tak payah nak tunggu raya
amie2005
KUIH TUMPI
Bahan-Bahan:
5 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
1 sudu makan udang kering - dimesin halus
1 biji bawang putih - dimesin halus
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Kacang tanah/kacang hijau - mengikut anggaran
Minyak masak secukupnya


Cara
1. Satukan tepung beras, udang kering, bawang putih, jintan putih dan jintan manis.
2. Kemudian masukkan garam di dalam mangkuk santan.
3. Bancuhkan tepung tadi dengan santan, perlu diingat hendaklah jangan terlalu cair tetapi sederhana.
4. Terlebih dahulu panaskan minyak di dalam kuali bersama-sama acuannya.
5. Setelah panas, ambil acuan itu lalu dituang ke atasnya dua sudu makan tepung adunan dan kembangkan adunan mengikut anggaran yang dikehendaki.
6. Kemudian taburkan kacang tanah/kacang hijau ke atasnya, lalu masukkan ke dalam minyak panas.
7. Buatlah seterusnya hingga habis adunan tadi.
8. Setelah masak, bolehlah diangkat.
Khayty
amie2005--- bestnya resepi tu......boleh cuba nie.... biggrin.gif
einamie
QUOTE(khaytykhir @ Oct 21 2005, 02:51 PM)
QUOTE(amie2005 @ Oct 21 2005, 01:38 PM)
QUOTE(einamie @ Oct 13 2005, 10:57 PM)
amie,

einamie nak tanya, kat mana einamie boleh beli inti jem nenas? einamie dah carik kat pasaraya ngan kedai kek tapi takdelah.....
bagi einamie satu kedai yg dekat area kl leh tak? blum.gif ... 

einamie,
sorry la sbb lambat baru blh jawab. dah try post banyak kali dr last week. tp, tak leh. hmmm dry.gif tak tau naper. ok, jem tu sepatutnya kat pasaraya ada dijual, bukan yg dlm botol tu tau, yg tu utk makan ngan roti... tak pun cuba cari kat kedai yg jual brg utk wat kuih & kek. kat area chow kit, kat lrg hj taib 2(kalau x silap). nama kedai tu bake with yen. tak pun sederet ngan mydin jln TAR pun ada gak... cuba la cari kat situ.

....kalau tak larat nak buat atau rasa susah,beli jer yg dah siap.Di kedai menjual bahan-bahan untuk buat kek dan biskut ada jual jem nenas untuk buat tart nenas dalam tin 2Kg,dua tahun lepas harganya lebih kurang dalam RM27.Bila tak habis boleh simpan dalam peti ais

kak khay,

terima kasih sudi reply...sorry kalau einamie lmbt reply balik...server nih ntah aper2 ntah..lembab sgt so einamie baru dpt online balik.... einamie dh jumpa jenama nona rm 6.50 yg sama satu bekas cam kita bli isi tauhu kt pasar mlm...tapi einamie rasa tk berbaloi lah..mahal...

so, einamie rasa sempat lah kot nk masak sendiri inti tart tuh...nekad jelah...tq again...
Khayty
kelmarin saya beli Jem Nenas kat BWY bukan 2kg seperti yg saya catatkan itu,berat sebenar 3.8Kg harganya RM26.50(kalau tak silap).Rupa dan rasanya mirip kepada jem buatan sendiri.
Ada satu jenis lagi,tapi cuma di packing sendiri oleh BWY dalam paket plastic sahaja,kalau tk silap 1Kg RM7.50.
Ada barang/bahan yg saya lebih suka beli reday made macam jem itu sebab dari A-Z semua proses pembuatan saya buat seorang.
einamie
QUOTE(khaytykhir @ Oct 23 2005, 07:05 PM)
kelmarin saya beli Jem Nenas kat BWY bukan 2kg seperti yg saya catatkan itu,berat sebenar 3.8Kg harganya RM26.50(kalau tak silap).Rupa dan rasanya mirip kepada jem buatan sendiri.
Ada satu jenis lagi,tapi cuma di packing sendiri oleh BWY dalam paket plastic sahaja,kalau tk silap 1Kg RM7.50.
Ada barang/bahan yg saya lebih suka beli reday made macam jem itu sebab dari A-Z semua proses pembuatan saya buat seorang.

kak khay,

kat BWY tuh mana? kalau betul jem tuh sedap sama rasa macam kita buat sendiri einamie pun nak bli gak....masih sempat nih nk buat lagi kuih....akak dh banyak buat kuih? oh ya einamie nk tanya kat akak, kalau kita buat samperit, kalau masa bakar dia naik kembang tuh sebab aper? lebih telur ker atau kita press doh tu kuat2 sampai tertebal sket?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.