Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Celebrity Pilihan Diraja Dan Kenamaan
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
Celebrity pilihan diraja dan kenamaan

KATA pujangga, cinta tidak kenal siapa. Kalau hati sudah suka, siapa juga bisa bersama. Kerana cinta itu buta, siapa enggang dan siapa pipit bukan lagi menjadi soal utama.

1) Pernikahan antara bekas personaliti berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, baru-baru ini membuktikan segala-galanya.

Kedua-duanya selamat diijabkabulkan Sabtu lalu dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur. Biarpun majlis akad nikah yang berlangsung hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan kenalan terdekat kedua-dua pihak, kemeriahannya tetap terasa dan disambut dengan kegembiraan rakyat di kedua-dua negara.

Nyata, bila cinta sudah bertandang, jurang umur kira-kira 32 tahun, bukan penghalang kepada kedua-duanya membina mahligai bahagia.

2) Sebelum ini, penyanyi Mazuin Hamzah pernah menjadi pilihan Pengiran Muda Sufri Bolkiah, adinda kepada Sultan Hassanal Bolkiah sendiri.

Kisah cinta Mazuin yang menjadi pujaan ramai di era mega_shok.gif-an dengan Pengiran Muda Sufri mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun, `istana' yang dibina musnah apabila kedua-duanya disahkan bercerai pada Disember 2003.

3) Sebenarnya kisah personaliti televisyen mengakhiri zaman bujang mereka melibatkan keluarga diraja bukanlah yang pertama kali berlaku.

Sebelum ini, Tunku Mimi Wahida Tunku Wahman juga telah melangsungkan perkahwinannya dengan anak raja.

Pun begitu, antara Tunku Mimi dan Azrinaz agak berbeza kerana Tunku Mimi memang mempunyai darah keturunan diraja sedangkan Azrinaz adalah rakyat biasa.

Tunku Mimi yang ketika itu berusia 26 tahun memilih putera raja, Tunku Nadzaruddin, 38, sebagai teman hidupnya.

Tunku Nadzaruddin adalah anakanda bongsu kepada Tuanku Ja'afar iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai diraja yang berlangsung pada tahun 1997 itu diadakan di salah sebuah hotel dan resort terkemuka di Petaling Jaya.

Seperti Azrinaz dan Tunku Mimi, seorang lagi bekas personaliti TV3, Habibah Yusof juga tidak terkecuali termasuk dalam senarai berjaya menambat hati kerabat diraja.

Malah beliau boleh dianggap sebagai `perintis' kepada personaliti-personaliti lain dalam menjalin hubungan dengan kerabat diraja.

Habibah melangsungkan perkahwinannya dengan adinda Sultan Pahang, Tengku Abdullah sewaktu zaman kegemilangannya.

Selain personaliti TV3, penyanyi dan pelakon di negara ini juga tidak terkecuali pernah mencuri hati keluarga diraja.

4) Sekadar menyebut beberapa nama, mereka ialah Allahyarham Datin Rafeah Buang (Tengku Asmawi Tengku Hussein)

5) Fauziah Latiff (Tengku Syed Budriz, cucunda Almarhum Sultan Selangor). Seperti diketahui umum, jodoh Fauziah atau Jee dengan Tengku Syed Budriz tidak lama, begitu juga beberapa celebrity lain.

6) Julia Rais (Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah).

7) Pelakon Noreen Noor (Tengku Kamaruzaman)

dirol.gif Azreen (Tengku Kamaruzaman)

9) Noraini Jane (Raja Ashman Shah, anakanda Sultan Perak)

10) Sharifah Paula Malai Ali (Tunku Azudin Shah Tunku Anuar, kerabat diraja Kedah).

11) Norjuma, 25, yang digosipkan dengan adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazim Tun Razak, 43, selamat diijabkabulkan pada majlis yang meriah dan penuh kesyukuran di Masjid Bayan Baru, Pulau Pinang, April lalu.

Bekas pengacara Nona TV3 itu kini dikatakan bahagia di samping Mohamed Nazim, pemilik sebuah firma arkitek.

12) Terbaru, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid, 64, juga mengakhiri zaman dudanya dengan mengahwini Normala.

Normala, 41, yang merupakan personaliti popular TV3 - pernah menjadi penyampai berita serta pengacara program Nona, sering menjadi mangsa gosip, termasuk dengan beberapa orang istana, telah menerima lamaran untuk sehidup semati dengan menteri kacak dari utara itu.

Mungkin kisah cinta dan perkahwinan antara orang kebanyakan dengan keluarga diraja kini bukan lagi merupakan sebahagian daripada cerita dongeng yang hanya layak menjadi igauan dunia kanak-kanak.

Biarpun ia bukan lagi halangan, namun tidak semua orang mendapat kelebihan ini.

Berbeza dengan hubungan membabitkan keluarga diraja, percintaan personaliti televisyen dengan orang kenamaan ada kalanya lebih mudah dikesan. Mungkin protokol tidak menghalang mereka untuk berahsia.

Justeru, ikatan kasih sayang yang tersimpul antara mereka jika wujud, bukan lagi dianggap sesuatu yang mengejutkan.

Namun di sebalik semua ini, hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengerti hakikat percintaan mereka. Benarlah kata pujangga, cinta hadir tanpa diduga dan ia tak pernah mengenal sesiapa.
masMerah
kata juragan:::

(utk anak pompuan)
Buai tinggi2
sampai tg Malim
bila besar nanti
nak kawen org alim

(utk ank lelaki)

Buai tinggi2
sampai ujung sana
sudah besar nanti
nak kawen pengacara nona
*rinaz*
QUOTE(masMerah @ Aug 28 2005, 03:49 PM)
kata juragan:::

(utk anak pompuan)
Buai tinggi2
sampai tg Malim
bila besar nanti
nak kawen org alim

(utk ank lelaki)

Buai tinggi2
sampai ujung sana
sudah besar nanti
nak kawen pengacara nona

pandai nyerrrr....
Didiharaiss
aLA...biasala ... dah selalu keluar dalam paper, tv....pi function sana sini..tentula kerabat ngan kenamaan
berkesempatan berkenal2...kalau org2 biasa jarangla ada chan gitu.. ph34r.gif
masMerah
QUOTE(Didiharaiss @ Aug 28 2005, 04:02 PM)
aLA...biasala ... dah selalu keluar dalam paper, tv....pi function sana sini..tentula kerabat ngan kenamaan
berkesempatan berkenal2...kalau org2 biasa jarangla ada chan gitu.. ph34r.gif

kak dd nak balik tong san ka...?
LuvleeShalom
QUOTE(Didiharaiss @ Aug 28 2005, 04:02 PM)
aLA...biasala ... dah selalu keluar dalam paper, tv....pi function sana sini..tentula kerabat ngan kenamaan
berkesempatan berkenal2...kalau org2 biasa jarangla ada chan gitu.. ph34r.gif

betul tu...
rasanya lepas ni lebih ramai wanita memohon jd pengacara kat tv khasnya tv3
sbb peluang nak brkenal2 ngan VIP trbuka luas
cerah masa depan wink.gif
alicia
QUOTE(LuvleeShalom @ Aug 28 2005, 04:20 PM)

agak2 lepas ni sapa punyer turn kena sambar?? fifi (bersamamu tv3) kot?

Merah...memang Kak DD dok tongsan...hehe..

Luvlee....diaorg memang berpeluang rub shoulders ngan VIP/VVIPs...so tak terkejut pon la...sapa dioarg nak cekau..
masMerah
bagi senarai VVIP dan kaum kerabat yg masih single

ataupun teringin nak berdouble....

cool.gif kita boleh adjust
Ewan_sn
QUOTE(alicia @ Aug 28 2005, 06:08 PM)
QUOTE(LuvleeShalom @ Aug 28 2005, 04:20 PM)
QUOTE(Didiharaiss @ Aug 28 2005, 04:02 PM)
aLA...biasala ... dah selalu keluar dalam paper, tv....pi function sana sini..tentula kerabat ngan kenamaan
berkesempatan berkenal2...kalau org2 biasa jarangla ada chan gitu.. ph34r.gif

betul tu...
rasanya lepas ni lebih ramai wanita memohon jd pengacara kat tv khasnya tv3
sbb peluang nak brkenal2 ngan VIP trbuka luas
cerah masa depan wink.gif

agak2 lepas ni sapa punyer turn kena sambar?? fifi (bersamamu tv3) kot?

aahlah..cute gak budak tu..tak cute mana VIP nak kan..kan..kan.. wink.gif
Ewan_sn
QUOTE(masMerah @ Aug 28 2005, 11:16 PM)
bagi senarai VVIP dan kaum kerabat yg masih single

ataupun teringin nak berdouble....

cool.gif kita boleh adjust

sultan selangor single lagi kan? unsure.gif
masMerah
d Perak...?
Ewan_sn
QUOTE(masMerah @ Aug 28 2005, 11:47 PM)
d Perak...?

apa ni..ta paham arr..unsure.gif
MaS_BoNgSu
QUOTE(edirossa @ Aug 28 2005, 12:13 PM)
5) Fauziah Latiff (Tengku Syed Budriz, cucunda Almarhum Sultan Selangor). Seperti diketahui umum, jodoh Fauziah atau Jee dengan Tengku Syed Budriz tidak lama, begitu juga beberapa celebrity lain.

sultan S'gor ke raja Perlis edi.... rolleyes.gif
Ewan_sn
QUOTE(MaS_BoNgSu @ Aug 29 2005, 08:21 AM)

Selangor lah...
Didiharaiss
QUOTE(edirossa @ Aug 29 2005, 08:24 AM)

almarhum sultan selangor dan almarhum raja perlis adalah berbisan...so masing2 share cucu le... ph34r.gif
MaS_BoNgSu
QUOTE(Didiharaiss @ Aug 29 2005, 08:25 AM)
QUOTE(edirossa @ Aug 29 2005, 08:24 AM)
QUOTE(MaS_BoNgSu @ Aug 29 2005, 08:21 AM)
QUOTE(edirossa @ Aug 28 2005, 12:13 PM)
5)  Fauziah Latiff (Tengku Syed Budriz, cucunda Almarhum Sultan Selangor). Seperti diketahui umum, jodoh Fauziah atau Jee dengan Tengku Syed Budriz tidak lama, begitu juga beberapa celebrity lain.

sultan S'gor ke raja Perlis edi.... rolleyes.gif

Selangor lah...

almarhum sultan selangor dan almarhum raja perlis adalah berbisan...so masing2 share cucu le... ph34r.gif

oooooooooooo.........
NEM7377
Lepas nie sure sume berebut2 nak masuk pertandingan:
- Pengacara Jemputan Nona.
- Olay Total White Aspirasiku.
- Malaysian Top Host.
Sebab pemenang pertandingan nie sume akan dapat contract
koje ngan TV3. Dan pasti nyer masa depan yg cemerlang,
gemilang dan terbilang!!! biggrin.gif
bezzinta7877
hehehehe .. huiiii makin ramay ler nak masuk hihihi
Ewan_sn
QUOTE(NEM7377 @ Aug 29 2005, 11:26 AM)
Lepas nie sure sume berebut2 nak masuk pertandingan:
- Pengacara Jemputan Nona.
- Olay Total White Aspirasiku.
- Malaysian Top Host.
Sebab pemenang pertandingan nie sume akan dapat contract
koje ngan TV3. Dan pasti nyer masa depan yg cemerlang,
gemilang dan terbilang!!! biggrin.gif

haah..cemerlang, gemilang dan terbilang!!! wink.gif
sesedaprase
QUOTE(edirossa @ Aug 29 2005, 12:49 PM)
QUOTE(NEM7377 @ Aug 29 2005, 11:26 AM)
Lepas nie sure sume berebut2 nak masuk pertandingan:
- Pengacara Jemputan Nona.
- Olay Total White Aspirasiku.
- Malaysian Top Host.
Sebab pemenang pertandingan nie sume akan dapat contract
koje ngan TV3. Dan pasti nyer masa depan yg cemerlang,
gemilang dan terbilang!!!  biggrin.gif

haah..cemerlang, gemilang dan terbilang!!! wink.gif

biggrin.gif
mama_lili
QUOTE(NEM7377 @ Aug 29 2005, 11:26 AM)
Lepas nie sure sume berebut2 nak masuk pertandingan:
- Pengacara Jemputan Nona.
- Olay Total White Aspirasiku.
- Malaysian Top Host.
Sebab pemenang pertandingan nie sume akan dapat contract
koje ngan TV3. Dan pasti nyer masa depan yg cemerlang,
gemilang dan terbilang!!! biggrin.gif

ok le tu..
buzen5
perasan tak sekarang ni pembaca berita kat tv1 n tv2 dah semakin vogue.......dah seksi meksi.........ni dah tentu nak kasi naik saham ni.......
alicia
QUOTE(buzen5 @ Aug 30 2005, 08:50 PM)
perasan tak sekarang ni pembaca berita kat tv1 n tv2 dah semakin vogue.......dah seksi meksi.........ni dah tentu nak kasi naik saham ni.......

cool.gif tapi TV 1 punyer pmbaca berita nmpak mcm dah mak orang...
Ewan_sn
QUOTE(alicia @ Aug 30 2005, 09:56 PM)
QUOTE(buzen5 @ Aug 30 2005, 08:50 PM)
perasan tak sekarang ni pembaca berita kat tv1 n tv2 dah semakin vogue.......dah seksi meksi.........ni dah tentu nak kasi naik saham ni.......

cool.gif tapi TV 1 punyer pmbaca berita nmpak mcm dah mak orang...

muka tu gak lah yg edie tgk masa kecik2 dulu.. laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.