Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Petua Mencantikkan Kulit Muka
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
si_comel
Assalamualaikum...

di sini comel ingin berkongsi petua-petua nie

Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan

Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
licin

Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan

Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang

Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
kulit muka akan cerah dan berseri.

Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.

.insyallah.penggunaan tomato dan susu akan membantu utk mendapatkan kulit mukayg gebu dan licin.... sama-samala kita mencubanya
Honey^Dew
QUOTE(si_comel @ Aug 24 2005, 07:26 AM)
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.

yg ni mmg best sbb honey penah buat, gebu sgt2 muka smpai org cubit x lepas2 biggrin.gif tongue.gif
si_comel
QUOTE(Honey^Dew @ Aug 24 2005, 08:58 AM)
QUOTE(si_comel @ Aug 24 2005, 07:26 AM)
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.

yg ni mmg best sbb honey penah buat, gebu sgt2 muka smpai org cubit x lepas2 biggrin.gif blum.gif

wink.gif
malia
QUOTE
Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang

tak faham ler...cam mana tu? kulit pisang apa? nak kena tumbuk ke atau hancurkan dulu ke? ish tolong ler terangkan...
Pu3Feesya
yg petua guna susu tuhh....kalo guna susu tepung ok tak?
Honey^Dew
QUOTE(Pu3Feesya @ Aug 24 2005, 01:17 PM)
yg petua guna susu tuhh....kalo guna susu tepung ok tak?

blh pu3, honey pun guna susu tepung je pun dh cukup berbaloi wink.gif
Didiharaiss
byk benar petua nih....

rolleyes.gif
si_comel
wink.gif
Hana_Amirra
QUOTE
Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
licin

ini betul nie..
biasanye..hana beli serbuk tuk masak tu..simpan..kalo ader jerawat.. ambik serbuk tu sket..campur dgn air..pastu ..sapu..
buat ler 2-3 mlm ajer..nnt jerawat tu surut la..
takyah pakai clear n clear..ekekekeke tongue.gif

ade lagi satu...yogurt campur dgn susu..pastu sapu kat muka.. buat mask..

ade lagi satu..tuk tegangkan kulit muka..sapu dgn putih telur..

sekian.. wink.gif
si_comel
QUOTE(Hana_Amirra @ Aug 24 2005, 04:55 PM)

aha.tp bile sapu serbuk tuk kat jerawatt..wahhh pedihhh
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.