Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kenapa Doa Kita Tidak Makbul?
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
draculaX
Cuba kita renung sejenak. Bukakanlah akal kita seluas-luasnya untuk kita berfikir secara positif. Kenapa doa kita jarang dimakbulkan oleh Allah?

Pernahkah terlintas disudut hati kita bahawa setiap kali selepas solat kita berdoa agar Allah ampunkan dosa kita dan memberikan kita rezeki yang murah, kita inginkan kekasih yang baik budi pekertinya, yang memahami diri kita dan sebagainya. TETAPI kita tidak pernah mendapat rezeki dan kekasih yang kita impikan itu. Kita mahu hidup dalam senang lenang TETAPI itu hanyalah impian belaka.

Adakah doa-doa kita itu tidak dimakbulkan oleh Allah? Sebenarnya tidak. Kita sendiri yang cuai, yang leka, yang lalai. Kita bersolat. Betul tu TETAPI adakah solat kita itu benar-benar khusyuk atau benar-benar ikhlas kerana ALLAH atau kerana takut dimarahi ibubapa atau hanya menunjuk-nunjuk atau terpaksa?

Cuba kita renungkan seketika. Kenapa ALLAH sering memberikan kehidupan yang mewah kepada orang lain, kawan kita mendapat teman lelaki atau wanita yang kita inginkan dan bukannya kita sedangkan kita solat tidak pernah miss satu pun?

Sememangnya kita yang lalai dan leka. Apabila kita berdoa pun kita tidak berdoa dengan bersungguh-sungguh. Itulah puncanya. Apabila kita menunaikan solat, kita tidak solat dengan bersungguh-sungguh. Bab bacaan, rukuk, sujud semuanya kita buat sambil lewa.

Kita tidak pernah mahu mengikut cara Rasullulah s.a.w bersolat dimana rukuknya begitu sempurna, sujudnya begitu lama, bacaannya begitu rapi seolah-olah ALLAH berada dihadapannya, melihat dirinya dan berkata-kata dengan ALLAH. Adakah kita begitu? Adakah kita bersolat ibarat kita sedang berbicara dengan ALLAH?

Tidak bukan?

Apabila kita bersolat sendirian adakah kita bersolat lebih baik atau khusyuk atau tertib? Apabila kita berdoa, adakah kita berdoa dengan suara yang merayu, merendah diri, tidak angkuh dan tergesa-gesa?

Ini semua adalah persoalan-persoalan yang harus kita renungkan seketika. Kita mahukan doa kita dimakbulkan oleh ALLAH. Kita mahu solat kita diterima oleh ALLAH. TETAPI kita tidak mengikut lunas-lunas yang betul. Itulah puncanya.

Apabila kita bertemu orang untuk temuduga misalnya, kita begitu hormat, takut, seram sejuk dan sebagainya kerana kita takut kemungkinan kita tidak akan diambil bekerja.

TETAPI itu semua kita tidak lakukan apabila kita berdepan dengan ALLAH apabila kita bersolat atau berdoa.

Apabila kita meminta pertolongan dari seseorang, kita meminta dengan bersungguh-sungguh agar orang tersebut dapat membantu kita.

TETAPI kita tidak pernah bersungguh-sungguh berdoa kepada ALLAH untuk memakbulkan doa kita. Cukup sekadar melepaskan 'batuk ditangga.'

Dan apabila kita bersolat, kita buat secepat yang mungkin. Yang sunat kita tinggalkan kerana hendak cepat habis. Bacaan-bacaan didalam solat pun kita ambil yang pendek-pendek kerana kita tidak mahu ketinggalan cerita di televison misalnya. Ini semua puncanya. Ini semua kita tidak ambil peduli. Janji kita bersolat itu sudah memadai. Itu kata kita.

Dan apabila doa kita tidak dimakbulkan, kita merunggut, kita bersedih, kita marah dan sebagainya. TETAPI kita lupa bahawa kitalah puncanya ini terjadi. Cuba renungkan seketika. Adakah kita bersolat dan berdoa kerana ALLAH atau kerana kita terpaksa sebab itu menjadi satu tanggungjawab yang harus kita lakukan?

Ingatlah, kita tidak memberi rezeki kepada ALLAH TETAPI ALLAHlah yang memberi rezekiNYA kepada kita.

Renungkanlah dan fikirkanlah seketika. Abg X katakan ini dari pengalaman abg X sendiri. Cuba biasakan diri kita dekatkan kepada Allah.

Adap-adap berdoa pun banyak kita boleh perolehi dari buku-buku di kedai. Yang penting Abg X nak beritahu disini sebelum kita berdoa, kita sepatutnya berzikir, bertahmid iaitu dengan memuji Allah. Kemudian kita selawat keatas junjungan besar Nabi S.A.W. Baca Surah Al-Fatihah. Kemudian angkatlah tangan, tundukkan kepala.

Mulakan dengan bacaan seperti... "Alhamdullilahhirabbilalamin. Wassalatiwassalam muaasafirimbiamursalin. Waalawasahbihiajmain". (sebagai contoh. Iaitu mulakan doa kita dengan bersyukur kehadrat Allah dan memuji Nabi S.A.W)

Kemudian kalau kita tidak tahu berdoa dalam bahasa arab, eloklah kita berdoa dalam bahasa melayu yang mudah kita faham dan hayati serta khusyuk. Mintaklah apa sahaja diwaktu itu. Perlahankan suara kita. Merayulah kita kepada Allah.

(Tetap janggan sampai terover pulak. Maklumlah nak tunjuk pada orang yang kita menagis kepada Allah Tetapi sebenarnya tidak) Ini semua salah tau.

Sebagai contoh.... "Ya Allah. Jikalau ada keberkatan didalam solat ku ini, Ya Allah, aku memohon kepadaMU, KAU ampunlah dosa aku, dosa kedua ibubapaku......

Mintalah Allah ampunkan doa kita, kedua ibubapa kita, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, cikgu serta seluruh muslimin dan muslimat samaada yang hidup atau yang telah meninggal.

Mintalah apa sahaja diwaktu ini. Luahkanlah kepada Allah.

Kemudian penutupnya kita baca...
"Rabbana atina fiddunya ...... sehingga habis.

Insya-Allah jika kita lakukan dengan tertib, bersungguh-sungguh, Allah akan memakbulkan doa kita. Yang pentng disini abg X minta kepada semua adik-adik manis yang membaca artikel abg X ini......

YAKINLAH DENGAN DOA KITA. MAKBUL ATAU TIDAK DOA KITA ITU KETENTUAN ALLAH. JANGANLAH KITA SEKALI-KALI MENGELUH APABILA ADA DOA-DOA KITA YANG TIDAK DIMAKBULKAN.
si_comel
sad.gif sad.gif
jInAk-JiNaK mErPati
insyallah...semoga lebih mendapat hidayah wink.gif
Adinda
Mmmm...saya sungguh lalai.. unsure.gif unsure.gif unsure.gif
sambodi
QUOTE(Adinda @ Oct 2 2004, 06:07 AM)
Mmmm...saya sungguh lalai.. unsure.gif unsure.gif unsure.gif

Ha'ah samalah ngan aku!!!
nuurlys
sama2lah kita berdoa dengan penuh keikhlasan...
Adinda
QUOTE(sambodi @ Oct 3 2004, 07:09 AM)
QUOTE(Adinda @ Oct 2 2004, 06:07 AM)
Mmmm...saya sungguh lalai.. unsure.gif  unsure.gif  unsure.gif

Ha'ah samalah ngan aku!!!

Kau pun lalai jugak ker sambodi??
Adinda lebih teruk agaknya...
Hu..... sad.gif sad.gif
ChicCikin

erm..mungkin sbb cara kita berdoa...
@ mungkin sbb kiter krg paham maksud doa tu...
Ida_KL
ya Allah, makbulkanlah doaku ini.....amin
Adinda
QUOTE(draculaX @ Oct 1 2004, 12:07 AM)
YAKINLAH DENGAN DOA KITA. MAKBUL ATAU TIDAK DOA KITA ITU KETENTUAN ALLAH. JANGANLAH KITA SEKALI-KALI MENGELUH APABILA ADA DOA-DOA KITA YANG TIDAK DIMAKBULKAN.

Adinda pernah terdengar bahawa..setelah kita berusaha sedaya upaya, berserah dan berdoa kpd Allah mengikut tatatertibnya...namun ia tidak dimakbulkan...sebenarnya akan Allah tunaikan permintaan kita itu di akhirat nanti. Benarkah itu? Dracula X pernah tak dgr ni? rolleyes.gif
zayed
QUOTE(Adinda @ Oct 5 2004, 08:56 PM)
QUOTE(draculaX @ Oct 1 2004, 12:07 AM)

YAKINLAH DENGAN DOA KITA. MAKBUL ATAU TIDAK DOA KITA ITU KETENTUAN ALLAH. JANGANLAH KITA SEKALI-KALI MENGELUH APABILA ADA DOA-DOA KITA YANG TIDAK DIMAKBULKAN.

Adinda pernah terdengar bahawa..setelah kita berusaha sedaya upaya, berserah dan berdoa kpd Allah mengikut tatatertibnya...namun ia tidak dimakbulkan...sebenarnya akan Allah tunaikan permintaan kita itu di akhirat nanti. Benarkah itu? Dracula X pernah tak dgr ni? rolleyes.gif

tuhan makbulkan doa hambaNya dlm pelbagai cara:
1. Tuhan bgi apa yg hambaNya pinta di dunia
2. Tuhan tidak memberikan kpd hambaNya di dunia ttp di akhirat
3. tuhan beri kepda hambaNa di dunia ttp digantikan dgn perkra lain sesuai dgn keperluan hambaNya di dunia.

contohnya: hambaNya meminta dikurniakan kekayaan harta. ttp sebaliknya ALlah mengurniakan kemurahan rezeki anak2. mungkin kalau dikurniakan kekayaan harta, hambaNya itu akan menjadi sombong. ada orang dikurniakan harta kekayaan, ttp tidak beroleh rezeki anak2. hidup kesepian, kesunyian. ada yg beroleh kedua2nya. ada yg tidak beroleh kedua2nya.
draculaX
soalan adik manis adinda itu telah dijawab oleh saudara zayed. Benarlah kata saudara zayed tersebut.

alhamdullilah.
Adinda
Ohh...begitu...thanks a million guys..baru ler faham... smile.gif smile.gif
Pu3Feesya
thanks dgn penjelasan di atas. semoga doa kita akan dimakbulkan Allah...
CooL^Gurlz
insyaAllah.... smile.gif
anak^doraemon
tima kasih abg vampire... smile.gif
waqja
emmm waqja setuju dengan pandangan zayed dan jangan lupa tawakkal dan percaya yang ALLAH S.W.T. sentiasa mendengar doa hambanya walau dengan sekali lafaz sahaja.ALLAH itu maha mendengar....setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,setiap apa yang kita terima, itu yang terbaik untuk kita....insyaALLAH.
Pu3Feesya
kadang2..kiter pun selalu terpk, nape la doa kite nie....belum dimakbulkan?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.