Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Koleksi Berbagai Petua..
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Koleksi Berbagai Petua Kehidupan
Pages: 1, 2, 3, 4
AndEyeAs
untuk hilangkan jeragat
kisar sebiji timun hingga hancur dan gaul dengan sedikit tepung jagung, sapukan pada muka, tunggun sehingga 15minit sebelum basuh muka. lakukan pada waktu malam. InsyaAllah.
AndEyeAs
Tips:
campur kapur makan & jus limau nipis, sapu ke kulit & lakukan sit up 20 minit tiap hari boleh menghilangkan lemak di perut.
Naik turun tangga 10 minti setiap hari juga elok.
wya*
Abang edi tau tak cemana nak bagi bibir merah?
AndEyeAs
QUOTE(wya* @ Apr 20 2006, 04:47 AM)
Abang edi tau tak cemana nak bagi bibir merah?

...saya tlg jawabkan
Merahkan bibir...Siri (69)

tumbuk halia lebih kurang 1 incia.Sapukan air halia yang ditumbuk tadi ke bibir anda. Insya allah jika di amalkan selalu bibir anda akan kelihatan merah menawan
ellyanaa
baguslah.. segala2nya ada di sini.. tak yah nak cemolot utk merahkan bibir
Ida_KL
cubelah dulu petua aku nie laugh.gif cemolot pun bagus gak utk kesihatan laugh.gif
ellyanaa
QUOTE(Ida_KL @ Apr 20 2006, 03:26 PM)
cubelah dulu petua aku nie laugh.gif cemolot pun bagus gak utk kesihatan laugh.gif

kita cemolot berdualah, nak??? wub.gif
azrainna06
QUOTE(edirossa @ Sep 20 2005, 09:44 PM)
Hilangkan Minyak Pada Pakaian...Siri (61)

CARA NYA MUDAH SAJA.....SEBELUM BASUH LETAK BETAK DEBU...TAK KIRALAH JENAMA APA PUN..

ini nak hilangkan kesan minyak. ada tak petua nak hilangkan kesan cat kat baju? sayang la baju tu, ada pulak dua tiga titik cat melekat kat bahagian depan baju.
nzik_4everfriends
blum.gif

CT xlar bau hanyir coz kening dia tak sempat nak tumbuh panjang dah kene tarah.....hahahhhaaampehhh
Lieza
mcmana nk hilangkan parut kudis sehinggakan kudis itu menjadi parut hitam...
Ewan_sn
Petua Untuk Mengelak Dari Ditindih Makhluk Ghaib

Tetiba jek badan takleh gerak..baca ayat kursi pun tak leh gerak gak...mata je boleh terkebil2...suara tak berbunyi..nak minta tolong kat org kat sebelah pun tak berdaya..suara macam dah menjerit tapi sebenarnye tak kuar langsung...

tapi ini ada satu petua jika kena tindih...setakat ni mujarab...

caranya, bila badan kita tak boleh bergerak, hanya ada satu bahagian yg boleh digerak2kan sedikit iaitu samda jari2 tangan atau ibu jari kaki...

seboleh2nya, gerakkan jari2 tangan atau ibu jari kaki sekuat yg mampu...guna seluruh tenaga anda utk gerakkan jari dan lama kelamaan semua badan anda boleh digerakkan...rasa kejang akan hilang..

selepas tu jika nak tido lagi, segeralah beralih tempat tido atau cara pembaringan...
Ewan_sn

Licinkan Muka

Perah limau nipis utk dapatkan airnya. Campurkan dengan putih telur. Kacau campuran tadi rata-rata, kemudian sapukan pada seluruh muka. Anda juga boleh menggunakan lobak merah. Parut lobak merah dan sapukan pada kulit muka. Cara begini akan dapat menghasilkan kulit muka yang sentiasa kemerah-merahan dan tidak pucat atau lecu.
Ewan_sn
Hilangkan Bintik Hitam

Ambil putih telur dan pukul sebati. Kemudian ambil kapas muka dan belah supaya nipis. Sapukan putih telur tadi kemuka dan tampalkan kapas muka tersebt sehingga betul-betul melekat. Buat seperti masker. Tampal lebih tebal dibahagian muka kerana di situ biasanya terdapat bintik hitam yang banyak. Biarkan kering dan bolehlah ditanggalkan secara perlahan-lahan. Anda akan dapati bintik-bintik hitam akan melekat di masker tadi. Selamat mencuba.
Ewan_sn
Jika Telinga Dimasuki Semut

Masalah ini bukan sahaja mengganggu keselesaan malah kadangkala menyakitkan. Jika anda mengalaminya, ambil secolek kapur sirih. Sapukan dibelakang telinga yang dimasuki semut tadi. Biarkan sehingga terasa semut itu keluar.
Ewan_sn
Another tips for clear and fairer complexion :

1. Take four almonds with a teaspoon and a half of gram flour, a teaspoon of milk and four drops of lemon juice. Mix it and apply it on your face. Leave it on for the bleach to take effect.

2. Take lemon juice, mixed with gram flour, milk cream and honey for dry skin.

3. Replace milk cream and honey with sandalwood powder and curd for oily to normal skin. Apply it on your face to ensure a clear complexion.

4. Add milk, rose water, carrot juice and cucumber juice to the above to remove freckles. Leave on for 15 minutes and rinse off.
art
QUOTE(Edirossa @ Apr 16 2007, 05:29 AM) *
Another tips for clear and fairer complexion :

1. Take four almonds with a teaspoon and a half of gram flour, a teaspoon of milk and four drops of lemon juice. Mix it and apply it on your face. Leave it on for the bleach to take effect.

2. Take lemon juice, mixed with gram flour, milk cream and honey for dry skin.

3. Replace milk cream and honey with sandalwood powder and curd for oily to normal skin. Apply it on your face to ensure a clear complexion.

4. Add milk, rose water, carrot juice and cucumber juice to the above to remove freckles. Leave on for 15 minutes and rinse off.

PETUA UNTUK HILANGKAN NANTUK

BANYAK ORANG LETIH KEJE SEHARIAN DAN LETIH . SO UNTUK HILANGKAN NGANTUK CUBA PETUA INI. ambil bantal kat umah dan tido. pasti anda rasa lega bila bangun.
p/s...... salin baju dulu
BlOssOM
HILANGKAN KESAN MINYAK

Cara mudah untuk mengatasinya ialah sapukan sikit marjerin pd baju yg terkena tompokan minyak tu, biarkan seketika kemudian barulah dicuci spt biasa..
BlOssOM
PENAWAR SAKIT HAID

ketika haid, bhgian perut dan pinggang akan berasa x selesa. cara menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu lebah dan sedikit lada putih. gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. minum selama 3 x, insya-Allah sakit akan hilang. ibu yg baru bersalin juga blh minum selama 3 x utk mengembalikn tenaga yg hilang.
BlOssOM
KELEBIHAN KAPUR SIRIH

• sapukan sedikit kapur sirih yg dicampurkn minyak kelapa ke bhgian kerongkong & juga batang hidung. ia baik utk mengatasi batuk & selesema.
• sapukan kapur sirih ke atas bisul yg tumbuh. amalkan setiap ari, nescaya bisul cpt sembuh.
• campurkan sedikit kapur sirih dgn parutan ibu kunyit dan air, buatkan spt krim. bubuh di tempat yg terkena gigitan serangga dan biarkn kering. kesakitan akan reda dan bengkak akan hilang.
BlOssOM
KEBAIKAN TIDUR TANPA BANTAL

semua org tahu bahawa tidur tanpa bantal memang x selesa. x dpt tdo dgn lena. tetapi tdo cara itu ada faedahnya. jika kita tdo tanpa bantal, ianya dpt menghilangkn lemak di bwh lipatan dagu. selain itu dpt menghilangkan rasa penat dan darah dpt mengalir dgn lebih lancar dan baik.
BlOssOM
KAKI KEMATU

ambil beberapa helai daun betik, rendam dlm air suam. kemudian rimas daun betik berkenaan. rendamkan kedua kaki ke dlm bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. gosok kaki yg berkematu perlahan-lahan. lakukan selalu, insya-Allah kematu kaki akan berkurangan.
BlOssOM
LEGAKAN LELAH

ambil satu biji telur ayam kampung, ambil kuningnya shj, dicampurkn dgn dua sudu madu lebah yang asli. kemudian kacau sehingga sebati dan terus diminum, lakukan apabila waktu diserang lelah shj dan amat sesuai diambil pd waktu mlm sblm tdo. insya-Allah..
art
BADAN BUSUK

pi mandi dan sabun..dan pakai minyak wangi

PAKAIAN KEDUT

iron pakaian tu

LAPAR

pi makan

semoga petua2 sepanjang zaman ni manfaat utk semua
art
PETUA JIMATKAN AIR

senang je.. kalu sesapa yg tinggal kat rumah pangsa tu.. tiap2 hari pi ketuk pintu jiran ..cakap takde air and bawa 3 ..4 timba..ajak anak2 sekali.. tiap2 hari ketuk satu apartment mula dgn tingkat atas.. bayangkan sebulan safe gilaaa. itu sajer utk hari ini.

p/s........ JGN ketuk pintu rumah aku sudah
nurkasih0209
petua nak hilangkan bulu roma halus ada tak? bulu roma yang tumbuh kat atas bibir menyerupai misai.. kalo boleh nak hilangkan selamanya.. .. tq.. rolleyes.gif
stong_96
QUOTE(Edirossa @ Aug 20 2005, 12:54 AM) *
Demam Selsema...Siri (7)

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

sdra edirossa

aku dh hdpi mslh ni dr dulu lg....tak de kesan sampingan lain ke???
amer
tolong bagi petua melebatkan rambut clapping.gif
amer
tolong bagi petua hapuskan kelemomur yahoo.gif
ctmunirah
QUOTE(amer @ Nov 14 2007, 09:04 AM) *
tolong bagi petua hapuskan kelemomur yahoo.gif

using the right shampoo should do it...
ezzah
QUOTE(Edirossa @ Aug 22 2005, 02:49 PM) *
QUOTE(tru_davies82 @ Aug 22 2005, 02:38 PM)
ohmy.gif btol ke guna lemak ayam utk rambut gugur?? petua siti nurhaliza klu nak kening lebat pon guna lemak ayam gak....tak hanyir ke?? berulat plak kepala nanti rolleyes.gif

Kalau dah siti pun buat...ikut jer lahhh... blum.gif

petua kening lebat tuh cemane?
bley gtaw x? means..lemak ayam tuh cmne? goreng mcm ltk kt kpale tuh gk ke?
UmmiLia
Haid tak betul... camna nak buat, fenin la fenin....
4 bulan tak dtang, tapi tak pregnant. dah gie klinik scan xde mende...
anum03
petua nak dapat bonus lebih ada?
lieza82
MENGHINDARKAN MULUT BERBAU

ambil hampas kelapa yg sudah digorengtanpa menggunakan minyak. Makan hampas tersebut dan minum bersama air suam panas.Makanlah setiap pagi dan malam selama 3 ari berturut2
lieza82
MENGHILANGKAN TAHI LALAT HIDUP

sapukan getah daun bunga kemboja di seluruh TAHI LALAT tg tdk diingini.Tampalkn kapasdi atas permukaan tahi lalat yg disapu getah td.Lakukan sehingga tahi lalat itu menggelupas . sedikit demi sdkit , ia akan mnipis dn ilang...
lieza82
LEBATKAN RAMBUT

Ramas daun bunga raya dlm air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukn di kpala spt m'gunakn syampu. Bilas dgn air bersih . wat smiggu skali.
kalin
petua untk putihkan ketiak..
tiap kali pas mandi,sapu ubat gigi kt ketiak.
dpt lihat hasil dlm ms 2 minggu
kalin
QUOTE(nurkasih0209 @ Jul 28 2007, 10:02 AM) *
petua nak hilangkan bulu roma halus ada tak? bulu roma yang tumbuh kat atas bibir menyerupai misai.. kalo boleh nak hilangkan selamanya.. .. tq.. rolleyes.gif

perah limau nipis.jus dia tu cmpur ngn gula dh tu sapu ats bibir ug berbulu cm misai tu..wat sllu dh tu leh tgk kesan dia dlm smiggu dh nmpk bulu2 tu luruh cm time autumn pastu takkan naik lg..slmtlah mencuba
lompat_sikatak_lompat
Ada sapa2 tau mcm mana petua nak dpt anak pompuan hehehehe

P/S : Khas utk yg dah kawen rolleyes.gif
Lia_laila
QUOTE(Edirossa @ Aug 23 2005, 12:57 AM) *
Menghilangkan bau ketiak...Siri (41)

Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

petua bg sesiapa jer yang berbauh badan..tak kira la tang mana pun..paling sesuai gunakan tawas batu or serbuk..
MonFish Fanatic
QUOTE(lompat_sikatak_lompat @ Jun 16 2008, 02:46 PM) *
Ada sapa2 tau mcm mana petua nak dpt anak pompuan hehehehe

P/S : Khas utk yg dah kawen rolleyes.gif

Assalamualaikum,

Nakkan anak POMPUAN, okay....ini bukan petua tapi scientific facts.

1. Suami climax dulu dan isteri climax kemudian or tak climax.
2. Semasa suami climax, jangan benamkan zakar terlalu dalam.

Sebab2 nya :

PERTAMA : Sperma lelaki terdiri dari sperma jantan dan betina. Sperma jantan bergerak pantas dan jumlahnya sedikit. Manakala sperma betina bergerak perlahan dan jumlahnya banyak. Apabila suami climax DULU, maka sperma jantan akan bergerak pantas mendahului sperma betina menuju ke rahim. Disebabkan isteri BELUM climax, keadaan cecair faraj adalah acidic, ini akan membunuh kesemua sperma2 jantan yg pantas dihadapan. Yg tinggal kini sperma2 betina yg akan masuk ke rahim dan seterusnya akan bercantum dgn telor isteri....dapatla anak pompuan.

KEDUA : Apabila suami climax, jangan benamkan zakar dalam2 sebab mudahla sperma2 jantan tadi sampai kerahim, sperma jantan tak mati disebabkan jarak nya pendek. Dgn lain perkataan, suami climax betul2 depan pintu rahim.
Seeloknya suami climax dekat pintu faraj so that ada JARAK & MASA untuk sperma jantan berenang dan mati disebabkan keasidan dalam faraj...baru dapat pompuan.

Nakkan anak LELAKI, buat la opposite.

Ada banyak lagi cara2 yg perlu digabungkan bagi mendapat anak lelaki atau pompuan seperti pemakanan, bancuhan dalaman faraj, waktu subur, suhu....dll. MF ada nampak artikel yg ditulis oleh sdr Edirossa macamana nak dapat anak laki/pompuan...memang in detail, semua ni ada. Cuba carik dulu coz MF tak ingat kat mana.

Kalau tak jumpa nanti MF tuliskan pasal pemakanan, suhu..dll. Banyak nak type...letihla.
Paling penting, setelah kita usahakan teknik2 ni, banyakkan berdoa mintak pada Allah jantina anak yg diinginkan.

MF ada 2 boys and 2 girls....alhamdulillah....berkat usaha & teknik.

Ciao.

]v[onFish Fanatic
awi_dicu
MENGHILANGKAN BAU DURIAN PADA TANGAN.

Pada pengemar durian tu boleh cuba petua ni, untuk menghilangkan bau durian pada tangan anda selepas makan durian. Memang tak dinafikan bau durian memang kuat, biasanya selepas basuh pun masih berbau kalau tak gunakan sabun. Kalau kat hutan, kat kebun atau kat dusun, mana nak cari sabun kan.

Jadi, lepas habis makan, basuh tangan anda dengan melalukan air kepada kulit durian dulu, lepas tu tadah tangan sambil mengosok sampai bersih. (Maksudnya, anda jirus air ke kulit durian dulu-baru kena ke tangan anda).

Cuba cium tangan anda, pasti hilang dah bau durian tu. Petua ni dapat dari kawan saya, tokey cina... (biasala.. diaorang kuat makan durian).
asma1990
hai...ingin mengetahui satu petua, iaitu menghilangkan bulu roma yang terlalu lebat di atas bibir, terutama golongan wanita, petua nya ialah :--perahkan limau nipis dan air nya jangan dicampur dengan air dan air limau nipis tadi hendaklah dicampur gula dan seterusnya gosok perlahan-lahan pada bulu roma yang hendak di buang..petua ini hendaklah dilakukan selalu..insyaallah berhasil...
chicksrule
camane nak hilangkan luka2 kat betis akibat dr shave bulu kaki? it's worst now...luka2 sbb garuk kaki...mcm nak jadi kudis jer...eii...malu giler!
jayshah
QUOTE(Edirossa @ Aug 24 2005, 09:52 AM) *
Menghilangkan Bulu Ketiak...Siri (49)

Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

kalau commercial kan ni, satu dunia mau beli...........
mas_putih
PETUA UTK MEMUDAHKAN PENCERNAAN MAKANAN

-sblm mkn eloklah mkn buah dahulu @ amik sedikit garam, kemam dulu. baru mkn. (cara nabi ni)

-sblm mkn daging/ ayam elok mkn betik @ nenas dahulu. utk percepatkan penghadaman.
abgdesa
ok la topik kali nie.. macam2 ada !
intan az
petua-petua tradisional mengurangkan berat badan
intan az
clapping.gif minuman berserat mamapu kurangkan berat badan???betul ke???

rolleyes.gif 6 TIPS MUDAH DIET YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG .....

1. Mulakan sarapan dengan yogurt
Pengambilan yogurt rendah lemak ketika bersarapan membantu menghilangkan lemak pada perut dan mengawal perut buncit....

2. Kurangkan garam
Pengambilan garam yang banyak dalam diet harianakan menyebabkan pertambahan sodium dalam badan. Keadaan ini menyebabkan perut anda terasa penuh dan mengembung ke hadapan.

3. Minum air
Apabila anda terasa perut and akembung dipenuhi air akibat penyimpanan air yang berlebihan. Anda boleh kurangkan dengan minum air yang banyak. Bukan saja melancarkan pembuangan air dari badan malah mengaktifkan fungsi hempedu untuk mengeluarkan bendasing dalam badan.

4. Ambil serat yang tepat
Buah epal atau pir mengandungi air yang banyak dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air dan mengelakkan pengembungan pada perut.

5. Makan secara perlahan

Kunyah makanan anda dengan perlahan dan telan makanan apabila betul-betul hancur. Jika makanan ditelan terlalu cepat, udara yang tersekat dalam usus akan membentuk gas menyebabkan perut penuh dan boleh membentuk perut buncit.

6. Pilih karbohidrat kompleks
Salah satu prinsip berdiet ialah memilih karbohidrat kompleks seperti nasi beras merah, roti gandum, pasta, bijirin, ubi, jagung, pisang dan sebagainya.

lebih info diet???klik sini... yahoo.gif
miss qiqi
Hai...
Nak tanya... kalu kulit muke masalah berjerawat ade petua x?? sebab saya mngalami masalah tu... da tukar pencuci muka pon x de perubahan jgk...
klu ad ape2 petua share2 la yer.... (happy.gif)
miss qiqi
QUOTE(chicksrule @ Dec 6 2008, 01:20 AM) *
camane nak hilangkan luka2 kat betis akibat dr shave bulu kaki? it's worst now...luka2 sbb garuk kaki...mcm nak jadi kudis jer...eii...malu giler!

aii... :-) maybe anda boleh cuba Bio Oil yang bole dapat kar farmasi.. atawpown bole juge gune cream vit e utk pulih kn kulit berparut tuh...
jaz wanna 2 share.. sbb sy penah cuba utk parut luka pd tangan.. mungkin dpt m'bantu... huhuuu
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.