Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Diploma Pembantu Perubatan Di Kolej Kejururawatan Murni
Mesra.net Forum > Social & Societies > Pendidikan
acx
Salam...

Kepada lepasan SPM/SPTM yang masih tercari2 peluang pendidikan untuk kerjaya yang cerah, cuba la memohon di Kolej Kejururawatan Murni untuk program Diploma Pembantu Perubatan. zaman skarang ni kalau amik kursus yg berkaitan dengan kesihatan mmg laris mcm goreng pisang panas... pembantu perubatan/medical assistant(MA) ni kerjanya lebih kurang macam doktor la, tapi tak la seterer doktor sebab diorang belajar 5 tahun, MA belajar 3 tahun je. kalau korang tgk kat klinik satu malaysia tu, kan xde doktor, ada MA je yg bertugas utk check pesakit n prescribe ubat. mcm tu la lebih kurangnye... so kepada sesiapa yg berminat utk kursus MA di Kolej Kejururawatan Murni, syarat2nye kena ada SPM 3 kredit - bm/math/sains(bio/fizik/kimia), lulus bi, umur <27thn, lelaki/perempuan.

Utk maklumat lanjut boleh emailkan pada saya di mas.elyna@murni.edu.my

kat sini sy pastekan artikel pasal kursus ni di bawah...



Kolej Kejururawatan Murni (Murni) merupakan kolej milik bumiputra yang sedang berkembang sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. Penglibatan Murni dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan sains kesihatan amat sinonim dengan program Diploma Kejururawatan yang telah ditawarkan semenjak tahun 2004. Kejayaan dalam melahirkan tujuh (7) kumpulan graduan Diploma Kejururawatan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mengembangkan penglibatan kolej ini dalam program pendidikan sains kesihatan yang lain.

Kini, Murni telah mengorak langkah untuk menawarkan program Diploma Pembantu Perubatan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penawaran program ini adalah bersesuaian dengan permintaan tenaga kerja semasa dan akan datang yang memerlukan lebih ramai pekerja bidang kesihatan terutamanya dalam profesion Pembantu Perubatan atau Penolong Pegawai Perubatan.

Diploma Pembantu Perubatan (KA 11116) merupakan program tiga (3) tahun sepenuh masa, yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang mencapai kelulusan minima tiga (3) kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Sains, serta lulus Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar perlulah memiliki tahap kesihatan yang baik untuk memohon program yang ditawarkan ini.

Program Diploma Pembantu Perubatan ini diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan diakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (MAMA). Setiap pelajar yang berjaya ditawarkan pengajian dalam program ini, layak untuk memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai keseluruhan yuran pengajian.

Pembangunan kurikulum Diploma Pembantu Perubatan telah mengambilkira aspek-aspek pembelajaran dan latihan menyeluruh untuk melahirkan graduan yang dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah perkhidmatan kesihatan berkualiti merangkumi kaedah promosi, preventif, kuratif dan rehabilitatif dengan memfokuskan kepada aspek-aspek penjagaan primer, sekunder dan tertier.

Setiap pelajar Diploma Pembantu Perubatan akan melalui sesi-sesi pembelajaran di dalam kelas dan makmal, serta menjalani latihan klinikal untuk mendapatkan pendidikan kesihatan dan perubatan yang menyeluruh bagi program ini. Pendekatan sebegini akan memastikan pelajar mempunyai kefahaman yang tinggi dalam aspek perubatan, anatomi dan fisiologi, penjagaan pesakit, farmakologi, pengurusan bidang perubatan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

Pendidikan kesihatan yang diberikan kepada setiap pelajar seharusnya dapat membantu dalam melaksanakan tugas-tugas profesional apabila mereka telah menamatkan pengajian dalam program ini kelak. Pendidikan tersebut adalah seiring dengan tugas-tugas Pembantu Perubatan atau Penolong Pegawai Perubatan untuk memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan; memberi pendidikan kesihatan kepada individu, kumpulan dan masyarakat; mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan serta memberi rawatan awal bagi semua kes kemalangan dan kecemasan.

Kolej Kejururawatan Murni menyediakan kemudahan fasiliti yang lengkap untuk proses pembelajaran and pengajaran bidang kesihatan. Penginapan pelajar disediakan di sepanjang tempoh pengajian. Pihak kolej juga menyediakan kemudahan makmal keterampilan dan peralatan hospital yang lengkap, perpustakaan dengan buku dan bahan rujukan yang terkini, makmal komputer dan kemudahan Wi-Fi 24 jam di kolej ini.

Kelebihan utama program Diploma Pembantu Perubatan di kolej ini adalah kerana ianya dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas serta diiktiraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (MAMA). Kemudahan fasiliti yang lengkap juga menjadi faktor keistimewaan kepada program yang ditawarkan di kolej ini. Graduan program Diploma Pembantu Perubatan mempunyai peluang kerjaya yang cerah di masa hadapan. Pihak kolej akan membantu dalam penempatan kerjaya.
uhacks
murni x penah dengar pun?
ada akredasi LAN x?
mahsa dengar la..tapi murni..mm
letak kt mane tu????
acx
QUOTE(uhacks @ Jun 4 2010, 09:32 PM) *
murni x penah dengar pun?
ada akredasi LAN x?
mahsa dengar la..tapi murni..mm
letak kt mane tu????



kolej ni di Nilai, Negeri Sembilan, tapi famous kat belah2 utara sebab latihan klinikal byk di hospital kerajaan di utara (hospital besar kangar, alor setar, sungai petani).
of cos la ada akreditasi MQA (LAN). selain tu kolej ni gak tersenarai antara 10 kolej terbaik yang menawarkan kursus nursing.
kalau yg berminat nak apply kursus MA, sila emel cepat2 sebab tarikh tutup 2 hari sahaja lagi (24 Jun 2010) clapping.gif

p/s: "kawan saya yg kat kolej mahsa pon suruh apply kolej murni" - ni sy quote salah sorang student batch16 (jgn marah ye) hehe..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.