Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Surah Yusuf - Ayat 4
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
Pages: 1, 2
notaGirlnotyetaWoman
Assalamualaikum.

TOlong girl mcm mana nak cari ayat 4 surah yusuf?

Tak jumpa pon dlm net.
Tenno
Assalamualaikum,

Nak terjemahan ke?

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (Yusuf:4)

Ini ayatnya..

p/s: Tak sure boleh display atau tidak di forum ni...
Tenno
Assalamualaikum,

Sekali tak boleh display daaa.... sorry...
matsom

surah yusuf ayat 4. *.gif format
sumber: www.ahadees.com
seribunga_baby
apa kelebihannya surat 4 yusufni? huh.gif
notaGirlnotyetaWoman
QUOTE(Tenno @ Apr 1 2005, 01:45 AM)
Assalamualaikum,

Nak terjemahan ke?

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (Yusuf:4)

Ini ayatnya..

p/s: Tak sure boleh display atau tidak di forum ni...

Takper2. Terjemahan pon ok dah.

Terima kasih yer.... wink.gif
notaGirlnotyetaWoman
QUOTE(matsom @ Apr 1 2005, 03:57 AM)

surah yusuf ayat 4. *.gif format
sumber: www.ahadees.com

Terima kasih yer. . . .Kat mana dapat surah ni?
Saya cari tak jumpa pon. . Jumpa surah Yusuf tapi ayat2 lain.

Appreciated
notaGirlnotyetaWoman
Mcm ni. Ayat ni . . Pagi tadi Girl dengaq kuliah subuh kat TV3 pukul 6.30 tuu.
Sambil2 lipat kain pon sebenanya.

Ustazah Siti Nur Bahiyah pesan untuk anak2 gadis, andalusia yang nak blm b'temu jodoh,
dan sebagainya...BOleh baca ayat tu, hembus kat dlm Air dan sapukan dekat muka.

Tu je. . biggrin.gif
matsom
QUOTE(seribunga_baby @ Apr 1 2005, 01:05 PM)
apa kelebihannya surat 4 yusufni? huh.gif

surah yusuf disebut Allah sebagai 'ahsanul qashash' (sebaik-baik kisah) dari riwayat-riwayat yang diturunkanNya dalam Al Quran (12:3)
ringkasannya surah yusuf menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s dari masa kecilnya sehingga beliau menjadi pembesar Mesir di zaman itu.
antara kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Yusuf ialah hikmah (wisdom) semenjak kecil lagi, juga Allah mengajarkan beliau ilmu menta'bir mimpi, ilmu mentadbir negara, ilmu ekonomi, dan dijadikan beliau secantik-cantik manusia. Beliau bersifat pemaaf, sayang kepada ibubapa dan adik-beradiknya walaupun ada di antara mereka yang menganiayainya.
Allah menunjukkan kita bagaimana dalam sejarah Nabi Yusuf, seeorang yang asalnya terbuang di bawa ke tempat kemewahan (12:8-21)
dan bagaimana beliau menjadi seorang anak angkat yang mengenang budi (12:22-29)
kemudian beliau dianiaya lagi sehingga terpenjara beberapa lama (12:30-50)
kemudian beliau dibebaskan oleh raja (Firaun?) setelah diadili semula dan dilantik menjaga harta perbendaharaan negara Mesir kerana kelebihan-kelebihannya (12:51-57)
kemudian bahagian akhir cerita ini menceritakan bagaimana Yusuf akhirnya dikembalikan ke pangkuan keluarganya dengan penuh kemuliaan setelah dulunya beliau terbuang pada masa kecilnya sebab konspirasi adik-beradiknya yang dengki dan irihati (12:57-102)
surah Yusuf ini pada zaman Rasulullah mengejutkan pendeta-pendeta Yahudi, dengan sebab ketepatan ceritanya dengan riwayat-riwayat Israiliyyat, disifatkan oleh Allah sebagai 'perkhabaran ghaib' kerana nabi kita tiada bersama-sama pengkhianat-pengkhianat nabi Yusuf, sedangkan Allah Maha Mengetahui (12:102)
penutup:
"Sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada 'ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah Al Quran ini perkhabaran yang diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan (kitab-kitab) yang dihadapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman" (12:111)

shadaqallahul'adhim, wallahua'lam.
notaGirlnotyetaWoman
Byk pengajaran dr Surah Yusuf ni rupanyaaa..
Timakasih Matsom.
Tenno
Assalamualaikum,

Nak cepat dapat jodoh, rerajin la baca Surah Toha atau Surah Yusuf...

Lepas solat bacalah doa: "Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan suami-suami serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa."

Supaya org sentiasa rasa sayang dan kasih pada kita, amalkan membaca "Ya Rahim" setiap hari 100x (ini saya dah cuba, mmg berhasil)....

Nak lebih lanjut tgk sini: http://www.angelfire.com/pop/juita2/rahsia...umahtangga.html

Esok Ustazah Noor Bahyah tu ada buat ceramah kat office saya ni... pasal kasih sayang suami isteri...

p/s: notaGirlnotyetaWoman, ko nak cari jodoh ke? Sama la dgn teman.... susah-susah sgt ko ambik je teman ni, ok apa? hahahaha....
putrishah
bagus gak info nih...
baru tau..
TQ..
notaGirlnotyetaWoman
QUOTE(Tenno @ Apr 1 2005, 08:03 AM)
Assalamualaikum,

Nak cepat dapat jodoh, rerajin la baca Surah Toha atau Surah Yusuf...

Lepas solat bacalah doa: "Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan suami-suami serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa."

Supaya org sentiasa rasa sayang dan kasih pada kita, amalkan membaca "Ya Rahim" setiap hari 100x (ini saya dah cuba, mmg berhasil)....

Nak lebih lanjut tgk sini: http://www.angelfire.com/pop/juita2/rahsia...umahtangga.html

Esok Ustazah Noor Bahyah tu ada buat ceramah kat office saya ni... pasal kasih sayang suami isteri...

p/s: notaGirlnotyetaWoman, ko nak cari jodoh ke? Sama la dgn teman.... susah-susah sgt ko ambik je teman ni, ok apa? hahahaha....

Kater dah berhasil. . awat nak carik jodoh lagik.
uiiih..takutlahhh . . . biggrin.gif
matsom
QUOTE(Tenno @ Apr 1 2005, 04:03 PM)
p/s: notaGirlnotyetaWoman, ko nak cari jodoh ke? Sama la dgn teman.... susah-susah sgt ko ambik je teman ni, ok apa? hahahaha....

hehe... baru saya paste ayat dah keluar lamaran! biggrin.gif

bagi yang berminat, sini buleh tengok (sambil baca) surah yusuf

Surah Yusuf (ahadees.com)
notaGirlnotyetaWoman
QUOTE(matsom @ Apr 1 2005, 10:46 AM)
QUOTE(Tenno @ Apr 1 2005, 04:03 PM)

p/s: notaGirlnotyetaWoman, ko nak cari jodoh ke? Sama la dgn teman.... susah-susah sgt ko ambik je teman ni, ok apa? hahahaha....

hehe... baru saya paste ayat dah keluar lamaran! biggrin.gif

bagi yang berminat, sini buleh tengok (sambil baca) surah yusuf

Surah Yusuf (ahadees.com)

hahahah..kelakar. biggrin.gif

Matsom, hafal ke surah2 yusuf ni?
Yg komen kat atas tu cut & paste ke mengarang ayat sendiri?
tera noo..
teratak~alam
ader org kater kalau nak anak comel bace surah yusuf.bukan
ayat 4 surah yusuf. wink.gif
zentex
QUOTE(teratak~alam @ Apr 2 2005, 08:49 AM)
ader org kater kalau nak anak comel bace surah yusuf.bukan
ayat 4 surah yusuf. wink.gif

Ya betul, ayat 4 surah yusuf ni sya menyebut mengenai bintang dan bulan dan saya pernah terbaca ini adalah lebih kepada fadhilat pengasih.

Tapi insyallah jika kita mengasihi Allah, manusia dan makhluk lain akan mengasihi kita.
matsom
QUOTE(notaGirlnotyetaWoman @ Apr 1 2005, 07:48 PM)
hahahah..kelakar. biggrin.gif

Matsom, hafal ke surah2 yusuf ni?
Yg komen kat atas tu cut & paste ke mengarang ayat sendiri?
tera noo..

uihh mande hafal... baru bulan lepas habis mengaji tafsir surah ni dekat masjid -jadi yang tere bukan ambo, ustaz ambo lerr blum.gif

dan sebab ramai yang berminat dengan bab-bab yang ada kena mengena dengan cari jodoh ni, saya cadangkan jenguk kat sini untuk baca terjemahan surah Yusuf biggrin.gif

(yang ni ustaz tak ajo... rolleyes.gif)
dijamin dari terjemahan bm pun boleh nampak cerita yang Allah gelar 'sebaik-baik' kisah:
-faktor intrig: riwayat nabi Yusuf bermula dengan beliau bertanya kepada bapanya akan makna mimpinya, komplot untuk menganiaya Yusuf,
-faktor suspens: bagaimana Nabi Yusuf yang masih kanak-kanak dicampakkan ke dalam telaga, berjayakah rancangan jahat adik-beradik Yusuf, bagaimana keadaan beliau ketika dilanda fitnah cuba mencabul kehormatan wanita, berjayakah Nabi Yusuf lepas dari penjara, berkayakah rancangan beliau untuk menyatukan kembali keluarganya...
-faktor 'hero': ketenangan nabi Yusuf walaupun dalam keadaan paling cemas -umur 10-13 tahun dicampak ke dalam perigi, kemudian dijual dan hampir dijadikan hamba, dewasa sebagai seorang yang kacak, menjadi buruan wanita, kemudian dengan tenang pula menghadapi fitnah walaupun akhirnya beliau sanggup dipenjara daripada melanggar prinsip imannya, kemudian beliau menjadi penyelamat ekonomi negeri Mesir yang dilanda kemarau, dan akhirnya menyelamatkan keluarganya sendiri dari kesulitan hidup dan pertelingkahan sesama sendiri.
-faktor 'feel good': kasih sayang ayah kepada anak, kasih sayang sesama saudara, kekuatan ikatan kekeluargaan yang dibina atas dasar takwa, bagaimana situasi yang pada mulanya nampak sesak (kena buang dalam telaga, kena fitnah, kena penjara) berakhir dengan 'happy ending'...

Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencerita.
notaGirlnotyetaWoman
biggrin.gif Ok lah tu. Menuntut ilmu agama. Lepas tu jgn lupa kongsi kat kitaorg sama...
Besar pahalaaa...

Suka baca. . . Tapi nanti kalu org tanya tak ingat sgt nak cerita.
Rasanya kalau pie kelas2 agama dengar ustaz cerita then baru boleh ingat kot kannn. laugh.gif
teratak~alam
ingat..kalau keliru..bertawakkal pade allah.
Tenno
Assalamalaikum,

QUOTE
Kater dah berhasil. . awat nak carik jodoh lagik.
uiiih..takutlahhh . .

Idak aihh... gurau aje.. jgn marah aa...
Tapi bacaan "Ya Rahim" 100x sehari, mmg bagus, org jadi sayang pada kita... kalo sebelum ni ada org anti/marah kat kita, nanti tetiba je dia jadi baik dgn kita pulak.... org yg tak biasa bersembang dgn kita pun, terus jadi ramah tamah....

p/s: Tapi still sampai sekarang x ada jodoh ni.... kena cari ayat lain pulak nampak gayanya... hahahaha....
notaGirlnotyetaWoman
QUOTE(Tenno @ Apr 4 2005, 12:21 AM)

laugh.gif yer2. . Cari2 lagi ayat lepas tu paste kat sini.
BLeh le org lain beramal sama. huhu
Tenno
Assalamualaikum,

QUOTE
yer2. . Cari2 lagi ayat lepas tu paste kat sini.
BLeh le org lain beramal sama. huhu

Eh mana boleh... kalo org lain beramal x apa, takut nanti saudari notaGirlnotyetaWoman yg beramal pulak, terus dapat jodoh... melepas la saya.... hahahahaha

p/s: Kalo jumpa, insya Allah....
notaGirlnotyetaWoman
QUOTE(Tenno @ Apr 4 2005, 04:23 AM)
Assalamualaikum,

QUOTE
yer2. . Cari2 lagi ayat lepas tu paste kat sini.
BLeh le org lain beramal sama. huhu

Eh mana boleh... kalo org lain beramal x apa, takut nanti saudari notaGirlnotyetaWoman yg beramal pulak, terus dapat jodoh... melepas la saya.... hahahahaha

p/s: Kalo jumpa, insya Allah....

Ler tak baik. . .Jgn jadik busuk punya olang tauu..Ada ke patot...Doakan lah saya, awak & semua org mesra
senang dpt jodoh. biggrin.gif heheh..Gurau je.
Tenno
Assalamualaikum,

QUOTE
Ler tak baik. . .Jgn jadik busuk punya olang tauu..Ada ke patot...Doakan lah saya, awak & semua org mesra
senang dpt jodoh.  heheh..Gurau je.

Heheheh tak pe... saya faham... hmmm... kalo nak kelebihan surah-surah dalam Al-Quran ni, rasanya saya ada kat umah nun... tgk la, kalo sempat saya balik cari tghhari ni, nanti saya post kat sini... peace...

p/s: Kepada gadis-gadis yg masih single, dan ingin menjadi duo, anda dialu-alukan utk menghubungi saya di talian bebas tol dan bebas maksiat 012******* (iklan ini ditaja oleh PERKESO)...
notaGirlnotyetaWoman
Hahaha..lawaks2.

Baiknya. . . .Byk pahala tuu buat amal .
notaGirlnotyetaWoman
Assalamualaikum.

Gal nak tanya, Apakah significant-nya dgn 11 bintang yg dikatakan oleh Nabi Yusuf
kepada bapanya tu? Ada sapa2 tahu infor pasal tuh....
Misalannya gal penah dengar member cakap 3 bintang beturut dan lurus di langit, itu tandanya arah kiblat.
Tp kalau 11 bintang tu. .ada ke cerita di sebaliknya?

Cuma bertanya. rolleyes.gif
Tenno
Assalamualaikum,

Nabi Yaakub a.s mempunyai 12 org anak termasuk Nabi Yusuf a.s ... yg dimaksudkan dgn 11 bintang itu adalah adik-beradiknya yg lain, bulan dan matahari itu pula mewakili ibu bapanya... nanti kesemua mereka ini akan tunduk atas kemuliaan dan kedudukan yg diberikan Allah kepada Nabi Yusuf a.s. tersebut...

Wallhualam...

p/s: Bukanlah astronomi, tapi takbir mimpi je....
notaGirlnotyetaWoman
OO gitu. . . hmm Bestnya kisah Nabi Yusuf ni.
Timasih rolleyes.gif

Ada lagi? citer ah....Nak dengar wink.gif
Tenno
Assalamualaikum,

Ler... kalo nak dengar sampai habis jenuh lah... pi le baca buku-buku sirah nun... tak pun bukak terjemahan... bukannya saya x boleh cerita, cuma kalo saya cerita nanti iklan banyak, sanggup ke?.... hahahaha...

p/s: Baca buku sirah, lagi detail...

Baikkk. . biggrin.gif
changjin
assalammualaikum...

thanks sbb korang share info yang berguna nih....
ada sesapa yang dah amalkan?... berjaya tak?... biggrin.gif
matsom
Bab beramal dengan fadilat

bukan tak boleh pakai sebahagian dari Al Quran untuk diamalkan, cuma bagi saya, amalan-amalan tambahan lebih cantik dibuat bila kita dah menyempurnakan amalan-amalan yang lebih utama -fardu 'ain dan fardu kifayah. ertinya kita sempurnakan kewajipan kita dalam tauhid, fiqh dan tasauf/akhlak kemudian baru kita pilih ayat-ayat tertentu untuk dijadikan amalan... dalam bab membaca Al Quran imam Hasan Al Banna ajak kita mengamalkan membaca Al Quran satu juzuk sehari, dibaca sambil bertadabbur (memahami apa yang dibaca) dan mengelokkan bacaan Al Quran kerana firman Allah : "dan bacalah Al Quran dengan sebaik-baiknya" al muzammil 4.
kemudian beramal dengan Al Quran sepenuh-penuhnya kerana firman Allah: "itulah Al Kitab, yang tiada keraguan padanya, (yang menjadi) petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa" Al Baqarah 2.
selain itu beramal dengan surah-surah dan ayat tertentu banyak datang dari hadis-hadis daif, seperti membaca surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, membaca Al Quran kepada mayat dsb. yang lebih elok. jika diambil doa-doa yang diajarkan Allah (ayat 4-7 surah Al Fatihah, ayat 10 surah Al Hasyr, ayat 286 surah Al Baqarah etc)

Bab beberapa peristiwa yang bersangkut paut dengan beberapa ayat dari surah Yusuf

Ali Abu Talib dengan Khawarij: ketika pemerintahan beliau telah berlaku perisitwa keluarnya sebahagian dari orang Islam membentuk satu jamaah, puak-puak ini digelar 'khawarij' dengan cogankata "Tiada hukum selain dari Allah" (surah Yusuf ayat 40), dalam beberapa riwayat dinyatakan berlaku peperangan antara puak khawarij dan tentera Khalifah, dan setelah mereka tewas, khawarij merencanakan dan berjaya membunuh amirul mukminin.

malaysia: bekas menteri kewangan pernah memetik pengajaran ekonomi dari surah Yusuf berkenaan turun-naik dunia ekonomi (7 tahun senang - 7 tahun perit) pada tahun-tahun 94-96 untuk memberi peringatan bahawa zaman keemasan eonomi malaysia pasti akan diikuti zaman kemelesetan, dan pentingnya kerajaan ketika itu bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi (yang bermula pada 1997 sampai sekarang). akan tetapi takdir menentukan beliau akhirnya difitnah dan dipenjara, akhirnya dibebaskan pada 2004, manakala dasar-dasar ekonomi beliau dibakulsampahkan oleh penggantinya.

wallahua'lam
teratak~alam
QUOTE(Tenno @ Apr 5 2005, 12:32 PM)
Assalamualaikum,

Ler... kalo nak dengar sampai habis jenuh lah... pi le baca buku-buku sirah nun... tak pun bukak terjemahan... bukannya saya x boleh cerita, cuma kalo saya cerita nanti iklan banyak, sanggup ke?.... hahahaha...

p/s: Baca buku sirah, lagi detail...

pilih buku yang betul2 sirah.jangan yang ader israelliyat tahap 3
notaGirlnotyetaWoman
Ye pak encek. . .
Problemnya, rajin dgn tak je. wink.gif

Mcm dlm forum ni, rajin lak nak membacanya kalau ada sesapa share informasi..
lepas tu kalu tak paham leh tanya.
Tenno
Assalamualaikum,

QUOTE
thanks sbb korang share info yang berguna nih....
ada sesapa yang dah amalkan?... berjaya tak?...

Hmmmm.... sendiri try la... kalo takde sesapa yg berjaya, ko tak jadi nak amalkan ke? Jangan macam tu... setiap org lain pencapaiannya...

p/s: Ko try je....
changjin
InsyaAllah... aku akan try...

aku tak kisah pun berjaya ke tak berjaya tenno... yang penting kita amalkan...

sbb mak changjin penah kasik satu ayat utk murah rezeki...
changjin tak kisah pun berjaya ke tak... tapi changjin amalkan....
Alhamdulillah....nampak la jugak.... syukur....

nak share kat sini... tapi changjin ni pun baru join... so, tak pandai sgt lagik....
nanti changjin tanya mak.. surah apa n ayat berapa.....then, korang mesti pandai cari kan?....

thanks tenno.... biggrin.gif
Tenno
Assalamualaikum,

Update sikit.... harap bermanfaat...

1) Pompuan hamil yg rajin baca ayat 31 Surah Yunus, insya Allah kelahirannya selamat....

2) Baca ayat 68 Surah Yusuf, nanti anak-anak jadi soleh...

3) Rerajin baca surah Al-Kahf, dihindari dari kemiskinan....

4) Baca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah (Amanarasulu...) sebelum tido, terselamat dari bahaya bencana.... (jaga-jaga tsunami hahahaha...)

5) Baca ayat 31 Surah Luqman, terselamat dari banjir... (kan sekarang hujan je...)

Wallahualam...

p/s: Apa saja ayat Al-Quran, jika diamalkan dgn penuh yakin pasti ada hasilnya... insya Allah...
notaGirlnotyetaWoman
InsyaAllah. . . .
fish
QUOTE(Tenno @ Apr 5 2005, 07:36 AM)
Assalamualaikum,

Update sikit.... harap bermanfaat...

1) Pompuan hamil yg rajin baca ayat 31 Surah Yunus, insya Allah kelahirannya selamat....

2) Baca ayat 68 Surah Yusuf, nanti anak-anak jadi soleh...

3) Rerajin baca surah Al-Kahf, dihindari dari kemiskinan....

4) Baca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah (Amanarasulu...) sebelum tido, terselamat dari bahaya bencana.... (jaga-jaga tsunami hahahaha...)

5) Baca ayat 31 Surah Luqman, terselamat dari banjir... (kan sekarang hujan je...)

Wallahualam...

p/s: Apa saja ayat Al-Quran, jika diamalkan dgn penuh yakin pasti ada hasilnya... insya Allah...

assalamualaikum..
nak tanya sket..
kalau nak murahkan rezeki
nak amal kan baca ayat pe?

tq.
Tenno
Assalamualaikum,

QUOTE
nak tanya sket..
kalau nak murahkan rezeki
nak amal kan baca ayat pe?

1) Baca Al-Fatihah 20x selepas solat... murah rezeki dan bercahaya rohani....

2) Surah Al-Kahf, dibaca pada malam Jumaat....

3) Ayat 29 dan 30 surah Faathir.... jika berniaga, akan diberkati Allah....

4) Ayat Seribu Dinar (ayat 2 (mula dari wamayyattaqhilla) sampai akhir ayat 3) .... mmg banyak dikisahkan kemujarabannya....

5) Ayatul Kursi.... banyak khasiatnya...

6) Berzikir dgn nama Allah iaitu "Ar-Razzaq" atau "Al-Bassit", seberapa mampu selepas solat atau setiap ketika...

Wallahualam....

p/s: Harap ilmu yg sedikit ini dapat membantu....
changjin
thanks a lot tenno.....
teratak~alam
QUOTE(changjin @ Apr 6 2005, 04:40 PM)
thanks a lot tenno.....

nyelit sket.bace ngan kusyu' waktu bacaan duduk antara due sujud. wink.gif
Saikon
nak lagi berkesan?

kamu baca semua surah al quran....mesti dpt punya semua
Amin Fadzlan
Salam Rabu.

Agak Lama juga hamba x berposting di Forum Mesra.Net ni, aduhai...

Nak X-tra "Umph" lagi, add lagi dengan Surah Ta-Ha (20), Ayat 39. Lepas baca ayat 4 Surah Yusuf tu, terus sambung je dengan ayat ni tanpa perlu baca Bismillah.

[39]
Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Baca dari "WA-AL QOIY TU "ALAIYKA MAHABBATAM MINNII WALITUS NA "A "ALAA "AINII.

Insya'ALLAH, sesiapa saja yg lihat wajah kita akan timbul perasaan kasihan+ihsan+sayang kpd kita (pergh).

Amalan Murah Rezeki.....

Setiap Pagi lepas Solat Subuh / Pada Waktu Subuh, sebelum keluar pergi kerja / melakukan aktiviti harian...

HADIAHkan AL-FATIHAH kepada.....

1. Penghulu Segala Nabi & Para Rasul, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW 1x.
2. IbuBapa kita (samada masih hidup mahupun telah kembali ke RAHMATULLAH) 1x.
3. Guru-Guru kita (samada masih hidup mahupun telah kembali ke RAHMATULLAH) 1x.
4. Sekalian Kaum Muslimin & Muslimat (samada masih hidup mahupun telah kembali ke RAHMATULLAH) 1x.
5. Diri kita sendiri 1x.

Perhatikan, hamba bilang HADIAH, bukan Sedekah. Hadiah dan Sedekah enggak sama. Sedekah pun OK, tapi Lebih Power+TerKesan lagi jikalau dengan HADIAH.

Wallahu'alam...

Salam Sejahtera Kalbu.
sylar
barakallah.

semuanya baik belaka.

ada lam surah yusuf.

sesungguhnya nafsu itu sering memerintah pada kejahatan
kecuali nafsu yg di beri rahmat oleh ALLAH SWT

AYAT 53.

kerana nafsu yg di rahmati itu, maka berikhtiar kita dengan sebaik2 cara.
memohon kpd allah swt , semuga berkat ayat tadi, allah mengasihani dan memakbulkan permintaan dan iktiar kita
isabella8303
salam..baru2 ni cuti hari
jumaat (beberapa jumaat yg lalu) ader tengok
rancangan agama yang dipengerusikan oleh Ustazah Norbaiyyah (maaf, kalau silap eja nama beliau)
dan juga suaminya (juga seorg Ustaz)..

antara kelebihan surah Yusof ayat 4 ialah utk mengelakkan diri drpd
terkena ilmu hitam..

selain Surah Yusof ayat 4, bolehlah amalkan Surah Toha ayat 39,
dan Surah Ibrahim ayat 37 utk elakkan diri drpd terkena ilmu hitam tersebut..
Wallahuallam..
uncle_spirit
QUOTE(isabella8303 @ Jan 3 2010, 10:57 PM) *
salam..baru2 ni cuti hari
jumaat (beberapa jumaat yg lalu) ader tengok
rancangan agama yang dipengerusikan oleh Ustazah Norbaiyyah (maaf, kalau silap eja nama beliau)
dan juga suaminya (juga seorg Ustaz)..

antara kelebihan surah Yusof ayat 4 ialah utk mengelakkan diri drpd
terkena ilmu hitam..

selain Surah Yusof ayat 4, bolehlah amalkan Surah Toha ayat 39,
dan Surah Ibrahim ayat 37 utk elakkan diri drpd terkena ilmu hitam tersebut..
Wallahuallam..

salam,

aku bukanlah bagus sangat dalam bab bab doa nie....tapi kalau surah yusof ayat 4 dan surah toha ayat 39 tu untuk elakkan ilmu hitam rasanya kurang tepat. maksud saya jika tujuan kita nak elakkan daripada sihir ilmu hitam, ada surah lain yang lebih afdal dan menepati tujuan tersebut. bagi aku ayat tersebut lebih kepada tujuan "kasih sayang".

secara dasarnya semua ayat pun bagus tapi secara lebih spesifik pula lain. contoh untuk pelindungan dari sihir ilmu hitam. ayat yang lebih afdal adalah seperti berikut :-

1. surah Al-falaq
2. surah An- naas
3. ayatul kursi.
4. doa pengerak.

sila tambah jika ada yg lebih tahu.

Amin Fadzlan
Salam Isnin.

Penambahan, as requested by Uncle Spirit.

1. Al-Fatihah.
2. Ayatul Kursi.
3. 3 Qul.
4. Ayat 1000 Dinar.
5. Lau Anzalnaa.
6. Ayat 5 (Ayat 50 Qof, Well Known as Ayat Perang).
7. Ayat 7, dikenali juga sebagai Munjiyat (bermaksud Pelindung), Well Known as Ayat Pelepas Diri dari segala macam buatan khianat makhluk2 durjana. Musuh2 x kuasa nak apa2kan kita.
8. Doa Sulaiman.
9. Doa Nurun Nubuwwah (Doa Cahaya Kenabian).
10. Doa "Akasyah.
11. Doa Kanzul "Arasy.
12. Bismillah 3.
13. Bismillah 5.
14. Bismillah 6.
15. Bismillah 9.
16. Yasin.
17. KAF40.
18. Doa Tongkat Nabi Musa.
19. Hizib Maghrobi.
20. Hizib Bahr.
21. Hizib Khofi.

Dahle, korang2 pulak lah add up. Lotih dok pikiaq, x timbui idea nak input apa lagi...

Salam Zahir+Batin.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.