Pertubuhan Baitul Aini (www.baitulaini.org) adalah sebuah pusat jagaan anak-anak yatim miskin di Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Pusat ini dibina untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di masa akan datang dengan melengkapkan mereka dengan ilmu akhirat.

Pertubuhan Baitul Aini telah didaftarkan pada 10 Disember 2008 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 2069-08-PRK, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Malaysia (PEYATIM), Perak.

Oleh kerana pertubuhan ini masih baru, kami masih mencari dana bagi melengkapkan kemudahan di pusat ini. Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak akan dapat merealisasikan impian dan hasrat murni ini. Insyaallah.

Sila lihat laman web ini utk maklumat lanjut:

www.baitulaini.org

Walaupun masih baru, hanya dalam masa setahun dua kami berjaya membina sebuah rumah anak yatim di atas lot tanah. Kami juga mencari anak-anak yatim dan miskin yang terbiar untuk memenuhi rumah anak yatim Baitul Aini ini.