Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Keluarga Mertua Pelik
Mesra.net Forum > Social & Societies > Motivasi & Permasalahan
gurl4killer
Saya sudah berkahwin nak masuk 5 tahun...sepanjang kahwin kami tinggal dengan mertua..semua adik beradik suami yg sudah kahwin ataupun masih bujang semuanya tinggal bersama...bapak mertua (ibu mertua sudah meninggal)..6 beradik...2 ipar...4 anak buah tunggal dalam 1 umah yg hanya ada 3 bilik saja...bole tak korang bayang betapa padatnya umah..?

tahun pertama saya bole tahan lagi...masuk tahun ke 2 saya mula tidak selesa...tidak tahan jugak dengan perangai ipar duai yg tidak bekerja, pengotor dan pemalas...saya dan suami berkemampuan untuk tinggal dirumah sendiri...tp suami seolah2 ada yg menghalang...kami jugak kerap bergaduh kerana sikap ipar duai saya...

untuk pengetahuan semua...kakak ipar saya dan biras tak keje sejak 3 tahun lepas...mmg dasar pemalas...nak kata sakit..x sakit...tp pemalas...harapkan tanggungan suami saya dan bapa mertua saya saja...anak mereka 2 org tu pun pampers susu semua belas ehsan adik beradik lain2 yg lain...

sejak setahun lepas...HANYA suami saya dan bapa mertua saja yg menanggung kos perbelanjaan seisi rumah termasuk duit rokok biras saya...dia seolah2 bewak hidup yg paling bertuah dimuka bumi...xde siapa pun yg berani tegur dia soh keje...even sampai skrg pun...untuk pengetahuan semua...kos belajar adik2 beradik suami ditanggung suami saya dan htang kereta dan loan ipar duai juga di tanggung suami...

disebabkan saya tidak tahan lagi dgn hal2 dirumah itu..saya mengambil keputusan untuk brenti keje danbalik ke rumah ibubapa saya di kampung...sejak dari itu bermula la hubungan jarak jauh antara saya dan suami...sebulan skali suami akan balik untuk berjumpa saya dan anak2...

sejak kami berjauhan hubungan kami suami isteri bertambah baik...dan suami memberi saya pegang wang gajinya 100%...saya bukan lah jenis wanita yg tamakkan duit...tp ada baiknya gajinya saya pegang sebab saya mmg xnak suami saya menghulur utk keluarganya lagi...ipar2 dan biras harus di ajar supaya belajar cari wang sendiri...dah tua2..dah kawin..tapi masih mengharap suami saya je yang menanggung...

kusangkakan panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengah hari...

sejak sebulan yg lepas..suami saya telah menukar akaun gajinya ke akaun yang lain..yakni bukan akaun saya...sukar utk saya memantau wang dia keluar masuk...tp suami saya masih memberi wang untuk keperluan saya dan anak2...wang yg diberi suami hanya cukup utk yuran tadika anak, susu dan pampers anak saya saja...lebihan gajinya diberi kepada bapa mertua....

hati saya sakit dan geram kerana suami saya tidak langsung berubah dan tidak langsung pikir pasal saya dan anak2 dikampung...sikit pun xde inisiatif untuk dia membawa saya pulang ke KL duduk bersama seperti keluarga yg lain (bulan 4 ni genab setahun saya dikampung)...untuk pengetahuan semua...saya ada menetapkan syarat..jika suami mahu saya pulang ke KL..dia haruslah mencari rumah untuk saya dan anak2...kerana saya mmg tidak sanggup lagi duduk bersama2 dgn ipar duai saya yg pemalas tu...

walaupun suami saya berkemampuan...tp sikap dia yg menyerahkan sepenuhnya wang gaji kepada bapa mertua membuatkan saya tawar hati kepadanya lagi...suami saya marah jika saya mempersoalkan pasal wang yg diberi kepada bapanya...saya tidak kisah jika dia mahu menghulur kepada bapanya...tp bukan lah memberi 100%....

saya rasa dia sudah tidak sayangkan saya dan anak2 lagi...dia tidak lagi meletakkan priority kepada saya dan anak2...dia xde keinginan seperti mempunyai rumah sendiri seperti pasangan2 yg lain...saya tawar hati...walaupun saya masih sayangkan dia...tp cara dia yg lebih mengutamakan keluarga nya buat saya pasrah...

hubungan ini mcm xde kesudahan...

dan saya mengambil keputusan untuk mengundur diri...
Adinda
Simpati dengan masalah puan...
Tetapi puan jangan marah yer jika Adinda beri pendapat...
Apa saja keputusan puan memanglah puan dan anak-anak serta suami yang akan mendapat kesannya.

Pertama sekali, tajuk topik ini lebih bersesuaian ditukar kepada "Suami bermasalah"

Kedua..jika ipar duai tidak bekerja, pengotor atau pemalas, biarkanlah mereka kerana suami mereka yang bertanggungjawab ke atas mereka. Puan selaku ipar mereka, teruskan urusan seperti biasa, buat apa saja di dalam rumah itu berniat ikhlas Lillahi Ta'ala.. Manatahu, satu hari nanti mereka sedar dan dapat belajar dari perilaku baik serta kerajinan puan menguruskan anak-anak/bilik/makan/kawasan puan di dalam rumah puan sekeluarga tinggal itu selama ini.

Ketiga...puan telah balik kampung bersama-sama anak dan berjumpa suami sebulan sekali saja. Yer, walaupun puan dan suami berkeputusan begitu sudah hampir setahun, namun Adinda rasa tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Walau sesukar mana sekalipun, puan dan suami perlu sama-sama menghadapi, berbincang (kalau nak nanges pon nanges la..tapi cara baik) dan cari dan terus cari lagi jalan untuk selesaikan masalah ini. Suami puan bukan tidak memberi duit, cuma dia juga memberi kepada bapanya dan sekaligus adik-beradiknya dan sekaligus meminggirkan perasaan puan. Bagi Adinda, suami puan menghadapi masalah pengurusan kewangan yang kronik...bukan di tahap awal lagi tetapi kronik kerana puan dan suami puan telah berumahtangga bukan setahun dua tetapi 5 tahun. Oleh itu ini satu masalah yang berlaku agak lama serta berterusan hingga ke hari ini.

Adalah baik sekiranya sewaktu dia bersusah, puan ada di sisi, dan sewaktu dia gembira, puan juga berada di sisinya.
Susah dan senang sama-sama hadapi orang kata. Dia mungkin menghadapi dilemma memilih kepada siapa dia hendak beri wang..dan apabila puan menyedari hal itu, puan perlu sama-sama membantunya, memberi semangat, malah sebagai isteri..puan cubalah menggunakan kelembutan dalam berbicara, doa setiap selepas solat serta pujuk-rayu agar suami puan dapat mempunyai kekuatan berubah dan lebih bijak mengurus wang. Adinda rasa tidak salah dia memberi wang kepada keluarganya dan Adinda tidak rasa dia melakukan kesalahan besar kerana masih tidak berusaha membeli rumah, cuma dia tidak kuat atau tidak bijak dalam mengendalikan kewangan hingga menyebabkan puan berkecil hati. Sama-samalah puan dan suami puan cari jalan ya.

Suami puan mempunyai masalah. Siapa lagi orang terdekat yang dapat membantunya jikalau bukan isterinya sendiri. Pulanglah ke pangkuan suami puan. Kasihanilah dia. Lelaki yang puan cinta, yang puan kahwini itu perlukan bantuan dan sokongan moral. Ingatlah saat-saat di kala puan dan suami melangsungkan perkahwinan, persiapannya, saat menimang cahaya mata dan sebagainya. Itu adalah penguat semangat agar puan dan suami terus bersama hingga ke syurga InsyaAllah.

Apabila duduk bersama, puan dapat masakkan untuk suami, jaga pakaiannya, dapat berbual, meluangkan masa, bermesra dan sebagainya. Ini duduk jauh-jauh, mungkin puan tidak memikirkan sangat tentang ipar duai, tetapi sedarkah puan, yang puan telah abaikan tanggungjawab sempurna sebagai seorang isteri. Di saat suami puan perlukan puan, misalannya...di manakah puan? Jika hati suami puan jaga, insyaAllah hati puan juga akan tenang. Akan lebih erat hubungan serta segala tindakan dapat dikongsi bersama seperti nak buat akaun baru ker, ada sesiapa nak pinjam duit ker..dapat jua tahu. Jikalau jauh, lambatlah tahu..

Janganlah kerana keluarga, bercerai-berai pula...kasihan anak-anak.
Berjumpalah kaunselor atau orang yang tinggi ilmu agamanya untuk mendapat nasihat yang lebih baik..
Berdoa, mohonlah kekuatan dan berbincanglah secara baik penuh hikmah...InsyaAllah, pasti ada jalannya..

Maaf reply agak panjang...dan ampunkan Adinda sekiranya puan tersinggung membacanya..
Tapi ini adalah pendapat ikhlas dari Adinda.
Jika ada kesalahan, sila betulkan yer. Terima kasih.
Kita di forum sentiasa akan berkongsi nasihat insyaAllah..
gurl4killer
QUOTE(Adinda @ Mar 10 2012, 10:51 PM) *

terima kasih di atas nasihat Adinda...
sebenarnya saya teringain skali pulang ke pangkuan suami...tp memandangkan nak kene hadap ipar duai buat saya pikir sejuta kali...saya sangat stress bila berapa di rumah tu...adik ipar saya yg bongsu suka membeza2 anak saya dgn anak kakak ipar saya...sikap pilih kasih mereka terhadap anak2 saya buat saya berkecil hati...yang paling saya xboleh lupa...ada satu ketika ketika suami saya outstation..adik ipar yg bungsu dan kakak ipar saya tidak bagi saya masak kerana kononnya suami saya tidak beli segala lauk pauk itu...padahal sah2 segala perbelanjaan ditanggung suami...saya mengadu kepada suami dan suami saya hanya berdiam diri...saya langsung tiada hak sebagai isteri bila di rumah sana...suami langsung tidak membela saya..

tidak kah Adinda rasa pelik seorang lelaki yg sudah berkahwin tetapi hidupnya masih dikongkong ayah?...segala wang gaji diberi kepada ayah...mana hak saya?...adakah saya langsung tidak berhak ke atas pendapatan suami?...

jauh disudut hati saya masih sayangkan perkahwinan ini...tp saya rasa keadaan ini tiada penghujungnya...selagi bapa mertua mengongkong gaji suami ( disebabkan inilah suami saya tidak dapat membawa saya dan anak2 tinggal berasingan)...selagi ipar duai saya tidak berdikari...selagi suami tidak betol2 menjalankan tanggungjawab yg sebenarnya keatas saya dan anak...saya rasa tidak ada apa yg boleh saya harapkan lagi...

saya buntu...
Adinda
kasihan puan sad.gif

Adinda berharap puan dapat mencari jalan penyelesaiannya yer...
jikalau masih dalam kebuntuan, pohonlah petunjuk daripada Allah...
bykkan berdoa dan semoga apa saja keputusan puan, ia adalah yang terbaik...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....tetapi yakinlah, pasti ada jalannya...
bertemulah dgn ahli agama/mereka yang arif lalu berbincang hal ini yer...
take care yer puan..
gurl4killer
QUOTE(Adinda @ Mar 21 2012, 07:38 AM) *
kasihan puan sad.gif

Adinda berharap puan dapat mencari jalan penyelesaiannya yer...
jikalau masih dalam kebuntuan, pohonlah petunjuk daripada Allah...
bykkan berdoa dan semoga apa saja keputusan puan, ia adalah yang terbaik...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....tetapi yakinlah, pasti ada jalannya...
bertemulah dgn ahli agama/mereka yang arif lalu berbincang hal ini yer...
take care yer puan..

terima kasih adinda...

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.