Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Ciptaan Terbaru Anak Tempatan...
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
Mesin kupas sabut kelapa: 7 biji seminit


MOHD Amir menggunakan mesin pengupas kelapa berkuasa
elektrik seberat 120 kilogram yang lebih cepat
dan bersih. – Gambar Halim Mat Ali


SATU jam boleh mengupas 400 hingga 450 biji kelapa, bermakna tujuh biji seminit. Cepat dan tidak meletihkan. Itulah keistimewaan mesin pengupas sabut kelapa ciptaan Pengarah Bahagian Mekanikal Kejuruteraan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Mohd Amir Tukiman.

Lebih membanggakan apabila ciptaan beliau memenangi Anugerah Emas pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Geneva 2005, bulan lalu. Selain itu, namanya juga tercatat di dalam Malaysian Book of Records.

Mohd Amir berkata: “Selama ini pengusaha dan pekebun kelapa mengekalkan cara tradisional iaitu menggunakan mata tombak yang membuang masa dan tenaga. Bagi pekerja mahir ia mungkin mampu mengupas dua atau tiga biji saja seminit.”


TUJUH biji kelapa boleh
dikupas dalam masa seminit.

Idea membuat mesin pengupas kelapa timbul apabila beliau pulang ke kampung dan melihat banyak buah kelapa bertaburan di tanah dan terapung di dalam sungai.

“Kebanyakan pekebun di Sabak Bernam sudah tua dan anak-anak muda pula tidak berminat bekerja di kebun kerana lebih suka berhijrah ke bandar untuk bekerja,” katanya.

Mohd Amir, 53, anak kelima daripada sembilan beradik ini mendapat ilham mencipta mesin pengupas kelapa pada 1993. Beliau mula melakar sedikit demi sedikit dan mengambil masa selama lapan tahun untuk hasilkan contoh pertama.

Mesin pengupas kelapa siap sepenuhnya pada 2003 setelah dipatenkan dan terdapat tiga versi iaitu diesel, elektrik, atau beroperasi menggunakan angin. Kos untuk menyiapkan mesin itu ialah RM12,000.

Mesin itu diubahsuai sedikit demi sedikit sebanyak empat peringkat, dan paling terkini ialah dengan menambah roda untuk mudah ditolak dan mengecilkan sedikit saiznya supaya lebih ringan iaitu seberat 120 kilogram.

“Mesin ini boleh mengupas sehingga 450 biji kelapa dalam masa sejam. Enjinnya pula hanya 3.7 watt elektrik bagi setiap kelapa,” katanya ketika menunjukkan demonstrasi proses mengupas kelapa.

Mesin ini juga pernah dipamerkan kali pertama pada Hari Sambutan Peladang peringkat Selangor di Tanjung Karang. Beliau menerima maklum balas yang positif dan kebanyakan pengunjung tidak teragak-agak untuk mencuba menggunakan mesin berkenaan.

Mesin itu boleh digunakan oleh sesiapa saja tidak kira lelaki atau wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan menyifatkan mesin ini tidak berbahaya. Ia senang digunakan dengan duduk di atas kerusi sudah boleh mengerjakan pengupasan kelapa.

Ketika ditanya latar belakang pendidikannya, beliau berkata selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menyertai Institut Kemahiran Mara (IKM), Melaka dengan mengambil kursus automotif selama dua tahun. Kemudian memasuki Politeknik Ungku Omar di Ipoh untuk kursus automotif dan diesel selama dua tahun.

Beliau menjawat guru sementara selama setahun sebelum meneruskan pelajaran di Universiti of Sunderland, United Kingdom selama empat tahun dan lulus dengan Ijazah Sarjana Muda sains dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Sekembalinya ke tanah air pada 1980, beliau memegang jawatan Jurutera Mekanikal dan dinaikkan pangkat pada 1997 sebagai Pengarah Bahagian Mekanikal dan kejuruteraan.

Memandangkan minat yang mendalam, beliau telah menghasilkan 24 reka cipta termasuk pengunci tayar kereta, alat untuk menarik kenderaan dan pemecah VCD cetak rompak.

Beliau juga pernah menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah emas dan trofi Malaysian Asociation of Reseach Saintis (MARS) sebagai reka cipta terbaik dipameran Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 yang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ogos tahun lalu.

Malah beliau juga dijemput oleh MARS dan memenangi Anugerah Emas pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Geneva 2005 April lalu.

“Televisyen dan akhbar Swiss menyiarkan mengenai reka cipta saya, sehingga menarik minat orang ramai untuk melawat pameran itu,” katanya sambil tersenyum.

Tidak sia-sia beliau ke sana menggunakan perbelanjaan sendiri kerana berbaloi membawa pulang anugerah.

Beliau juga pernah mendapat tempahan dari negara luar seperti Australia, Sri Lanka, Amerika Selatan dan India untuk mengeksport ciptaannya. Tetapi memandangkan kekurangan modal, beliau terpaksa menolak.

“Oleh sebab itu, saya meminta kerja sama pihak media untuk memperkenalkan ciptaan ini dan pada masa ini saya sedang membuat kajian bagaimana mengkormesialkan mesin tersebut,” katanya.

Mohd Amir yang disenangi oleh pekerja kerana sentiasa menerima pendapat orang lain, berharap ada syarikat atau jabatan kerajaan dapat menggunakan mesin ini kerana berkesan dalam mengurangkan kos dan tenaga kerja.

Beliau juga amat berharap ciptaannya dapat diketengahkan di pasaran tempatan.

Setakat ini beliau menerima tempahan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mohd Amir juga akan mengeluarkan reka cipta terbarunya untuk MPPJ dan akan dikeluarkan tidak lama lagi iaitu klim tayar dan panduan lampu jalan kepada orang ramai.

Manakala reka cipta terbaru untuk diri sendiri yang sedang diketengahkan ialah alat pengesan populasi nyamuk dengan cara tersendiri.

Ayah kepada enam anak ini, menyatakan bahawa anak sulungnya Mohd Azfar yang meminati bidang mekanikal mungkin mengikut jejak langkahnya. Dia kini sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan elektrik di Jepun.
bellydancer
contohi anak malaya kita...
sesedaprase
cool.gif
mac
bagus la...
intan_k
huiyo..nak minta jadi anak angkat la...
MaS_BoNgSu
ed.... rasa aku dah lama dah benda ni tercipta....
tp mmg senang byk la ada benda ni... biggrin.gif
intan_k
QUOTE(MaS_BoNgSu @ May 24 2005, 02:17 PM)
ed.... rasa aku dah lama dah benda ni tercipta....
tp mmg senang byk la ada benda ni... biggrin.gif

mmg lama dah kan....
tapi kan....kurg komersil....

mcm ciptaan sapa ek ari tu...
org nak beli ciptaan dia tapi dengan harga yg murah....
sapa nak jual kan...

pepenat cipta....
org lain kaut keuntungan!~
adlertag
teringat aku kat zul autotronik. Ala....yg cipta rumah pintar dulu tu. Banyak benda yg dia cipta. Aper citer dia sekarang ek?
MaS_BoNgSu
QUOTE(intan_k @ May 24 2005, 02:21 PM)
QUOTE(MaS_BoNgSu @ May 24 2005, 02:17 PM)
ed.... rasa aku dah lama dah benda ni tercipta....
tp mmg senang byk la ada benda ni... biggrin.gif

mmg lama dah kan....
tapi kan....kurg komersil....

mcm ciptaan sapa ek ari tu...
org nak beli ciptaan dia tapi dengan harga yg murah....
sapa nak jual kan...

pepenat cipta....
org lain kaut keuntungan!~

a'aa..aku ingat last year kot , atau awal tahun haritu kot aku baca pasal benda ni.... aku pun dah lupa arrr...
tp besa la ciptaan org melayu kalau nak dikomersialkan mmg byk kerenah birokrasi.. <_<
intan_k
tu la kan..sebab tu org melayu yg golongan mcm ni tak leh nak berkembang...
cipta sesuatu tapi takde dapat apa...
bukan takde pihak yg berkenan..ade tu mmga de...
tapi nak ambil kesempatan!!!!
buzen5
sebenarnya media massa kita tak beri perhatian pd pencipta2 kita...dianak tirikan...........................komersilkanlah ciptaan diorg...
intan_k
peranan media pun penting...

alahai media lebey sukakan gosip dan berita hiburan sensasi sahaja.....
Ewan_sn
Malaysia Bakal Pengeksport Bio Diesel
Khamis, May 26, 2005

Malaysia akan menjadi pengeksport bio diesel, iaitu bahan bakar berasaskan minyak sawit ke negara Eropah menjelang akhir tahun depan.
Bahan itu akan dikeluarkan oleh sebuah kilang pemprosesan bio diesel di Labu, Negeri Sembilan.

Bio diesel berpotensi untuk dimajukan secara besar-besaran.

Ini berikutan bahan itu yang bersih dan mesra alam sekitar.

Kesatuan Eropah, EU, sudah menetapkan 9 peratus daripada sumber bahan bakarnya perlu diperolehi dari sumber baru seperti minyak sawit.

Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit mampu menghasilkan 3.5 juta tan bahan bakar itu menjelang 2012.

Bagaimanapun, buat permulaan, bio diesel hasil kajian Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, hanya bagi tujuan eksport.
Didiharaiss
dah lama ada pencipta teknologi macam ni, contoh Sdra. Zulkifli Haron....dia dulu belajar kat IKM...after that further study kat Jepun...punyala susah dia nak dapatkan pengiktirafan nak pasarkan teknologi dia ni.....
Ewan_sn
Rawatan intervensi IJN secara langsung ke Paris


KUALA LUMPUR 26 Mei - Institut Jantung Negara (IJN) bakal mencipta sejarah perubatan negara apabila dipilih untuk menjalankan prosedur rawatan intervensi secara langsung ke Paris, Perancis dan disaksikan lebih 10,000 pakar intervensi dari seluruh dunia esok.

Empat pakar kardiologi institut itu akan menjalankan dua prosedur rawatan intervensi selama satu jam sempena `EURO Paris Course on Revascularisation' (EURO PCR 2005) - persidangan intervensi kardiologi terbesar dan paling berprestij di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan IJN sebagai satu-satunya pusat perubatan di rantau Asia Pasifik yang diberi kepercayaan menjalankan rawatan bagi persidangan itu.

``Prosedur rawatan itu akan dipancarkan secara terus ke Paris esok dan pakar-pakar kita akan berinteraksi sendiri dengan para ahli persidangan mengenai rawatan itu.

``Ini adalah pengiktirafan kepada kemampuan, pengalaman dan kepakaran pakar intervensi IJN yang sudah membuktikan keupayaan mereka dalam bidang ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir keempat-empat pakar yang akan menjalankan prosedur rawatan berkenaan iaitu Pengarah Perubatan dan Ketua Kardiologi IJN, Datuk Seri Robaayah Zambahari; Pakar Klinikal Kardiologi IJN, Dr. Tiang Soon Wee; Pakar Perunding Kardiologi IJN, Dr. Rosli Mohd. Ali dan Dr. Razali Omar.

Mengulas lanjut, Mohd. Radzif berkata, penglibatan IJN dalam persidangan itu merupakan satu testimoni bahawa IJN kini adalah setanding dengan institusi perubatan lain di dunia dan ia juga adalah kejayaan kepada negara.

Lebih membanggakan katanya, kedua-dua proses rawatan yang akan dijalankan esok merupakan kes yang jarang berlaku kerana melibatkan penyakit jantung yang sangat kompleks dan rumit.

Sementara itu, Robaayah ketika menjelaskan mengenai proses itu berkata, rawatan akan bermula pukul 2 petang hingga 3.15 petang esok.

Katanya, prosedur ini akan melibatkan dua pesakit dan dibantu sepasukan doktor dan ahli teknologi kardiovaskular.

Prosedur rawatan pertama katanya, akan dijalankan oleh beliau sendiri dengan dibantu Dr. Soon Wee dan melibatkan seorang pesakit yang mengalami masalah salur darah yang kecil dan degupan jantung yang tidak normal.

``Prosedur kedua akan dijalankan oleh Dr. Rosli dan Dr. Razali kepada seorang pesakit yang menghadapi masalah salur darah yang sempit dan membengkak,'' ujarnya lagi.
Ewan_sn
Dua syarikat tempatan mampu keluar pesawat tanpa pemandu

KUALA LUMPUR 6 Jun - Dua buah syarikat tempatan kini mampu mengeluarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang setanding dengan keluaran luar negara.

Dua syarikat itu, Composite Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dan Systems Consultancy Services Sdn. Bhd. telah melakukan ujian ke atas pesawat itu dan terbukti ia boleh diterbangkan.

UAV ialah pesawat kecil kendalian jauh yang diterbangkan untuk misi intipan atau pemantauan. Ia yang dilengkapi dengan kamera pada pesawat itu juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.
afizimd
QUOTE(edirossa @ Jun 7 2005, 06:36 AM)
Dua syarikat tempatan mampu keluar pesawat tanpa pemandu

KUALA LUMPUR 6 Jun - Dua buah syarikat tempatan kini mampu mengeluarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang setanding dengan keluaran luar negara.

Dua syarikat itu, Composite Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dan Systems Consultancy Services Sdn. Bhd. telah melakukan ujian ke atas pesawat itu dan terbukti ia boleh diterbangkan.

UAV ialah pesawat kecil kendalian jauh yang diterbangkan untuk misi intipan atau pemantauan. Ia yang dilengkapi dengan kamera pada pesawat itu juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.

just nak tambah fakta... first ever UAV developed by malaysians ialah UAV yang dibangunkan oleh jabatan aeroangkasa UPM.. tp since ianya pilot project, x leh nak kecoh sangat... dan harganya dianggarkan less than rm80 000 (UAV paling komang kat market from overseas berharga rm300 000 ke atas.. )... tp jgnlah bandingkan dengan uav US pakai kat afghanistan.. itu harganya 1.5mil usd le...
Ewan_sn
Beca elektrik di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Kajian hampir enam tahun membuahkan hasil apabila beca elektrik menggunakan sistem automasi atau Human Power Booster (HPB) membekalkan kuasa sokongan kepada pengayuh beca mula dimanfaatkan di bandar ini.

Sistem HBP menggunakan bekalan kuasa elektrik daripada bateri berkuasa 24 voltan dan boleh dicas semula yang menggerakkan motor berkuasa 200 watt atau 0.25 kuasa kuda.

Beca yang menggunakan sistem HBP bernilai RM3,000 setiap set itu mampu menambah kelajuan kayuhan kepada antara lima dan tujuh kilometer sejam.

Pereka sistem HBP, Zulkifli Haron, 47, atau lebih dikenali sebagai Zul Design berkata kuasa sokongan itu bertujuan meminimumkan tenaga dan kudrat mengayuh beca sekali gus mengurangkan keletihan pengayuh.

Katanya, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu yang memberi peluang dan yakin terhadap ciptaannya untuk diguna pakai secara meluas.

"Sudah lama saya bercita-cita mencipta beca yang boleh meminimumkan tenaga pengayuh dan hasil dorongan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, saya berjaya merealisasikan cita-cita itu.

"Terengganu adalah negeri pertama meminta saya mereka sistem kayuhan yang lebih mudah untuk pengayuh beca. Dalam tempoh sebulan saya berjaya melengkapkan 11 beca dengan sistem HBP pada peringkat permulaan. Jumlah itu mungkin akan ditambah lagi atas pertimbangan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan beca elektrik di tempat letak kereta Taman Shahbandar, di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Idris yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, Rosol Wahid.

Zulkifli berkata, jangka hayat bateri itu mampu mencecah antara tiga dan lima tahun manakala bahagian mekanikal sistem HBP mampu bertahan sehingga 20 tahun.

Beliau mengharapkan ciptaannya itu membuka mata kepada masyarakat dunia dan menggalakkan orang ramai menggunakan semula beca.

Katanya, beliau juga mengharapkan ciptaannya itu dapat memberi harapan baru kepada pengayuh beca yang kebanyakannya warga tua.

Selain memudahkan kayuhan beca bagi mempercepatkan perjalanan, sistem HBP dapat menjimatkan masa, meningkatkan pendapatan, memberikan alternatif kepada pengguna, mesra alam, alat ganti sepenuhnya daripada pasaran tempatan dan kerosakan yang tidak membabitkan HBP boleh dilakukan di kedai basikal.

Hanya dengan menekan suis, secara automatik pedal pengayuh akan menjadi ringan walaupun beban bertambah dan jika berlaku kegagalan kepada HBP, beca masih boleh digunakan seperti biasa tanpa beban tambahan.

Sementara itu seorang pengayuh beca, Omar Ismail, 63, dari Losong, di sini berkata becanya yang dilengkapi sistem HBP diharap membantu menambah pendapatan yang kini hanya sekitar RM30 sehari.

Omar yang sudah mengayuh beca sejak 30 tahun lalu gembira dan bersyukur dengan pemberian kerajaan negeri itu.

Dia yang mempunyai sembilan anak berusia antara enam bulan dan 21 tahun mengharapkan rezekinya bertambah.

Kegembiraan itu turut dikongsi bersama rakannya, Abdullah Mohamad, 49, dari Tanjung Kapur, di sini yang sudah 20 tahun menjadi pengayuh beca.

"Alhamdulillah kerana golongan seperti kami akhirnya terbela," katanya.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.