Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Presiden Dr Mohammad Morsi..
Mesra.net Forum > Politics > Politik Antarabangsa
Pages: 1, 2
Ewan_sn
anaxilea
Israel minta presiden kekal untuk kepentingan politik di Asia Barat

BANDAR GAZA: Penduduk Gaza memerhati dengan rapi perkembangan di negara jiran Mesir mengharapkan perubahan kerajaan akan membawa kepada dasar kawalan sempadan yang lebih longgar, manakala Israel pula berkempen untuk mempengaruhi negara kuasa besar agar terus menyokong Presiden Hosni Mubarak.
Israel semalam memberitahu diplomatnya di Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lagi agar menggalakkan kerajaan tuan rumah mereka terus menyokong rejim Mubarak yang kini berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran menuntut Presiden Mesir itu meletak jawatan.
Akhbar Israel, Haaretz melaporkan kementerian luar negara itu memberitahu diplomatnya bahawa kestabilan rejim di Mesir adalah utama bagi kepentingan Barat dan rantau Asia Barat.

“Kita harus membendung kecaman awam terhadap Presiden Hosni Mubarak,” kata kementerian luar itu.

Akhbar itu berkata, kenyataan itu dihantar kepada diplomat Israel di beberapa negara termasuk AS, Kanada, China, Russia dan beberapa negara Eropah.

Sementara itu, penduduk Gaza pula yakin perubahan positif mungkin bermakna sekatan dikenakan kerajaan Mesir terhadap pintu masuk ke wilayah mereka yang dikepung akan dilonggarkan.
Mesir dan Israel mengehadkan laluan keluar dan masuk ke Gaza selepas Hamas mengambil alih kuasa di semenanjung tepi laut sesak dengan 1.5 juta penduduk itu daripada Presiden Palestin disokong Barat, Mahmoud Abbas pada 2007.

Gaza dan Mesir berkongsi sempadan sepanjang 15 kilometer dan ratusan terowong digali penyeludup bagi merentasi sempadan secara haram untuk membawa masuk bekalan keperluan ke wilayah Palestin itu.

Sejak tunjuk perasaan harian oleh rakyat Mesir yang bermula hampir seminggu lalu, pintu masuk sempadan semakin dikawal ketat.

Pintu masuk antara Gaza dan Mesir, yang sebahagiannya dibuka semula sejak beberapa bulan lalu, ditutup kelmarin oleh pihak berkuasa Mesir hingga diberitahu kelak.

Penyeludup berkata, aliran barangan dari Mesir termasuk minyak murah, terganggu sejak beberapa hari. Penduduk Gaza mula menyimpan bekalan minyak dan barisan panjang penunggang motosikal dilihat di stesen minyak.

“Mana-mana penduduk Gaza menunggu perubahan di Mesir kerana negara jiran itu adalah peparu yang membantu kami bernafas,” kata seorang pegawai Hamas yang enggan namanya didedahkan.

“Sebarang perubahan di Mesir akan membawa perubahan di Gaza,” katanya. – AP
anaxilea
Anak Mubarak bawa 97 beg besar ke Britain

LONDON: Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan sudah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London, lapor akhbar The Sun, semalam.

Anak lelaki presiden itu, Gamal, 47, dikatakan bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar.
Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London.
Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.
Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.
Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.

Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir, Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941. – Agensi
anaxilea
Antara Kejahatan Hosni Mubarak
  1. menjadi dalang kesusahan rakyat palestine di Gaza dengan menutup pintu mesir-palestine, menyebabkan rakyat gaza menderita
  2. menyokong US dan Israel untuk mempertahankan kedudukannya
  3. selama 30 tahun diktator ini berkuasa, ramai rakyat ditahan tanpa had, tanpa bicara
  4. Mesir masih berada dalam perintah darurat selama 30 tahun
mamameow
Tq Ana ..
very enlightening , especially pada yg malas baca s/khabar , tengok TV mcm mama ni

adeh..bila la dunia nak aman ?
anaxilea
ye mama, ana pon tak tgk tv sangat, byk surf kat tenet
kenapa pemberontakan mesir sangat signifikan pada negara Islam lain?

1) Mesir menjadi pencetus perjuangan Islam sejak zaman Ikhwan
Mesir sememangnya parah, tapi apa yg berlaku di mesir sangat signifikan kpd negara Islam lain sebab mesir adalah negara Arab yg mempunyai populasi teramai dan polisi politik mesir mempengaruhi polisi negara islam lain

kebangkitan Islam di mesir bermula zaman ikhwan muslimin dulu yg telah merebak ke tanah melayu, pre-kemerdekaan, ramai yg dapat semangat perjuangan Islam dari revolusi yg berlaku di sana

2) rakyat membenci pemerintah kuku besi
tapi tula si Hosni Mubarak ni, keganasan boleh dikurangkan, tapi dia takmo berundur,
dia pecat semua menteri, tapi dia sebagai presiden kekal, ade ke patut???

3) tentera sudah mula menyokong rakyat?
dan perkembangan terkini, tentera mesir tidak akan menggunakan kekerasan terhadap rakyat
adakah ini perkembangan bahawa tentera pon dah menyokong gerakan rakyat

4) gerakan revolusi mesir pasca jasmine revolution adalah gerekan leaderless
maksudnya, semua rakyat sama ada kristian, muslim dan jews menyertai demo ini, menunjukkan betapa jahatnya mubarak ni... isterinya susan mubarak juga dikenali sebagai marie antoinette (pemaisuri jahat zaman revolusi perancis), dan kekayaan melimpah ruah sedangkan rakyat merana dan berada dalam kemiskinan tegar


tapi, ada juga suara yg sangsi dengan perjuangan rakyat mesir ini dgn beranggapan bhw yg menggantikan hosni mubarak pon lebih kurang sama je, sebab arab ni kalau dah dapat kuasa memang nak kekal sampai ke mati
tapi, bagi ana gerakan yg dibawa oleh org Islam yg tidak korup patut dipilih dan mereka nila pengganti terbaik Hosni mubarak al-jahat....
Ewan_sn
Mesir: Pemimpin dunia perlu ambil iktibar
Salmah Mat Husain


KOTA BHARU, 1 Feb: Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada pemimpin di negara lain agar tidak bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya menzalimi mereka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas perkembangan rusuhan yang berlaku di Mesir itu.

Katanya, kemenangan yang mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Akibatnya, jelas Tuan Guru lagi rakyat telah memprotes kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi di negara itu walaupun pada zahirnya mendapat undi yang besar.

Sambungnya, rusuhan itu sebenarnya satu mesej yang besar terhadap mereka yang menipu rakyat.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya.


Ewan_sn
Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup
Posted on Monday, January 31 @ 21:00:00 PST
Oleh: ustnik

"Kebangkitan rakyat di Tunisia menyebabkan pemerintahan Zein al-Abidin bin Ali berakhir. Rupanya tempoh puluhan tahun berkuasa bukannya disukai oleh rakyat, apa lagi kalau penuh dengan kezaliman, penindasan, rasuah, pengumpulan harta untuk sendiri dan rakyat dibiarkan melarat dalam segala segi. Semua yang sensitif dengan isu ini teruja-dalam dan luarnegeri, ulama, cendekiawan dan ahli politiknya, termasuk penyanyi seperti Maher Zain yang menukilkan kata-kata dari ahli puisi Tunisia:


When the people want freedom
Then fate has to listen

The dark night has to come to an end

And the chains have to be broken

(Aboulkacem Al-Chabbi, Tunisian poet)

Revolusi rakyat di Tunisia merebak ke Mesir. Pelajar di Mesir yang begitu ramai di sana bagaimana? Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun telah memerintah Mesir begitu lama. Walaupun setiap kali pilihanraya Presiden dibuat beliaulah yang menang, tetapi hakikatnya ia tidak menggambarkan hasrat sebenar dan realiti rakyat.

Rakyat meluat dengan pemerintah yang hanya tahu menggunakan kuasa untuk mengumpulkan kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri. Sabar rakyat ada hadnya. Air di empangan walaupun kelihatan lemah mengalir tetapi apabila sampai klimaksnya boleh memecahkan dinding empangan yang tebal itu.

Dikhabarkan keluarga Hosni Mubarak telah melarikan diri ke London dengan jet peribadi dengan membawa 97 beg besar (big bag not big mama). Bila pemimpin negara jatuh, terbongkarlah segala aktiviti rasuah, penyelewengan dan harta peribadi yang dikumpul sepanjang pemerintahan. Mereka bukan menjadi negarawan tetapi lagak bangsawan yang meratah wang.

Petikan dari agensi berita lain (kalau benar):

“Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.

Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.

Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir, Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941″

Lihat! Kalau ini benar maka inilah sebesar pengkhianatan pemimpin terhadap amanah memerintah negara. Sesiapa yang pernah pergi ke Mesir boleh melihat bagaimana rakyat Mesir yang menjadi buruh kasar membina bangunan itu kadang-kadang berdebu seluruh tubuhnya hanya kerana mencari rezeki secebis roti.

Presiden yang kononnya sentiasa menang dalam pilihanraya Presiden itu menjadi ‘pewaris’ kepada Firaun dan Qarun. Pemimpin di dunia lain termasuk bekas pemimpin dan pemimpin di Malaysia Timur dan Malaysia Barat tidak mahu belajar apa-apa dari kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir itu? Atau masih selesa dengan sokongan rakyat dalam pilihanraya kecil seperti di Tenang itu?

Bekas PM seperti Pak Lah dan Dr M serta bekas menteri kabinet mungkin boleh mengurut dada kerana ’selesai’ memerintah tetapi jangan lupa catatan Malaikat Raqib dan Atid akan dibuka di Padang Mahsyar nanti. Kalaupun tiada revolusi rakyat terhadap bekas PM yang berundur dengan ‘tenang’ tetapi ‘audit’ paling halus akan berlangsung dengan cara paling menakutkan di SANA.

Subhanallah! Benarlah Allah yang telah membiarkan Firaun itu diselamatkan tubuhnya dan bersemadi dalam Muzium Firaun di Mesir.

PakCikMuda
Sesungguhnya bantuan dari Allah telah tiba buat rakyat dan negara Mesir,Bumi Para Anbia.
Murbarak tak ubah seperti Firaun cuma yang beza diantara beliau dengan Firaun ialah kerana firaun tidak menjadi boneka atau Pak turut mana-mana kuasa asing seperti Amerika dan Israel yang ketika itu belum lagi wujud malah Mesir ketika itu merupakan kuasa besar.

Hosni Murbarak mengumpulkan kekayaan.Apakah dia ingat kekayaan tersebut boleh dibawa ke 'alam yang abadi' seperti kepercayaan agama kuno orang-orang Mesir terdahulu?
adlertag
Mungkinkah Mubarak layak dipanggil diktator?
fatamorgana
QUOTE(adlertag @ Feb 2 2011, 11:58 AM) *
Mungkinkah Mubarak layak dipanggil diktator?

mungkin layak bg gelaran yg lebih teruk drpd itu...
hydrochloric_acid
Israel devil.gif dan amerika devil.gif akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan rakan sekutu depa nie, Kenapa? untuk mengekalkan pengaruh atau kehadiran kat dunia arab... yealah korang pun buleh tgkkan contohnye pintu sempadan abih ditutupnye & dan juga dasar atau polisi dia terhadap palestine... and mesir nie plak kekuatan tentera dia sudah melebihi israel sendiri kerana every year sentiasa dapat batuan pakej ketenteraan dari amerika bukan sikit woo berpuluh billion dolar tuh... just bayangkan with all that military might takanlah depa nak lepaskan ke org yang anti amerika dan israel kot... korang ingat isreal dapat intel dari mana... kalu tak dari mesir...
PakCikMuda
Hosni Murbarak ni kawan baik Dr M selain Allahyarham Rafiq Hariri dari dunia Arab.Mereka sama-sama menjadi pemimpin No.1 negara masing2 pada tahun yang sama 1981.

Dr M ni lebih baik dari Murbarak sebab tidak ikut terlunjuk AS dan Israel dan banyak membawa kemajuan berbanding Murbarak yang menjadi pro-AS dan Israel dan lebih banyak 'membesarkan' tembolok kekayaan.
hydrochloric_acid
mod Are we allowed to copy paste tak kat sini? hhehehe kalu tak buleh i am sorry but just for info to all lah nie..

petikan akhbar nie di ambil dari israel news agency "haaretz". tujuan petikan ini di paste kat sini cuma nak menunjuk betapa penting nya hubungan isreal dan mesir..




"Israel called on the United States and a number of European countries over the weekend to curb their criticism of President Hosni Mubarak to preserve stability in the region.

Jerusalem seeks to convince its allies that it is in the West's interest to maintain the stability of the Egyptian regime. The diplomatic measures came after statements in Western capitals implying that the United States and European Union supported Mubarak's ouster.

Israeli officials are keeping a low profile on the events in Egypt, with Prime Minister Benjamin Netanyahu even ordering cabinet members to avoid commenting publicly on the issue.

Senior Israeli officials, however, said that on Saturday night the Foreign Ministry issued a directive to around a dozen key embassies in the United States, Canada, China, Russia and several European countries. The ambassadors were told to stress to their host countries the importance of Egypt's stability. In a special cable, they were told to get this word out as soon as possible.

EU foreign ministers are to discuss the situation in Egypt at a special session today in Brussels, after which they are expected to issue a statement echoing those issued in recent days by U.S. President Barack Obama and Secretary of State Hillary Clinton.

Obama called on Mubarak to take "concrete steps" toward democratic reforms and to refrain from violence against peaceful protesters, sentiments echoed in a statement Saturday night by the leaders of Britain, France and Germany.

"The Americans and the Europeans are being pulled along by public opinion and aren't considering their genuine interests," one senior Israeli official said. "Even if they are critical of Mubarak they have to make their friends feel that they're not alone. Jordan and Saudi Arabia see the reactions in the West, how everyone is abandoning Mubarak, and this will have very serious implications."

Netanyahu announced at Sunday's weekly cabinet meeting that the security cabinet will convene Monday to discuss the situation in Egypt.

"The peace between Israel and Egypt has lasted for more than three decades and our objective is to ensure that these relations will continue to exist," Netanyahu told his ministers. "We are closely monitoring events in Egypt and the region and are making efforts to preserve its security and stability."

The Foreign Ministry has called on Israelis currently in Egypt to consider returning home and for those planning to visit the country to reconsider. It is telling Israelis who have decided to remain in Egypt to obey government directives."

hydrochloric_acid
This one is the other article.... please bear in mind that this is an isreal news.. just want to share with u guys how important the relation israel and hosni

The price Mubarak will have to pay[/size]

Just two days ago, Mideast experts and commentators could not foresee that Egypt could be on the verge of a revolution, and Mubarak's 30-year regime might come to a forced end.



January 28, 2011 will go down in the annals of Egyptian history, even though President Hosni Mubarak did not resign (he made it quite clear in his speech on Friday night that he is staying put), and the army deployed Saturday morning in strategic locations around the capital. The regime has not (yet) fallen.

But the “Friday of rage,” which continues with limited use of force and the obvious fact that Egypt is in the throes of a revolution, has not abated. The hundreds of thousands who on Friday night took to the streets of Cairo, Suez, Alexandria, Ismailia, Asyut and more, made it clear that this is end of the era of dictatorship of a faltering state. Revolution, which may end with the reins of power in the hands of the “National Democracy”, even if it seeks to do so, will be forced to deal in a democratic manner with other parties, primarily other leaders, and change the face of Egypt as we know it today.

It is hard to rationally explain the events of Friday. The anchorwoman on Al-Jazeera said at around midnight Friday that even that morning the phrase “Egypt is not Tunisia” could be heard in the studio. This is a logical analogy. Egypt is a nation whose security forces, in theory, do not treat the local population with brutality, a nation with stable political infrastructure and government institutions. Egypt’s friends in Israel - politicians, military officials and others - have in recent days explained that Egypt has over the years withstood other demonstrations of this nature, and pointed out that the army has not yet been brought in to the picture. Almost all of the experts on Egyptian affairs (including some Egyptians) could explain that after a day or two of protests, tempers would cool and the Nile would keep flowing, just like the regime in Cairo. On Thursday night, Haaretz spoke to an Egyptian analyst in Cairo, who even then dared to say that he could not predict with certainty that the following day (Friday) would see massive protests. Two days ago, when Cairo was experiencing a 24-day hour break in the protests, no one - not even in Egypt - believed there would be such widespread demonstrations.

But before our astonished eyes the concept disintegrated. Once again we witnessed the limitations of intelligence (within Egypt as well as in Israel), of the experts and interpreters to follow and understand the general public spirit. The Egyptian army has not tried to suppress the protests, but has become a sideline spectator. The security forces withdrew time and again away from the protesters in order to avoid a massacre which would only inflame the rage. The protesters took over the streets on Friday and the question that remains open is – where is Egypt heading today?

It should be said, the writing was on the wall. Immediately after the Tunisia revolution, a reasonable suspicion that Egypt will be next arose. It was by way of "the usual suspect." A dictatorship, a single ruler for over 30 years, a corrupt governmental system, a broken economy, millions living in humiliating poverty and mostly an entire generation demanding change: young, educated, unaffiliated with the Muslim Brotherhood ideology but rather to Western culture. This generation grew into an explosive device which went unnoticed by everyone. While everyone was searching for the Muslim threat on the Egyptian government, the radar did not pick up on the frustration and rage of the young generation who sought for a democracy, freedom and mostly livelihood.

Furthermore, the widespread forgery during the elections for the Egyptian parliament two months ago, were considered too much even for the millions who were used to living in a dictatorship. The ruling party in Egypt was so determined to defend itself from the Islamic threat that it did not understand the rage that grew among the country's masses. And yet, no one in Egypt and elsewhere really believed that the masses could copy the revolution in Tunisia so fast.

It is also difficult to tell, today, whether the events on Friday were spontaneous. A pamphlet that was handed out in recent days in Egypt, which explained exactly how to demonstrate, in which places to gather, and how to get there, raises the suspicion that there was a guiding hand behind the uprising. The protest group "April 6," which is leading the protests, was established over three years ago. And yet, this guiding hand has now disappeared and is not clearly visible. And this is perhaps the central problem facing the demonstrators and April 6: the lack of a familiar, candid dace that could lead the public and decide what the next step should be.

Mohamed ElBaradei returned to Cairo but was placed under house arrest, and it is entirely uncertain that he will be able to carry the burden of the revolution on his shoulders.

Egyptian President Hosni Mubarak suffered a resound slap in the face from Washington on Friday. We should hope that there is someone in the White House who understands the possible consequences that could come from the U.S. government's public criticism voiced yesterday against Mubarak.

Washington took a huge risk in the decision to criticize Mubarak at such critical time for the Egyptian government, and it is not estimable whether an alternative regime in Egypt will bring more democratic tidings.

The message that came from the White House carried seemingly traditional messages, but harms all the U.S. allies in the Middle East.

U.S. President Barack Obama's popularity might rise again in the Muslim world but the U.S. president might wake up to a new Middle East in which even the closest of U.S. allies will perceive America as the great devil, not only by the public, but also by the governments.

Nevertheless, despite the heavy blow that Mubarak received from Washington and from the masses in Cairo, and despite his flailing health, the Egyptian president appeared strong and confident during his speech tonight.
He announced that he dismissed the cabinet, and intends today to appoint a new government.

But it seems to be too little too late. An Egyptian cabinet was dismissed in the past (1977) due to mass demonstrations, but the masses are now demanding more. Mubarak will have to clarify that the inheritance of power has been dropped – that is, to sacrifice his son Gamal and announce that he will not be running for presidency in the next elections in order to calm the spirits.

It is possible that this move will not suffice, and the masses will not stop until the revolution is completed and Mubarak senior will join his Tunisian colleague Zine El Abidine Ben Ali.
Ewan_sn
Mubarak Tutup Segala Maklumat Masuk dan Keluar Dari Mesir
Fahmi Fadzil | Feb 02, 2011 11:02:28 am



Ketika saya menyiapkan rencana ini, rakyat Mesir tetap dengan intifadah mereka. Hampir seminggu khabar dari Kaherah bercerita tak lain tak bukan: kisah protes jalanan yang tak henti-henti.

Memang kita mendengar betapa peritnya perjalanan perubahan yang harus ditempuhi rakyat Mesir: sudah puluhan yang terkorban; bursa saham Mesir merudum sekitar 16% dalam dua hari pertama protes 25 Januari yang lalu dan matawang Pound Mesir juga kian tergugat nilainya; dan buat pertama kali dalam sejarah Internet, kerajaan Hosni Mubarak telah menutup segala akses maklumat masuk dan keluar dari Mesir. Ini semua cabaran. Ini semua dugaaan. Ini semua rintangan.

Dan kelihatan seperti rakyat Mesir tidak getar, masih keras kepala, masih berdegil mahukan kebebasan dan pendemokrasian yang lebih tulen dari yang sedang disaji rejim sedia ada.

Amatlah penting yang tempat berkumpul rakyat dalam gerakan perubahan ini ialah di Midan El-Tahreer (Liberation Square, atau Dataran Merdeka versi Mesir), kerana secara simboliknya inilah gerakan rakyat yang cuba memerdekakan Mesir dari cengkaman "penjajahan" Presiden Mubarak yang telah berkuasa sejak tahun 1981 (soalan korollari: Apakah kita juga punya "penjajah" sebegini di mana-mana negeri lain di Malaysia?). Dan kelihatan apparatus kerajaan yakni polis dan tentera tidak mungkin memecah masuk dataran tersebut, kerana walaupun perintah berkurung berlangsung rakyat Mesir tidak berganjak dari situ malah menjemput Dr.El-Baradei (tokoh Nobel) untuk berucap!

Maka seminggu berlalu dan ribuan malah ratusan ribu rakyat Mesir masih berarak di Kaherah, Alexandria, Suez dan bandar-bandar lain yang turut serta. Adakah rejim diktator lapuk akan mengalahkan usaha demokratik jujur pimpinan anak-anak muda ini? Cuma masa menyimpan kata akhir jalan cerita.

Bagi tempoh yang terdekat, rakyat negara jiran mungkin meminjam semangat (rakyat Yemen juga mulai bangkit, mengikut khabar berita) manakala pengamat ekonomi resah dengan ketidaktentuan arah tuju politik yang pasti meninggalkan kesan - Adakah kerajaan pengganti yang bakal muncul akan bersikap populis untuk menangani krisis ekonomi dalaman yang makin meruncing, bila mana KDNK per kapita Mesir 2009 hanyalah USD2,270 (Malaysia adalah tiga kali ganda nilai ini)?

Turut resah adalah para politikus Amerika, Israel dan yang sewaktu dengannya, yang sedar pentadbiran Mubarak yang selama ini duduk diam sebagai sekutu mereka mungkin diguling dan diganti pentadbiran yang tidak semestinya pro-dasar-dasar sedia ada.

Adakah kerajaan-kerajaan yang berada di pelusuk Asia Tenggara ini juga harus gementar akan "tsunami" perubahan yang bakal mengunjung?

Bagi saya, hakikatnya Mesir, Tunisia, dan Yemen jauh berbeza keadaan ekonomi, sosial, dan juga politik sedia ada. Mungkin sekiranya Mahathir masih berkuasa persoalannya amatlah rapat (mungkin kisah Mesir ini menjadi "amaran" buat si rambut putih seberang Laut Cina Selatan?), tapi tidak. Sejak tahun 2003, Malaysia telah dipimpin dua Perdana Menteri berbeza, maka rasanya seperti situasi semakin berubah.

Tapi, apakah perubahan yang kita rasai ini perubahan tulen atau kosmetik? Adakah perubahan yang kita ingini - pembahagian ekonomi yang lebih samarata, penstrukturan semula kuasa kehakiman, rombakan dalam sistem politik nasional dan juga lokal dengan pulangnya pilihanraya kerajaan tempatan antara lainnya - sedang berlaku pada tahap yang menyelerakan rakyat Malaysia? Inilah antara persoalan yang akan kita hadapi sekitar PRU-13 nanti, yang akan dijawab dengan buangan kertas-kertas undi dan pemilihan untuk meletakkan kepimpinan di tangan pihak yang mana.

Bagi saya, sebenarnya, isu yang paling penting yang harus kita amati dalam situasi mutakhir di Kaherah terletak dalam perbincangan sekitar peralihan kuasa. Apabila tiba waktu untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, ia harus lakukan dengan cukup halus, diplomatik, dan tegas.

Di Mesir, walaupun gerakan Muslim Brotherhood (atau Al-Ikhwanul Muslimun, MB) yang diharamkan kerajaan Mubarak dianggap cukup kuat secara politiknya untuk mengambil alih gerakan perubahan ini, namun mereka telah bersepakat dengan para pembangkang dan anak-anak muda yang telah menggerakkan massa untuk memilih Dr El-Baradei sebagai wakil mereka dalam perbincangan dengan kerajaan Mubarak. Ini langkah yang penting, kerana sudah pasti MB yang merupakan sebuah organisasi yang dicop pengganas oleh Amerika Syarikat dan Israel tidak akan mendapat simpati masyarakat antarabangsa - maka realiti politik semasa membuat MB mengalah demi keinginan bergerak ke hadapan. Adakah MB akan mengkhianati gerakan perubahan ini nanti? Sekali lagi, cuma masa yang tahu.

Maka di Malaysia, apabila tiba masa untuk "perbincangan" yang sama nawaitunya seperti yang kita saksikan di Mesir, kesemua peserta mestilah bersedia untuk mengalah demi kebaikan persepakatan.

Juga harus diingatkan pentingnya "perbincangan" ini melibatkan angkatan tentera, yang seharusnya bersikap berkecuali dan neutral, dan paling tidak para askar tidak berpihak kepada golongan yang telah kalah. Tapi, oleh kerana saya bukan arif dalam isu-isu sebegini, saya akan henti di sini dahulu mengenai isu "perbincangan".

Yang paling penting, saya rasa, ialah kepercayaan rakyat Mesir bahawa ada hikmah di sebalik keperitan seminggu dua ini. Yang paling penting, saya pasti, ialah kesanggupan rakyat Mesir untuk mencuba nasib mereka - dan berkorban - demi memajukan demokrasi di tanah air mereka. Yang paling penting, saya percaya, ialah redhanya rakyat Mesir kepada perubahan yang melanda mereka, dan sabarnya mereka dalam menempuh dugaan yang mendatang.

Hari esok bakal tiba, dan semoga ianya lebih cerah bagi mereka. Juga, insyaAllah, bagi kita.

*Fahmi Fadzil ialah seorang penulis, penggiat seni, dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ewan_sn
10,328 Rakyat Malaysia di mesir


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya membawa pulang rakyat negara ini dari negara Mesir sekarang ekoran suasana yang tidak terjamin lagi dari segi keselamatannya.

“Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur,” kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Ketegangan di Mesir jelasnya tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini.

Protes menuntut perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut.

Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya, kata beliau dalam kenyataannya itu.

“Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana.

“Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia,” katanya.
Ewan_sn
rabu 2/2/2010 9.20pm

pertempuran sengit sedang berlansung di Tahrir Square antara anti dan pro mubarak! dengan tidak semena2 ribuan penyokong mubarak tiba dengan menunggang unta dan kuda..dan bermulalah pertempuran sesama mereka!

dipercayai mereka di biayai regim mubarak. mereka menjerit2 menuduh stesyen berita aljazeera adalah pengkhianat dan sebagainya..

Ewan_sn
Egypt army wants protests ended


Military urges protesters to pack their bags and go back to 'normal life' as anti-government rallies enter ninth day.
Last Modified: 02 Feb 2011 11:05 GMT


The army has not intervened in the protests and only guards the sites and buildings that are of national interest [EPA]

The Egyptian army has called for protesters rallying for a ninth day against President Hosni Mubarak's
regime to go home and "return to normal life."

In a call for protesters to leave the streets, Ismail Etman, a military spokesman said on state television on Wednesday: "The army forces are calling on you ... You began by going out to express your demands and you are the ones capable of restoring normal life.

"I call on the conscious youth of Egypt, honest men of Egypt, we should look forward to future, think of our country, Egypt. Your message has been heard, demands understood, and we are working day and night to secure our homeland for your interest, the honourable people of Egypt."

Unlike the police, which is widely reviled in Egypt for its repressive tactics, the military is widely admired and is seen as neutral.

Internet back up

Internet service, which has been cut off entirely, has apparently been partially restored in Egypt.

Mubarak's embattled regime and the powerful military appear to be making a unified push to end a street movement to drive the 82-year-old leader out of power.




The movement built on the work of online activists is fuelled by deep frustration with an autocratic regime blamed for ignoring the needs of the poor and allowing corruption and official abuse to run rampant.

After years of tight state control, protesters emboldened by the Tunisia unrest took to the streets on January 25 and carried out a once unimaginable series of protests across this nation of 80 million.

The army gave a tacit endorsement to the movement on Monday by saying it would not use force against protesters and that they had legitimate demands.

Al Jazeera's Jane Dutton reported from Cairo that, "It is the first time that we have heard the army issue that warning.

"It could be linked to the fact that we are seeing an increasing number of pro-Mubarak supporters on the streets."

On Tuesday, the protesters brought nearly a million people into Cairo's main square to demand Mubarak leave within days.

Late on Tuesday, Mubarak issued a defiant response in an address to the nation, announcing that he would serve out the last months of his term and "die on Egyptian soil".

He promised not to seek re-election, but that did not calm public fury as clashes erupted between his opponents and supporters.
Ewan_sn
Israel serang Mesir!
Posted on Wednesday, February 02 @ 01:00:00 PST

"Kejatuhan Hosni Mubarak akan menyebabkan iklim dan cuaca politik Asia Barat bakal berubah. Sudah tentu Israel dan Amerika Syarikatlah negara yang paling takut dengan perubahan ini.

Tentunya Israel masih terkenangkan Ramadhan War 1973 (Yom Kippur). Yang mana ketika itu Negara Mesirlah yang mengepalai serangan keatas Regim Zionis itu dengan bantuan ribuan sukarelawan Ikhwanul Muslimin.

Israel tidak takut kepada Syria, Jordan dan Arab Saudi bahkan Iran. Semuanya penakut dan bacul.

Ingat! Fakta sejarah yang mencatatkan pengalaman Yahudi berperang selepas Khaibar(zaman Rasulullah) adalah dengan Mesir dalam Ramadhan War (Oktober 1973).

Israel amat takut dengan jatuhnya Mubarak dan diganti pemimpin yang berfikiran Islamik. Lebih-lebih lagi jika pemimpin itu dari Ikhwanul Muslimin.

Israel melihat jika Mesir dipimpin oleh golongan Islamik, sudah tentu berlaku penggabungan dengan Gaza yang diperintah HAMAS. Ianya amat merbahaya kepada regim Zionis tersebut.

Israel perlu melakukan sesuatu untuk hayat hidup negara haram itu.

Antara langkah yang berkemungkinan dilakukan Israel ialah:
1) Mengajak Amerika melakukan campurtangan terhadap Mesir secara ketenteraan sepertimana Afghanistan dan Iraq. Israel sediakan pengkalan untuk Tentera Amerika.

Amerika juga masih "fobia" dengan peristiwa rampasan Kedutaan mereka oleh belia-belia Iran dalam Revolusi Iran tahun 1979. Penahanan tebusan berlangsung lebih 300 hari.

2) Berpakat dengan Regim Mubarak untuk menyerang Mesir. Dengan ini rakyat Mesir akan lupakan isu jatuhkan Mubarak. Regim Hosni Mubarak kemudian akan tiupkan slogan "bersatu" untuk pertahankan kedaulatan Mesir. Dengan mengalihkan fokus isu dalaman negara kepada isu kedaulatan negara.

3) Barangkali ini langkah terakhir jika langkah (1) dan (2) tidak berkesan. Iaitu melakukan serangan besar-besaran keatas Mesir bersama Amerika, Britain, Perancis dan negara NATO yang lain. Atas alasan untuk mempertahankan keselamatan Israel dari ancaman Negara Arab
Ewan_sn
3 kapal TUDM akan berlepas ke Mesir
Posted on Tuesday, February 01 @ 22:40:31 PST
Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tiga kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan berlepas segera ke Mesir bagi mengeluarkan rakyat khasnya pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

Mereka juga akan membawa barangan keperluan harian termasuk bekalan makanan kepada mereka yang terperangkap di sana.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar) memaklumkan perkara ini kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra bagi menyelaraskan proses bantuan kerajaan negeri Selangor dengan Wisma Putra.
Ini berikutan pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang ekoran dari usaha jutaan rakyatnya mahu menyingkirkan presidennya, Hosni Mubarak.

Akibat kekecohan berlaku, ada segelintir pihak yang mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka termasuk merompak dan mengacau pelajar Malaysia di sana.

Tekanan telah dibuat kepada kerajaan agar usaha dibuat segera untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.

"Saya baru selesai berjumpa dengan Wisma Putra untuk selaraskan proses bantuan Kerajaan Negeri Selangor dengan Wisma Putra.

"Tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji," kata Dr Halimah, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Menurutnya, lawatan beliau ke bilik operasi bantuan pelajar Mesir di Kompleks MAIS pada 9.20 pagi tadi mendapati lima talian yang disediakan sentiasa dihubungi oleh ibubapa seluruh negara.

Pegawai Lembaga Zakat Selangor, JAIS dengan bantuan pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor akan mengendalikan perkhidmatan ini untuk memberi khidmat menyalurkan maklumat pelajar di Mesir kepada keluarga mereka.

Sementara itu, solat hajat di masjid-masjid seluruh negeri Selangor telah bermula, katanya.

"Saya mengharapkan tindakan pantas pihak kementerian yang berkenaan supaya dapat memastikan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan pelajar wanita diberi keutamaan dan disegerakan disamping keselamatan yang sememangnya perlu dipantau," katanya lagi.


Ewan_sn
Rakyat M'sia di Mesir dipindah dalam 4 setengah hari
Feb 2, 11 7:19pm


Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.

Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.

Antara yang turut serta dalam penerbangan AirAsia itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Ismee Ismail dan Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dalam misi membantu membawa pulang pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita di sini.

Anifah berkata sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok.

"Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah.

Katanya terdapat lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir.

Anifah berkata kerajaan Malaysia dan Indonesia turut bekerjasama rapat dalam proses pemindahan itu.

"Sebagai contoh, pesawat MAS atau AirAsia boleh membawa rakyat Indonesia yang terkandas di lapangan terbang jika ada tempat duduk kosong," katanya.

Anifah juga menasihatkan ibu bapa yang anak mereka berada di Mesir supaya bersabar kerana keadaan adalah terkawal dan memberi jaminan yang kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk melindungi mereka.

- Bernama
Ewan_sn
Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan
Harakahdaily


QATAR, 2 Feb: Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.
Ewan_sn
Empat Mati, 13 Cedera Dalam Pergolakan Di Kaherah - Al-Arabiya

KAHERAH: Empat orang terbunuh dan 13 lagi cedera apabila penyokong Presiden Hosni Mubarak menembak penunjuk perasaan anti-kerajaan yang berkhemah di Dataran Tahrir, lapor Al Arabiya yang memetik kenyataan seorang doktor di tempat kejadian. REUTERS

Ewan_sn
Media dan pergolakan Mesir
Mustafa K Anuar | Feb 03, 2011 12:11:58 pm



Enam wartawan dari stesyen televisyen satelit Al Jazeera edisi bahasa Inggeris baru-baru ini dilaporkan ditahan buat beberapa ketika dan kemudian dilepaskan oleh pihak tentera Mesir. Tetapi alat kelengkapan kamera mereka masih dirampas dan berada dalam tangan pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja. Sebelum ini, regim Hosni Mubarak mengambil tindakan untuk menutup biro Al-Jazeera di Mesir kerana nampaknya disebabkan pelaporan beritanya yang meluas dan kritis tentang pergolakan di Mesir yang tidak disenangi regim itu.

Kejadian ini bukanlah sesuatu yang luar biasa khususnya bagi orang Mesir dan juga pemerhati media kerana sebelum tercetusnya konflik dan protes besar-besaran di Mesir ini sudahpun berlaku di masa lalu beberapa kes wartawan dan blogger ditahan dan juga dihadapkan ke mahkamah atas alasan "keselamatan negara" dan sebagainya. Atau sekurang-kurangnya tindakan pemerintah ini adalah bertujuan untuk cuba menakut-nakutkan pihak media dan wartawan tertentu.

Tindakan ini nampaknya "selaras" dengan sikap dan dasar regim Mubarak yang rata-rata tidak menghormati prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan media di negaranya. Dan tindakan regim Mubarak baru-baru ini menutup rangkaian Internet dan sekali gus menjejaskan aktiviti blog, emel, Facebook dan Twitter serta rangkaian telefon bimbit - walaupun mengejutkan ramai orang - adalah secocok dengan paradigma kolot dan merbahaya ini. Ini kerana ianya merupakan satu usaha pihak berkuasa Mesir untuk melumpuhkan komunikasi, aktiviti dan solidariti antara ribuan orang Mesir yang membawa protes mereka ke jalan-jalan di Kahirah dan kota lain di Mesir.

Pendekata, inilah cara atau kaedah yang digunakan oleh sesebuah regim yang mengalami keretakan hegemoninya di mata rakyat jelata dan merasakan kepentingannya terancam. Tindakan ini adalah selain daripada menggunakan kekerasan pada peringkat akhirnya melalui "khidmat" apparatus negara seperti polis dan tentera bertujuan untuk "mendiamkan" orang ramai.

Sesungguhnya rakyat jelata Mesir selama lebih kurang tiga dekad yang lalu tidak mempunyai peluang dan ruang (kalau adapun, kurang) untuk melafazkan secara terbuka perasaan tidak puas hati, kegelisahan, kekecewaan, kemarahan, keinginan dan impian mereka melalui media massa arus perdana yang ada di negara itu. Seperti di kebanyakan negara yang mengalami kebebasan media yang tersekat, Internet dilihat atau diangkat sebagai satu "cahaya" yang boleh menerangi bumi Mesir pada tahap dan keadaan sosial tertentu.

Ini bukanlah untuk mencadangkan bahawa tercetusnya satu gelombang "reformasi" di Mesir adalah disebabkan rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook dan Twitter semata- mata. Keadaan sosio-ekonomi dan politik di Mesir dan ruang komunikasi yang "dibuka" oleh Internet saling "mencuit" hati dan memperkasakan rakyat Mesir untuk memberontak dan meluahkan perasaan pemberontakan ini.

Dengan kata lain, kemiskinan, pengangguran, harga barang keperluan yang melambung tinggi, rasuah, dan juga ketiadaan (atau kekurangan) akauntabiliti dan ketelusan serta penyalahgunaan kuasa bagi diri pihak pemerintah, antara lain, merupakan beberapa faktor utama yang menggerakkan hati rakyat untuk bangkit menuntut keadilan dan kesaksamaan. Dan dalam konteks ini media baru dan media sosial saling membantu meningkatkan kesedaran politik rakyat.

Lagipun, hakikat bahawa rakyat Mesir terus bangkit memberontak walaupun rangkaian Internet dicengkam kuat oleh regim Mubarak menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan politik menjadi pemangkin utama dalam pergolakan Mesir ini. Tetapi ada juga kemungkinan bahawa penutupan rangkaian Internet ini menggerakkan lagi rakyat Mesir, lebih-lebih lagi generasi muda yang pandai-teknologi (tech-savvy), terus berdegil memprotes di khalayak ramai.

Iktibar daripada pengalaman Mesir

Apakah pengajaran atau iktibar yang boleh diperolehi dari pengalaman Mesir ini? Antara lain, pemerintah mesti hormati prinsip demokrasi, keadilan, akauntabiliti dan ketelusan yang boleh membantu mencorakkan dasar pemerintah yang mesra rakyat atau people-centred dan mendirikan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, bertamadun dan harmonis.

Tidak kurang pentingnya ialah dasar ekonomi yang tidak menghasilkan jurang besar antara si kaya dan si miskin, dan juga penting ialah gaya hidup mewah pemerintah tidak bertentangan atau berkontradiksi dengan cara hidup sebilangan besar rakyat yang melarat dan miskin. Jurang pemisah ini sudah tentunya boleh menyalakan api di hati yang marah dan perut yang lapar.

Dari segi komunikasi dan media, pemerintah Mesir, seperti pentadbiran negara lain yang kononnya mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, perlu menghormati dan menghayati kebebasan media dan kebebasan bersuara untuk setiap lapisan masyarakat.

Media yang bebas dan bertanggungjawab boleh memainkan peranan yang penting bagi memberi maklum balas rakyat terhadap dasar-dasar yang digariskan oleh pemerintah dan yang menimbulkan implikasi kepada kehidupan rakyat jelata. Bukan sahaja maklum balas ini membolehkan pemerintah mengetahui kesan dari dasarnya tetapi juga memberi peluang bagi rakyat untuk melibatkan diri mereka secara langsung atau tidak langsung dalam proses mengambil keputusan (decision-making process) bagi menentukan bahawa dasar berkenaan betul-betul memberi manfaat kepada rakyat biasa.

Seperti halnya di Malaysia, penglibatan politik rakyat tidak hanya bermula dan berhenti pada saat mereka membuang undi di pilihan raya. Mereka mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam membantu mencorakkan dasar negara melalui kegiatan seperti perbincangan umum, surat kepada wakil rakyat, membuat petisyen dan berdemonstrasi di jalan. Rakyat tidak boleh memberi cek kosong (blank cheque) kepada wakil rakyat mereka untuk membolehkan wakil mereka berbuat apa yang mereka suka.

Perasaan kecewa, gelisah, tidak puas hati serta keinginan dan impian rakyat yang dibendung kerana tiada media arus perdana yang sanggup memberi peluang untuk luahan perasaan ini boleh akhirnya "meletup" hingga mencetuskan krisis politik dalam negara di mana rakyat bangkit untuk menuntut keadilan di ruang awam.

Lagipun, sekatan yang dikenakan terhadap media arus perdana menidakkan rakyat jelata ruang untuk berdialog sesama sendiri atau bersama pihak pemerintah secara bertamadun apabila berhadapan dengan masalah sosio-ekonomi dan politik yang menghantui negara. Sekurang-kurangnya dialog ini sepatutnya mengingatkan pemerintah bahawa ia perlu berunding atau berdialog dengan rakyat yang memilihnya untuk mewakili mereka dan kepentingan mereka, lebih-lebih lagi bagi isu yang mendatangkan kesan mendalam atau serius kepada diri rakyat itu sendiri.

Media dan wartawan yang bersekongkol dengan pihak pemimpin yang tidak adil dan telus hanya merumitkan lagi keadaan dalam masyarakat kerana gambaran realiti sosial yang menyeluruh tidak disampaikan ke pengetahuan si pemimpin untuk tindakan susulan. Sikap ini bukan sahaja mencabuli etika profesion kewartawanan kerana membelakangi kebenaran dan keadilan malah ia boleh dianggap sebagai satu tindakan yang bukan patriotik.

Seperkara lagi mengenai media baru dan media sosial; ianya adalah satu gejala yang menawan hati ramai orang, khususnya muda mudi. Itulah sebabnya usaha untuk menapis media ini, yang mana baru-baru ini ada ura-ura untuk berbuat demikian oleh pihak pemerintah di Malaysia, mendapat tentangan daripada khalayak ramai. Jadi kita boleh bayangkan betapa marahnya rakyat Mesir apabila regim Mubarak mengambil tindakan untuk menutup Internet ketika komunikasi pantas dalam kalangan aktivis dan rakyat biasa menjadi begitu perlu dan penting.

Akhir sekali, badan manusia boleh ditahan dan dipenjarakan. Idea dan perasaan insani yang dibendung akhirnya akan mengalir keluar jua menerusi saluran yang sesuai dengan keadaan tertentu.


Ewan_sn








Ewan_sn








Ewan_sn








Ewan_sn








Ewan_sn






Ewan_sn








Ewan_sn








Ewan_sn










Ewan_sn








Ewan_sn
dari TV 6News, laporan Live 5 minit tadi menunjukkan President Mubaraq berucap beliau tidak akan turun dari kerusi Presiden, akan hidup dan mati di Mesir. Beliau juga berjanji tidak akan bertanding utk jawatan Presiden lagi. Hmmm nampaknyer lama lagi Revolusi ni nak tamat, mungkin lebih banyak nyawa akan terkorban!
Ewan_sn
berita terbaru hari ini yg saya dengar, army telah berjanji tidak akan mengapa-apakan penunjuk perasaan, malahan byk army yg telah berpaling tadah terhadap husni mubarak..

10:43am UK, Tuesday February 01, 2011

Dominic Waghorn, in Cairo

The Muslim Brotherhood has told Sky News it is in talks with other opposition groups and the army about the removal of President Hosni Mubarak.



Anti-government parties hope one million protesters will rally against Mubarak


The Islamist organisation is still officialy banned, but has joined with secular opposition groups to bring about the end of the Mubarak regime.

One of the leaders of the Brotherhood, Dr Abd al Monem Abo al Fotouh, told Sky News that Mr Mubarak was deluded if he thought the army could save him now.

"He wants to say 'The army is with me, and not with the people,' but this is wrong because the Egyptian army is apart from Egypt."

The military has tried to appear above the struggle between the people and the regime.

Tanks and soldiers are on the streets of Cairo but commanders are using a softly-softly approach and avoiding confrontation.


Mr Mubarak may be defying calls to stand down but he is looking increasingly impotent in the face of the extraordinary "people power" uprising.

The Muslim Brotherhood are not the only ones claiming the military is plotting Mr Mubarak's overthrow.

Omar al Barazi was one of the leaders of the online campaign against Mr Mubarak.

He told Sky News the military was signalling its support for the revolution.



A protester hangs an effigy of President Mubarak


"We are getting messages from the army that say 'If you guys are big enough we are going to turn against Mubarak', they don't come out and say it straight: 'We hear it. We are with you.'"

However, with Mr Mubarak's continuing defiance, the challenge for protesters is keeping up the momentum.
Ewan_sn
Ewan_sn
lebih 8 juta berhimpun diseluruh mesir...
di tahrir square sahaja lebih 2 juta berhimpun dan sedang menunggu arahan


Allahuakhbar....

Ewan_sn
Media perdana Malaysia tak beri liputan sgt...byk yg disorok..

kenapa...kerajaan UMNO takut ke?
Ewan_sn
Rusuhan Mesir : KERAJAAN TAKNAK TANGGUNG...?
Posted on Thursday, February 03 @ 09:12:22 PST
Oleh: azhrddn

"Menurut maklumat terkini pelajar Mesir, kerajaan Malaysia tidak akan menanggong kos kepulangan pelajar ke Malaysia. Ini bermakna kos ditanggung oleh pelajar.

Maklumat adalah seperti berikut:

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan

2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

Maklumat diperolehi oleh pelajar tersebut daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir….

………………………………………………..

Jika benarlah tindakan ini, ia sangat menyedihkan. Saya percaya kekayaan Malaysia lebih dari mencukupi. Setiap masa mereka berkempen, di sana projek berbilion, di sini projek berjuta, Felda kononnya masih punya dana besar tidak bengkrap, petronas syarikat gergasi negara yang dibangga, Permata Big Mama sekelip mata berbelas juta dibelanja, Pilihanraya kecil tak usah cakap banyak…berjuta ditabur belanja….program umno program vip tak habis-habis sakan berbelanja, duit zakat dicanang-canang usaha kejayaannya, habuan pemain bola negara tak terkira dibelanja.

Tapi nyawa anak-anak yang menuntut di sana bagai tidak berharga. Ah !! tunggulah.. sabarlah..sedang rancanglah…tiba-tiba pulang Malaysia sila guna duit sendiri.Ketakutan anak-anak hanya disejukkan sementara dengan bekalan makanan yang diangkut dari sana. Sedangkan itu bukan keutamaannya. Seorang pelajar mesir meluahkannya :

“ sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga,kan? “
Rujuk: Facebook.com

Wahai Kerajaan yag telah memerintah lebih 50 tahun. Sudah habiskah kekayaan negara, sudah tololkah kecekapan kita.

Pada Allah sahaja kita berserah

Selamatkan kerajaan adil…musnahkan kerajaan zalim….

Semoga Allah merahmati semua"
Ewan_sn
Mesir: tajamkan kuku dan besarkan penjara
Posted on Thursday, February 03 @ 09:00:00 PST
Oleh: tokpepijat


"Akhirnya Presiden Mesir Hosni Mubarak "mengendur"sedikit keegoannya. Selepas berucap dengan takbur dan kesombongan persis Firaun untuk kekal jawatan, hari ini mengumumkan untuk bersara September ini.

Mengapa pilih September tidak serta merta?

Itulah taktik dan "wirid" diktaktor di seluruh dunia. Kononnya untuk keselamatan, teratur dan demi rakyat. Mubarak bersumpah untuk mati di bumi Mesir. Boleh dipercayai? Sedangkan anaknya yang bakal diangkat menjadi Presiden Mesir telah memikul 100 beg melarikan diri ke Britain.

Mubarak dengan dikelilingi oleh Penasihat Zionis (macam UMNO dikelilingi APCO) sedang merancang sesuatu untuk terus berkuasa.

Langkah pertamanya, menyuruh seluruh penyokongnya untuk bertempur dengan rakyat. Senjata pisau, batu bahkan penyokongnya akan mendapat senjatapi untuk melakukan provokasi terhadap rakyat.

Apabila berlaku pertempuran hasil provokasi (macam aksi SB kita setiap demo di KL), maka tentera akan digunakan untuk campurtangan dan seterusnya meneruskan penguasaan Mubarak keatas Mesir.

Kejayaan rakyat untuk jatuhkan Regim Mubarak bergantung sejauhmana mereka bertahan untuk berdemostrasi. Juga sejauhmana langkah proaktif dilakukan oleh pimpinan Ikhwan Muslimin.

Sebarang langkah berundur, bermakna memberi peluang Mubarak mengasah lebih tajam kukunya dan memperluaskan lagi saiz penjara buat penentangnya!

Bayangkan sehingga September, bagaimana ketajaman kuku Mubarak dapat diasah dan berapa kilometerkah penjara dapat disiapkan untuk dihuni oleh penentangnya?
Ewan_sn
Pelajar Mesir diancam secara halus oleh Pihak Malaysia


"TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir.

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan

2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir

p/s : Ramai Pelajar Malaysia di Mesir sekarang bertanggapan, jika hendak bawa rakyat Malaysia ke Jeddah secara percuma tetapi dikenakan kos perjalanan dari Jeddah ke Malaysia ..lebih baik duduk sahaja di Mesir yg lebih selamat dirumah masing-masing .

Kebetulan pula Pihak Al Azhar sendiri sudah menjelaskan pengajian akan dibuka semula pada 12 Februari ini seperti biasa selepas cuti sem-pertama berakhir.

Sekali-gus menolak dakwaan Pengajian Tinggi Malaysia dengan mendakwa Pengajian Al Azhar diberi cuti setahun.

Mungkin ada yang bertanya, Kalau begitu, kenapa nak balik kalau kat sana rasa sudah aman..?

Hakikat sebenarnya untuk menjawab soalan sinis ini ,kami disini seolah-olah diberikan ancaman dari pihak Kerajaan Malaysia, jika tidak mahu mengikuti pelan Evakuasi kedutaan , pihak kedutaan tidak akan betanggungjawab apa sahaja keadaan yang berlaku pada yg berkeras untuk terus tinggal di Mesir,

Tetapi jika mengikuti arahan pelan Evakuasi Kedutaan pula , pelajar akan dikenakan bayaran tambang setibanya di Jeddah samada untuk pulang kembali keMesir ataupun ke Malaysia dengan jumlah kos yg tidak dinyatakan.

Makluman ini dinyatakan selepas rombongan pertama sudah berlepas di Airport.

Perlu di ingat, lebih dari 75% pelajar disini bukanlah dari golongan berada, duit dikocek pun cukup-cukup makan dan sewa sebulan

Harap perkara ini di panjangkan oleh yang berkenaan diMalaysia. "
Ewan_sn
Solat Hajat Perdana Dan Dialog Isu Pelajar Di Mesir
Posted on Thursday, February 03 @ 03:49:57 PST

"Menyelami krisis pelajar yang berlaku di Mesir dengan melakukan Solat Hajat Perdana, TEMA : Selamatkan Mahasiswa Mesir". Turut diadakan Dialog Mengenai Isu Mesir pada 4 Feb, pada hari JUMAAT selepas Solat Maghrib di Masjid Shah Alam. Ibu bapa dan keluarga dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini anak-anak yang belajar di Mesir.

Anjuran : Sekretariat Isu Pelajar Mesir Kerajaan Negeri Selangor

Sebarang maklumat boleh dilayari di blog rasmi ILMAM http://ilmam-prihatin.blogspot.com/
Antara panel yang mengisi ruang majlis ialah :

1) YB Dato' Dr.Hasan Ali.

2) YB Dr.Halimah Ali.

Datanglah beramai-ramai.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Abd Rahman; (+60108966428) - Sukarelawan ILMAM Selangor.

Ewan_sn
Revolusi Mesir: Hosni Mubarak Guna Kuda dan Unta



"President Mesir Hosni Mubarak kerajaan boneka Amerika dan Yahudi mengunakan unta dan kuda untuk membuat provokasi terhadap kumpukan anti Hosni Mubarat yang berada di Medan Tharir atau Tharir square.

Kumpulan yang pro- Mubarak menyerang dengan kuda, unta dan melontar bom api dan menembak kumpulan yang anti Mubarak. Tindakan Mubarak mengumpul kumpulan pro Mubarak satu pelan tindakan yang jahat untuk melemahkan kumpulan anti Mubarak.

Jelas provokasi Mubarak berniat jahat dan tujuan untuk bertindak dengan lebih kejam apabila berlaki pertepuran diantara kumpulan pro ubarak yang diupah dan kumpulan anti Mubarak.

Mengikut "Ammesty Internasional" yang berada di Mesir kumpulan pro Mubarak terdiri dari kakitangan kerajaan Mubarak dan kakitangan pekerja kilang petrokimia. Dalam kumpulan berkuda dan unta yang menyerang kumpulan anti Mubarak terdiri kakitangan perisik dan anggota keselamtan yang berpakian preman.

Dalam pertempuran dua kumpulan tiga terbunuh dan ratusan cedera yang didalangi oleh kumpulan upahan berkuda dan unta oleh regim zalim Mubarak.

(rengkasan berita diambil dari cnn, tv nil, Arab tv, dan abc newc)"
Ewan_sn
pagi tadi aku tengok berita..pesawat TUDM masih tidak mendapat kebenaran dari Arab Saudi utk berlepas ke Jeddah..

Knp nak guna pesawat tentera..? sbb negara lain guna pesawat awam saja.Kalau dah beri kelulusan utk TUDM, nanti negara lain pun akan nak guna kapalterbang tentera mereka jgk...itu dah memberi risiko pada Arab saudi.

sepatutnya sebelum berlepas dari Malaysia , kita perlu meminta kebenaran dulu dari negara Arab sana..bukan dah sampai baru terkial kial nak mintak...

Sekarang baru arahkan MAS dan Air Asia utk pergi ke sana...

Dapat PM pun tak cerdik...gini lah jadi nya...
Ewan_sn
TERKINI! Hosni Mahu Undur, Namun Bimbang Mesir Huru-Hara



KAHERAH: Faktor keadaan menjadi penyebab mengapa Presiden Mesir, Hosni Mubarak masih kekal memegang jawatan presiden sehingga sekarang walaupun sebenarnya beliau sudah bosan memegang jawatan tersebut.

Hosni, 82, berkata sekiranya beliau meletakkan membuat keputusan meletakkan jawatan sekarang, beliau bimbang negara itu akan menjadi huru-hara.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual pertama sejak pemberontakan pertama anti kerajaan bersama ABC News.

Ketika kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dan keadaan aman bertukar ganas sejak kelmarin dengan kematian seramai 100 orang, Hosni telah memberitahu dunia yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.

Menerusi temuramah itu, Hosni berkata beliau ada memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) bahawa AS tidak faham budaya Mesir dan apa yang akan berlaku jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa 'sekarang'.

"Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tak berminat menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya," kata Hosni.

Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni dilihat rakyat Mesir dan diplomat AS sedang mendapat bimbingan untuk menggantikan beliau.

Eddie : Sama mcm alasan pemimpin UMNO jer....Macamlah kat Mesir tu Hosni shj yg pandai memerintah..hehehe
Ewan_sn
Demonstrasi anti-Mubarak: Polis tembak meriam air
Feb 4, 11 3:59pm



Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.


Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, berkata, lapan orang ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.


Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika

Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.

Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Ewan_sn
PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak
Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya.
Ewan_sn
Rakyat Mesir turut sertai himpunan
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 4 Feb: Rakyat Mesir yang berada di Malaysia turut menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika bersama-sama rakyat negara ini yang menyokong tuntutan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur.

Sebahagian rakyat Mesir yang datang dengan membawa keluarga, bersama-sama sembahyang Jumaat di Masjid As Syakiriin, KLCC, menyertai perarakan dan membawa sepanduk mengecam Hosni Mubarak dalam bahasa Arab dan Inggeris.

"Kami bukan sekadar mahu Hosni Mubarak berundur tetapi mahu menghancurkan beliau," kata seorang wakil mereka yang diminta berucap bersama-sama pimpinan parti-parti politik dan Badan-Bukan Kerajaan (Ngo) yang menganjurkan perhimpunan itu.

Kata beliau, selama puluhan tahun Husni Mubarak mentadbir negara itu, rakyat Mesir sentiasa berada dalam musibah, kemiskinan dan dinafikan pelbagai hak.

Malah beliau turut mendakwa Husni mendapat sokongan daripada negara Israel untuk terus mengekalkan kuasanya.

Perhimpunan menyokong kebangkitan rakyat Mesir itu - kali kedua diadakan di negara ini - selepas himpunan pertama dihadapan kedutaan Mesir sebaik sahaja berlaku protes besar-besaran terhadap kepimpinan Husni Mubarak di Mesir sejak beberapa minggu lalu.

Kehadiran orang ramai juga dilihat semakin bertambah dengan jumlah melebihi 5000 orang, berbanding himpunan 31 januari lalu, termasuk menyaksikan penglibatan lebih banyak Ngo-Ngo.

Kali ini, himpunan yang bermula diperkarangan masjid KLCC sejurus selepas solat Jumaat diteruskan dengan perarakan melalui Lebuh Ampang dan memasuki Jalan Tun Razak, sebelum berhenti di hadapan bangunan keduataan Amerika.

"Amerika juga dalang disebalik kezaliman pentadbiran Hosni Mubarak, menjadi sekutu dan menyokong pentadbiran anti demokrasi di Mesir.

"Sebab itu kali ini kita ke kedutaan Amerika untuk menyatakan bantahan dan berharap tiada gangguan polis," kata Ahli Jawatankuasa PAS, MOhammad Sabu - salah seorang tokoh utama yang memimpin perarakan hari ini.

Banyak pihak mula melahirkan kebimbangan dan membantah sikap Amerika yang dilihat cuba mencampuri urusan negara itu.

Dalam perkembangan terbaru, pegawai pentadbiran Amerika dilaporkan agensi berita berkata, negara itu sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Mesir tentang kemungkinan peletakan jawatan segera Hosni Mubarak dan pembentukan kerajaan interim.

Sehubungan itu, satu memorandum bantahan campurtangan Amerika turut diserahkan dalam perhimpunan hari ini kepada kedutaan Amerika iaitu untuk menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan


Ewan_sn
Peserta himpunan disembur, ditangkap
Rusly Yasmin


KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat


Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.


Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.


Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.


This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.