Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Qada Dan Qadar
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
kyas
saya sebenarnya masih samar2 tntang qada dan qadar nih sedangkan ia salah satu rukun iman. apa itu qada... apa itu qadar... apa pulak kaitan dgn doa... dan usaha...

p/s: kalau buleh guna bahasa mudahlah...
zayed
salam,

Al-Qadhaa' (القضاء) boleh membawa erti penyudahan (completion - (إِتْمام), implementasi, pencapaian (إِنْجاز), mencapai kehendak (fulfillment - (تَلْبِيَة) - Ia juga boleh membawa maksud respon (إجَابَة) dan juga hukuman/judgment (حُكْم) atau keputusannya hukum/verdict( قَرَار).

Al-Qadar (قَدَر) membawa erti nasib/fate ( نَصِيب), takdir dsb.

Boleh disimpulkan definasinya sebagai :-


القضاء لغة : هو إحكام الشيء وإتمام الأمر ، وأما القدر فهو في اللغة: بمعنى التقدير
"Al-Qadhaa' dari segi lughah (bahasa): sesuatu yang sempurna dan perintah yang dipenuhi, dan bagi Al-Qadar pula bermakna Takdir."

Al-Qadhaa' dan Al-Qadar menurut syara' bermaksud :-

القدَر : هو تقدير الله تعالى الأشياء في القِدَم ، وعلمه سبحانه أنها ستقع في أوقات معلومة عنده وعلى صفات مخصوصة ، وكتابته سبحانه لذلك ، ومشيئته له ، ووقوعها على حسب ما قدرها ، وخَلْقُه لها .
"Qadar ialah takdir Allah swt keatas sesuatu perkara sejak azali (Al-Qadim), pengetahuannya (Allah swt) yang telah datang waktu yang diketahui olehnya dan caranya yang khusus sebagaimana kehendak dan takdirnya. Ia akan berlaku sebagaimana cara yang ia kehendaki dan sebagai yang diciptakan"

Secara ringkasnya, Qadar ialah Takdir yang ditetapkan dan Qadhaa' adalah perlaksanaannya.
kyas
ini berkaitan takdir... benarkah jodoh, rezeki dan maut di tangan tuhan?

tapi cuba fikirkan,

manusia yg memilih utk bercerai setelah berkahwin... lalu kata takde jodoh?
kalau tak beli beras manakan dapat nasinya... takkan nak kata takde rezeki?
kalau seseorang bunuh diri... takkan nak kata dah sampai ajalnya?
kyas
unsure.gif
brightgirl
yang penting kena usaha....selebihnya Allah yg tentukan..... mungkin ada hikmah yg Allah nk tunjukkan....
zayed
QUOTE(kyas @ Jan 20 2005, 07:46 AM)
ini berkaitan takdir... benarkah jodoh, rezeki dan maut di tangan tuhan?

tapi cuba fikirkan,

manusia yg memilih utk bercerai setelah berkahwin... lalu kata takde jodoh?
kalau tak beli beras manakan dapat nasinya... takkan nak kata takde rezeki?
kalau seseorang bunuh diri... takkan nak kata dah sampai ajalnya?

dlm dasar akidah aliran antara ASWJ, Jabariyyah dan qadariyyah membahaskan perkara sebegini.

aliran jabariyyah, contohnya, manusia adalah robot.

aliran qadariyyah, manusia berkuasa sepenuhnya.

ttp aliran ASWJ, adalah pertengahan antara kedua aliran ini. manusia berkuasa dgn kuasa yg limited.
Betty
En. Zayed

Rasanya baik kalau you dpt huraikan lebih details in simple words. I can't read, maybe something wrong dgn computer ni (but not my eyes), few words maybe in jawi taht the compauter cannot translate. Maybe. Any books that kyas can refer to.
kyas
mmg saya ada terbaca tentang aliran2 ini...

aliran jabariyyah: manusia adalah robot... yg pada saya menjadikan tuhan itu bukan maha adil kerana menjadikan manusia jahat lalu dimasukkan ke neraka.

aliran qadariyyah: manusia berkuasa sepenuhnya... yg pada saya pula adalah menyalahi apa yg dikatakan tuhan itu berkuasa keatas tiap sesuatu.

tak perlu dibincangkan aliran2 di atas...

mengikut ASWJ... apakah yg dimaksudkan jodoh, rezeki dan maut di tangan tuhan?
Betty
kyas, baik ko tanya zayed. Mana dia? Aku tunggu jawapan dia.
zayed
QUOTE(kyas @ Jan 26 2005, 06:58 AM)
mengikut ASWJ... apakah yg dimaksudkan jodoh, rezeki dan maut di tangan tuhan?

yg maksudkan ungkapan sedemikian, kuasa mutlak dlm hal sedemikian adalah di tangan tuhan.

manusia boleh cuba utk bunuh diri tapi kuasa mutlak yg menentukan dia mati adalah Allah. oleh sebab itu, kalau sakit, kita berubat. kalau doktor kata hidup dlm masa 2 bulan (there's no hope anymore), kuasa mutlak tuhan yg menentukan ajal seseorang mungkin dia boleh hidup 2 tahun lagi.

Jelas Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa manusia mempunyai keinginan dan kemampuan yang dapat memberi kesan kepada takdir dengan izin Allah swt, tanpa menafikan Allah swt yang menjadikan segala aspek mengenai manusia. Al-Qaradhawi mensifatkan bahawa seseorang yang membuat pemilihan yang baik diantara 2 pilihan masih tidak lari dari takdir. Jelas beliau :-


إن الأخذ بالأسباب لا ينافي في القدر بل هو من القدر أيضا
"mencari sebab (atau memilih) tidak menafikan al-Qadar, bahkan ia termasuk al-qadar juga"

Begitu juga dengan keputusan Umar ra. untuk tidak masuk keSyam kerana terdapat wabak Taun disana, lantas seorang sahabat bertanya :

أتفر من قدر الله يا أمير المؤمنين؟ قال: نعم، نفر من قدر الله إلى قدر الله، أرأيت إن نزلت بقعتين من الأرض، إحداهما مخصبة والأخرى مجدبة، أليس إن رعيت المخصبة رعيتها بقدر الله، وإن رعيت المجدبة رعيتها بقدر الله؟
"Apakah engkau hendak lari dari Qadar Allah Ya Amirul Mukminin?" Berkata Umar "Ya, Lari dari Qadar Allah kearah Qadar Allah [juga], Apakah pandangan anda jika engkau turun pada dua petak tanah, yang satu subur dan yang satu gersang (kering kontang), bukankah jika engkau membajakan yang subur bererti engkau membajakan dengan qadar Allah? dan jika engkau membajakan yang tandus bererti engkau membajakkan dengan qadar Allah?"

Kita tidak tahu apa yang telah ditulis melainkan setelah ia berlaku (after the fact). Allah telah memberi kebebasan berkehendak (Iradah) dan kebebasan memilih, tetapi kita tidak boleh pergi lebih dari ruang lingkup ketentuan Allah.

itulah yg dimaksudkan dgn jodoh rezeki maut di tanganNya. kita membuat pilihan utk itu tetapi end result bukan ditangan manusia. manusia boleh memilih utk mati sekian2 hari dgn membunuh diri, tapi adakah dia akan menemui ajal. manusia boleh mencari rezeki tetapi end result di tanganNya. gaji Rm500 tak cukup utk 10 orang anak ttp kerana Allah yg menentukan kadar rezeki, maka Rm500 itu mencukupi utk 10 orang anak.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.