Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kelab Diet...
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Kelab Diet, Panduan Kesihatan Fizikal dan Pemakanan
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15
Ewan_sn
<span style='font-size:14pt;line-height:100%'><span style='color:purple'>Article Index : Klik pada tajuk untuk baca</span></span>
<span style='color:blue'>
1) Diet Selepas Bersalin

2) Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam Badan

3) Rahsia fit setiap hari

4) Petua kurangkan berat badan

5) Makan makanan sesuai dengan umur

6) Makanan Yang Perlu Ketika Berdiet

7) Amalan diet, pemakanan usia tua

dirol.gif Bosan Bila berat badan tidak susut...
</span>
Ewan_sn
Diet Selepas Bersalin....Siri (2)

Tubuh mengemabang setelah melahirkan sudah pasti membuat ibu-ibu baru terburu-buru mencari cara untuk mengembalikan bentuk tubuh badan ke bentuk asal. Usaha ini tidaklah salah asalkan diet yg dilakukan itu tidak mempengaruhi keseimbangan keperluan nutrisi bagi anda mahupun si bayi. Menurut satu kajian yg ditulis dalam buku, Medicine and Science in Sport and Excercise, vitamin B6 (suplemen) adalah salah satu vitamin yg penting untuk para ibu yang baru melahirkan.

Vitamin B6 berperanan melancarkan metrabolisme tubuh dan meransang otak serta dapat menurunkan tingkat depresi yg biasa di alami oleh ibu-ibu baru ini. Untuk bayi apalagi, kerana keperluan vitamin B6 yg rendah akan berpengaruh terhadap pertumbuhan fizikal dan mentalnya.

Jika ingin merampingkan tubuh tapi anda masih menyusukan bayi, olahraga dan dit boleh anda lakukan asal anda tetap membekalkan vitamin B6, dalam dos yg lebih tinggi secara rutin. Vitamin ini akan membantu anda menjaga kadar vitamin ideal yg terkandung dalam air susu badan untuk si bayi comel.

Kalau anda ingin menambah makanan segar selain suplemen yg mengandungi vitamin B6, pilihlah makanan seperti kacang soya, ikan tuna, ikan salmon, bijirin dan hati.


Edirossa
Ewan_sn
Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam Badan...

Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek.

2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).

5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras ######bolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.

6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih) dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

dirol.gif Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan ######bolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika anda terasa anda teringin mengunyah makanan.

11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa anda. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yg menenangkan jiwa mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan minuman teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dianjurkan 3 cawan sehari.

13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan tatkala anda menonton TV atau membuat actvt santai yg lain.

14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa' anda.

15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau air kacang soya yg membuatkan anda berasa kenyang.


Edirossa
Ewan_sn
Rahsia fit setiap hari

Biasanya alasan yang biasa didengar adalah ketika badan sudah terlalu letih setelah seharian di pejabat dan jika tidak bekerja pula ramai yang akan menyatakan tidak sempat bersenam kerana kesuntukan waktu memasak untuk makan malam pula. Walau apa juga alasan yang diberi, ingatlah bahawa badan juga perlu dijaga dan disayangi. Berikut ini beberapa saranan untuk melakukan senaman dalam jangka masa singkat pada siang hari.

Jalan Kaki

Di pejabat tidak mempunyai tempat untuk bersenam? Walau apa pun, sekali lagi ia bukanlah alasan yang baik untuk tidak berolahraga. Anda boleh menggantinya dengan berjalan kaki selama 30 minit. Takut sinar matahari? Cubalah berjalan kaki di dalam pejabat kerana setengah jam, anda dapat membakar antara 100-300 kalori, bergantung pada berat badan dan kecepatan anda berjalan. Akan lebih baik anda berjalan pantas dengan turun naik tangga. Lihatlah hasilnya nanti, bukan sahaja anda berbangga dengan kehilangan kalori dari tubuh tapi anda juga turut memperoleh punggung yang lebih pejal.

Lakukan Tekan Tubi / Push-Up

Melakukan tekan tubi, bangkit tubi atau squats sebanyak dua set dengan masing-masing sebanyak lapan kiraan akan membuatkan perut anda lebih kencang. Lakukan gerakan tersebut di ruangan anda. Untuk 'push-up', kalau terasa susah anda boleh juga melakukan push up di dinding.

Naikkan Intensiti

Kalau waktu bagi senaman anda amat terbatas, naikkan intensiti latihan. Dengan begitu kalori yang terbakar akan menjadi lebih banyak. Sebagai contoh, sebanyak 120 kalori yang akan terbakar jika anda berjalan di 'treadmil' dengan kepantasan enam kilometer sejam selama 30 minit. Namun, kalau kadar kepantasan tersebut dinaikkan menjadi 6.8 kilometer sejam, kalori yang terbakar 185.

Angkat Beban

Supaya otot menjadi kencang, jangan lupa melakukan senaman angkat beban di antara jadual rutin senaman lainnya. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, naikkan beban latihan atau percepatkan gerakan anda. Kalau biasanya anda mengangkat beban 5 kg dengan 15 kiraan, cuba angkat 6 hingga 7.5 kg dalam 8 hingga 10 kiraan. Sebaiknya anda mencuba dari beban yang paling ringan dan seterusnya menambah beban secara berperingkat.



Edirossa
Ewan_sn
Petua kurangkan berat badan

CABARAN untuk kurus sememangnya hebat. Ramai gagal mengurangkan berat badan kerana tidak tahan ‘godaan?makanan serta tidak cukup keazaman. Jadi untuk memudahkan pelan tindakan kurus anda, beberapa panduan mungkin boleh membantu:

1) Ambil makanan sedikit, separuh daripada biasa.

2) Letakkan sudu dan garpu di pinggan setiap kali selepas suapan.

3) Kunyah makanan perlahan-lahan. Ikut sunnah Nabi Muhammad, kunyah 40 kali sebelum telan.

4) Isi pinggan dengan sayur-sayuran dan ikan terlebih dulu; tinggalkan ruang kecil untuk nasi. Ini mengehadkan pengambilan karbohidrat.

5) Tinggalkan meja makan sebaik saja selesai makan.

6) Pastikan anda hanya makan apabila di meja makan.

7) Elak makan sambil menonton atau membaca kerana ia membuat anda leka.

dirol.gif Gunakan pinggan atau mangkuk kecil.

9) Makan sedikit, tetapi kerap (jika lapar).

10) Gantikan teh tarik atau kopi selepas makan dengan buah-buahan.

11) Makan buah sebelum makan nasi. Kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyangkan dan khasiatnya dapat diserap lebih banyak.


Edirossa
Ewan_sn
Makan makanan sesuai dengan umur


MEMBAWA berat badan berlebihan sebenarnya bukan satu perkara membanggakan, walaupun ‘kegemukan dan perut buncit?pernah satu ketika dulu dianggap sebagai lambang kekayaan.

Anggapan itu mungkin betul, tetapi penerangan lebih tepat adalah, ia lambang kepada kaya risiko untuk mendapat penyakit. Walaupun anda dilahirkan dalam keluarga bersaiz besar, tetapi ia tidak bermakna anda harus mewarisi risiko penyakit akibat gaya hidup yang mungkin bersarang dalam badan.

Malah semakin berusia, kita sepatutnya menjadi lebih cerewet mengenai soal makan. Bagaimanapun, ini bukan bermaksud anda perlu makanan mahal atau mewah, sebaliknya hidangan yang bakal dimasukkan ke dalam badan disediakan mengikut kaedah memasak yang sihat.

Ini kerana semakin lanjut usia, keupayaan badan untuk memproses makanan menjadi perlahan. Jadi, pengambilan makanan perlu diselaraskan dengan umur dan aktiviti dijalankan.

Ketua Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John, berkata makanan adalah sumber utama dalam pelaburan kesihatan setiap orang yang perlu dilaburkan dengan berhati-hati supaya tidak mendatangkan kerugian kepada diri sendiri dan keluarga.

Justeru, amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak anak kecil.

Namun, jika kita sudah mencecah pertengahan umur, masih belum terlewat untuk membuat perubahan gaya hidup dan pemakanan ke arah positif.

Dalam hal ini, wanita memainkan fungsi penting dalam menentukan corak makanan keluarga. Amalan pemakanan sihat memberikan manfaat berganda kepada mereka dan jika hamil, faedah ini akan turut dirasai janin dalam kandungan.

“Wanita yang mengamalkan pemakanan sihat boleh mengelakkan risiko mengalami komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Janin mendapat nutrisi makanan ibu yang disalurkan melalui plasenta dan kesihatan janin bergantung sepenuhnya kepada apa yang dimasukkan ke dalam mulut ibu.

“Malah, kanak-kanak juga seharusnya diberikan makanan sama seperti ahli keluarga lain dengan penampilan menarik. Anak yang diberi makan dalam suasana keluarga bahagia membesar lebih baik berbanding anak yang membesar tanpa kasih sayang,?katanya ketika bengkel Kesihatan dan Pemakanan anjuran Nestle Malaysia Berhad.

Pada waktu sama, semua ahli keluarga mesti makan bersama pada waktu tetap setiap hari sekurang-kurangnya untuk sarapan dan makan malam.

Ini bukan saja boleh memupuk tabiat pemakanan yang baik, tetapi secara tidak langsung memastikan anak mendapat khasiat diperlukan.

Namun, kata Easaw, ibu bapa perlu memerhatikan tabiat makan anak yang meningkat remaja kerana masalah aneroxia nervosa atau bulimia nervosa sering bermula pada peringkat umur ini. Malah, mereka turut terdedah kepada gejala pemakanan tidak sihat dan banyak lemak.

“Jika anak remaja mengalami masalah obesiti, rancanglah kaedah pengurangan berat badan melalui pendekatan positif. Jangan mengkritik atau mengeluarkan kata-kata negatif kerana ia boleh menjejaskan semangat anak.

“Bantuan terbaik untuk mengurangkan berat badan anak adalah melalui pendekatan menyeluruh membabitkan seisi keluarga, iaitu mengubah kaedah penyediaan dan pilihan jenis makanan serta bersenam bersama,?katanya.

Pemakanan sihat boleh dimulakan dengan:

1) Mengambil sarapan (lebih awal lebih baik).

2) Makan tengah hari, walaupun anda sangat sibuk.

3) Jika perlu snek, pastikan ia berkhasiat dan rendah lemak. Lebih baik makan buah.

4) Hadkan pengambilan kafein sama ada kopi atau teh kepada dua cawan sehari.

Kunci utama kesihatan adalah dengan mengekalkan kecergasan badan kerana setiap 10 tahun, orang dewasa kehilangan antara 2.7 hingga 3.2 kilogram otot yang akan digantikan dengan lemak jika tidak bersenam.

Malah, umur 19 hingga 39 tahun adalah tempoh kritikal untuk membina kesihatan tulang, dan senaman mampu membantu mempercepatkan proses ini, selain melambatkan kadar kehilangan tulang apabila tua.

Paling penting, pastikan badan menerima cukup air (lapan gelas sehari) dan seperkara yang perlu diketahui, sensitiviti badan terhadap dahaga menurun dengan peningkatan usia.

Maknanya, kita mungkin salah mentafsir isyarat dahaga kepada lapar dan menyebabkan kita makan lebih banyak daripada keperluan harian.

Sebaik-baiknya apabila terasa ingin makan, penuhi keinginan itu dengan meminum air. Ia bukan saja boleh mengelakkan masalah kekeringan, tetapi secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan berat badan.

“Hakikatnya, perubahan makanan lebih mudah disebut daripada dilakukan kerana makanan sering disalah anggap sebagai lambang kasih sayang dan kegembiraan.

“Masalahnya, kita hari ini bukan makan kerana lapar. Kita juga makan apabila gembira, meraikan teman, sedih, sunyi, tertekan, bimbang, penat dan bosan. Ini menyebabkan ramai gagal mengurangkan berat badan,?katanya.

Cara mudah untuk mengenal pasti sama ada kita benar-benar lapar atau sekadar teringin hendak makan ialah apabila perut ‘berkeroncong? sakit kepala, hilang daya tumpuan dan mudah terganggu. Empat tanda ini menunjukkan kita lapar.

Jika kita terasa hendak makan apabila menonton iklan, melihat gambar atau tercium bau harum makanan yang merangsang selera ?itu semua adalah gangguan psikologi saja dan seelok-eloknya diabaikan.


Edirossa
Ewan_sn
Makanan Yang Perlu Ketika Berdiet

Antara makanan yg perlu di dekati ketika berdiet ialah :

1) Kacang Buncis dan Kacang Panjang
Kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan nutrian misalnya potasium yang membantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein dan kalsium.

2) Bijirin Oat
Kandungan antioksida dan seratnya baik untuk membakar lemak dan membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.

3) Avokado
Buah ini mengandungi kalori yang tinggi tapi juga mengandungi asid lemak esensial yang baik untuk kulit. Ia mengandungi vitamin E dan beta sisosterol dan serat yang membantu mengatasi masalah kolesterol.

4) Pisang
Mengandungi potasium dan vitamin V6 yang bermanfaat untuk megatasi masalah kelebihan cairan dalam tubuh.

5) Nanas
Membantu memperbaiki serat kolagen yang rosak. Selain itu ia juga mengandungi vitamin C

6) Limau dan Anggur
Membantu membentuk serat kolagen. Juga mengandungi methoxylated bioflavonoids yang berguna untuk melancarkan perjalanan darah dan memperkuatkan pembuluh rambut.

7) Asparagus
Memperkuatkan pembuluh vena dan pembuluh rambut serta membantu mengawal tekanan darah. Mengandungi glutathione, enzim yang bersifat detoksifikasi dan pelawan radikal bebas.

dirol.gif Bawang Merah dan Bawang Putih
Ramuan dapur ini mudah disertakan dalam setiap masakan. Kandungannya antara lain sulfur (membantu mengatasi kesan daripada pendedahan radikal bebas), vitamin E dan vitamin C

9) Brokoli
Mengandungi alpha lipoicacid (mencegah kolagen), selenium (memaksimumkan vitamin C, E dan beta karoten) dan kalsium.

10) Daging Merah
Anda tidak perlu menjauhkan diri daripada produk-produk yang berasaskan haiwan. Pilihlah yang bebas lemak. Daging lembu mengandungi conjugated linoleic acid (CLA) yang berfungsi untuk membakar lemak.


Edirossa
Ewan_sn
Amalan diet, pemakanan usia tua

APABILA seseorang mencapai usia 50 tahun, pelbagai perubahan berlaku kepada mereka. Bagi wanita, apa yang nyata adalah pada tahap ini mereka akan menghadapi menopause.

Namun bagi lelaki mereka juga menghadapi keadaan sama apabila tahap testesteron mereka semakin menurun. Ini memberikan beberapa perubahan pada tubuh badan dan pemikiran.

Masalah prostat adalah satu kebimbangan yang sering mengganggu kaum lelaki pada usia ini. Prostat adalah kelanjar sebesar kacang walnut yang terletak di bawah salur kencing dan juga sekitar urethra dan ia mendatangkan ketidak selesaan.

Satu pertimbangan yang agak penting pada usia ini adalah kesihatan tulang. Osteoporosis adalah keadaan di mana kadar galian yang rendah pada tulang boleh membawa kepada peningkatan risiko terhadap kecederaan patah tulang.

Terapi Penggantian Hormon adalah satu kaedah rawatan yang dicadangkan kebanyakan doktor untuk mereka pada usia ini bagi memperlambatkan kehilangan kalsium daripada tulang.

Kesihatan jantung dan salur darah menjadi semakin penting apabila umur seseorang itu meningkat, tambahan pula kajian mendapati penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu.

Nutrien bagi mengawal jantung dan salur darah boleh diambil secara berterusan dan ini termasuklah minyak ikan yang mana dapat meningkatkan kesihatan dan elastisiti salur darah.

Secara amnya, antioksidan adalah nutrien berharga yang dapat mengurangkan kesan negatif radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas adalah bahan reaktif yang berupaya memusnahkan sel membrane, tisu dan organ.

Usia 60-an

USIA 60-an sering dilihat sebagai dekad perubahan dalam kehidupan seseorang yang juga menyaksikan perubahan bagaimana seseorang itu melihat dirinya. Bersara daripada pekerjaan mewujudkan keperluan untuk melakukan pengubahsuaian utama dalam hidup yang mana tidak mudah untuk dicapai.

Walaupun usia ini sering dikaitkan dengan kehidupan yang aktif, tetapi pemeriksaan doktor yang teratur seharusnya digalakkan bagi membantu mengekalkan kesihatan optimum.

Sukatan ubatan ada masanya perlu diubah, jadi adalah perlu untuk seseorang itu mempunyai hubungan baik dengan doktornya bagi memeriksa keperluan sesuatu ubatan dan makanan tambahan serta sukatannya.

Selalunya, peningkatan umur menyebabkan penurunan upaya sistem penghadaman. Masalah seperti kembung dan sembelit adalah biasa. Mengekalkan diet seimbang melalui pengambilan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran menyediakan nutrien antioksidan yang membantu, di samping mengambil banyak serat.

Golongan berumur 60-an terutamanya lelaki, sering menganggap diri mereka berada pada tahap kecerdikan memuncak. Mereka lebih fokus kerana tiada gangguan dalam hidup seperti masalah membesarkan anak, memikirkan tentang kerjaya dan masalah sosial.

Mungkin terdapat sedikit kelemahan dalam mengingati semula sesuatu perkara, tetapi otak orang tua penuh dengan pengalaman.

Mengamalkan senaman pada usia ini meningkatkan kekuatan dan fungsi fizikal, malah ada kalanya keupayaan fizikal mereka yang berusia 60-an adalah lebih baik daripada sesetengah mereka yang berusia 30-an.

Bagaimanapun, senaman yang dilakukan tidak perlu terlalu berat yang mana berjalan dan berenang sudah cukup baik dan lebih baik daripada berjogging dan sebaiknya dilakukan selama 30 minit setiap kali sebanyak tiga atau empat kali seminggu.

Usia 70-an

KETIKA menginjak usia 70-an, ia adalah satu dekad di mana pengalaman serta fahaman yang boleh dikongsi dengan generasi muda dan adalah penting untuk anggota masyarakat menghargai sumbangan golongan ini.

Gen memainkan peranan penting pada tahap kesihatan dan rupa yang mana seseorang itu boleh kelihatan tua walaupun baru berusia 30-an atau kelihatan muda pada usia 75 tahun.

Pada usia 70-an, apa yang diperlukan golongan ini adalah makanan yang baik yang mana ia membantu mengurangkan tahap ditimpa penyakit. Apabila usia meningkat seseorang itu tidak sentiasa berasa dahaga walaupun badan memerlukan air.

Justeru mereka pada usia ini perlu mengambil cecair pada kadar antara 1,650 ml hingga 2,500 ml sehari.

Dementia adalah antara kebimbangan pada kebanyakan orang tetapi pada usia 70-an, hanya kira-kira 10 peratus manusia yang menghadapi masalah ingatan dan sebahagiannya pula berpunca daripada masalah Alzheimer.

Bagi golongan pada usia ini beberapa perkara di bawah dapat membantu mereka dalam menghadapi usia ini.


1) Mengambil makanan berkhasiat untuk menambah kekurangan di sana sini.

2) Mengambil multivitamin bagi memastikan pelbagai jenis nutrien ada pada diet mereka.

3) Ambil banyak makanan tinggi protein atau mengambil makanan tambahan amino asid.

4) Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

5) Makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.


Edirossa
masMerah
info:

selalu masyarakat kita anggap tidak mengambil benda makan akan mudah kurus.

ini salah.

kita perlu makan untuk membakar lemak. makanan adalah perlu untuk menolong membakar lemak

kita perlu menghilangkan lemak bawah kulit tetapi bukan hilang muscle dan air dlm badan.

selalunya air dalam badan hilang kerana pengambilan ubat berak untuk tujuan kurus.
ia akan memburukkan kulit. muka kelihatan letih dan tak bermaya.

muscle hilang pada mereka yg menyekat permakanan tanpa mengikut kaedah/polar permakanan yg sesuai.
sedangkan tubuh manusia akan elok/indah dengan muscle yg sesuai.

cara terbaik menghilangkan lemak ialah bersenam hingga mengeluarkan peluh 15-20 min 3 kali seminggu
sebenarnya walking exercise lebih baik dari berlari. Ia mengamankan otot badan dalam proses membuang lemak.

makanan yg perlu untuk membakatr lemak.

yougurt rendah lemak.
susu tanpa lemak.
kacang
epal hijau dan sebarang jenis epal.
belimbing
jambu (kaya dgn vit utk kulit)
semua jenis ulam kegemaran org melayu (pegaga, putat, pudina dll)
madu
soya (gula tanpa kalori)
soya isi (tau foo fa)

Merah pernah poskan plan pemakanan dulu... so malas nak ulang..


biggrin.gif jgn pandang Merah
sbb Merah montel...

Ambik apa yg telah merah pelajari
Ewan_sn
Bosan Bila berat badan tidak susut...

Menurunkan berat badan bukanlah satu keajaiban seperti mana yg terpampang di ruangan iklan yg membanjiri media cetak dan elektronik. Ini kerana tiada jalan mudah untuk kelihatan ramping, kurus dan sihat. Mengurangkan berat badan memerlukan seseorang utk mengamalkan senaman dan gaya hidup sihat secara berterusan.

1) Ramai yg menyimpan hasrat bersenam dgn meletakkan target yg besar utk mengurangkan kilogram berat badan mereka. Namun tahukah anda, pemikiran begitu sebenarnya tidak mampu bertahan lama kerana anda nyata akan cenderung berputus asa sekiranya hasil yg anda peroleh tidak menjadi sebagaimana yg diharapkan. Apa yg dicadangkan adalah memadailah dgn menyimpan hasrat utk membuat satu perubahan kecil terlebih dahulu kerana yg kecil itu akan membuahkan hasil yg besar jika dilakukan secara berterusan.

2) Buatlah senaman atau apa sahaja aktiviti yg mengeluarkan peluh kerana hanya ini sahaja cara yg paling efektif untuk membakar segala lemak ataupun kalori yg diserap oleh tubuh anda.

3) Berhenti mengambil minuman berkarbonat kerana satu tin minuman soda mengandungi anggaran 150 hingga 170 kalori tanpa sebarang nutrisi.

4) Pergilah berjalan kaki selama 15 minit, dua kali sehari. Pastikan anda berjalan cepat hingga jantung berdegup laju, kerana berjalan perlahan tidak membantu untuk menyingkir lemak.

5) Jauhkan mengadap makanan ringan termasuk kentang goreng dan kerepek kentang. Sebaliknay sentiasalah membawa lobak kecil dan mengunyahnya ketika lapar.

6) Jika anda teringin makan makanan segera seperti burger, pilihkan makanan yg bersaiz kecil kerana sekurang2nya dapat membantu mengurangkan kalori dalam tubuh.

7) Anda juga disarankan utk melakukan senaman yg berfaedah di kala anda leka menonton televisyen seperti menggunakan bermacam peraalatan senaman. Bila anda leka, anda tentu tidak sedar masa 20 minit 20 minit yg telah berlalu, kan?

dirol.gif Banyakkan makan kismis dan kekacang. Sentiasa penuhkan almari makanan, peti sejuk dan beg tangan anda dgn kudapan yg sihat ini. Anda tentu tidak akan menyesal.

9) Anda harus bijak memilih makanan. Elakkan segala makanan yg mengandungi lemak serta kalori yang tinggi seperti mentega, mayones, susu penuh krim, coklat, gula-gula dan ais skrim. Bukan anda tidak boleh makan tapi pilih jenis rendah lemak atau tanpa lemak.

10) Jika teringin hendak makan ayam, cara memasak yg dianjurkan ialah dgn cara merebus atau memanggangnya tanpa kulit. Memakan ayam yg digoreng merupakan cara mudah menambah kalori dlm badan.

11) Ini merupakan satu lagi aktiviti yhg kurang gemar dilakukan oleh wanita. Jgn ingat hari minggu adalah hari untuk bermalas-malas semata-mata. Lakukan actvt fizikal seperti berjogging pada waktu pagi. Jika malas sgt hendak bersenam, apakata lakukan actvt mencuci kereta anda atau suami anda atau kedua-duanya kerana sekurang-kurangnya anda akan berpeluh! Dpd mengupah org lain mencuci kereta utk anda, lebih baik buat sendiri. Bukankah sihat dan menjimatkan?


Edirossa
Ewan_sn
Memilih dan Mengawal Pemakanan

KITA sering lupa atau tidak menyedari bahawa tubuh badan kita adalah aset yang sangat berharga. Seperti kebanyakan aset lain yang berharga, kita perlu berusaha untuk menjaga dan memperbaiki aset kita supaya kita dapat terus mengecapi manfaatnya.

Melabur dalam diet yang berkhasiat dan seimbang adalah penting untuk menjaga aset kita yang paling berharga iaitu kesihatan kita.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk merancang pengambilan makanan yang boleh meliputi makanan kegemaran kita sambil memastikan ia sesuai dengan usia dan keaadan fizikal kita.

Kurangkan lemak dan kolesterol

Lemak dan kolesterol adalah punca utama sekatan arteri, yang meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Oleh sebab itu, usaha mengehadkan lemak tepu dan trans yang anda makan adalah langkah paling penting yang boleh diambil untuk mengurangkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit arteri koronari.

Cara terbaik untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu dan trans adalah dengan mengehadkan jumlah lemak pejal seperti mentega, marjerin dan lelemak apabila memasak dan menghidangkan makanan. Jika boleh, gunakan gantian yang rendah lemak.

Apabila anda menggunakan lemak, pilih lemak mono tak tepu, seperti minyak zaitun atau kanola. Lemak poli tak tepu, yang terdapat dalam kekacang dan biji-bijian, adalah pilihan yang lebih sihat.

Apabila digunakan untuk menggantikan lemak tepu, lemak mono tak tepu dan poli tak tepu boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda secara keseluruhan.

Tetapi kesederhanaan adalah sangat penting. Segala jenis lemak mempunyai nilai kalori yang tinggi dan hendaklah digunakan secara sederhana.

Cara mudah untuk mengurangkan pengambilan lemak dan kolesterol

* Membakar, memanggang, atau menyalai makanan dan jika boleh, tidak menggoreng.

* Pilih daging rendah lemak seperti ayam, ikan, ayam belanda, daging tanpa lemak yang boleh dilihat dan tanpa kulit.

* Hadkan daging yang mengandungi terlalu banyak lemak seperti sosej, hot dog, salami, pepperoni, lamb chop, dan daging goreng.

* Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Gunakan buah-buahan sebagai pencuci mulut untuk menggantikan manisan tinggi lemak seperti aiskrim, kek dan kuih-muih.

* Hadkan jumlah lemak tambahan seperti marjerin, mentega, minyak, kuah salad dan mayones.

* Gunakan produk tenusu rendah lemak seperti susu rendah lemak, keju rendah lemak atau tanpa lemak, krim masam rendah lemak atau tanpa lemak dan keju krim.

Pilih protein rendah lemak

Daging, ayam itik, ikan, susu dan telur adalah antara sumber protein yang terbaik.

Tetapi anda perlu berhati-hati memilih sumber protein yang rendah lemak seperti susu skim, bukan susu penuh dan dada ayam tanpa kulit, bukan kepak dan bahagian-bahagian lain yang banyak lemak dan kulit.

Ikan adalah satu lagi pilihan yang lebih baik daripada daging tinggi lemak.

Sesetengah jenis ikan seperti bass laut, bawal putih, kod, tuna dan halibut lebih rendah lemak keseluruhan, lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging dan ayam itik.

Kekacang seperti kacang pis dan dal juga merupakan sumber protein yang baik. Ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol, tetapi juga rendah lemak.

Ini menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk menggantikan daging. Kacang soya adalah satu lagi jenis kekacang yang sangat baik untuk jantung anda.

Tambah sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda


Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah kalori, kaya dengan serat makanan, vitamin dan zat galian yang baik.

Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi fitokimia, bahan yang terdapat dalam tumbuhan dan boleh membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengenyangkan dan membantu mengelakkan pengambilan makanan snek yang tidak sihat.

Menambah sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet anda mungkin tidak sesukar yang anda sangkakan. Simpan lobak merah, tomato, epal, pisang, anggur atau pic dalam peti sejuk atau dapur sebagai ingatan.

Bila makan di luar, pilih resipi yang mengandungi sayur-sayuran atau buah-buahan sebagai ramuan utama. Jangan mencecah sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuah, santan, sos pekat atau krim.

Pilih bijirin penuh

Bijirin penuh adalah sumber serat, vitamin dan zat galian seperti tiamina, riboflavin, niasin, vitamin E dan magnesium, fosforus, selenium, zink dan zat besi.

Pelbagai nutrien yang terdapat dalam bijirin penuh memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung. Anda boleh menambah pengambilan bijirin penuh dalam diet anda dengan membuat penggantian yang mudah.

Pilih roti bijirin penuh bagi menggantikan roti putih. Pasta gandum penuh untuk menggantikan pasta biasa, dan beras perang untuk menggantikan beras putih biasa.

Pilih bijirin tinggi serat untuk sarapan, seperti emping bran atau gandum pecah, untuk menggantikan mufin dan donat. Dan gunakan tepung gandum penuh bagi menggantikan tepung putih biasa bila membuat kuih.

Amalkan kesederhanaan

Mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan dapat membantu anda mengamalkan diet yang sihat. Tetapi anda juga perlu tahu berapa banyak makanan yang boleh diambil.

Mengisi pinggan hingga penuh, mengambil tambahan kedua dan memilih sajian bufet boleh menyebabkan anda mengambil kalori, lemak dan kolesterol secara berlebihan.

Sajian yang disediakan di restoran biasanya jauh lebih banyak daripada yang anda perlukan. Sentiasa pastikan anda mengambil sedikit sahaja daging, ayam dan ikan supaya anda mempunyai ruang untuk mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.

Perancangan adalah penting

Adakah anda bersedia untuk memberi komitmen kepada kesihatan anda? Jika anda sudah bersedia, bermakna anda juga sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan tindakan anda.

Pilih makanan untuk setiap waktu makan dan snek, dengan mengutamakan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh dan mengehadkan daging dan makanan berlemak.

Awasi jumlah makanan yang anda ambil dan pelbagaikan pilihan menu anda. Pilih segala jenis makanan tetapi makanlah secara berpatutan. Sesetengah makanan secara semula jadi mengandungi lebih banyak lemak.

Jangan ketepikan makanan berkhasiat daripada diet anda semata-mata disebabkan kandungan lemaknya.

Sebaliknya, cuba kurangkan sajian makanan yang disediakan dengan lemak tambahan seperti makanan bergoreng dan kek. Sebagai contoh, sepotong keju lebih sihat daripada kentang goreng atau French fries.

Mungkin terdapat beratus-ratus lagi petua lain yang boleh membantu anda membaiki kesihatan anda.

Walau siapapun diri anda atau apa pun tahap kecergasan anda, amalan diet yang lebih sihat dan usaha menurunkan berat badan adalah lebih mudah daripada yang anda sangkakan.

Yang penting, anda perlu menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan untuk mengamalkan diet yang sihat, memperbaiki tahap kecergasan, dan menguruskan pengambilan lemak dan kolesterol.

Menahan diri daripada mengambil makanan kegemaran anda boleh mendatangkan kesan sebaliknya dalam usaha menukar diet atau tabiat makan anda dalam jangka panjang.

Ia boleh menimbulkan keinginan yang meluap-luap dan mencetuskan pelbagai kitaran yang tidak diingini dalam pengurusan diet anda.

Sebaik-baiknya, anggaplah tabiat makan yang sihat sebagai larian maraton, bukan larian pecut.

Matlamat sebarang program diet yang sihat adalah untuk membuat perubahan yang mudah dan kekal sepanjang hayat, khususnya dalam cara anda membeli, memasak dan mengambil makanan.

Hanya dengan melakukan perubahan-perubahan yang boleh anda amalkan sepanjang hayat, anda dapat menikmati diet yang sihat.

Selepas anda mengamalkan apa yang anda pelajari dalam hidup anda sendiri, anda akan mendapati tabiat makan yang sihat bukan sahaja boleh diamalkan, bahkan ia juga menyeronokkan.

Dengan perancangan yang baik dan membuat penggantian yang mudah, anda benar-benar dapat menikmati makanan sambil menjaga kesihatan jantung dan badan anda.



Ewan_sn
Kaitan M_etabolisme Dengan Gemuk atau Kurus Seseorang


ADA orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari.

Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar M_etabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.

Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Hakikatnya, jika kita makan banyak melebihi tenaga diperlukan, kita pasti mengalami masalah pertambahan berat badan. Jika kurang makan tetapi banyak menggunakan tenaga, berat badan akan berkurang.

M_etabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing.

Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.

Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah. Walaupun faham mengenai perkara ini, ia sukar dijadikan sebahagian daripada amalan. Malah, mengira kalori setiap kali hendak makan juga tidak dianggap sebagai amalan praktikal.

M_etabolisme membabitkan tiga perkara asas. Pertama ialah kadar m_etabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75 peratus daripada tenaga harian untuk tugas ini.

Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10 peratus daripada kalori harian digunakan untuk proses ini. Ketiga ialah aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti dilakukan.

Secara semula jadinya, beberapa faktor akan memperlahankan M_etabolisme , iaitu:

1) Umur — M_etabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar M_etabolisme juga menurun.

2) Jantina — Secara umumnya M_etabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.

3) Masalah hipotiroidisme — Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan M_etabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

4) Genetik — Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar M_etabolisme cepat.

Jika anda mempunyai kadar M_etabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar M_etabolisme , ia bukan kaedah terbaik.

Memang tidak salah untuk mencuba produk seperti ini, tetapi kita perlu berhati-hati dan sebaik-baiknya dapatkan pandangan pakar terlebih dulu sebelum menggunakannya.

Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar M_etabolisme perlahan. Perkara ini dialami kebanyakan orang di seluruh dunia, termasuk penduduk di negara kita.

Rata-rata memberikan alasan sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan, walaupun ramai tahu manfaatnya.



Cara meningkatkan kadar M_etabolisme dlm bdn kita :

1) Pemakanan — Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses M_etabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar M_etabolisme untuk menjimatkan tenaga.

Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar M_etabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar M_etabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar M_etabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

2) Senaman - Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.

Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.

3) Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar M_etabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

4) Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.
syima
Herbalife itu MEAL REPLACEMENT SHAKE.. macam2 perisa ada... stoberi..french vanilla..tropikana.. tak pernah guna..tapi memang berkesan if tahan godaan makanan..

contoh menu bila guna herbalife

Sarapan : nasi goreng , buah betik, nescafe susu
Makanan Ringan : buah dan yogurt drink
Tengahari : Herblife shake + buah
Makanan Ringan : 1 keping kek
Malam : Herbalife shake + buah
Makan lewat malam : susu stoberi ( buat sendiri )
* semua pemakanan dah diubahsuai menjadi seimbang dan dalam versi kurang lemak.

kiranya korang nye pemakanan ni .. tak sampai 1300kalori sehari.
syima
Nak kurangkan berat badan kita kena belajar... ada setengah orang ni sanggup tak makan.. suppose kita kena makan 5-7 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sikit.. ini supaya kita dapat mengelakkan PLATEAU bila kita jaga badan.. bila kita tak makan.. otak kita akan send signal kat badan cakap badan kita sakit.. jadik dia akan stop kan pengeluaran TENAGA ( KALORI) = FAT .. so korang tak kurus ler..
syima
Hi, just nak cakap kepada orang yang mengalami masalah berat badan tu dan yang nak kuruskan badan tu.. kuruskan badan korang sebab kesihatan, bukan kecantikan!



Aku juga telah mengalami masalah yang sama sebelum ni.. berat badan aku yang paling maksima ialah 115KILO, dan sekarang ni dengan pemakanan seimbang dan sihat , serta amalan bersenam yang berlanjutan, aku telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 45KILO.. tanpa makan ubat, jamu, minuman peggantian makanan (MRS), dan tak makan.

Kenape aku gemuk? Aku gemuk sebab aku hari2 minum teh ais 5 bungkus, mkn kulit ayam..dan aku sering collect kulit ayam goreng dari kawan2 aku masa kat skolah.. pastu skali makan 5 pinggan.. sayur tak makan langsung..alasan aku sayur itu pahit.. bluewek..

Satu hari tu aku frust ler aku tak de duit nak beli baju da... sebelum ni father aku sara aku..tapi skrg dia dah takde.. dan aku berikrar akan makan roti aje selama 5 bulan.. pagi..aku makan sekeping roti.. tengahari roti.. pastu malam aku dah jadi macam tak betul dah..sebab rasa letih nak mati.. then aku makan nasik hampir stengah periuk.. dengan lauk pauk yang banyak..aku ingat lagi aku makan ikan siakap tiga rasa tu aku sorang aje.... bukan satu hidangan.. 2 ekor ikan besar tautak!! adei..esok aku nangis je sebab aku telah rosakkan diet aku. Dan aku fed up.. fed up sangat nak kuruskan badan aku ni ha.. pastu..aku pun gi la KL.. cuti skolah kan.. aku ternampak majalah omputeh.. MAK OI MAHAL NYE..RM15-30 satu edisi.. takpe lah aku pun beli majalah yang dah ekspired.. then aku ikot lah guideline dari situ..

Dan apa yang aku belajar dari majalah2 tersebut membuatkan aku rasa macam info ni tak betul aje..? ade ke suruh aku makan 6x ? tak gemuk ke? pastu dari resepi2 diorang aku tengok.. betul ke makan nie tak gemok? ade ke suh aku makan chicken chop?fish and chips? nasi goreng? salad ngan sos nye? pastu bila aku browse thru resepi2 tersebut.. aku tengok ade kelainan sikit dari segi cara memasak.. then aku ikot instruction tersebut.. baru aku tahu..diet ni tak semestinya kena makan tak sedap.. macam ayam rebus aje..ikan rebus.. pastu tak leh taruk minyak.. dan makan sikit.. sikit.. ade gak orang nasihatkan aku makan sehari skali dimana dari apa yang aku baca, ianya akan membuatkan ######bolisme kita rosak dan badan kita akan menjadi lembik2..

First week aku ingat lagi aku makan apa..

sample menu sehari dalam first week tu

pagi - 2 biji telur rebus, 1 keping roti whole grain + 1/2 sudu besar butter(RM5 sebuku mhl siot.tapi terpakse), 10 biji anggur, nescafe susu (susu skim + gula equal)

snack pagi - 1 cawan yogurt low fat + 1 biji pisang

tengahari - 1 hidangan chicken chop, ayam besar tapak tangan.., 1 cawan brokoli butter (1 sudu kecil butter), 1 biji ubi, buat macam kfc wedges tu( minyak satu sudu besar, dengan seasoning sket)

makan petang - 3 keping low fat cream crackers, + 2 keping keju cheesdale yang light.

makan malam - 1 cawan nasi, 1 cawan sayur campur goreng (goreng ngan minyak 1/2 sudu besar), asam pedas johor ( guna minyak 1/2 sudu besar juga) + bendi aku makan banyak..

supper - 1 biji buah dengan 1 keping roti whole grain ngan peanut butter 1 sudu.

lebih kurang 2000 kalori lah..

caye tak.. banyak kali kan.. hahah.. dalam banyak kali aku makan tu.. first week tu aku turun 2 kg, dan after that aku turun tak sampai 1 kg setiap minggu.. dan...satu minggu tu..berat badan aku tak menurun.. berlarutan sampai 1 bulan lebih.. then... aku dah jadi macam tak betul.. rupanye aku makan tak cukup..(tak cukup lagi..aku dah makan 6x sehari)...aku kena tambah kan protein dalam makanan aku sikit.. then aku tukar tune sikit dalam eksesais aku tu... aku lebihkan angkat berat..dari erobik,jalan2.. berat aku tak menurun jugak.. tapi aku notice..seluar aku longar.. baju aku longgar...dan semestinyya.. badan aku semakin fit... tak adelagi dah kepak kat tangan.... betis ngan paha aku pun tak bergoyang dah bila aku berjalan.. ahahha.. kelakar tol.. and baru aku belajar.. kadang2 weight scale tu menipu kita.. jika kita dalam situasi tersebut..kita kena lah tukar sikit tune kita.. sebab body kita nak challenge sikit.. walaupun aku dah turun sampai 45kg.. aku still need nak turunkan lagi 10-15kilo.. dengan bodyfat 15% saja..


Kenapa aku diet? Aku diet sebab muka aku kuar biji2 putih.. doktor cakap kolestrol..dan aku kuat berpeluh....dan aku selalu letih..tak bermaya.. dan jadi macam tong drum..Aku diet sebab tak ade duit nak beli baju... sebab baju utk orang2 gemuk nieee mahal giler.. bayangkan 6 bulan aku beli baju lebih dari RM5k.. skrg ni .. RM5k tu aku boleh beli baju stok 6 tahun.. kekeke...


Cabaran paling utama bila aku diet secara sihat ni, adalah kawan2 aku sendiri, pepandai saje kate aku ni tak makan, pastu bila aku makan 6x sehari, cakap aku telah rosakkan diet aku sendiri... pastu diorang cakap aku angkat berat jadi macam laki WWF tu.. er..sorry folk..tak jadi pun macam tu.. sampai hari ni, masuk 4 tahun dah aku angkat berat..tak ler jadi macam tu pon..?! satu lagi..aku hit plateau..dimana berat badan aku tak turun sesen pun. yang aku dah mention above..

so


so..kawan2 kat sana.. jika nak kuruskan badan..jangan terlalu harapkan pada ubat..shake..etc.. nak kurus means.. CALORIE INS AND CALORIE OUTS... belajarlah tentang kalori.. dan nutrisi makanan..



syima
Jadual Eksesais Aku

Ahad , Rabu- Upper body workout
2 set / 10 reps - bicep curl
2 set / 10 reps - preacher's curl
3 set / 12 reps - tricep kickback
1 set / 10 reps - skull crusher
3 set / 15 reps - basic sit ups
3 set / 15 reps - hang over sit ups
3 set / 15 reps - oblical sit ups
3 set / 15 reps - back extension
3 set / 10 reps - dumbell flye
3 set / 10 reps - chest press


Isnin , Jumaat
3 set / 10 reps - 1 leg squat
3 set / 10 reps - double legs squat
3 set/ 10 reps - leg press
3 set / 10 reps - pelvic floor rise
3 set / 10 reps - calve machine
3 set / 10 reps - german deadllift.
*10 mins warm up , 10 mins cold down, 5 mins lower body stretch.

ahad , selasa, jumaat
cardio
30-50 minit lari, swimming, biking etc.
sixtyniner
Very interesting. Boleh buat buku nih. Boleh jadi best seller. Aku pnah baca buku My Big Fat Greek Diet by Dr. Nick Yphantides. Pon best gak. Suka tengok org berusaha bersungguh2 untuk mencapai tujuan.

Boleh tak cik syima cerita dari day one hingga pada hari2 yang cik syima betul2 puas dengan apa yg telah dijalankan.
Didiharaiss
balun nasik sabtu dan ahad..
hari lain tak makan nasik..
makan ringan2 jer
syima
QUOTE
Very interesting. Boleh buat buku nih. Boleh jadi best seller. Aku pnah baca buku My Big Fat Greek Diet by Dr. Nick Yphantides. Pon best gak. Suka tengok org berusaha bersungguh2 untuk mencapai tujuan.

Boleh tak cik syima cerita dari day one hingga pada hari2 yang cik syima betul2 puas dengan apa yg telah dijalankan.



erk... beratus hari gak tu... mati i.. kekeke..takpe nanti i akan buat...ok
Miya_narien
best gile cite diet ko..
leh buat panduan nih..
ko gi gym ke syima?
syima
gi. aku gi gym after subuh. tengok lah, kalu free.. if not buat kat rumah aje.. umah ada mini gym..
syima
tak ade sapa nak anjurkan senamrobik ke.
ca'a
salam....

bagi yang ada lemak tepu yang menghalag proses

penurunan berat badan..cubalah bersauna..

selamat..sambil memecahkan lemak sauna dapat menyahtoksik

cubalah good.gif
Ewan_sn
Berpuasa - Pahala dapat, kurus pun dapat!


Ibadah puasa sebenarnya boleh membantu menjaga kesihatan termasuk mendapat dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Dengan kata lain, puasa boleh membantu menguruskan badan. Puasa kini bukan sahaja diamalkan oleh penganut agama Islam, ia sudah mula mendapat perhatian penganut agama lain.

Bagi kita puasa sudah menjadi sebahagian daripada kewajipan yang perlu kita laksanakan namun bagi mereka yang bukan beragama Islam, mereka menganggap puasa adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Puasa dan kesannya terhadap berat badan memang ketara jika kita mengamalkan puasa yang sebenarnya dan mengikut aturan makan terutamanya sewaktu berbuka puasa dan bersahur dengan betul seperti yang disarankan dalam Islam.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui amalan berpuasa ini, kita jangan mengambil makanan mengikut nafsu sebaliknya ambillah makanan mengikut keperluan tubuh badan. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu. Anda dinasihatkan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak dan berkarbohidrat juga perlu dielakkan.


Puasa Isnin & Khamis

Kerana banyaknya hikmah dan kebaikan berpuasa terhadap kesihatan kita, maka umat Islam juga digalakkan berpuasa walaupun bukan di sepanjang bulan Ramadan. Dalam Islam ada dinyatakan petua untuk kekal sihat dan panjang umur adalah dengan melakukan amalan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis setiap minggu.

Puasa sunat ini jika kita amalkan seperti yang telah ditetapkan ia akan membantu kita mengawal kalori dan menguatkan daya ketahanan asalkan tidak mengambil terlalu banyak makanan berlemak dan manis. Namun ini bukan bermakna anda tidak boleh langsung mengambil makanan manis, cuma gantikan makanan manis itu dengan memakan buah-buahan, serat dan jus buah-buahan yang dibuat sendiri. Jus yang dibuat sendiri seeloknya tidak diletakkan gula yang banyak, lebih baik jika tidak diletakkan langsung. Biarkan ia rasa manis secara semulajadi.

Sewaktu menyediakan dan mengambil makanan untuk berbuka puasa juga seharusnya dibanyakkan makanan berprotein, telur, susu dan masakan yang dikukus. Di sini kita boleh mengambil iktibar daripada Rasululllah s.a.w. Mengapa nabi sunatkan kita berbuka puasa dengan mengambil buah kurma terlebih dahulu? Sebenarnya dari sudut diet, mendahulukan buah kurma adalah baik untuk kesihatan. Selepas itu barulah diikuti dengan mengambil makanan lain seperti roti atau nasi. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak santan dan makanan bergoreng wajar disingkirkan dari senarai menu anda.


Makanan yang panas dan pedas

Antara menu terbaik untuk berbuka puasa adalah asam laksa kerana ia mempunyai protein melalui kuah ikannya. Ataupun sup sayuran yang mengandungi pelbagai jenis serat. Asam laksa sangat baik kerana kuahnya mengandungi nilai protein yang tinggi hasil daripada campuran isi ikan dan sayur-sayuran.

Selain itu, kunyit dan temu lawak juga boleh membantu mengurangkan lemak. Begitu juga makanan pedas dan panas yang membantu membakar lemak. Kerana itu, bagi mereka yang ingin menguruskan badan, ambillah makanan yang bersifat panas dan pedas.

Selain berbuka, bersahur juga penting. Walaupun anda hanya berpuasa sunat. Sahur sama sifatnya dengan sarapan pagi. Dalam carta kesihatan sarapan pagi tidak boleh diabaikan. Apabila bersahur, sama juga dengan berbuka. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan protein. Ada orang gemar minum susu atau milo, tak mengapa asalkan ada protein.

Bagaimanapun amalan berpuasa sahaja masih tidak mencukupi untuk kita mengurangkan berat badan dan mendapat bentuk badan yang ideal. Tidak ada ertinya jika anda berpuasa tetapi dalam masa yang sama anda hanya tidur dan memerap di rumah.


Bersenam di waktu petang

Apabila anda berpuasa, anda juga masih boleh melakukan senaman. Namun masanya mungkin berlainan daripada biasa. Apabila berpuasa janganlah bersenam di awal pagi, perbuatan ini hanya akan menjadikan anda lebih cepat berasa lapar dan dahaga, sebaliknya buatlah senaman sekitar jam 5-6 petang. Walaupun anda akan rasa keletihan tetapi ia akan hilang sebaik sahaja anda berbuka puasa. Jarak antara masa anda bersenam dengan waktu berbuka juga sudah tidak jauh.

Alasan berpuasa untuk tidak bersenam tidak boleh diterima dalam konsep berpuasa mengikut cara Islam. Senaman yang anda lakukan ketika sedang berpuasa akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Lemak-lemak di tubuh tidak akan terkumpul setempat sebaliknya akan pergi ke otot dan ia membantu mengurangkan rasa lapar. Satu daripada senaman yang bagus untuk anda laksanakan ialah senaman angkat beban di tangan yang membantu menguatkan otot dan tulang.

Sekiranya anda tidak berupaya untuk berjoging, berjalan kaki setengah jam sudah mencukupi. Bagi anda wanita, aktiviti memasak, mengemas rumah, membersihkan halaman ataupun turun naik tangga juga boleh dianggap senaman yang boleh membakar kalori.

Justeru sebagai Muslimah, anda tidak perlu bersusah payah dan mengeluarkan belanja yang besar
untuk kelihatan kurus dan sihat. Hanya amalkan amalan berpuasa dan ikut peraturan yang dianjurkan dalam Islam. Insya-Allah anda akan memperolehi kedua-duanya iaitu, kurus dan pahala.
Ewan_sn
Kalori seimbang antara penentu berat badan


MENGIKUT kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah.

Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan.

Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda.

Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Jumlah kalori yang dibakar setiap hari dipanggil jumlah penggunaan tenaga.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.

Faktor mempengaruhi keperluan kalori anda


Saiz tubuh dan komposisinya - Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.


Usia - Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.


Jantina - Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Kerana itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.

Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan.

Kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.

Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.

Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.

Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini.

Metabolisma mempengaruhi keperluan tenaga anda tetapi apa yang anda makan dan aktiviti fizikal yang menentukan berat badan anda sebenarnya
fied
fied rasa diet kite kene seimbang.Kurangkan makanan berminyak.Yang paling penting bersenam.Bersenam seperti jogging atau skipping.buat 20 minit 3 kali seminggu.Kalau tiap2 hari lagi bagus.Jogging dan skipping ni baik untuk sistem kardiovaskular kita.
syima
tul tu..
art
tahniah syima..while u on it..why dont u bring your weight down to 29 kg? cuma hati2 bila terserempak anjing
syima
cannot.
itu sudah cukup buatkan glycogen tak sampai pada otak saya.
lagipun tak suitable utk goal saya utk bodybuilding.
revolt
OPSS.. ADE IKLAN SIKIT NIE...

Adakah anda mengalami masalah perut buncit?
Ataupun mengalami masalah perut boyot?
Ya anda.. saya sedang bercakap dengan anda boyot!
Adakah kawan2 anda sering memberi nama timangan yang lain?
seperti : si gemuk, si debab, si boroi, ataupun fatty bom bom?
Adakah pencuri sering bersembunyi di belakang anda?
utk mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.
Adakah perut anda boleh kelihatan dari Karachi, Dubai ataupun Istanbul?

Jika jawapannya adalah ya,
Sertailah KELAB DIET..

Anda boleh menurunkan bukan 5, bukan 10..
tetapi lapan puluh kilogram.. (eh.. betul ke ni?)
ye.. lapan puluh kilogram..

anda juga akan mendapat rawatan sakit jantung percuma, dari dukun Syima...
sertailah sekarang..
jangan tak jadi, mesti jadi...
ChicCikin
ni ke kelabnyer en revolt?
has_fiza
target berat aku nak = 45 kg
berat skrg = 49 kg

4 kilo la nak kena turun......leh ke? dah tua2 nih, ######bolisme mesti dh rendah down.gif
maero attack
anak dara=45kg
mengandung=69kg
pantang=60kg
sekarang=55kg tak turun2. dah satahun!
waaa...penatnye nak kuruskan badan!

has_fiza
mana dukun syima nya...?

pegawai pemasaran smlm pun dah ilang dry.gif
Adie_Al-Attas
Versi saya plak...

Last year berat badan saya mencecah 70kg... risau gak..
But this year tinggal 58kg...
Jatuh mendadak.. rahsianya coz saya clash dgn makwe saya..
Kecewa punya pasal saya buang tabiat makan waktu malam...
saya just makan waktu siang je...
Malam takde mood nak makan...
Dalam sebulan saya buat macam tu dapatlah hasil yang membanggakan...

has_fiza
adehla....takkan nk tunggu putus chenta baru nak kuruih ni
sapa yg aku nak jadikan mangsa ni eik devil.gif
Adie_Al-Attas
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 10:38 AM) *
adehla....takkan nk tunggu putus chenta baru nak kuruih ni
sapa yg aku nak jadikan mangsa ni eik devil.gif



Sambil melayan kecewa sambil diet..Serempang dua mata... nasib baik aku putus chenta, slim sikit jadinya..
Kos free je... takde apa-apa ubat...
has_fiza
aku lagi sedih lagi byk aku makan
abih camno..? hahahaha....
Adie_Al-Attas
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:16 PM) *
aku lagi sedih lagi byk aku makan
abih camno..? hahahaha....



Tak tahu nak kata apa dah kalau memang lagu tu...
Tapi pelik gak dalam hati sedih masih ada selera nak makan..
Aku hari tu tgk nasi pung dah kenyang....
has_fiza
QUOTE(Adie_Al-Attas @ Jun 7 2007, 12:40 PM) *
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:16 PM) *
aku lagi sedih lagi byk aku makan
abih camno..? hahahaha....



Tak tahu nak kata apa dah kalau memang lagu tu...
Tapi pelik gak dalam hati sedih masih ada selera nak makan..
Aku hari tu tgk nasi pung dah kenyang....


aku sure tgk nasik lagi geram rofl.gif

so, baik jgn bercinta
bercinta nanti kecewa
kecewa nanti makan byk
makan byk nanti gemuk
gemuk nanti takde org nak
takde org nak nanti jd andartu rofl.gif
Adie_Al-Attas
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:47 PM) *
QUOTE(Adie_Al-Attas @ Jun 7 2007, 12:40 PM) *
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:16 PM) *
aku lagi sedih lagi byk aku makan
abih camno..? hahahaha....



Tak tahu nak kata apa dah kalau memang lagu tu...
Tapi pelik gak dalam hati sedih masih ada selera nak makan..
Aku hari tu tgk nasi pung dah kenyang....


aku sure tgk nasik lagi geram rofl.gif

so, baik jgn bercinta
bercinta nanti kecewa
kecewa nanti makan byk
makan byk nanti gemuk
gemuk nanti takde org nak
takde org nak nanti jd andartu rofl.gif


Kalau macam tu baik jadi gemuk je..
Coz bila kurus nanti ada orang suka..
bila ada org suka mesti jatuh cinta...
bila dah jatuh cinta mestikah kecewa???

Baik makan nasik je...
has_fiza
QUOTE(Adie_Al-Attas @ Jun 7 2007, 12:54 PM) *
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:47 PM) *


aku sure tgk nasik lagi geram rofl.gif

so, baik jgn bercinta
bercinta nanti kecewa
kecewa nanti makan byk
makan byk nanti gemuk
gemuk nanti takde org nak
takde org nak nanti jd andartu rofl.gif


Kalau macam tu baik jadi gemuk je..
Coz bila kurus nanti ada orang suka..
bila ada org suka mesti jatuh cinta...
bila dah jatuh cinta mestikah kecewa???

Baik makan nasik je...


good.gif
jianna
QUOTE(Adie_Al-Attas @ Jun 7 2007, 10:24 AM) *
Versi saya plak...

Last year berat badan saya mencecah 70kg... risau gak..
But this year tinggal 58kg...
Jatuh mendadak.. rahsianya coz saya clash dgn makwe saya..
Kecewa punya pasal saya buang tabiat makan waktu malam...
saya just makan waktu siang je...
Malam takde mood nak makan...
Dalam sebulan saya buat macam tu dapatlah hasil yang membanggakan...


btul tuh
sy pn mase sy frust bercinta badan sy cam kurus gak...1st lurve la katekn
tgh hari tak mkn..mlm jek...
tu pn tak der selera nk mkn nasi..
mkn la bende2 mengarut
pas2 g jog ari2..cam org ape jek..hahaha
sbb mase tuh rase pakwe tinggalkn sbb gemok..
tp tak bagusla..sbb otak jd lembab..
result pn truk(mase tuh stady gik)..hahahaha

tp skrg da naik blk...
n start nak diet secara serius n bermotivasi..
hik3..
zara1201
QUOTE(revolt @ Jun 6 2007, 06:31 PM) *
OPSS.. ADE IKLAN SIKIT NIE...

Adakah anda mengalami masalah perut buncit?
Ataupun mengalami masalah perut boyot?
Ya anda.. saya sedang bercakap dengan anda boyot!
Adakah kawan2 anda sering memberi nama timangan yang lain?
seperti : si gemuk, si debab, si boroi, ataupun fatty bom bom?
Adakah pencuri sering bersembunyi di belakang anda?
utk mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.
Adakah perut anda boleh kelihatan dari Karachi, Dubai ataupun Istanbul?

Jika jawapannya adalah ya,
Sertailah KELAB DIET..

Anda boleh menurunkan bukan 5, bukan 10..
tetapi lapan puluh kilogram.. (eh.. betul ke ni?)
ye.. lapan puluh kilogram..

anda juga akan mendapat rawatan sakit jantung percuma, dari dukun Syima...
sertailah sekarang..
jangan tak jadi, mesti jadi...


mcm yg iklan din beramboi ckp dlm citer BULI tu jer...

QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:16 PM) *
aku lagi sedih lagi byk aku makan
abih camno..? hahahaha....


samer la...
aku pon mkn dan mkn dan mkn kalau sedih or ader problem..


QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:47 PM) *
QUOTE(Adie_Al-Attas @ Jun 7 2007, 12:40 PM) *
QUOTE(has_fiza @ Jun 7 2007, 12:16 PM) *
aku lagi sedih lagi byk aku makan
abih camno..? hahahaha....



Tak tahu nak kata apa dah kalau memang lagu tu...
Tapi pelik gak dalam hati sedih masih ada selera nak makan..
Aku hari tu tgk nasi pung dah kenyang....


aku sure tgk nasik lagi geram

so, baik jgn bercinta
bercinta nanti kecewa
kecewa nanti makan byk
makan byk nanti gemuk
gemuk nanti takde org nak
takde org nak nanti jd andartu rofl.gif

rofl.gif
comelbest

aku nak diet punye pasal,
blila cd aerobik tuh
letih gak arr..kuar peluh2
mslhnye x tahan ngan mknn kt umah ni
sodap2 belako...
skg aku try tahan mkn malam..
takut penyakit wehhh
Miya_narien
mmg tgh on diet..ada lg 3 kg nk turun kan..
kalu blh lg 5 kg.. sleep.gif
eeya
eeya pun kena turunkan dlm 5 kg
skang masalah nk slimkan perut... anyone ada idea?
rasanye sbb dulu slalu wat sit up pastu berhenti... lagik perut naik
so ada tak cara lain nk slimkan perut... tak nak laa wat sit up yg extreme pastu ade muscle. Pastu bile berhenti muscle tukar jadi lemak

1kamar
QUOTE(eeya @ Jun 17 2007, 01:01 PM) *
eeya pun kena turunkan dlm 5 kg
skang masalah nk slimkan perut... anyone ada idea?
rasanye sbb dulu slalu wat sit up pastu berhenti... lagik perut naik
so ada tak cara lain nk slimkan perut... tak nak laa wat sit up yg extreme pastu ade muscle. Pastu bile berhenti muscle tukar jadi lemak

pkai sauna pant. bleh kempiskn perot n kecikn paha...
syima
QUOTE(eeya @ Jun 17 2007, 01:01 PM) *
eeya pun kena turunkan dlm 5 kg
skang masalah nk slimkan perut... anyone ada idea?
rasanye sbb dulu slalu wat sit up pastu berhenti... lagik perut naik
so ada tak cara lain nk slimkan perut... tak nak laa wat sit up yg extreme pastu ade muscle. Pastu bile berhenti muscle tukar jadi lemak



belajar mana muscle jadi lemak?
muscle bukan lemak
n lemak bukan muscle
u buat salah.. dont blame the muscle
u buat sit up. no cardio? no?
u buat weight training? no?
u tak jaga makan.. so fat tu bertambah n duduk atas muscle..
sit up yang extreme.. i dont think you buat yang extreme pun akan naik.
sebab u perempuan. 30x kurang ability dari seorang lelaki nak naikmuscle tu.
even tho u makin gemuk, muscle tu takkan tukar jadi fat. u r getting fat becos of your high body fat percentage and ianya balut muscle you tu..

syima
QUOTE(comelbest @ Jun 14 2007, 12:53 AM) *
aku nak diet punye pasal,
blila cd aerobik tuh
letih gak arr..kuar peluh2
mslhnye x tahan ngan mknn kt umah ni
sodap2 belako...
skg aku try tahan mkn malam..
takut penyakit wehhh



u tak makan malam..nanti ######bolism u jatuh n then geleber kulit baru tau.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.