Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Hari Asyura 10 Muharram
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
brightgirl
Assalamualaikum wbt....
Hari ni hari Asyura, so elok la kita melakukan ibadat2 sunat.....
Di bawah ni saya cuma copy paste member bg kat email.... tak tau sumber nya dr mana....
tp tak salah kalau kita buat ibadah lebih hari ni, niat mmg ibadah kerana Allah......
Semoga Allah memberkati kita semua dunia dan akhirat.....

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Selasa , 2 March 2004)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
zidane_ziege
klu kat kg aku..hari ni la hari amik bubur kat masjid..tak tau la sekarang ada lg ke tak.. rolleyes.gif
PulutLeMak
alhamdulillah ,ari ni aku posa.amik berkat dan pahala di bulan muharam ni lbh2 lagi 10 hb.harap2 dpt bertahan sampai wktu berbuka nanti.
badakwarnabiru
aku nak posa.. tp x dapat unsure.gif

tease.gift;line-height:100%'>SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.

3. Dicipta Adam a.s.

4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.

8. Selamat Musa dan pengikutnya.

9. Lemas Firaun.

10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.

11. Diangkat Nabi Isa kelangit.

12. Diangkat Nabi Idris ke langit.

13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.


17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
brightgirl
QUOTE(PulutLeMak @ Mar 2 2004, 03:48 AM)
alhamdulillah ,ari ni aku posa.amik berkat dan pahala di bulan muharam ni lbh2 lagi 10 hb.harap2 dpt bertahan sampai wktu berbuka nanti.

InsyaAllah..... mudah-mudahan bertahan smpi ptg......
beruntunglah bg yg berpeluang berpuasa hari ni.....
sedihnya takleh puasa hari ni...... sad.gif
moga Allah Merahmati ku jua.....
manis23742
Assallamualaikumwarahmatullah............

Maaflah...tapi sebelum buat atau percaya tu jgn main ikut org je...bukan hari ni je (10 Muharam) kena puasa..semlm lagi dah kena puasa (9Muharram)....

Rasulullah SAW bersabda "If i should live till nxt year i will fast the night before"..Tapi Rasulullah tak sempat kan.

Badakwarnabiru..bagaimana dgn kisah nabi Musa a.s?...ni pasal bubur ni semua org2 sekarang jelah..benda yg tak ada diada2kan...i wonder kalau dulu2..zaman rasulullah dan para sahabat makan bubur Asyura.

Jgn kengkawan..mmg niat elok tapi kalau takde dlm tuntutan..jatuh pulak kpd perkara2 bidaah...tahu org bidaah mana tempatnya?...Audzubillah

Sallam-Manis ph34r.gif
su'
bubur asyura...mmm...sedapnye.....
CiKLiLiN778
QUOTE(PulutLeMak @ Mar 2 2004, 11:48 AM)
alhamdulillah ,ari ni aku posa.amik berkat dan pahala di bulan muharam ni lbh2 lagi 10 hb.harap2 dpt bertahan sampai wktu berbuka nanti.

aku pun posa gak hari.. harap2 sampaila ke ptg rolleyes.gif
manis23742
Sedikit correction..bukan "if i should live i will fast the night before"...sama tapi mengelirukan sikit..senangnya camni..

Rasulullah SAW bersabda "Kalau aku masih hidup pada tahun hadapan,akan aku berpuasa di hari sembilan dan kesepuluh"....

You all boleh check kat sini www.al-ahkam.com.my ...lagi puas hati(dlm bahasa malaysia lagi).

Keep up good work to al-ahkam members.

Sallam-Manis ph34r.gif
iznanaziz
QUOTE(brightgirl @ Mar 2 2004, 10:54 AM)
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"


11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

mandi sunat tu di waktu pagi ke?

masa bila nak buat sembahyang sunat tu?

puasa? hari ini akak tak leh posa la.
sad.gif
barbiturat_mania
kalau mcm kaum p'puam yg mcm ana yg tak berpeluang puasa sbb 'cuti'...dapat tak keberkatan kalau buat xtvt lain2 yg tak melibatkan ayat Quran atau bacaan suci lain..???
more
boleh...kan ada banyak lagi kat atas tuh...selain posa sunat....baca quran..ana bleh la bersedekah ker...mandi sunat...buat jer perkara2 baik..insyaAlllah...
oreo
selalunyer org buat bubur asyura pada 10 muharram...since ramai yg buat bubur ni, ader gak org mengatakan benda ni tak perlu diikuti coz tak tertulis dlm sunnah Baginda pun...
matsom
QUOTE(brightgirl @ Mar 2 2004, 10:54 AM)
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Selasa , 2 March 2004)

tak perlu tunggu hari asyura.. buat hari2 lain tetap dapat fadhilat
ArcaKaSiH81
Alhamdulillah..dapat gak aku berpuasa hari ni.. smile.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.