Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Mpv @ Suv Mana Yang Sesuai Dibeli?
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
Dai-Chen
assalamualaikum wbt,

lama dah tak posting kat mesra nih. straight on, aku ekceli nak beli keter baru awal taun depan utk ganti gen2 aku tu. so pilihan (bini) aku adalah sebuah SUV atau MPV. memandangkan aku tengah merancang kewangan, so keter 2nd hand dengan harga bawah RM70K adalah amt bersesuaian.

aku dah shortlist berberapa kereta, antaranya -

1 - naza ria
2 - kia sorento diesel
3 - ssangyong rexton
4 - nissan x-trail
5 - honda CR-V
6 - toyota harrier (batch lama tu)
7 - toyota innova

(sila senaraikan la apa2 yang lain kalau aku terlepas pandang, kecuali toyota avanza)

antara aspek yang aku ambik kira adalah fuel consumption (semua makan minyak tapi mana yang agak bagus la), maintenance wise, dan adalah satu advantage kalau keter tu 7 seater.

so boleh bagi pendapat korang tak?

p/s - ur expertise is needed, bro zan. thanks.
nafisa81
crv kott...rexton elok ko reject...

zan
QUOTE(Dai-Chen @ Jul 10 2010, 05:21 AM) *
assalamualaikum wbt,

lama dah tak posting kat mesra nih. straight on, aku ekceli nak beli keter baru awal taun depan utk ganti gen2 aku tu. so pilihan (bini) aku adalah sebuah SUV atau MPV. memandangkan aku tengah merancang kewangan, so keter 2nd hand dengan harga bawah RM70K adalah amt bersesuaian.

aku dah shortlist berberapa kereta, antaranya -

1 - naza ria
2 - kia sorento diesel
3 - ssangyong rexton
4 - nissan x-trail
5 - honda CR-V
6 - toyota harrier (batch lama tu)
7 - toyota innova

(sila senaraikan la apa2 yang lain kalau aku terlepas pandang, kecuali toyota avanza)

antara aspek yang aku ambik kira adalah fuel consumption (semua makan minyak tapi mana yang agak bagus la), maintenance wise, dan adalah satu advantage kalau keter tu 7 seater.

so boleh bagi pendapat korang tak?

p/s - ur expertise is needed, bro zan. thanks.


wasalam.

welkam back dai-chen. aku harap ko dah tahu... pakcik kordi dah meninggal dunia. kalau tidak, sedekahkan Al-Fatihah.

ni komen aku...

1 - naza ria - kalau ada cash 70K, boleh beli dalam rega 38-45K. standby belen utk pemasangan NGV dan kos repair dan maintenance. enjin naza ria ni suspicous sket. kos overhaul serendah 5K kat bengkel biasa (guna imitation parts) dan menjangkau 18K kat nazakia.

2 - kia sorento diesel - best, ada power, minyak jimat. AC mizal pun beli satu beberapa tahun lepas. masalah paling besar pada gearbox tengah dia (yang menyambungkan antara 2WD ke 4WD). selalu problem. ooppsss.. enjin pun suspicious juga ni. tapi tak seteruk naza ria.

3 - ssangyong rexton - ssangyong korea dah bankrup bro. tutup kedai dah. kat mana nak cari spare part? antara rexton dgn sorento, sorento is better looking. spec wise and equipment tak jauh beza.
ssangyong yang paling menarik perhatian aku ialah model MPV yang besar gedabak tu. 2.7 turbodiesel. rupa macam yacht, dalam pun macam yacht.

4 - nissan x-trail - highly recommended. enjin low maintenance (tanpa timing belt) dan ada CVTC (more power but also economical). reliability is high. 2.0 maybe underpowered sket tapi 2.5 road tax mahal dan minyak kuat sket in town driving.
gearbox 4WD dia boleh pilih samada nak 2WD saja, atau nak 4WD saja atau nak fungsi auto - semua cuma pulas butang di dashboard. 1 point yg paling aku suka - fender hadapan diperbuat dari plastik. lebih selamat. bila eksiden ia akan terus pecah.

5 - honda CR-V - model mana? aku rasa mesti seken model ni. start tahun 2001. tak silap aku, gelas plastik penah beli sekali. maybe dah jual. cuba tanya dia becoz u can get first hand info. CRV 1st and 2nd model minyak kedarah jugak walaupun seken model dah ada iVTEC. antara CRV dan Xtrail, aku pilih Nissan.

6 - toyota harrier (batch lama tu) - rasanya dah terlalu lama. tapi kalau hati dah sukerr... ketahanan sederhana disebabkan usianya. elakkan model 3.0, lebih baik cari model 2.2 tanpa 4WD. enjin sama dengan camry. lagi pun, bukan nak bawak mausk hutan kan? cubaan utk dapatkan spare part (terutama body parts) juga sedikit meragukan.

7 - toyota innova - seperti Xtrail, dalam lingkungan bajet 70K. besar dan luas seperti unser tapi dgn aspek lebih menarik spt enjin 2.0 lebih berkuasa (unser cuma 1.8 saja) tetapi lebih jimat dengan VVTI. maintenace masih rendah dengan timing chain.
boleh muat 8 penumpang (kebanyakan MPV 7 seater saja) dan ada double blower. dari segi rupa nampak togel dan gonjeng sket tapi kereta ini direka utk kegunaan permukaan jalanraya di Asia Tenggara (Indon, Malaysia, Thai, Burma dll) yang memerlukan high clearance.

pilihan SUV - Xtrail
pilihan MPV - Innova
bestfriend
pilihan MPV - Innova
berapa rege kalau seken ek??
kaisers36
CRV dan Xtrail besh
Dai-Chen
QUOTE(zan @ Jul 10 2010, 09:03 AM) *
welkam back dai-chen. aku harap ko dah tahu... pakcik kordi dah meninggal dunia. kalau tidak, sedekahkan Al-Fatihah.



thanks bro. aku antara org pertama tau PCK dah meninggal. pilihan menarik gak tu...x-trail. kalau long distance okey ke bro x trail ni?

QUOTE(bestfriend @ Jul 10 2010, 05:46 PM) *
pilihan MPV - Innova
berapa rege kalau seken ek??


innova 2nd dalam RM 70K - 90K
bestfriend
lor....kalau baru lak berapa ribu ek?
rizansaad
QUOTE(bestfriend @ Jul 11 2010, 10:19 AM) *
lor....kalau baru lak berapa ribu ek?


baru 120k kut...check kat website toyota la...
Dai-Chen
kalau innova baru dalam RM110K ++...kalau tak salah aku la.

cuma kelebihan beli baru ni interest depa rendah la skit banding beli 2nd but still kalau buat loan 90% pun makan seribu lebih gak. aku maleh la nak keluar riban2 utk kereta nih - lain la kalau semua hal lain aku dah setelkan.

pro n con gak beli 2nd hand ni. pasal x trail tu, aku nanti try tanya member aku org kuat tan chong ada tau TC ni jual 2nd hand nissan macam BMW autoselect tu. kalau ada, cun gak.
zan
QUOTE(rizansaad @ Jul 11 2010, 11:52 PM) *
QUOTE(bestfriend @ Jul 11 2010, 10:19 AM) *
lor....kalau baru lak berapa ribu ek?


baru 120k kut...check kat website toyota la...


kalau manual tak sampai 100K pun.
bestfriend
kalau innova auto lak berapa ribu?
rizansaad
QUOTE(bestfriend @ Jul 12 2010, 02:35 PM) *
kalau innova auto lak berapa ribu?


Innova 2.0 type G (auto) = RM 109800
Innove 2.0 type E (Auto) = RM 101800

kalau cat solid murah RM1k...
rizansaad
QUOTE(bestfriend @ Jul 12 2010, 02:35 PM) *
kalau innova auto lak berapa ribu?


Innova 2.0 type G (auto) = RM 109800
Innove 2.0 type E (Auto) = RM 101800

kalau cat solid murah RM1k...
Dai-Chen
banyak gak yang berminat dengan innova ni ek. sian exora - kurang permintaan blum.gif

btw, aritu kat chowkit aku nampak ada satu innova itam make up memang cun gilak. simple je makeupnya pun tapi bersesuaian la gak. tapi bini aku nak harrier, so harrier it is. dah usha dah, dalam 66K ke 70K kalau nak dapat yang okay. member aku si tokey kedai aksesori kereta pun suggest better aku ambik harrier or x-trail.

so, insya Allah by awal taun depan la kot, jika ada rezeki lebih, wajahku akan berlegar2 di kedai2 used car sekitar ibukota...
zan
why so serious?
Dai-Chen
serius laa...bini aku dah ngidam. keretaku sekarang ni pun dah sakit beno asyik kena lanyak sleep.gif
Vendetta
Salam bro...

other option.. kalau nk consider la.. amik WiSH...

1.8 recond japan (sushi) or 2.0 brand new thailand (tomyam)
esbeebee
Salam, aku baru je register masok kat forum ni. orang perak kat kampar.dah 5 bulan bersara wajib. ada masalah sikit dgn kete civic 1.7 tahun 2004. masalah pada absorver depan & blakang rasa macam keras bila jalan tak rata. orang blakang kata rasa tak selesa. Macam mana nak atasi masalah ni, absorber semua baru ganti. Tidak ada kesan tak rata pada permukaan tayar. Atau mungkin memang biasa kereta yang dah dilowered (masa dibeli dulu) akan mengalami masalah ni? Bagaimana saya nak improve sistem gantungan kereta saya ni?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.