Bhgn 1

Pengetahuan mengenai penyakit kelamin penting bagi ibu-ibu hamil. Ini kerana setiap penyakit sekiranya cepat diketahui, maka lebih cepat dapat diubati.

* Trepanomatosis (Sifilis)

Kuman Trepanomatosis biasanya disebut sifilis. Penyakit sifilis tidak akan menyebabkan seseorang wanita sukar untuk mengandung. Kebiasaannya wanita yang mengidap sifilis tidak mengalami apa-apa gejala namun ia memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Sekiranya jangkitan serius, ia sering menyebabkan keguguran bayi. Bayi yang lahir dari ibu yang mengidap sifilis akan turut mengidap penyakit yang sama. Kerana itulah, pemeriksaan darah ibu mengandung akan turut disertakan dengan ujian saringan VDRL yang bertujuan mengesan kuman sifilis.

Rawatan

Ubat jenis penicillinsecara suntikan akan diberikan. Selain itu, ahli keluarga akan diperiksa untuk mengesan jangkitan dan turut diberi rawatan. Sekiranya ibu hamil mendapat rawatan, jangkitan penyakit ini tidak akan berlaku pada bayi.

* Gonohorea

Gonohorea biasanya menyerang pundi kencing dan rahim. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan deman yang panjang. Simptom biasanya berupa sakit semasa kencing, sakit ari-ari dan “vigal discharge” (lelehan murkosa dari vagina).

Jika ia menyerang hati, ia akan meneyababkan sakit di kawasan perut sebelah kanan dan jika ianya menyerang tulang, ia akan menyebabkan lenguh tulang.

Rawatan
Rawatan dimulakan dengan ujian mengesan kuman dengan mengambil sampel kencing dan juga sampel lelehan dari vagina. Selepas itu, suntikan penicillin diberikan.

* Herpes Genital

Ia menyerang vulva dan memberi kesan bengkak dan kutil pada vulva. Cara kelahiran terbaik sekiranya si ibu dijangkiti dengan penyakit ini adalah caesarean bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Herpes genital biasanya menjangkiti lelaki dan dipindahkan semasa hubungan seks.

* Hepatitis B

Penyakit ini amatlah digeruni oleh ibu-ibu yang hamil. Ini kerana ianya boleh menyebabkan kamel hati. Namun ianya boleh dicegah melalui suntikan vaksin hepatitis.