Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Info Pendidikan
Mesra.net Forum > Social & Societies > Pendidikan
iznanaziz
Bila keputusan PMR 2011 keluar?

Keputusan peperiksaan PMR 2011 dijangka akan keluar pada 22 atau 23 disember 2011.Walau bagaimanapun,tarikh tersebut juga akan dipinda dan tertakhluk kepada keadaan. Apapun, tarikh rasmi keputusan PMR 2011 akan diumumkan disini dari masa ke semasa.
iznanaziz
23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran bagi tahun 2011 berbanding 20 pada tahun lepas. Ini membabitkan 1 sekolah menengah harian, 12 sekolah berasrama penuh, 8 sekolah kebangsaan dan 2 sekolah jenis kebangsaan.

Senarai SBT 2011 ini dimaklumkan kepada umum oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang yang merupakan sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2011

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor


Sekolah Berasrama Penuh (Kementerian Pelajaran)

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

Sekolah Berasrama Penuh (Kerajaan Negeri)

Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
SK Convent Muar, Johor
SK Seri Biram, Pahang
SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
SK Sultan Ismail, Terengganu
SK Jalan Tiga, Selangor

Sekolah Jenis Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) © Perempuan China, Pulau Pinang
SJK© Lick Hung, Selangor


Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai

SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010,

SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.

Sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di samping itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

Pada sekolah2 yang tidak tersenarai, jadikan ini sebagai satu persaingan yang sihat. Semoga akan byk lagi sekolah2 di M'sia tersenarai sebagai sekolah2 yang cemerlang.

Siapa kata sekolah luar bandar tidak cemerlang? Lihatlah contoh SK Ulu Lubai, saya percaya ini adalah usaha guru2 di sekolah di samping murid2nya yang berusaha dengan lebih gigih. Semoga sekolah ini menjadi contoh kepada sekolah2 lain.

iznanaziz
PMR: 19,659 calon lulus, 2,140 dapat semua A di Kelantan22/12/2011 2:11pm



Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU 22 Dis. - Kelantan mencatatkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 lebih baik dengan 2,140 calon lulus cemerlang semua A, berbanding 2,023 calon pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata, peningkatan sebanyak 0.61 peratus dicatatkan adalah yang tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Beliau berkata, sebanyak 14 buah sekolah telah mencatatkan kelulusan seratus peratus berbanding hanya 10 buah pada tahun lalu.

Antara sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, SMK Kubang Bemban, SMK Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, SMK Zainab 1 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. - UTUSAN

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA. KEPADA YANG KURANG BERJAYA, ANDA MASIH ADA PELUANG PADA SPM.
iznanaziz
PMR: Prestasi B. Melayu, Cina, Iban, Pendidikan Islam menurun22/12/2011 2:08pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.

Bagi Bahasa Cina, sekalipun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing. - BERNAMA

iznanaziz
Hafal al-Quran dalam ladang

SEKUMPULAN sepuluh pelajar berjalan penuh ceria menuju ke surau Maahad Tahfiz AnNuri untuk meneruskan pengajian. Pada masa tertentu, mereka bebas menunggang basikal di sekitar resort atau mandi-manda di sungai yang mengalir jernih di tepi madrasah.

Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar sekolah tahfiz itu yang memulakan pengajian sejak enam bulan lalu. Mereka berusia di antara 10 hingga 20 tahun.

Belajar di sini kedengaran mengujakan. Tiada yuran pengajian dikenakan bahkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Semua kemudahan ini disediakan sehingga mereka memasuki universiti atau berhenti daripada sekolah berkenaan.

Maahad Tahfiz AnNuri berbeza berbanding sekolah tahfiz lain di negara ini kerana lokasinya di dalam kawasan resort ladang Syamille Agro Farm & Resort, terletak di Kampung Chuar Hulu dekat pekan Kati, Kuala Kangsar, Perak.

Di sini, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu al-Quran bahkan boleh mempelajari cara menternak kambing, lembu dan rusa pada hujung minggu.

Haiwan itu juga merupakan sumber makanan utama mereka selain menjadi punca pendapatan sekolah berkenaan.

Malah, seorang pelajar dari Pengkalan Chepa, Kelantan, Muhammad Aiman Akraf Shamsuriah, 14, menyifatkan aktiviti memasak makanan bersama rakan lain merupakan pengalaman paling menarik di situ.

"Biasanya kami masak daging ayam kampung, rusa, kambing dan lembu yang baru disembelih.

"Kami juga berpeluang menikmati madu lebah di resort ini," katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera.

Selain menghafal 30 juzuk al-Quran dan belajar agama, pelajar turut didedahkan dengan kurikulum pendidikan yang sama seperti di sekolah biasa.

Aktiviti sekolah tahfiz ini bermula pukul 5 pagi setiap hari. Selepas solat sunat tahajud dan diikuti sembahyang Subuh, barulah rutin pembelajaran dilakukan sehingga pukul 9 malam.

"Sistem tahfiz yang diterapkan di sini berbeza kerana ia mengikut sistem Turki berbanding maahad tahfiz lain di Malaysia yang menggunakan sistem hafalan al-Quran seperti di Pakistan dan Bangladesh.

"Mengikut sistem Pakistan dan Bangladesh, pelajar perlu hafal daripada surah pertama sehingga akhir secara berturutan.

"Sebaliknya bagi sistem tahfiz ala Turki pula ia boleh melompat surah lain tanpa ikut turutan tetapi konsepnya sama iaitu menghafal keseluruhan surah yang ada dalam al-Quran," beritahu seorang tenaga pengajar, Akmal Jamaluddin, 25.

Akmal yang berasal dari Johor Bahru memberitahu, sekolah tahfiz itu mengutamakan pengambilan pelajar yatim piatu atau daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Mereka datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Sebenarnya, anak yatim piatu dan orang miskin lebih komited untuk belajar kerana mereka sedar akan kesusahan keluarga mereka.

"Tahun ini kami akan mengambil seramai sepuluh lagi pelajar," ujar Akmal.

Walaupun bukan lulusan bidang agama, penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif Syamille Agro Farm Sdn. Bhd., Mohd. Zainuri Mohd. Idrus mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsi.

Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bersyukur kerana beliau dikurniakan rezeki yang lebih baik akhir-akhir ini.

"Rezeki yang kita terima sebenarnya ada bahagian untuk orang lain. Itulah antara punca saya membina sekolah tahfiz di sini," ungkap Zainuri yang berasal dari Perlis tetapi menetap di Subang Jaya, Selangor.

Beliau juga mahu sekolah tahfiz itu menjadi contoh dari segi kos operasi.

"Kerana itu pelajar mengusahakan sendiri ternakan kambing dan lembu yang mana hasil jualannya digunakan mereka sendiri.

"Malah, konsep ini juga akan dikembangkan di sekolah tahfiz lain dengan memberi mereka haiwan ternakan untuk dijadikan sumber pendapatan mereka," jelasnya.

Berbicara mengenai resort, beliau berkata, Syamille Resort lebih menampilkan ciri-ciri kawasan pelancongan tani, kemudahan latihan serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Pada mulanya, kawasan seluas empat hektar termasuk tahfiz itu hanya terhad untuk pembinaan sekolah tahfiz serta lima buah resort untuk kegunaan keluarga. Bagaimanapun, idea itu semakin bertambah.

Kini, resort itu mengandungi sebuah vila, sepuluh bilik resort dan empat bilik asrama.

Bagaimanapun, ia belum membenarkan kehadiran pelancong asing kerana dikhuatiri cara pemakaian mereka boleh mengganggu tumpuan pelajar menghafal al-Quran.

Di sini juga terdapat 27 ekor ternakan rusa, kambing (836) dan lembu betina (23 ekor). Ia turut mengusahakan ternakan ikan tilapia, keli, ayam kampung dan itik selain dusun buah-buahan.

Najis haiwan itu pula tidak dibuang begitu sahaja. Sebagai contoh, najis lembu dan kambing digunakan untuk menjana gas metana bagi tujuan memasak.

Bagi pekerja resort, tempat ini banyak kelebihannya. Seorang pekerja, Muslim Mardenir, 40, yang berasal dari Jakarta, Indonesia menganggap resort berkenaan sebagai tempat kerja dan universitinya sekali gus.

"Saya dapat menambah ilmu agama dan mendalami al-Quran. Sambil bekerja saya boleh menuntut ilmu agama," katanya.

Pengurus Syamille Resort, Norzihan Abdul Halim, 32, pula berasa lucu apabila teringat gelagat segelintir pengunjung yang terkejut kerana dapat makan buah-buahan seperti langsat, rambutan serta nangka tanpa dikenakan bayaran.

"Ada pelanggan yang makan buah-buahan tersebut sehingga kembung perut. Kebanyakan pelanggan terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan yang melaksanakan kursus di sini," cerita beliau.

Seorang lagi pekerja, Rafidah Rafee, 26, ingin mempelajari cara menternak kambing dan lembu sebelum dapat menjalankan perniagaan sendiri.

"Memang bau kambing dan lembu busuk tetapi jika kita bersabar dan bersahabat baik dengan haiwan ternakan itu, hasilnya lumayan kelak," terangnya berfalsafah.



iznanaziz
Pelatih PLKN gemuk ada program khas




KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan merangka sebuah program baharu bagi membantu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mempunyai masalah obesiti.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program bagi menurunkan berat badan itu antara penambahbaikan yang bakal dilakukan ke atas modul latihan fizikal JLKN pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya melantik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat kajian bagi tujuan berkenaan.

"Modul bagi membantu pelatih PLKN yang menghadapi masalah obesiti akan dilaksanakan tahun ini sekali gus menjadikannya ia relevan dengan perubahan semasa," katanya.
Pelajar pon bleh buat duit
Camne nak senang hafaz quran ye??? huh.gif
expectation
pendidikan amat penting kepada manusia, sebab dengan adanya pendidikan akan ada ilmu. kita lihat, pendidikan adalah salah satu cara mendapat ilmu. jadi pendidikan ni amat penting dan bukan hanya di sekolah, universiti mahupun di kolej. pendidikan di mana-mana dan bila-bila masa. -dengan adanya ilmu drpd pendidikan, akan lahirlah mukmin yg berfikiran kreatif, kritis dan terbuka,, smile.gif[font="Century Gothic"][/font]
lyzaries
QUOTE(expectation @ Jan 25 2012, 12:11 AM) *
pendidikan amat penting kepada manusia, sebab dengan adanya pendidikan akan ada ilmu. kita lihat, pendidikan adalah salah satu cara mendapat ilmu. jadi pendidikan ni amat penting dan bukan hanya di sekolah, universiti mahupun di kolej. pendidikan di mana-mana dan bila-bila masa. -dengan adanya ilmu drpd pendidikan, akan lahirlah mukmin yg berfikiran kreatif, kritis dan terbuka,, smile.gif[font="Century Gothic"][/font]



Diploma Eksekutif UUM..IF berminat contact sya Ms Liza-012 7860387 for working adult je..
iznanaziz
Ilmu falak disyor subjek utama sekolah, universiti

DUNGUN 16 Mac - Pengajian ilmu falak perlu dijadikan subjek utama di semua peringkat di sekolah atau universiti agar negara tidak terus terkebelakang berbanding pencapaian negara lain dalam kajian terhadap alam semesta termasuk matahari dan bulan.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahmad Taufan Abdul Rashid berkata, langkah itu penting kerana kajian alam semesta merupakan suatu kajian tentang objek yang dekat dengan kehidupan harian manusia.

Beliau juga melahirkan kekhuatiran jika pengajian bidang tersebut masih kekal sebagai subbidang, ia akan menyebabkan ketiadaan kajian khusus terhadap ruang lingkup ilmu falak selain kajian alam semesta.

"Apabila kajian itu tidak dilakukan atau pun terlalu kurang, ia akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dari aspek maklumat falak berbanding negara lain yang sudah jauh ke depan.

"Maksudnya, ia bukan penjelajahan tetapi perubahan nyata pada objek di alam semesta ini yang mungkin memberi impak kepada kehidupan di bumi khususnya Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja Kepentingan Pendidikan Ilmu Falak pada seminar Fatwa dan Falak Negeri Terengganu 2012 di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini semalam.

Seminar sehari anjuran Jabatan Mufti Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Ahmad Taufan berkata, subbidang ilmu falak yang sememangnya bergantung kepada ilmu falak itu sendiri selain sekadar pelengkap kepada keperluan sesuatu bidang lain, perlu selari dengan perubahan ilmu falak.

Sebagai contoh, katanya, rumus hitungan falak 1970-an tidak lagi sesuai diguna pakai untuk tahun 2000 ke atas dan ia memerlukan pembetulan baharu bagi memastikan hitungan kekal pada kejituan tinggi.

Jelasnya, perubahan itu hanya dilakukan oleh mereka yang terlibat sepenuhnya sebagai ahli falak dan jika subbidang falak tiada hubungan dengan ilmu falak, ia akan terus menggunakan rumus yang belum diperbaharui.

"Bayangkan sekiranya melibatkan satelit dan pelancaran roket, apa yang mungkin terjadi? Malah sistem suria sendiri sudah banyak berubah definisi dan justifikasinya.

"Jadi, amat malang sekiranya buku teks sekolah masih tidak diubah kerana sudah tentu pengalaman terbaharu dengan kandungan buku itu tidak lagi selari," katanya
iznanaziz
Ibu bapa penuntut tahun pertama tidur atas lantai dalam Youming Gymnasium di Central China Normal University di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Sept 2011. Untuk enam tahun berturut-turut,universiti membuka gimnasiumnya semalaman kepada ibu bapa yang menghantar anak masuk kampus universiti itu.

Begitulah fenomena yang jarang berlaku di negara kita, mungkin faktor jarak dan kewangan membuatkan pihak universiti menyediakan kemudahan sebegitu rupa.
iznanaziz
SIJIL KEMAHIRAN TEKNIKAL AKAN DIAJAR DI SEKOLAH BERMULA TINGKATAN 1

MARAN: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mencadangkan supaya mata pelajaran teknik dan vokasional diajar bermula Tingkatan Satu bagi meningkatkan kemahiran modal insan serta keperluan tenaga pekerja mahir negara.

Presidennya, Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata cadangan itu sebagai persediaan mengurangkan pergantungan ke atas tenaga kerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar. Katanya, ketika ini, pelajar hanya berpeluang belajar mata pelajaran teknik dan vokasional selepas menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Ramai lepasan Tahun Enam yang berminat mempelajari mata pelajaran teknikal dan vokasional seperti bidang automotif, pertukangan rumah dan elektronik dan elektrikal.

"Mereka ini seharusnya diberikan peluang dengan memasuki ke sekolah aliran teknik dan vokasional lebih awal sekali gus dapat melengkapkan ilmu pengetahuan dan memantapkan kemahiran diri," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan KGMMB di Sekolah Menengah Chedong Jaya, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan wajar mengkaji untuk memberi peluang pelajar Tingkatan Satu belajar di sekolah teknik dan vokasional supaya masalah mendapatkan bekalan kerja mahir tidak timbul pada masa depan.

"Kita yakin inilah cara terbaik untuk membantu negara melatih tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional supaya tidak bergantung sepenuh dengan tenaga buruh asing," katanya.
Seorang bapa, Rahman Saari, 48, berkata, saranan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional bermula Tingkatan Satu amat sesuai dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara.

Katanya, kerajaan perlu mengambil langkah awal untuk memperlengkapkan pelajar supaya lebih berkemahiran.

"Negara mempunyai masa kira-kira 10 tahun untuk mencapai Wawasan 2020 dan saranan ini sesuai dilaksanakan sebagai persediaan memenuhi permintaan tenaga kerja,Ē katanya.

Razali Musa, 38, berkata, kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional supaya tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing.

Katanya, kerajaan perlu membina asas yang kukuh supaya kemajuan negara dibangunkan oleh rakyat dengan tenaga pakar yang terlatih.

nanti, pelajar2 ni akan dapat 2 sijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan juga Sijil Kemahiran Malaysia. Ok jugak kan?
iznanaziz
UPM ragui kesahihan data diambil QS

Dari Akhbar Berita Harian (18/9/2012)

Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia (UPM) meragui kesahihan data, kaedah dan hasil penarafan antarabangsa, QS World University Rankings.

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata kriteria digunakan oleh QS juga tidak membawa kepada pembangunan pendidikan negara. Justeru, katanya, UPM tidak taksub dan hanya ambil maklum, malah tidak kecewa dengan kemerosotan kedudukannya dalam QS World University Rankings 2012/2013 dan tidak akan meraikan jika mencatat ranking bagus.
Sejak dulu ketika saya di Kementerian Pengajian Tinggi lagi, isu kesahihan data masih belum selesai. QS mengambil pendirian dan pendekatan bahawa ia tidak perlu diverifikasi.


mn92
Sekolah sekarang byk berprestasi tinggi,x payah nak memilih sekolah sekarang... good.gif
iznanaziz
9A SPM boleh jadi CIKGU

Berita hari ni mengatakan, calon SPM yang mendapat 9A akan diberi peluang untuk menjadi guru. Cadangan tu memang bagus untuk memartabatkan profesion perguruan. Tapi adakah mereka yang mendapat 9A ni berminat untuk menjadi guru?

Dengan bebanan tugas guru hari iniÖ gaji yang tidak seberapa jika dibandingkan profesion lain yang boleh mereka ceburi dengan keputusan cemerlang mereka. Adakah berbaloi dengan usaha merekaÖ adakah sama dengan menjadi jurutera??? Peguam??? Doktor???
iznanaziz

Trend bahasa ringkas SMS pengaruhi pelajar membimbangkan

PAGOH 20 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pihak agar memandang serius trend pengunaan bahasa 'moden' yang ringkas dan singkat oleh golongan pelajar pada masa ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun trend itu fenomena global, namun penggunaannya tidak harus mencemarkan bahasa standard khususnya dalam bidang pendidikan.

"Untuk membolehkan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa lain tidak tercemar, guru-guru di sekolah perlu ingatkan pelajar supaya membuat karangan dan jawab soalan dengan menggunakan ejaan standard seperti yang ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Kita tahu walaupun daripada segi perhubungan ini fenomena global dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tak boleh panjang untuk jimat dan bahasa ringkas. Daripada segi komunikasi kita faham dan saya harap jangan terpengaruh sangat dan tidak guna singkatan dalam proses pembelajaran," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas trend golongan pelajar yang banyak menggunakan singkatan dalam komunikasi harian terutamanya dalam SMS yang dihantar.

Muhyiddin ditemui selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

iznanaziz

Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah


BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.

Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.

"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.



iznanaziz
Guru perlu kuasai Bahasa Melayu

KUCHING 18 Sept. - Semua guru perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia, Prof. Madya Dr. Hashim Othman berkata, cabaran itu perlu dihadapi semua guru memandangkan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah sering dikaitkan dengan pengalaman yang membosankan.

"Guru Bahasa Melayu khususnya perlu memartabatkan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi supaya ia mampu menempuh era globalisasi.

"Selama ini tumpuan pembelajaran lebih kepada keterampilan akademik berbanding pembinaan sahsiah dan penyuburan potensi murid serta pengalaman pembelajaran tidak membantu mengangkat bahasa Melayu sebagai jati diri bangsa," katanya.

Beliau berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu 2012, di sini semalam.

Seminar tiga hari itu dihadiri guru Bahasa Melayu; pegawai bahasa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN); pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia.

Seminar tersebut bertujuan memahami isu dan masalah penggunaan bahasa Melayu di sekolah selain memantapkan keyakinan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

Sementara itu, Hashim berkata, keterampilan akademik dan sahsiah perlu diseimbangkan agar bahasa Melayu dapat melalui transformasi bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara sekali gus melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketerampilan.

Katanya, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 diharap dapat meningkatkan pembangunan pelajar dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.



© Utusan Melayu (M) Bhd
Sylvia3456
selamat open school..
iznanaziz

LONDON 5 Feb. - Sebuah syarikat Jerman menghasilkan sebatang pen yang dapat membantu penulisan bahasa Inggeris untuk semua peringkat umur, khususnya kanak-kanak, apabila ia bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa.

Pen keluaran syarikat Lernstift itu kini dalam peringkat prototaip, sekali gus mampu menggantikan pergantungan kepada komputer bagi tujuan yang sama dan mengurangkan kebimbangan bagi mereka yang cenderung menulis bahasa itu dengan tangan.

Pengguna boleh memilih antara dua fungsi yang terdapat pada pen itu, iaitu Mod Kaligrafi yang menunjukkan kelemahan ayat dan kemampuan untuk dibaca serta Mod Ortografi yang dapat mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Sensor pada pen itu akan mengesan kepelbagaian dalam penulisan dan akan berdengung sekiranya berlaku kesilapan.

Menurut laman web Lernstift, pencipta pen itu, Falk dan Mandy Wolsky mendapat ilham menghasilkan alat tersebut setelah melihat usaha anak lelaki mereka menulis pada peringkat awal.

Galakan yang cepat dapat membantu kanak-kanak menulis dengan lebih tepat dan pantas, katanya.

Menurut laman web itu, pelabur akan melancarkan satu projek kerjasama yang akan dibiayai hasil sumbangan orang ramai yang menyokong konsep pengeluaran pen itu, pada bulan ini bagi membangun dan memasarkan idea berkenaan.

Antara cadangan penambahbaikan bagi pen itu ialah sensor tekanan, sambungan kepada komputer dan platform terbuka bagi membolehkan orang lain membangunkan aplikasi dan mengembangkan fungsi pen tersebut. - AGENSI

mcm bentuk liquid paper

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negar...s#ixzz2KG5acTgs
© Utusan Melayu (M) Bhd
teratak~alam
QUOTE(iznanaziz @ Oct 21 2012, 02:59 AM) *
9A SPM boleh jadi CIKGU

Berita hari ni mengatakan, calon SPM yang mendapat 9A akan diberi peluang untuk menjadi guru. Cadangan tu memang bagus untuk memartabatkan profesion perguruan. Tapi adakah mereka yang mendapat 9A ni berminat untuk menjadi guru?

Dengan bebanan tugas guru hari ini… gaji yang tidak seberapa jika dibandingkan profesion lain yang boleh mereka ceburi dengan keputusan cemerlang mereka. Adakah berbaloi dengan usaha mereka… adakah sama dengan menjadi jurutera??? Peguam??? Doktor???


takdenye rasa blh kot,

ada 2 kelompok individu yang society skarang percaya dgn kata2 diorang dlm dunia ni,
mesia pun termasuk..

1.doktor
2.guru.

masih boleh dipertikaikan dgn cara membina dlm soal ni.
cume usia belasan tahun dgn SPM masuh blum tentu dpt bagi didikan yang baik utk anak murid.
ckgu2 ni kejenye sgt la luas, utk lepas SPM trus jd ckgu, mcm lucu je. takkanla bhgian
pentadbiran skolah nak kasik senang2 je kot..huhu rolleyes.gif
iznanaziz
QUOTE(teratak~alam @ Feb 15 2013, 02:46 PM) *
QUOTE(iznanaziz @ Oct 21 2012, 02:59 AM) *
9A SPM boleh jadi CIKGU

Berita hari ni mengatakan, calon SPM yang mendapat 9A akan diberi peluang untuk menjadi guru. Cadangan tu memang bagus untuk memartabatkan profesion perguruan. Tapi adakah mereka yang mendapat 9A ni berminat untuk menjadi guru?

Dengan bebanan tugas guru hari ini… gaji yang tidak seberapa jika dibandingkan profesion lain yang boleh mereka ceburi dengan keputusan cemerlang mereka. Adakah berbaloi dengan usaha mereka… adakah sama dengan menjadi jurutera??? Peguam??? Doktor???


takdenye rasa blh kot,

ada 2 kelompok individu yang society skarang percaya dgn kata2 diorang dlm dunia ni,
mesia pun termasuk..

1.doktor
2.guru.

masih boleh dipertikaikan dgn cara membina dlm soal ni.
cume usia belasan tahun dgn SPM masuh blum tentu dpt bagi didikan yang baik utk anak murid.
ckgu2 ni kejenye sgt la luas, utk lepas SPM trus jd ckgu, mcm lucu je. takkanla bhgian
pentadbiran skolah nak kasik senang2 je kot..huhu rolleyes.gif

ha ah kan...pengalaman pun tak ada....
teratak~alam
QUOTE(iznanaziz @ Feb 19 2013, 04:25 PM) *
QUOTE(teratak~alam @ Feb 15 2013, 02:46 PM) *
QUOTE(iznanaziz @ Oct 21 2012, 02:59 AM) *
9A SPM boleh jadi CIKGU

Berita hari ni mengatakan, calon SPM yang mendapat 9A akan diberi peluang untuk menjadi guru. Cadangan tu memang bagus untuk memartabatkan profesion perguruan. Tapi adakah mereka yang mendapat 9A ni berminat untuk menjadi guru?

Dengan bebanan tugas guru hari ini… gaji yang tidak seberapa jika dibandingkan profesion lain yang boleh mereka ceburi dengan keputusan cemerlang mereka. Adakah berbaloi dengan usaha mereka… adakah sama dengan menjadi jurutera??? Peguam??? Doktor???


takdenye rasa blh kot,

ada 2 kelompok individu yang society skarang percaya dgn kata2 diorang dlm dunia ni,
mesia pun termasuk..

1.doktor
2.guru.

masih boleh dipertikaikan dgn cara membina dlm soal ni.
cume usia belasan tahun dgn SPM masuh blum tentu dpt bagi didikan yang baik utk anak murid.
ckgu2 ni kejenye sgt la luas, utk lepas SPM trus jd ckgu, mcm lucu je. takkanla bhgian
pentadbiran skolah nak kasik senang2 je kot..huhu rolleyes.gif

ha ah kan...pengalaman pun tak ada....


bila sebut pengalaman , lagi besar ape yang bakal2 cikgu yang tingin nak jadi cikgu x tau.
cikgu yang baru nak jadi cikgu, bukan jatuh atas pengalaman utk jadi tenaga pendidik.
secara baiknya lebih baik didedahkan dgn sejarahnye skali utk jadi seorang kakitangan awam berjawatan sebagai seorang guru.
belum tentu suku dari yang nk jadi ckgu ni tau yang jawatan guru ni diselia bawah kementerian pelajaran, dan apa2 soal2 berkaitan pendidikan
adala bawah kuasa seri paduka baginda dipertuan agong. kementeriannye adalah bumiputera yang diberi khusus sejak merdeka sebagai satu dari 4 portfolio penting bumiputera pegang.

andaikata semua ni diberi dedahan , apa ckgu2 muda ni mampu handle ke utk pegang amanah jadi cikgu.
amanah sbb apa yang ckgu kata, anak murid akan folo sekurang2nya 70 peratus tanpa kondem.


terlalu byk persediaan untk seorang jd ckgu , dan bukan sbb tangga gaji D41 yang patut bakar smagt utk jadi cikgu. happy.gif
iznanaziz
QUOTE(teratak~alam @ Feb 19 2013, 06:45 PM) *
QUOTE(iznanaziz @ Feb 19 2013, 04:25 PM) *
QUOTE(teratak~alam @ Feb 15 2013, 02:46 PM) *
QUOTE(iznanaziz @ Oct 21 2012, 02:59 AM) *
9A SPM boleh jadi CIKGU

Berita hari ni mengatakan, calon SPM yang mendapat 9A akan diberi peluang untuk menjadi guru. Cadangan tu memang bagus untuk memartabatkan profesion perguruan. Tapi adakah mereka yang mendapat 9A ni berminat untuk menjadi guru?

Dengan bebanan tugas guru hari ini… gaji yang tidak seberapa jika dibandingkan profesion lain yang boleh mereka ceburi dengan keputusan cemerlang mereka. Adakah berbaloi dengan usaha mereka… adakah sama dengan menjadi jurutera??? Peguam??? Doktor???


takdenye rasa blh kot,

ada 2 kelompok individu yang society skarang percaya dgn kata2 diorang dlm dunia ni,
mesia pun termasuk..

1.doktor
2.guru.

masih boleh dipertikaikan dgn cara membina dlm soal ni.
cume usia belasan tahun dgn SPM masuh blum tentu dpt bagi didikan yang baik utk anak murid.
ckgu2 ni kejenye sgt la luas, utk lepas SPM trus jd ckgu, mcm lucu je. takkanla bhgian
pentadbiran skolah nak kasik senang2 je kot..huhu rolleyes.gif

ha ah kan...pengalaman pun tak ada....


bila sebut pengalaman , lagi besar ape yang bakal2 cikgu yang tingin nak jadi cikgu x tau.
cikgu yang baru nak jadi cikgu, bukan jatuh atas pengalaman utk jadi tenaga pendidik.
secara baiknya lebih baik didedahkan dgn sejarahnye skali utk jadi seorang kakitangan awam berjawatan sebagai seorang guru.
belum tentu suku dari yang nk jadi ckgu ni tau yang jawatan guru ni diselia bawah kementerian pelajaran, dan apa2 soal2 berkaitan pendidikan
adala bawah kuasa seri paduka baginda dipertuan agong. kementeriannye adalah bumiputera yang diberi khusus sejak merdeka sebagai satu dari 4 portfolio penting bumiputera pegang.

andaikata semua ni diberi dedahan , apa ckgu2 muda ni mampu handle ke utk pegang amanah jadi cikgu.
amanah sbb apa yang ckgu kata, anak murid akan folo sekurang2nya 70 peratus tanpa kondem.


terlalu byk persediaan untk seorang jd ckgu , dan bukan sbb tangga gaji D41 yang patut bakar smagt utk jadi cikgu. happy.gif

emmm...ye betul.
tak kisah la apa jawatan pun, semua tu tentu amanah dan tanggungjawab.
iznanaziz
Tandas sekolah diberi penarafan


Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah dalam usaha mengamalkan budaya tandas sekolah bersih terutama kepada golongan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, usaha itu bakal digerakkan melalui penyebaran poster berkaitan amalan dan budaya kebersihan tandas bersih termasuk buku Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah di semua sekolah bermula bulan ini.

"Usaha berkenaan bagi mempergiat amalan menjaga kebersihan dalam kalangan murid dan diharapkan melalui golongan ini, amalan itu dapat diperhebatkan kepada masyarakat secara menyeluruh," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, baru-baru ini.

Selain itu, beliau memberitahu, tahap kebersihan kantin dan dapur sekolah di seluruh negara semakin baik apabila 98.8 peratus daripada 8,321 kantin sekolah didapati bersih dengan markah 70 peratus ke atas melalui Penggredan Kantin Sekolah dan Dapur Asrama Sekolah yang dijalankan pada tahun 2012.

''Kementerian mempunyai senarai kantin dan dapur sekolah yang menerima markah bawah 70 peratus dan mereka ini diberi perhatian khusus seperti pemeriksaan akan dibuat pada bila-bila masa supaya mereka dapat meningkatkan tahap kebersihan," katanya.

Beliau turut menegaskan, mana-mana kantin yang tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan pihaknya akan dikenakan tindakan tegas seperti premis mereka disita serta merta.

Pada masa yang sama, katanya, pada tahun lalu, sebanyak 12 kantin sekolah dan lapan dapur asrama ditutup kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.

Kata Ka Siong, antara aspek yang diambil kira dalam pemeriksaan itu termasuk tahap kebersihan pengendali, penyimpanan bahan mentah dan masakan, kebersihan premis serta kawalan serangga seperti lipas dan tikus.

Beliau berkata, selain menyediakan garis panduan mengenai jenis makanan yang tidak boleh atau tidak digalakkan dijual di sekolah, kementerian turut menjalankan kempen bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai pemakanan golongan itu.

Usaha itu menurut beliau, termasuk memaparkan jumlah kalori dalam makanan yang dijual di kantin, di sekitar kawasan sekolah serta memaklumkan pelajar jumlah kalori yang ideal untuk kegunaan atau keperluan mereka.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...n#ixzz2NLi3P1ml
© Utusan Melayu (M) Bhd

kalau hendak tandas bersih, mana2 kerosakan dalam tandas, perlulah diperbaiki dahulu. kadang2 budak2 sekolah tidak mahu membuang air samada besar atau kecil, sebab tandas kotor dan byk yang rosak2.
iznanaziz
SPM: Wajib lulus BI lahir pelajar bermutu


KUALA LUMPUR 11 Mac - Pelaksanaan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016 mampu melahirkan pelajar berkualiti dalam pelbagai bidang, sekali gus membantu membangunkan negara ke arah negara maju.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr. Rafiah Salim berkata, tindakan tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing di peringkat global.

"Rakyat Malaysia disarankan lebih berfikiran terbuka untuk menerima sesuatu perubahan yang positif demi kebaikan negara dan bangsa dan inilah salah satu caranya iaitu menguasai Bahasa Inggeris dengan cekap.

"Walaupun sektor ekonomi terutamanya menuntut penguasaan Bahasa Inggeris, namun ini tidak bermakna kita harus mengetepikan kepentingan bahasa kebangsaan. Perlu ada keseimbangan dalam melaksanakan kedua-duanya supaya bahasa kebangsaan tidak diketepikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang berkemungkinan besar Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus SPM bermula 2016.

Sementara itu, tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, Penutur Jati merupakan satu program yang efektif kepada guru-guru bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka, sekali gus membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar di dalam kelas.

"Program ini turut membantu guru yang terlibat mahir sepenuhnya sebelum gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...u#ixzz2NLomK3gq
© Utusan Melayu (M) Bhd




Guru dari Amerika Syarikat perkukuh penguasaan BI

SEBANYAK 20 peserta yang terlibat dengan program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) dari Amerika Syarikat mula ditempatkan di 20 buah sekolah di Terengganu bagi melaksanakan program ETA selama 10 bulan bermula Februari hingga November ini.

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, Zarina Jusoh berkata, penempatan ETA di sekolahnya adalah untuk kali kedua bagi membantu meningkatkan tahap pengajaran bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar.

"Saya yakin dan percaya dengan kehadiran guru ETA para pelajar akan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk bertutur serta berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sekali gus membantu pelajar menanam minat yang mendalam dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam bahasa berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan guru ETA ke SMK Kompleks Gong Badak (SMKKGB) di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, peserta ETA dibawa melawat ke bilik bahasa Inggeris, bilik muzik, pusat sumber, makmal sains dan ke beberapa kelas untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajar.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...I#ixzz2NLxsM4I0
© Utusan Melayu (M) Bhd

kenapa kat Terengganu je? kat tempat2 lain tak ada ke?
iznanaziz
Ungkapan 'demi untuk' kurang tepat, bersifat lewah


DALAM sesetengah tulisan, dapat kita temukan penggunaan ungkapan demi untuk. Dalam lirik lagu, ungkapan demi untuk ini menjadi pilihan pencipta lagu. Tujuan penggunaan demi untuk dalam binaan ayat ialah apabila ayat itu mengandung unsur penegasan. Perhatikan ayat-ayat contoh seperti yang berikut ini:

1. Demi untuk watan, kami rela berjuang bermati-matian.

2. Aku rela berbuat apa-apa sahaja demi untuk kebahagiaan kita.

3. Tindakan tegas pengetua sekolah ini wajar demi untuk kebaikan pelajar.

Betulkah ungkapan demi untuk dalam ketiga-tiga ayat tersebut itu?

Sebelum dipastikan betul atau salah penggunaan demi untuk tersebut, eloklah difahami akan maksud kata demi itu. Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, demi mempunyai empat pengertian. Makna pertama berkaitan dengan perbuatan bersumpah, misalnya "demi Allah". Yang kedua membawa pengertian "kerana" atau "untuk", misalnya "demi kepentingan rakyat".

Dalam ayat 1, terdapat unsur "bersumpah". Dalam konteks ini, sesuatu penegasan itu menjadi lebih berat dan berkesan lantaran adanya tanggapan seakan-akan sumpah. Selain itu, semacam ada rasa lebih sedap jika dilafazkan bersama-sama kata untuk bagi memberikan penekanan yang lebih. Ayat 1 dirasakan lebih bertenaga jika kita hanya menggunakan demi atau untuk seperti ayat 1a dan 1b.

1. (a) Demi watan, kami rela berjuang bermati-matian.

1. (cool.gif Kami rela berjuang bermati-matian untuk watan.

Demikian juga halnya dengan ayat (2) dan (3). Ayat-ayat itu akan menjadi lebih persis jika menggunakan salah satu demi atau untuk, seperti yang berikut:

2. (a) Aku rela berbuat apa-apa sahaja demi kebahagiaan kita.

atau

2. (cool.gif Untuk kebahagiaan kita, aku rela berbuat apa-apa sahaja.

3. (a) Tindakan tegas pengetua sekolah itu wajar demi kebaikan pelajar.

atau

3. (cool.gif Untuk kebaikan pelajar, tindakan tegas pengetua sekolah itu wajar.

Oleh itu, ungkapan demi untuk itu kurang tepat dari segi tatabahasa kerana kehadirannya secara berpasangan menghasilkan bentuk bahasa yang lewah sifatnya.

Dari segi makna pula, kata sendi demi sama maknanya dengan kata sendi untuk. Oleh itu, sekiranya digunakan kedua-dua kata sendi demi untuk ini, samalah halnya dengan penggunaan dua perkataan yang bersinonim, seperti kita mengatakan saya saya atau aku ku, atau "*Dia berjaya lantaran kerana dia berusaha dengan gigih", atau "*Dia menangis kerana oleh sebab wangnya hilang" atau "*Dia akan gagal jika sekiranya dia tidak berusaha bersungguh-sungguh".

Bentuk ungkapan demi untuk itu sebenarnya menggugat kesempurnaan bahasa. Dalam berbahasa, kita perlu menitikberatkan kepersisan bahasa. Dalam hal ini, ungkapan demi untuk lebih baik diperbetul menjadi demi sahaja atau untuk sahaja, kerana demikian itu cara pengungkapan yang betul.

Dua pengertian demi yang lain ialah, yang pertama, membawa maksud sebaik-baik sahaja atau selepas, dan yang kedua ialah lepas satu, satu. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:

4. Dia terus menangis demi mendengar berita buruk itu.

(maksud sebaik-baik sahaja atau selepas)

5. Direnungnya orang itu seorang demi seorang untuk mengenal pasti orang yang mencerobohi rumahnya.

(maksud satu lepas satu)

Begitulah huraian tentang penggunaan demi untuk dalam berbahasa. Oleh itu, bertukarlah kepada penggunaan bentuk yang lebih persis dan betul, iaitu demi sahaja atau untuk sahaja, tetapi bukan demi untuk.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...h#ixzz2NLrTSSW6
© Utusan Melayu (M) Bhd
iznanaziz

Sistem pembelajaran pintar diluaskan ke sekolah

KUALA LUMPUR 10 Mac - Sistem pembelajaran pintar yang kini digunakan di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal diperluaskan ke sekolah tidak lama lagi.

Usaha itu bakal direalisasikan Institut Pembangunan Profesional, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan kerjasama syarikat teknologi dari Taiwan, Wistron Corporation dalam usaha memperluaskan pendidikan maya di negara ini.

Pengarah Serantau Wistron Corporation, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, sistem yang menggunakan peralatan moden seperti komputer riba dan pelayan persendirian sebagai medium pembelajaran di dalam kelas itu membolehkan sesi pembelajaran diadakan secara interaktif.

"Kita akan menjalankan projek perintis di dua buah sekolah swasta terlebih dahulu sebagai pendedahan awal dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Setakat ini, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan pihak kerajaan sebelum sistem ini dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Pembangunan Profesional, OUM dan Wistron Corporation di sini hari ini.

Institut Pembangunan Profesional, OUM diwakili Ketua Pegawai Operasi OUM, Repin Ibrahim manakala Wistron Corporation diwakili Presidennya, Robert Hwang.

Menurutnya Syed Zainal, kerjasama itu merupakan titik permulaan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bermula di peringkat sekolah.

Tambahnya, menerusi kerjasama itu Wistron Corporation akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan kelas bagi projek perintis membabitkan perbelanjaan kira-kira RM100,000.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...h#ixzz2NLycZk00
© Utusan Melayu (M) Bhd
iznanaziz

"Berat mata memandang''

SUKARELAWAN SMP (kanan) membuat kaji selidik di Dabong, Kelantan, baru-baru ini.
DI Dabong, - rutinnya sama, menjadikan seolah-olah jarum jam terlalu perlahan, atau terhenti terus.

Pukul 4.30 pagi ini, Ahmad Salleh,12, anak peneroka KESEDAR menaiki 'feri' - gerabak kayu sawit yang diubah suai menjadi 'feri' penumpang, berselungkup jaring mata punai yang agak tebal, berbangku kayu kelas kambing tidak beralas - melalui rutin harian ke sekolah.

Perjalanan mengambil masa tiga jam, berhimpit dengan rakan-rakan lain melalui jalan bertar yang sudah lama tidak ditar semula.

Ain Fadzillah Karim, 15, dan beberapa rakannya berjalan kaki menerjah rumput berembun pada subuh yang gelap menuju stesen kereta api Dabong.

Lain pula pelajar tingkatan dua yang dikenali sebagai Rahman, menaiki kolek merentasi Sungai Galas untuk ke seberang. Tahap air sungai separas muka kolek menjadikan keadaan mereka bagai nyawa di hujung tanduk.

Bagi beberapa anak kakitangan KESEDAR, nasib mereka lebih baik kerana menaiki pacuan empat roda ke sekolah masing-masing.

Kesemua mereka menuju ke sekolah dan belajar seperti mana pelajar lain di seluruh negara,

Setiap wajah kanak-kanak yang comel ini menyinarkan harapan - sebahagian atau segelintir akan menjadi seseorang yang boleh mengubah dunia.

Mereka perlu diberi harapan dari semasa ke semasa, dan yang lebih penting diberi pendedahan tentang peluang dan ruang bagi membolehkan mereka memilih laluan kerjaya yang mungkin lebih baik - bukan terus menerus mewarisi kemiskinan atas nama takdir.

Sedikit suntikan motivasi dan teknik belajar yang biasa dilakukan oleh pelajar di tempat lain yang lebih terdedah dengan teknik-teknik baru dan pelbagai, akan menjadikan pelajar di Dabong menjadi lebih berdaya maju dalam akademik.

Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) yang menyedari hal ini, sekali lagi melantik Utusan Malaysia bagi menggubal dan melaksanakan program akademik dan motivasi untuk murid-murid sekolah kebangsaan yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Program yang dikenali sebagai Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi itu merupakan buah tangan SMP yang mahu membantu calon peperiksaan kebangsaan di tahap UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - khususnya luar bandar dan pedalaman - mendapat kesedaran baru dan lebih baik pencapaian akademiknya.

Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin memberitahu Utusan Malaysia baru-baru ini, sekolah-sekolah yang dicadangkan terlibat:

i. SK Slow Temiang

ii. SK Dabong

iii.SK Kemubu

iv.SK Sg Sam

v. SK Mempelam Jelawang

vi.SK Seri Mahligai

Beliau turut mengalu-alukan ibu-bapa menghantar anak masing-masing mengikuti program berkenaan yang akan diadakan pada 19 dan 20 Mac ini.

"Lokasi program akan ditentukan kemudian,'' kata Noraini.

Sekolah yang berminat, diminta menghubungi pihak sekretariat di talian 017-5161 142.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...g#ixzz2NLzwbQ58
© Utusan Melayu (M) Bhd

kesian ya...
iznanaziz

Penjodoh bilangan untuk kata nama benda hidup

DALAM kegiatan berbahasa, lumrah didapati pengguna bahasa Melayu cenderung meninggalkan penjodoh bilangan.

Ada dalam kalangan mereka berpendapat bahawa tidak menggunakan penjodoh bilangan sebelum sesuatu kata nama tidak akan menjejaskan maksud sesuatu ayat. Tanpanya, pembaca tetap dapat memahami maksud ayat.

Dalam media massa, sama ada media cetak atau media elekronik dapat kita temukan ayat-ayat contoh seperti yang berikut:

1. Lima pendatang tanpa izin ditangkap oleh polis.

2. Beberapa jalan di kawasan itu ditenggelami air.


Kedua-dua ayat 1 dan 2 akan menjadi persis apabila penjodoh bilangan orang dan batang dibubuh di hadapan kata nama pendatang (ayat 1) dan jalan (ayat 2).

Ketiadaan penjodoh bilangan juga menerbitkan maksud yang pelbagai. Kepelbagaian maksud itu menyebabkan maksud ayat tidak khusus.

Dalam ayat contoh 1 misalnya, bilangan 'lima' itu boleh jadi membawa maksud jumlah individu atau jumlah kumpulan, atau jumlah gerombolan.

Hal ini menunjukkan betapa pentingnya penjodoh bilangan untuk menyampaikan maklumat yang tepat.


Di samping itu, penjodoh bilangan berfungsi untuk mengindahkan gaya bahasa selain melembutkan serta menimbulkan lenggang-lenggok bahasa yang menarik. Tanpa penjodoh bilangan, kelembutan dan keindahan bahasa tidak berapa ketara.

Apakah penjodoh bilangan? Penjodoh bilangan ialah perkataan yang terletak di antara kata bilangan dan kata nama sesuatu frasa nama.

Pendeta Za'ba menamakan penjodoh bilangan sebagai "pemadan bilangan".

Dalam tulisan kali ini, saya akan berbicara tentang penjodoh bilangan untuk kata nama hidup.

Dalam bahasa Melayu, kata nama hidup dapat dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia. Penjodoh bilangan untuk manusia berbeza daripada penjodoh bilangan bukan manusia.

Penjodoh bilangan untuk manusia bergantung pada jumlah bilangan nombor atau bilangan kuantiti. Penjodoh bilangan untuk manusia yang menunjukkan jumlah bilangan ialah orang.

Bagi bilangan yang menunjukkan kuantiti pula, penjodoh bilangannya ialah kumpulan, pasukan dan gerombolan.

Beberapa ayat contoh yang menggunakan penjodoh bilangan tersebut ialah:

3. Seorang pelancong asing sedang makan di restoran itu.

4. Enam orang kanak-kanak tadika bermain di padang permainan.

5. Beberapa kumpulan sukarelawan telah berangkat sebentar tadi.

6. Dua pasukan kriket di daerah kami bertemu dalam perlawanan akhir.

7. Segerombolan pengganas telah ditawan oleh askar kerajaan di tepi rawa.

Penjodoh bilangan gerombolan digunakan untuk kumpulan orang jahat, seperti samseng, pengganas, penjenayah, penjarah, penyamun dan seumpamanya.

Organ di dalam tubuh manusia seperti usus, jantung, paru-paru, pankerias, hempedu, limpa dan lain-lain tidak menggunakan penjodoh bilangan, kecuali organ hati yang diberi penjodoh bilangan keping, seperti sekeping hati.

Penjodoh bilangan untuk benda bernyawa bukan manusia dapat dibahagikan kepada dua, iaitu binatang dan makhluk lain.

Seperti halnya dengan penjodoh bilangan untuk manusia, penjodoh bilangan untuk binatang juga bergantung pada jumlah bilangan atau jumlah kuantiti.

Bagi menunjukkan jumlah bilangan (nombor), penjodoh bilangannya ialah ekor. Penjodoh bilangan yang menunjukkan kuantiti pula ialah kawan. Contoh dalam ayat:

8. Saya membeli dua ekor itik bemban.

9. Beberapa ekor kerbau balar berkubang di sawah.

10. Pemburu itu terserempak dengan sekawan gajah.

Penjodoh bilangan ekor digunakan untuk semua binatang, sama ada bersaiz besar atau kecil, tidak kira binatang itu mempunyai ekor atau tidak. Semut, ketam dan siput binatang yang tidak mempunyai ekor, tetapi tetap menggunakan penjodoh bilangan ekor.

Binatang yang menerima penjodoh bilangan ialah binatang yang dapat dikira dan dilihat. Binatang yang bersaiz mikro, yakni yang bersaiz halus seperti bakteria, ameba, virus, kuman, dan protozoa tidak menggunakan penjodoh bilangan.

Kita tidak menyebut seekor bakteria, lima ekor virus atau beberapa ekor kuman.
Jenis benda bernyawa bukan manusia yang kedua, iaitu makhluk asing, ialah seperti malaikat, syaitan, iblis, bidadari dan bunian.

Masyarakat Melayu menggolongkan makhluk jenis ini kepada dua, iaitu golongan yang baik dan golongan yang jahat.

Makhluk yang baik dikatakan berperangai seperti manusia. Makhluk tersebut ialah bidadari dan bunian, dan penjodoh bilangannya ialah orang.

11. Tujuh orang bidadari telah turun dari kayangan ke taman tuan puteri.

12. Orang kampung mengatakan Tok Ketua telah berkahwin dengan seorang bunian.

Demikian huraian berkenaan dengan penjodoh bilangan untuk kata nama benda hidup. Dalam siaran akan datang, dibincangkan pula penjodoh bilangan bagi benda tidak bernyawa.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan...p#ixzz2NNF7ST9l
© Utusan Melayu (M) Bhd
emy.tan
tahniah utk semua pelajar sekolah, tidak kira sekolah rendah atau menengah..kerana tanpa sekolah rendah, siapalah anda di sekolah menengah kan..hehehe =)
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.