Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Hak Seorang Ayah Keatas Anak-anak Selepas Penceraian
Mesra.net Forum > Announcement & Discussion > Kaji Selidik & Pandangan
kawariderz
Salam Semua

Saya adalah seorang ayah telah berpisah dengan isteri dan mempunyai 2 orang anak yg comel2 berumur 5 dan 4 tahun. penceraian berlaku dengan keadaan yang sangat teruk, turun naik mahkamah, terpaksa menandatangani perjanjian hak penjagaan anak dan sebagai nya.

Saya juga telah berkahwin semula dan pada masa ini melalui saat-saat yang amat membahagiakan.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang melalui proses mendapatkan penceraian dan hak keatas anak-anak saya.

Mengikut undang-undang syariah apabila ibu dan bapa telah bercerai dan mempunyai anak/anak-anak pada ketika itu, maka si ayah adalah bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada anak-anak tersebut, menyediakan kemudahan pendidikan, menjadi role model kepada anak-anak dan pada masa sama menjadi penjaga bersama kepada anak-anak tersebut.

Dan saya setelah menandatangani perjanjian hak penjagaan dan nafkah anak-anak telah berusaha menyediakan segala apa yang tlah dipersetujui didalam perjanjian tersebut tanpa gagal walau sekalipun dan tanpa gagal berjumpa/melawat dan mempastikan kemudahan keatas anak-anak disediakan sepertimana yang telah dipersetujui.

Selain kepada anak-anak, saya juga menyerahkan segala isi rumah kepada bekas isteri dan kereta kepada beliau.

Akan tetapi, setelah apa yg telah saya sediakan kepada anak-anak, saya telah diketepikan oleh bekas isteri didalam hak untuk menjaga dan membesarkan anak-anak, malah undang-undang yang sedia ada langsung tidak memihak kepada si ayah seperti saya.

saya dinafikan hak untuk bertemu anak-anak (bukan sekali, banyak kali, dah terpacak depan rumah bekas isteri tetapi dihalang daripada berjumpa anak-anak, walhal anak-anak sangat teruja untuk bertemu dengan saya, lebih teruk pernah si bekas isteri membawa anak lari dari rumah hanya kerana tidak mahu saya berjumpa dengan anak-anak saya!!!)

saya dinafikan hak dalam mengetahui kebajikan anak-anak ( si bekas isteri tidak pernah memberitahu saya mengenai kebajikan anak2, skit ke, demam ke, apa ke, alih-alih saya cuma tahu anak saya baru sihat dari demam seminggu!!!, tak pernah si bekas isteri berusaha untuk inform saya tentang kebajikan anak-anak)

Saya juga dilarang dari menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah tadika mereka!!, kata ayah kene sediakan ilmu pengetahuan dan kemudahan kepada anak-anak, tapi nak menghantar menjemput pun tak dapat, apa cerita ni?!

dan bermacam-macam perkara lagi telah dilakukan oleh bekas isteri saya sehingga memaksa saya membawa perkara ini ke mahkamah syariah, Guess what? even mahkamah masih menidakkan hak saya sebagai seorang ayah, walaupun telah menyuakan pelbagai bukti bertulis, gambar, sms dan sebagainya, saya dinafikan hak keatas anak-anak saya!!!!

sehingga tiba pada suatu masa tidak lama dulu, saya akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan anak-anak saya, bukan tidak sayang, mereka adalah darah daging saya, tetapi saya dipertanggungjawabkan kepada mereka tetapi saya tidak mendapat apa apa dari apa tanggungjawab yang saya telah saya lakukan,penuhi tanpa gagal kepada mereka

kehidupan anak-anak saya adalah sangat mendukacitakan, mereka amat merindui saya, merayu-rayu untuk tinggal bersama saya dan mama mereka (ibu tiri mereka) dan sehingga ketahap menyatakan kepada semua yg mereka jumpa yang mereka tidak mahu bersama ibu dan opah mereka....

saya benar-benar dukacita dengan undang-undang yang dipraktikkan di Malaysia kini, bukan menolak hukum tuhan, tetapi saya tidak melihat keseimbangan, keadilan dan hak seorang ayah itu dinyatakan dengan jelas, walau seteruk sejahat mana si ibu itu, si ayah tidak akan dapat hak mereka! jika tidak percaya lihat lah di skrip undang-undang syariah malaysia! tiada satu pun akta atau undang-undang yang menyatakan dan meguatkan hak seorang ayah!

bermacam cara secara legal telah saya lakukan, ribuan duit telah dibelanjakan - tetapi apa yang saya dapat? Tiada apa, habuk pun tarak.....

anda semua bebas untuk meyatakan pendapat anda, kerana ramai lagi ayah2 diluar sana yang senasib dengan saya, mungkin kita akan ketemukan suatu jalan jika kita beramai-ramai membincangkannya, bukan untuk merosakkan tetapi untuk mencari jalan yang lebih baik demi anak-anak kita.

terima kasih
kawariderz
Semua maklum balas dan input dari semua pembaca thread ini amat-amat dialu-alukan, anda semua bebas untuk mengatakan apa sahaja pendapat anda, this is just a topic for us to discuss and evaluate. that is all. Terima kasih
domesticgoddessnot
please enlighten us the following:

1. apakah kesalahan si ibu sehingga diceraikan?

2. apakah bukti bertulis, gambar, sms dan sebagainya yg anda rasa boleh menyebabkan bekas isteri anda hilang kelayakan hak hadhanahnya itu?

3. apakah anda dan isteri baru selalu memberi mainan kepada anak2 kecil itu?

kawariderz
QUOTE(domesticgoddessnot @ Apr 25 2012, 02:28 PM) *
please enlighten us the following:

1. apakah kesalahan si ibu sehingga diceraikan?

2. apakah bukti bertulis, gambar, sms dan sebagainya yg anda rasa boleh menyebabkan bekas isteri anda hilang kelayakan hak hadhanahnya itu?

3. apakah anda dan isteri baru selalu memberi mainan kepada anak2 kecil itu?

Terima Kasih diatas soalan anda:-

1. Sebagai seorang suami dan ayah yang telah menyediakan segala kemudahan, kemewahan dan keperluan kepada keluarga selama bersama dengan bekas isteri dan anak2, saya banyak makan hati, terluka dengan kata-kata dan perbuatan beliau, saya juga diejek dan dihina beliau, saya sentiasa dipaksa memilih diantara beliau atau keluarga etc, saya juga diketawakan beliau setiap kali saya mengahadapi masalah, sehingga merasakan bahawa perkahwinan yang dimeterai adalah sesuatu yang tidak dapat lagi diteruskan, kami berdua yang bersetuju untuk berpisah setelah melalui sessi kaunseling dengan pejabat agama dan perunding perkahwinan.

2. maaf - kes mahkamah sedang berjalan dan segala bukti adalah bersifat sulit dan persendirian, saya tidak boleh berkongsi dengan sesiapa kecuali peguam saya dan kepada mahkamah.

3. Kami berdua jarang memberikan mainan kepada anak2 kecil itu, tetapi apa yg kami berdua beri kepada mereka berdua adalah lebih kepada PERHATIAN, KASIH SAYANG, DAN MASA YANG BERKUALITI jika kami mempunyai kesempatan dan kebenaran untuk berjumpa mereka.
zan
sebagai seorang yang pernah bercerai dan melalui kes serupa (saya serahkan hak penjagaan anak 2 orang, kereta dan rumah), saya amat memahami perasaan anda.

tapi bagus juga hal peribadi seperti ini tidak diperbincangkan di khalayak ramai melainkan melalui sesi kaunseling yg disediakan oleh Majlis Agama Islam tempatan. ini adalah berkaitan aib diri sendiri yg perlu kita pelihara.
alhamdulillah, saya tidak ada masalah bertemu anak2, membawa keluar atau kembali bermalam di rumah saya.

kini selepas 10 tahun, anak sulung memilih untuk tinggal bersama saya. beliau kini berumur 13 tahun dan mahkamah syariah turut mengambil kira kemahuan anak sekiranya ada isu berbangkit penjagaan anak. jika bawah 12 tahun, pendapat anak tidak akan diambil kira.

harap maklum.

kawariderz
QUOTE(zan @ Apr 25 2012, 03:08 PM) *

En Zan,

Terima kasih diatas komen anda.
domesticgoddessnot
maaf tuan rumah, i have nothing to say to u.

just remember, pernikahan bukan main2. penceraian perkara halal yg allah benci pun bukan main2. good luck with ur second marriage!
kawariderz
QUOTE(domesticgoddessnot @ Apr 25 2012, 03:39 PM) *
maaf tuan rumah, i have nothing to say to u.

just remember, pernikahan bukan main2. penceraian perkara halal yg allah benci pun bukan main2. good luck with ur second marriage!

Thank you domesticgoddessnot, understood. I am just airing my difficulties because there is surely a lot of fathers outside there which having the same problem as me.

Thank you for the reminder and wishes.
kawariderz
Salam semua,

Terima kasih kepada semua yang telah reply thread ini. Saya hargainya.

Disini saya ingin megajukan kepada semua para ayah diluar sana:-

1. berkongsi pandangan dengan semua jika pernah berada didalam situasi yang sama

2. Apa yang pernah you all lakukan utk dapatkan hak anda sebagai ayah

3. bagaimana you all handle the whole perkara

4. apa cadangan anda utk improve hak ayah yang baik2 yang ada diluar sana

Terima Kasih
khazz
QUOTE(kawariderz @ Apr 25 2012, 04:14 PM) *

Salam dari Khazz, anda senasib dengan saya. Harap dapat hubungi saya secara peribadi (utk elak aib) di Forum. email: husnikhk@gmail.com

Terima Kasih kerana sharing....Al Fatihah. Amin
orgazmopiazza
QUOTE(kawariderz @ Apr 25 2012, 04:14 PM) *
Salam semua,

Terima kasih kepada semua yang telah reply thread ini. Saya hargainya.

Disini saya ingin megajukan kepada semua para ayah diluar sana:-

1. berkongsi pandangan dengan semua jika pernah berada didalam situasi yang sama

2. Apa yang pernah you all lakukan utk dapatkan hak anda sebagai ayah

3. bagaimana you all handle the whole perkara

4. apa cadangan anda utk improve hak ayah yang baik2 yang ada diluar sana

Terima Kasih

Thanks for the shae, at least jadi pengajaran pada bakal2 suami/bapa.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.